Anda di halaman 1dari 11

E T

B A H A N

T
B A C A A N

A Z K I R A H

ARBIAH RUHIYYAH DALAM


MEMBENTUK GENERASI
BERWAWASAN
1.0 MUQADDIMAH

Firman Allah SWT:

‫كما أرسلنا رسول منكم يتلوا عليكم آياتنا ويزكيكم ويعلمكم الكتاب والحكمة ويعلمكم مالم تكونوا تعلمون‬

Maksudnya: “Sebagaimana Kami telah mengutuskan kepadamu Rasul di antara


yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, mensucikan kamu dan engajarkan
kamu Al kitab dan Al Hikmah, serta mengajarkan kepada kamu apa yang belum
kamu ketahui.”

Secara ringkas ayat di atas menjelaskan empat unsur penting dalam dakwah.
Antaranya ialah unsur tazkiah iaitu usaha ke arah mensucikan diri daripada
kerendahan akhlak dan kekotoran jiwa, menjauhkan diri dari sisa-sisa hidup jahiliah
dan usaha untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya Islam.
Bertolak dari sini dapatlah difahami bahawa tazkiah juga memberi maksud tarbiah.
Jadi tarbiah dan dakwah adalah merupakan dua perkara yang mesti berjalan seiring
dan tidak boleh bercerai tanggal.

Sesungguhnya tarbiah adalah merupakan satu lapangan yang asasi dan terpenting
bagi sesebuah gerakan Islam yang beramal untuk merubah realiti yang ada. Ia juga
adalah seumpama tulang belakang yang menjadi tunggak dalam dakwah. Bahkan
dakwah tidak akan sempurna kiranya tidak didahului dengan proses tarbiah. Sebab
itu timbul ungkapan yang berbunyi, `Perbetulkanlah diri kamu dan serulah orang
lain’.

‫اصلح نفسك وادعوا غيرك‬

Dalam berbicara tentang tajuk di atas, tumpuan akan diberikan ke arah


bagaimanakah bentuk usaha untuk membentuk generasi muslim yang sanggup
untuk memenangkan Islam. Di mana peranan mereka adalah seumpama peranan
generasi sahabat di
TARBIAH RUHIYYAH DALAM MEMBENTUK GENERASI BERWAWASAN_____
zaman Rasulullah SAW dahulu.

DEFINASI TARBIAH

Secara umum tarbiah adalah merupakan segala usaha yang dilakukan ke arah
pengabdian diri kepada Allah secara sempurna. Lantaran itu tarbiah adalah segala
usaha yang melibatkan pendidikan, pengalaman, penglibatan dalam perjuangan
Islam, kesan persekitaran dan faktor-faktor lain yang boleh mendekatkan diri
kepada Allah.

Mengikut Dr Ali Abd Halim Mahmud, tarbiah adalah merupakan suatu method
yang terbaik yang mampu berinteraksi bersama fitrah manusia, dikemukakan sama
ada dalam bentuk arahan secara langsung (perkataan) atau secara tidak langsung
(qudwah). Ia bertujuan untuk mengubah manusia ke arah yang lebih baik
berlandaskan manhaj dan wasilah-wasilah tertentu.

MATLAMAT TARBIAH

Tarbiah Islamiah mempunyai matlamat-matlamat asas yang tersendiri. Antara


matlamat tersebut ialah:

a) Pengabdian diri kepada Allah mengikut apa yang telah pun disyariatkan melalui
Rasulullah.
b) Membina umat yang muttaqin serta mempunyai hubungan yang kuat dengan
Allah SWT.
c) Melahirkan para mukmin yang menghayati perjuangan.
d) Memimpin dan memerintah dunia.
e) Melaksanakan hukum dan syariat Allah.

Ini adalah matlamat asas kepada Tarbiah Islamiah. Di sana banyak lagi matlamat
yang lain mengikut pendekatan dan wasilah yang dibawa.

