Anda di halaman 1dari 27

TEORI DAN MODEL

PENGAJARAN PENDIDIKAN
ISLAM

Dr. Ghazali bin Darusalam


Jabatan Asas Pendidikan & Kemanusiaan
Fakulti Pendidikan
Universiti Malaya
drgha@um.edu.my

ABSTRAK

Para sekolar Timur yang terdiri daripada ulama-ulama


muktabar telah mengemukakan pelbagai teori Pendidikan Islam.

1
Pelbagai teori telah dikemukakan oleh mereka untuk
memperkayakan amalan dan pelaksaanan Pendidikan Islam di
sokolah yang menyentuh; tujuan dan matlamat Pendidikan
Islam, isi kandungan Pendidikan Islam, interaksi guru pelajar,
pedagogi pengajaran, proses pembelajaran, martabat ilmu,
sumber pengetahuan, fungsi pendidik, dendaan dan ganjaran,
percampuran pelajar, kesesuaian masa belajar, disiplin,
kurikulum dan lain-lain. Disamping itu mereka juga telah
mengemukakan pelbagai model pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Islam seperti Ibnu Khaldun mencetuskan dua model
Pendidikan Islam; pertama, model Malakat Pemerolehan Ilmu
Pengetahuan dan model kedua adalah model Kitaran Proses
Pengajaran dan Pembelajaran. al-Qabisi juga mencipta dua
model; pertama, model Pemusatan dan Perhubungan Ilmu dan
model kedua, adalah model Pemusatan dan Perhubungan
Dalam Pembinaan Kurikulum. Ibnu Sahnun pula
memperkenalkan Model Pemeringkatan Mata Pelajaran. Tidak
ketinggalan juga Ibnu Sina yang memaparkan Model Urutan
Berarah Peringkat Pembelajaran, al-Ghazali dengan Model
Urutan Prograsif Ilmu dan Rafaah Rafie al-Tahtawi melalui
modelnya Markhalah Punun al-Maddah.

Pendahuluan

Kelangsungan pendidikan Islam telah bermula sejak 8000 tahun sebelum masihi iaitu
sezaman dengan wujudnya nabi Allah Adam a.s. semasa Allah S.W.T mengajarkan nabi
Adam dengan pelbagai nama benda di alam ini. Tetapi jika dirujuk dalam konteks
negara Malaysia, pendidikan atau pengajaran Islam baru bermula sejak abad ke-15

2
sezaman dengan kesultanan Melayu Melaka. Manakala pendidikan Islam dari aspek
sistem pendidikan kebangsaan telah dilaksanakan sejak hampir suku abad yang lalu.

Dengan itu pertumbuhan dan perkembangan sistem pendidikan Islam yang


agak tersusun di Malaysia masih lagi sesuatu yang baru, sekitar usia 40 tahun yang
bertitik tolak daripada Laporan Rahman Talib 1960 baru lahirnya pemikiran-pemikiran
terhadap hala tuju pendidikan Islam. Maka dengan sebab itulah bahan-bahan rujukan
tentangnya amat terbatas dan kurang khususnya dari aspek asas-asas metodologi dan
pedagogi pendidikan Islam dalam hubungannya di Malaysia. Terdapat sebilangan kecil
buku-buku atau bahan-bahan bacaan pendidikan Islam di pasaran tempatan yang
diimport dari pelbagai negara Islam dalam teks asal berbahasa Arab yang kurang
diketengahkan oleh para sekolar tempatan kerana kemampuannya menguasai bahasa
Arab yang menjadi faktor kurangnya rujukan khazanah pendidikan Islam. Ketiadaan
buku yang spesifik terus menjurus kepada amalan pedagogi pendidikan Islam
sedangkan guru-guru agama di sekolah rendah dan menengah serta para pelajar di
fakulti pendidikan sama ada di Institusi Perguruan dan universiti begitu
memerlukannya.

Asas-asas ilmu pendidikan Islam yang dijadikan sumber bahan bacaan sama ada
sebagai rujukan, hujah, perbincangan dan isme oleh guru dan mereka yang terlibat
dengan pemikiran pendidikan Islam kebanyakannya merujuk kepada sistem dan amalan
pendidikan Barat. Mereka jarang mengenegahkan teori dan model pendidikan Islam
yang berasaskan daripada tassawwur Islam baik dari segi pedagogi mahupun daripada
aspek falsafah dan metodologinya. Seperti yang dinyatakan tadi, ini disebabkan
kebanyakan bahan tersimpan dalam khazanah perpustakaan dalam bahasa Arab yang
belum diterjemahkan ke dalam bahasa tempatan. Bukan masalah kualiti atau utilitinya
tetapi disebabkan oleh lemah daya faham terhadap penguasaan bahasa Arab. Jika tidak
ada usaha untuk menterjemah dan mengarangnya semula nescaya khazanah berharga
ini akan terus bersemadi di perpustakaan tanpa disentuh oleh jari para sarjana
pendidikan Islam tempatan.

Pelbagai jenis ilmu turath al-Islami seperti; Fikah, Tauhid, Tafsir, Hadith,
ilmu-ilmu Ulum, Sirah Nabawi, Akhlak, Dakwah, Mantik, Falsafah, Balaghah dan
Bahasa Arab telah banyak ditulis dan dikembangkan oleh para ulama dan sarjana Islam
tempatan. Tetapi malangnya ilmu pendidikan Islam amat kurang ditulis sedangkan

3
kepentingannya baik sebagai bahan bacaan atau kepenggunaannya di bilik-bilik darjah
dan kelas tidak boleh dinafikan sama pentingnya dengan bidang-bidang agama yang
lain.

Barangkali sarjana Islam kita telah terlupa bahawa ayat al-Quran yang pertama
sekali dibawa oleh malaikat Jibrail a.s kepada junjungan besar nabi Muhammad
Rasulullah s.a.w ialah ayat 1 hingga 5 Surah al-Alaq yang bermula dengan kalimah
Iqra. Bukankah ia menyentuh secara langsungnya tentang aspek baca yang sinonim
dengan Ilmu Pendidikan?

Tarif Pendidikan Islam


Mengikut Abdul Qdir Syiekh Idris (1978) Pendidikan Islam bermaksud; satu proses
pengajaran dan pembelajaran yang menghimpunkan beberapa suruhan, tegahan,
hukum-hukum, adab-adab, kelebihan dan kewajipan belajar yang dibantu dengan bahan
pengajaran berasaskan kepada al-Quran dan al-Hadith.

Manakala Muhammad Munir Musa (1971) menjelaskan maksud pendidikan


(al-Tarbiyah) sinonim dengan al-Talim, al-Adab dan al-Tahzib, kalimah al-
Tarbiyah berasal daripada perkataan Rabbi bererti; yang memelihara, yang
melahirkan, membina kekuatan aqliyah dan khuluqiyah yang berteraskan kalimah
Rab dengan ciri-ciri berasaskan maksud ketuhanan. Dengan itu sumber, proses dan
tujuan pendidikan Islam mestilah dari kalimah tauhid ini. Beliau juga menjelaskan
pendidikan Islam adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang disandarkan kepada
manhaj dan asalib ajaran Islam bagi mencapai tujuan mencari ilmu, kemahiran dan
pengalaman (Muhammad Munir Musa (1980).

