Anda di halaman 1dari 215

AL-MASAR

Mukadimah kerdipan Kritikan



Pengurusan dakwah Islam terbahagi kepada tiga polisi:
Pertama: Polisi luaran yang menentukan tabiat hubungan dakwah ini dengan
kerajaan, parti dan jamaah lain; juga menentukan pelbagai sikap dan pendirian, sama
ada berperang, berdamai, berikat setia, memberikan bantuan atau meminta bantuan.
Kedua: Polisi dalaman yang membentuk binaan tanzim dan yang menentukan syarat-
syarat keanggotaan dan kepimpinan, serta hak dan kewajipan para duat.
Ketiga: Polisi tarbawi yang memilih cara mengajar dan membekalkan pelbagai
pengetahuan kepada para duat serta bagaimana mendidik mereka dari sudut akhlak
dan memperkayakan mereka dengan sifat-sifat keimanan yang tinggi.
Menjadi suatu yang dituntut, bahawa para duat mestilah diberikan kesedaran
terhadap ketiga-tiga aspek polisi di atas, agar kita berjaya membentuk para duat
mukmin yang mempunyai sifat-sifat ideal, fakih (faham), murabbi, teliti, menyelaras,
adil, berhati-hati, sentiasa mengambil peluang dan terhalang daripada menjadi sasaran
panahan musuh.
Usaha kepada penyedaran ini, merupakan antara sudut terpenting yang mesti
ditangani oleh dakwah. Setiap kejayaan yang dicapai oleh dakwah dalam memberikan
kesedaran kepada para duat akan membuka lebih banyak pengharapan di hadapan
pintu dakwah.
Siri (menghidupkan fiqh dakwah) ini telah melantik dirinya untuk turut serta dalam
usaha penyedaran ini. Ia menggunakan cara analisis dengan berpandukan pengalaman
dan juga mengutip khazanah fatwa fiqh. Keasliannya daripada yang lama, dan
penyempurnanya adalah yang terkini.
Kitab al-Masar ini menjalankan tugas untuk memberikan kesedaran kepada ketiga-
tiga sudut ini secara sekaligus, tetapi bukan dari sudut penghuraian terhadap elemen
dan hukumnya yang juzie, bahkan dari sudut perancangan ijmali yang bergantung
kepada pandangan keseluruhan yang kritikal terhadap setiap fasa amal. Oleh itu, ia
adalah pandangan yang bersifat justifikatif dan membongkar segala sebab musabab.
Ia juga menghitung segala jenis dan cabangannya. Ia juga mengisyaratkan kepada
perbezaan yang relatif. Ia juga memberikan perhatian kepada maslahah-maslahah
yang mengharuskan berlakunya perbezaan pendirian berdasarkan perubahan suasana.
2

Tetapi al-Masar ini tidak mungkin boleh difahami secara berasingan. Ketika
membacanya, anda mestilah kembali semula kepada al-Muntalaq (untuk mengenali
tabiatnya), al-Awaiq (yang dipenuhi dengan segala macam jenis halangan), al-
Raqaiq (yang boleh melembutkan hati anda dengan kelembutan makna-maknanya)
dan al-Bawariq (yang mengandungi lintasan-lintasan yang boleh dijadikan panduan).
Politik Dalam Ibadat
Seseorang pelajar fiqh dakwah dapat mengetahui dengan segera bahawa perancangan
Islam mempunyai ciri khusus yang berbeza dengan kumpulan-kumpulan lain yang
bersifat sekular. Ciri tersebut ialah keterikatan dan penyatuan yang sempurna di antara
pentarbiahan akhlak keimanan dengan penglibatan politik.
Perancangan kita bukan hanya perancangan politik semata-mata. Di dalam
perancangan ini, pemberian tarbawi yang hanya diberikan peluang oleh situasi-situasi
politik sahaja tidak memadai, bahkan penglibatan di dalam politik mestilah didahului
oleh satu fasa pemantapan asas yang diperuntukkan khusus untuk kerja-kerja
pentarbiahan dan pembinaan tanzim. Selepas itu juga, tarbiah masih berterusan
berjalan seiring dengan pembukaan amal (al-infitah al-amaliyy) dan percaturan
politik. Pemberian tarbawi yang lahir melalui situasi-situasi politik tertentu hanya
menjadi tulang belakang dan peneguh kepada pentarbiahan itu sendiri.
Sejarah jamaah menunjukkan bahawa usaha-usaha pentarbiahan menjamin
keselamatan amal dan menjauhkannya daripada penyelewengan. Tarbiah juga
menghalang daripada berlaku fitnah dan dapat menangani futur (lemah semangat).
Lebih utama dari itu, ia terdiri daripada arahan dan panduan syarak. Ia adalah sunnah
amali yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. ketika membentuk para sahabat baginda
dan mengasaskan daulah Islam.
Apa yang saya maksudkan di sini ialah kesyumulan dakwah itu sendiri. Sebagaimana
praktikal secara jamaie, latihan amali dan perlantikan pimpinan merupakan sudut
penting di dalam tarbiah, begitu juga menghayati kehidupan di masjid, membaca al-
Quran, menghadiri majlis pengajian hadis, membaca buku-buku peringatan dan
mendengar nasihat juga dianggap sebagai sudut yang sama pentingnya kepada
dakwah. Perkara-perkara ini juga berfungsi sebagai mukadimah atau membantu
penerusan pengaruh dakwah yang berkekalan.
Ini adalah jalan pertengahan dan kadar betul yang hanya dialpakan oleh dua jenis
manusia:
Pertama: Seorang dai yang menjauhkan diri -hasil kenaifan para duat- daripada
mencampuri urusan politik dengan hanya bersungguh-sungguh melakukan
pentarbiahan yang beku. Ini akan menghasilkan ekstrimisme dan radikalisme yang
akhirnya akan menidakkan kepentingan tarbiah sama sekali. Oleh kerana tenggelam
3

di dalam semangat yang berkobar-kobar, perkataan-perkataan yang dikeluarkan oleh
lidahnya akan menjadi tidak tersusun lagi.
Kedua: Seorang dai yang terdiri daripada para duat yang meletakkan diri mereka di
dalam kandang politik sebelum masanya. Dia menghampirkan dirinya kepada
pelampauan dan akan menyebabkan dia menjadi sebaliknya, iaitu bertukar menjadi
seorang abid yang zahid semata-mata.
Kebenaran tidak berada pada dua golongan di atas. Bahkan ia tersembunyi di dalam
kesyumulan, tadarruj (berperingkat-peringkat) dan kebersamaan yang berterusan di
antara tarbiah dan penglibatan politik sepanjang perjalanan dakwah.
Jalan Yang Unik
Ini adalah kerana perancangan kita tidak sama dengan lain-lain perancangan. Amal
kita mempunyai tabiat unik yang dikurniakan oleh keimanan, yang menjadikan usaha
kita bersumberkan tiga keistimewaan untuk mempengaruhi sasaran:
Pertama: Kemampuan mutlak untuk melakukan islah: Perancangan kita wajiblah
tidak bergantung kepada penantian kemenangan yang berbentuk pengumpulan
manusia dan segala jenis kekuatannya sahaja, bahkan kita hendaklah menjadikan
kadar kebaikan yang dicapai sebagai faktor utama. Setiap kali akhlak-akhlak
keimanan yang mulia, kemurnian hati, istighfar dan taubat tersebar dan bertambah
dengan banyak di kalangan kita, maka perancangan kita lebih hampir kepada
kemenangan di dalam tasawwur Islam dan lebih layak untuk sampai kepada
matlamatnya.
Banyak cerita-cerita yang diriwayatkan daripada kalangan salaf berkenaan dengan
hakikat ini mencapai tahap mutawatir. Diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab
bahawa beliau berpesan kepada tenteranya agar bertaubat terlebih dahulu sebelum
berperang. Abu al-Dardak pernah berkata: Wahai manusia! Amal yang salih sebelum
berperang. Kamu sebenarnya berperang berbekalkan amalan-amalan kamu. Fudhail
bin Iyadh pernah berkata kepada para mujahidin ketika mereka keluar untuk
berperang: Kamu hendaklah bertaubat, kerana taubat boleh mempertahankan kamu
daripada sesuatu yang tidak boleh dipertahankan oleh pedang. Pada hari ini, kita
bertarung menentang parti dan kerajaan kufur berbekalkan amalan kita, sebelum kita
memerangi mereka dengan seni, penyaksian, kepakaran dan senjata kita.
Kedua: Refleksi pemilihan kendiri: Kita hanya mampu untuk membuat pengarahan
kepada orang lain apabila kita sendiri -para duat- telah berjaya mengarahkan diri kita
sendiri. Abdullah bin Wahab, seorang pemimpin yang cekal, mempunyai perkataan
yang menarik tentang fenomena ini. Beliau banyak kali berkata: Hanya seseorang
yang boleh melakukan pemilihan yang baik untuk dirinya sahaja, dapat membuat
pilihan yang baik untuk orang lain.
4

Demikianlah, ia adalah dua sudut yang saling berimbangan. Pensyaratan dan
pemberian. Seseorang dai tidak akan dapat mempengaruhi orang lain selagimana dia
sendiri tidak terpengaruh dan tersebati dengan dakwahnya. Sebaliknya, jika dia
berjaya mencernakan hakikat dakwahnya dan menterjemahkan pengertian
keimanannya, dia akan memperolehi kekuatan automatik untuk menarik sasarannya
agar berjalan seiring dan melakukan pentarbiahan yang baik untuknya.
Para pengikut kita membina pemikiran dan keperibadian mereka, serta menentukan
bentuk perjalanan hidup mereka dengan menjadikan kita sebagai model. Mereka akan
dapat memahami dakwah kita dengan cepat apabila kita sendiri telah memahaminya
sebelum mereka.
Ketiga: Gerakan gemaan kewarakan: Apabila seseorang dai mewajibkan dirinya
bersifat dengan sifat warak, kewarakannya akan mempunyai gema yang pengulangan
gema tersebut akan menggerakkan orang ramai. Hakikat ini dijelaskan oleh penemuan
yang dilakukan oleh Yahya bin Muaz, seorang zahid, yang mengatakan: Bahawa
manusia akan mempedulikan urusan anda, sekadar mana anda peduli dengan urusan
Allah. Taufiq yang diberikan oleh Allah terhadap kerja pengumpulan yang kita
lakukan adalah bergantung kepada tahap kesungguhan kita terhadap kerja tersebut.
Krisis ketidakmahuan manusia untuk datang kepada kita, tidak lain dan tidak bukan,
adalah disebabkan oleh kurang pedulinya kita terhadap apa yang diwajibkan oleh
Allah kepada kita. Sesiapa yang datang kepada Allah dengan hatinya, nescaya Allah
akan mendatangkan hati-hati manusia kepadanya.
Para duat sentiasa mengadu tentang sikap manusia yang berpaling dari dakwah dan
kecenderungan mereka untuk menerima bentuk-bentuk formal yang terdapat pada
parti-parti lain. Mereka juga hanya mementingkan hampas daripada isinya, dan
kekosongan daripada ilmu. Tidak syak lagi bahawa fenomena ini adalah sifat
kejahilan yang dihadapi oleh para nabi a.s. dan sesetengah golongan muslihin. Ia
adalah sikap yang memang dijangkakan berlaku dari kalangan manusia. Ia juga
menjadi salah satu tanda hampir kiamat. Tetapi nampaknya pada hari ini,
keberpalingan manusia daripada dakwah ini mengatasi keberpalingan mereka pada
masa-masa yang lalu. Kejahilan mereka telah sampai ke kemuncaknya. Oleh kerana
itu, proses pengislahan menjadi sukar kepada golongan yang berpada dengan sedikit
kerja dan melalui jalan keimanan dengan tenang dan perlahan. Ia hendaklah
dipelopori oleh golongan kuat dan banyak bekerja, yang sentiasa bersusah payah dan
bersemangat kental.
Fatwa ini mengakibatkan proses kerja akan berjalan. Sekadar mana keseriusan kita,
maka sekadar itu jugalah keseriusan manusia. Kita sentiasa mempunyai bukti
terhadap hakikat ini pada diri kita sendiri. Sebagai contoh: Kita sentiasa berbeza pada
setiap hari. Iman kita kadang-kadang bertambah, dan kadang-kadang berkurang. Jika
pada sesuatu masa, kita berada dalam keimanan yang baik, kita melihat ramai orang
5

menerima dakwah. Tetapi apabila iman kita bergoncang dan hati kita keras, kita
melihat segala kerja kita tidak mendatangkan hasil yang banyak, sekalipun banyak
usaha yang kita curahkan. Setiap orang daripada kita pernah mengalami perkara ini
bersilih ganti dan dapat merasai sendiri sikap manusia yang berbeza terhadapnya.
Dalam banyak sudut, neraca produktiviti sesuatu jamaah adalah bergantung kepada
neraca produktiviti individu.
Diam Berisi
Ketiga-tiga keistimewaan ini beriringan dengan satu ciri penting yang memberikan
acuan kepada perancangan Islam. Ia boleh dinamakan sebagai kecukupan penjelasan
oleh hakikat. Perkara ini dibongkarkan oleh kata-kata seorang salaf yang mendapati
bahawa: Tiada seorang pun yang membuat dakwaan, melainkan kerana dia kosong
daripada memiliki sebarang hakikat. Jika dia telah memiliki sesuatu, nescaya hakikat
dirinya akan memperkatakan tentangnya. Dia tidak perlu lagi membuat dakwaan.
Jika seseorang individu yang telah penuh berisi, dia akan diam. Hanya hal ehwal
dirinya sahaja yang akan berkata dan dia tidak perlu lagi melakukan propaganda
untuk dirinya. Begitu juga keadaan sesebuah jamaah mukminin. Jika ia mencernakan
dakwah yang diserukannya itu, menyebarkannya, meneguhkan barisan safnya dan
menyempurnakan sebab-sebab yang membawa kekuatan, maka hakikat ini
menjadikannya tidak perlu lagi kepada sebarang perkataan dan propaganda. Perbuatan
dan amalannya sudah cukup baginya. Ia tidak lagi memerlukan pengiklanan dan
ancaman. Jika anda mendapati sesebuah jamaah banyak bercakap, ketahuilah bahawa
itu adalah berpunca daripada kelemahan aset amalnya.
Ia adalah hakikat yang tercerna pada setiap komponen akhlak yang anda perolehi,
pada setiap batu bata daripada binaan tanzimi, dan pada setiap cabang ilmu dan seni
pengkhususan serta pengalaman yang amali. Pengungkapannya tidak diperlukan lagi.
Hanya lidah orang yang tidak memiliki sesuatu sahaja yang akan sentiasa menyebut
angan-angannya. Tetapi sesiapa yang memiliki segalanya, pemilikannya itulah yang
akan menyebutkannya. Dengan serta merta orang ramai akan merasai kekuatan
hakiki, pandangan mereka terpukau dan terus mengikutinya.
Rijal Yang Menterjemahkan Perkataan
Jika para duat sentiasa sibuk dengan fiqh dakwah, dengan sentiasa mengkaji dan
membongkarnya daripada sumber-sumbernya yang berbentuk amali dan pengalaman
lalu, nescaya itu adalah lebih baik bagi mereka daripada hanya melakukan dakwaan
dan propaganda. Bahkan lebih baik dan lebih wajib lagi, bahawa terdapat di setiap
bandar Islam beberapa orang duat yang cenderung kepada kesungguhan,
menterjemahkan segala cadangan yang terdapat di celah-celah lipatan buku-buku fiqh
dakwah kepada ikatan, hubungan dan perancangan yang praktikal.
6