4.0 FAKTOR KEJAYAAN TARBIAH

a) Keyakinan yang teguh bahawa tarbiah adalah satu-satunya wasilah yang


mampu merubah masyarakat, membentuk petugas-petugas dakwah dan
mencapai cita-cita dan harapan.
b) Adanya manhaj tarbiah yang mempunyai matlamat tertentu, perancangan
yang terang dan
c) dari sumber yang jelas, bersifat syumul dan mempunyai kaedah pendekatan
yang berbagai, ditegakkan di atas falsafah yang jelas dan diceduk terus dari
ajaran Islam yang tulin.

TARBIAH RUHIYYAH DALAM MEMBENTUK GENERASI BERWAWASAN_____


d) Suasana jamai’e yang positif yang dibina oleh jemaah di mana setiap
anggota cuba sedaya upaya untuk melaksanakan cara hidup Islam yang
tulen.
e) Pemimpin yang terdidik dari segi fitrah, thaqafah dan pengalaman (khibrah)
f) e) Wujud sebilangan Murabbi yang ikhlas, berkemampuan dan amanah
dalam melakukan tugas mereka.
g) Kepelbagaian wasilah: fardi atau jamai’e, teori atau amali, aqli atau ‘atifi,
positif atau negatif.

Dengan adanya faktor-faktor tadi, pasti akan lahirlah satu ketamadunan manusia
yang bersifat rabbani dan mempunyai ketinggian akhlak yang menghimpunkan
antara ilmu dan iman, kebendaan dan roh, mengimbangi antara dunia dan akhirat,
di samping menjaga nilai tatasusila dan kehormatan manusia.

5.0 CIRI-CIRI TARBIAH ISLAMIAH

Antara keistimewaan Tarbiah Islamiah ia mempunyai beberapa ciri khusus yang


tidak terdapat pada sistem tarbiah yang lain. Antara ciri-ciri khusus tersebut ialah:

a) Ketuhanan '‫)لربانيةة‬
b) Sempurna dan lengkap (' ‫لتكامل‬H ‫الشمولة‬
c) Positif dan membangun (' ‫ليجابية‬H ‫البنأة‬
d) Kesederhanaan dan keseimbangan (' ‫لعتدال‬H ‫التوازنة‬
e) Persaudaraan dan jemaah (' ‫لخوة‬H ‫الجماعةة‬

6.0 BENTUK

Antara keistimewaan Tarbiah Islamiah ia mempunyai beberapa ciri khusus yang


tidak terdapat pada sistem tarbiah yang lain. Antara ciri-ciri khusus tersebut ialah:

a) Ketuhanan ‫))الربانية‬
b) Sempurna dan lengkap (‫)التكامل والشمول‬
c) Positif dan membangun (‫)اليجابية والبنأ‬
d) Kesederhanaan dan keseimbangan (‫)العتدال والتوازن‬
e) Persaudaraan dan jemaah (‫)الخوة والجماعة‬

6.0 BENTUK –BENTUK TARBIAH ISLAMIAH

Bagi melengkapi ciri-ciri yang telah disebutkan, maka penumpuan Tarbiah Islamiah
hendaklah diarahkan kepada semua bidang atau aspek-aspek terpenting dalam
kehidupan individu atau masyarakat. Oleh itu Tarbiah Islamiah mestilah mencakupi
aspek-aspek berikut:
TARBIAH RUHIYYAH DALAM MEMBENTUK GENERASI BERWAWASAN_____

a) Tarbiah Imaniah
b) Tarbiah Ruhiyyah
c) Tarbiah Ijtimaiyyah
d) Tarbiah Aqliyyah
e) Tarbiah Jismiah
f) Tarbiah Siasiyyah

Dalam perbahasan tajuk kertas ini, tidaklah menjadi hajat penulis untuk
memperincikan satu persatu bentuk-bentuk tarbiah di atas. Cuma penumpuan hanya
akan diberikan kepada Tarbiah Ruhiyyah yang menjadi tajuk perbincangan yang
sebenar kertas ini.

