Anda di halaman 1dari 11

KAEDAH PENYELIDIKAN BERTERASKAN ISLAM:

FALSAFAH, KEPERLUAN DAN KEDUDUKAN


Nur Haliza Amirah Halemi

(SL1854)

Master Kewangan Islam

Universiti Sultan Zainal Abidin (uniSZA)

Abstrak
Sesuatu kajian penyelidikan yang dilakukan memerlukan banyak sumber rujukan.Atas
kekangan ini, kajian penyelidikan berteraskan Islam mulai diperkenalkan bagi mengatasi
masalah-masalah yang sedia ada dalam penyelidikan konvensional yang mana tidak semua
konsep penyelidikan konvensional ataupon kaedah penyelidikan lazim yang boleh digunakan
dalam konsep penyelidikan Islam seperti alat menganalisis,epistemologi dan falsafah. Oleh
yang demikian, kertas kajian ini dihasilkan untuk mengkaji definisi,falsafah, keperluan dan
kedudukan kajian penyelidikan Islam.Peri pentingnya akan kaedah penyelidikan Islam dapat
dilihat dalam kajian penyelidikan sains sosial yang banyak merujuk al-quran dan al-hadith
dalam kajian yang dilakukan dari segi epistemologi dan falsafah penyelidikan. Bagi
epistemologi dan falsafah Barat, mereka lebih menggunakan fakta dan pemikiran yang diukur
oleh pancaindera semata-mata. Berbeza dengan kaedah penyelidikan Islam yang berasaskan
sumber utamanya iaitu al-Quran, al-sunnah, Ijmak dan Qiyas. Perbezaan pandangan dalam
epistemologi dan falsafah seterusnya akan menghasilkan penyelidikan yang berbeza.

1 PENGENALAN

1.1 LATAR BELAKANG

Kaedah penyelidikan Islam telahpun wujud berkurun lamanya.Kenyataan ini dapat


dibuktikan dengan lahirnya ilmu Usul al-Fiqh iaitu satu cabang ilmu berkaitan penentuan
hukum dalam Islam. Usul al-fiqh didefinisikan oleh Wahbah al-Zuhailiy (2001) sebagai satu
himpunan kaedah dan juga prinsip yang digunakan oleh ahli fuqaha dalam menetapkan
sesuatu hukum yang diambil daripada dalil syari secara terperinci. Manakala, menurut
Mahmood Zuhdi Ab.Majid, kaedah penentuan hukum ini masih berada di peringkat
pengenalan dan masih belum dikembangkan lagi ke peringkat yang lebih serius seperti
diterapkan dalam penyelidikan akademik termasuklah kajian-kajian akademik yang
berkaitan dengan Islam dari perspektif sosial. Pelopor utama dalam ilmu usul-fiqh ialah
Imam al-SyafiI yang mana beliau telah merumuskan ilmu usul fiqh yang dipelajarinya
dalam kitab pertamnya hasil penulisannya yang berjudul al-Risalah. Kitab al-Risalah ini
banyak menerangkan dari segi kaedah penentuan hukum yang dilakukan berlandaskan
kepada nas-nas utama iaitu al-quran dan al-Sunnah.

Setiap kajian penyelidikan yang dilakukan adalah berdasarkan kepada masalah yang timbul
yang ingin dirungkai dan diselesaikan.Begitu juga dengan kajian penyelidikan
Islam.Walaupon kajian penyelidikan Islam ini dilihat diterima baik oleh masyarakat dunia,
namun ianya dilihat masih tidak mencukupi apabila masih banyak kajian yang dilakukan
adalah berdasarkan kepada kajian penyelidikan konvensional semata-mata. Oleh yang
demikian, kertas kerja ini akan menerangkan berkaitan definisi, falsafah, dan kedudukan
kajian penyelidikan Islam.Justeru, dengan terhasilnya kertas kerja ini diharapkan agar para
penyelidik tidak kira sama ada penyelidik Islam mahupon bukan Islam dapat memanfaatkan
serta menggunapakai kajian penyelidikan Islam dengan lebih meluas dalam kesemua bidang
yang dikaji.

