Anda di halaman 1dari 35

Abstrak Artikel ini membincangkan tentang kaedah-kaedah dalam membentuk sesebuah institusi kekeluargaan melalui proses tarbiah.

Hal ini menjadi satu kepastian dan keperluan bagi membina sesebuah keluarga dalam konteks pembentukan dan mencapai status negara maju. Artikel ini akan membahaskan beberapa kaedah tarbiah melalui "10 muwasafat
1

Tarbiah" yang telah

dikemukakan oleh As-Syahid Hassan Al-Banna. Ini juga merupakan salah satu kaedah dan panduan bagi seseorang ibu atau bapa itu dalam membina kekeluargaan. Sebagai tambahan, al-Quran dan hadith itu sendiri telah menerangkan begitu banyak tentang peranan ibu bapa, kepentingan pendidikan dan pembangunan ummah. Pendahuluan Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Rasulullah s.a.w, keluarga Baginda, Para Sahabar dan orang-orang soleh yamg telah mendahului kita dalam keimanan dan telah menunjukkan kepada kira jalan-jalan menuju cahaya. "Jika Kamu Ingin Tahu Nasib Ummahmu Maka Lihatlah Generasi 2 Kamu" (Imam Al-Ghazali) Sifat untuk membuat sesuatu kebaikan adalah sifat semula jadi yang ada di dalam hati seseorang atau pada setiap manusia itu. Secara logiknya, manusia sukakan kebaikan, tolong-menolong dan membuat jasa kepada orang lain. Tetapi hanya hati yang diselubungi oleh zulmat3 hitam sahaja yang tidak ingin kepada kebaikan.

1 2

Muwasaffat bermaksud ciri-ciri, aspek atau nilai yang perlu ada dalam diri seseorang muslim. Generasi pewaris masyarakat. 3 Zulmat bermaksud hati yang hitam.

Pada dasarnya, semua ibu bapa di bumi ini mempunyai satu matlamat dan impian yang sama dalam mendidik anak-anak, supaya zuriat mereka itu nanti akan menjadi orang yang Berjaya dengan cemerlang, tidak kira dari segi akademik, sosial mahupun diri sendiri. Ini kerana anakanak mereka itulah yang akan mewarisi kehidupan ibu dan bapa mereka. Bagi umat Islam: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "anak yang soleh akan mampu memberi syafaat terhadap 10 orang ahli keluarganya (Hadis Riwayat Tarmizi) Keinginan untuk kesyurga Allah pasti ada pada setiap diri insan di dunia, ia tidak semudah yang disangkakan, tetapi anak-anak atau zuriat yang Allah berikan pada ibu bapa untuk dijaga sudah pasti boleh menjadi salah satu tiket kita menuju terus ke syurga Allah. Sebagai ibu bapa, mereka perlu memulakan proses tarbiah itu sendiri, kerana ia dapat mendidik anak itu menjadi soleh atau solehah.

TOPIK 1 1.0 Pengenalan Tarbiah bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiah (Asy-Syeikh Mustafa Masyhur) Dari kata-kata ini yang pernah diungkapkan oleh Asy syeikh Mustafa Mansyhur, kita semua dapat tahu bahawa tarbiah amat penting dalam kehidupan. Tidak kira proses tarbiah kepada golongan dewasa, golongan remaja atau belia malah ia penting kepada golongan kanak-kanak. Ini menjelaskan bahawa tarbiah bukan satu matlamat, tetapi ia menjadi wasilah dalam pembentukan seseorang itu. Tarbiah adalah wasilah
4

utama untuk kitasampai kepada matlamat

kita. Tanpa proses tarbiah, kita tidak kaan sampai kepada matlamat-matlamat yang dicitacitakan. Proses tarbiah ialah satu proses mempersiap rijal-rijal5 yang akan mendokong Deen6 Allah swt. Hanya dengan tarbiah, peribadi-peribadi mukmin pada seseorang muslim itu akan terbina, secara sendiri menyedari dan merasai kepentingan tuntutan iman kepada Allah swt. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Orang lelaki adalah penjaga ke atas ahli keluarganya dan dia bertanggungjawab terhadap mereka dan perempuan penjaga ke atas rumah tanggu dan anak-anaknya dan dia bertanggungjawab terhadap mereka.(Hadith Riwayat Imam Bukhari)

4 5

Wasilah bermaksud jalan, langkah-langkah. Rijal-rijal iaitu pemuda, remaja, belia. 6 Deen merupakan pegangan yang benar disisi Allah (agama islam)