7.0 TARBIAH RUHIYYAH

7.1 Definasi Tarbiah Ruhiyyah

Jika sekiranya Tarbiah Imaniah bermaksud usaha ke arah menguatkan lagi


keyakinan dalam hati setiap individu dan jemaah terhadap kebesaran dan kekuasaan
Allah, maka Tarbiah Ruhiyyah pula adalah merupakan lanjutan kepada Tarbiah
Imaniah, iaitu suatu usaha ke arah menguatkan lagi hubungan di antara ‘Wujdan
Insani’ dan Pencipta (Khaliq) sehinggalah seseorang itu mencapai satu peringkat
makrifah ruhiyyah, yang dengannya seseorang itu mensucikan diri dari segala
kekotoran dan menjadikan dirinya beramal dengan kelaziman yang mendekatkan
diri dengan tuhannya. Hasil dari itu tergambarlah segalanya ada perkataan dan
segala kerja buatnya.

Tarbiah Ruhiyyah adalah merupakan bentuk tarbiah yang seolah-olah menjadi


rakan karib kepada Tarbiah Imaniah, kerana dengan kekuatan rohlah akan
menghasilkan keimanan yang mantap kepada Allah SWT. Bahkan jika dilihat dari
segi wasilah kedua-dua bentuk tarbiah ini, ianya hampir-hampir sama. Pun begitu,
tidak dinafikan bahawa Tarbiah Imaniah adalah merupakan bentuk tarbiah yang
paling utama berbanding dengan yang lainnya. Kerana sesungguhnya Tarbiah
Imaniah atau Rabbaniah adalah merupakan syarat pertama untuk melahirkan
generasi yang unggul yang dapat memenangkan Islam.

7.2 Tujuan Tarbiah Ruhiyyah

Secara ringkas dapatlah dinyatakan bahawa tujuan daripada Tarbiah Ruhiyyah


adalah seperti berikut:

TARBIAH RUHIYYAH DALAM MEMBENTUK GENERASI BERWAWASAN_____


a) Menjadikan anggota sentiasa merasai akan kebersamaan Allah di mana saja ia
berada dan menjalani setiap pekerjaan berlandaskan kepada kefahaman ini.
b) Melahirkan anggota yang ikhlas kerana Allah dalam setiap amal, perkataan dan
segala pergerakannya. Di mana tujuannya ialah semata-mata mencari keredhaan
Allah bukannya mencari kepentingan yang lain.
c) Mentaqarrubkan diri dengan Allah Taala melalui zikrullah dalam setiap ketika,
memelihara ibadat, mengingati akhirat, sentiasa memperbaharui taubat dan
warak dari segala perkara yang syubhat dan haram.
d) Sentiasa bermuhasabah terhadap diri setiap hari.
e) Akhirnya akan melahirkan anggota yang cintakan syahid fisabilillah dengan
menyertakan niat untuk berjihad pada dirinya dan yakin terhadap qada dan
qadar Allah.

Berdasarkan tujuan di atas inilah, maka ramai di kalangan ulama Islam


menggariskan cara dan kaedah-kaedah yang sesuai untuk mencapainya. InsyaAllah
penjelasan terperinci berkenaan perkara tersebut akan dinyatakan dalam 7.5 nanti.

7.3 Tarbiah Ruhiyyah Dan Generasi Berwawasan

Mungkin ada orang bertanya, apakah kaitannya antara Tarbiah Ruhiyyah dengan
Generasi berwawasan? Adakah di sana hubungkait antara sesuatu yang berbentuk
luaran atau kebendaan (wawasan)? Kerana apa yang difahami oleh umum bila
menyebut wawasan, ianya adalah suatu misi atau matlamat jangkamasa tertentu
untuk mencapai tujuan yang lazimnya berbentuk kebendaan. Ini jelas bila kita
melihat pihak kerajaan yang sejak akhir-akhir ini mendambakan wawasan demi
wawasan yang sebahagian besar dari matlamatnya ialah kebendaan.

Adapun ruangan untuk bidang kerohanian hanyalah secebis sahaja, akibatnya


lahirlah manusia-manusia hidupnya hanyalah untuk kepentingan kebendaan
semata-mata, bertindak sesuka nafsunya tanpa melihat hukum halal dan haram. Apa
yang penting matlamatnya tercapai walaupun dalam masa yang sama ia terpaksa
menggadaikan agamanya.