Kita juga hendaklah menyedari bahawa sentiasa terdapat kemungkinan yang memberi
amaran, bahawa pengertian-pengertian di atas boleh bertukar menjadi bahan hiburan
bagi sesetengah golongan duat yang diselubungi kekosongan. Sifat bermewah-
mewah dan berlebih-lebih boleh menyebabkan mereka melakukan dialog berterusan
tentang pengertian-pengertian tersebut. Ia akan lebih menyerupai perdebatan yang
tidak disertai oleh perlaksanaan. Oleh itu, mereka hanya bercakap banyak dan tidak
melakukan banyak amal. Mereka terasing daripada gerakan masyarakat. Atau mereka
cenderung untuk bermegah-megah dan mendabik dada, pada ketika perlumbaan
tersembunyi terus berjalan.
Ia juga mungkin menyebabkan semangat sesetengah duat menjadi kendur. Lalu
mereka melihat sebahagian matlamat yang telah kita capai hanyalah mimpi kosong. Ia
memang kelihatan begitu di sisi mereka yang keazamannya tidak meningkat sehingga
mencapai tahap realiti. Tetapi kita menyedari bahawa kita tidak berkhayal atau
mengarut. Kita tidak mewajibkan sesuatu yang berada di luar kemampuan manusia.
Apa yang kita lakukan itu, hanyalah sebagai menyahut panggilan realiti.
Ia adalah pemikiran dan cadangan yang hanya boleh ditangani oleh semangat
keazaman yang tinggi sahaja, oleh hati yang bebas, bukan hati yang gementar, oleh
para penuntut akhirat, bukan golongan yang mencampuradukkan. Pemikiran dan
cadangan tersebut datang dalam bentuk beberapa isyarat yang tidak boleh disebut
secara terus terang lantaran ancaman pihak musuh, namun ia tetap boleh difahami
oleh sesiapa yang hatinya disengat oleh tragedi-tragedi yang menimpa ummat Islam.
Seorang penyair berkata:
Isyarat tersembunyi memadai buat yang pintar,
yang lain perlu dipanggil dengan seruan yang kuat.
Adakah penimbunan buku-buku catatan yang mengisahkan pengalaman dakwah dapat
memberikan manfaat sekiranya para duat tidak menyambutnya dengan penuh
keazaman dan himmah yang tinggi untuk melakukan pembaikan dan penggantian?
Apabila seluruh keazaman kebolehan seseorang tidak tertonjol kepada anda,
pengalamannya memerlukan anda.
Apabila seseorang dai tidak mempunyai inisiatif dan usaha yang bersungguh-
sungguh, maka kisah yang diceritakan kepadanya dan perancangan yang dirangkakan
baginya tidak memberikan sebarang manfaat.
Setiap duat hendaklah menyedari bahawa al-Masar ini cuba untuk menggariskan
gambaran ideal bagi kerja dakwah serta perubahan marhalahnya. Ia tidak dikarang
bagi hanya memenuhi keperluan negara-negara atau tempoh masa tertentu sahaja. Ini
bermakna, setiap negara boleh mengambil dan memetik daripadanya apa yang sesuai
7

dengan marhalah dan suasananya, berdasarkan kepada kadar kekuatan dan kelayakan
yang dimilikinya. Ini terserah kepada penentuan para pimpinannya. Pilihan dan
ketentuan pimpinan hendaklah didahulukan daripada idealisme, cita-cita, harapan dan
perkataan-perkataan kita yang mutlak.
8

1...Kesan-Kesan Yang Memimpin
Masyarakat di sepanjang zaman lebih merupakan cerminan (refleksi) kepada
individu-individu kumpulan yang memimpin generasi manusia pada zaman tersebut,
jika dibandingkan dengan cerminan (refleksi) undang-undang yang dijalankan bagi
menyusun dan mentadbir sudut politik, ekonomi dan kemasyarakatan.
Fenomena ini disebabkan oleh dua faktor:
Kefahaman, akhlak dan sifat semulajadi, lebih banyak memberikan kesan dan
pengaruh di dalam jiwa jika dibandingkan dengan kesan dan pengaruh yang diberikan
oleh sesuatu yang dipaksa dan dilaksanakan dengan kekerasan. Kefahaman, akhlak
dan sifat semulajadi juga menanam pengertian ketaatan dan menurut. Ini tidak dapat
dilakukan oleh semata-mata kekuasaan yang ada.
Falsafah, segala jenis sastera, pertukaran pandangan dan penghujahan fiqh,
kesemuanya mengetuk pintu akal, perasaan dan jiwa. Ia membiarkan akal, perasaan
dan jiwa mengambil suatu pendirian, sama ada pendirian untuk mendekati dan
menerima atau pendirian menolak dan melarikan diri. Ketegasan yang jumud tidak
akan terdaya untuk menakluk hati dan menetap di dalam hati kecil manusia.
Oleh itu, undang-undang dan syariat yang paling berkesan ialah undang-undang atau
syariat yang diperkuat dan diperteguhkan oleh keyakinan para pimpinan yang
melaksanakannya. Ini adalah kerana berhelah, berbengkang bengkok dan pentakwilan
yang kabur merupakan cara yang dipergunakan apabila keredaan dan kerelaan tidak
wujud di dalam jiwa.
Oleh kerana itu, Islam tidak akan wujud tanpa orang-orang Islam. Iman juga tidak
akan wujud tanpa orang-orang yang beriman.
Kehidupan Islam tidak dibina oleh teks-teks perundangan yang beku. Tetapi tiang-
tiangnya diangkat oleh sekumpulan pimpinan dari kalangan mukminin yang
mempunyai pengaruh yang menyeluruh, yang terdiri daripada para pentadbir,
politikus, ekonomis, industris, fuqahak, hakim, sasterawan dan pemikir. Mereka
diketuai oleh seorang yang menghimpunkan segala ciri kebaikan dan mempunyai
keperihatinan yang menyeluruh. Undang-undang Islam tidak akan mempunyai
peluang untuk melakukan perubahan tanpa hati-hati bersemangat yang menganggap
perlaksanaannya sebagai ibadat kepada Allah.
Kefahaman ini bukanlah suatu yang baru. Tetapi ia adalah konsep lama yang telah
diperjelaskan oleh para fuqhak salaf, kerana mereka memahami bahawa para wali
Allah yang menolong dan membantu agamaNya, terdapat di kalangan seluruh
golongan ummat Muhammad s.a.w. jika mereka tidak tergolong dari kalangan yang
melakukan bidah dan kefasikan yang nyata. Jadi mereka terdapat dari kalangan ahli
9

al-Quran dan ahli ilmu. Mereka juga terdapat dari kalangan ahli jihad dan peperangan.
Mereka juga terdapat dari kalangan para peniaga, ahli pertukangan dan peladang.
1

Sama ada kita mahu memperakui hakikat ini, atau kita menolaknya. Jika kita
menolaknya, maka berlakulah kecelaruan neraca.
Bahkan Ia adalah Kemunduran Yang Sudah Lama
Ketika Imam Ahmad bin Hanbal melihat dengan pandangan hatinya, beliau nampak
kelalaian para ahli thiqah (orang yang dipercayai), peningkatan (penguasaan)
golongan yang tidak dikenali, penguasaan ahli bidah dan penyerahan tugas kepada
orang yang tidak layak. Beliau berkata: Pada hari ini, jika kamu melihat sesuatu yang
lurus betul, maka kamu hendaklah hairan dan takjub kepadanya.
2

Kehairanan dan ketakjuban ini mempunyai alasannya. Dibuktikan dengan sebab-
sebab kebenaran yang nyata. Kerana hawa nafsu telah mengatasi iman ketika
recommendation dilakukan terhadap seseorang. Seseorang itu dikatakan amat berakal,
amat pintar dan amat penyabar, sedangkan di dalam hatinya tiada keimanan walaupun
sebesar biji sawi.
3
Ini menyebabkan orang-orang zalim dilantik memegang
kementerian dan berada di pusat kuasa, serta orang-orang jahil memimpin dan
mengetuai majlis-majlis ilmu.
Penyelewengan ini berulang kali berlaku selepas Imam Ahmad. Amat jarang keadaan
lurus dan betul berlaku, sehingga para ahli sejarah bersepakat mengembalikan segala
fenomena kelemahan ummat Islam kepada buruknya sifat para perlaksana. Tragedi
keruntuhan Daulah
c
Abbasiyyah tidak berlaku melainkan sebagai natijah semulajadi
daripada keadaan kebengkokan (penyelewengan) yang telah mencapai kemuncaknya.
Tiada yang dapat memberikan peringatan dan amaran sebagaimana peringatan dan
amaran yang diberikan oleh tragedi tersebut. Walaupun demikian, tragedi tersebut
tetap menutup pintu hati orang-orang yang terselamat daripada keganasan Tatar untuk
mengambil iktibar daripadanya. Syam dan Mesir menyaksikan berbagai-bagai jenis
kelemahan dan kekurangan yang amat memenatkan.
Ibn al-Qayyim mempunyai satu teks sejarah yang menggambarkan keadaan pada
masa itu. Beliau mengembalikan punca kebatilan golongan batil kepada tipudaya
syaitan yang menjadi musuh manusia, selaras dengan analisis Islam terhadap
pertarungan yang berlaku di antara kebaikan dan keburukan, serta sesuai dengan
akidah Islam. Beliau memberitahu bagaimana syaitan menemui satu kumpulan yang

1
Majmu
c
Fatawa, Ibn Taimiyyah, jil. 11, hlm. 94.
2
Risalah al-Amr bi al-Ma
c
ruf wa al-Nahy
c
an al-Munkar, al-Khallal, hlm. 113.
3
Sahih al-Bukhari, cet. al-Sha
c
b, jil. 8, hlm. 130.
10

mengikutnya. Lalu syaitan itu mengambil satu kumpulan (hizb) daripada mereka yang
membantu dan melantiknya sebagai tuhan mengatasai tuhan mereka yang sebenar
(Allah). Mereka telah menjadi musuh kepada tuhan mereka yang sebenar bersama
dengan syaitan yang memangpun sudah menjadi musuh kepada tuhannya. Mereka
menyeru kepada kemurkaanNya. Mencacat cederakan rububiyyah, uluhiyyah dan
keesaanNya. Mereka mencela dan mendustakanNya. Mereka memfitnah dan
menyusahkan para waliNya dengan berbagai-bagai jenis kesusahan. Mereka berusaha
untuk menghapuskan para waliNya daripada kehidupan ini. Mereka juga berusaha
keras untuk mendirikan satu negara buat mereka.
4

Apa yang menarik di dalam petikan di atas ialah beberapa perkataan dan istilah yang
digunakan oleh Ibn al-Qayyim, seolah-olah beliau menyifatkan tabiat pertarungan
yang sedang berlaku di antara gerakan-gerakan Islam dengan kem jahiliyyah. Beliau
menyebut perkataan kumpulan (hizb), fitnah, kesusahan, penghapusan dan penegakan
negara batil. Perkataan-perkataan ini menambat pemerhatian anda agar anda
memberikan perhatian atau tertarik kepada persamaan bentuk peperangan dan
pertarungan yang sedang anda hadapi, sebagaimana yang telah dihadapi oleh generasi
Ibn al-Qayyim dan sebagaimana yang telah dialami oleh kumpulan yang bersama
dengan Imam Ahmad.
Pertarungan yang kita lihat, bukanlah suatu yang baru,
Ia adalah pelampauan, tetapi dengan nama yang berbagai.
Pertarungan di antara beberapa kumpulan yang saling bercakaran,
Tetapi apabila untuk menentang agama, mereka bersatu.
5

Pertarungan yang berlaku hari ini adalah pertarungan politik kepartaian yang tersusun
bagi mendirikan negara jahiliyyah. Mereka sebenarnya telah mendirikannya.
Pertarungan mereka berterusan untuk mengekalkan kewujudan negara tersebut, untuk
mendalam dan mendidik generasi baru di atas kekufuran. Hakikatnya ia bukanlah
kerosakan akhlak, kejahatan dan kegilaan yang hanya boleh dikawal dan ditangani
oleh nasihat (ceramah) para pendakwah sahaja.
Dalam keadaan ini, golongan yang mempunyai ghirah (semangat) Islam dan akidah
keimanan di setiap tempat hendaklah bertolong bantu, menyusun tenaga dan strategi,
menyempurnakan kekurangan tarbawi dan memperbanyakkan bilangan, di dalam
proses melakukan penyelamatan melalui praktis jihad politik yang tersusun untuk
menegakkan negara Islam yang dipimpin oleh para duat yang harakiyy.

4
Madarij al-Salikin, jil. 1, hlm. 211.
5
Aghani al-Ma
c
rakah, hlm. 143.
11

Impak Bersama Kafilah Hijrah
Setiap muslim dituntut untuk memberikan sedikit impak dan turut serta membawa
kebaikan di dalam proses penyelamatan ini, berdasarkan kemampuannya. Tiada
makna bagi kehidupan seseorang yang berpendirian negatif. Dia hanya mendapat
kenikmatan di dunia ini, dengan makan, minum dan wanita, sedang dia tidak berusaha
untuk memperlihatkan pendiriannya terhadap ahli fikir di sekitarnya. Para politikus di
kiri kanannya juga sedang bertarung; ada yang baik dan ada yang jahat, sedang dia
hanya menjadi penonton sahaja.
Sikap negatif, suka mengasingkan diri dan hanya menjadi penonton ini, adalah
gambaran perkataan kiasan ringan yang tidak disukai oleh Abdul Rahim bin al-
Ikhwah al-Shaibani, seorang penyair dan pentafsir. Beliau menganggapnya sebagai
kematian. Di sisinya, seseorang manusia dan pedang, jika tidak memberikan sebarang
kesan atau impak, walaupun hidup ia adalah mati, walaupun ia dihunuskan, ia adalah
bersarung.
Al-Rafi
c
iyy pergi lebih jauh. Beliau melihat tiada sebarang alasan bagi kewujudan
seseorang yang berpendirian negatif. Beliau memberi amaran kepada anda tentang
keperluan bersikap jelas dan terang. Kerana jika anda tidak menambah sesuatu (kesan
atau impak) kepada dunia ini, maka anda adalah barang lebihan kepada dunia ini.
6

Inilah keadaan orang yang disengat hatinya ketika melihat kesejukan ummat Islam.
Sengatan itu melupakannya daripada mengingati lafaz-lafaz yang lembut. Hilang dari
ingatannya bahawa anda tidak mampu berterus terang, lalu dia berkeras terhadap anda
sedangkan anda tidak berdaya menanggungnya!
Marilah kita meninggalkan mereka berdua. Marilah kita melalui seseorang yang
mempunyai kelembutan. Dia hanya memberikan peringatan kepada anda bahawa
memperlihatkan impak yang baik hanya sebagai salah satu sifat keimanan yang
pancaindera anda dituntut untuk mempraktikkannya.
Dia akan mengiringkan anda dengan dua kelembutan. Kelembutan perkataan dan
kelembutan makna. Dia juga memperlihatkan kepada anda dua bekalan
Ambillah dua bekalan daripada sirah,
Dan amal salih yang dapat dikhazanahkan.
Di dalam perjalanan, jadilah anda seorang yang berlangkah lembut,
Mulia pendengaran, dan penglihatan.
Jadilah anda seorang lelaki yang jika mereka datang selepas anda,

6
Wahy al-Qalam, jil. 2, hlm. 86.
12

Mereka akan berkata Dia telah pergi dan ini kesannya.
Saya meyakini bahawa jiwa yang tinggi tidak akan bersetuju untuk melakukan
perjanjian yang lebih rendah daripada hakikat ini:
Iaitu bahawa anda mempunyai kesan dan impak yang dicetak oleh tapak kaki anda
bersama dengan gerombolan yang sedang berjalan. Kesan dan impak ini memberikan
hak kepada anda untuk merasa takjub dan hairan bersama kami, orang mukminin
yang bersembahyang. Bahu-bahu mereka di masjid bersama dengan bahu-bahu kita.
Mereka masih terlambat daripada perjalanan kafilah kita. Mereka tertanya-tanya
tentang arah tujuan kita. Kadang-kadang mereka merasa ragu-ragu. Mereka tidak tahu
bahawa mereka telah ditinggalkan. Para pelopor dan perintis telah bersungguh-
sungguh di dalam menempuh perjalanan tersebut. Mereka juga tidak mengetahui
bahawa orang yang terlambat mengikut perjalanan ini, akan terlewat mendapat
kelebihan.
Saya mula bertanyakannya tentang keadaan rakannya,
Dia berkata: Masih hidup, sedangkan gerombolan sudah pun memulakan perjalanan.
Kita tidak perlu bertanya apa-apa lagi setelah kewangian tugas kita tersebar dan
diketahui ramai bahkan setiap orang yang mendekati kita menyenanginya. Apa yang
ada hanyalah berusaha keras dan bersungguh-sungguh untuk menyahut panggilan
kejayaan yang membawa ketinggian dan kemuliaan yang kita agung-agungkan.
Kafilah kita telah menghalakan perjalanan ke arah itu. Sesetengah daripada kita telah
sampai (kepada matlamat) sebagai para syuhadak. Dan yang lain masih meneruskan
perjalanan untuk memberikan peringatan, nasihat, pentarbiahan dan persediaan. Di
kalangan kita, ada yang menunggang pantas dalam keadaan terpenjara.
Pengalaman Orang Yang Terjaga Dan Ibadat Orang Yang Baik
Tetapi berwaspadalah wahai saudaraku yang berusaha keras!
Kami dibolehkan untuk menyaingi anda dalam melakukan kebaikan dan kadar impak
yang diberikan. Anda juga boleh meluaskan langkah sekadar termampu. Oleh itu, jika
kami berjaya mengatasi anda, kami tidaklah tercela.
Ya, kami tidak akan memonopoli kebaikan, bahkan kami memberikannya kepada
anda daripada harta dapatan kami selepas kami memperolehinya, sehingga anda
menjadi kaya. Tetapi orang yang mengambil daripada pokoknya yang asal tidak sama
dengan orang yang mengambilnya daripada anak pokok tersebut. Orang yang
mendengar suatu berita perlumbaan, tidak sama dengan orang yang merasai sendiri
kelazatan perlumbaan tersebut.
Kehadiran anda dengan segala pancaindera di dalam aktiviti kami dan kesediaan anda
untuk menyibukkan diri, sudah cukup untuk anda memperolehi satu hikmat suci
13