Pendidikan Islam menurut Abdul Gani al-Nwawi (1986), adalah manhaj Allah
s.w.t ke atas makhluknya bagi tujuan ubudiyah. Pendidikan Islan ialah pendidikan yang
selaras dengan iradah-iradah makhluk bagi menepati kehendak-kehendak Khaliq.

Pendidikan Islam seerti dengan al-Ta'lim (ajaran) dan al-Tarbiyah (didikan).


Tarbiyah dikhususkan kepada pendidikan kanak-kanak (pedagogi) kerana perkataan
nya berasal daripada kalimah 'rab' yang bererti persediaan dan amalan yang
mengembangkan potensi-potensi keagamaan (ketuhana) insan, taalim diambil

4
daripada kalimah 'ilm' yang bererti proses memberi pengetahuan kepada manusia yang
merujuk kepada pendidikan dewasa (andragogi) (Abdul Fatah Jlal, 1977).

Adnan Yusopp (2000) dalam tulisannya menyatakan pendidikan Islam adalah


satu usaha yang berterusan dalam menyampaikan ilmu, membentuk kemahiran dan
memupuk penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah sepanjang hayat
bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba
Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam
sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di
akhirat.

Tujuan Pendidikan Islam


Pendidikan Islam dalam konteks keperguruan adalah bermatlamatkan melahirkan insan
yang berilmu berkeperibadian mulia, berkemahiran dan bersikap positif untuk
membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di
dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat (Bahagian Pendidikan Guru, 1997).

Tujuan Pendidikan Islam seperti yang dinukilkan oleh Abdul Kadir Syeikh Idris
(1978) secara keseluruhannya ialah menghidupkan roh, akal fikiran dan
mengembangkan fizikal. Sedangkan Ajil Jasim al-Nasymi (1992) berpendapat
tujuannya adalah untuk melahirkan al-Mawatin al-Sholeh atau anak bangsa yang
sholeh. Pendapat yang sama juga dinyatakan oleh Abdul Rahman al-Rifaie Baqrah
(1993), yang menyatakan tujuan pendidikan Islam adalah untuk melaksanakan apa yang
dituntut oleh al-Quran dan Hadis serta memenuhi kehendak-kehendak manusia kepada
hidup beragama. Abdul Fatah Jall (1977) pula berpendapat tujuannya juga adalah
untuk mengajak manusia keseluruhannya kepada 'Dienullah' dengan tujuan dakwah,
inzar, menjauhkan syirik dan kekufuran, menyuruh mengagongkan Allah dan mengikut
pimpinan dan teladan Rasulullah s.a.w. Lebih terperinci lagi Mokhtar Shafie (1995)
menghuraikan tujuan Pendidikan Islam adalah untuk melahirkan seorang muslim yang
menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai contoh dan ikutan iaitu muslim yang berkualiti
dan berjaya melaksanakan tugas dan tanggungjawab seperti yang dituntut oleh Islam di
atas skop-skop pendidikan Islam yang mencakupi pendidikan jasmani, aqli, akhlaq,
psikologi dan rohani.

5
Teori Dan Model Pendidikan Islam
Teori dan model pengajaran pendidikan Islam pada umumnya menggunakan
pendekatan pendekatan developmental berdasarkan kepada kesinambungan
penguasaan kecekapan, kemahiran dan amalan yang simbang antara aspek teori dan
praktikal (Bahagian Pendidikan Guru, 1997). Menurut Teuku Iskandar (1986 ), teori
didefinisikan sebagai:
pendapat yang dikemukakan untuk menerangkan sesuatu perkara,
asas-asas kasar yang menjadi dasar pembentukan (perkembangan)
sesuatu pengetahuan atau pendapat mengenai cara-cara membuat
sesuat.

Begitu juga Terry Boswell and Cliff Brown (1999) menjelaskan teori sebagai;
an argument on the cases used to construct it dan introduce contextual and case -
specific explanations. Mengikut pendapat sekolar timur seperti Abdullah Amin al-
Nukmy (1995) teori atau nazari adalah sama erti yang membawa maksud; sesuatu
yang sifatnya praktikal, sedangkan Ibnu Khaldun (1945) dalam kitab al-Muqaddimah
menjelaskan nazari (teori) bermaksud; satu pandangan serta melatakkannya dalam
pembahagian akal manusia selain tamyiz (perbezaan) dan tajribi (percubaan).

Daripada beberapa definisi teori di atas, dapatlah disimpulkan teori membawa


maksud; satu pandangan atau pendapat yang praktikal serta mempunyai sesuatu dasar
dan asas yang boleh dibuktikan secara tajribi.

Model Pendidikan Islam hendaklah diasaskan kepada tauhidik paradigma yang


merupakan penyempurnaan kontrak antara manusia dan Allah s.w.t iaitu asasnya ialah
nilai etika tauhid seperti mana yang dijelaskan oleh Yem Ismail (1989). Teuku Iskandar
(1986) mendefinisikan model sebagai,ragam, cara, barang tiruan yang sama seperti
yang asal tetapi lebih kecil. Sebaliknya Tunku Sarah (1997) menjelaskan model boleh
dijelamakan dalam bentuk rajah urutan, contoh yang berajah, rangka, struktur dan
bentuk luaran yang dapat dilihat secara gambaran kesimpulan atau pictured
description.

Pembentukan model-model pendidikan Islam dimulai dengan pembinaan


sesuatu konsep (conceptual objectives), contohnya konsep iman dan amal saleh adalah
satu model dalam paksi sistem pendidikan Islam. Daripada tujuan konseptual ini
kemudiannya dibina model-model tertentu, dimana setiap model pendidikan mestilah

6
meliputi segala fungsi dan sistem sesuatu institusi dan aliran pendidikannya seperti
pengajaran (teaching), penyelidikan (research) dan perkhidmatan kemasyarakatan
(public service). Model-model ini boleh dipecahkan kepada sub-sistem model seperti
model instruksionil (struktur) dan model managenil (pengurusan). Model-Model
Pendidikan Islam dibina untuk menterjemahkan ketiga-tiga fungsi sistem dalam bentuk
behavioral objective. Ada tiga fasa pembinaan model-model pendidikan Islam;
i. model yang dibina berasaskan kepada corak institusi pendidikan
ii. model yang dibina berasaskan sistem pendidikan
iii. model yang dibina daripada fasa institusi sosial.
Pembinaan model-model ini tidak terhad kepada tiga fasa ini sahaja bahkan ia
boleh diperluaskan lagi kepada model serantau, model sedunia dan lain-lain lagi. Model
juga sebagai alat (tool) untuk menilai secara kuantitatif bagaimana sesuatu sistem itu
berlaku (Hassan Langgulung, (1979).

Teori-teori dan model-model pendidikan Islam telah banyak dikemukakan oleh


para sarjana Pendidikan Islam melalui idea-idea mereka yang mendahului masa dan
digunapakai oleh para sarjana pendidikan moden hingga ke hari ini. Keistimewaan teori
dan model pengajaran mereka terletak pada keaslian idea, nilai ilmiahnya yang tinggi
berdasarkan sumber utama ajaran Islam iaitu, al-Quran dan Hadith.

Pendidikan Islam yang syumul dapat diterjemahkan kepada model yang


mencakupi fasa tadi. Berdasarkan teori pendidikan dari beberapa tokoh sarjana
terkenal yang berkecimpung dalam lapangan pendidikan Islam pengkaji cuba membina
model pendidikan Islam mereka dalam bentuk re-constructure yang baru.