Sebenarnya di sana memang ada hubungan intim antara roh dan jasad (kebendaan).
Kerana jika dilihat kepada kejadian manusia sendiri ianya terdiri dari dua unsur
utama iaitu unsur roh dan unsur jasad.

Jasad semata-mata tanpa roh tidak lagi dinamakan manusia bahkan dinamakan
mayat. Bila menyebut mayat, ia adalah merupakan jasad kaku yang sudah tidak
mempunyai harga lagi walaupun satu sen. Jadi untuk menjadikan diri manusia itu
benar-benar berharga, maka mestilah kedua-dua unsur tadi dijaga dan ditarbiah
dengan sesempurna mungkin. Kalau jasad memerlukan kepada bekalan makanan,
maka samalah keadaannya dengan roh yang juga membutuhkan bekalan. Jasad
akan terarah melakukan kebaikan dan ketaatan kiranya roh diberi makan dengan
TARBIAH RUHIYYAH DALAM MEMBENTUK GENERASI BERWAWASAN_____
makanan yang berzat. Kerana faktor dalaman itulah (roh) yang mendorong
seseorang melakukan ketaatan dan keburukan. Makanan yang berzat itulah
sebenarnya yang dinamakan sebagai Tarbiah Ruhiyyah.

Generasi Berwawasan sebenar yang dimaksudkan di sini ialah generasi yang


berwawasan Islam!! Atau dengan ertikata lain generasi yang mampu untuk bekerja
ke arah memenangkan Islam dan meletakkannya di tempat yang sebenarnya.
Generasi yang bermatlamatkan (berwawasankan) mardhatillah melalui wasilah
Daulah Islamiah.

Untuk melahirkan generasi ini tidak boleh tidak mestilah melalui proses tarbiah
sebagaimana yang telah dilalui oleh generasi sahabat terdahulu. Mereka juga adalah
golongan yang berwawasan. Jika tidak, mengapakah di zaman pemerintahan
mereka, dua pertiga dunia dikuasai oleh Islam! Sebenarnya apakah rahsia disebalik
kemenangan tersebut? Jawapannya tidak lain itulah kekuatan hubungan mereka
dengan Allah yang terhasil melalui proses tarbiah yang mantap. Antara bentuk latih
tubi yang dilalui oleh mereka ialah Tarbiah Ruhiyyah.

Berbalik kepada wawasan Islam tadi, maka generasi yang akan lahir dari madrasah
ruhiyyah ini adalah merupakan generasi yang bekerja sebagaimana juga orang lain
bekerja. Tetapi setiap kerja yang dibuat berlandaskan kepada syariat Allah, roh
kerja mereka adalah untuk Islam semata-mata. Ia akan bertegas dengan segala
bentuk penyelewengan dan maksiat.
Bahkan segala apa yang dilakukan baik berbentuk tutur kata, fe’il perangai,
berfikir dan sebagainya hanyalah semata-mata untuk Islam.

‫قل ان صلتى ونسكى ومحياى ومماتى ل رب العالمين‬

Oleh itu jelaskan di sini bahawa memang Tarbiah Ruhiyyah adalah amat pe 汲⁵慤

rlu dalam usaha untuk melahirkan Generasi Berwawasan dan lebih jauh dari itu ia
juga penting untuk melahirkan para du`at yang bekerja untuk Islam.

7.4 Hujah Dari Sirah Rasulullah, Sahabat dan Para Pejuang Terdahulu

a) Sirah Rasulullah SAW

Kita melihat bagaimana setelah Rasulullah dilantik menjadi rasul dengan turunnya
surah Al Muddathir yang menyuruh agar Rasulullah bingkas bangkit untuk
berdakwah kepada manusia. Maka bermulalah satu sesi dakwah yang penuh dengan
berbagai cabaran. Bermacam bentuk gelaran diberikan kepada baginda sehingga
menyebabkan Rasulullah sebagai manusia biasa merasa gementar. Sejurus daripada
itu baginda pulang dan mengarahkan isterinya Khadijah agar menyelimutinya….
TARBIAH RUHIYYAH DALAM MEMBENTUK GENERASI BERWAWASAN_____

Kemudian turun pula surah yang ke seterusnya iaitu Surah Al Muzammil yang
mengarahkan agar baginda bangkit untuk mentaqarrubkan diri kepada Allah dengan
melaksanakan sembahyang malam, membaca Al Quran, berzikir dan bermunajat
kepadaNya. Sebenarnya rahsia dari pengarahan tersebut terdapat pada ayat yang ke
empat dari surah tersebut iaitulah sebagai zaad (bekalan) untuk memikul risalah
Islam yang maha berat.