setiap hari yang dengannya anda boleh memahami kaedah-kaedah amal haraki Islami,
tanpa diselaputi oleh fantasi periwayat dan pencerita, serta kejumudan para pentaqlid
yang tidak mempunyai kreativiti, inovasi dan pandangan yang beranalisis.
Kami hanyalah penunjuk jalan kepada anda. Hati anda mampu untuk menambahkan
kefahamannya terhadap kaedah-kaedah ini selaras dengan kesediaan dan
kesungguhannya untuk memahami pengertian yang tersembunyi di dalam penunjukan
yang kami lakukan, tanpa perlu menuntut agar kami berbicara dengan lafaz yang fasih
pada zahirnya.
Ini adalah prinsip teguh untuk memahami sesuatu yang telah pun dikenali sejak
zaman berzaman, namun amat jarang orang yang mengikutinya sekarang. Kadar
keperluan orang-orang yang sedang melaluinya bukanlah lebih rendah jika
dibandingkan dengan kadar keperluan orang-orang yang terdahulu. Kita dapati para
salaf yang gagah berani telah menegaskannya, lalu mereka berpesan: Janganlah anda
menyibukkan diri dengan balaghah dan fasahah, kerana yang demikian akan
memalingkan anda daripada matlamat sebenar. Tetapi galilah kesan-kesan
peninggalan golongan para salihin yang telah beramal dan teruslah berzikir.
Perkataan di atas adalah ringkasan yang baik bagi menerangkan sifat perjalanan
seseorang dai muslim menuju ke arah kesedaran.
Menggali kesan-kesan para salihin yang telah beramal, adalah beberapa huruf kekal
yang diambil daripada ungkapan yang dilakukan oleh orang-orang terdahulu. Dalam
bahasa hari ini diterjemahkan sebagai mengkaji pengalaman dakwah Islam di dalam
amal siyasi, tanzimi dan tarbawi.
Tetapi pengkajian ini menuntut latarbelakang ketenangan iman yang kedinginannya
boleh memadamkan kepanasan kepenatan dunia, iaitu keadaan berterusan melakukan
zikir sebagaimana yang diisyaratkan pada rangkaikata yang kedua di dalam ucapan di
atas. Ia mengandungi pengertian yang sempurna, seperti zuhud, khusyuk dan
tawadhuk di dalam siri ibadat hati. Berterusan melakukan zikir ini juga menyebabkan
para dai sentiasa berada di dalam ketenangan yang memberikannya kesederhanaan
ketika menganalisis, kecermatan ketika melakukan pertimbangan dan ketepatan ketika
memberikan sebab. Berterusan melakukan zikir ini juga akan menjadikan para dai
akan segera merasa terpanggil untuk menyahut panggilan jihad.
Apabila makrifat keimanan dan keseimbangan pengalaman dapat berhimpun, maka
urusan dakwah dan para duat telah menjadi sempurna.
14

Cakupan Himmah Yang Tinggi
Kefahaman yang positif tentang ketenangan keimanan yang diperlukan bagi
memahami pengalaman-pengalaman amal haraki, tidak membenarkan seseorangpun
untuk menurunkan taraf dan pengertian ketenangan keimanan itu kepada bentuk
pengasingan diri dan kejumudan yang diselubungi oleh kulit luaran amal-amal solat
sunnat dan tafakkur sahaja. Ini adalah konsep negatif yang tidak disukai jika tidak
bidah sekalipun.
Ketenangan kita lebih tinggi dan lebih menghayati segala pergerakan kehidupan.
Ketenangan kita mempunyai degupan yang langsung tidak berpeluang untuk berehat,
apatah lagi untuk terus berhenti. Hakikat ketenangan kita ialah suatu perasaan
ketenangan yang menenggelam dan menawan hati, setelah berlaku peperangan
dalaman di dalamnya. Keyakinan dan kebenaran berjaya mengalahkan segala bisikan
keraguan tentang perkara ghaib yang telah disampaikan oleh wahyu kepada kita.
Wahyu ini telah mendorong segala anggota badan kita untuk berusaha keras
melaksanakan segala ibadat fardhu dan amalan kebaikan, serta mencegah
kemungkaran golongan zalim dan memerangi golongan kafir. Semua itu dilakukan
tanpa rasa takut dan tamakkan habuan kenikmatan dunia, tetapi dilakukan dengan
penuh tawakkal dan hanya mengharapkan pahala di akhirat semata.
Oleh kerana itu, anda akan dapati tubuh badan terus melaksanakan tugas, namun hati
terus jinak dan tenang.
Kemenangan Mukmin Yang Memaksa
Perjalanan seseorang dai bagi memperolehi ketenangan keimanan di dalam hati ini,
bermula dengan peperangan yang berterusan bagi menghadapi syaitan. Peperangan ini
dilakukan bagi menunjukkan penentangan, penderhakaan dan pengenepian terhadap
hasutan dan kekuasaannya. Ia juga dijalankan demi menghalau syaitan dari enam
tempat yang dijajahinya.
Ini dinamakan sebagai peperangan pemaksaan yang telah dibongkarkan tabiatnya
oleh Ibn al-Qayyim. Beliau juga telah menjelaskan peta kedudukannya dan
menerangkan peringkat-peringkat yang harus diikuti oleh seseorang mukmin bagi
mencapai kemenangan dalam peperangan menghadapi musuh yang terdapat di dalam
pembuluh darahnya itu.
Pada episod pertama pertarungan abadi ini, syaitan cuba mengeksploitasi elemen
terperanjat atau terkejut (surprise). Dengan tiba-tiba dia mencampakkan perasaan
kekufuran total ke dalam hati, menyebabkan kebanyakan manusia dari setiap generasi
menjadi mangsa. Tetapi mangsa-mangsa ini kurang bilangannya dari kalangan ummat
Muhammad s.a.w., lantaran hati mereka yang telah diresapi dengan kemanisan
keimanan. Bilangan mangsa ini bertambah kurang dalam gerombolan yang berjalan
15

bersama kafilah dakwah. Meskipun terdapat pengunduran ke belakang dan
pengurangan, tetapi ia berlaku disebabkan fantasi-fantasi yang disertai oleh falsafah
yang menghasut untuk berpegang dengan wihdat al-wujud dan seumpamanya, yang
mengatakan bahawa kewujudan (dunia) ini menggambarkan hakikat ketuhanan yang
satu. Tidak ada khaliq (tuhan yang menciptakan) dan makhluk.
Jika syaitan tidak berjaya memperolehi seseorang muslim untuk dijadikan mangsa
pada peringkat di atas, dia akan mengajak pula kepada bidah. Sama ada berbentuk
penambahan atau pengurangan, dari sudut iktiqad atau amalan. Ramai ummat yang
menjadi mangsa dalam perkara ini. Setiap masyarakat duat pasti mempunyai orang
baru yang masih belum sempurna pembentukan kefahamannya, dan orang lama
yang belum teruji. Untuk melepaskan diri daripada gejala ini, seseorang dai hanya
perlu mendampingi dan mengintimkan hubungannya dengan orang-orang yang
memiliki kefahaman yang sahih. Ini akan mengelakkannya daripada terjebak ke
dalam perangkap bidah dan mendekatkannya kepada kemenangan.
Namun syaitan mempunyai nafas yang panjang. Dia menerpa kepada seseorang
muslim dan menghiaskan dosa-dosa besar syahwat supaya kelihatan baik dan
menarik. Dia mendapat kejayaan besar dalam hal ini, tetapi bentuk tarbiah yang
terdapat di sisi para duat menjadikan mereka sentiasa berada di dalam perlindungan,
al-hamdu lillah.
Hanya dosa-dosa kecil syahwat menjadi medan keempat kepada syaitan meluaskan
serangannya. Hampir tiada seorang muslim pun yang terselamat daripadanya. Orang
yang lalai, keluar dari medan peperangan ini dalam keadaan berlumuran darah dan
cedera parah. Manakala dai, terus berjuang memberikan penentangan. Namun, parut-
parut kesan kecederaan tetap kelihatan tidak terpadam.
Syaitan tahu bahawa dia tidak boleh berhadapan secara langsung dengan seseorang
dai. Ini adalah kerana di samping mempunyai himmah dan semangat yang tinggi,
para duat juga memiliki kepintaran dan kecerdikan yang membolehkannya
melepaskan diri, jika para syaitan tidak mahir melakukan tusukan. Oleh itu, syaitan
mengubah taktiknya. Dia menyelinap masuk menghampiri seseorang dai sebagai
seorang pemberi nasihat. Memintanya banyak melakukan perkara harus dan boleh
dilakukan dengan sepakatan para fuqahak, agar dia tenggelam, menjadi berat,
cenderung dan sejuk. Oleh kerana itu, amal harakiyy Islamiyy mesti mengambil berat
tentang pentarbiahan ahli-ahlinya agar mereka tidak terlalu banyak mengambil
perkara-perkara keduniaan yang dibolehkan dan melalaikan. Para duat adalah
kumpulan tentera yang sentiasa berjaga-jaga dan bersiap siaga untuk berjihad. Mereka
hendaklah segera menyahut sebarang kehendak semasa. Jika seseorang terlalu banyak
mengambil atau melakukan sesuatu yang harus, dia akan banyak berfikir tentangnya,
dan hatinya menjadi senang dengannya. Ini akan menyebabkan dia tidak
16

melaksanakan kewajipannya untuk memberikan bantuan atau mengambil peluang
daripada sebarang peristiwa yang berlaku.
Seluruh dakwah mengetahui tentang bahaya ini. Oleh itu, ia sentiasa menghantar
nasihat dan pesanan kepada seluruh para duat. Namun perkara-perkara harus ini
sentiasa merayap secara sulit.
Jika diri dan jiwa seseorang dai malas dan lemah, keengganannya untuk
memperolehi kerehatan dan kemewahan sahaja tidak cukup untuk mengepung syaitan
di dalam penjara kekecewaan. Bahkan syaitan akan melakukan usaha keenam. Dia
akan membelok, mengepung dan melancarkan serangan melalui benteng yang lain.
Iaitu dengan membentangkan senarai susunan sesuatu pekerjaan mengikut keutamaan.
Dia akan menunggang terbalikkan senarai keutamaan bagi amalan-amalan keimanan.
Dia mempedaya seseorang mukmin agar mengambil berat terhadap amalan yang tidak
utama dan tidak afdhal. Sebagai contoh, dia menjauhkan seorang alim yang
mempunyai ilmu yang boleh dimanfaatkan oleh orang ramai dengan menyibukkannya
dan menghasutnya agar memperbanyakkan rukuk dan sujud. Memang tidak dinafikan,
rukuk dan sujud adalah perkara yang mulia, tetapi kewajipannya untuk mengajar ilmu
kepada orang ramai adalah lebih besar jika dibandingkan dengan rukuk dan sujud
yang sunat. Seseorang yang mempunyai tubuh badan yang gagah, akal yang pintar
dan pengalaman yang mendalam tentang politik dan pentadbiran, juga akan
dipindahkan oleh syaitan daripada memberikan produktiviti yang tinggi bagi
perancangan jamaah dan kritikannya di lapangan pemikiran, kepada penyeliaan
terhadap pembinaan sesebuah sekolah atau pemberian bantuan kepada mangsa
bencana.
Sesiapa yang berpegang teguh dengan amal yang utama dan lebih afdhal, bersifat
zuhud, enggan menyahut panggilan syahwat, dan tidak berjaya dipesongkan oleh
kekeliruan, maka dia telah berjaya menundukkan syaitan dengan berkesan.
Akhlak Yang Mulia Sebagai Penentu
Namun, seseorang dai masih mempunyai satu lagi tugas untuk menyempurnakan
ketenangannya. Iaitu dia hendaklah memiliki sifat pemaaf dan pengampun terhadap
saudara-saudaranya, para duat yang lain. Sifat berpaling (tidak menghiraukan),
menyimpan dendam dan menunggu-nunggu peluang untuk membalas dendam hanya
akan menyalakan kemarahan di dalam hati, yang akhirnya akan mengakibatkan
seseorang itu berada dalam keadaan kesuh kesah dan gundah gulana.
Dakwaan kejayaan menundukkan syaitan tidak akan mantap tanpa sifat lemah lembut.
Taqwa berkisar sekitar perlaksanaan perkara fardhu dan sunat yang syaitan sentiasa
cuba untuk mengecewakan kita daripada melaksanakannya. Atau taqwa itu adalah
pemberhentian daripada melakukan perkara haram atau makruh yang syaitan sentiasa
membujuk kita melakukannya, bahkan dia bergembira jika kita tergelincir ke arahnya.
17

Syaitan amat bergembira ketika dia melihat seseorang mukmin berada dalam keadaan
marah yang diselaputi dengan perasaan kedahsyatan dan kebingungan. Sifat ini
menghalangnya daripada memiliki sifat toleransi dan menanggalkan pakaian
kehebatan daripadanya.
Pemerhatian kemanusiaan terhadap rahsia-rahsia kehidupan serta hubungan
kemasyarakatan mempunyai beberapa pandangan yang indah dan benar. Pada banyak
kesempatan, ia mampu untuk menjenguk dan melihat hakikat jiwa melalui sudut
tertentu yang memperlihatkan kepada anda sesuatu yang anda tidak dapat
mengesannya secara berdepan, sehingga anda terpukau melihat keindahannya atau
anda akan berada dalam ketakutan, mengikut salah satu daripada dua keadaan
semulajadinya: Sama ada kesuburan atau kejahatan. Seseorang yang sentiasa
menuntut penambahan mendapati aset hikmat yang boleh menafsirkan wahyu di
dalam pemerhatian-pemerhatian ini, lalu dia amat pritahin untuk memperolehi dan
memahaminya.
Ia bukanlah hikmat pertama atau terakhir. Tetapi ia adalah lintasan daripada satu
lipatan yang terdapat di jalan hikmat yang dapat dikesan oleh Khalifah al-Mamun.
Dia berpendapat bahawa sesiapa yang tidak memuji niat anda yang baik, dia tidak
akan mensyukuri perbuatan anda yang terpuji.
7

Dia dapat mengesan perkara ini kerana kebijaksaan yang dia miliki. Ini bukanlah
suatu yang pelik, kerana dia adalah hasil pentarbiahan khilafah dan pewaris
ayahandanya, Rashid, yang menyebabkan syaitan berjaya melakukan penyesatan hasil
daripada tindakannya menzalimi ahli hadis dan membantu pengembangan bidah.
Namun syaitan masih tidak berjaya mencabut kebaikan hingga ke akar umbinya, oleh
itu, sedikit sebanyak kebaikan masih lagi berbaki.
Kepentingan kata-kata al-Mamun di atas terletak pada kejayaannya menarik
perhatian anda supaya menilik kepada niat permulaan, yang tidak seharusnya
dialpakan, jika anda mahu mengukur sesuatu perbuatan pada akhirnya. Perbuatan
yang salah, boleh diringankan kesilapannya oleh niat yang baik sehingga anda
terselamat daripada celaan. Begitu juga sebaliknya, perbuatan baik terhadap anda,
wajib anda mensyukurinya. Janganlah anda merasa tidak perlu bersyukur hanya
semata-mata anda mengatakan bahawa ia adalah taqdir yang telah ditentukan.
Sebenarnya, orang yang melakukan perbuatan yang baik terhadap anda itu, telah diuji
hatinya di antara dua niat, tetapi dia memilih yang baik, tidak yang buruk.
Kata-kata al-Mamun itu adalah bisikan tersebunyi bagi anda, tetapi ia kuat. Ia
ditujukan kepada anda, ketika anda enggan mengiktiraf kebaikan orang lain terhadap
anda. Dia memberikan nasihat kepada anda secara zalim dalam gambaran sebagai

7
Tarikh al-Khulafa, al-Suyutiyy, hlm. 321.
18

seorang yang dizalimi. Dia juga memberikan nasihat kepada anda secara ingkar,
dalam gambaran seorang pemberi.
Kegembiraan al-Mahdiyy
Tetapi semua ini tidak lebih daripada keadilan dan keinsafan serta kesedaran yang
dituntut. Masih ada lagi darjat yang lebih tinggi, iaitu anda menilai sesuatu bencana
yang berlaku dengan anda membantu mangsanya dan anda membalas permusuhan
dengan kebaikan.
Tiada seorang pun yang akan merasa kemanisan kehidupan dan melihat
keindahannya, kecuali selepas kewujudan seseorang yang bersifat seperti sifat di atas.
Orang itu akan mengisi kehidupan ini dengan kasih sayang menggantikan kebencian
yang wujud sebelum itu.
Al-Mamun melalui jalan yang jarang sekali di lalui. Dia mengutamakan persahabatan
dengan orang seperti ini daripada terus memegang tampuk pemerintahan, sedangkan
pada zamannya, tiada sesuatu pun yang lebih mulia daripada kuasa pemerintahan. Ini
disaksikan sendiri oleh rakan rapatnya, Mukhariq, ketika dia membacakan kata-kata
Abu al-Utahiyyah:
Aku amat memerlukan bayangan seorang sahabat,
Yang jernih dan terang ketika aku menjadi keruh terhadapnya.
Mukhariq berkata bahawa al-Mamun memintanya supaya terus mengulangi syair
tersebut sehingga empat kali. Kemudian al-Mamun berkata: Wahai Mukhariq!
Ambillah pemerintahanku ini dan berilah sahabat itu kepadaku.
8