Tokoh dan para sarjana pendidikan Islam yang akan dikemukakan nanti
merupakan pencetus utama dalam idea dan pemikiran terhadap pendidikan Islam yang
semuanya menambahkan wacana dan warisan pendidikan Islam. Teori, model dan
kaedah pendidikan Islam daripada sarjana pendidikan Islam telah menjadi asas terhadap
teori, model dan kaedah pendidikan Islam sekarang.

1. Teori Dan Model Pendidikan Islam Mengikut Ibnu Khaldun.

7
Abdul Karim Dan Hassan al-Zabnu (1968) meriwayatkan, nama sebenar Ibnu Khaldun
ialah Abdul Rahman bin Khaldun (732 H-808H / 1332M-1408M) lahir di Tunis.
Keluarganya dari kalangan tokoh-tokoh ilmuan yang terkenal. Ibnu Khaldun
dibesarkan dalam lingkungan suasana keilmuan yang tinggi ditengah kekuasaan
kerajaan Bani Abbasiah. Ibnu Khaldun belajar dengan ramai ulama Islam yang terkenal
dengan ketinggian ilmunya dan sepanjang masa hidup Ibnu khaldun dihabiskan dengan
mengembara mencari ilmu dan sekaligus mengajar, dengan itu lapangan pendidikan
Islam beliau amat luas mencakupi pelbagai jenis dan skop ilmu seperti, Falsafah, al-
Quran, Bahasa, Hadith, Feqah, Mantik, Kebudayaan, Sosiologi, Pendidikan dan
Sejarah.

Yang menariknya Ibnu Khladun belajar berbagai jenis ilmu ini daripada sumber
perintis ilmu yang pertama. Ibnu Khaldun menganut mazhab Imam Malik, hidup dalam
dua zaman di Andalusia, Granada di Barat dan Tunis (Afrika) serta Mesir di Timur.
Dari segi kerjayanya beliau pernah menjadi utusan raja Qasytalah dan pernah menjadi
hakim di mahkamah Mesir disamping mengajar di beberapa buah institusi pengajian
tinggi di Marocco, Tunisia, Granada dan Mesir (Abdullah Amin al-Nukmy, 1995).

Tujuan mendedahkan teori pendidikan menurut beliau adalah untuk


menggambarkan bahawa strategi, kaedah dan teknik pengajaran pendidikan Islam telah
wujud secara waqie (reality) sebagaimana yang telah dipraktikkan oleh ulama Islam
di masa silam. Banyak teori pendidikan yang dikemukakan oleh Ibnu Khaldun
sepanjang pembabitannya dalam dunia pendidikan Islam yang boleh dipecahkan kepada
tajuk-tajuk kecil seperti berikut :
1) Definisi pendidikan.
Menurut Ibnu Khaldun, pendidikan ialah proses pengajaran dalam tingkahlaku
individu yang timbul secara terpaksa kerana individu perlukan ilmu pengetahuan,
proses pendidikan berlaku secara asimilasi antara warisan masyarakat yang saling
ambil mengambil, pengaruh mempengaruhi. Pengetahuan juga bermaksud;
sejumlah pengalaman yang diperolehi oleh individu dengan perantaran pintu
pengetahuan. Pengetahuan bersifat konkrit, naqli, rohani dan akli.
2) Interaksi guru dengan murid.
Murid mesti mengadakan hubungan secara langsung dengan guru supaya
memperolehi ilmu daripada mereka. Bentuk interaksi mesti pelbagai hala agar

8
pelajar dapat meneliti, mengkaji dan bersungguh-sungguh dalam memperdalami
sesuatu.
3) Penggunaan kaedah
Kaedah mengajar bukanlah satu sahaja tetapi ia pelbagai kaedah yang mengikut
tahap pelajar, suasana dan perbezaan mengikut negera Islam. Tiada satu kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang terbaik melainkan ia sesuai mengikut suasana
pengajaran guru.
4) Kedudukan ilmua
Menuntut ilmu adalah wajib pada sepanjang masa, ilmu hendaklah dituntut
daripada guru-guru yang mempunyai kemampuan ilmiahnya. Individu hendaklah
sentiasa menyintai ilmu dan sesudah itu mengajarkannya kepada orang lain.

5) Proses pengajaran
Ketika guru mengajar, guru perlu sentiasa memerhatikan murid-muridnya,
guru juga dikehendaki memahami masalah, kesukaran yang dihadapi oleh
muridnya serta berusaha menyelesaikannya.
6) Cara individu menerima ilmu pengetahuan.
Manusia berbeza dalam usaha memperolehi pengetahuan bergantung kepada
perbezaan keperibadian seseorang. Sebahagiannya ada kemampuan yang lebih
tinggi daripada orang lain maka ia dapat memperoleh pengetahuan dalam masa
yang singkat. Sebahagian lagi, susah memperoleh pengetahuan maka
penerimaan ilmu kepadanya menjadi sukar dan lambat.
7) Sumber-sumber pengetahuan.
Terdapat empat sumber pengetahuan:
i) pengamatan akal (undang-undang logik)
dengan membuat hipotesis-hipotesis untuk membuat kesimpulan.
ii) percubaan dan penyaksian
manusia menggunakan pancainderanya untuk memperolehi pengetahuan.
iii) pengetahuan rohani
penyaksian secara rohani melalui bimbingan dan panduan daripada Allah
s.w.t.
iv) wahyu

9
ia dikhususkan hanya kepada para rasul dan nabi.
8) Persiapan untuk belajar.
Terdapat dua bentuk persiapan individu untuk belajar;
i) kesediaan - bagi peringkat kanak-kanak, dan
ii) kematangan - bagi peringkat remaja (umum).
9) Pemaduan teori dan praktik.
Semua ilmu hendaklah diajar terlebih dahulu dalam bentuk teori dan
kemudiannya dipadukan dalam bentuk praktik agar ia lebih mantap dan
berkesan.
10) Tujuan pendidikan.
Terdapat tujuh tujuan pendidikan;
i) sebagai mempersiapkanan agama untuk individu
ii) mempersiapkan akhlak
iii) mempersiapkan sosial
iv) mempersiapkan lapangan kerja
v) mempersiapkan pemikiran dan idea
vi) mempersiapkan ilmu-ilmu praktikal
vii) persediaan untuk lapangan kerjaya,
11) Fungsi pendidikan.
Ada empat fungsi pendidikan ;
i) agama
ii) kecerdasan dan ideologi
iii) sosial dan pekerjaan
iv) pendidikan sebagai pelengkap hidup.
12) Kurikulum.
Kurikulum bermaksud; satu set pengajaran dan pembelajaran yang mengandungi
method, teknik, tujuan dan alat pengajaran sekolah. Kurikulum terbatas pada
maklumat-maklumat dan pengetahuan sahaja yang diberikan kepada murid
dalam kelas termasuklah aktiviti-akitivitinya. Kurikulum juga bermaksud;
sejumlah pengalaman pengajaran yang diperoleh murid di bawah bimbingan
dan asuhan sekolah dengan tujuan melaksanakan tujuan pendidikan secara tertib.
Pengalaman ini adakala diperoleh oleh murid dalam sekolah dan di luar sekolah.
Faktor-faktor yang mempengaruhi kurikulum seperti :
i) kejiwaan dan tabiat manusia

