Anda di halaman 1dari 17

Hukum mad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sebahagian dari siri

Tajwid

Hukum Sakinah, Sabdu dan Tanwin

 Hukum nun mati dan tanwin


 Hukum mim mati
 Idgham
 Lam takrif

Hukum Penandaan
 Hukum mad
 Wakaf (tajwid)
 Penandaan pada al-Quran

Hukum Sifat Huruf


 Huruf al-Quran
 Makhraj
 Sifat huruf
 Qalqalah
 Huruf syamsiah dan qamariah

 l
 b
 s

Hukum mad (‫ )مد‬adalah salah satu hukum tajwid dalam pembacaan al-Quran. Hukum mad mempunyai
banyak pembahagian bergantung kepada jenis huruf yang bertembung dan kedudukan pada ayat.
Isi kandungan
  [sorokkan] 

 1Pengertian
 2Harakat
 3Jenis-jenis Mad
o 3.1Mad Tabi'e / Asli
o 3.2Mad Wajib Muttasil
o 3.3Mad Jaiz Munfasil
o 3.4Mad 'Aridh Lissukun
o 3.5Mad Badal
o 3.6Mad 'Iwadh
o 3.7Mad Lin
o 3.8Mad Tamkin
o 3.9Mad Farqi
o 3.10Mad Silah
o 3.11Mad Lazim
 3.11.1Huruf muqotho’ah
 3.11.2Mad Lazim Harfi
 3.11.3Mad Lazim Kalimi
 4Mad Mubalaghah
 5Lihat juga

Pengertian[sunting | sunting sumber]
Mad secara harfiahnya bermaksud "panjang", manakala menurut istilah qiraat pula mad adalah
membaca panjang huruf al-qur'an apabila bertemu dengan huruf maddah iaitu alif ( ‫)ا‬, wau(‫) ْو‬, ya (‫ي‬
ْ )
dengan kepanjangan bergantung kepada mad itu sendiri.
Kepanjangan bacaan diukur dengan "harakat".
Mad pada dasarnya terbahagi kepada 2 iaitu mad tabi'e (‫ )مد طبيعي‬atau turut dikenali sebagai mad asli ( ‫مد‬
‫ )أصلي‬dan mad far'ie (‫ )مد فرعي‬yang bermaksud anak-anak cabang. Ini disebabkan mad far'ie itu sendiri
terbahagi pula kepada empat belas jenis yang menjadikan keseluruhan hukum mad mempunyai 15 jenis
semuanya.

Harakat[sunting | sunting sumber]
Harakat adalah perkataan Arab yang bermaksud "pergerakan" yang merujuk kepada tempo atau kadar
pembacaan panjang mengikut gerak jari, angguk atau ketukan dalam irama muzik. Lazimnya 1 harakat
bersamaan 1 gerak atau 1 ketukan yang juga sering kali dikaitkan dengan 1 alif atau setengah saat.
Contoh potongan di atas, terdiri atas 14 huruf. Disebabkan ruang jarak tidak mendapatkan ketukan,
maka potongan ayat tersebut harus dibaca dalam 14 harakat yang sama, rata dan teratur.
Walau bagaimanapun, khusus huruf wau dan alif yang berfungsi sebagai tanda jamak atau gabungan
(lihat harakat yang ke-10), dikira satu huruf atau satu ketukan. Ini berlaku secara am iaitu apabila semua
wau dan alif yang berfungsi sebagai tanda jamak, ia dihitung satu ketukan.
Pada contoh di atas, terdapat 4 contoh bacaan mad yang hadir pada harakat ke-5 dan ke-6, ke-9 dan 10,
ke-11 dan 12 serta ke-13 dan 14. Maka, ketukan harakat bagi kawasan tersebut bergantung kepada
jenis hukum mad bagi huruf itu.
Secara amnya, perkiraan harakat atau ketukan adalah seperti berikut:

 Ketukan harakat harus seragam, rata, tetap dan teratur


 Setiap huruf mendapat 1 harakat
 Jarak tidak dikira
 Huruf dengan tanda sukun (mati) tetap mendapat 1 harakat
 Huruf bertasydid/bersabdu mendapat 2 harakat

Jenis-jenis Mad[sunting | sunting sumber]


Mad Tabi'e / Asli[sunting | sunting sumber]
Mad paling asas ialah Mad Tabi'e atau Mad Asli (‫ أصلي‬/ ‫ )مد طبيعي‬yang secara harfiahnya bermaksud
"normal", "seperti biasa". Mad ini ialah apabila huruf dengan fatḥah,ḍammah, kasrah bertemu dengan
huruf maddah sakinah (alif, yāʼ atau wāw yang bertanda mati/sukun). Walau bagaimanapun, tanda sukun
tersebut lazimnya tidak ditandakan bagi al-Quran resam Uthmani cetakan moden atau digantikan dengan
tanda huruf kecil pada huruf yang perlu dipanjangkan).

