Anda di halaman 1dari 4

Funun Tajmik

Terdapat berbagai kaedah telah diwariskan oleh ulama silam bagi kita mengulangi kejayaan
mereka, antaranya :
Kaedah 1:

Tidak bermula dari zero


Ambil kira kesan tarbiyyah masyarakat pada individu.
Perlu kajian lengkap terhadap kesan masyarakat pada individu - seminar khusus.
Taqlid masyarakat lain dalam langkah awal dengan madu adalah silap.

Kaedah 2:

Sebagai medium pemula bicara, jangan biarkan cakap kosong habiskan waktu.
Tidak biarkan setiap dai try cara sendiri sahaja.
Sepakatkan stand dai dalam peristiwa tertentu.

Kaedah 3:

Dai sepatutnya memilih tajuk perbualan.

Kaedah 4:

Keperluan menjelaskan kenapa perlu berjamaah dari segi waqi disamping disebutkan
dalil-dalil syara
Perlu jelaskan pertarungan haq dan batil dan kejayaan batil kerana kerjasama dan kerja
jamaI
Dai kadang kala tidak sedar perancangan dalam aturcara jahiliyyah dalam akhbar,
kenyataan dan media massa.

Kaedah 5:

Semua madu tidak sama. Dai tidak hanya melihat kepada kemampuan intima pada
madu saja.
Perlu lihat sudut kehebatan yang mungkin boleh diguna pada masa depan (siyasi,
penulis, kecerdikan, dihormati, berharta dll)
Apa yang perlu diberi berdasarkan latarbelakangnya (sekolah tempat belajar, gurugurunya, keluarganya, kecenderungnya, tarafhidupnya).
Perlu buat andaian dan jangan letakkan mereka lebih atau kurang dari sepatutnya.

Kaedah 6:

Ada madu terlalu semangat mengingkari keluarganya (riba, hijab dll) hingga timbul
masalah kekacauan dalam tarbiyyahnya.
Perlu difahami mereka bukan bertanggungjawab, pandangan kita terhadapnya tidak
mengambil kira
keluarganya dan kita faham masyarakat adalah korban.
Madu perlu difahamkan dengan muwazanah baina al-masolih, tadarruj, hikmah, pemaaf
dll kerana keluarga tidak faham sebagaimana kita faham.
Ini bukan bermakna tarakkhus tetapi adalah mengambil cara yang sesuai.

Kaedah 7:

Menjadikan suasana mesjid suatu program seimbang dengan program luar (sukan,
rehlah, dakwah luar dll).

Perlu dibentuk suasana menjadikan madu ada masa dengan dirinya sendiri (khlawah
zatiyah dan tilawah Quran) tenang, memikirkan kesilapan dirinya dll.
DaI sekarang menjadikan kerja dakwah luar terlalu besar hingga tiada masa untuk
dirinya di dalam masjid.

Kaedah 8:

Jangan biarkan madu memilih buku dengan banyaknya tanpa mengikut keperluan dan
kesesuaian
dengan marhalahnya.
DaI perlu membawanya ke kedai dan perpustakaan dan tunjukkan mana buku yang
perlu dan kenapa.
Pembacaan tidak manhaji mengucar kacirkan kefahaman dan peningkatannya.

Kaedah 9:

Madu baru perlu dididik beberapa bulan atau setahun sebelum lakukan dakwah secara
berdepan.
Bahaya terlalu cepat - lakukan kesalahan dan takut atau menghadapi respon syubhat
yang tidak dapat dijawab.
Tidak mengapa dia menjadi jambatan untuk menarik orang lain dan dibawa kepada dai.

Kaedah 10:

Anasir baik dalam masyarakat ramai tetapi dilupai.


Perlukan analisa teliti dan senaraikan - dicuba dan berjaya.
Ambil masa sehari dengan kertas dan panggil ingatan orang yang ada peluang untuk
didekati dan dibawa ke dalam dakwah : Saudara mara, jiran, kawan semasa kecil,
sekolah menengah, universiti, satu kuliah, kawasankawasan tertentu, jalan demi jalan,
seluruh bandar, pejabat demi pejabat, kenalan ayah dan ibunya, peniaga dll.
Dapat cara perhubungan dengan semuanya dan buang nama yang tidak dapat
dihubungi.
Bahagi kepada 3 kategori : Potensi, kurang dan agak lemah. Berikan perhatian melalui
ziarah, hantar sebaran, pastikan tahu jika ada program, ajak kenduri dll.
Boleh dibuat secara jamaI dan markazi dan simpan dalam database.

Panduan- panduan Dalam Operasi Tajmie


1. Menampilkan teladan yang baik sebelum berdakwah
Rasulullah adalah teladan terbaik perlaksanaan tuntutan Islam secara yang syumul.
Menjadi kewajipan bagi para daie untuk mengkaji dan mencontohi pekerti Rasul melalui
Sirah Nabawiyah. Contoh yang mulia juga ada pada para sahabat dan tabien .
Perlu menampilkan teladan yang baik kepada anak dan isterinya sebelum kepada
masyarakat. Sebelum itu ia harus bermula dengan diri sendiri dengan memaksimumkan
keikhlasan dan kejujuran kepada Allah.
Syiar kita ialah Asleh Nafsaka Wadu Ghairaka perbaiki dirimu dan di waktu yang
sama dakwahlah orang lain kepada Islam.
Begitu juga syiar Aqim Daulatal Islam Fi Qalbika, Taqum Fi Ardhika- Tegakkan negara
Islam di dalam hatimu, nescaya ia akan tertegak di atas muka bumi ini.
Muaz ra berkata: Rasulullah telah berwasiat kepadaku agar aku bertaqwa kepada Allah,
bercakap benar, menunai janji, melaksana amanah, menjauhi khianat, memelihara adab
kejiranan, belas kepada anak yatim, berkata lembut, menyebarkan salam, beramal saleh,
memendekkan angan- angan, sentiasa tetap beriman, meningkatkan kefahaman
terhadap Al Quran, mencintai akhirat, merasa takut kepada hisab dan bersikap tawadhu.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