10
ii) sosial
iii) pendidikan
iv) kebudayaan dan
v) elemen lain yang saling berenteraksi seperti falsafah masyarakat dan
keluarga.
Dasar-dasar pembinaan kurikulum meliputi;
i) pengalaman pendidikan
ii) persekitaran pelajar
iii) dasar dan nilaii yang ada dalam falsafah masyarakat (adat dan sosial),
iv) unsur-unsur yang sihat dan sesuai dengan kehendak individu, masyarakat
dan negara.

v) sesuatu yang memberi pengalaman kepada pelajar


vi) psikologi pelajar
vii) agama dan
viii) akhlak.
13) Masa belajar.
Tempoh masa belajar dibahagikan kepada dua jangkamasa;
i) peringkat kanak- kanak selama 16 tahun dan
ii) peringkat umum selama 15 tahun.
14) Sifat-sifat guru.
Guru mestilah memiliki sifat berikut;
i) menjaga kedudukan, kehormatan dan kemuliaan diri dihadapan murid
ii) mencipta situasi pembelajaran
iii) pengasih dan penyayang serta sentiasa bermanis muka di hadapan murid
iv) menahan marah.
15) Ganjaran dan hukuman.
Tujuan dendaan dan hukuman adalah untuk memeliharajiwa agama agar patuh
dengan peraturan dan undang-undang serta disiplin dan bukannya bermaksud
untuk memperendahkan,menghina, menzalimi,menjatuhkan kehormatan dan
kemuliaan manusia atau bagi menunjukkan kekerasan dan kekuasan yang
berlebih-lebihan tetapi untuk mendidik jiwa dengan sifat-sifat keagamaan dan
bagi menjaga tingkah laku akhlak. Proses memberi hukuman didahului dengan
beberapa prosidur, didahului dengan memberi nasihat, bimbingan, amaran,

11
memberi kerjasama dan bersifat lemah lembut, jika gagal barulah digunakan
hukuman itu pun dalam keadaan yang amat terpaksa setelah pujukan dan
amaran di atas gagal. Hukuman berbentuk pukulan dibolehkan dalam keadaan
amat terpaksa dimana tiada lagi jalan lain, pukulan tidaklah sehingga menyakiti
tubuh hingga berbahaya dan tidak boleh lebih daripada tiga kali sebatan.

Terdapat dua model pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam mengikut


Ibnu Khaldun yang boleh diringkaskan seperti berikut :

Model 1 : Model Malakat Pendidikan Islam Ibnu Khaldun

AP CPP IN
(5AP) (6CPP)

M6 6

M5 5

T M4 4

IA

AQ M3 3

M2 2

M1 1
IN

Petunjuk:

AP = Alat Pengetahuan (paling asas), meliputi 5 pancaindera manusia:, deria rasa


(lidah), sentuhan (tangan), pendengaran (telinga), penglihatan(mata) dan
penciuman (hidung).
AQ = Aqal
T = Tajribi

12
N = Nazari
CPP = Cara peroleh pengetahuan, meliputi 6 peringkat, 1. peringkat pancaindera,
2. peringkat membuat tanggapan, 3. peringkat pengetahuan rohani, 4.
peringkat pentaakulan, 5. peringkat pengetahuan baru, 6. peringkat wahyu
M = Malakat 1 : tabiat, malakat 2 : kecerdikan, malakat 3 : kemahiran, malakat
:4 tanggapan, malakat 5 : pengetahuan dan ilmu. malakat : 6. Mukjizat Allah
s.w.t
IN = Ilmu naqli (Wahyu)
IA = Imu aqli
IN = Ilmu nazari

Model malakat pendidikan Ibnu Khaldun menjelaskan, alat pengetahuan yang


paling asas ialah pancaindera yang lima terdiri daripada:
i) Rasa (mulut/lidah)
ii) Sentuhan (tangan/kulit).
iii) Pendengaran (telinga)
iv) penglihatan (mata)
v) penciuman (hidung)

Lima alat pengetahuan ini disokong dengan penggunaan akal yang terdiri
daripada akal tajribi yang diperolehi melalui percubaan dan tanggapan. Ertinya
menanggapi sesuatu dengan mengait-ngaitkan diantara beberapa perkara. Ia
melahirkan tasdiq (kebenaran) bukan lagi menggambarkan. Melalui akal tajribi
seseorang itu mampu memberi pendapat dan berfikir untuk meemperolehi
pengalaman. Ini diikuti oleh akal nazari (mentaakul dalam bentuk teori). Untuk
memperolehi ilmu mengenai sesuatu dibuat melalui pentaakulan, jenis ini
mengumpulkan antara tassawwur (gambaran) dan tasdiq (kebenaran). Kedua-
dua jenis akal ini melahirkan beberapa malakat. Malakat bererti kemahiran,
tanggapan, pengetahuan dan ilmu, ia juga sesuatu sifat yang sedia ada secara
fitrah, tertanam dalam jiwa, ia sifat yang kukuh yang dicapai dengan
menggunakan perbuatan yang berulang-ulang sehingga terbentuknya sifat, sifat
yang berulang-ulang akan menjadi kebiasaan, kebiasaan yang diulang-ulang
akan membentuk tabiat, tabiat inilah yang akan kekal dan sebati dalam jiwa
manusia. kecerdikan bermula daripada sini. Asas-asas malakat ini kemudiannya
melahirkan pengetahuan meliputi beberapa peringkat berikut:
Malakat 1 (tabiat) akan memberi pengetahuan melalui pancaindera, ilmu-ilmu
asas yang natural.

13
Malakat 2 (kecerdikan) menghasilkan tanggapan pengetahuan, menanggapi
benda-benda yang nyata dengan fikiran yang ada disebalik indera, dengan
tanggapan otak ia dapat merakamkan benda-benda yang diinderai,
difahamkannya kemudian ditapis untuk menjadi bentuk-bentuk yang lain .
Malakat 3 (kemahiran) memberi pengetahuan rohani iaitu ilmu yang dianugerah
oleh Allah swt seperti ilham.
Malakat 4 (pentaakulan ) melahirkan taakul minda dimana manusia akan terus
menerus sepanjang hidupnya mencuba untuk mencari pengetahuan.
Malakat 5 (pengetahuan dan ilmu) memberi pengetahuan baru.
Malakat 6 (mukjizat) memberi pengetahuan dalam bentuk wahyu. Ilmu yang
diperolehi melalui pancaindera dan disusun oleh akal tajribi dan nazari
kemudiannya diperingkatkan melalui malakat-malakat sehingga menghasilkan
enam perolehan pengetahuan berakhir dengan ilmu aqli iaitu ilmu-ilmu yang
bukan menjadi tujuan kepada ilmu itu sendiri dan ilmu nazari atau ilmu-ilmu
dalam bentuk teori yang mana kedua-dua jenis ilmu ini disorot oleh ilmu naqli,
ilmu naqli adalah imu-ilmu yang menjadi tujuan kepada ilmu-ilmu itu sendiri
(Ibnu Khaldun, 1945).