Mendidik anak-anak adalah suatu mujahadah7. Ia bukan satu perkara mudah yang terbentuk tanpa perancangan dan pelaksanaan yang teliti. Jiwa anak-ank ibarat tanah yang subur, jika tidak sentiasa digembur dan ditanam dengan pohon-pohon yang baik, maka yang akan tumbuh hanyalah lalang dan rumput liar yang menyesakkan andangan dan menjadi tempat persembunyian ular dan segala jenis haiwan yang berbisa.(Ungkapan Mohad Hisham Mohd Sharif, 43 Inspirasi Mendidik Anak). Ini jelas bahawa ibu bapa perlu mendidik anak itu seawal usia yang boleh, supaya dia mengenal erti kehidupan yang sebenar. Bagi seorang bapa, ia merupakan satu tanggungjawab dan amanah yang besar dalam mendidik anak-anak kecil mereka.ini sebagai satu amalan pengukuhan dari kecik supaya kelak anak itu membesar dengan sempurna. Sebagai contoh mengajar serta menyuruh anak menunaikan solat lima waktu sejak berusia tujuh tahun, ini membuktikan bahawa amalan solat ini amat penting sebagai asas yang kukuh menjadi insan berkeperibadian mulia. Mendidik anak pada zaman moden antara salah satu cabaran yang amat besar bagi pasangan ibu bapa tersebut. Jika tidak diperincikan nilai-nilai serta konsep tarbiah, maka dengan mudah anak tersebut keruntuhan nilai moral dan akhlak. Ibu dan bapa berperanan penting dalam membangunkan kredibiliti, membentuk sahsiah yang terpuji. Oleh itu, kewajipan ibu bapa zaman moden ini perlu lengkap secara keseluruhannya sebelum melangkah kea lam rumah tangga. Cuba kita lihat bagaimana insan yang bernama Luqman al-Hakim mendidik anaknya. Pada ayat 16 dan 17 surah Luqman

Mujahadah bermaksud berusaha untuk melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu.

Allah berfirman yang bermaksud: Beliau (Luqman) berkata kepada anaknya: Wahai anakku, sesungguhnya jika ada amalan engkau (baik atau buruk) seberat biji sawi yang tersembunyi dalam batu atau di langit atau di bummi, nescaya didatangkan (dibalas) Allah juga. Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui. Wajai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah orang membuat yang makruf8 dan laranglah yang munkar9 serta bersabarlah di atas cubaan10 yang menimpamu. Sesungguhnya demikian itulah pekerjaan yang dicita-citakan. (Surah Luqman: 16 dan 17) Tanggungjawab ibu dan bapa begitu besar nilainya sehingga Allah merakamkan dalam surah Luqman tersebut. Institusi Keluarga Bertanggungjawab dalam pembentukan sahsiah remaja (Akhbar Sinar Harian, 27 September 2012) Ibu bapa bukan sahaja memerlukan ilmu keibubapaan yang tinggi tetapi juga kematangan fikiran untuk mengasuh, mendidik dan mendisiplinkan anak-anak untuk berhadapan cabaran dunia Internet. Ia merupakan peranan penting dalam kekeluargaan, tidak kira sama ada institusi itu sebuah keluarga yang lengkap mempunyai kedua-dua ibu dan bapa ataupun keluarga ibu tunggal atau bapa tunggal, peranan ketua keluarga sangat penting.

8 9

Makruf, perkara yang baik. Munkar, perkara yang buruk. 10 Cubaan, dugaan atau cabaran.

Oleh itu, berkonsepkan tarbiah islamiyah pasti dapat mengukuhkan lagi dan membina ummah dari dalam rumah itu sendiri. Proses Tarbiah yang kita lalui hari ini bukan sekadar untuk menjadi soleh sahaja, tetapi ia bertujuan membentuk kita sehingga lahirnya diri kita sebagai musleh11. (Kata-kata Al Fadhil Ustaz Dahlan bin Mohd Zain) Tarbiah islamiah bukan sekadar membentuk seseorang itu menjadi mukmin untuk dirinya beramal dan bertaqwa seorang diri sahaja. Tetapi ia juga bertujuan melahirkan mukmin yang sedia berkhidmat dan memberi sumbangan kepada Islam dan berjihad pada jalan Allah SWT. Tarbiah ini juga mampu memperbaiki sesuatu keadaan ke arah yang lebih baik. Dalam proses mendidik anak tiada formula khusus yang spesifik. 1.1 Kaedah yang Rasulullah s.a.w gariskan mengikut 4 tahap mendidik anak: I. Tahap pertama: Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (6 tahun). Hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih saying sepertimana haiwan menjaga anaknya. II. Tahap kedua: Anak berumur 7 tahun hingga baligh (14 tahun). Hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab. III. Tahap ketiga: Anak berumur 15 tahun hingga remaja (21 tahun). Hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi tidak bertentangan dengan syariat.

11

Musleh bermaksud orang yang membaiki.

IV. Tahap keempat: Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah memberi mereka kebebasan dalam bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa perlu bertindak sebagai penasihat agar semua tindakan mereka terkawal.

Topik 2 2.0 Apa ituTarbiah? Tarbiah bermaksud pengembangan, iaitu peningkatan.

Diriwayat oleh seorang teman Imam Ahmad bin Hanbal, yang menggambarkan kehidupan Imam, ia berkata: Demi Allah, saya telah bersahabat dengannya selama dua puluh tahun, sama ada musim panas atau musim sejuk, ketika cuaca panas atau sejuk, pagi dan petang, apa yang saya dapati pada setiap hari beliau lebih baik dari sebelumnya.

Tarbiah juga bermaksud penjagaan dalam erti kata menjaga, membangun dan hidup muayasyah12.

Imam al-Ghazali berkata: Tarbiah bukanlah menabur benih di dalam tanah dengan harapan untuk tumbuh, tetapi bermaksud memastikan benih ini tumbuh dengan melakukan penjagaan, membuang serangga perosak yang ada di sekelilingnya, menyiram air dan melindungi dari angin kencang. Hasilnya dengan kehendak Allah bahawa benih itu akan tumbuh dan berkembang menjadi pohon yang menjulang tinggi.

12

Muayasyah bermaksud bersama-sama.