1.2 PERNYATAAN MASALAH

Pelaksanaan kaedah penyelidikan Islam dilihat diterima baik oleh masyarakat Islam dan
bukan Islam.Namun begitu, walaupUn ianya diterima baik tetapi masih lagi wujud masalah
dalam mencari sumber sumber yang menggunakan kaedah penyelidikan Islam lantaran
sumber-sumber rujukan yang terhad. Selain daripada itu, wujud juga masalah dalam diri
penyelidik Islam itu sendiri yang tidak mahu dan tidak mengaplikasikan kaedah penyelidikan
berteraskan Islam dalam kajian yang dilakukan.Oleh itu, kertas kerja ini disediakan untuk
melihat dari segi definisi apakah yang itu kajian penyelidikan Islam, falsafah , keperluan dan
kedudukannya dalam sesuatu penyelidikan.Diharapkan lebih ramai penyelidik Muslim dari
pelbagai bidang dapat terus membangunkan lagi kaedah penyelidikan Islam pada masa
hadapan dengan menerapkan elemen kajian penyelidikan Islam dalam setiap kajian yang
ingin dilakukan dan seterusnya melakukan satu usaha yang lebih besar seperti menerapkn
kajian penyelidikan Islam di peringkat institusi pelajaran.Kertas kerja yang disediakan ini
juga diharapkan dapat memberi kesedaran kepada para penyelidik untuk terus menggunakan
kaedah penyelidikan Islam dan seterusnya membentuk etika-etika yang perlu ada dalam diri
seorang sarjana Islam.

2 KAJIAN LEPAS
2.1 DEFINISI DAN FALSAFAH KAEDAH KAJIAN PENYELIDIKAN ISLAM

Tasawwur Dalam Kaedah Penyelidikan

Kajian pada masa kini lebih didominasi oleh kajian penyelidikan lazim.Apa yang
membezakan di antara penyelidikan lazim dengan penyelidikan Islam ialah dari segi tiga
elemen kerangka asas perkaedahan iaitu dari segu acuannya atau tasawwur, asas ilmunya
atau epistemologi dan sifatnya atau ontologi.

Tasawwur dari segi istilah lazim dirujuk sebagai worldview yang berasal daripada perkataan
Jerman weltanschauung( American Heritage Dictionary,2002). Secara literalnya perkataan
weltanschauung membawa maksud pandangan alam. Dari segi istilah pula, tasawwur
bermaksud kerangka tanggapan dan keyakinan seseorang individu tentang alam dan
bagaimana beliau berinteraksi dengannya (Hill& Rauser,2006).

Apostel &Van der Veken (1994) pula berpendapat bahawa pembinaan tanggapan dan
keyakinan seseorang individu haruslah berlandaskan kepada tujuh elemen iaitu ontologi (sifat
alam), deskripsi tentang alam, futurologi atau arah yang hendak dituju, aksiologi atau nilai
alam, metodologi atau kaedah mencapai matlamat alam ini, epistemologi atau asas
pengetahuan tentang alam dan yang terakhir ialah etiologi iaitu sejarah terbinanya alam.
Rangkaman ketujuh-tujuh elemen ini hakikinya nampak menyeluruh, namun ianya adalah
terhad kepada pengalaman yang dilalui oleh individu semata-mata(Carroll, 1997).

Menurut Haron Din (1992) tasawwur berasal dari perkataan Arab yang bermaksud gambaran
terhadap sesuatu.Gambaran yang dimaksudkan dalam Islam tidak terhadap kepada gambaran
individu semata-mata. Secara ringkasnya, tasawwur Islam memberi gambaran Islam yang
sebenar dan hakiki tentang Islam yang mana bertujuan menjelaskan secara keseluruhan
prinsip-prinsip asas Islam secara benar serta menyeluruh sehingga sebati dalam diri seseorang
muslim.Menurut beliau juga, beliau berpendapat tasawwur sebagai pengertian komprehensif
mengenai alam semesta dan hubungan manusia dengannya dari perspektif Islam dan
pengertian tersebut seterusnya menjadi asas kepada pandangan hidup seseorang.