Aku juga melarang kamu memaki orang yang bijaksana, mendustakan orang yang jujur,
mentaati orang yang berbuat dosa, menentang pemimpin yang adil atau membuat
kerosakan di muka bumi. Aku wasiatkan agar kamu bertaqwa kepada Allah ketika berada
di samping batu, pepohonan dan di rumah. Hendaklah kamu perbaharui taubat bagi
setiap dosa yang tersembunyi dan terang. Riwayat Abu Nuaim.
Menambat hati sebelum memberi penjelasan
Risalah kita adalah risalah kasih sayang. Rasa kasih perlu didahulukan agar penjelasan
selanjutnya akan berlegar di dalam ruang yang harmoni
Pembinaan hubungan yang baik adalah kunci untuk menambat hati manusia
Anda haruslah disenangi terlebih dahulu sebelum usaha pengislahan akan ditanggapi
secara positif kerana sewaktu perhubungan yang baik itu, mereka akan mengenali anda
sebagai orang yang baik dan tiada kepentingan.
Elakkan penggunaan uslub yang keras dan memaksa.
Memberikan kefahaman sebelum memberi tanggungjawab
Kefahaman adalah asas tindakan yang tepat dan betul
Pengenalan kepada Allah dan risalah harus didahulukan sebelum meminta sebarang
iltizam agar perlaksanaan tuntutan berdiri di atas landasan yang benar
Kethiqahan terhadap perjuangan akan membuahkan iltizam yang tinggi
Bertahap- tahap dalam memberi tanggungjawab
Syariat Islam turun bertahap- tahap . Dakwah juga mempunyai marhalah tertentu
bersesuaian dengan realiti pendakwah dan juga realiti masyarakat.
Jangan gopoh dalam berdakwah hingga melemahkan madu untuk menyertai operasi
dakwah
Mempermudah, bukan mempersulit
Taklif Rabbani mengambil kira kaedah bermulanya taklif dari yang mudah kepada yang
berat seperti pengharaman arak dll.
Mengambil kira kemampuan dan tahap keilmuan mereka.
Islam membenci sikap ekstrim dalam apa jua keadaan.
Pupuk kesepakatan isu pokok sebelum bertembung dlm perkara kecil.
Mendahulukan perkara- perkara asas dan utama sebelum perkara- perkara juz'ie, furu
dan khilaf
Kita jarang berselisih terhadap perkara yang asas tetapi sering berbeza dalam perkara
juzie. Oleh itu mereka harus ditarbiyah agar menjiwai perkara ini.
Pendekatan yang mengembirakan sebelum yang menggerunkan.
Bermulalah dengan sesuatu yang positif, disenangi dan menyeronokkan sehingga rasa
kasih kepada Alllah dan perjuangan menjadi mantap.

Bina ketahanan dalaman yang didasari iman dan kefahaman yang betul agar kesukaran
dakwah dapat dilihat sebagai sesuatu yang manis dan bermakna.

Pelebaran berimbang dan berhemat:

Bangga dengan kebenaran walaupun keseorang (contoh Ibrahim).


Jahiliyyah keseorangan/dagang walau ramai.
Muslim tidak menukar fikrahnya walaupun ditolak dan tidak menang- tidak seperti
jahiliyyah.
Sayyid Qutb:

! :
.
Fitrah sukakan bilangan ramai dan menang.
Mukmin suka menjadi Imam dan memimpin manusia lain dalam agama:

Pengumpulan pengikut perlu seimbang dengan kemampuan tarbiyyah dan kuasa
murabbi perlu juga penambahan ilmu dan ibadat.
Bermudah dalam penerimaan anggota takwin membahayakan J.
Kita berbeza dengan parti jahiliyyah yang menggunakan rajul syari untuk kepentingan
mereka kerana mereka pragmatisma. Islam tidak menang dengan orang spt itu.
Kemenangan jahiliyyah sementara adalah untuk mendedahkan kelemahan mereka dan
membuktikan kehebatan Islam.

Pemilihan memelihara kiok..!

Syarat qudwah mesti ada pada pada orang yang memegang jawatan dalam dakwah
walaupun tidak terlibat secara langsung dalam amal tarbiyyah.
Mereka juga dilihat oleh pengikut dan orang bawah.
Kedudukan qudwah perlukan orang azimah dan menjauhi rukhsah.
Bahaya pemilihan ketua berpandukan kebolehan bercakap, sijil, masyhur atau selalu ke
depan tanpa dikenali lebih dekat.
Pemilihan perlu berpandukan iman, fiqh dakwah, kesibukan dalam kerja tajmi dan
tarbawi dan jelas ketaatan (Umar kekalkan Ahnaf bin Qais setahun di Madinah sebelum
dihantar kepada Abu Musa).
Kualiti bukan kuantiti

Anda mungkin juga menyukai