Sebagai contoh:   -   - 


Kaedah membacanya harus dipanjangkan dengan dua harakat.
Mad Wajib Muttasil[sunting | sunting sumber]

Mad Far'ie yang pertama ialah Mad Wajib Muttasil (‫)مد واجب متصل‬, secara harfiahnya bermaksud "mesti
bersambung". Ini disebabkan mad ini berlaku apabila Mad Tabi'e bertembung dengan huruf hamzah ( ‫)ء‬
di dalam satu kalimat atau perkataan.
Cara membacanya wajib dipanjangkan selama maka 4 atau 5 harakat ketika bersambung (wasal), 6
harakat ketika berhenti (waqaf).

Sebagai contoh, panjang Mad Wajib Muttasil pada perkataan "sawa-" adalah 5 harakat, iaitu dari harakat
ke-2 hingga ke-6. Maka, sebutan "wa" harus dipanjangkan sehingga harakat ke-6 dengan kepanjangan
bunyi adalah "a"-nya. Lebih kurang jika satu huruf "a" mewakili satu harakat, bunyi lengkap Mad Wajib
Muttasil adalah "sawaaaaaun" dengan bunyi yang tidak terputus. Bunyi "a" menghilang dengan jatuhnya
bunyi "un" pada harakat ke-7.

Contoh lain:   - -

Mad Jaiz Munfasil[sunting | sunting sumber]

Mad Jaiz Munfasil (‫ )مد جائز منفصل‬secara bahasanya bermaksud "boleh berpisah" kerana, berbeza
dengan Mad Wajib Muttasil, mad ini berlaku apabila ada mad tabi'e bertemu dengan hamzah ( ‫ )ء‬tetapi
hamzah itu berbeza perkataan.
Cara membaca kepanjangannya adalah 4 atau 5 harakat ketika bersambung (wasal), 2 harakat ketika
waqaf (berhenti).

Contoh perkataan:     
Mad 'Aridh Lissukun[sunting | sunting sumber]

Mad 'Aridh Lissukun (‫ )مد عارض للسكون‬adalah mad tabi'e yang diikuti oleh huruf hidup yang dimatikan
kerana pengakhiran bacaan (posisi waqaf). Secara harfiahnya, 'Aridh Lissukun bermaksud
"saksi/perhatikan pemberhentian".
Pengakhiran bacaan boleh terjadi pada akhir ayat (ditandai dengan nombor ayat) atau turut juga terjadi
di tengah-tengah ayat apabila terdapat tanda waqaf atau terbatasnya nafas yang menyebabkan bacaan
harus terhenti sebelum akhir ayat. Mad 'Aridh Lissukun hanya terjadi pada akhir bacaan (posisi waqaf).
Sekiranya pembaca ingin meneruskan bacaan memasuki ayat baru tanpa berhenti walaupun tiba pada
akhir ayat, hukum mad ini tidak terpakai manakala Mad Tabi'e sahaja yang harus diguna.
Tempoh panjan harakat bagi Mad 'Aridh Lissukun adalah 2, 4 atau 6 harakat dengan penekanan
keseragaman dalam penggunaan harakat. Ini bermaksud, apabila kita menggunakan 4 harakat,
penggunaan yang sama harus digunakan untuk setiap ayat yang mempunyai mad ini.
Apabila ada waqaf atau tempat pemberhentian membaca sedang sebelum waqaf itu ada mad tabi'e atau
mad lin, maka cara membacanya ada 3 kaedah:

1. Yang lebih utama dibaca panjang seperti mad wajib muttasil (6 harakat).
2. Yang pertengahan dibaca 4 harakat iaitu dua kali mad tabi'e.
3. Yang pendek iaitu boleh hanya dibaca seperti mad tabi'e biasa .
Dengan menggunakan kaedah 4 harakat, maka cara membaca Mad 'Aridh Lissukun adalah seperti
berikut:

Panjang harakat dari sebutan "nin" adalah 4, iaitu dari bunyi "ni" bermula pada harakat ke-7 hingga bunyi
"...n" pada harakat ke-10 dengan panjang adalah bunyi "i"-nya. Kira-kira, kalau satu huruf "i" mewakili
satu harakat, bunyi lengkap contoh di atas adalah "wathuurisiiniiiin". Bunyi "...n" pada harakat ke-10 akan
menghilang sambil jatuhnya harakat ke-11.

