Anda di halaman 1dari 34

Tajuk 1: Peristiwa di Gua Hira

Hasil Pembelajaran:
Aras 1: 1. Mengetahui sebab-sebab nabi ke Gua Hira. 2. Menyebut wahyu pertama diturunkan. 3. Memahami bagaimana wahyu pertama diturunkan. 4. Menyatakan pengajaran daripada peristiwa dan cara malaikat Jibrail menyampaikan wahyu pertama. 5. Suka membaca. Aras 2: 1. Menerangkan tindakan Rasulullah S.A.W semasa dan selepas menerima wahyu. Aras 3: 1. Menyatakan hikmah ayat 1-5 Surah al-Alaq menjadi wahyu pertama. 2. Menyedari membaca dan mencari ilmu sangat penting dalam kehidupan.

Cadangan Pengalaman Pembelajaran:


1. Sumbang saran tentang peristiwa di Gua Hira dan bersoal jawab mengenainya. 2. Meneliti penerangan tentang: I. Sebab nabi ke Gua Hira. II. Peristiwa nabi dan malaikat Jibrail di Gua Hira. III. Wahyu pertama yang diturunkan. 3. Kerja kumpulan dan pembentangan: I. Tindakan Rasulullah sebelum dan selepas menerima wahyu. II. Hikmah ayat 1-5 Surah al-Alaq menjadi wahyu pertama. III. Pengajaran daripada cara malaikat Jibrail menyampaikan wahyu pertama.

Tajuk 2: Mukjizat al-Quran


Hasil Pembelajaran:
Aras 1: 1. Menyatakan al-Quran sebagai mukjizat agung. 2. Menerangkan bidang kemukjizatan al-Quran. 3. Cintakan al-Quran Aras 2: 1. Menceritakan kisah para sahabat yang masuk Islam kerana tertarik dengan al-Quran.

Aras 3: 1. Memahami bagaimana al-Quran menjadi mukjizat. 2. Memahami al-Quran terpelihara hingga hari kiamat beserta dalil.

Cadangan Pengalaman Pembelajaran:


1. Bercerita mengenai peristiwa yang menyebabkan orang tertarik dengan Mukjizat al-Quran.

2. Sumbang saran mengenai: I. Sahabat-sahabat yang masuk Islam kerana tertarik dengan al-Quran. II. Keindahan bahasa al-Quran. III. Kekerapan Rasulullah S.A.W dan para sahabat mengkhatamkan al-Quran.
3. Pertandingan bercerita kisah-kisah dari al-Quran. 4. Menyenarai dan menghafaz ayat Syifa yang terdapat dalam al-Quran.

Mengetahui bahawa Rasulullah saw berdakwah secara sulit dan terang . Memahami bentuk dan cara berdakwah secara sulit . Memahami bentuk dan cara dakwah Rasulullah saw secara terang . Meneladani akhlak Rasulullah saw semasa usaha dakwah . Melakukan sesuatu pekerjaan mengikut kesesuaian .

Menyatakan sebab Rasulullah saw berdakwah secara sulit . Menyatakan sebab Rasulullah saw berdakwah secara terang .

Menyenaraikan orang yang mula menerima dakwan Rasulullah saw secara sulit . Melakukan sesuatu perlu persiapan dan perancangan .

Berbincang mengenai dakwah Rasulullah saw secara sulit , terang dan sebab Rasulullah saw berdakwah secara sulit . Menulis peristiwa dan strategi untuk berjaya di dalam peperiksaan dan membentangkan dalam kelas . Menyediakan senarai orang-orang yang mula menerima dakwah Rasulullah saw secara sulit .

Memahami maksud hijrah . Mengetahui masa , suasana , sebab berlakunya hijrah ke Habsyah . Menyatakan layanan raja Habsyah terhadap orang Islam . Meneladani akhlak terpuji dalam peristiwa hijrah . Sentiasa memperbaiki diri .

Memahami faedah berhijrah . Menyenaraikan sebab berlakunya hijrah ke Habsyah .

Memahami kepentingan hijrah di dalam pelbagai bidang kehidupan .

Mengumpul maklumat maksud hijrah , tarikh hijrah ke Habsyah , suasana , sebab dan peristiwa berlaku hijrah , dan layanan raja Habsyah terhadap orang Islam . Berbincang mengenai sebab-sebab berlakunya hijrah . Forum bertajuk Peranan Ketua dan Orang yang Dipimpin .

Murid dapat: Aras 1: 1. Menyatakan pembesar-pembesar yang berpengaruh pada zaman awal Islam. 2. Memahami bagaimana mereka menerima seruan Rasulullah dan memeluk Islam. 3. Meneladani akhlak pembesar-pembesar mekah yang menerima seruan Rasul. 4. Mengamalkan ilmu yang dipelajari.

Aras 2: 1. Menyatakan perbezaan sikap dan cara hidup pembesar-pembesar tersebut sebelum dan selepas Islam. Aras 3: 1. Menghuraikan kesan penerimaan pembesarpembesar tersebut terhadap seruan Rasulullah. 2. Menghuraikan pengaruh keistimewaan Saidina Abu Bakar. Omar dan Hamzah.

Cadangan Pengalaman Pembelajaran:


1. Mendengar dan meneliti kisah Saidina Omar memeluk Islam. 2. Bersoal jawab mengenai cerita yang didengar. 3. Sumbang saran sikap Saidina Omar: sebelum dan selepas memeluk Islam. 4. Melengkapkan cerita mengenai pengislaman Saidina Omar. 5. Perbincangan tentang kesan-kesan perkembangan Islam selepas Saidina Omar memeluk Islam. 6. Kuiz 7. Mengumpul maklumat sikap Saidina Omar sebelum dan selepas memeluk Islam.

Tentangan terhadap Rasulullah S.A.W.


Murid dapat: Aras 1: 1. Menyatakan orang-orang yang menentang Rasulullah. 2. Menyatakan cara dan bentuk penentangan yang mereka lakukan. 3. Memahami bahawa Rasulullah cekal menjalankan amanah daripada Allah. 4. Meneladani amalan dan akhlak Rasulullah ketika menghadapi tentangan. 5. Sentiasa melaksanakan amanah ibu bapa dan agama. 6. Menyedari dan meyakini kesukaran dalam belajar dan kepayahan hidup tidak menghalang usaha belajar.

Aras 2: 1. Menyatakan kesan-kesan positif daripada cara Rasulullah menghadapi tentangan. 2. Menyatakan bentuk pemulauan kaum Quraisy terhadap nabi, bani Hashim dan orang Islam.

Aras 3: 1. Menerangkan kesan-kesan pemulauan orangorang Quraisy terhadap nabi, Bani Hashim dan orang Islam.

Cadangan Pengalaman Pembelajaran:


1. Mendengar dan meneliti cerita mengenai tentangan orang kafir Quraisy terhadap Rasulullah S.A.W: diugut, tawaran, diancam, dipulau. 2. Bersoal jawab mengenai cerita tersebut. 3. Membaca bahan berkaitan isi pelajaran. 4. Menjawab soalan kefahaman berdasarkan bahan yang dibaca. 5. Sumbangsaran tentang syarat pemulauan kaum Quraisy terhadap nabi dan Bani Hasyim. 6. Perbincangan tentang kesan pemulauan. 7. Menjelaskan nilai yang dapat diambil daripada peristiwa pemulauan itu: sabar, istiqamah, cekal hati, tahan lasak, berani berjihad.

Anda mungkin juga menyukai