Ini membuktikan bahawa betapa Tarbiah Ruhiyyah itu penting dalam pembentukan
generasi du`at. Ust Fathi Yakan ada menyebut tentang persiapan yang perlu ada
pada dai’e ataupun pemuda yang ingin memenangkan Islam. Antara bentuk
persiapan itu ialah:

- Persiapan pemikiran (Thaqafah)


- Persiapan dalaman (Nafsi / Roh)
- Persiapan gerakan (Haraki)

Begitu juga dengan Ust Abdul Karim Zaidan, pun ada menyebut tentang ‫عدة‬
‫الداعى‬iaitu persiapan para dai’e, yang antara lainnya ia menyebut:

“Para dai’e sememang memerlukan kepada persiapan yang mantap dalam


melaksanakan tanggungjawab dan amanahnya. Yang mana tugas tersebut pada
asalnya adalah merupakan tugas para Rasul. Persiapan tersebut termasuklah:

- Kefahaman yang mendalam


- Iman yang jitu
- Hubungan yang kukuh dengan Allah SWT

Inilah bentuk persiapan yang mesti ada pada seorang dai’e. Bilamana salah satu
daripadanya tiada, maka cacatlah dakwah dan menjadi tanggungjawab kepadanya
untuk mengembalikan kekuatan tersebut.

b) Kisah Peperangan Badar

Peperangan ini adalah merupakan contoh terbaik pada kita yang menggambarkan
bahawa kekuatan kebendaan dan persenjataan bukanlah faktor utama dalam
memastikan kemenangan. Tetapi kekuatan aqidah dan hubungan kukuh dengan
Allahlah yang menjadi penentu kepada kemenangan. Kita menyaksikan bahawa
peperangan tersebut berlaku dalam bulan Ramadhan di mana umat Islam sedang
berpuasa. Subhanallah….

c) Kisah Perang Salib

Peperangan ini juga menunjukkan kepada kita bahawa pentingnya Tarbiah


Ruhiyyah. Bagaimana kita menyaksikan bentuk penyusunan yang telah dibuat oleh
Salahuddin Al Ayyubi dalam membahagikan tugas-tugas tenteranya. Ia hanya akan
TARBIAH RUHIYYAH DALAM MEMBENTUK GENERASI BERWAWASAN_____

meletakkan mereka yang bangkit malam sahaja untuk mengambil tempat di


bahagian hadapan dalam saf peperangan. Ternyata terbukti keberkesanannya.

Selain dari itu banyak lagi kisah sama ada pada zaman dulu mahupun zaman
mutaakhir ini yang menggambarkan keunggulan Tarbiah Ruhiyyah dalam
kehidupan para dai’e.

7.5 Bagaimanakah Islam Mendidik Roh

Persoalan roh di dalam Islam mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT,
walaupun manusia mempunyai kejadian yang hampir serupa dengan makhluk lain
dari segi pembentukan anggota badan dan kehidupan, namun manusia mempunyai
keistimewaan yang tidak terdapat pada makhluk lain. Di mana Allah SWT telah
meniupkan rohNya ke dalam kejadian manusia yang menjadikan manusia sebagai
suatu makhluk yang unggul dan mempunyai kemuliaan di sisiNya berbanding
dengan makhluk lain.
FirmanNya:

‫لقد خلقنا من صلصال من حمأ مسنون والجان خلقناه من قبل من نار السموم واذ قال ربك للملئكة انى خالق‬
‫بشرا من صلصال من حمأ مسنون فاذا سويته ونفخت فيه من روحى فقعوا له ساجدين‬

Oleh itu Islam memberi penumpuan yang serius di dalam mendidik rohani, kerana
melalui pendidikan inilah akan bertunjangnya keimanan yang mendalam dan
aqidah di dalam diri seseorang muslim.