Contoh lain: 
Mad Badal[sunting | sunting sumber]

Mad Badal (‫ )مد بدل‬ialah pemanjangan bunyi pada huruf hamzah, apabila hamzah bertemu dengan
dengan huruf mad sebagai pengganti hamzah yang dihilangkan. Panjang Mad Badal adalah 2 harakat.

Contoh perkataan: 
Badal yang secara bahasanya bermaksud "ganti". Hal ini disebabkan yang sebenarnya huruf mad yang
ada asalnya hamzah yang jatuh sukun kemudian diganti menjadi ya ataualif atau wau.
Sebagai contoh:
‫آ َد َم‬ asalnya ‫أَ ْأدَ َم‬
‫ ِٳ ْي َمان‬ asalnya  ٌ‫ِٳ ْئ َمان‬

Mad 'Iwadh[sunting | sunting sumber]

Mad 'Iwadh (‫)مد عوض‬, secara harfiahnya ialah "mengimbangi", berlaku apabila terdapat fathatain atau
tanwin fathah (baris dua di atas) yang jatuh pada waqaf (pemberhentian) pada akhir kalimat atau ayat
kecuali tanwin fathah pada ta' marbutah (‫)ـة‬. Pembacaan mad 'iwadh adalah menggantikan tanwin
tersebut dengan mad tabi'e.

Contohnya adalah 
Perhatikan petikan ayat di atas dengan dua perkataan yang sama mempunyai tanwin ("soffan") tetapi
apabila diberhentikan pada hujung ayat, ia hanya dipakaikan mad ("soffaa"). Maka sebutan petikan ayat
tersebut adalah "...wal-malaku soffan soffaa".
Mad 'Iwadh panjangnya 2 harakat sahaja.
Mad Lin[sunting | sunting sumber]

Mad Lin (atau juga disebut Mad Layyin) adalah mad yang terjadi pada akhir bacaan (posisi
waqaf/berhenti membaca) dengan formula: huruf layyin + satu huruf (yang sebenarnya hidup, tapi
dimatikan, kerana berada di posisi waqaf).
Huruf layyin pula ialah wau dan ya mati sebelumnya berfathah (berbaris atas),  ْ‫ ـَ ي‬/ ‫َـ ْو‬.
Lin dalam bahasa Arab bermaksud "lembut", "ringan".
Contoh paling jelas ialah seperti yang di atas yang memanjangkan Mad Lin dengan 2 harakat. Harakat
ke-8 berbunyi "ro". Bunyi "i" bermula pada harakat ke-9. Pertahankan bunyi "i" hingga harakat ke-11,
sehingga bunyi "roi" akan bersambung dengan bunyi "sy". Maka yang terdengar panjang adalah bunyi
"i"-nyaLebih kurang jika satu huruf "i" mewakili satu harakat, bunyi lengkap contoh di atas adalah "li-
iilaafiquroiiisy". Bunyi "...sy" pada harakat ke-11 akan menghilang ketika jatuhnya harakat ke-12.
Pada contoh di atas juga, "i" pada bunyi "roi" diucapkan secara halus, bersambungan bunyi "o" sehingga
menjadi "oi". Bunyi "i" tidak diucapkan sebagai konsonan yang tersendiri yang boleh menyebabkan ia
dibaca secara terpotong "ro-iiisy" yang menjadikan bacaan itu salah. Pembacaan yang sebenar adalah
menggabungkan "oi" menjadi satu bunyi yang lembut.
Untuk menjadikan bacaan kedengaran lancar, sebaik-baiknya panjang Mad Lin disamakan dengan
panjang Mad 'Aridh Lissukun, sehingga menjadi seiring. Bila Mad 'Aridh Lissukun dibaca dengan tempoh
4 harakat, maka Mad Lin sebaiknya juga dipanjangkan 4 harakat.
Surah Quraisy adalah surah yang mempunyai hukum mad ini untuk keseluruhan ayat.
Mad Tamkin[sunting | sunting sumber]

Mad Tamkin (‫ ) مد تمكين‬berlaku apabila terdapat huruf ya berganda iaitu ya sukun ( ْ‫ )ي‬yang didahului


dengan ya yang bertasydid/bersabdu dan kasrah atau baris bawah.
Walau bagaimanapun, syarat bagi mad tamkin ini ialah ia tidak diikuti lagi dengan huruf hidup yang
dimatikan (akibat akhir bacaan/ayat), kerana kes sedemikian akan berubah menjadi Mad 'Aridh Lissukun.