Model 2 - Kitaran Proses Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran

D S

P3

D S A T

P2

D S A T

P1

A T

Petunjuk:
A = Beransur-ansur D = Memperdalamkan P = Pengajaran
T = Berturut-turut S = Syumul

14
Ibnu Khaldun menjelaskan, ilmu patut diajarkan melalui proses bermula
daripada (A) beransur-ansur kemudiannya (T) berturut-turut, diikuti dengan (D)
memperdalamkannya sehinggalah (S) menyeluruh mencakupi semua aspek tajuk
pelajaran. Untuk beraleh kepada tajuk pelajaran yang lain (baru) proses kitaran ini
hendaklah diulang-ulang daur wa tadaddaur dari peringkat rendah P1, peringkat
pertengahan P2 hinggalah peringkat tinggi P3.

2 Teori Dan Model Pendidikan Islam Mengikut al-Qabisi.


Abdullah Amin al-Nukmy (1995) menukilkan nama penuh al-Qabisi ialah Abul Hassan
bin Muhammad bin Khalaf al-Maafari al-Qairawani, Abul Hassan terkenal dengan
panggilan al-Qabisi, iaitu sempena nama sebuah bandar di Tunis tempat beliau
dibesarkan. Lahir pada tahun 324H- 420H /913M-1009M) iaitu pada abad ke-4 hijriah.

Mengikut Abdul Rahman Muhammad al-Dibagh (1968), al-Qabisi banyak


menimba ilmu dari ulama-ulama yang terkenal di Iskandariah, Tunis, Qairawan dan
mengembara mencari ilmu di sekitar Mesir dan Afrika. Al-Qabisi adalah seorang yang
amat menyintai ilmu daripada ulama-ulama terkenal di Kaherah dan Hijaz dan tokoh-
tokoh fikir semasa. Biarpun beliau buta, namun beliau mempunyai ilmu agama yang
luas mencakupi ilmu pendidikan, mendalami ilmu al-Quran, Hadis dan sanad-
sanadnya, Feqah dan Usul serta Bahasa. Beliau bermazhab Maliki. Al-Qabisi sangat
terkenal dan termasyur di tengah-tengah kalangan ilmuawan Islam, sangat tawadu,
warak dan zuhud. Fatwanya dipegang oleh penduduk-penduduk Mesir dan Tunis.

Penyelidik tidak menjumpai naskah tulisan asal al-Qabisi yang berjodol : al-
Risalah al-Mufassalah Li al-Ahwal al-Muallimin Wa Mutaallimin (satu-satunya
kitab beliau yang dikenali) , tetapi mengambilnya dari beberapa buah kitab yang telah
ditahkikkan oleh Dr. Fuad al-Wahnie (1967), dalam kitabnya al-Tarbiyah Wa al-
Islami', dimana Dr. Fuad mengambilnya daripada Dr. al-Abi al-Tauzi dan
Kemudiannya Dr. Abdullah Amin al-Nukmy (1995) mengambil idea-idea pendidikan
Islam al-Qabisi daripada Dr. Fuad al-Ahwanie. Naskah asal al-Qabisi berada di
perpustakaan Dar Kutub, Mesir, no.1529. Penyelidik memilih buah fikiran al-Qabisi
mengenai teori-teori dan model Pendidikan Islam kerana ia amat jarang diketengahkan
oleh penulis dan penyelidik lain setakat ini.

15
Teori-teori Pendidikan Islam menurut al-Qabisi boleh dipecahkan kepada tajuk-
tajuk kecil seperti berikut :
1) Tujuan pendidikan.
Al-Qabisi menyatakan hanya ada dua sahaja tujuan pendidikan iaitu untuk agama
dan Akhlak. Tujuan agama adalah kerana ia menyediakan ilmu-ilmu asas untuk
kegunaan manusia sebagai hamba Allah dan tujuan pendidikan kedua ialah
pendidikan mestilah boleh mengubah tingkahlaku akhlak seseorang.
2) Faktor-faktor yang mempengaruhi pendidikan.
Iaitu faktor keluarga dan madrasah. Pendidikan keluarga adalah pendidikan
informal yang pertama yang perlu disambung oleh pendidikan formal sebagai
pelengkap.
3) Pendidikan pelajar-pelajar perempuan.
Pelajar perempuan dilarang diajar kesusasteraan kerana ia boleh
membahayakan kepada perkara-perkara lain. Hanya beberapa jenis ilmu sahaja
yang dibolehkan diajar kepada kanak-kanak perempuan atas alasan sebahagian
ilmu boleh membawa fitnah dan sebahagian ilmu lainnya dapat memelihara
keselamatan dirinya.
4) Percampuran pelajar perempuan dan lelaki dalam satu kelas.
al-Qabisi menolak kelas yang dicampurkan antara pelajar lelaki dan perempuan
atas alasan boleh merosakkan akhlak.
5) Status guru.
Guru mestilah mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam bidang yang diajar
dimana kelulusan guru hendaklah mengatasi ilmu pelajar. Qabisi mengkritik
guru-guru yang sering meminta-minta hadiah daripada pelajar dan keluaragnya
dan dianggap sebagai seorang guru yang bodoh dan patut dikecam.
6) Pembinaan kurikulum.
Kurikulum mesti dibina berasaskan kepada al-Quran dan Hadis serta menjaga
kepentingan agama dan akhlak.
7) Pembahagian ilmu.
Ilmu ada dua bahagian;
i) ilmu asasi :
al-Qur'an - untuk melepasi kefardhuan,
Feqah - untuk persediaan melaksanakan ibadah-ibadah,
Akhlak - untuk menghiasai diri dengan sifat-sifat mahmudah,

16
Bahasa - untuk menghindari daripada kesalahan-kesalahan membaca al-
Quran dan pembuka kepada pelbagai jenis ilmu yang lain.
Khat - untuk membina nilai-nilai estetika.

ii) ilmu tambahan :


Mathematik - untuk memperdalami ilmu Faraid
Pidato - untuk fasihkan lidah dan kemahiran bercakap
Sejarah - untuk menyontohi jejak perjalanan ulama-ulama agong.
8) Masa belajar.
Masa belajar bermula pada waktu pagi, petang hingga ke magrib, diselangi
dengan masa rehat yang pendik antara keduanya. Cuti mingguan selama dua hari
bermula petang hari khamis hingga jumaat, hari sabtu mula persekolahan.
9) Ganjaran dan dendaan.
Qabisi menjelaskan ia adalah peraturan yang wajib bagi menjaga disiplin pelajar.
Ganjaran baik ialah seseorang merasa lega jiwanya ketika memperoleh pujian
dan hadiah, sebaliknya dendaan dan hukuman memberi rasa sakit segi jiwa dan
fizikal.
Qabisi mengingatkan, kanak-kanak sentiasa dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang memerlukan kepada penjagaan, pengarahan, pemerhatian
dengan cara yang lemah lembut, bermanis muka dan teguh pendirian. Proses
memberi hukuman hendaklah dibuat secara berperingkat-peringkat, dimulai
dengan membuat celaan, memberi peringatan, memarahi dan akhir sekali
memukulnya. Hukuman bukan tujuan , dengan itu jangan memukul mereka ketika
marah kerana dikuatiri pulukan itu akan melampau batas dan memudharatkan diri
murid. Pukulan dibolehkan hanya 3 kali sebatan sahaja jika kesalahan yang sama
diulang boleh dipukul sebanyak 10 kali. Elakkan dari memukul kepala dan muka,
sebaik-baik tempat pukulan ialah di kaki belakang. Alat atau benda pukulan
hendaklah benda yang lunak/lembut. Cara pukulan hendaklah sederhana dan
jangan sehingga meninggalkan kesan.