Method ataupun manhaj yang dibawa oleh Islam di dalam mendidik roh secara
kasar boleh kita garapkan dengan lima cara:
a) Iltizam dengan mujahadah

Seseorang itu hendaklah mengetahui bahawa dirinya tidak hanya terhenti kepada
unsur jasad semata-mata, bahkan di sana terdapat roh dan akal. Ia hendaklah
berusaha untuk mensucikan dirinya dan mengambil berat terhadap usaha untuk
meninggikannya. Ini adalah kerana di dalam dirinya terdapat dua kekuatan yang
sering bertembung antara satu sama lain, iaitulah kebaikan dan kehendak hawa
nafsu yang boleh kepada menta’abudkan diri kepadanya (nafsu). Adalah menjadi
tanggungjawabnya untuk memastikan bahawa segala kehendak hawa nafsu tunduk
kepada kebaikan. Jalan untuk menunaikan tanggungjawab tersebut tidak lain
mestilah melalui mujahadah.

Us. Said Hawa dalam menjelaskan persoalan mujahadah memulakannya dengan


noktah Iman dengan Allah dan keesaannya dan bahawa Muhammad itu adalah
Rasulullah. Kemudian disusuli dengan marhalah kedua, iaitu mendiri kefardhuan
waktu dengan mengerjakan solat, puasa, zakat, haji, nikah, muamalah jual beli,
mengikat silaturrahim, berbuat baik kepada ibubapa dan yang lain yang berbentuk
kewajipan waktu. Setelah itu hendaklah juga dipelihara adab-adab waktu tersebut.
TARBIAH RUHIYYAH DALAM MEMBENTUK GENERASI BERWAWASAN_____

Kemudian juzuk ketiga dalam mujahadah ialah seseorang itu menyusun dirinya
untuk mengerjakan ibadat-ibadat sunat samada solat, puasa nawafil, zikir, baca Al
Quran dan lain-lain. Seetelah itu barulah masuk kepada persoalan ke empat, iaitulah
Rukun Mujahadah. Di sana terdapat empat rukun mujahadah, iaitu:

1. Uzlah (‫)العزلة‬
2. Diam (‫)الصمت‬
3. Berjaga malam (‫)السهر‬
4. Berlapar (‫)الجوع‬

Akhirnya sampailah kepada persoalan terakhir, iaitu meneliti jiwa dan hati
seterusnya memeriksa penyakit-penyakitnya dan cara-cara mengubatinya.

b) Iltizam dengan wirid-wirid Al Quran dengan tujuan untuk mentaqarrubkan diri


kepada Allah, bertaffakkur tentang rahsia kebesaran Allah. Perkara ini sebenarnya
adalah merupakan bentuk-bentuk taklif yang dibuat melalui kelompok-kelompok
usrah atau katibah yang menjadi tugas anggota untuk melaksanakannya. Ia juga
merupakan antara syarat kemasukan seseorang di dalam jemaah. Adapun wirid
tersebut termasuklah:

- Wirid bacaan harian Al Quran (satu juzuk)


- Wirid hafalan Al Quran (satu ayat sehari sekurang-kurangnya)
- Wirid bacaan surah tertentu pada hari tertentu
- Wirid Istima’ (mendengar bacaan Al Quran ) dalam majlis usrah ataupun
katibah
- Wirid Al Quran yang ditentukan, di mana dalam satu minggu ditentukan
himpunan ayat pada tajuk yang sama untuk dipelajari oleh anggota dan
seterusnya untuk dihafal.

c) Iltizam dengan zikir yang ma’thur dengan tujuan untuk mengikat perasaan dan
jiwa agar sentiasa dengan Allah sehingga membawa kepada ketinggian jiwa. Zikir
ini merangkumi:

- Wirid pada waktu pagi dan petang (Al Ma’thurat)


- Membaca zikir dan doa pada waktu-waktu yang berbeza. Contohnya doa pada
bangkit tidur, ketika masuk tidur, ketika makan, minum, bermusafir, lepas solat,
ketika naik kenderaan dan sebagainya.

d) Iltizam dengan ibadat fardhu dan nawafil khususnya puasa dan qiamulail. Adalah
lebih baik kiranya solat fardhu secara berjemaah di masjid dan melaksanakan puasa
Ramadhan dengan sebaik mungkin.