2.1 Tujuan tarbiah Tujuan dan sasaran tarbiah Islamiah, yang kita ingin capai dan wujudkan secara umumnya adalah dengan membina keadaan serta suasana yang kondusif 13 bagi manusia untuk dapat hidup di dunia secara lurus dan baik, serta hidup di akhirat dengan naungan redha dan pahala Allah swt. Wahai orang mukmin, hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah, hendaklah kamu mencari wasilah atau jalan untuk sampai bertaqwa pada Tuhan dan hendaklah kamu berjuang pada jalannya, moga-moga kamu mendapat kemenangan (di dunia dan di Akhirat)." (Surah Al Maidah: 35)

2.1.1 Pertama: Ibadah kepada Allah swt semata-mata sesuai dengan syariatNya

Allah berfirman:

"Tidak Kuciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu." (Surah Adz-Zariyat: 56)

Ibadah kepada Allah swt sesuai dengan syariat yang diucapkan oleh lisan Rasulullah s.a.w adalah tujuan utama dan terpenting daripada tarbiah Islamiah ini. Ibadah menuntut banyak unsur dari seorang Muslim, antaranya: unsur iman, unsur Islam, unsur ihsan, unsur keadilan, unsur amar makruf nahi mungkar, dan unsur jihad di jalan Allah swt untuk menjadikan kalimah Allah swt sebagai yang tertinggi.

13

Kondusif bermaksud kesesuaian.

2.1.2 Kedua: Tertegaknya khilafah Allah di muka bumi

Allah swt berfirman: "Sesungguhnya aku jadikan manusia sebagai khalifah di bumi. (Surah AlBaqarah: 30) Manusia sebagai khalifah14. Perkara ini

menuntut aktiviti untuk memakmurkan bumi dan

memanfaatkan segala yang Allah swt telah berikan untuk umat manusia.

Allah swt berfirman;

"Dia telah menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan kamu pemakmurnya." (Surah Hud: 61)

Bermaksud bahawa Allah swt menempatkan semua manusia di muka bumi dengan memberinya potensi adalah untuk memakmurkannya dan mengambil manfaat sebaik mungkin sebagai bekal hidup dan matinya. Oleh kerana itu, interaksi dengan seluruh alam yang terbentang ini untuk mengambil manfaat daripadanya adalah kewajiban syarak atas manusia. Mencari ilmu dan mendalaminya dalam rangka kebajikan merupakan tugas yang Allah swt bebankan kepada manusia dan diwajibkan oleh Islam keatas kaum Muslimin.

14

Khalifah bermaksud ketua, pentadbir.

10

2.1.3 Ketiga: Saling kenal mengenal sesama manusia

Allah swt berfirman:

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal." (Surah Al-Hujurat: 13)

Allah swt menciptakan manusia berbagai jenis dan warna kulitnya dan terdiri daripada berbagai macam suku bangsa di merata pelusuk dunia. Allah menciptakan mereka dari asal yang satu, iaitu Adam dan Hawa. Oleh kerana itu, tidaklah patut bagi mereka jika sentiasa bertikai, bercerai-berai dan bermusuhan. Sudah seharusnyalah mereka saling berkenalan, berkasih sayang dan saling bantu-membantu di bawah naungan ukhuwwah15. Bukankah mereka anak-anak dari seorang lelaki dan seorang perempuan?

Inilah salah satu tujuan besar tarbiah Islamiah, yakni mempersiapkan manusia agar dapat hidup dalam suasana penuh kasih sayang dengan saudaranya dengan disatukan oleh aqidah yang benar dan ajaran Allah swt.

2.1.4 Keempat: Kepimpinan Dunia

Allah swt berfirman; Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang
15

Ukhuwwah bermaksud persaudaraan yang terjalin.

11

sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. (Surah An-Nur: 55)

Inilah janji Allah swt kepada orang yang beriman dan beramal soleh, yakni keimanan yang disertai dengan amal adalah buah dari iman yang benar. Allah berjanji kepada mereka dengan tiga janji.

2.1.4.1 Tiga janji Allah swt:

1. Allah mengangkat sistem khalifah di muka bumi dan menjadikan mereka berkuasa dan mengambil manfaat sebaik mungkin diatas seluruh nikmat kehidupan dan kematian mereka. 2. Allah mengukuhkan kedudukan khalifah di muka bumi dengan sistem islam. Oleh yang demikian, mereka boleh memiliki kekuasaan dan dominasi atas umat manusia dan ajaran agama yang lain di muka bumi ini. 3. Allah sentiasa menenangkan hati, jiwa dan pemikiran mereka daripada rasa takut kepada rasa aman.

Ini membawa maksud bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh, adalah para tokoh penguasa bumi, kerana agama mereka adalah agama kemenangan dan kekuasaan, maka harus ada keupayaan meraihnya melalui program tarbiah Islamiah bagi semua orang.

Selama kaum Muslimin berada jauh daripada penguasaan dunia, bererti mereka jauh juga daripada hakikat iman dan amal soleh. Akibatnya mereka akan sentiasa rasa terbelenggu dalam
12

urusan agamanya dan termasuk dalam dosa dan maksiat. Tarbiah Islamiah berupaya membangun dengan segenap potensi yang dimilikinya untuk mengeluarkan umat manusia daripada belenggu perasaan, dosa dan maksiat.

2.1.5 Kelima: Menghukum dengan syariat

Allah swt berfirman: Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) daripada urusan (agama) itu, maka ikutilah syariat itu. (Surah Al-Jaathiah: 18)

Firman Allah yang kedua: Hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan oleh Allah Subha Nahu Wa Taala , dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Berhati-hatilah kamu terhadap mereka supaya mereka tidak memalingkan kamu daripada sebahagian apa yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. (Surah Al-Maidah: 49)

Inilah salah satu tujuan besar daripada tujuan-tujuan tarbiah Islamiah, bahkan inilah tujuan utama daripada empat tujuan.