10) Dispilin untuk menjaga peraturan.


Ada lima proses :
i) mengekalkan peraturan-peraturan
ii) sentiasa berlaku adil dan persamaan

17
iii) elakkan sifat membeza-bezakan pelajar
iv) sentiasa mengawai tingkahlaku pelajar dan
v) konsisten.
Al-Qabisi mengkritik disiplin dan pelbagai peraturan yang ketat kerana ia tidak sesuai
dengan fitrah manusia (Abdullah Amin al-Nukmy, 1995).

al-Qabisi adalah pelupor pertama yang memperkenalkan model neuklitik atau


model pemusatan dan perhubungan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan
Islam. Beliau memperkenalkan dua model berikut:

Model 1 - Pemusatan dan Perhubungan Ilmu.

Ilmu asas

Ilmu tambahan

Model di atas menjelaskan, Pendidikan Islam perlu bermula dengan memberi input
ilmu-ilmu asas yang terdiri daripada ilmu turath al-Islami seperti: al-Quran, Hadith,
Aqidah, Sirah, Akhlak dan sebagainya dalam kelumpuk ilmu al-Dieni sebelum beraleh
kepada ilmu-ilmu tambahan seperti; Bahasa, Matematik, Khat, Sejarah dan lain-lain.

Model 2 - Model Pemusatan dan Perhubungan Dalam Pembinaan Kurikulum


Falsafah masyarakat.
Kaedah dan teknik
pengajaran.
Psikologi pelajar.
Tradisi dan adat
masyarakat.
Tujuan pendidikan.
Ilmu teras.

18
Model di atas menjelaskan, kurikulum pendidikan Islam semestinya berasaskan
kepada pembinaan-pembinaan ilmu teras seperti ilmu al-Quran dan akhlak disamping
menjelaskan tujuan-tujuan pendidikan yang terdiri daripada tujuan agama dan akhlak.

Kurikulum juga terbina berasaskan apa yang sedia ada dalam masyarakat
dengan mengikut adat dan tradisi yang telah menjadi amalan serta kebiasaan dalam
sesebuah masyarakat agar ianya sesuai dan serasi dengan aspirasi masyarakat tersebut.
Seterusnya pembinaan kurikulum pendidikan Islam hendaklah juga mengutamakan
psikologi murid agar kaedah dan teknik pengajarannnya sesuai dengan tahap dan
kemampuan para pelajar. Akhir sekali diberi ruang dan penekanan yang besar dalam
membina kurikulum pendidikan Islam ialah misi dan visi pendidikan Islam dalam aliran
falsafahnya yang tersendiri.

3 Teori Dan Model Pendidikan Islam Mengikut Ibnu Sahnun.


Beliau adalah Muhammad bin Said bin Habib al-Tanwahi al-Qairawani al-Sahnuni,
hidup antara tahun 202-256H. Ibnu Sahnun dari kalangan keluarga yang amat cintakan
ilmu, ayahnya seorang ilmuawan dan bertugas sebagai Qadhi. Ibnu Sahnun banyak
mengarang kitab, lebih daripada 20 buah kitab telah dihasilkan dalam berbagai ilmu.
Kitab pendidikan Islam yang masyhor dari beliau ialah Adab al-Muallimin yang
ditulis ketika beliau mengajar di Tunisia, Afrika. Menurut Muhammad Munir Musa
(1981) teori pendidikan Islam beliau ialah mengenai:
1) Kelebihan al-Quran dari segi belajar dan mengajar.
2) Keperluan menyediakan tempat belajar dikalangan pelajar lelaki dan perempuan.
3) Ketika mengajar hendaklah menggunakan sumber maddi al-ta lim atau bahan
pengajaran.
4) Mengutamakan kaedah hafazan al-Quran samada sepenuhnya, separuh sahaja atau
satu pertiga dan satu perempat daripada keseluruhan al-Quran sebelum
mempelajari ilmu-ilmu lain. Beliau berpendapat para pelajar hendaklah mempelajari
ilmu al-Quran terlebih dahulu sebelum mempelajari ilmu lain kerana al-Quran akan
memberi roh kepada akal dan hati seperti cahaya yang menerangi dan menyingkap
kepada pelbagai ilmu lain.

5) Tingkahlaku pelajar bermula daripada amalan sholat.


6) Harus guru mengambil manfaat dan upah daripada pelajar-pelajarnya.

19
Model pendidikan Ibnu Sahnun boleh dilakarkan mengikut model pemeringkatan
seperti berikut:
Model Pemeringkatan Mata Pelajaran Ibnu Sahnun
T3

T2

T1

Petunjuk :
T1 = Pemeringkatan permulaan
T2 = Pemeringkatan lanjutan
T3 = Pemeringkatan tinggi

Pada peringkat permulaan kurikulum dan pendidikan hendaklah menekankan


pendidikan al-Quran, dengan menekankan tulisan dan bacaan sebagai alat untuk
mendapatkan ilmu pengetahuan. setelah itu beralih kepada pemeringkatan lanjutan
terdiri daripada pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ibadah, sebagai amalan
ubudiyah dan keagamaan dan akhir sekali peringkat tinggi dengan mempelajari adab-
adab masyarakat dan peraturan negara.

4 Teori Dan Model Pendidikan Islam Mengikut Ibnu Sina.


Muhammad Munir Musa (1981) menukilkan nama penuh Ibnu Sina ialah al-Syiekh al-
Rais Abu Ali al-Khussain bin Abdullah bin al-Hassan bin Ali Ibnu Sina (370-428H).
Ayahnya salah seorang ahli Balakh yang silsilah keturunannya sampai kepada Imam
al-Bukhary. Ibnu Sina adalah seorang ulama yang terkenal menguasai pelbagai bidang
ilmu seperti; al-Tibb (ilmu perubatan), Mathematik, Bahasa, Mantik, Falsafah, Sains,
Pendidikan, Sosiologi dan sebagainya. Ibnu Sina pernah berguru dengan Ibnu
Muskawaih. Beliau telah mempertemukan ilmu akli dan syariah, ilmu tabiie dengan
ilmu wahyu. Idea-idea dan teori-teori pendidikan beliau adalah seperti berikut:
1) Pelajar yang telah menguasai pelajaran al-Quran dan Usul Bahasa akan dapat
melalui ilmu-ilmu lain dengan mudah.
2) Mengajar dengan didahului kaedah beransur-ansur kemudiannya secara kulli
melalui penyusunan maklumat.
3) Pelajaran kanak-kanak dimulai dengan mata pelajaran agama setelah melangkah ke
peringkat menengah diajar ilmu falsafah.

20
4) Pengajaran terhadap kanak-kanak perlu menggunakan pendekatan kasih sayang,
lemah lembut dengan ditegaskan disiplin dan gertakan.
5) Asas untuk memudahkan proses mengingat dengan cara melatih menghafaz syair-
syair (Taufiq al-Tawil, 1967).