Ini diucapkan oleh al-Mamun kerana ketika beliau memegang tampuk pemerintahan,
kehidupan telah menjadi tidak tentu arah. Neraca kebaikan telah bertukar ganti,
selepas kewujudan kejernihan sebelum daripada itu. Dengan tangannya, al-Mamun
mengharamkan keindahan kehidupan ini terhadap dirinya sendiri. Dia sebenarnya
telah melakukan jenayah terhadap dirinya sendiri dalam keadaan tidak menyedarinya,
iaitu ketika dia melantik ahli bidah dan pelampau al-Shuubiyyah sebagai ketua dan
pemimpin. Daripada kesalahan seumpama inilah kita dapat mengenali dan memahami
hakikat apa yang telah kita perkatakan sebelum ini, iaitu ketika kita menghubung dan
mengikat antara kebaikan dan kelurusan kehidupan ini dengan kebaikan dan
kelurusan kumpulan yang memimpin.
Setiap kita merasa kasihan dan simpati terhadap keadaan al-Mamun. Kita dan juga
golongan yang lepas bebas. Cuma bezanya, golongan yang lepas bebas ini merasa
takut dan gerun terhadap kedukacitaan al-Mamun, menyebabkan mereka bertukar

8
Tarikh al-Khulafa, hlm. 321.
19

menjadi orang yang kecewa dan sesat, tidak tahu apa yang harus dilakukan. Tetapi
kita, orang yang harakiyy, dengan segera dapat melakukan pembaikan yang kita
sudah tahu bagaimana caranya, melalui jalan yang dekat dan mudah bagi orang yang
berusaha.
Keindahan kehidupan tidak akan kehabisan. Ia cuma ditutup dan dilindung oleh suatu
dinding. Ia dilindung oleh akhlak dan perangai para pemerintah yang menyeleweng.
Jika mereka pupus, pasti debu akan berterbangan dan cahaya kasih sayang sejati akan
memancar. Hakikat ini tertanam utuh di dalam fitnah setiap manusia, manusia
keseluruhannya.
Ini memang pemerhatian yang mendalam dan perayauan ke seluruh tempat yang jauh.
Inilah yang menjadi latihan para duat sejak permulaan. Ketika mendengar suara
nyanyian dan gendang mereka, anda tidak tahu; adakah mereka memberi nasihat dan
saling berpesan di antara satu lain, atau mereka mengajar dan kepada rakan, mereka
berkata:
Maafkanlah saudaramu ketika dia mencampurkan,
yang benar dengan yang salah.
Janganlah engkau mengerasinya,
jika pada suatu hari dia menyeleweng atau berlaku adil.
Ketahuilah jika anda hanya mahu mendapatkan
rakan yang baik semata-mata, anda hanya akan beroleh kehampaan,
Siapakah gerangannya yang tidak pernah silap,
dan siapakan gerangannya yang hanya mempunyai kebaikan?
Tiada seorang pun. Tiada seorang pun. Tiada seorang pun.
Akhirnya ini adalah pengembalian ke pangkal jalan selepas memperolehi hikmat
kebijaksanaan. Pengembalian kepada kehebatan perkara badihi (asasi) yang jelas dan
menyempurnakan pandangan golongan pintar dan mulia. Kadang kala, hakikat ini
dilupai, namun ia tetap akan kembali tegak terpampang dan terpancang di hadapan
anda. Ia mencabar dengan terus terang agar anda membidik panah kepadanya. Persis
seperti seorang gagah yang penuh yakin mencabar seorang pemanah yang teragak-
agak. Si gagah itu mempamerkan dadanya kepada pemanah yang teragak-agak itu,
menyebabkan anak panah yang sudah lama diasahnya itu terjatuh dari tangannya.
Sesuatu pencerobohan yang berlaku ke atas anda mungkin akan menyebabkan anda
terdorong membalasnya. Anda akan berusaha memenangkan diri anda dan ketakburan
anda memuncak. Namun apabila anda teringat bahawa tiada manusia yang terpelihara
daripada melakukan kesalahan, ketegangan kemarahan anda akan menjadi kendur.
Jika anda tidak melakukannya, pandangan anda akan menerjah terhadap perkara
20

badihi yang terpampang itu dan mempunyai dua bebola. Hati anda akan gementar,
kemudian tunduk kepada kebenaran hakikat, setelah ia enggan memperakui logik
kebenaran.
Hikmat Duat Dan Keadilan Qadhi Bersama
Selain fitrah dan perkara badihi, adab-adab syarak juga mengongkong anda. Ia
mengiringi anda menuju ke arah kesempurnaan. Bahkan terdapat arahan yang jelas
mengatakan: Hendaklah kamu memaafkan kesalahan yang dilakukan oleh orang
ternama.
9

Oleh kerana inilah, Imam al-Shafii mengecualikan daripada dikenakan tindakan
hukuman tazir yang ditentukan oleh hakim terhadap mereka lantaran ketergelinciran
yang dilakukan.
Berkenaan dengan definisi golongan orang ternama ini, al-Mawardi meriwayatkan
dua pendapat:
Pertama: Bahawa mereka adalah golongan yang hanya melakukan dosa kecil sahaja,
tidak dosa besar.
Kedua: Iaitu mereka yang menyesal dan bertaubat apabila melakukan dosa.
Manakala Imam al-Shafii pula mengatakan bahawa mereka adalah orang-orang yang
dikenali tidak melakukan kejahatan.
10

Tidak syak lagi, pentafsiran yang dibuat oleh Imam al-Shafii nampaknya lebih
hampir kepada maksud hadis. Untuk menganggotai saf dakwah, atau untuk menerima
bantuan orang lain, seseorang haruslah memiliki syarat yang lebih besar daripada
semata-mata terlindung daripada kejahatan atau tersohor dengan kebaikan, bahkan
hendaklah terhimpun padanya segala maruah yang mulia, himmah yang tinggi dan
tujuan yang murni. Oleh itu, sifat memaafkan kepada orang-orang yang seumpama
mereka, lebih-lebih lagi dituntut.
Atau adakah anda mahu agar orang-orang yang mulia itu terselamat daripada
hukuman tazir para hakim sahaja, tetapi dikenakan hukuman tazir pula oleh para
duat?
Para pemberi nasihat tidak pernah mengisyaratkan kepada anda agar berlaku keras
terhadap mereka yang firasat anda mengatakan bahawa mereka pasti melakukan
taubat sebaik sahaja melakukan kesalahan. Tetapi layanan yang keras itu amat sesuai

9
Sahih al-Jami al-Saghir, al-Albani, jil. 1, hlm. 382.
10
Al-Ashbah wa al-Nazair, al-Suyutiyy, hlm. 517.
21

diberikan kepada golongan yang terjerumus ke lembah fitnah. Mereka sentiasa berada
di dalam keragu-raguan, sehingga akhirnya mereka memburukkan segala kebaikan,
memecahkan benda yang bertaut dan merungkaikan benda yang kemas terikat.
Sehingga terhadap mereka pun, layanan yang anda berikan seharusnya tidaklah
berada pada satu peringkat sahaja. Anda mestilah berwaspada. Anda hendaklah
bersederhana, ketika semangat sedang memuncak kerana itu akan mendorong anda
menyeleweng ketika berinteraksi dengan orang yang tidak sehaluan dengan anda,
kecuali jika anda seorang yang cekal dan berani membuat serangan. Kerana
kesederhanaan adalah kewajipan yang ditentukan oleh kebanyakan teori kefahaman.
Contohnya: Kaedah pentakwilan. Ia adalah antara kaedah-kaedah fiqh benar, yang
menutup kebanyakan pintu kerosakan. Kita sewajarnya membuat pentakwilan bahawa
seseorang yang melakukan kesalahan itu adalah mangsa kepada kekeliruan. Dia tidak
sengaja melakukan kesalahan tersebut. Dia juga adalah seorang mujtahid yang tidak
menyeleweng. Ketika itu (iaitu ketika melakukan kesalahan itu), dia diliputi oleh
kelalaian. Tidak terlintas di dalam fikirannya untuk melakukan kesalahan itu. Para
sahabat radhiyallahu anhum pernah berbunuh-bunuhan, tetapi mereka saling
melakukan pentakwilan sesama mereka. Para hakim berusaha untuk mengelakkan
hukum hudud daripada dikenakan terhadap pesalah disebabkan keraguan yang
berbangkit. Mereka (para ulama) juga mengambil langkah berjaga-jaga daripada
mengkafirkan seseorang muslim, selagimana si muslim itu tidak melakukan sesuatu
yang terang tidak boleh ditakwilkan melainkan kufur. Banyak lagi contoh-contoh
yang dapat dikemukakan di sini, yang menyebabkan ketenangan dan kelemah-
lembutan anda dalam perkara ini, bukanlah suatu yang ganjil dalam tabiat ilmu fiqh
Islam.
Contohnya lagi: Membuka pintu taubat bagi pelaku dosa, dan membuka pintu untuk
kembali ke pangkal jalan bagi yang melakukan kesalahan. Tetapi jika anda memotong
semua jambatan yang terdapat di antara anda dengannya, dia akan diselubungi oleh
kekecewaan, atau dia akan berjuang memenangkan dirinya sahaja. Oleh itu, sedaya
mungkin, biarkanlah dia menyeberangi jambatan tersebut.
Contohnya lagi: Menutup pintu-pintu yang membawa kepada maksiat. Banyak nas
syarak yang menggesa melakukan sesetengah perkara kebaikan, namun perkara
kebaikan itu hendaklah ditangguhkan jika perlaksanaannya membawa kepada
kelahiran mudharat yang lebih besar. Ketetapan-ketetapan yang berkaitan dengan
bentuk perlaksanaan (bukan dasar atau prinsip) di dalam sesebuah jamaah Islam
adalah lebih rendah tarafnya. Ini adalah jelas, tidak perlu kepada perdebatan atau
bukti. Kemungkinan perlaksaan secara jumud terhadap ketetapan-ketetapan tersebut
akan mengakibatkan berlaku kemudharatan yang tidak disengajakan ketika ketetapan
itu diambil. Oleh kerana itu, setiap dai hendaklah memperingatkan masulnya tentang
beberapa keadaan pengecualian. Dia hendaklah sentiasa mengekang dan tidak
22

membiarkan semangatnya begitu sahaja. Dia juga hendaklah menentukan bahawa
semangatnya tidak mengatasi semangat para pimpinannya.
Contohnya lagi: Keharusan menghimpunkan antara dua maslahat, dua kepentingan
atau dua kebaikan. Dengan kaedah ini, anda boleh menimbang antara maslahah
(kepentingan) jamaah dan maslahah individu yang melakukan kesalahan. Anda
menjaga maslahah jamaah dengan anda memecat individu tersebut kerana mahu
menjaga kesatuan jamaah, dan kerana mahu menjauhkan jamaah daripada perdebatan
yang hanya akan melambatkan kelajuan dakwah. Tetapi anda akan menjaga maslahah
individu itu apabila anda tidak memecatnya kerana kemungkinan dia akan kembali ke
pangkal jalan jika anda berlembut dengannya dan mendengar permasalahannya yang
telah diungkapkannya sebelum ini dengan cara yang tidak sewajarnya. Dia juga
mungkin akan kembali kepada kebenaran apabila dia benar-benar ingin mencari dan
memperolehinya.
Kadang-kadang kita terlupa kepada perkara asasi ketika terlalu ghairah mencari
penyelesaian. Hingga kita kadang-kadang terlupa untuk melakukan penghimpunan
(al-jam
c
wa al-tawfiq) di antara maslahah-maslahah yang bercanggah, ketika sibuk
mencari jalan keluar bersama para fuqahak terhadap sesuatu perkara yang kelihatan
saling bertentangan.
Pengalaman: Ilmu Tersendiri
Pengalaman tersebut ialah berita tentang ketenangan hati di dalam dada yang luas.
Hakikat ini membenarkan seseorang dai untuk memahami pengalaman orang
terdahulu, lalu dia boleh mengembangkannya dan berhenti sejenak untuk menoleh ke
belakang.
Orang terdahulu mempunyai mata hati yang memberikan petunjuk.
Dengannya ia sesat, atau berjalan dengan panduan.
Demikianlah pengalaman. Mata hati yang memberikan petunjuk. Ia akan
mengurniakan keseimbangan kepada anda, ketika kelalaian menjerumuskan anda ke
lembah kesesatan. Ia akan menggariskan jalan yang seharusnya dilalui ketika anda
ingin mencapai ketinggian dan kemuliaan.
Ia adalah ilmu yang asli. Isyaratnya jelas. Buktinya kukuh. Seorang penyair telah
menjelaskan tentang perkara ini dengan lebih terang dan berpesan kepada anda:
Bacalah sejarah kerana padanya terdapat pengajaran.
Satu kaum telah binasa kerana tidak tahu tentang berita.
Ia juga adalah cerita tentang kita yang akan sampai kepada orang yang selepas
daripada kita. Ia memperlihatkan kepada mereka, sejauhmana kita mengambil iktibar
daripada cerita yang diriwayatkannya. Sesiapa yang terputus sanadnya dan kehilangan
23

penyambungan, dia akan sesat dan meraba-raba. Ini akan mensia-siakan tenaganya
ketika dia melakukan percubaan yang telah gagal dilakukan oleh gerombolan
sebelumnya. Dia juga akan sesat dan meraba-raba jika dia memalingkan
pandangannya daripada melihat tanda-tanda penunjuk arah yang terdapat sepanjang
perjalanan menuju matlamatnya, yang telah diletakkan oleh orang yang baru sahaja
melalui jalan tersebut.
Oleh kerana itu, kesedaran seseorang masih lagi dianggap tidak sempurna selagi dia
masih belum mendengar kisah-kisah para pendokong dan perintis.
Setiap perkara yang diajarkan oleh zaman kepada anda maka ketahuilah,
kerana pengalaman adalah ilmu untuk memahami.
Itu adalah asas yang menjadi dasar pengajaran-pengajaran fiqh al-dakwah. Ia juga
adalah anak-anak sungai yang memindahkan anda ke lembah pemanfaatan. Ia juga
akan menegah anda daripada kesesatan dan menjadikan permasalahan Islam sebagai
sesuatu yang penting bagi anda, ketika anda berada di laluan pengaliran, kadang-
kadang dalam keadaan tenang, dan kadang-kadang berada di tengah pusaran.
Bangunlah, Tentanglah Berhala Dan Persendakan Keegoannya
Ia akan mengembalikan anda kepada jihad yang praktikal selepas kepadaman dan
kesenyapan, agar anda seterusnya memasuki peperangan pemaksaan terhadap musuh-
musuh Allah, setelah selesai peperangan pemaksaan terhadap syaitan, pada permulaan
perjalanan dahulu.
(Ia dinamakan sebagai ubudiyyah pemaksaan yang hanya dikesan oleh orang yang
mempunyai mata hati yang sempurna. Perkara yang paling dikasihi oleh Allah ialah
pemaksaan oleh para walinya terhadap musuhNya.)
11

Sebagaimana firman Allah swt:

Maksudnya: Yang demikian kerana sesungguhnya (tiap-tiap kali) mereka merasai


dahaga, dan merasai penat lelah, dan juga merasai lapar (dalam perjuangan) pada
jalan Allah; dan (tiap-tiap kali) mereka menjejak sesuatu tempat yang menimbulkan

11
Madarij al-Salikin, jil. 1, hlm. 226.
24

kemarahan orang-orang kafir; dan juga (tiap-tiap kali) mereka menderita sesuatu yang
mencederakan dari pihak musuh - melainkan semuanya itu ditulis bagi mereka:
(pahala) amal yang soleh. Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-
orang yang berusaha memperbaiki amalannya. (Al-Taubah: 120)
Firman Allah swt tentang orang-orang yang seumpama Rasulullah saw dan para
pengikut baginda:

Maksudnya: dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka
diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak
dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di
atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang
menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan
pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia
hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad
dengki - dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Al-Fath: 29)
12

(Menjadikan kuffar marah adalah matlamat yang dituntut di sisi Allah. Sesiapa yang
melaksanakannya bererti telah melaksanakan ubudiyyah yang sempurna. Ketika
mensyariatkan sujud sahwi bagi orang yang lupa di dalam solatnya, Rasulullah saw
bersabda: Jika solatnya memang telah sempurna, maka sujud tersebut adalah sebagai
pemaksaan kepada syaitan. Baginda menamakan sujud tersebut sebagai pemaksa.
Sesiapa yang beribadat kepada Allah dengan memaksakan musuhNya, maka dia telah
mempunyai bahagian yang banyak daripada panahan al-Siddiqiyyah (kebenaran).
Kadar kasih sayang dan kesetiaan seseorang hamba serta penentangannya terhadap
musuhnya, itulah yang menentukan kadar pemaksaan dan peperangannya terhadap
musuhnya. Demi kerana pemaksaan ini, sikap menyombong dan bongkak
dibenarkan ketika berada di medan peperangan.)
13