Contohnya ialah: 
Panjang Mad Tamkin adalah 2 harakat sahaja.
Mad Farqi[sunting | sunting sumber]

Mad Farqi (‫ )مد فرق‬secara harfiahnya bermaksud "berpasukan", "bergabung". Mad ini terjadi akibat
pertemuan antara Mad Badal dan huruf bertasyid.
Tempoh kepanjangan Mad Farqi adalah 6 harakat.
Mad ini hanya terjadi pada 4 tempat bacaan dalam Al-quran, iaitu pada:

 Surah Al-An’am ayat ke-143 dan 144


 Surah Yunus ayat ke-59
 Surah An-Naml ayat ke-59.
Contohnya:

Panjang bacaan Mad Farqi adalah pada "aaaaaadz" adalah 6 harakat iaitu bermula dari harakat ke-3
hingga harakat ke-8. Harakat ke-3 akan mula berbunyi "a" dan dipanjangkan bunyi "a" hingga harakat
ke-8. Pada harakat ke-8, bunyi huruf tasydid selepasnya (dzal) dibawa sekali. Harus diingati yang
terdengar panjang adalah suara "a"-nya. Jika satu huruf "a" mewakili satu harakat, bunyi lengkap Mad
Farqi adalah "Qul aaaaaadzakaraini". Bunyi vokal "a" dari harakat ke-3 hingga bunyi "dz" pada harakat
ke-8 tidak boleh terputus untuk mematuhi hukum mad ini.
Mad Silah[sunting | sunting sumber]

Mad silah terbahagi kepada dua iaitu Mad Silah Qasirah dan Mad Silah Tawilah. Secara
harfiah, silah bermaksud "berkait", "pertalian" manakala qasirah bermaksud "pendek"
dantawilah bermaksud "panjang". Hal ini dapat dilihat kesannya pada kepanjangan harakat.
Mad Silah Qasirah (‫ )مد صلة قصرة‬ialah pemanjangan bunyi pada huruf ha dhomir (‫ه‬ : bunyi hii - ‫ ِه‬ atau huu
- ُ‫ه‬ sebagai kata ganti nama orang ketiga tunggal) dengan syarat tidak diikuti huruf hamzah sesudahnya.
Bunyi tersebut akan dipanjangkan ketika diapit oleh huruf-huruf yang hidup.
Pemanjangan suara pada huruf ha dhomir tidak disebabkan oleh huruf mad, tetapi kerana diapit oleh
huruf hidup. Walau bagaimanapun, jika Mad Silah didahului huruf yang mati maka Mad Silah tidak
terjadi, dan dibaca biasa tanpa panjang kecuali pada surah Al-Furqan ayat ke 69 yang disebut "Mad
Mubalaghah".

Contoh Mad Silah Qasirah: 


Mad Silah Qasirah panjangnya 2 harakat saja.
Mad Silah Tawilah (‫ )مد صلة طويلة‬pula ialah pemanjangan bunyi pada huruf ha dhomir apabila Mad Silah
Qasirah bertemu dengan huruf hamzah. Ukuran panjangnya adalah 4 sampai 5 harakat.
Contoh Mad Silah Tawilah: 
Pengecualian:

1. Apabila sebelum kata ganti orang ketiga tunggal lelaki [ُ‫ ه‬/ ‫ ] ِه‬terdiri dari huruf mati (bersukun),
maka tidak berlaku mad silah. Contoh : ‫َعلَ ْي ِه ☼ َع ْن ُه ☼ فِ ْي ِه ☼ لَ ُد ْن ُه‬
2. Ta marbuthah [ُ‫ ه‬/ ‫ ] ِه‬yang bukan kata ganti, walaupun diapit oleh huruf hidup, tidak berlaku
mad.
Contoh : ‫ض ُه لَ ُك ْم ☼ َما َن ْف َق ُه ☼ َف ِوا ِك ُه‬
َ ْ‫لَئِنْ لَ ْم َي ْن َت ِه ☼ َير‬
(Kes ini berlaku pada ayat 96:15, 26:116 & 167, 19:46, 33:60, 11:91, 23:19, 37:42, 77:42, 39:7)
Mad Lazim[sunting | sunting sumber]