(Mohd Shukri Salleh, 2003) pula mengatakan kaedah penyelidikaan Islam iaitu tasawwur
Islam seharusnya dijadikan asas atau acuan dalam kaedah penyelidikan berteraskan Islam.
Memandangkan tasawwur menjadi acuan dalam penyelidikan, maka kaedah penyelidikan
Islam itu haruslah menuruti tasawwur Islam itu sendiri.Beliau juga telah menggariskan
ketiga-tiga pokok tasawwur Islam iaitu Allah adalah Pencipta, manusia adalah makhluk dan
alam semesta juga adalah makhluk sebagai asas tasawwur pembangunan berteraskan Islam.
Menurut beliau lagi, asas-asas tauhid seperti rububiyyah, khilafah, tazkiyyat dan al-falah
adalah asas-asas tasawwur yang selari dengan ketiga-tiga tasawwur Islam itu.

Asas kaedah sains sosial lazim yang berasaskan falsafah sains sosial adalah bertentangan
dengan ketiga-tiga pokok tasawwur Islam.Hal ini dapat dibuktikan apabila asas pandangan
alam falsafah sains sosial lazim lebih menumpukan sepenuhnya terhadap keupayaan
ekonomi seperti matlamat pemaksimuman pengeluaran , pemaksimuman penggunaan serta
penguasaan politik. Kaedah lazim juga meletakkan penggunaan massa sebagai matlamat
akhir penyelidikan yang dilakukan (Carrol,1997).

(Hagen, 1958&1962) Beliau mengatakan bahawa dalam pandangan alam lazim fungsi
manusia adalah bercanggah dengan pokok tasawwur Islam yang kedua iaitu sebagai makhluk
Allah yang mempunyai fungsi lebih daripada itu,sedangkan dalam kefahaman lazim manusia
dianggap sebagai makhluk ekonomi yang berfungsi untuk mengeluar dan mengguna semata-
mata.

Epistemologi Dalam Kaedah Penyelidikan

Epistemologi bermaksud teori tentang ilmu pengetahuan.Berasal dari perkataan Greek


,episteme yang bermaksud ilmu dan logos yang bermakna teori, sains atau
kajian.Epistemologi merangkumi elemen-elemen penjanaan ilmu, hubungan ilmu dengan
kebenaran , sebab-sebab ilmu diperoleh, perubahan-perubahan ke atas ilmu, hubungan ilmu
dengan pengalaman manusia dan ruang lingkup keterbatasan akal untuk menanggapi ilmu
(Blackburn,1996)
Menurut Jujun Suriasumantri(1990) dan Khairusy Syakirin(2003), epistemologi adalah satu
bidang yang membicarakan secara terperinci setiap proses yang terlibat dalam usaha
memperoleh ilmu pengetahuan.

Bagi pemikir-pemikir Islam, istilah epistemologi dirujuk sebagai nazariyyat al-marifat.


Nazriyyat al-marifat bermaksud satu teori tentang ilmu pengetahuan, namun konsep ilmu
pengetahuan menurut perspektif Islam adalah jauh berbeza dengan konsep ilmu pengetahuan
kefahaman lazim.Ilmu pengetahuan mengikut kefahaman lazim ialah satu tanggapan sebenar
atau kepercayaan tentang sesuatu setelah ilmu itu dapat dijustifikasikan dan justifikasi adalah
berbeza mengikut pencirian tertentu dan pencirian adalah berbeza mengikut aliran pemikiran
lazim (Blackburn, 1996).