Kefasihan Keazaman Yang Merendah Diri
Kata-kata ini diungkapkan oleh Walid al-Azami sebagai satu bait yang menetapkan
peraturan persaingan di kalangan golongan salih, bahawa:
Orang yang paling layak memperolehi kemuliaan: ialah seorang hamba

12
Ibid.
13
Ibid.
25

yang memusnahkan dirinya, bagi menyelamatkan agamanya.
14

Menyelamatkan agama tidak boleh dilakukan tanpa pemusnahan (diri). Hanya dengan
pemusnahannya, tuntutan agama baru dapat dicapai dengan sempurna. Para
pendakwah Islam dapat membaca pengertian pemaksaan dengan jelas pada huruf-
huruf lafaz pemusnahan. Hamba Allah yang mulia ini tidak dianggap bergopoh
gapah ketika dia mencampakkan dirinya ke medan peperangan. Kerinduannya kepada
syurga tidak mendorongnya untuk melakukan serangan hendap yang boleh
memancutkan darah para syuhadak. Tetapi dia mengatur rancangan dan
membangkitkan kemarahan. Dia tidak melalui jalan jauh yang memenatkan tenaganya
dan mengurangkan kekuatannya. Sehingga apabila dia telah menjadi kering dan layu,
serta telah menunaikan segala tuntutan pemaksaan, maka pada ketika itu, dadanya
sudah bersedia untuk menerima penyembelihan, dan ditembusi oleh peluru
pembunuhan yang menerjah deras. Ketika itu, dia menjadi teladan kepada orang-
orang yang merdeka, contoh kepada jiwa manusia yang berada dalam keadaan yang
tinggi. Manakala orang yang zalim pula akan tersungkur dan menjadi perumpaan bagi
jiwa manusia yang jatuh terperosok ke lembah kerendahan dan kehinaan.
Inilah kemampuan dan kebolehan para pendakwah Islam melakukan pemberian yang
berterusan. Kerja dan aktiviti mereka sentiasa berjalan walaupun jasad mereka
terpenjara. Kefahaman dan pemikiran mereka sentiasa memandu manusia, meskipun
mereka sudah terbunuh, dan meskipun mereka tidak memperoleh kekuasaan.
Bukan Banyak Bercakap, Bukan, Dan Bukan Juga Banyak Mengarang Syair
Adalah menjadi kewajipan bahawa tangan perubahan Islam mestilah dipanjangkan
kepada jahiliyyah yang sedang melanda. Menjadi kewajipan juga untuk menghalang
orang yang menghalang perubahan Islam itu. Oleh itu, menjadi kewajipan juga untuk
berjihad.
Dakwah Islam tidak bermusuh dan tidak mengkafirkan masyarakat keseluruhan, yang
terdiri daripada golongan mustadhafin yang diperdayakan oleh media massa dan
sistem pendidikan. Semua itu, melalaikan mereka daripada melakukan sujud dan
mendorong mereka untuk menyahut seruan syahwat. Mereka mempunyai keberanian
untuk melangkahi sempadan yang halal. Namun fitrah semulajadi mereka masih
sejahtera. Keimanan masih lagi ada. Tetapi adalah menjadi suatu kewajipan kepada
dakwah Islam untuk mengingkari golongan mustakbirin yang memberontak terhadap
fitrah semulajadi mereka, yang terdiri daripada orang-orang yang menghalalkan apa
yang diharamkan oleh Allah, yang memegang kekuasaan terhadap ummat secara
keras dan paksa, yang memandu manusia ke arah kebebasan mutlak tanpa batasan

14
Majallah al-Way al-Islamiyy al-Kuwaytiyyah, bil. Zul Hijjah 1398H.
26

sempadan, yang melakukan kezaliman, yang mencuaikan kepentingan rakyat dan
yang menjauhkan manusia daripada al-Quran.
Para pendakwah Islam bukanlah golongan yang dahagakan darah. Hati mereka tidak
gembira dengan sebab pertembungan yang berlaku. Tetapi kecuaian berlaku di pihak
yang berkuasa. Celaan dihalakan ke arah mereka. Mereka menutup mulut. Mereka
memusnahkan kebebasan. Sehingga mereka sahaja yang berhak untuk mempengaruhi
manusia. Mereka mendedahkan aurat isteri dan anak perempuan mereka. Mereka
memenuhkan otak anak-anak mereka dengan kekufuran. Mereka menggembar
gemburkan pendapat-pendapat logik akal dan falsafah. Apabila ada seorang yang
berakal memberikan nasihat, mereka memenjarakannya. Atau jika dibangkang oleh
seorang pendakwah Islam, mereka menjatuhkan hukuman bunuh ke atasnya. Seolah-
olah kebenaran hanya dimonopoli oleh mereka, atau nyawa manusia seluruhnya telah
dibeli oleh datuk nenek mereka untuk diperlakukan sewenang-wenangnya oleh
mereka.
Kepungan dan kekangan pasti akan memaksa orang yang dikepung (melakukan
sesuatu). Para pendakwah lebih mengetahui tentang dirinya yang lebih suka kepada
proses peyakinan, dialog dan perdebatan dengan cara yang terbaik, dengan penuh
ketenangan dan ketertiban. Tetapi dengan syarat golongan mustakbirin masih belum
melampau dalam kesesatan mereka dan masih belum melampau dalam melakukan
penghalangan. Ketika itu, perkataan-perkataan tidak berguna lagi, yang tinggal hanya
bunyi lafaznya sahaja. Ucapan-ucapan yang dialunkan juga menjadi kosong tidak
bermakna. Hanya keazaman sahaja menjadi jalan yang masih tinggal untuk dilalui.
Apabila dia sudah panjang berbicara, aku berkata kepadanya
hanya keazaman boleh mengatasi mara bahaya, bukannya khutbah (ucapan).
Bebanan yang dicampakkan oleh parti-parti kesesatan sekular dan kumpulan-
kumpulan taghut, ke atas dada ummat Islam hari ini, merupakan masalah yang
memenatkannya sepanjang sejarah. Para pendakwah memang memahami tentang ciri-
ciri mehnah dan jalan-jalan yang membawa kepada keselamatan. Kefahaman tentang
perkara itu memang teguh dalam diri mereka. Tetapi perancangan yang dilakukan
semalam, tidak mampu untuk menggambarkan pandangan kebenaran secara jelas.
Keazaman yang kental juga tidak ada bagi membantu kesedaran yang ada itu.
Islam sudah sememangnya jelas semenjak dahulu lagi. Islam juga memang
mempunyai petunjuk yang asli. Perkara inilah yang diperkatakan oleh al-Imam al-
Banna rahimahullah dalam al-Muktamar al-Khamis. Beliau mengemukakan soalan:
Apa yang anda kehendaki daripada seseorang yang mengikut agama ini, ialah
bahawa dia adalah seorang yang mempunyai kekuatan dalam segala sesuatu.
Slogannya ialah kekuatan dalam segala perkara.
27

Beliau juga menjelaskan bahawa para pendakwah mestilah mempunyai kekuatan.
Mereka juga hendaklah bekerja dengan penuh kekuatan.
Kenyataan tersebut bukanlah dilakukannya hasil pengucapan yang tiada
pertimbangan, atau kerana semangat pemimpin yang membara, kerana beliau
mengungkapkannya sekali lagi dalam Muzakkiratnya:
Kita adalah musuh terhadap setiap pemimpin atau ketua parti atau pertubuhan yang
tidak bekerja untuk membantu Islam dan tidak berjalan di atas jalan yang boleh
mengembalikan kekuasaan dan kemegahan Islam. Kita akan mengisytiharkan
permusuhan yang tidak henti-henti terhadap mereka, sehingga Allah menjelaskan
kebenaran di antara kita dan kaum kita. Allah adalah sebaik-baik pembuka
kebenaran.
15

Berita-berita Menggembirakan.!
Pertelingkahan politik dan kemasyarakatan yang disaksikan oleh Dunia Islam hari ini,
keguguran (pembunuhan) orang-orang tertentu dan perbalahan pemimpin kufur
sesama mereka, semuanya ini adalah mukadimah yang disediakan oleh Allah di
hadapan para pendakwah bertujuan untuk menghapuskan berhala-berhala yang
menghalang, dan sebagai isyarat kepada golongan kebingungan yang dipenatkan oleh
kesesatan jahiliyyah agar mereka masuk secara berbondong-bondong ke dalam agama
Allah.
Keadaan kita hari ini, samalah dengan hari-hari sebelum penghijrahan Rasulullah saw
ke Madinah. Hari itu disifatkan oleh Aishah r.a. dengan katanya:
Hari Buath adalah hari yang dijadikan mukadimah oleh Allah bagi RasulNya saw.
Ketika baginda berhijrah, mereka berada dalam keadaan berpecah belah, para
pemimpin mereka terbunuh dan terluka. Keadaan ini dijadikan mukadimah oleh Allah
bagi RasulNya, untuk mereka masuk memeluk Islam.
16

Kemusnahan golongan taghut tidak boleh dibanding-bandingkan. Namun ia tetap
menjadi pengajaran dan peringatan.
Jika semua perkara berlaku dalam bentuk yang sama,
nescaya orang yang pintar sentiasa dapat mengatasi keburukannya.
Kepintaran seseorang tidak selamanya dapat membantu setiap masa. Jika kepintaran
boleh membantu setiap masa, nescaya burung belatuk akan sentiasa terselamat.
Belatuk adalah burung pintar yang mengetahui di mana wujudnya air walaupun

15
Muzakkirat al-Dawah wa al-Daiyah, hlm. 136.
16
Sahih al-Bukhari, jil. 5, hlm. 55, cetakan Subaih.
28

berada di kawasan padang pasir. Namun, ia kalah dan dapat ditangkap oleh seorang
budak yang memasang perangkap dengan meletakkan seekor cacing atau bijian yang
kecil.
Manusia tidak bertanggungjawab terhadap kejayaan yang akan diperolehi. Tetapi dia
berkewajipan untuk berhati-hati dan bersungguh-sungguh ketika permulaan lagi.
Seorang penyair telah berkata:
Kewajipan mereka ialah menyempurnakan permulaan sesuatu pekerjaan,
bukan untuk menyempurnakan hasilnya.
Sulaiman bin Abdul Malik atau salah seorang daripada ahli keluarganya berkata:
Aku tidak mencela diriku jika aku tidak memperolehi sesuatu perkara yang telah aku
mulakannya dengan penuh keazaman. Aku juga tidak akan memuji diriku terhadap
kedudukan yang aku perolehi jika ia dimulakan dengan kelemahan.
17

Pentarbiahan Semangat Yang Menyala-Nyala
Adalah menjadi kewajipan tarbiah Islamiyyah harakiyyah untuk menyalakan obor
semangat di dalam hati para pendakwah bagi membantu meningkatkan semangat dan
keazaman yang kental.
Bilangan para fuqaha dan ahli fikir memang banyak. Tetapi permasalahan Islam
masa kini memerlukan kepada mereka yang mempunyai hati yang sentiasa disengat.
Mereka yang sentiasa bertindakbalas dengan segala peristiwa yang berlaku pada
setiap detik. Mereka menganggap pemaksaan, kedegilan dan serangan mereka
terhadap kebatilan sebagai suatu ibadat. Harapan hanya diberikan kepada orang-orang
seumpama mereka. Bukan kepada orang-orang yang hanya tahu melaungkan suara-
suara tinggi yang tidak keruan.
Hakikat ini memberikan satu ciri khas bagi manhaj dakwah ketika ia mahu melampaui
dan melangkahi kajian-kajian fiqh dan pemikiran yang hampir kepada perbincangan
mantiq yang membekukan. Ia mahu melangkah kepada peningkatan hati yang
mendahului, atau berjalan seiring, atau terhasil daripada pengkajian dan perbincangan
tersebut. Peningkatan hati yang mengenyangkan ruh, memuncakkan kerinduan,
menggalakkan pengorbanan dan mendorong ke arah jihad.
Ini adalah mazhab Iqbal yang dibongkarkannya setelah dia melihat kepintaran al-
Imam al-Razi yang mengkagumkan dalam bidang falsafah ketika mentafsir al-Quran,
tetapi gagal menggerakkan hati.

17
Abu Hayyan al-Tauhidi, di dalam Imta wa al-Muanasah, jil. 3, hlm. 221.
29

Iqbal -tanpa lalai untuk mengiktiraf kelebihan orang lain- berkata:
Fahamilah kitab Allah daripada al-Razi.
Ambillah cahaya daripadanya, kerana malam lebih gelita.
Tetapi aku mempunyai pandangan, fahamilah ia.
Adakah kita boleh hidup dengan hati yang tidak bernyala?
18

Sudah tentu tidak! Para pembaca kitab al-Razi menjadi bukti. Mereka beriman dan
iman mereka adalah iman yang baik. Mereka berjaya mematah dan menjelaskan
kepalsuan hujjah golongan mulhid, tetapi mereka tidak mampu mentarbiah generasi
ummat ini, menyalakan obor semangat dan memimpin mereka ke arah medan jihad.
Bahkan majlis-majlis dialog akal hanya melahirkan kemewahan keilmuan yang
melemahkan semangat, langsung tidak mengangkat dan meninggikannya. Ia juga
hanya melalaikan daripada memenuhi keperluan, lalu lahirlah seorang faqih yang:
Menghunuskan pedang, tiada harta dalam tangannya.
Rak ini, runtuh dengan kitab yang banyak.
Ini adalah model yang tidak diperlukan. Dakwah Islam hari ini juga nampaknya
seperti mengulangi perkara yang sama. Penimbunan hasil pemikirannya tidak pernah
dilakukan oleh mana-mana kumpulan lain. Sehingga rak-rak yang menanggungnya
sedang mengeluh dan sudah membengkok ke bawah dan hampir mematahkan tiang
yang dijadikan oleh para pendakwah sebagai tongkatnya. Orang yang melihatnya
tertawa, sebagaimana al-Rafiiyy tertawa ketika beliau digerunkan oleh pedang kayu
yang berada di tangan yang berwudhuk.
Inilah kebingungan Islam yang sentiasa berlaku akibat kejahilan penganutnya,
kelemahan ulamanya dan kemanjaan pendakwahnya.
Nyanyian Kejayaan (Kemenangan)
Oleh kerana itu, uslub pentarbiahan para pendakwah hari ini hendaknya janganlah
bermula dengan mencampakkan kajian-kajian kering ke dalam hati manusia,
sebagaimana yang dilakukan oleh universiti-universiti. Bahkan mereka hendaklah
dikeluarkan merentasi dunia realiti dan bertindakbalas dengan kehidupan seharian.
Seruan pertama yang sepatutnya didengar oleh orang yang berjalan bersama
gerombolan dakwah ialah seruan yang dibuat oleh Abdul Wahhab Azzam yang
berkata:
Wahai orang yang terpenjara di rumah, hanya menjadi teman bukunya!

