Anda di halaman 1dari 15

2.

Kaunselor dari perspektif Islam

Selain daripada menggunakan teori dalam membina standard guru bimbingan dan kaunseling ini, pengkaji akan menjadikan ciri-ciri kaunselor dari perspektif islam sebagai asas. Sebenarnya islam telah mempunyai satu standard yang khusus untuk kaunselor, ini

kerana islam telah mengariskan satu panduan yang jelas untuk menjadi seorang kaunselor yang berkesan. Islam merupakan agama syumul dan sesuai untuk dijadikan panduan

sepanjang masa mengikut perubahan masa sekali pun. Asas sebagai panduan hidup dalam islam ialah al-Quran, hadis nabi dan sunnah nabi, maka sudah pastinya bimbingan dan kaunseling dari perspektif islam adalah berasaskan kepada panduan hidup ini. Dan kami turunkan kepada engkaun az-Zikir untuk engkau terangkan kepada manusia apa yang telah diturunkan untuk mereka semoga mereka berfikir (Surah an-Nahl ayat: 44) Dalam konteks kaunseling islam, keputusan atau pilihan klien hendaklah berdasarkan kepada ajaran al-Quran, hadis, sunnah nabi dan ijmak ulama. Ini disebabkan manusia bersifat lemah boleh membuat keputusan atau pilihan sendiri secara sedar dan terbuka, tetapi tidak terkeluar daripada keredhaan Allah (Aziz Salleh, 1993). Kaunseling dilihat sebagai satu proses tolong menolong, sesungguhnya islam amat menitikberatkan sikap tolong menolong ini kerana manusia dilihat sebagai makhluk yang lemah dan sentiasa memerlukan pertolongan. Seperti dalam firmanNya yang bermaksud: Allah ingin memberikan keringanan bagimu, kerana manusia itu diciptakan bersifat lemah (Surah An-nisa ayat 28) Dalam islam terdapat kewajipan yang diamanahkan kepada manusia untuk menyeru kepada kebaikan dan menegah kemungkatan (amar maruf wa nahi munkar) serta

memperbetulkan masyarakat atau memperbaiki kepincangan masyarakat (Islah bayna al-nas) ini bedasarkan firman Allah s.w.t yang bermaksud:Dan hendaklah ada dikalangan kamu satu golongan yang menyeru kepada bakti dan mengarahkan kepada kebaikan dan menegah kepada kemungkaran dan mereka itu golongan yang beroleh kejayaan. (Surah ali-Imran ayat 104) Serulah ke jalan Tuhanmu dengan kebijaksanaan dan nasihat (peringatan) yang baik (Surah an-Nahl ayat: 125) Hadis Nabi yang bermaksud, Rasulullah s.a.w berabda: Barang siapa diantara kamu telah melihat kemungkaran maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya, jika tidak berupaya dengan lidahnya, jika tidak berupaya maka dengan hatinya dan yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman. (Hadis Riwayat Muslim) Menurut Kamal (1995) bimbingan dan kaunseling islam ialah proses pengajaran dan pembelajaran psikososial yang berlaku dalam bentuk bersemuka antara seorang yang pakar dalam psikologi kaunseling (kaunselor) dengan seorang lain yang ditujukan kaunseling itu (klien). Dalam situasi begini, teknik-teknik dan kaedah-kaedah teknikal dan profesional digunakan yang bertujuan menolong klien untuk menyelesaikan maslahnya dan menghadapi masalah-masalah itu dengan kaedah-kaedah penyesuaian yang lansung, menolongnya memahami dirinya, memahami kebolehan-kebolehan dan minatnya serta menggalakkannya untuk menerima takdir Allah s.w.t. kepadanya. Kaedah ini juga melatihnya membuat

keputusan-keputusan berpandukan kepada syariat Allah s.w.t, sehingga dia sendiri mencari dan mengingini yang halal dan meninggalkan yang haram. Allah berfirman agar manusia meninggalkan perkara-perkara yang haram dan mengutamakan perkara-perkara yang halal.