2.2 Empat tujuan tarbiah islamiah:

i. ii.

Ibadah Menjadi khalifah di bumi.

iii.

Saling mengenal dan saling menolong.

iv.

Penguasaan dunia.

13

Oleh yang demikian, semua tujuan itu adalah menjurus kepada menegakkan syariat Allah swt tanpa tawar-menawar, undi-mengundi, dan tampalan, apalagi tunduk dan mengalah kepada sistem lain buatan manusia. Inilah tujuan tarbiah Islamiah secara global dan secara syummul16, dan itulah tujuan Islam yang sebenarnya, baik aqidah, syariah, moral, dakwah, lembaga, sistem, perilaku, maupun jihadnya sekaligus, dalam rangka menjadikan kalimah Allah swt sebagai yang tetinggi. Itu semua hanya akan terwujud dengan berjalannya tarbiah ruhiah, akal fikiran, fizikal, akhlak dan perilaku.

Sebelum menyelesaikan perbahasan tujuan ini, perlulah kiranya ditegaskan bahawa tarbiah Islamiah memiliki skop yang luas beraneka ragam.

2.3 Antara tujuan tarbiah :

1. Individu Seluruh unsur dan aspek-aspek yang dapat membangunkan keperibadian seseorang itu. 2. Rumahtangga muslim Mendidik dan menyemai segala nilai dan moral yang wajib diberikan dalam keluarga. 3. Masyarakat muslim Bekerjasama, bertolak ansur serta berinteraksi sosial dan mengikut pengaturannya.
16

Syummul bermaksud lengkap, menyeluruh, sempurna. Ini bererti bahawa agama Islam adalah sebuah agama yang lengkap dan sempurna yang merangkumi kehidupan dunia dan akhirat.

14

4. Umat muslimah Bertoleransi dari semua aspek aktiviti yang ada didalamnya. 5. Negara Islam Melaksanakan segala sistem perundangan dan menegakkan syariah Islam.

15

TOPIK 3 3.0 Sepuluh muwasaffat tarbiah Secara ringkasnya terdapat 10 muwasaffat yang perlu dan wajib diterapkan dalam diri anakanak: 1. Mutsaqqoful Fikri. 2. Qowiyyul Jismi. 3. Shahihul Ibadah. 4. Harishun ala Waqtihi. 5. Matinul Khuluq. 6. Salimul Aqidah. 7. Qodirun alal Kasbi. 8. Munazhzhamun fi Syuunihi. 9. Mujahadatun Linafsihi. 10. Naafiun Lighoirihi.

Kesemua 10 sifat ini mungkin dapat membantu sedikit sebanyak dalam pembentukkan sesebuah keluarga. Ia pasti berguna, tidak kira kepada ibu, ayah, anak-anak dan yang pasti kepada orang lain. Mari kita perlihat satu persatu aspek-aspek yang perlu ibu bapa terapkan dalam diri anak-anak mengikut setiap tahap-tahap yang Rasulullah s.a.w anjurkan. Tahap pertama: Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz17. Hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih saying sepertimana haiwan menjaga anaknya. Ibu bapa gabungkan konsep ini dengan beberapa ciri muwasaffat tarbiah. Apabila melangkah anak itu mumayyiz, didik la mereka dengan Mutsaqqoful Fikri.

17

Mumayyiz bermaksud kanak-kanak berumur 6 tahun.

16

3.1 Mutsaqqoful Fikri Bercirikan intelektual dalam berfikir. Mutsaqqoful Fikri merupakan salah satu ciri pribadi Muslim yang penting. Kita dapat lihat sendiri sifat ini yang ada pada Rasulullah iaitu fatonah18. Sebagai contoh yang lain, mari kita lihat: Firman Allah swt yang bermaksud: Mereka bertanya kepadamu tentang, khamar dan judi. Katakanlah: pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya. Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: Yang lebih dari keperluan. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berpikir (Surah Al-Baqarah: 219). Di dalam Islam, tidak ada satu pun perbuatan yang harus kita lakukan, kecuali harus dimulai dengan niat, tetapi ingatlah niat itu pun aktiviti berfikir. Oleh kerana itu, seorang muslim harus memiliki matlamat keislaman dan keilmuan yang luas. Cuba kita bayangkan, betapa bahayanya suatu perbuatan tanpa mendapatkan pertimbangan pemikiran secara matang terlebih dahulu. Dalam konteks potongan ayat ini, Allah menanyakan kepada kita tentang kefahaman sebagai seseorang yang boleh berfikir secara rasional sebagaimana firman-Nya.

18

Fatonah bermaksud cerdik atau bijaksana.