18
Diwan Hadiyyat al-Hijaz, hlm. 90, terjemahan Dr. Husain Mujib al-Misriyy.
30

Wahai orang yang hanya membaca makalah setiap orang alim!
Tampillah ke dalam kehidupan dan bacalah baris-baris
yang jelas kelihatan oleh mata setiap yang bijaksana.
19

Baris-baris berkenaan cara melayan manusia, mengetahui peringkat-peringkat
jahiliyyah mereka dan usaha-usaha yang patut dilakukan untuk memperbaiki mereka.
Juga untuk mengetahui kesabaran orang-orang merdeka menghadapi mehnah, serta
bagaimana seorang remaja, adventurer dan fasiq sifatnya boleh mengatasi seorang tua
yang bijaksana, lagi beriman.
Melalui baris-baris tersebut, jiwa manusia dapat membongkar banyak hakikat. Jika
kehidupan ini tidak mengandungi gerakan perubahan, nescaya ia kehilangan
matlamatnya. Jika gerakan perubahan itu pula menyeleweng daripada batasan
sempadan hakikat fitrah, ia tidak akan sampai kepada matlamat perjalanannya. Dan
jika perjalanan ke arah pencapaian matlamat tidak dibantu oleh perkiraan-perkiraan
yang berada di luar logik akal, seperti pemberian yang terhasil melalui tawakkal,
maka perjalanan anda akan menjadi panjang, dan banyak usaha anda akan sia-sia.
Itulah sebab kepada pelarian manusia dari sisi para pendakwah kerana kewujudan
fenomena tawakkal secara umum. Doa-doa sentiasa berkumandang memenuhi
pendengaran mereka, tetapi mereka tidak mengambil berat tentangnya, kerana doa-
doa tersebut tidak lebih hanyalah bisikan pencari kekayaan, atau penunggu kelazatan.
Doa-doa tersebut juga tidak lebih hanya merupakan suara yang menawan mereka dari
jauh sejak zaman berzaman. Hati mereka merasa gembira dan tertarik, lalu
menghampirinya dan diam mendengar. Oleh itu, anda boleh mendengar getaran suara
seorang zahid Sudayf bin Maymun yang mengajar doa untuk memisahkan diri
(daripada kezaliman orang yang zalim) kepada orang ramai, dan bagaimana mereka
menyahutnya:
Maksudnya: Ya Allah! Sesungguhnya orang-orang yang beriman telah diperintah
oleh ahl al-zimmah. Urusan mereka di setiap kawasan ditadbirkan oleh orang fasiq.
Ya Allah! Semua hasil tanaman kebatilan telah masak ranum, mencapai kemuncaknya
dan telah berkumpul segala yang terbuang. Ya Allah! Datangkanlah kepadanya
(kebatilan) itu satu tangan daripada kebenaran (al-haqq) yang akan
menghapuskannya, memecahbelahkan kesatuannya dan menceraiberaikan urusannya,
agar kebenaran muncul dalam keadaan dan cahaya yang paling baik dan sempurna.
20


19
Diwan al-Mathani, hlm. 139.
20
Uyun al-Akhbar, Ibn Qutaybah, jil. 1, hlm. 76.
31

Ketika melakukan pertimbangan, mereka mengangguk-ngangguk kebingungan:
Adakah orang yang salih ini lebih tinggi balaghahnya kerana dia membongkar faktor
penyebab kepada keadaan buruk yang dialami, atau kerana dia menyifatkan keadaan
tanaman kebatilan yang sedang masak ranum itu?
Anda tidak tahu: Adakah mereka mendahulu dan mengikut Sudayf atau sebenarnya
mengikut seorang khalifah kerajaan Abbasiyyah, al-Qaim bi Amrillah bin al-Qadir,
yang berseni-seni berdoa merendah diri kepada Allah ketika beliau dikalahkan oleh
seorang pemfitnah dari golongan al-Batiniyyah al-Fatimiyyah, yang bernama al-
Basasiriyy. Beliau mengirimkan kepada al-Basasiriyy sepucuk surat mengandungi:
Kepada Allah Yang Maha Agung, daripada si miskin, hambaNya. Ya Allah! Engkau
Maha Mengetahui rahsia-rahsia. Mendalami perasaan. Ya Allah! Engkau Maha Kaya
dengan ilmuMu dan pengetahuanMu terhadap makhlukMu.Tidak perlu kepada
pemberitahuanku ini.
Orang ini (iaitu al-Basasiriyy) adalah seorang hamba yang mengkufuri nikmatMu dan
tidak mensyukurinya. Dia meniadakan natijah daripada nikmat-nikmat tersebut dan
tidak menyebutnya. Kelemah-lembutanMu menyebabkannya menjadi melampau dan
melakukan permusuhan terhadap kami.
Ya Allah! Tiada lagi penolong, orang yang zalim pula semakin menjadi-jadi, sedang
Engkau tuhan yang maha mengetahui, adil dan bijaksana. DenganMu kami merasa
mulia terhadapnya. KepadaMulah kami melarikan diri dari hadapannya. Dia telah
menjadikan dirinya mulia ke atas kami dengan para makhluk. Sedangkan kami merasa
mulia denganMu. Kami datang untuk menyerahkan urusannya kepadaMu. Kami
bertawakkal kepadaMu agar dia berlaku adil terhadap kami. Kami mengadukan
keadaan kezaliman yang kami hadapi ini kepadaMu Kami yakin masalah kami ini
akan dapat dirungkaikan dengan kemuliaanMu. Hukumlah di antara kami dengan
kebenaraan, kerana sesungguhnya Engkau adalah hakim yang paling baik.
Surat al-Qaim ini telah digantung di kabah, lalu al-Basasiriyy terbunuh tidak lama
selepas itu.
Ketinggian Walaupun Selepas Kematian
Pada setiap mereka terhadap kebaikan, sama ada pada khalifah tersebut, atau pada
Sudayf. Daripada perendahan diri kedua-duanya, para pendakwah boleh mengambil
pengajaran dan mencontohinya. Bahkan mereka boleh jadi lebih kreatif, inovatif dan
sempurna ketika berdoa kepada Allah, untuk membangunkan semangat diri mereka
bagi melaksanakan tugas yang berat.
Sesungguhnya doa yang dilakukan oleh Huqaiq pasti mengeluarkan buahnya, ketika
beliau menuju cita-citanya, memohon kemenangan yang menjadi penyejuk mata
32

saudara-saudaranya, para pendakwah. Dan untuk dirinya, dia memohon untuk
memperolehi syahadah. Dengan mendayu-dayu, beliau memohon:
Wahai tuhanku! Telah hampir kematianku, maka janganlah hendaknya
kematianku berlaku di atas pembaringan yang ditinggikan oleh tangan-tangan yang
hijau.
Tetapi kuburku dan tempat rehatku, ialah perut helang,
di udara, di kalangan helang-helang yang sedang tekun bertugas.
Pada petang itu, aku mencapai syahadah sebagai tamu di kalangan satu kumpulan,
yang tercedera di kawasan bumi yang rendah.
Mereka adalah beberapa orang penunggang kuda dari Baghdad yang disatukan
oleh ketaqwaan kepada Allah. Mereka amat terkehadapan ketika berlaku
pertempuran.
Jika mereka meninggalkan dunia mereka, bermakna mereka meninggalkan kesakitan,
dan mereka sebenarnya memperolehi apa yang dijanjikan di dalam al-Quran.
Demikianlah tercatat di dalam riwayat yang sahih, bahawa mereka datang dari
Baghdad. Namun terhadap di dalam riwayat-riwayat yang lain, bahawa mereka adalah
penunggang-penunggang kuda dari Sanaa, atau Beirut, atau Amman. Kesemuanya
adalah berkemungkinan, kerana timbangan syair mengharuskannya.
Demikianlah bagaimana seseorang pendakwah hari ini boleh melakukan penciptaan
dalam perjuangan pemaksaannya itu. Seni untuk perkara itu tidak akan berakhir.
Seseorang pendakwah tidak hanya mengembara pada orbit kemegahan dengan ruhnya
sahaja, bahkan dengan tubuh badannya juga. Sedangkan mereka tidak akan sampai ke
sana, bahkan mereka hanya berada pada perut beburung helang sahaja. Jadi seseorang
pendakwah dapat memaksa (menandingi) mereka setelah mati, sebagaimana dia dapat
menandingi mereka ketika masih hidup.
Dialog Pendakwah Perunding
Sebab yang membezakan di antara para pendakwah Islam dengan semua pemerintah
ialah suatu sebab penting dan jelas dalam logika Islam. Tetapi ia tidak diketahui atau
pura-pura tidak diketahui oleh para pemerintah.
Ini kerana al-Quran dan al-sunnah adalah sumber kepada agama para pendakwah.
Metod pemikiran mereka ditimba daripada kedua-duanya. Mereka juga berpandukan
dengan kedua-duanya untuk mengenali akhlak-akhlak yang baik.
Kedua-dua sumber ini adalah berbeza dengan pandangan-pandangan akal dan
keinginan-keinginan nafsu.
33

Al-Quran dinamakan oleh Allah swt sebagai pembeza melalui firmanNya:

Maksudnya:
Iaitu yang membezakan antara haq dan batil, benar dan salah. Membezakan antara
jalan iman dan jalan jahiliyyah.
Al-Sunnah pula mengikut sifat baginda Rasulullah saw yang menjadi tuannya. Para
malaikat telah dijadikan bercakap oleh Allah swt dengan memuji baginda saw dengan
panjang lebar. Para malaikat berkata:
21

Maksudnya:
xxx sebagaimana yang dibongkarkan oleh nas yang tersembunyi dan berharga ini.
Sesiapa yang mengikut baginda, menurut kata-katanya, melaksanakan perintahnya,
maka dia adalah seorang muslim, tidak kira sama ada dia seorang yang memerintah
atau diperintah. Sesiapa yang malas melakukannya, atau ditegah oleh nafsu
syahwatnya, maka dia adalah seorang yang melakukan kefasikan dan kemaksiatan;
berhak untuk dinasihati, diajar dan diperbetulkan jika dia tidak segera kembali ke
pangkal jalan. Sesiapa yang degil, menyelewengkan, menentang, menghalalkan
sesuatu yang diharamkan baginda, atau mengharamkan sesuatu yang dihalalkannya,
maka dia terjatuh ke lembah kekufuran. Jika telah menjadi kafir, maka tidak berhak
lagi untuk memimpin.
Ini adalah beberapa titik tolak yang sentiasa menjadi neraca ketika para pendakwah
mahu menentukan bentuk hubungan mereka dengan para pemerintah; adakah mereka
akan memberikan sokongan, atau memberi nasihat, atau membuat penentangan,
berdasarkan metod yang digunakan oleh pemerintah dan kelakuannya.
Iqbal telah membentuk neraca mereka berkenaan perkara ini melalui dua bait yang
jelas. Dia berkata:
Akal yang lemah ini tidak layak untuk memimpin.
Kehidupan dalam keadaan agak-agak dan sangkaan adalah kelemahan dan
berpenyakit.
22


21
Sahih al-Bukhari, jil. 9, hlm. 115.
22
Antologi Dharb al-Kalim, hlm. 24.
34

Para pendakwah menentang sistem kapitalis dan demokrasi palsunya, sebagaimana
mereka menentang sistem sosialis komunis dan pertarungan kasta masyarakatnya
yang menghancurkan. Mereka juga menolak segala bentuk sekularisme lain, kerana
semua itu adalah hasil daripada akal. Akal hanya dapat mengagak dan menyangka.
Kadang-kadang ia betul dan kadang-kadang ia tersalah. Tidak sama seperti wahyu.
Hanya Yang Pintar Boleh Memimpin
Para pendakwah tidak mampu berdiam diri. Mereka juga tidak mampu untuk
membiarkan urusan Allah kepada Allah, dan urusan kaisar (raja atau pemerintah)
kepada kaisar. Ini kerana mereka memahami bahawa Islam adalah rahmat menyeluruh
yang dihadiahkan kepada manusia. Ia bersifat dengan kesempurnaan dan saling
melengkapi. Ibadat yang dilakukan oleh orang ramai tidak mungkin dapat dipelihara
melainkan oleh seorang pemerintah yang juga ahli ibadat seperti mereka, yang
memahami ibadatnya sebagaimana mereka memahaminya. Sebagaimana untuk
seseorang pemerintah itu berakhlak baik, dia hendaklah berlatarbelakangkan sifat adil
dan beberapa hubungan tertentu agar akhlaknya itu sentiasa wujud dan berkembang.
Ini semua hanya dapat dilakukan melalui siasah (politik), tetapi mestilah bersandarkan
kepada suatu urusan yang penting dan hebat; suatu proses pentarbiahan yang
meyakinkan. Oleh itu, para pendakwah memasuki gerbang politik tanpa perasaan
tamakkan pangkat, kedudukan serta kepalsuannya. Mereka melibatkan diri ke dalam
arena politik hanya untuk menyempurnakan kekurangan-kekurangnnya. Abu Hayyan
al-Tawhidiyy telah membentuk neraca lain bagi para pendakwah dengan katanya:
Jika syariat tidak mempunyai politik, ia adalah tidak sempurna. Dan jika politik tidak
mempunyai syariat, ia juga tidak sempurna.
23

Sesiapa dari kalangan pemerintah atau yang mahu mendapatkan tampuk pemerintahan
yang beriman sebagaimana yang diimani oleh para pendakwah, maka sesungguhnya
dia telah mendapat petunjuk. Jika mereka berpaling (tidak beriman), maka
sesungguhnya mereka berada dalam perpecahan yang mereka sendiri mulakan. Allah
akan melindungi para pendakwah daripada terkena gangguan mereka, sebagaimana
Allah memberikan keizinan kepada para pendakwah untuk menahan gangguan
tersebut.
Menentang al-Shuubiyyah (Perkauman) Adalah Ibadat
Dengan penuh bersahaja, para pendakwah Islam melihat hak mereka terhadap semua
pemerintah hari ini agar membuka ruang bagi gerakan-gerakan Islam untuk
melibatkan diri di medan. Para pemerintah juga sepatutnya memberikan peluang
kepada penyebaran fikrah gerakan-gerakan tersebut dengan membenarkan penerbitan

23
Al-Imta wa al-Muanasah, jil. 2, hlm. 33.
35

akhbar-akhbar mereka. Para pemerintah juga sepatutnya memberikan kebebasan
sepenuhnya bagi gerakan-gerakan tersebut meneruskan kewujudannya dan menjamin
kebebasannya untuk bersuara. Para pemerintah itu juga hendaklah memberikan
peluang kepada para wakil ummat untuk bebas memilih, berhimpun, berkumpul dan
mengkaji. Ini semua perlu dilakukan agar selaras dengan kebiasaan yang berlaku
dalam sistem demokrasi pada peringkat antarabangsa, jika tidak kerana keimanan
terhadap sistem syura Islam sekalipun. Mereka (para pemerintah itu) sama sahaja
dengan orang-orang kafir kerana sama-sama mengikut pendapat akal. Namun para
pemerintah itu lebih dekat kepada kebenaran daripada orang-orang kafir itu. Jika para
pemerintah itu melakukan sebagaimana yang disarankan di atas, nescaya mereka akan
menghapuskan mana-mana asas pemikiran lain dengan pertembungan yang berlaku,
dan nescaya media-media bebas sudah memadai untuk memasarkan dasar-dasar yang
dimiliki oleh setiap yang berprinsip. Namun apa yang berlaku, para pemerintah tetap
melakukan kezaliman.
Mereka (para pemerintah itu) sama sahaja. Golongan nasionalisme adalah lebih zalim
kerana mereka tidak dapat menguasai sepenuhnya neraca-neraca perkauman atau
nasionalisme itu sendiri. Mereka juga berada lebih jauh daripada memahami
kepentingan nasionalisme. Ini kerana kebanyakan negara Islam adalah dipimpin oleh
aliran atau trend nasionalisme yang mencampakkan ke dalam jiwa masyarakat umum
perasaan keserantauan dan kerinduan kepada zaman Firaun serta zaman Phoenic dan
seumpamanya yang menjadi antara teras zaman jahiliyyah. Ketika Jamal Abdul Nasir
meniupkan semangat kebangsaan kepada bangsa Arab, Mesir menjadi negara Arab
yang paling jauh daripada semangat kebangsaan tersebut, disebabkan kekuatan
serangan perkauman di sana. Jika golongan nasionalisme berfikir dengan insaf,
mereka pasti akan menyedari bahawa Mesir khasnya tidak pernah menyaksikan
musuh yang lebih hebat terhadap perkauman melainkan para pendakwah Islam.
Itulah keadaan para pendakwah Islam di negara-negara Arab lain. Begitu juga
keadaan mereka di negara-negara bukan Arab. Sebagai contoh, kita dapati para
pendakwah Islam di Turki telah memajukan kepentingan ekonomi Turki dengan
penuh keikhlasan, ketikamana para penyeru al-Tawraniyyah xxx dan pengikut Ataturk
menyerahkan kekuasaan ekonomi kepada genggaman tangan Yahudi.
Para pimpinan parti-parti yang memerintah, para raja dan pemimpin serta pencetus
revolusi; mereka semua seolah-olah tidak mengetahui tentang perkara tersebut.
Bahkan apa yang dapat diperhatikan daripada tindak tanduk mereka, bahawa
kefahaman mereka sebenarnya tunduk dan patuh kepada perkara-perkara ini kerana
dipengaruhi secara automatik oleh orang-orang yang berpura-pura memperjuangkan
semangat kebangsaan yang terdiri daripada orang-orang Kristian, atau oleh orang-
orang yang kelihatan mahir dalam urusan ekonomi dan pentadbiran, lalu mereka
dijadikan sebagai penasihat. Jika pengaruh ini tidak ada, nescaya para pemerintah
akan menyedari bahawa kemusnahan aliran-aliran perkauman adalah berkait rapat
36