Secara amnya, mengikut kefahaman lazim, ilmu pengetahuan terhad kepada apa yang diamati
sama ada oleh pancaindera, pengalaman seseorang atau sebarang perkara yang ditanggapi
oelh akal fikiran semata-mata.Inilah yang menjadi garis perbezaan yang paling utama di
antara ilmu kefahaman lazim dengan konsep ilmu dalam Islam.Mengikut konsep Islam , ilmu
pengetahuan adalah tidak terbatas kepada pancaindera semata-mata mahupun segala perkara
yang dapat dicapai oleh akal fikiran.Menurut al-Maturidi dalam karyanya berjudul al-Tawhid
mengatakan bahawa konsep ilmu pengetahuan dalam islam dapat dicapai menerusi persepsi
(deria) yang benar, kebijaksanaan yan tepat dan perkhabaran atau maklumat tradisi yang
diperoleh dari golongan amanah(Syed Muhammad Dawilah,1993).

Ilmu pengetahuan atau epistemologi dalam Islam tidak terbatas kepada hasil pemikiran
manusia atau hal-hal yang mampu ditanggapi oleh pancaindera semata-mata atau dalam kata
lain, ilmu daruri sahaja. Dalam Islam, epistemologi ilmu tahap yang tertinggi seperti wahyu
dan ilham ( dikenali sebagai ilmu nazari ) akan disepadukan dengan ilmu daruri. Kesepaduan
antara dua ilmu inilah(ilmu nazari dan ilmu daruri) yang akan sifat unik epistemologi Islam.

Ontologi Dalam Kaedah Penyelidikan

Ontologi berasal dari perkataan Greek, ontos yang bermaksud wujud.Dari segi istilah,
ontologi bermaksud pengkajian berhubung kewujudan atau kejadian sesuatu(Sinha,1991 dan
Blackburn,1996).Ontologi dirujuk sebagai satu kajian mengenai hakikat tentang sesuatu.
Mengikut kefahaman lazim, perbincangan berkaitan ontologi dibahagikan kepada empat
aliran pemikiran yang utama iaitu realisme, empirisme, positivism dan pascamodenisme.Bagi
golongan realis, pengkaji ontologi hanya melibatkan perkara-perkara yang realiti sahaja iaitu
hal-hal nyata yag boleh ditanggapi melalui pemerhatian tanpa dipengaruhi sebarang bentuk
prasangka, kecenderungan mahupon sebarang kepentingan (Neuman, 1997 dan
Miller&Salkin 2002).

Aliran ekonomi realisme adalah bersifat bebas nilai.Pengkajian dan penganalisasan ontologi
aliran ini terbahagi kepada tiga medan utama medan empirikal, medan actual dan medan
sebenar.Medan empirikal adalah pengkajian yang melihat kepada realiti yang ditanggapi
melalui proses pemerhatian.Manakala medan actual pengkajian yang berasaskan realiti yang
diperhatikan dan yang belum diperhatikan. Medan sebenar pula meliputi proses-proses yang
menghasilkan realiti.

Aliran ekonomi empirisme pula hanya mengehadkan pengkajian ke atas objek atau elemen
deria semata-mata yang hanya menumpukan kepada objek atau elemen yang boleh
dibuktikan oleh pancaindera semata-mata.Golongan aliran ekonomi empirisme hanya
mempercayai bahawa elemen dalam sesuatu objek hanya berfungsi secara mekanistik tanpa
diatur sebarang kuasa luar atau hal-hal yang diluar kawalan pancaindera
manusia.(Neuman,1997 dan Haji Abdullah,2002).

Aliran pemikiran positivism dikenali sebagai golongan sainstifik dan golongan ini terbentuk
hasil golongan pemikiran empirisme.Mereka menghadkan kajian dan penganalisasan terhad
kepada elemen-elemen yang boleh dianalisis oleh akal yang positif (rasional) dan mampu
ditanggapi oleh pancaindera manusia. Selain itu, golongan pemikiran ini juga menganggap
setiap perkara terdiri daripada kejadian yang mempunyai hubungan sebab-akibat.Disebabkan
inilah, golongan ini menolak perkara-perkara yang bersifat rawak , abstrak dan tidak
menentu.(Revany Bustami,2002).