17

Firman Allah swt yang bermaksud: Katakanlah: samakah orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui, sesungguhnya orang-orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran: (Surah Az-Zumar: 9). Pada tahap pertama ini, gurauan itu dapat merangsang anak itu mudah berfikir. Secara logiknya, ia sebagai salah satu langkah untuk seseorang anak itu berfikir tentang sesuatu perkara yang baik mahupun yang buruk. Ini merupakan salah satu cara merangsang kecerdasan minda anak-anak. 3.1.1 Terdapat beberapa kaedah dalam merangsang kecerdasan minda anak-anak: 1. Dedahkan anak-anak dengan input yang pelbagai. 2. Tanamkan motivasi yang tinggi dalam diri anak-anak. 3. Beri didikan agama yang intensif dan lengkap. Ini telah terbukti bahawa anak-anak di peringkat sekolah rendah yang berusia sekitar 7-10 tahun yang mempunyai pencapaian yang cemerlang mampu menghafal al-quran sebanyak 1 juzuk dalam tempoh 1-2 bulan di samping kerja harian seperti pelajar lain. 4. Gambarkan kehebatan dan kekuasaan Allah swt. 5. Memberi contoh teladan yang mudah diikuti atau dicapai oleh anak-anak. 6. Ibu bapa perlu menceritakan pengalaman yang positif kepada mereka supaya dicontohi. 7. Selalu gambarkan perkara abstrak yang mungkin menjadi cita-cita atau wawasan bersama keluarga pada masa akan datang. 8. Rangsang anak-anak dengan teknik berfikir, teknik belajar, dan teknik soal jawab dengan betul.
18

3.2 Qowiyyul Jismi Kekuatan jasmani (qowiyyul jismi) merupakan salah satu asas pribadi muslim yang harus ada. Kekuatan jasmani bermaksud seorang muslim yang memiliki daya tahan tubuh sehingga dapat melaksanakan ajaran Islam secara optimal dengan fizikal yang kuat. Solat, puasa, zakat dan haji merupakan amalan didalam Islam yang harus dilaksanakan dengan fizikal yang sihat atau kuat, apalagi perang di jalan Allah dan bentuk-bentuk perjuangan yang lain. Oleh karena itu, kesihatan jasmani harus mendapat perhatian seorang muslim dan pencegahan dari penyakit jauh lebih utama daripada mengubati. Meskipun demikian, sakit tetap kita anggap sebagai sesuatu yang wajar bila hal itu kadang-kadang terjadi, dan jangan sampai seorang muslim berada dalam keadaan sakit. Dengan kekuatan jasmani, maka Rasulullah Saw bersabda yang artinya: Mukmin yang kuat lebih aku cintai daripada mukmin yang lemah (Hadith Riwayat Muslim). 3.2.1 Teknik kedua merangsang minda anak-anak dari segi fizikal: 1. Pastikan anak-anak diberi pemakanan yang seimbang, berzat dan berkhasiat. 2. Beri kemudahan untuk anak-anak mendapat makanan tambahan seperti vitamin, kismis, susu, buah tamar dan sebagainya. 3. Pastikan makanan yang diberi tiada unsur syubhat, makanan yang halal dan makanan yang bersih dari segi penyediaan dan juga dari segi sumber pendapatan ibu bapa. 4. Pastikan anak-anak mendapat riadah ringan setiap hari. Riadah yang cergas akan menyebabkan darah mengalir dengan efisyen ke otak.

19

Tahap kedua: Anak berumur 7 tahun hingga baligh19. Hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab. 3.3 Shahihul Ibadah Ibadah yang benar (shahihul ibadah) merupakan salah satu perintah Rasul s.a.w yang penting, dalam satu hadithnya: Rasulullah s.a.w bersabda: Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat. (Hadith Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad) Apa yang dapat kita fahami daripada hadith tersebut, secara mudahnya dalam melaksanakan setiap ibadah mestilah merujuk kepada Rasulullah s.a.w. Inilah antara tanggungjawab yang wajib diberikan kepada anak-anak sebaik sahaja umurnya mencecah 7 tahun, dalam hadith Rasulullah s.a.w, Baginda bersabda: Surulah anak-anakmu solat bila berumur tujuh tahun dan pukullah jika mereka sudah sepuluh tahun dan pisahkan tempat tidur mereka (Hadith Riwayat Abu Daud)

19

Baligh bermaksud remaja yang sudah dapat membezakan antara yang baik dan buruk. Umurnya dalam lingkungan 14 tahun.

20

3.4 Harishun ala Waqtihi Pandai menjaga waktu (harishun ala waqtihi) merupakan faktor penting bagi setiap manusia. Hal ini kerana waktu itu sendiri mendapat perhatian yang begitu besar dari Allah dan Rasul-Nya. Allah swt banyak bersumpah di dalam Al-Quran dengan menyebut nama waktu seperti wal fajri, wad dhuha, wal asri, wallaili dan sebagainya. Allah swt memberikan waktu kepada manusia dalam jumlah yang sama setiap, sebanyak 24 jam sehari semalam. Dari waktu yang 24 jam itu, ada manusia yang beruntung dan tak sedikit manusia yang rugi.

Saidina Ali R.A. pernah berkata:

Masa itu ibarat pedang, jika kamu tidak memancung (sempat) ia, maka ia akan memancung kamu.

Waktu merupakan sesuatu yang cepat berlalu dan tidak akan pernah kembali. Oleh yang demikian, setiap muslim amat dituntut untuk memanfaatkan waktunya dengan baik, sehingga waktu dapat berlalu dengan penggunaan yang efektif20, tak ada yang sia-sia.

Sebagai ibu dan bapa, mereka perlu peka dan perlu mengisi masa lapang anak-anak bagi mengelakkan masa itu terbuang begitu sahaja.

20

Efektif bermaksud teratur, cekap.

21

3.4.1 Aktiviti mengisi masa lapang anak-anak.

i.