dengan kebebasan yang diberikan kepada gerakan-gerakan Islam, lebih daripada
hubungannya dengan para penyeru nasionalisme.
Kebebasan Para Pengawal, Bukan Pengikutan Para Oppurtunist
Institusi pemerintah masih digerakkan oleh ketetapan dan keputusan meragukan yang
dicadangkan oleh para oppurtunist yang bermuka-muka. Lantaran terlalu
menyibukkan diri dengan pemerhatian dan tumpuan terhadap aktiviti harian yang
dilakukan oleh para pemuda Islam, para pemerintah itu tidak sempat untuk melihat
kepada maslahah yang lebih mendatangkan manfaat kepada ummat dalam bentuk
yang lebih luas dan menyeluruh. Melaluinya, mereka akan dapat melihat kebenaran
yang didokong oleh para pendakwah Islam dari sudut perjuangan, kepentingan
kewujudan mereka dalam arena perjuangan dan kebolehan mereka untuk memberikan
saham yang bermakna kepada perjalanan kehidupan dengan memberikan
perimbangan politik serta pemikiran yang asli.
Kegopohan sesetengah pemerintah berulang kali berlaku, iaitu ketika mereka
mengenakan syarat yang sama bagi kebebasan amal Islamiyy sebagaimana dikenakan
kepada parti-parti yang lain. Syarat ini dikenakan untuk mereka memberikan
pengiktirafan kepada suatu kerja yang dilakukan secara institusi dan kuasa diberikan
kepada parti yang memerintah. Di sini, mereka melakukan qiyas yang tidak tepat. Ini
adalah kerana, parti-parti itu digerakkan oleh kehendak dan ijtihad para pimpinannya,
sedangkan amal Islamiyy pula dijaga oleh kefardhuan al-Quran dan adab-adab al-
Sunnah, sempadan halal haram, serta neraca syarak yang menentukan agar kepatuhan
hanya kepada Allah, bukan kepada mana-mana pemerintah atau parti. Ini adalah
kerana wala (kepatuhan) di sisi seseorang muslim, hanya kepada Allah, RasulNya
dan jamaah mukminin. Sedangkan di dalam himpunan-himpunan politik yang
mengadakan hubungan dengan para pendakwah Islam mungkin terdapat orang
Kristian, mulhid (atheis) dan orang-orang Islam sendiri yang dahi mereka tidak
pernah melakukan sujud ubudiyyah yang hakiki kepada Allah (s.w.t.). Terdapat
puluhan ayat yang secara jelas menegah seseorang muslim yang beriltizam dan abid
daripada memberikan walanya kepada mereka. Walaubagaimana pun, sesetengah
tindakan politik boleh dilakukan, seperti apabila seseorang pemerintah atau sesebuah
parti melakukan kebaikan, maka para pendakwah boleh memuji mereka dan turut
menjayakan kebaikan tersebut. Namun dalam masa yang sama, jika pemerintah atau
parti itu melakukan kesalahan, maka mereka hendaklah mengkritiknya, tetapi
berdasarkan kajian, dengan alasan yang kukuh dan analisa yang mendalam. Mereka
tidak perlu mengutuk. Kutukan dan celaan tidak ada dalam kamus para pendakwah
Islam. Kemantapan pemikiran Islam dan kejelasan logika keimanan, tidak
memerlukan para pendakwah Islam untuk melakukan suatu yang rendah martabatnya.
Setiap pemerintah atau parti sekular berkewajipan untuk memahami mentaliti para
pendakwah Islam yang mengambil pendirian dan sikap menentang dalam politik dan
37

pemikiran. Mereka juga berkewajipan untuk membezakan tabiat yang menyebabkan
para pendakwah melakukan penentangan dengan tabiat kegilaan para politikus
oppurtunist dan para penuntut kedudukan. Ini adalah kerana para pendakwah hanya
memiliki penilaian yang tetap serta neraca yang sama dan pandangan yang
menyeluruh dalam menilai segala perkara. Ini menyebabkan dia tidak membezakan
antara perjalanan tarbiah moral dan bentuk-bentuk hubungan ekonomi dengan
pendirian-pendirian politik.
Pendustaan Para Pendusta
Dalam masa yang sama, para pendakwah Islam memiliki keanjalan dalam kefahaman
dan penafsiran fiqh yang mengambil kira pertimbangan-pertimbangan maslahah dan
pengecualian darurah. Melalui kedua-duanya, para pendakwah mampu untuk
menyesuaikan perancangan mereka agar selaras dengan tuntutan untuk melakukan
peningkatan berdasarkan fasa-fasa tertentu (tadarruj marhaliyy), agar seterusnya
Islam dapat dilaksanakan setelah melalui persediaan dan suasana yang sesuai. Iaitu
melalui tarbiah berbentuk nasihat yang ditujukan kepada orang ramai yang
dibicarakan dengan pengertian-pengertian akhlak dan moral, selari dan selaras dengan
penyedaran dari sudut politik juga.
Keanjalan ini sepatutnya tidak meninggalkan sebarang kebimbangan yang menguasai
para pemerintah dengan menjadikan mereka sentiasa berada dalam keadaan
ketakutan. Kebimbangan dan ketakutan ini pula menjadikan mereka menunggu-
nunggu untuk melakukan gangguan-gangguan ketika perlaksanaan sistem-sistem
Islam dalam masyarakat yang sudah agak jauh dari sistem-sistem tersebut, atau ketika
mereka memberikan kebebasan kepada aktiviti dan media para pendakwah Islam.
Ketakutan dan kebimbangan yang wujud itu tidak lain dan tidak bukan adalah kesan
yang ditinggalkan oleh perang saraf. Tidak sepatutnya bagi seseorang untuk terus
tenggelam dan lalai serta merasa takut-takut kepada satu agama yang menjadi rahmat
yang dihadiahkan oleh Allah Tuhan sekalian alam. Ajaran-ajarannya pula berdiri di
atas dasar memilih yang lebih mudah dan membawa khabar gembira, bukan berita
menakutkan.
Tidak lain dan tidak bukan hanyalah kebebasan untuk aktiviti amal Islamiyy.
Kenapakah perlu takut dan bimbang?
Kenapakah kerajaan-kerajaan merasa takut sedangkan ia berada di pusat kekuasaan?
Dibantu oleh kebendaan yang bertimbun, berbagai-bagai kementerian dan tentera?
Media-media massa sama ada akhbar, radio dan televisyen? Sukatan pelajaran di
sekolah dan badan keselamatan serta keamanan yang berada di mana-mana?
Kenapakah ia merasa takut dan bimbang berhadapan dengan dakwah Islam miskin
yang tidak mempunyai apa-apa senjata yang merbahaya?
38

Atau adakah mereka berpendapat bahawa dakwah Islam ini akan mendapat bantuan
luar? Ini adalah alasan orang yang buta sejarah, sedangkan sejarah telah menyaksikan
bahawa dakwah Islam bebas daripada tuduhan tersebut. Tiada pihak yang menjadi
boneka kepada pihak yang lain kecuali sudah pasti akan didedahkan oleh dokumen-
dokumen sejarah. Namun dokumen-dokumen sejarah tidak pernah membongkarkan
tentang kebonekaan para pendakwah Islam. Tetapi banyak pihak yang
berkepentingan menuduh para pendakwah Islam dengan tuduhan tersebut, namun
tidak dapat dibuktikan walaupun dengan hanya satu dokumen sahaja yang
meyakinkan para pencari kebenaran.
Para pendakwah Islam bersandarkan kepada sejarah yang suci dan masa depan yang
jernih. Permasalahan yang berlaku di Palestin, penentangan terhadap penjajah dan
faham perkauman menyaksikan bahawa mereka sebenarnya adalah komando jihad,
golongan yang amat mementingkan kepentingan ummat, guru kepada orang lain dan
golongan pemula yang sepatutnya diberikan peluang untuk bercakap dan beramal.
Keaiban Pembaikan Secara Serpihan
Namun peluang tetap tidak diberi. Pemerintah yang menurut nafsunya hanya mahu
memonopoli dan menghalang orang lain. Dia menyangka penilaian dan kritikan
sebagai persaingan. Sementara pemerintah yang lain pula bangkit daripada falsafah
sekularisme dan analisis akal semata, lalu dia menolak agar dihilangkan hijab yang
menghalang manusia daripada melihat kebenaran hujjah wahyu yang pasti akan
menyedarkan fitrah mereka.
Apakah kemudharatan yang akan menimpa penguasa jika dia membiarkan orang yang
lemah berada dalam keadaan bebas sedangkan dia sendiri memiliki peluang yang luas
untuk mengatasi? Jika orang yang lemah mendapat kejayaan akhirnya sekalipun, serta
dilingkungi oleh orang ramai yang memberikan sokongan dengan penuh keyakinan,
apakah kezaliman yang dilakukan oleh orang yang kuat berkuasa dengan dia
membiarkan mereka bebas bergerak?
Sesetengah pemerintah menyeru gerakan Islam agar meninggalkan dakwah dengan
semata-mata mereka menggubal sebahagian undang-undang Islam, sedangkan alasan
kewujudan dakwah tidak mungkin ternafi sama sekali.
* Jika sebahagian undang-undang itu digubal sekalipun, di manakah undang-undang
yang lain? Kerajaan-kerajaan yang mahu mendapat sokongan golongan sederhana
yang bersembahyang telah menggubal beberapa fasal undang-undang tentang
pemotongan tangan pencuri, perompak dan beberapa perkara hudud yang lain.
Seolah-olah Islam adalah agama hukuman. Sedangkan Islam adalah agama hidayah
dan keadilan. Selagimana undang-undang yang ada tidak Islamik sepenuhnya, maka
alasan kewujudan dakwah Islam tetap kekal.
39

* Kemudian bagaimana pula perlaksanaan undang-undang Islam itu? Adakah ia hanya
sekadar perisytiharan yang digembar-gemburkan sahaja? Jika ia dilaksanakan
sekalipun, adakah ia dilaksanakan terhadap orang-orang besar yang merampas harta
rakyat dengan melakukan rasuah dan wang-wang yang diambil daripada syarikat-
syarikat kontraktor besar, syarikat-syarikat perindustrian dan persenjataan? Atau
adakah hanya tangan orang bawahan yang miskin sahaja yang dipotong? Dakwah
tetap diperlukan selagimana perbezaan ini wujud.
* Adakah para menteri, pegawai dan seluruh jentera kerajaan yang tidak
bersembahyang, yang dahi-dahi mereka tidak pernah sujud kepada Allah dan tidak
beriltizam dengan batasan sempadan halal haram, sesuai sebagai pelaksana kepada
undang-undang syariah? Atau adakah para pendakwah Islam yang sebati hatinya
dengan pengertian dan matlamat undang-undang itu yang lebih sesuai?
Berusaha untuk mendapat yang terbaik adalah salah satu matlamat Islam. Para
pendakwah Islam lebih ideal dan lebih baik daripada golongan yang tidak mengira
halal haram. Hakikat ini dipersetujui oleh semua orang. Oleh kerana pihak kerajaan
telah menjauhkan para pendakwah Islam daripada pusat kekuasaan kepegawaian dan
eksekutif, maka mereka mempunyai alasan untuk melakukan perkumpulan di dalam
satu gerakan yang menyeru kepada kesempurnaan Islam.
* Kemudian adakah Islam ini hanya undang-undang yang dilaksanakan, atau ia juga
adalah ibadat dan akhlak yang dengan kedua-duanya pemerintah, para menteri dan
jentera kerajaannya menjadi contoh ikutan dan teladan kepada seluruh rakyat? Yang
mengajar rakyat agar tunduk patuh kepada Allah, mengajar akhlak-akhlak yang mulia,
kesopanan, kehormatan dan penjagaan hak-hak wanita?
Oleh kerana para pendakwah Islam lebih pintar dalam melakukan kefardhuan dan
kebaikan-kebaikan ini, maka mereka lebih layak untuk menjadi pemimpin daripada
pemimpin yang sedia ada.
* Kemudian adakah Islam itu hanya merupakan perlaksanaan hukum hakam di suatu
rantau sahaja, atau ia adalah penonjolan panji jihad dan perjuangan permasalahan
ummat dan bumi Islam keseluruhannya?
Oleh kerana kerajaan-kerajaan Islam yang ada hanya mempunyai kepentingan
tempatan sahaja, maka sekali lagi dakwah Islam mempunyai alasan untuk terus
wujud.
* Kemudian apakah kemudharatan yang akan menimpa seseorang pemerintah yang
ikhlas jika di sampingnya terdapat gerakan Islam yang sentiasa memberikan nasihat
dan menggalakkannya melakukan kebaikan serta memberikan pandangan yang
positif?
40

Adakah kritikan yang diberikan oleh dakwah berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah
terhadap perancangan dan polisi kerajaan dianggap sebagai satu jenayah, sehingga
mendorong pihak kerajaan membuat seruan kepada dakwah Islam agar membubarkan
dirinya dan menamatkan aktivitinya? Bukankah ini satu kezaliman yang nyata?
Sesungguhnya orang yang tidak menjumpai pada sebab-sebab ini sebarang alasan
bagi penerusan kewujudan gerakan Islam, terdiri daripada salah satu daripada dua
orang berikut. Sama ada dia adalah seorang bongkak yang berkepentingan, atau dia
adalah seorang bersahaja yang diselubungi kealpaan.
Ini adalah enam sebab yang dijadikan alasan oleh gerakan Islam tentang kemestian
kewujudan mereka, hatta di bawah naungan kerajaan-kerajaan yang mempunyai
sedikit penghormatan terhadap Islam dan telah menggubal beberapa undang-undang
yang bertepatan dengan hukum hakam Islam. Kita tidak mesti sentiasa untuk
mengandaikan kewujudan kekufuran yang nyata bagi bertarung dengan gerakan
Islam, kerana menuju ke arah yang lebih baik memang sentiasa menjadi matlamat
syarak. Kekurangan pada perlaksanaan hukum hakam Islam, memestikan kewujudan
gerakan Islam yang berusaha untuk menyempurnakannya. Orang ramai tidak boleh
menuntut para pendakwah Islam memansuhkan kewujudan mereka kerana semata-
mata penggubalan beberapa undang-undang Islam yang mendatar atau semata-mata
kerana pemerintah banyak berbicara tentang Islam. Tetapi mereka berkewajipan untuk
mempunyai kesedaran dan keinsafan yang tinggi, iaitu mereka hendaklah
membandingkan perkara ini berdasarkan logika yang telah kita nyatakan sebelum ini.
Logika ini tidak dapat dinafikan oleh sesiapapun. Para pemerintah juga mempunyai
kewajipan yang sama iaitu mereka berkewajipan untuk membuka peluang kepada
gerakan Islam seluas-luasnya.
Kita Adalah Pemilik Taqwa Dan Peradaban Terpilih
Tetapi ketika perdebatan atau dialog sampai ke tahap ini, para pemerintah mula
berhujjah dengan kenaifan orang ramai, bahawa dia bertanggungjawab ke atas mereka
sehingga boleh melakukan helah dan penipuan yang out of date (bersifat
terkebelakang). Banyak kamus boleh menyediakan perbendaharaan kata bagi hujjah
mereka itu, namun lidah mereka tidak mampu menyifatkan keterkebelakangan yang
boleh diterima oleh para pengikut wahyu yang telah terbukti kebenarannya sebelum
ini secara nyata. Para pengikut wahyu ini juga memiliki sijil-sijil pengajian, kajian
akademik dan pengetahuan umum yang jauh lebih tinggi daripada sijil dan kelulusan
akademik saingan mereka yang terdiri daripada kalangan orang-orang yang berkuasa.
Ketidakmampuan ini sudah pasti akan menutup pintu dialog dan pintu untuk saling
memahami mengikut logika akal yang biasa. Jika mereka benar, nescaya mereka akan
menjelaskan bahawa sebab sebenar (penutupan pintu dialog) ialah kerana para
pendakwah memiliki kepandaian yang lebih tinggi daripada mereka. Konfrontasi
bebas tidak memungkinkan mereka untuk mempengaruhi orang ramai.
41

Pendakwah Islam amat merindukan kebebasan. Kerinduan dan ketergilaannya kepada
kebebasan adalah lebih besar daripada kerinduan dan ketergilaan seseorang yang
dizalimi yang terpaksa menanggung kepahitan untuk mengekang diri dan bersabar
atas penderitaan.
Bahkan demi Allah, seseorang muslim pasti memiliki interaksi yang lebih mendalam
dengan kebebasan di dalam dirinya daripada mana-mana orang lain yang sedikit
sebanyak dipengaruhi oleh wanita dan arak yang menguasainya agar menolak
kebebasan.
Apa yang menjadi percanggahan yang jelas ialah pada mulanya para pemerintah
enggan memberikan kebebasan kepada amal Islami, tetapi kemudiannya terpaksa
tunduk kepada tekanan rakyat akhirnya.
Kelahiran Pertama
Martabat jihad yang paling tinggi dan utama dalam Islam ialah bahawa seseorang
muslim berperang dengan penuh perasaan suka, bersungguh-sungguh, sanggup
berkorban, bercita-cita untuk mati pada jalan Allah, merasa enak dengannya dan ingin
segera memperolehinya.
Keadaan yang telah ditawfiqkan oleh Allah kepada sekumpulan para kekasihnya ini
telah diabadikan oleh Rasulullah (s.a.w.). Baginda berkata ketika Amir bin al-Akwa
(r.a.) terbunuh:
24