Wahai orang-orang yang beriman, takutlah kepada Allah dan tinggalkanlah sisi-sisa riba, jika kamu sekalian sebenarnya orang-orang mukmin (Surah al-Baqarah ayat: 278) Ibnu Masud r.a telah meriwayatkan dari Rasulullah s.a.w. sabdanya: Setiap daging yang tumbuh dari yang haram, maka api neraka lebih utama baginya Ia juga meletakkan bagi dirinya tujuan-tujuan yang realistik dan halal, menggunakan kebolehan-kebolehannya sejauh yang mampu dan berguna bagi dirinya serta orang lain sehingga ia mendapati dirinya dalam mengerjakan apa yang diredhai Allah s.w.t sehingga dia menikmati kebahagian di dunia dan akhirat (Hassan, 1983) Maka tujuan bimbingan dan kaunseling islam itu bertujuan membentuk insan ke arah kekamilan yang boleh hidup dalam masyarakat yang sederhana. Kaunselor membantu

individu untuk memahami dirinya sendiri, untuk membantu individu berasa lebih terbuka terhadap pengalama-pengalaman mereka dan dapat menerima orang lain. Justeru dapat kita lihat bahawa peranan kaunselor dalam proses bimbingan dan kaunseling ini adalah sebagai pemandu atau penunjuk kepada klien untuk mencari jalan membuat pilihan yang berdasarkan al-Quran, al-hadis dan sunnah nabi. Abu Bakar as-Siddiq r.a meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak ada suatu kaum pun yang melakukan maksiat-maksiat, sedang dalam kalangan kaum itu ada orang yang mampu mencegah mereka dari perbuatannya itu tetapi tiada berbuat, tiadakah ia merasa bimbang bahawa Allah hampir-hampir akan menimpakan siksaNya atas mereka sekalian Selain itu kaunseling juga adalah bertujuan untuk memberi kefahaman kepada klien bagi menghadapi kehidupannya serta cabaran-cabaran dalam hidupnya. Terdapat pelbagai carabaran yang harus ditempuhi oleh manusia dalam kehidupan ini, yang mana manusia

harus mencari jalan untuk menyelesaikan setiap carabaran tersebut.

Maka dengan itu,

seseorang yang lebih berpengetahuan diperlukan untuk membimbing mereka membuat pilihan yang tepat selari dengan keredhaan Allah. Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya: Sesiapa yang mengetahui sesuatu ilmu lalu disembunyikannya, niscaya di hari kiamat nanti, ia akan dikenang oleh Allah s.w.t. dengan tali kekang dari api neraka Allah telah memberikan kebebasan kepada manusia untuk membuat pilihan dalam hidup. Manusia mempunyai pilihan untuk menuju jalan kebaikan dan jalan kejahatan, namun Allah telah menetapkan ganjaran pahala bagi mereka yang berbuat kebaikan dan sebaliknya neraka bagi yang berbuat kejahatan. Selain itu, melalui proses kaunseling juga klien akan dibimbing membuat keputusan dan bertanggungjawab ke atas setiap keputusan yang telah dibuatnya. Klien harus sedar setiap tindakan yang dibuat haruslah memberi kebaikan ke atas dirinya dan persekitarannya. Adalah penting untuk manusia diberi kefahaman agar perjalanan hidup mereka tidak lari dari landasan yang di syariatkan oleh islam. Tunjukkan lah kami jalan yang lurus (benar). Iaitu jalan mereka yang telah Engkau kurniakan nikmat bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula mereka yang sesat (Surah al-Fatihah ayat: 5-6) Proses kaunseling juga adalah bertujuan untuk membimbing klien bertindak secara waras, logik, realistik dan sedar dalam membuat keputusan. Dengan bimbingan dan panduan daripada kaunselor yang mahir, klien mampu membuka mindanya lebih luas dan matang sebelum sesuatu keputusan di ambil. Ini akan mengelak daripada klien mengambil tindakan di luar batasan agama, kerana keputusan yang di ambil dengan hawa nafsu semata-mata adalah lebih mudah untuk menerima hasutan syaitan. Syaitan sering kali berusaha untuk