Aliran pemikiran pascamodenisme mempunyai anggapan ontologi yang jauh berbeza


berbanding pemikiran tiga lagi aliran pemikiran.Golongan ini mempercayai bahawa perkara-
perkara yang ditanggapi oleh manusia tak semestinya mencerminkan atau menggambarkan
keadaan yang sebenar.Pemahaman golongan pemikiran ini mengetepi perkara yang berlaku
pada masa lampau dan pada masa hadapan serta perkara yang berlaku di alam yang
lain.Mereka mengambil kira intuisi, imaginasi, pengalaman peribadi dan emosi seseorang
dalam membuat anggapan ontologi.(Neuman 1997).
Terdapat dua ciri persamaan yang dikongsi bersama semua pemahaman lazim bagi semua
aliran pemikiran.Pertama, pemahaman lazim hanya tertumpu kepada aspek-aspek fizikal
atau material yang boleh ditanggapi oleh pancaindera atau diterangkan secara rasional serta
diukur mengikut ukuran kuantitif semata-mata.Ciri persamaan yang keduanya pula ialah
aliran-aliran pemikiran lazim saling berkongsi pengkaedahan.Pemikiran aliran lazim hanya
menggunakan kaedah aqli dan menyandarkan kepada tahap ilmu yang rendah iaitu ilmu
daruri.

Berbeza dengan pemikiran Islam. Pemikiran Islam tidak hanya mengambil kira pelbagai
elemen fizikal dan material (alam al-syahadat) malah turut mengambbil kira elemen
kerohanian dan supernatural (alam ghaib).Pemikiran Islam merangkumi kedua-dua kaedah
aqli dan naqli serta ilmu daruri dan ilmu nazari.

2.2 KEPERLUAN KAEDAH KAJIAN PENYELIDIKAN ISLAM

Kaedah penyelidikan Islam mulai diperkenalkan sejak zaman dahulu iaitu sekitar tahun
1970an sehingga tahun 1980-an. Pada era ini, rakyat Malaysia nampak lebih kesedaran akan
agama Islam setelah tercapainya kemerdekaan dan mereka sendiri telah menyaksikan
bagaimana fahaman sekularisme dengan teguhnya bertapak serta berkembang di Malaysia
(Nik Abdul Aziz Nik Mat, 1995).

Antara keperluan kaedah kajian penyelidikan Islam ialah yang pertama, kajian penyelidikan
Islam membolehkan penyelidik mengenalpasti sebab dan punca sebenar masalah ummah dan
cara penyelesaiannya dengan keadaan tempatan.Kebiasaannya masalah ummah Islam adalah
berbeza antara satu sama lain mengikut rasa, budaya dan bangsa. Sebagai contoh, jalan
penyelesaian kemiskinan orang Islam di Malaysia tidak boleh disamakan dengan kadar
kemiskinan umat Islam di Timur Tengah. Secara ringkasnya, sesuatu penyelidikan yang
dijalankan perlulah mengambil kira faktor budaya tempatan seperti di Malaysia yang
budayanya bersifat multi rasial yang cepat mengalami proses pemodenan yang seterusnya
mampu mengubah ciri-ciri kehidupan tradisi orang Melayu Islam. (Sabitha Marican,1997).

Kedua,kaedah kajian penyelidikan Islam dapat membangunkan infrastruktur keilmuan yang


membawa kepada kebangkitan Islam.Pembangunan infrastruktur ini penting untuk
memartabatkan Islam ke arah yang lebih baik. Hal ini adalah kerana sekiranya cita-cita untuk
memartabatkan Islam itu sahaja tidak memadai dan akan terbengkalai jika tidak diiringi
dengan perkembangan intelektual (Mohd Kamil Abd Majid, 1993).