Mad Lazim ialah sebahagian daripada Mad Far'ie yang terbahagi kepada dua pecahan iaitu Mad Lazim
Harfi dan Mad Lazim Kalimi.
Mad Lazim Harfi adalah bacaan panjang pada huruf muqotho'ah iaitu huruf yang tidak berbaris atau
bertanda yang dibaca sebagaimana nama hurufnya.
Huruf muqotho’ah[sunting | sunting sumber]
Huruf muqotho’ah iaitu huruf yang tidak berbaris atau bertanda yang dibaca sebagaimana nama
hurufnya dan terdapat pada ayat pertama surah-surh tertentu sebagai pembuka surah. Maka, huruf
muqotho’ah juga dikenali sebagai "Fawatihus Suwar" (‫ )فواتح السور‬yang bermaksud "pembuka bab".
Secara amnya, huruf muqotho’ah dibaca dengan 3 pola berikut (perhatikan hukum madnya):

 Pertama : Tidak ada mad (pemanjangan) iaitu pada huruf alif. Huruf Alif sebagai Huruf
Muqotho’ah dibaca dengan bunyi "Alif"
 Kedua : Mad Harfi ialah sepanjang 2 harakat, terjadi pada huruf-huruf berikut:

 Ketiga : Mad Lazim Harfi sepanjang 6 harakat, terjadi pada huruf-huruf berikut:


Contoh yang terdapat dalam al-Quran:

Untuk mudah membezakan huruf yang dibaca 2 harakat dan 6 harakat ialah apabila hurufnya disebut
menggunakan 2 huruf, maka ia dibaca 2 harakat manakala huruf-huruf yang apabila disebut namanya
berbunyi daripada 3 huruf, maka ia dibaca 6 harakat.
Mad Lazim Harfi[sunting | sunting sumber]

Mad Lazim bererti mesti dibaca panjang manakala Harfi itu berlaku pada huruf. Mad Lazim Harfi
terbahagi kepada dua iaitu Mad Lazim Harfi Mukhaffaf (‫ )مد الزم حرف مخفف‬yang bermaksud "ringan" untuk
mengucapkannya tanpa bertasydid atau hukum idgham dan Mad Lazim Harfi Musyabba’ ( ‫مد الزم حرف‬
‫ )مشبع‬atau Mad Lazim Harfi Mutsaqqal (‫)مد الزم حرفي مثقل‬. Musyabba’ bererti "tepu"
manakala Musaqqal bererti "berat" kerana terdapat hukum idgham.
Mad Lazim Harfi Mukhaffaf adalah Mad Tabi'e yang bertemu sukun yang terjadi pada rangkaian huruf-
huruf Muqotho’ah. Kepanjangan Mad Lazim Harfi Mukhoffaf adalah 6 harakat. Contohnya adalah seperti
berikut:

Mad Lazim Harfi Mutsaqqal adalah Mad Tabi'e yang bertemu dengan tasydid/sabdu (keranya
terjadinya idgham antara sebutan rangkaian huruf muqotho'at). Kepanjangan Mad Lazim Harfi Mutsaqol
juga adalah 6 harakat dengan penekanan pada tasydid antara huruf.
Panjang bacaan Mad Lazim Harfi Mutsaqqal pada "siiiiin" adalah 6 harakat, iaitu dari harakat ke-3 hingga
harakat ke-8. Dan panjang bunyi "miiiiim" juga adalah 6 ketukan iaitu dari harakat ke-12 hingga harakat
ke-17. Di antara keduanya (siiiiin dan miiiiim) ada bunyi ghunnah (dengung) kerana sifat bunyi "n" akan
melebur ke bunyi "m" (wujud fungsi tasydid atau sabdu di sini). Tempoh bacaan ghunnah ini pula adalah
4 harakat, dari harakat ke-9 hingga harakat ke-12. Maka, harakat ke-3 berbunyi "si" dan dipanjangkan
bunyi "i" hingga harakat ke-8 tanpa terputus. Bunyi "i" tersebut menghilang bersamaan dengan
tersambarnya bunyi "m" pada harakat ke-8.
Dengungnya bunyi "m" dimulakan pada harakat ke-8 lagi, namun mula dikira harakatnya dari harakat ke-
9 hingga harakat ke-12 tanpa putus. Bunyi dengung "m" akan menghilang pada bunyi "mi" pada harakat
ke-12.
Pada harakat ke-12 itu tadi mula terdengar bunyi "mi" dan ditahankan bunyi "i" hingga harakat ke-17 juga
tanpa putus. Bunyi "i" tersebut menghilang bersamaan dengan tersambarnya bunyi "m" pada harakat ke-
17. Bunyi "m" terakhir, menghilang ketika jatuhnya harakat ke-18.
Mad Lazim Kalimi[sunting | sunting sumber]