Mengasah bakat / kreativiti / hobi Melukis Fotografi Robotik Mengarang Belajar khat Bernasyid Menanam bunga Berkebun sayur Menghias rumah Melancong

ii.

Memiliki kemahiran Komputer Melayari internet yang berfaedah Kelas tuisyen Kumpulan belajar Memotong & mengumpul keratan akhbar

iii.

Bersosial yang sihat Melawat saudara mara. Beramah mesra dengan jiran Menziarah keluarga Mengikuti rombongan sambil belajar Menziarahi kelahiran, sakit dan kematian

22

iv.

Bersukan Bola sepak Badminton Sepak takraw Berenang Ping pong Jogging Strolling Silat

v.

Mendalami pendidikan agama Belajar iqra / al-Quran / menghafal Belajar tajwid / tahsinul Quran Belajar tarannum Belajar fardhu ain Mendengar agama Mengikuti usrah kumpulan ceramah

vi.

Aktiviti luar / lasak Berkhemah Jungle trekking Memancing Berbasikal Memanjat bukit / gunung Main laying-layang

23

TOPIK 4 Tahap ketiga: Anak berumur 15 tahun hingga remaja (21 tahun). Hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi tidak bertentangan dengan syariat. 4.0 Matinul Khuluq Akhlak yang kukuh (matinul khuluq) atau akhlak yang mulia merupakan sikap dan prilaku yang harus dimiliki oleh setiap muslim, baik dalam hubungannya kepada Allah maupun dengan makhluk-makhlukNya. Dengan akhlak yang mulia, manusia akan bahagia dalam hidupnya, baik di dunia apalagi di akhirat. Rasulullah s.a.w sendiri diutus untuk memperbaiki akhlak dan beliau sendiri telah mencontohkan kepada kita akhlaknya yang agung sehingga diabadikan oleh Allah di dalam Al- Quran, Allah berfirman yang artinya: Dan sesungguhnya kamu benar- benar memiliki akhlak yang agung (Surah Al-Qalam: 4). Begitu juga dalam berkeluarga, ibu bapa perlu mendidik anak-anak dalam berakhlak. Asuh anakanak tentang akhlak yang bersifat mahmudah21. Di samping itu, halang mereka dari melakukan akhlak yang bersifat mazmumah22.

21 22

Mahmudah bermakksud akhlak yang terpuji. Mazmumah bermaksud akhlak yang buruk.

24

4.0.1 Sifat-sifat mahmudah dan mazmumah Sifat Mahmudah (Akhlak Baik) Solat diawal waktu Pakaian menutup aurat Membantu orang yang memerlukan Memaafkan orang lain Selalu senyum Membantu ibu dan bapa Rajin belajar Berdoa kepada Allah Mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w Sifat Mazmumah (Akhlak Buruk) Melalaikan dan meninggalkan solat Pakaian mendedahkan aurat Menzalimi orang lain Sombong dan bongkak Suka mencaci orang Membuang masa Malas Tidak bersyukur kepada Allah Mudah terpengaruh dengan budaya barat yang buruk Berbuat baik dengan sesiapa sahaja Mementingkan diri sendiri dan buruk sangka terhadap orang lain Jadual 4.0 Secara tidak langsung, dengan sifat-sifat yang dididik ini aqidah anak-anak itu sendiri terbina. Didalam muwasaffat tarbiah, ia dipanggil salimul aqidah.

25

4.1 Salimul Aqidah Allah swt berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud: Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidup dan matiku, semua bagi Allah Tuhan semesta alam (Surah Al-Anam:162). Salimul aqidah bermaksud Aqidah yang bersih. Sifat ini wajib ada pada setiap muslim. Dengan aqidah yang bersih, seorang muslim akan memiliki ikatan yang kuat kepada Allah swt dan dengan ikatan yang kuat itu dia tidak akan menyimpang dari jalan dan ketentuanNya. Dengan kebersihan dan kemantapan aqidah, seorang muslim akan menyerahkan segala perbuatannya kepada Allah dengan ikhlas. Mengajar anak-anak menyebut dan melafazkan syahadah dengan baik serta tepat supaya dia memahami isi kandungan yang tersirat dan tersirat didalam syahadah. Pada peringkat ini juga, ibu bapa perlu didik anak-anak sehingga dia mampu untuk berusaha sendiri. Ia selari dengan muwasaffat tarbiah yang sedang kita bincangkan.

4.2 Qodirun alal Kasbi Qodirun alal Kasbi bermaksud memiliki kemampuan usaha sendiri atau yang juga disebut dengan mandiri23 merupakan ciri-ciri yang harus ada pada seorang muslim. Ini merupakan sesuatu yang amat diperlukan. Oleh karena itu perintah mencari nafkah amat banyak di dalam Al-Quran mahupun hadits dan hal itu memilik keutamaan yang sangat tinggi.

23

Mandiri, usaha.

26

Allah swt berfirman:

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri (Surah Ar-Rad: 11)

Ayat ini jelas menyatakan bahawa dengan usaha sahaja yang dapat mengubah segala apa yang terdapat pada diri seseorang itu. Maka ibu bapa perlu mendidik anak-anak bagaimana cara untuk berdikari24. Dalam kaitan menciptakan akhlak inilah seorang muslim amat dituntut memiliki keahlian apa saja yang baik, agar dengan usaha itu menjadi sebab baginya mendapat rezeki dari Allah swt.