Model pendidikan Islam Ibnu Sina boleh disimbulkan melalui model urutan berarah
seperti berikut:
Model Urutan Berarah Ibnu Sina

PK PR PD
FO

IN
MPK MPR MPD

Petunjuk :
IN = Informal
PK = Peringkat Kanak-Kanak
PR = Peringkat Remaja
PD = Peringkat Dewasa
MPK = Mata Pelajaran Peringkat Kanak-Kanak
MPR = Mata Pelajaran Peringkat Remaja
MPD = Mata Pelajaran Peringkat Dewasa
FO = Formal

Peringkat pembelajaran secara informal bermula daripada peringkat kanak-


kanak dimana ibu bapa dan pihak keluarga bertanggungjawab ke atas pendidikan anak-
anak, mata pelajaran yang dititik beratkan ialah maddah al-Quran, ibadah dan bahasa
dengan pengisian menulis dan membaca serta pelajaran amali. Ini diikuti dengan
pembelajaran diperingkat al-sabab remaja atau belia yang menekankan ilmu-ilmu
Usul dan Akhlak dan akhir sekali proses pembelajaran diperingkat tinggi atau dewasa
dengan pengisian ilmu-ilmu Mantik dan Falsafah. Anak panah menunjukkan arah
proses pembelajaran dan pengajaran yang bersifat beransur-ansur daripada
informal( insitusi keluarga) kepada formal ( institusi rasmi).

5 Teori Dan Model Pendidikan Islam Mengikut al-Ghazali

21
Nama penuh beliau ialah Abu Hamid Muhamamd bin Muhammad al-Ghazali ( 450-
505H) dilahirkan di Khurasan, Iran. Al-Ghazali adalah seorang ahli pemikir agong
sehingga digelar Hujjatul Islam. Beliau menguasai ilmu kalam, ilmu hikmah, falsafah,
tassawwur dan sebagainya, mengajar di beberapa buah nizam di kota Bagdad. Kitab
beliau yang terkenal ialah Ihya Ulum al-Dien .

Teori-teori pendidikan Abu Hamid Muhamamd bin Muhammad al-Ghazli


yang diketengahkan adalah seperti berikut:
1) Pendidikan adalah sepenting-penting perkara, ibubapalah yang mencorakkan
pendidikan anak-anaknya.
2) Pendidikan kanak-kanak bermula dengan memperbaiki akhlak dan ilmu kesehatan
disamping pengajian al-Quran, Hadith dan Sejarah.
3) Dari segi pendidikan amali, al-Ghazali memberatkan konsep suruhan dan tegahan
berserta alasannya.
4) Guru perlu mengelakkan sifat riya, takbur, mengharapkan puji-pujian dan
sanjungan. Guru hendaklah bersifat dengan sifat zuhud terhadap dunia kerana
kebahagiaan datangnya daripada Allah s.w.t dan bukannya daripada harta dunia.
5) Mengutamakan pelajaran adab dalam pergaulan. Elakkan sifat-sifat keji.
6) Sabar ketika menempuh kesulitan dalam pengajaran kerana kesabaran bererti berani.
7) Mengutamakan kesihatan badan dengan selalu berriadah seperti memanah dan
berlari.
:Ilmu dibahagikan kepada empat bahagian (8
i) ilmu Usul ( al-Quran dan al-Hadis)
ii) ilmu Furu (Feqah)
iii) ilmu Asas ( bahasa) dan
iv) ilmu Taakhir ( qiraat dan tafsir )
9) Ilham juga merupakan salah satu dari sumber ilmu, ilham mampu memberi jawapan
sesuatu yang luar daripada pengamatan akal (Badwi al-Tabnah (t.t).
10) Pembinaan kurikulum mestilah berasaskan kepada tiga komponen;
i) Ulum Naqliah
terdiri daripada ilmu wahyu (al-Quran dan Hadis)
ii) Ulum Lisaniyah
terdiri daripada ilmu-ilmu yang membentuk amal-amal agama (Fekah)
iii) Ulum Aqliah

22
iaitu ilmu akal yang berkait dengan falsafah yang terdiri daripada:
Riyadhiyat, Mantiqiyat, Tabiiyat, Siyasiyat dan Khuluqiyat (Muhammad
Munir Musa, 1981).

Model pendidikan Islam al-Ghazali dinyatakan dalam bentuk model prograsif


seperti berikut :
Model Urutan Prograsif al-Ghazali

IF

IP UA

IT UL

UN

Petunjuk:

UN = Ulum Naqliah
IT = Ilmu Teori
UL = Ilmu Lisaniyah
IP = Ilmu Praktikal
UA = Ilmu Aqliah
IF = Ilmu Falsafah

Kurikulum pendidikan Islam hendaklah dibina berteraskan Ulum Naqliah ,


ilmu-ilmu wahyu berasaskan kepada al-Quran dan Hadis, diterapkan ke dalam sistem
pendidikan melalui pelajaran-pelajaran berbentuk ilmu teori seperti bacaan dan
hafazan. Kemudian berkembang kepada Ulum Lisaniyah yang mengamalkan ilmu
Praktikal seperti praktis-praktis ibadah dan akhlak iaitu melalui perkataan dan
perbuatan. Matlamat pembinaan dan pengisian kurikulum dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di madarasah ialah proses melahirkan insan yang sempurna Ulum
Aqliahnya melalui proses Ilmu Falsafah yang terdiri daripada ;
i) Riyadhiyat
ii) Mantiqiyat
iii) Tabiiyat

23
iv) Siasiyat
v) Khuluqiyat.

6 Teori Dan Model Pendidikan Islam Mengikut Rafaah Rafie al-Tahtawi.


Beliau lahir di Tahtawi, Mesir (1216-1290H/1801-1875M) dinisbahkan kepada al-
Tahtawi bagi tempat kelahirannya. Silsilah keturunan beliau hingga kepada Hussain
Ibnu Fatimah al-Zahra binti Rasulullah saw. Beliau belajar di al-Azhar dan menjadi
pensyarah di sana bergaul dengan ramai ulama-ulama yang terkenal seperti; syeikh
Abd Samad al-Ansori, syeikh Abu Hassan al-Ansori dan lain-lain. Antara kitab beliau
yang masyhor ialah al-Mursyid al-Amin fi tarbiyah al-Banat wa al-Banin.

Mengikut Abdullah Amin al-Nukmy (1995), teori pendidikan Islam Rafaah


Rafie al-Tahtawi adalah seperti berikut:
1) Pendidikan asas bagi seseorang pelajar ialah mata pelajaran yang berkaitan dengan
pembinaan akhlak, akal dan jiwa.
2) Pendidikan individu adalah sebaik-baik pendidikan sebagai persediaannya menjadi
anggota sebuah masyarakat.
3) Membahagikan proses pembelajaran kepada tiga markhalah:
i) Pembelajaran al-Ibtidai
Pembelajaran peringkat awal yang berlandaskan kepada pengisian
kurikulum dalam bentuk kemahiran bacaan dan tulisan yang
mengandungi mata pelajaran al-Quran, ilmu usul, matematik, taknikal
dan bahasa.
ii) Pembelajaran al-Thanawiyah al-Tajhizi
Pembelajaran peringkat menengah, sesuai untuk kemajuan dan
pembangunan. Mata pelajarannya seperti, geografi, sejarah, mantik, kimia,
matematik dan bahasa-bahasa asing.
iii) Pembelajaran al-aliyah
Pembelajaran peringkat tinggi, ilmu-ilmu yang diajar terdiri daripada ilmu-
ilmu takhassus seperti; feqah mazahib, perubatan, falaq, geografi dan ilmu-
ilmu lain dalam kumpulan ilmu fardhu kifayah sehingga mampu
mengeluarkan mujahid-mujahid (ekspetis-ekspetis) dalam bidang masing-
masing.
4) Untuk menjadi seorang guru yang berjaya, guru hendaklah bersifat gemar mengajar

24
dan cintakan kerjayanya.