Mad Lazim Kalimi juga terbahagi kepada dua iaitu Mukhaffaf dan Mutsaqqal. Berbeza dengan Mad
Lazim Harfi, Mad Lazim Kalimi berlaku adalah bentuk perkataan atau kalimah (lantas gelarannya).
Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf (‫ ) مد الزم كلمي مخفف‬adalah mad yang terjadi daripada pertemuan antara
Mad Badal dengan huruf bertanda sukun (mati). Hukum mad ini hanya terdapat di 2 tempat dalam Al-
quran, iaitu pada surah Yunus ayat ke-51 dan 91.
Tempoh kepanjangan Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf adalah 6 harakat.

Contoh: 
Mad Lazim Kalimi Mutsaqqal (‫ )مد الزم كلمي مثقل‬adalah mad yang terjadi apabila Mad Tabi’e diikuti oleh
huruf bertasydid, DAN kedua-duanya masih berada pada satu perkataan atau kalimah. Apabila tanda
tasydid berada di lain perkataan, hukum mad tidak terpakai.
Tempoh kepanjangan Mad Lazim Kalimi Mutsaqqal adalah 6 harakat.

Contoh: 
Mad Mubalaghah[sunting | sunting sumber]
Mad Mubalaghah adalah suatu pengecualian pada hukum mad dan tidak disenaraikan dalam mana-
mana pecahan mad mahupun sebahagian daripada Mad Silah Qasirah, malah melanggar hukum
tersebut.
Pada umumnya seperti yang diterang di atas, apabila sebelum atau sesudah ha dhamir itu bertanda
sukun, maka ha dhamir tersebut tidak dibaca panjang atau tidak termasuk ke dalam bacaan mad. Walau
bagaimanapun, ada salah satu tempat dalam al Qur'an iaitu surah al-Furqan ayat ke-69. Ha dhamir yang
terdapat pada ayat ini sebelumnya itu bertanda sukun dan ha dhamir tersebut tetap dibaca panjang.

Disebabkan bacaan tersebut mengandungi fungsi "mubalaghah" (‫)مبلغة‬, maksudnya secara harfiah ialah
"keterlaluan" iaitu bacaan tersebut menyatakan bahawa betapa kerasnya siksaan Allah untuk orang-
orang musyrik. Maka bacaan tersebut dipanjangkan dan digelar Mad Mubalaghah.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


 Idgham
 Tasykil
Kategori: 
 Tajwid
 Bahasa Arab
Menu pandu arah
 Belum log masuk

 Perbincangan

 Sumbangan

 Buka akaun

 Log masuk
 Rencana
 Perbincangan
 Baca
 Sunting
 Sunting sumber
 Lihat sejarah
Cari
Pergi

 Laman Utama
 Tinjau
 Hal semasa
 Rencana rawak
Perhubungan
 Tentang Wikipedia
 Portal masyarakat
 Perubahan terkini
 Hubungi kami
 Menderma
 Bantuan
 Kedai Kopi
Cetak/eksport
 Cipta buku
 Muat turun sebagai PDF
 Versi boleh cetak
Peralatan
 Pautan ke laman ini
 Perubahan berkaitan
 Muat naik fail
 Laman khas
 Pautan kekal
 Maklumat laman
 Item Wikidata
 Petik laman ini
Dalam bahasa lain
 ‫العربية‬
 Bahasa Indonesia
 English
Sunting pautan
 Laman ini diubah buat kali terakhir pada 00:30, 9 November 2015.
 Teks disediakan dengan Lesen Creative Commons Pengiktirafan/Perkongsian Serupa; terma-terma tambahan
mungkin digunakan. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.

 Dasar privasi

 Perihal Wikipedia

 Penafian

 Pembangun

 Cookie statement

 Paparan mudah alih


Berikut 15 Macam hukum Bacaan Mad Beserta Contohnya :

1. Mad Thabi’i ( ‫ َط ِبي ِعيـ‬ ‫ َم ْد‬ )

Ketika ada huruf alif ( ‫ا‬ ) letaknya sesudah huruf fathah atau ya’ sukun ( ‫ي‬ )
sesudah kasrah ( ―ِ ) atau wau ( ‫و‬ ) sesudah dhammah ( ―ُ ) maka dihukumi mad
thabi’i . Mad artinya panjang , thabi’i artinya : biasa.
Cara kita membacanya harus panjang sampai dua harakat atau disebut satu alif
contoh :
‫س ِم ْي ٌع‬ – ‫ َيقُ ْو ُل‬ -  ٌ‫ب‬ ‫ك َتا‬