Mari kita tengok bertapa indahnya islam itu sendiri, dengan terbinanya Qodirun ala Kasbi, sifat Munazhzhamun fi Syuunihi terbentuk dengan sendirinya dalam diri seseorang itu. 4.3 Munazhzhamun fi Syuunihi Teratur dalam suatu urusan (munzhzhamun fi syuunihi) termasuk kepribadian seorang muslim yang ditekankan oleh al-Quran mahupun sunnah. Oleh karena itu dalam hukum Islam, baik yang terkait dengan masalah ubudiyah mahupun muamalah harus diselesaikan dan dilaksanakan dengan baik. Ketika suatu urusan ditangani secara bersama-sama, maka diharuskan bekerjasama dengan baik sehingga Allah menjadi cinta kepadanya. Dengan kata lain, suatu urusan dikerjakan secara profesional, sehingga apapun yang dikerjakannya secara profesional. Bersungguhsungguh, bersemangat dan berkorban, secara berterusan dan mengasah ilmu pengetahuan merupakan diantara yang mendapat perhatian secara serius dalam menunaikan tugas-tugasnya.

24

Berdikari bermaksud mampu berdiri diatas kaki sendiri. Berusaha tanpa bantuan orang lain.

27

Sebagai ibu bapa, terdapat beberapa kaedah yang perlu diterapkan dalam diri anak-anak.

4.3.1 Tiga Perkara yang umum perlu diambil kira dalam mengatur masa adalah seperti: 1) Masa bersama keluarga 2) Masa bersama rakan sekerja 3) Masa untuk diri sendiri

4.3.2 Teknik-teknik masa yang teratur: 1. Menggunakan Rancangan Bertindak 2. Kemahiran menyelesaikan masalah secara kreatif 3. Menghapuskan tabiat tangguh dan tunggu dengan mengingati 3 perkara: Kelmarin sudah berlalu Esok masih belum berlalu Hari ini peluang masih ada

4. Penuhkan masa lapang 5. Tahu dan pandai untuk berkata tidak 6. Merancang jadual waktu belajar dan harian

28

TOPIK 5 Tahap keempat: Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah memberi mereka kebebasan dalam bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa perlu bertindak sebagai penasihat agar semua tindakan mereka terkawal. Pada peringkat yang terakhir ini, peringkat yang paling mencabar bagi ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka. Terdapat 2 lagi sifat yang terpenting dalam muwasaffat tarbiah iaitu Mujahadatun Linafsihi dan Naafiun Lighoirihi.

5.1 Mujahadatun Linafsihi Berjuang melawan hawa nafsu (mujahadatun linafsihi) merupakan salah satu kepribadian yang harus ada pada diri seorang muslim, kerana setiap manusia memiliki kecenderungan pada yang baik dan yang buruk. Melaksanakan kecenderungan pada yang baik dan menghindari yang buruk amat menuntut adanya kesungguhan dan kesungguhan itu akan ada manakala seseorang berjuang dalam melawan hawa nafsu. Oleh karena itu hawa nafsu yang ada pada setkal diri manusia harus diupayakan tunduk pada ajaran Islam, Rasulullah Saw bersabda yang artinya: Tidak beragmana seseorang dari kamu sehingga ia menjadikan hawa nafsunya mengikuti apa yang aku bawa (ajaran islam) (Hadith riwayat Hakim). Dan diriwayatkan sebuah kisah Ketika pulang dari peperangan yang dahsyat, yakni perang Badar, tiba-tiba Nabi Muhammad s.a.w mengatakan sesuatu kepada para sahabatnya.

29

Rasulullah s.a.w bersabda kepada para sahabat: Sesungguhnya kalian pulang dari jihad 25kecil menuju jihad besar. Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, apakah jihad yang besar itu? Rasulullah s.a.w menjawab: Jihad nafs (jihad melawan hawa nafsu) Pada peringkat ini jugalah, akan terbina satu sifat yang amat penting kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat mahupun kepada negara. Sifat Naafiun Lighoirihi.

5.2 Naafiun Lighoirihi Naafiun Lighoirihi bermaksud bermanfaat bagi orang lain. Sifat ini merupakan sebuah tuntutan kepada setiap muslim. Manfaat yang dapat diertikan dengan manfaat yang baik sehingga dimanapun dia berada. Setiap muslim itu harus selalu berfikir, mempersiapkan dirinya dan berupaya memaksimakan usaha untuk memanfaat dalam hal-hal tertentu sehingga jangan sampai seorang muslim itu tidak boleh mengambil perana yang baik dalam masyarakatnya. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain (Hadith Riwayat Ad-Daruquthni dan AthThabarani).

25

Jihad bermaksud perjuangan, peperangan.

30

Demikian secara umum profil seorang muslim yang disebutkan dalam Al-Quran dan hadith, sesuatu yang perlu kita realisasikankan pada diri kita masing-masing. Begitu juga didalam diri anak-anak itu sendiri. Pada tahap ini, ibu bapa perlu mendidik sara bagaimana untuk memanfaatkan diri kepada orang lain disekeliling kita. Demikian secara umum ciri-ciri seorang muslim yang disebutkan di dalam al-Quran dan hadith. 5.2.1 Sesuatu perkara titik tolak atau sebagai kayu pengukur pada diri kita masingmasing. 1. Daie26 umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain. 2. Daie adalah penggerakdakwah Islam. Masa depan Islam, hidup mati islam bergantung kepada daie. 3. Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan. 4. Daie merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seseorang itu ke jalan Allah swt. Pernah Saidina Umar berkata kepada sahabatnya: Impikanlah27! Seorang pemuda berkata: Aku mengimpikan sekiranya negeri ini dipenuhi dengan emas lalu aku infakkan pada jalan Allah." Umar berkata lagi:

26 27

Daie bermaksud orang yang berdakwah, yang menyampaikan dakwah, risalah Allah. Pendakwah. Impikanlah bermaksud berangan-angan.