menyesatkan manusia terutama yang dalam kesusahan. Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a, telah bersabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Syaitan itu berlingkar di hati manusia, maka apabila seseorang itu ingat kepada Allah maka syaitan akan bersembunyi, tetapi kalau oreng itu lalai ia akan membisikkan (Riwayat Said bin Jubair) Selain itu bimbingan dan kaunseling adalah bertujuan untuk membantu klien mewujudkan perhubungan yang baik, mesra, harmoni dan mengamalkan nilai-nilai murni antara satu dengan yang lain. Rasulullah s.aw. bersabda maksudnya: Seseorang muslim adalah saudara kepada muslim yang lain, tidak boleh menganiayainya atau menghalang keperluannya, atau menghinanya. Memadailah seseorang itu dikira jahat, apabila ia menghina saudara muslim yang lain Dalam islam bimbingan dan kaunseling dilihat sebagai memberi nasihat atau Hisbah. Asas-asas Hisbah menurut perspektif islam sebagaimana yang disebut oleh al-Ghazali sebagai rukun Hisbah ialah Muhtasib (Kaunselor), Muhtasab alaih (Klien), Muhtasab fih (Masalah yang dihadapi klien) dan al-Ihtisab (peringkat). Islam telah meletakkan dasar-dasar yang mesti difahami oleh setiap individu muslim, maka dalam hal yang berkaitan dengan asas-asas kaunseling menurut perspektif syarak, keempat-empat asas tersebut mestilah dilihat secara terperinci berpandukan kepada asas-asas yang telah diletakkan oleh ulama terdahulu dan diubahsuai atau ditambah dengan sesuatu penemuan baru yang berlandaskan lunas-lunas syarak. Berjaya atau tidak, berkesan atau tidak, proses kaunseling adalah banyak bergantung kepada kaunselor sebagai orang yang dirujuk. Maka dengan itu, kaunselor haruslah mempersiapkan dirinya sebagai role model untuk kliennya. Rasulullah s.a.w. dan para

sahabat merupakan contoh kaunselor yang terbaik, pembimbing yang berkesan dan penasihat yang berguna. Menurut pandangan islam Muhtasib (Kaunselor) merupakan pihak yang diberi tanggungjawab untuk mengendalikan Hisbah, mereka merupakan golongan yang

ditauliahkan oleh pemerintah tetapi terdapat juga golongan yang mengendalikannya secara sukarela. Maka dengan itu Abu Yala membezakan antara muhtasib yang sukarela dengan muhtasib yang dilantik. Muhtasib yang dilantik oleh pemerintah mestilah menunaikan

tanggungjawab tersebut sebagai fardhu ain, sedangkan bagi seorang sukarela ia merupakan fardhu kifayah. Bagi muhtasib yang dilantik tanggungjawab (Hisbah) tidak boleh Manakala sesorang yang melakukan secara

dicampurkan dengan tanggungjawab lain. sukarela boleh berbuat demikian.

Pada kebiasaannya muhtasib sukarela ini hanya

menjadikan Hisbah sebagai tugas sambilan. Selain itu muhtasib mestilah responsif terhadap sebarang aduan mengenai kezaliman. Bagi memudahkan lagi tugasnya muhtasib bolehlah melantik pembantu-pembantunya bagi menambah kekuatan dan kekuasaan ketika menghadapi kemungkaran. Imam Ghazali telah menyenaraikan beberapa ciri seorang muhtasib. Antaranya ialah mukalaf, beriman, mampu atau berupaya, adil, tidak fashiq. Ini adalah berdasarkan firman Allah s.w.t yang bermaksud: Adakah kamu semua menyuruh manusia berbuat kebaikan sedangkan kamu terlupa tentang diri kamu sendiri. (Surah al-Baqarah ayat 44). Al-Ghazali meletakkan sifat-sifat berilmu, warak dan berakhlak mulia sebagai adab muhtasib bukannya sebagai ciri atau syarat. Manakala al-Mawardiy pula menyatakan

bahawa syarat-syarat muhtasib ialah merdeka, adil, pintar, tegas, teguh dalam agama dan mengetahui kemungkaran yang berlaku. Ibnu Taimiyyah pula menyatakan bahawa muhtasib mestilah berilmu dan faqih, jika tidak tugasnya tidak membawa kearah kebaikan. Selain itu