Adalah menjadi tuntutan kepada setiap amilin untuk:


TARBIAH RUHIYYAH DALAM MEMBENTUK GENERASI BERWAWASAN_____

- Berpuasa sekurang-kurangnya tiga hari setiap bulan dan sehari seminggu


- Menghidupkan malam sekali seminggu secara berjemaah dalam program tertentu

e) Iltizam dengan kegiatan-kegiatan untuk menghidup roh dalam ruang lingkup


kehidupan manusia. Antaranya ialah dengan:

- Mengkaji sirah Rasulullah SAW dan sahabatnya dari sudut ketinggian roh
mereka
- Mempelajari alam ghaib dan mukjizat para nabi daripada Al Quran dan Hadith
- Mutolaah buku-buku sufi (tasauf) seperti:

' ‫لرسالة 'لقشيرية‬H ‫لوم 'لدين‬9 ‫؍؍؍؍'حياء‬


‫؍؍‬
‫'لسكندرى‬ ‫طاء 'ل‬9 ‫شرح 'بن‬D ‫لغزالى؍‬E ‫وعظة‬
‫ 'لمؤمنين‬D ‫لقاسمى؍‬E ‫دارج 'لسالكين‬D ‫'لقيم؍؍‬
‫ابن ؍؍‬

- Menjauhkan diri dari berkawan dengan kawan yang jahat dan menghadiri majlis
mungkar di samping menundukkan pandangan dan mendekati ahli慫物晡
i makrifah billah.
- Iltizam dengan jadual muhasabah. Iaitu bentuk-bentuk soalan yang dikemukakan
pada diri sendiri secara berseorangan ketika sebelum masuk tidur. Setiap persolan
tersebut hendaklah dijawab ya atau tidak untuk mengetahui sejauh manakah ia telah
membuat taat kepada Allah dan banyak manakah kecuaian pada hari tersebut.
- Sentiasa mengingati hari akhirat. Dapat dilakukan dengan mengadakan program
menziarahi kubur sekali seminggu untuk mengambil pengajaran dan memuhasabah
diri.

8.0 PENUTUP DAN KESIMPULAN

Sesungguhnya Tarbiah Ruhiyyah yang berkesan akan membuahkan hasil yang baik
pada diri seseorang antaranya:

a) Keyakinan pada Allah akan memenuhi seluruh ruang jiwa, sentiasa


bermuraqabah dan rindu untuk beribadat kepadaNya
b) Hubungan baik dengan Allah yang diasaskan di atas rasa kecintaan terhadapnya
c) Cintakan kebaikan
d) Lahirnya sifat ihsan dalam diri
e) Bersifat adil dan seimbang dalam memenuhi tuntutan roh dan jasmani

Tegasnya Tarbiah Ruhiyyah adalah merupakan satu wasilah terpenting dalam usaha
untuk melahirkan generasi rabbani yang hidup dan matinya adalah semata-mata
untuk Allah SWT. Akhirnya sukalah saya memetik satu tulisan Us. Said Hawa
tentang permulaan yang sahih dalam melaksanakan Tarbiah Islamiah .
‫_____‪TARBIAH RUHIYYAH DALAM MEMBENTUK GENERASI BERWAWASAN‬‬

‫‪Beliau menyebut dalam bab yang ke enam dari kitab Tarbiatuna Ruhiyyah bahawa:‬‬
‫ى 'لتربية 'لسلمية ‪A‬لبداية 'لصحيحة '‬
‫البداية الصحيحة فى التربية السلمية –بعد اليمان العقلى ‪,‬وبعد واجب الوقت هى التركيز على القلب‬
‫وخطورة الفشل فى اصلحه‬

Anda mungkin juga menyukai