31

Impikanlah! Seorang pemuda berkata: "Aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku infakkan pada jalan Allah." Umar berkata lagi: Impikanlah! Mereka berkata: "Kami tidak tahu apa lagi yang hendak dikatakan wahai Amirul Mukminin28" Umar pun berkata: "Tetapi aku mengimpikan rijal seperti Abu Ubaidah bin al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim, hamba Abu Huzaifah. Lalu aku meminta pertolongan dari mereka untuk meninggikan kalimah29 Allah".

28 29

Amirul Mukminin bermaksud gelaran yang diberikan kepada Saidina Umar Al-Khattab. Kalimah bermaksud kalam Allah. Firman atau ayat al-Quran.

32

KESIMPULAN Secara kesimpulannya, untuk melahirkan kekuatan pemuda-pemuda yang "melihat dunia dengan pandangan iman", hati dan minda perlu dibuka. Buka seluas-luasnya dan biar akidah jadi tapisan. Hati dibuka dengan doa dan amalan, disinarkan dengan akhlak dan perbuatan. Minda dibuka dengan didikan dan pembacaan, disuluh dengan rujukan dan panduan. Dengan adanya langkah-langkah seperti ini, sedikit sebanyak dapat membentuk kefahaman mengenai Islam yang syumul (menyeluruh) dan sedikit sebanyak gambaran Jalan yang harus kita lalui dalam menuju kepada keredhaan Ilahi dan kebahgiaan di dunia dan Akhirat Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi pernah berkata, setiap inci di atas muka bumi ini adalah tempat yang paling subur untuk menanam benih syurga. Jadi secara tidak langsung ibu bapa perlu mengajar dan mendidik anak-anak mereka bermula dari tahap pertama sehingga pada tahap keempat. "Wahai orang mukmin, hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah, hendaklah kamu mencari wasilah atau jalan untuk sampai bertaqwa pada Tuhan dan hendaklah kamu berjuang pada jalannya, moga-moga kamu mendapat kemenangan di dunia dan di Akhirat." (Surah Al Maidah: 35) Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan daripada manusia lain. Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek seorang daie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna.

33

RUJUKAN Buku Ilmiah atau majalah: 1. STORMREADERS, The Power To Inspire Hope,11/2012, Dakwah Itu Mudah. JOM! Bukan Sekadar Kewajipan tetapi gerakan yang menghidupkan!, penerbit Deen Prints. 2. Tim Penyusul Modul, Dzuqaidah 1430H/Oktober 2009M, Modul Tarbiyah Islamiyah, Lembaga Kajian Manhaj Tarbiyah(LKMT). 3. Dato Dr.Hj.Mohd.Fadzilah Kamsah dan Hj.Muhammad Zakaria, April 2005, Kemahiran Mendidik Anak, 21 Kaedah Mendidik Anak Cemerlang, Telaga Biru Sdn Bhd. 4. Imam An-NasaI (penterjemah: H.M Yusuf Sinaga),2012, Panduan Hidup Beramal Ibadah Sepanjang Hayat, Ensiklopedia Amalan Muslim, Rahsia&Fadhilat Doa-doa, Wirid, Zikir, Selawat dan Amalan-amalan Mulia, Pustaka Ibnu Katsir Sdn Bhd. 5. Zahazan Mohamed dan Muhammad Zakaria, Januari 2011, Huraian dan Intisari padat dan ringkas, Hadis 40 Imam Nawawi, Telaga Biru Sdn.Bhd. 6. Stormreaders Network Sdn.Bhd, Vol.3,Isu 19,Mei 2013, Gen-Q Generasi al-Quran Kreatif, Telaga Biru Sdn.Bhd. 7. Mohd Hisham Mohd Sharif dan Hasifah Zainuddin, 2013, 43 Inspirasi Mendidik Anak, Galeri Ilmu Sdn.Bhd. 8. Tafsir Al-Quran dan terjemah, Maghrifah Pustaka. Internet:
1. http://myceriterastory.blogspot.com/2012/04/katsa-kata-pejuang-islam.html 2. http://atiqzaim.blogspot.com/2012/11/tarbiyah-bukan-segala-galanya.html 3. http://arielzafwan.blogspot.com/2013/02/10-muwasafat-tarbiyyah.html

34

4. http://faizatul.wordpress.com/fikrah/ 5. http://dakwatunayemen.blogspot.com/2008_07_01_archive.html 6. http://nurazahfathirah.wordpress.com/2010/03/30/langkah-009-guna-jangan-biar/#more-203 7. http://wallayahemmak.wordpress.com/2010/12/18/serabut/ 8. http://inijalanku.wordpress.com/parti2/biografi-mustafa-masyhur-mursyid-am-im-ke-5/ 9. http://blogantaradua.blogspot.com/2010/02/pejuang-dnt-dan-murabbi-ummah.html. 10. http://syurgaminda.wordpress.com/2011/07/10/deen-bermaksud-pegangan/ 11. http://pemudaillahi.blogspot.com/2009/10/apa-erti-mujahadah.html

12. http://www.tayibah.com/eIslam/syumul.html

35

Anda mungkin juga menyukai