beliau menyifatkan muhtasib perlulah seorang yang lembut, mesra, tidak cepat marah dan penyabar. Asas peribadi kepada kaunselor menurut perspektif islam ialah beriman dan bertaqwa kepada Allah. Dengan keimanan dan ketaqwaan yang kukuh dalam menjalankan tugas kaunseling, seseorang kaunselor akan mempunyai keyakinan dengan segala tindakannya. Sebagai contoh Rasulullah s.a.w yakin dengan setiap pendapat dan tindakannya kerana setiap yang dilakukannya itu adalah berdasarkan suruhan dan larangan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah, mereka itulah yang berhak mengharapkan rahmat Allah. (Surah al-Baqarah ayat:216) Selain itu, kaunselor mestilah memberi sokongan kepada klien, konsep sebenarnya muhtasib mesti menjalankan kewajipannya tanpa diminta oleh yang teraniaya atau dizalimi. Selain itu muhtasib juga sentiasa berada dalam keadaan bersedia, tenang dan mesra. Rasulullah pernah ditegur kerana tidak bersedia menerima adun seorang buta

sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud: Ia bermasam muka dan berpaling lantaran datang kepadanya orang buta itu, padahal apakah yang meberimu tahu barangkali ia akan menjadi bersih atau memberi ingatan lantas peringatan itu memberi manfaat kepadanya. (SurahAbasa ayat 1-4). Kaunselor juga seharusnya bersikap jujur dan ikhlas. Jujur atau benar bermaksud menutur atau memberitahu atau membuat sesuatu dengan sebenarnya dalam kehidupan sehariannya. Kejujuran ini bukan sahaja aspek perbuatan, percakapan, tingkahlaku, pemikiran dan sebagainya. Kaunselor bukan sahaja bersikap jujur dengan klien, tetapi juga dengan diri sendiri.

Mereka tidaklah diperintahkan, melainkan beribadat kepada Allah taala dalam keadaan mengikhlaskan agama kepada Nya .(Surah al-Baiyinah ayat: 5). Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: Tidak ada akhlak yang paling dibenci Rasulullah s.a.w. lebih dari bohong. Apabila beliau melihat seseorang bohong dari segi apa saja, maka orang itu tidak keluar dari perasaan hati Rasulullah s.a.w., sehingga beliau tahu bahawa orang itu telah bertaubat (Hadis Riwayat Ahmad) Setiap kaunselor wajib memiliki sifat benar (Siddiq) iaitu seorang yang bercakap benar,berterus terang dan tidak menambah atau mengurang apa yang didengarinya. Benar yang dimaksudkan adalah dari segi percakapan, perbuatan dan niat. Kaunselor yang bersikap benar ini tidak akan menyembunyikan perkara yang sepatutnya dimaklumkan kepada klien. Seperti sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Sungguh besar khianatmu, kamu berbicara dengan saudaramu (seagama), ia

membenarkan kamu, sedangkan kamu membohonginya. (Hadis riwayat Bukhari). Allah juga berfirman: Di antara orang yang beriman itu ada beberapa orang yang menepati apa yang telah dijanjikannya kepada Tuhan. Kerana Allah akan membalas orang yang benar sebab

kebenaran mereka (Surah al-Ahzab ayat: 23-24). Sifat kaunselor yang dituntut juga adalah berlaku adil. Sebagai seorang kaunselor, kenalah bersikap adil terhadap klien. Kaunselor perlu menerima sesiapa sahaja yang

berjumpa meminta bantuan untuk menjadi kliennya. Kaunselor tidak seharusnya membezabezakan klien dengan memberi khidmat bimbingan yang sama. Selain itu kaunselor perlu