Ketiga,membolehkan cakupan syariah terhadap persoalan semasa dapat diperluaskan.


Sebagai contoh, jika sebelum ini lebih memfokuskan kepada persoalan yang berkaitan
dengan soal hukum-hukum dalam Islam, dengan adanya kajian penyelidikan Islam lebih
banyak isu-isu baru yang boleh diterokai (Mohd Zuhdi Hj Ab.Majid,1997)

Keempat,penyelidikan kajian Islam mampu menjadi penyelesaian ke arah menghidupkan


pendekatan solutionist sebagai lawan kepada opportunist di dalam gerakan Islam di Malaysia.
Antara lainnya ialah bagaimana perjuangan sesuatu gerakan Islam bukan setakat dibuat
dalam bentuk retorik semata-mata bahkan ia perlu disertakan dengan program blueprint yang
lengkap dalam bentuk plan bertindak.Atas kesedaran inilah, beberapa bentuk kesedaran
berasaskan model penyelesaian Islam telah terbentuk seperti Bank Islam, Takaful,dan
sebagainya( Husin Mutali al-Saidi, 1977).

Kelima, penyelidikan berdasarkan Islam akan menimbulkan rasa takjub kepada kekuasaan,
kebijaksanaan dan kebesaran Allah sehingga mampu meningkatkan tahap keimanan
penyelidik.Di sini kita dapat melihat hubungan di antara fikir tentang ciptaan Allah yang
melahirkan zikir terhadapnya dan sejauh mana aktiviti penyelidikan menjadi satu zikrullah.

Dan yang terakhirnya, melahirkan makna tentang ayat yang dibaca supaya ianya memberi
makna dan hala tuju dalam kehidupan duniawi dan ukhrawi.Disebabkan al-quran bersifat
relevan dan fleksibel sepanjang zaman,masa dan masyarakat,Penyelidikan yang dibuat
membantu penyelidik lebih memahami makna ayat al-quran yang dibaca.

2.3 KEDUDUKAN KAEDAH KAJIAN PENYELIDIKAN ISLAM

Negara kita Malaysia memperoleh kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos 1957.Selepas negara
mencapai kemerdekaan, kita sendiri dapat melihat banyak institut pengajian tinggi
dibangunkan seiring dengan masa.Dalam era 1960an hingga 1980an, telah berlakunya satu
era kebangkitan Islam yang dikenali sebagai gerakan Islah. Gerakan ini terdiri darpada
golongan ulamak dan juga pemuda (Rahimin Affandi,1998)
Dalam gerakan kebangkitan Islam ini, terdapat tiga intipati utama yang ditekankan.Pertama,
kesungguhan dan usaha menghidupkan Islam sebagai al-Din menggantikan perspektif
secular yang membataskan agama kepada persoalan agama semata-mata.Kedua, kritikan
terhadap kelemahan umat Islam yang dikatakan berpunca dari penerimaan membuta tuli
terhadap warisan tinggalan barat. Ketiga, kritikan sendiri (self-critism)terhadap kelemahan
ummah yang berpunca dari tindakan meninggalkan ajaran Islam dan mengamalkan budaya
Taqlid. Berdasarkan kepada tiga intipati pergerakaninilah, akhirnya timbulnya kesedaran
untuk menghidupkan pengamalan Islam bukan setakat peningkatan semangat yang berkobar-
kobar, tetapi turut membabitkan usaha menghidupkan budaya ilmu dalam kalangan penganut
Islam yang seterusnya menghasilkan satu gagasan intelektual Islam bentuk baru (Muhammad
Kamal Hassan, 1996 dan Muhammad Abu Bakar, 1997).