Model Pendidikan Islam mengikut Rafaah Rafie al-Tahtawi boleh dilakarkan


mengikut model Markhala Punun al-Maddah berikut :

Model Markhalah Punun al-Maddah Rafaah Rafie al-Tahtawi

P1 P2 P3

M1 M2 M3

Petunjuk :
M1 = Markhalah 1 ( peringkat al-Ibtidaiyah )
P1 = Pelajaran 1 ( al-Quran, Usul, Matematik, Teknikal dan Bahasa)
M2 = Markhalah 2 ( peringkat al-Thanawiyah al-Tajhizi )
P2 = Pelajaran 2 ( Geografi, Sejarah, Mantik, Sains, Matematik dan Bahasa asing).
M3 = Markhalah 3 ( peringkat al-Aliyah ).
P3 = Pelajaran 3 ( Fiqh Mazahib, Perubatan, Falaq, Geografi dan ilmu-ilmu fardhu
kifayah yang lain).

Proses pembelajaran dibahagikan kepada tiga markhalah (peringkat) dengan


didahului oleh M1 markhalah 'Ibtidaiyah (rendah) dimana kanak-kanak mempelajari
ilmu-ilmu P1 seperti; al-Quran, Ilmu Usul, Matematik, Teknikal (Kemahiran Hidup)
dan ilmu Bahasa. Kemudiannya diikuti dengan melanjutkan pelajaran ke peringkat M2
markhalah Thanawiyah (menengah) dengan P2 pelajaran seperti; Geografi, Sejarah,
Mantik, Sains (Kimia), Matematik dan Bahasa asing. Akhir sekali M3 markhalah
Aliyah (maktab dan universiti) dengan P3 bidang-bidang 'takhassus dan kepakaran
seperti; Fiqh Mazahib, Perubatan, Astronomi, Geografi dan sebagainya.

Rumusan
Ramai sekolar Timur khususnya ulama-ulama muktabar yang mengeluarkan pelbagai
teori dan model pengajaran pendidikan Islam yang boleh diimplimentasikan di bilik
darjah atau kelas oleh para guru dengan mengemukakan idea baru secara kreatif dan
inovatif bagi memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam.
Adalah disarankan agar guru-guru pendidikan Islam terlebih dahulu memahami serta

25
menghayati maksud dan tujuan pendidikan Islam diajar di sekolah sebelum
mengaplikasikan segala teori dan model-modelnya kerana muqadimah yang baik akan
berakhir dengan natijah yang berhasil.

Bibilografi

Abdul Fatah Jlal (1977). Min al-Usul al-Tarbiyah fi al-Islam. Kaherah : Dr al-
Maarif.
Abdul Qadir Syiekh Idris (1978). al-Tarbiyyah al-Islamiyah wa Turuk al-Tadris.
Sudah : Dar al-Sudaniyyah.
Adnan Yusopp (2000). Keperluan Kurikulum Pendidikan Islam : Pelaksanaan dan
Cabarannya, Mesyuarat/Bengkel Pedagogi Pengajaran Pembelajaran
Pendidikan Islam, Bahasa Arab dan Qiraat Tarannum Pensyarah-Pensyarah
Maktab Perguruan. 30 Oktober November 2000, Kementerian Pendidikan
Malaysia : Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.
Bahagian Pendidikan Guru (1997). Sukatan Pelajaran Pengajian Islam. Kuala
Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.
Boswell, T. and Brown, C. (1999). The Scope of General Theory : Methods for
Thinking Deductive and Inductive Comperative History. Dalam Sociological
Methods and Research (ms. 34-43). 28(2), Nov. 1999. London : Sage
Publication.
Ghazali, Abu Hamid Muhamamd bin Muhammad al- (t.t). Ihya' Ulumuddin. Tahqiq
Dr. Badwi Tabanah. Mesir : Dar Ihya' al-Khutub al-Arabiyah, Juz. 1.
Hassan Langgulung (1979). Pendidikan Islam : Suatu Analisa Sosio-Psikologi. Kuala
Lumpur : Pustaka Antara.
Idrisi, Abdul Qdir Syiekh al- (1978). al-Tarbiyah al-Islamiyah wa Turuq al-
Tadrisukh. Sudan : Dr al-Sudaniyah.
Khaldun, Ibnu (1945). al-Muqaddimah. Beirut : Matba'ah al-Adabiyah.
Muhammad Munir Musa (1980). al-Tarbiyyah inda al-Ghazali wa Ibnu Khaldun.

26
Kaherah : Alam al-Kitab.
Muhammad Munir Musa (1971). al-Tarbiyah al-Islamiyah : Usuluha wa Tatauwiruha
fi al-Bilad al-Arabi. Kaherah : Alam al-Kitab.
Muhammad Munir Musa (1980). al-Tarbiyyah al-Islamiyah : Usuluha wa
Tatauwiruha fi al-Bilad al-Arabi. Kaherah : Alam al-Kitab.
Nasymi, Ajil Jasim al- (1992). Tarikh al-Bana al-Tarbwi al-Islmi. Kuwait : Dr
al-Dawah.
Nwawi, Abdul Gani al- (1986). al-Tarbiyah al-Islamiyah Baina al-Asholah wa al-
Mu'assarah. Qatar : Dr al-Qatri.
Nukmy, Abdullah Amin al- (1995). Kaedah Dan Kurikulum Pendidikan Islam
Menurut Ibnu Khaldun Dan al-Qabisi. Kuala Lumpur : Pustaka Syuhada
Rifaie Baqrah, Abdul Rahman al- (1993). Asar al-Tarbiyah al-Baiiyah fi al-Islm.
Saudiah Arbiya : Jmiah al-Imm Muhammad bin Saud.
Rondenshus, W. S and Sampon, R. (1999). Assessing Direct and Indirect
Effects in Multilevel Designs with Latent Variable. Dalam Sociological
Methods And Research (ms. 112-134). 28(2), Nov. 1999, London : Sage
Publication.
Tawil, Taufiq al- (1967). Asas al-Falsafah. Kaherah : al-Nahdhah al-Mesriyah.
Tabanah, Badawi al- (t.t), Tahqiq al-Kitab Ihya' Ulumuddin. Mesir : Dar Ihya' al-
Khutub al-Arabiyah, Juz. 1.
Teuku Iskandar (1986). Kamus Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tunku Sarah Tunku Mohd. Jiwa (1997). Pembinaan Model Penerapan Nilai Dalam
Pengajaran di IPT. Tesis Ph.D, Fakulti Pendidikan, Universiti kebangasaan
Malaysia.
Yem Ismail (1989). Pengurusan Islam Bagi Rantau Asia dan Pasifik. Dalam Berita
Bahagian Pendidikan Guru. 6(2), Januari 1987.
Zabnu, Abdul Karim Dan Hassan al- (1968). Tarikh al-Alamah Ibnu Khaldun. Jld.
1., Beirut : Dr al-Kitab al-Banani.

27

Anda mungkin juga menyukai