adil dengan membantu klien dengan tidak menyebelahi mana-mana pihak. Sekiranya berlaku konflik dalam diri klien, kaunselor tidak seharusnya menghukum klien dengan berbagaibagai tanggapan negatif. Hai orang beriman! Hendaklah kamu berdiri kerana Allah dan menjadi saksi dngan adil. Janganlah kamu tertarik menjadi aniaya oleh kerana benci kaun kafir kepadamu, hingga kamu tidak berbuat adil. Hendaklah kamu adil kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa. Takutlah kepada Allah, kerana Allah itu mengetahui semua yang kamu kerjakan (Surah al-Maidah ayat: 8) Seseorang kaunselor harus mempunyai sifat sabar dan tenang. Ini adalah berkaitan dengan pengawalan emosi kaunselor itu sendiri. Kaunselor yang bersikap penyabar dan tenang akan mudah untuk didampingi oleh klien. Sabar dalam konteks kaunseling ialah sabar dengan karenah klien, sabar mendengar masalah klien, serta memberi pendapat kepada klien dengan tenang. Dengan kesabaran ini, kaunselor mampu untuk bertindak dan membantu klien kerana klien yang dating kepada kaunslor adalah pelbagai karenah. Sabar adalah sangat-sangat di tuntut dalam islam. Rasulullah s.a.w pernah berhadapan dengan orang yang bercakap dengan suara yang tinggi (marah), tetapi Rasulullah s.a.w. tetap sabar dan tenang. Akhirnya orang yang bercakap dengan suara yang tinggi itu merendahkan suaranya. Rasulullah s.a.w tidak akan bercakap kalau tidak perlu. Apabila berkata-kata, mukanya sentiasa manis dan tersenyum. Sabda Rasulullaah s.a.w: Bersabar adalah cahaya yang gilang-gemilang (Hadis riwayat Muslim). Firman Allah yang bermaksud: Dan sabarlah terhadap apa yang menimpamu, sesungguhnya yang demikian itu termasuk perintah-perintah yang sungguh-sungguh (Surah Luqman ayat:17).

Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar, (iaitu) orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan innaaa lillaahiwa innaa ilaihi raajiun. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah yang mendapat petunjuk (Surah al-Baqarah ayat: 155-157) Sayidina Ali bin Abi Talib r.a juga pernah berkata: Sabar adalah sebahagian daripada iman dan merupakan kepala dari tubuh Seorang kaunselor juga perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang baik, iaitu betutur dengan sopan yang boleh menarik hati orang yang mendengarnya. Komunikasi adalah penting dalam sesi kaunseling, yang boleh menimbulkan interaksi yang mesra dan harmoni. Rasulullah s.a.w fasih dalam kata-katanya, sederhana dan amat sopan. Apabila baginda mendengar ada orang bercakap kurang baik, baginda akan memalingkan mukanya daripada orang itu, sekiranya ada sesuatu yang hendak disampaikan sedangkan baginda benci kepadanya, baginda akan menggunakan bahasa iasan dan sindiran yang tidak sedikit pun menyakitkan hati orang berkenaan. Selain itu seorang kaunselor juga haruslah tidak munafik iaitu berpura-pura, tidak konsisten dengan apa yang diperkatakannya. Kaunselor merupakan role model kepada klian dan persekitarannya, seharusnya kaunselor sentiasa memberi penampilan yang baik yang boleh dijadikan ikutan. Kaunselor tidak seharusnya hipokrit dalam menjalankan tugas iaitu perkara yang beliau katakana tidak sama dengan apa yang beliau lakukan. Bagi membuatkan

klien penuh kepercayaan dengan apa yang disampaikan oleh kaunselor, seharusnya kaunselor tidak sikap munafik. Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara sesiapa sahaja berada di dalamnya, maka ia dianggap munafik, sekalipun ia puasa, sembahyang dan mengaku dirinya muslim, iaitu: Apabila berbicara ia bohong, apabila berjanji ia mungkiri, dan apabila menerima amanat ia khianat Selain itu kaunselor perlulah menumpukan sepenuh perhatian kepada klien. Kaunselor harus mendengar tanpa prasangka atau perasaan berbelah bagi tanpa memihak. Oleh itu ciri keadilan memang menjadi keutamaan. Kaunselor juga perlu mempunyai kebolehan dalam menyoal dengan soalan yang berkaitan, benar-benar mendengar, tidak menganggu pemikiran dan percakapan klien. Kaunselor juga perlu memberi keyakinan kepada klien bahawa

masalahnya boleh diatasi setelah berusaha dan berserah kepada Allah s.w.t.