Selaras dengan kemerdekaan yang dicapai oleh Tanah Melayu, beberapa orang sarjana
Melayu telah melakukan semakan dan pembetulan terhadap warisan sisten dan pendekatan
ala barat.Pendekatan yang digunakan oleh sarjana Melayu ini kemudiannya dipengaruhi oleh
kesedaran kebangkitan Islam dalam era 1970an yang memasukkan pendekatan Islam dan
mereka mengkritik kelemahan sistem pengajian Islam lama dan mereka turut melakukan
reformasi membaiki kelemahan ini.

Kajian penyelidikan Islam bermula di Aligarh, India sejak tahun 1950 an daripada satu siri
buletin yang dikenali sebagai Kitaran Bulletin Penyelidikan Islam( Islamic Research Cycle
Bulletin nama tersebut ditukar kepada Pemikiran Islam pada tahun 1960an. Pada tahun 1991,
satu-satunya seminar yang menerangkan berkaitan kajian penyelidikan mengikut perspektif
Islam telah diadakan di Universiti Aligarh Muslim di India. Usaha untuk mengembangkan
penyelidikan Islam terhenti di situ memandangkan selepas seminar itu diadakan, tiadanya
sebarang usaha dilakukan. Disebabkan faktor tiadanya tindakan serius yang dilakukan ,
kajian penyelidikan Islam adalah berfokus kepada kajian falsafah sahaja dan tidak
berkembang kepada kajian yang lebih teknikal (Salleh, 2010).
3 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, kajian penyelidikan berteraskan Islam haruslah dibangunkan dan


dimajukan supaya kajian yang dilakukan tersebut dapat memberi sumbangan yang besar dan
bermakna kepada kemajuan umat dan ilmu umat Islam itu sendiri.Kajian penyelidikan yang
dibuat bukan sahaja mampu mendapatkan bukti-bukti empirikal, malah penyelidikan yang
dibuat mampu menghasilkan model-model dan teori-teori yang kukuh dari sumber wahyu
yang seterusnya dapat membimbing umat mengikut zaman.Oleh itu, adalah amat diperlukan
untuk diperluaskan lagi usaha penyelidikan dalam bidang-bidang seperti ilmu fiqh, sirah,
tarikh, tawhid, ibadat dan akhlak.Bidang-bidang seperti ini memerlukan lebih banyak kajian
memadangkan tidak ramai penyelidik yang menekankan unsur-unsur Islam dalam
penyelidikan yang dibuat. Lebih banyak penyelidikan yang dibuat, lebih banyak sumber yang
bakal diperoleh untuk kajia penyelidik pada masa hadapan.Pihak univesiti seharusnya
memainkan peranan dalam mengetengahkan usaha membentuk penyelidikan kaedah
berteraskan Islam.Walaupon pada hakikatnya sumber rujukan adalah amat terhad dan
kebanyakan penyelidik cenderung menggunapakai kaedah lazim atau konvesional dalam
penyelidik, perkara ini tidak seharusnya menjadi penghalang, sebaliknya dijadikan satu
motivasi dalam menjayakan penyelidikan berteraskan Islam.
4 RUJUKAN

Fadzila A.A. Kaedah Penyelidikan Berteraskan Islam: Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam
(ISDEV) Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Sunarko, B. S., & Bahari, Z. B. Perspektif, Metodologi dan Praktik.

Alias, M. S. (2014). Pola penyelidikan saintifik dari perspektif Ibn Al-Haytham. Jurnal Hadhari,
6(2), 113-130.

Hashim, R. (2004). Falsafah penyelidikan pendidikan dari perspektif Islam: Konsep dan matlamat.
Jurnal Pendidikan Islam, 11(1), 1-16.

Dalhat, Y. (2015). Introduction to research methodology in Islamic studies. Journal of Islamic


Studies and Culture, 3, 147-152.

Wan Mohd Khairul Firdaus (2014). Aplikasi Proses Pengfatwaan Dalam Kaedah Penyelidikan
Berteraskan Isla: Universiti Sains Malaysia.

Rahim, R. A. A. (2000). Etika Penyelidikan Islam: Suatu Analisa. dalam Jurnal Afkar, 1.

Anda mungkin juga menyukai