2. Mad Wajib Muttashil ( ‫ ُم َّتصِ ْل‬  ْ‫ َم ْد َوا ِجب‬ )

Ketika ada huruf mad thabi’i bertemu dgn hamzah ( ‫ء‬ ) di dalam suatu kalimat atau
kata. Cara kita membaca ini wajib panjang, panjangnya sekitar 5 harakat atau 2
setengah kali mad thabi’i ( dua setengah alif ).
Contoh : ‫ ِجيْ َء‬ - ‫ َجآ َء‬ - ‫َس َوآ ٌء‬

3. Mad Jaiz Munfashil ( ‫) َم ْد َجائِز ُم ْن َفصِ ْلـ‬

Ketika ada huruf mad thabi’i bertemu dgn hamzah (‫ء‬ ) akan tetapi hamzah itu pada
lain kalimat . Jaiz artinya : boleh . Munfashil artinya terpisah .
Cara kita membaca ini boleh seperti mad wajib muttashil, dan boleh seperti mad
thobi’i saja .
Contoh : ‫أ ُ ْن ِز َل‬ ‫ ِب َما‬ ‫َوﻻَأ ْن ُت ْـم‬

4. Mad Lazim Mutsaqqal Kilmi ( ‫ك ِْلمِي‬ ‫ ُم َث َّق ْل‬ ‫ َم ْدﻻَ ِز ْـم‬ )
Ketika ada huruf mad thabi’i bertemu dgn tasyid di dalam satu perkataan, maka
cara kita membacanya harus panjang selama 3 kali Mad Thabi’i atau 6 harakat.
Contoh : ‫ّاخ ُة‬ َ ِّ‫َوﻻَالضَّآل‬
َ ‫اَلص‬ ‫ين‬

5. Mad Lazim Mukhaffaf Kilmi ( ‫ك ِْلمِي‬ ‫م َُخ َّفف‬ ‫ َم ْدﻻَ ِز ْـم‬ )

Ketika ada huruf mad thobi’I bertemu dgn huruf mati (sukun), maka cara kita
membaca ini sepanjang 6 harakat .
Contoh ‫آﻻَن‬

6. Mad Layyin ( ‫لَين‬ ‫ َم ْد‬ )

Ketika  ada huruf wau sukun ( ‫و‬ ) atau ya’ sukun ( ‫ي‬ ) sedangkan huruf sebelumnya
yaitu berharakat fathah, maka cara kita membacanya sekedar lunak dan lemas .
Contoh :  ٌ‫ َخ ْوف‬  ٌ‫َريْب‬

ِ  ‫ َم ْد‬ )
7. Mad ‘Aridl Lissukun ( ‫لِلسُّكوُ ِن‬  ْ‫عارض‬

ketika ada huruf waqaf atau tempat pemberhentian membaca sedang sebelum
waqaf itu ada Mad Thobi’i atau Mad Lein, maka cara membacanya ada 3 macam :

a. Yang lebih utama dibaca panjang seperti mad wajib muttashil ( 6 harakat ).
b. Yang pertengahan dibaca empat harakat ya’ni du kali mad thobi’i..
c. Yang pendek ya’ni boleh hanya dibaca seperti mad thobi’i biasa .
ِ ‫وال َّن‬ ‫ َخالِ ُد ْو َن‬ ‫بَصِ ْي ٌـر‬
Contoh : ‫ َس ِم ْي ٌع‬ ‫اس‬

8. Mad Shilah Qashirah ( ‫ َقصِ ي َْرة‬ ‫صِ لَة‬ ‫ َم ْد‬ )

Ketika ada Huruf haa dhamir ( ‫ﻪ‬ ) sedangkan sebelum haa tadi ada huruf hidup
(berharakat), maka cara membacanya harus panjang seperti mad thobi’i.
Contoh : ‫لَ ُه‬ ‫ﻻَ َش ِريْك‬ ‫ان‬
َ ‫ َك‬ ‫ِا َّن ُه‬

9. Mad Shilah Thawilah ( ‫َم ْد‬


ََ  ‫صِ لَة‬ )
Roman";">‫ط ِو ْيلَة‬

Ketika ada Mad Qashirah bertemu dgn hamzah ( ‫ء‬ ), maka


membacanya seperti Mad Jaiz Munfashil .
Contoh : ُ‫اَ ْخلَدَ ه‬ ‫لَ ُه‬ ‫ ِاﻻَّ ِب ْاذنِه‬ ُ‫عِ ْندَ ه‬