Antara lain sifat kaunselor yang dituntut ialah berilmu, terlatih dan mahir. Seorang kaunselor secara professional wajib mempunyai ilmu pengetahuan tentang bidangnya. Ini adalah amat penting untuk membantu seseorang haruslah dengan ilmu pengetahuan agar apa yang disampaikan adalah benar. Allah s.w.t berfirman: Allah telah mengangkat orang yang beriman dari golongan kamu, dan begitu pula orang yang dikurniakan ilmu pengetahuan (Surah al-Mujadalah ayat: 11) Katakanlah: Tiada serupa orang yang berilmu pengetahuan dengan orang yang yang tiada berilmu pengetahuan (Surah az-Zumar ayat:9). Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

Keutamaan seorang yang berilmu pengetahuan ke atas seorang yang banyak ibadahnya, laksana keutamaanku ke atas serendah-rendah orang dari golongan sahabatku Islam amat menuntut penganutnya mencari ilmu. Dengan ilmu pengetahuan ini, seorang kaunselor dapat membantu kliennya dengan lebih berkeyakinan. Maka dengan itu, kaunselor seharusnya sentiasa memperkayakan dirinya dengan ilmu pengetahuan sama ada ilmu dunia dan ilmu akhirat. Secara kesimpulannya, kaunselor seharusnya mempunyai sifat-sifat mahmuddah dalam dirinya. Dengan ciri-ciri sebegini seorang kaunselor akan lebih mudah didekati oleh klien dan mudah untuk membantu klien. Serulah ke jalan Tuhanmu dengan kebijaksanaan dan nasihat yang baik (Surah al-Nahl ayat:125) Dalam islam nabi dan Rasul merupakan contoh teladan yang paling ideal sebagai seorang kaunselor. Setiap kata-kata, perbuatan dan tingkahlaku mereka seharusnya kita jadikan

ikutan untuk menjadi seorang kaunselor yang berkesan. Selain itu rujukan dan panduan yang amat penting dalam menjalankan tugas sebagai seorang kaunselor ialah al-Quran dan hadis. Ini kerana dala al-Quran telah di ceritakan segalanya permasalahan, kejadian-kejadian serta hukum-hukum yang terdapat di muka bumi ini. Tidak ada satupun yang tertinggal atau terlepas pandang dari terkandung dalam al-Quran. Teori Pusatan Klien Dalam mebina standard guru bimbingan dan kaunseling, pengkaji telah memilih untuk mengkaji ciri-ciri kaunselor mengikut pendekatan Teori Pusatan Klien. Ini kerana teori ini lebih menarik minat pengkaji untuk mengetahuinya. Selain itu teori ini juga lebih dekat dengan ciri-ciri kaunselor yang diminati pelajar.

Teori Pusatan Klien telah dipelopori oleh Carl Rogers. Asas kepada pembentukan teori ini ialah kepercayaannya terhadap individu dan keperluan melihat manusia dari sudut pandangan yang positif dan bukan klinikal. Individu dilihat mempunyai harga diri dan

penghormatan diri serta cenderung ke arah kesempurnaan kendiri, manusia baik dan boleh dipercayaai. Bagi mempastikan sesi kaunseling berkesan kaunselor dan klien perlulah berada dalam kontak iaitu situasi dimana setiap individu mempunyai kelainan dari segi pengalaman di antara satu sama lain. Ini menunjukkan bahawa untuk memastikan bimbingan dan

kaunseling itu berjaya, kedua-dua belah pihak iaitu klien-kaunselor haruslah memainkan peranan yang penting. Menurut Roger (1975), kaunselor perlulah konguren atau tulus dalam

perhubungannya dengan klien.

Konguren dimaksudkan ialah setiap yang dirasai oleh selari atau sama dengan mesej yang disampaikan

kaunselor secara dalamannya perlulah oleh kaunselor secara luarannya.