10. Mad ‘ Iwadl ( ‫عِ َوض‬ ‫ َم ْد‬ )

ketika ada huruf fathahtanwin yang jatuh pada waqaf


(pemberhentian) pada akhir kalimat, maka cara
membacanya seperti mad thobi’i.
Contoh mad Iwadl : ‫ َحكِيمًا‬ ‫ َعلِ ْيمًا‬ ‫ َبصيْرً ا‬ ‫َسم ْيعًا‬

11. Mad Badal ( ‫ َبدَ ْل‬ ‫ َم ْد‬ )

ketika ada huruf hamzah ( ) bertemu dengan Mad , maka


cara kita membacanya seperti Mad Thobi’i.

Contoh hukum bacaan mad badal :  ٌ‫إيْماَن‬ ‫آ َد َم‬


Badal artinya ganti. Karena yang sebenarnya huruf mad yang
ada tadi asalnya hamzah yang jatuh sukun kemudian diganti
menjadi ya atau alif atau wau .
‫آدَ َم‬ asalnya ‫أَ ْأدَ َم‬
‫ٳ ْي َمان‬ asalnya 
ِ ٌ‫ِٳ ْئ َمان‬

12. Mad Lazim Harfi Musyabba’ ( ‫ ُم َشبَّع‬  ِ‫ َحرْ ف‬ ‫الز ْم‬
ِ  ‫ َم ْد‬ )

Yaitu apabila pada permulaan surat dari Al-Qur’an terdapat


salah satu atau lebih Dari antara huruf yang delapan, ya’ni
‫م‬ – ‫ك‬ – ‫ل‬ – ‫س‬ – ‫ع‬ – ‫ص‬ – ‫ق‬ - ‫ن‬ , cara membacanya seperti
Mad Lazim yaitu 6 harakat .
Contoh hukum bacaanmad lazim harfi musyabba’ : ‫ي‬ ‫ن‬ ‫آلم‬ ‫َوالقلَم‬
‫س‬

13. Mad Lazim Harfi Mukhaffaf ( ‫م َُخ َّفف‬  ِ‫ َحرف‬ ‫الزم‬


ِ  ‫ َم ْد‬ )

Yaitu apabila ada permulaan surat dari Al-Qur’an ada


terdapat salah satu atau lebih dari antara huruf yang lima
ya’ni :
‫ر‬ - ‫ﻫ‬ - ‫ط‬ – ‫ي‬ – ‫ح‬
Cara bacanya seperti mad thobi’i Contoh :
‫الم‬ ‫حم‬

14. Mad Tamkin ( ‫ َتمْ ِكيْن‬ ‫ َم ْد‬ ) Yaitu :

Ketika ada huruf ya’ sukun (  ْ‫ي‬ ) yang didahului dengan ya’
yang bertasydid dan harakatnya kasra, dan cara
membacanya ditepatkan dengan t
Contoh hukum bacaan mad tamkien : ‫حُي ِّي ْي ُت ْم‬ ‫ال َن ِب ّيي َْن‬

15. Mad Farq ( ‫ َفرْ قـ‬ ‫ َم ْد‬ )

Yaitu bertemunya dua hamzah yang satu hamzah istifham


dan yang kedua hamzah washol pada lam alif ma’rifat, cara
membacanya sepanjang 6 harakat .
Contoh hukum bacaan Mad farq : ‫قُ ْل‬ ‫ ٰٰءاﷲُ َخ ْي ٌراَمّا ُي ْش ِر ُكون‬ ‫لَ ُك ْم‬ ‫اذ َِن‬ ُ‫ ٰءاﷲ‬ ‫قُ ْل‬
َّ ‫ٰٰء‬
ِ ‫الذ َك َري‬
‫ْن‬
Baca juga : Hukum bacaan al syamsiyah dan al qamariyah

Demikian beberapa Hukum Bacaan Mad dan Contohnya


Lengkap semoga penjelasanya dapat membantu anda dalam
memahami cara membaca Al-Qur’an dengan baik tanpa
tajwid yang benar maka akan terdapat banyak salah dalam
membacanya. Konon katanya salah panjang pendeknya juga
salah arti. Maka alangkah lebih baiknya kita berusaha lebih
baik lagi dalam belajar al Quran ini.

Anda mungkin juga menyukai