Menurut Egen (1977) orang yang bertindak secara

konguren tidak akan mengubah nilai-nilai mereka walaupun mereka berinteraksi dengan orang yang berbeza. Menurut beliau lagi, klien akan mudah untuk berinteraksi serta

menceritakan hal diri mereka kepada kaunselor yang bersifat tulus atau kelihatan tulus. Selain itu, kaunselor juga perlu mewujudkan sikap memberi tangapan positif dan menerima tanpa syarat kepada klien. Tanggapan positif ini merangkumi semua aspek

pengalaman kendiri klien secara luaran dan dalaman. Kaunselor juga harus menerima klien tanpa syarat atau mengira perbezaan nilai antara kaunselor dan klien. Maka dengan itu, kaunselor tidak seharusnya membuat penilaian tentang tingkahlaku klien sebagai positif dan tingkahlaku negatif Selain itu, menurut Roger, sebagai seorang kaunselor yang cekap perlu mempunyai sikap penyabar untuk menjadi pendengar yang baik dan memberi respon yang positif

terhadap semua luahan klien. Proses ini berlaku dengan begitu cepat dan ianya memerlukan ketelitian mendengar daripada kaunselor. Pendengaran kaunselor ini bukan sahaja tertumpu kepada bunyi, malah lebih daripada itu seperti nada suara dan gerak badan klien. Dengan demikian kaunselor mampu untuk menggalakkan klien terus meluahkan perasaannya secara bebas dan membuat refleksi tentang perasaan-perasaan ini. Refleksi yang dilakukan oleh kaunselor hendaklah betepatan dengan perasaan klien. Ini memerlukan sikap mendengar pada tahap yang tinggi sehingga kaunselor mampu untuk berempati. Dengan sikap dan kebolehan berempati, kaunselor haruslah berfungsi sebagai fasilitator bagi perkembangan seseorang klien. Kemampuan kaunselor untuk bertindak secara empati ia bukan sahaja memahami dunia dalaman klien daripada segi pemikiran, perasaan dan tingkahlakunya, tetapi hendaklah juga menyampaikan pemahaman ini kepda kliennya (DeWyne, 1986). Kemahiran ini

memerlukan kaunselor untuk bersedia mendengar dengan bersungguh-sungguh kepada persepsi-persepsi klien akan pengalamannya tentang sesuatu masalah itu atau keperluannya untuk di tolong. Melalui empati ini juga akan memberikan keparcayaan kepada klien bahawa sikap mengambil berat kaunselor akan maslahnya. Keadaan sebegini akan mewujudkan

suasana yang kondusif kepada klien dan akan memberi ransangan kepada klien untuk membuat perluahan perasaan, membina celik akal, dan pemahaman kendiri yang akhirnya membina matlamat dan tingkahlaku baru. Selain itu kaunselor haruslah berusaha mewujudkan suasana yang sesuai dan menggalakkan klien untuk mengalami suatu rasa bebas untuk meneroka dan mengalami bidang-bidang hidup yang disangkalnya. Seorang kaunselor perlu membantu kliennya tidak bersifat membela diri atau defensif dan selalu mencari helah atau alasan tertentu bagi setiap tingkah lakunya. Teori ini turut mengutarakan agar kaunselor dapat memperlihatkan kepada kliennya yang klien adalah setaraf dengan diri kaunselor dan bersama-sama menyelami

masalah klien tersebut. Dalam terapi ini, kaunselor hanyalah sebagai seorang pembantu kepada klien untuk melihat dirinya dan masalahnya dengan lebih jelas. Selain itu Carl Rogers (1942), juga menyatakan bahawa seorang kaunselor perlulah bersifat ikhlas da sejati dalam menjalankan tugas. Nilai kesejatian yang dimaksudkan disini sebagai ciri-ciri yang mengandungi kenyataan jujur ataupun asli. Kaunselor juga harus bersikap terus terang, tegas, tidak menyembunyikan sesuatu daripada kliennya tentang apa yang dirasai terhadap kliennya. Dalam khidmatnya kaunselor seharusnya sentiasa

memberikan pandangan yang jujur supaya dipandang tinggi dan diterima oleh klien.

Anda mungkin juga menyukai