Maksudnya: Sesungguhnya dia adalah seorang mujahid (pejuang) yang amat
bersungguh-sungguh (jahid).
Perkataan jahid bermaksud seorang lelaki yang amat bernafsu yang bersungguh-
sungguh melakukan sesuatu dengan kesyahwatan yang membara, jiwa yang bercita-
cita tinggi, amat cekal dan sepenuh hati.
Jadi pejuang (mujahid) yang amat bersungguh-sungguh (jahid) di sini bermaksud:
Seorang lelaki yang mempunyai dwi sifat. Dia keluar berjuang membahayakan
nyawanya, menyaingi rakan-rakannya, merasa manis dengan jalannya, mengacah-
acah memulakan, dan cenderung ke arah pertarungan, sama ada ketika mengingkari si
zalim, atau ketika berada di medan perang menentang golongan kuffar.
Sifat ini adalah hampir dengan sifat yang disifatkan oleh Rasulullah (s.a.w.) diri
baginda sendiri pada hari baginda bersabda:

24
Sahih al-Bukhariyy, jil. 9, hlm. 9.
42

Maksudnya: Demi Allah yang diriku berada dalam tangannya. Aku amat suka jika
diriku dibunuh pada jalan Allah, kemudian aku dihidupkan semula, kemudian aku
dibunuh lagi, kemudian aku dihidupkan semula, kemudian aku dibunuh lagi,
kemudian aku dihidupkan semula, kemudian aku dibunuh lagi.
25

Tanpa syak lagi, ini adalah situasi iman yang paling afdhal dan gambaran jihad yang
paling benar.
Namun kebenaran gambaran ini tidak menafikan kebenaran satu lagi gambaran bagi
seseorang pejuang (mujahid). Iaitu gambaran seorang pejuang yang berakal, pintar
dan bijaksana. Sentiasa berbincang dan berhati-hati. Langsung tidak tergopoh gapah.
Oleh itu, al-Imam al-Syahid Hasan al-Banna telah meletakkan batasan sempadan dan
persimpangan jalan antara beliau dengan para pengikutnya. Beliau berkata:
Sesungguhnya kelakian (kepahlawanan) hanya kelihatan dengan sifat sabar, cekal,
bersungguh-sungguh dan amal yang berterusan. Sesiapa dari kalangan kamu yang
mahu memetik buah sebelum ia masak, atau mahu memetik bunga sebelum masanya,
maka aku sama sekali tidak akan bersamanya. Lebih baik baginya agar dia mencari
dakwah lain. Sesiapa yang terus bersabar bersamaku sehingga benih yang ditanam
membesar, menumbuhkan pohon dan tiba masa untuk memetik buahnya, maka
pahalanya adalah kepada Allah. Kita dan dia tidak akan kehilangan pahala orang-
orang yang melakukan kebaikan. Iaitu sama ada memperolehi kemenangan dan
kekuasaan, atau mendapat syahadah dan kebahagiaan.
26

Sabar Dan Berhati-hati Bukan Jumud (beku)
Penantian yang positif dan pengumpulan yang tenang tidak bermakna berhenti dan
tertinggal. Tetapi ia adalah sahutan kepada gesaan hikmat. Meskipun seseorang yang
naif, tidak berpengalaman dan yang duduk di tempat tinggi tidak nampak sebarang
gerakan dan perjalanan, namun dari jauh anda dapat melihat kawah dalam keadaan
tenang, sedang anda tidak mendengar didihannya.
Firman Allah (s.w.t.):

Maksudnya:
Para pendakwah tidak wajib menolak dengan segera segala pencerobohan terhadap
larangan-larangan Allah yang banyak berlaku hari ini. Kerana penyegeraan tanpa
persediaan terlebih dahulu, pada kebiasaannya akan menyebabkan kegagalan. Bahkan

25
Ibid., 4/21/64.
26
Majmuat al-Rasail, al-Mutamar al-Khamis, hlm. 256.
43

mereka hendaklah mengekang kemarahan, memanjangkan kesabaran, mengumpulkan
anasir-anasir yang baik sehingga mempunyai kehebatan, lalu perkataan, perintah,
kritikan dan tegahan mereka akan digeruni.
Antara faktor yang menyebabkan orang-orang yang zalim berani dan bersegera
menindas dan menyiksa para pendakwah Islam ialah kerana para pendakwah Islam
sendiri memberikan ugutan dan ancaman dari kedudukan yang lemah dan medan yang
terbuka.
Ketika Rasulullah (s.a.w.) melakukan tawaf di sekeliling kabah pada umrah al-
qadha setelah termeterai perjanjian perdamaian, terdapat ratusan buah berhala di
sekitar baginda. Baginda tidak mengangkat kapak untuk menghancur dan
memusnahkannya.
Untuk meyakinkan anda lagi tentang perkara ini, lihatlah kepada qiyas maslahiyy
berikut: jika tegahan anda terhadap sesuatu kemungkaran akan menimbulkan
beberapa kemungkaran lain yang lebih besar, maka anda hendaklah berpaling
daripada mengingkarinya sehingga anda mempunyai kemampuan secukupnya, bukan
kerana anda gentar kepadanya.


.
27

Maksudnya:
Berhati-hati orang yang cekal merupakan langkah yang lebih tajam daripada
lompatan-lompatan keriuhan.
Ketenangan bertindak seseorang pemuda lebih menjamin pencapaian matlamat.
Seseorang yang gopoh ingin memperolehi sesuatu sebelum masanya, hanya akan
mendapat kerugian dan memiliki kepenatan.
Walau bagaimanapun, ini tidak menghalang sesetengah pendakwah untuk melakukan
pengundian, siapakah yang akan keluar menegakkan kepalanya mengingkari
kemungkaran. Agar darah merah menyala tetap mengalir melalui urat sarafnya. Agar
namanya dicatatkan bersama-sama dengan orang-orang yang teguh pendirian, yang

27
Al-Amiriyy, Diwan Alwan Tif, hlm. 90.
44

menjadi perawi terhampir yang meriwayatkan hadis sahih hasan aziz berkenaan
syahadah (mati syahid). Agar berlaku kesinambungan dengan dia menjadi wakil
generasinya untuk terus menghidupkan pengertian jihad yang tidak terputus itu.
Tabiat Positif Bagi Teori Pemeringkatan (al-Marhaliyyah)
Pada asalnya, pendakwah hendaklah meninggalkan pelompatan, memansuhkan
kegopohan, mencuba pelbagai taktik dan helah, tidak menyerang, mengelak diri
daripada diserang, bahkan dia hendaklah tidak berada di halaman yang memudahkan
dia didatangi oleh panah atau peluru sesat.
Tujuan semuanya itu ialah agar dakwah dapat terus berjalan secara berperingkat dan
seimbang. Kerana dari satu sudut, untuk sesuatu dakwah melangkah ke hadapan, ia
hendaklah memiliki aset yang secukupnya. Dari sudut yang lain pula, langkahnya itu
hendaklah sesuai dengan suasana semasa. Ini adalah umpama seseorang yang
memasuki sebuah pasar, maka dia hendaklah membeli sekadar wang yang ada pada
dirinya. Dan dia juga hendaklah mencari yang termurah jika barangan yang ingin
dibelinya mempunyai mutu yang sama.
Inilah dia makna pemeringkatan (al-marhaliyyah) dalam bentuknya yang mudah, jauh
daripada penggunaan lafaz-lafaz yang kompleks.
Seseorang yang pergi ke pasar tidak akan memasang angan-angan yang berjela-jela
kerana dia amat tahu tentang kemampuan sakunya. Dia hanya akan membeli sekadar
wang yang terdapat di dalam sakunya itu. Kecuali jika dia memiliki buku cek, lalu dia
akan mengeluarkan cek tanpa peduli lagi.
Kekuatan sesebuah jamaah dan aset (pengalaman) realiti yang dimilikinya, yang
terdiri daripada produk pemikiran, pendirian dan sejarahnya, adalah seumpama wang.
Jamaah itu hanya boleh berbelanja berdasarkan bentuk semulajadi yang dimilikinya
itu. Ia tidak boleh melakukan sesuatu langkah melainkan sekadar kemampuan yang
ada padanya untuk melaksanakannya.
Seseorang pembeli tidak akan berpenat lelah untuk pergi ke pasar yang jauh bagi
membeli suatu barangan yang boleh diperolehi di pasar yang dekat. Begitu juga
dengan jamaah, ia hanya akan melalui jalan yang dekat. Seseorang pembeli juga tidak
akan mahu membeli pakaian yang cepat koyak kerana diperbuat daripada fabrik yang
rendah mutunya, bahkan dia sanggup membayar lebih bagi membeli pakaian yang
tinggi mutunya. Begitu juga dengan jamaah, ia tidak akan menghabiskan tenaganya
pada perkara yang cepat hilang, bahkan ia akan melangkah dengan penuh keteguhan,
keyakinan dan ketetapan.
Namun, sifat-sifat ini, sebagaimana ia mewajibkan agar menjauhkan diri daripada
kegopohan dan ketergesaan, ia juga -dari sudut yang lain- mewajibkan penyegeraan
45

bagi merebut peluang yang mendatang dan bersedia untuk memasuki segala ruang
yang ada, pada masa yang sesuai, kerana pintu yang terbuka kadang-kadang cepat
tertutup.
Umpama seorang yang sentiasa duduk di pasar, melihat-lihat perdagangan yang
berjalan. Seseorang pedagang yang berjaya ialah pedagang yang duduk menunggu
berhari-hari dan berminggu-minggu, tidak melakukan pembelian. Kemudian tiba-tiba
dia ditawarkan satu kontrak yang pada fikirannya dan ramalannya akan
menguntungkannya, lalu dengan segera dia melakukan pembelian. Jika dia tidak
duduk menunggu di pasar memerhatikan pesaing-pesaingnya, nescaya dia tidak akan
mengetahui perkara tersebut. Oleh kerana dia adalah seorang yang sentiasa bersedia
dan mempunyai saku yang penuh, maka dia mendapat keuntungan. Jika dia berpada
dengan hanya mendiamkan diri di sudut belakang salah sebuah kedai kopi di pasar itu,
sambil mendengar penglipurlara bercerita tentang kisah kejayaan para pedagang,
nescaya dia akan dilalaikan oleh kisah-kisah tersebut dan hanya diberi amaran oleh
angan-angan.
Para pendakwah tidaklah boleh memahami bahawa ketenangan, ketelitian dan
ketertiban itulah satu-satunya penafsiran bagi makna pemeringkatan (al-marhaliyyah),
atau satu-satunya sifat yang mesti wujud semenjak mendengar lafaznya buat kali
pertama. Tetapi para pendakwah hendaklah memahaminya sebagai satu seruan bagi
membina kekuatan dan menggunakan tenaga berdasarkan perkiraan dan perhitungan
tertentu. Pemeringkatan ini sebenarnya memajukan dakwah ke hadapan sebagai hasil
daripada pembinaan kekuatan dan penggunaan tenaga yang seimbang. Jadi ia adalah
kewaspadaan dan persaingan.
Dari sini, kita memahami bahawa pemeringkatan (al-marhaliyyah) bukanlah semata-
mata pemberi nasihat yang sentiasa memegang tali kekang ketika berlaku pelampauan
kehendak dan kemaraan. Pemberi nasihat ini kita gambarkan seumpama seorang tua
berumur yang hebat, yang mengumpulkan anak cucunya di sekelilingnya sambil
memberikan pesanan kepada mereka agar berjalan dengan penuh kelembutan dan
membesarkan kewajipan mereka untuk berwaspada. Bahkan pemeringkatan (al-
marhaliyyah) juga adalah umpama pemidato fasih yang berjaya membangkitkan
semangat para pendengarnya ketika mereka ditimpa kelalaian, yang meniupkan
keberanian ketika diterjahi perasaan ketakutan.
Oleh itu, kita wajib merungkaikan ikatan ketakutan terhadap sesuatu yang tidak
diketahui. Kita wajib merungkaikan ikatan ketakutan yang menatijahkan ketakutan
dakwah untuk melakukan percubaan. Kejayaan dakwah bukanlah sesuatu yang boleh
dijamin seratus peratus. Tetapi kita hanya boleh meramalkan kejayaan atau
kegagalannya. Pertimbangan kitalah yang menjadi pendorong untuk meneruskan atau
penasihat supaya bertahan.
46

Dengan kefahaman ini, kita memelihara ciri positif yang terdapat pada konsep
pemeringkatan (al-marhaliyyah) setelah penafsirannya diselaputi oleh sudut yang
negatif.
Bahkan pemeringkatan (al-marhaliyyah) kebiasaannya adalah positif dan
menyingkatkan jalan yang harus ditempuhi. Ini adalah kerana ia melibatkan
perencanaan (takhtit) yang teliti bagi menentukan kedudukan, kekuatan dan kapasiti
dakwah terhadap situasi yang mengelilinginya. Jalan yang harus ditempoh tidak akan
panjang, kecuali jika berlaku kesilapan atau wujud unsur pelampauan pada
menentukan realiti dan akibatnya ketika menyenaraikan keperluan-keperluan yang
mesti dilakukan.
Perkara yang sukar dipermudahkan oleh cita-cita dan usaha. Kesukaran yang paling
sukar ialah kekecewaan. Azab yang paling mengazabkan ialah keragu-raguan untuk
melaksanakan sesuatu urusan dan memandangnya mustahil dilakukan.
Seseorang yang bercita-cita, lalu berusaha dan bersabar tidak akan mengenali
kekecewaan, tidak mengiktiraf kesukaran dan tidak ragu-ragu lagi bahawa dia akan
mencapai matlamatnya. Sesungguhnya bersama kesukaran itu ada kesenangan. Allah
bersama-sama dengan orang-orang yang sabar.
28

Perkiraan Dan Penulisan
Perkiraan-perkiraan sewajibnya tidak hanya bergantung kepada agakan dan ramalan
semata-mata, kerana kesilapan yang terpantul ketika perlaksanaan dilakukan adalah
berdasarkan nisbah agakan dan ramalan itu. Tetapi kita hendaklah bergantung kepada
angka-angka yang tepat dan perangkaan jitu yang dilakukan oleh semua individu yang
wujud di dalam sesuatu sektor.
Hanya angka-angka sahaja yang mampu menterjemahkan dirinya kepada bahasa
perancangan atau perencanaan (takhtit).
Ketelitian tidak berlaku dengan hanya melakukan perangkaan sekali sahaja, bahkan
hendaklah ia dilakukan berulang kali dalam setahun, agar kita mampu untuk membuat
carta atau graf yang dapat dilihat dengan jelas; sama ada carta atau graf itu
menunjukkan penurunan yang mendedahkan kemunduran, atau mendatar yang
mendedahkan kelemahan dan kejumudan, atau kenaikan yang berlaku dengan nikmat
daripada Allah (s.w.t.).
Tanpa proses demikian, janganlah anda menyangka tindakan semberono akan
menjamin kejayaan.

28
Abdul Wahhab Azzam, al-Shawarid, hlm. 360.
47

Kefahaman Merasionalkan Kewaspadaan
Tetapi tidak syak lagi bahawa seseorang yang melihat kepada pemeringkatan (al-
marhaliyyah) akan mendapati hakikatnya tersembunyi pada penungguan ketika
kekurangan persediaan. Sedangkan sesetengah orang berpendapat bahawa adalah
perlu untuk menentang dan melawan golongan kuffar dan munafiqin sekalipun
menghadapi kekerasan daripada mereka, lalu dia tertanya-tanya: Bagaimanakah boleh
kita terus mendiamkan diri terhadap sesuatu kemungkaran yang jelas dan mencabar
kita, sedangkan kita adalah orang beriman yang merasa mulia dengan keimanan?
Dari sini, kita wajib mencari suatu alasan syarak bagi proses pemeringkatan (al-
marhaliyyah) itu. Pencarian itu bukanlah suatu yang sukar bagi seseorang yang
mempunyai pandangan yang mendalam terhadap nasihat dan pesanan para fuqahak.
Alasan itu secara jelas terdapat pada kaedah pertentangan di antara maslahah dan
mafsadah: Apabila sesuatu maslahah yang sedikit berlawanan dengan maslahah yang
besar, maka maslahah yang sedikit itu boleh diluputkan dengan mendahulukan atau
mengutamakan maslahah yang besar. Atau menanggung mafsadah yang sedikit bagi
menolak mafsadah yang lebih besar. Ini adalah seperti yang dilakukan oleh Rasulullah
(s.a.w.) ketika baginda terus mengekalkan Abdullah bin Ubayy bin Salul (ketua
munafiqin) hidup dalam keadaan membuat berbagai-bagai konspirasi terhadap Islam,
memberikan bantuan kepada pihak Yahudi dan sentiasa menyakitkan baginda.
Rasulullah (s.a.w.) terus menanggung mafsadah yang diakibatkan oleh Abdullah bin
Ubayy kerana bimbangkan berlaku mafsadah yang lebih besar, iaitu para pembesar
Arab melarikan diri daripada Islam kerana bimbang akan dibunuh.
Akal juga menyokong pendapat ini. Dikatakan orang bahawa seseorang yang terlalu
tergopoh gapah dan memaksa diri untuk meneruskan perjalanan, maka dia pasti tidak
akan dapat ke mana-mana dan kenderaannya (untanya) sendiri akan mengalami
kematian kerana kepenatan, lalu dia tinggal keseorangan di tengah-tengah padang
pasir yang gersang.
Menanggung sesuatu kemungkaran dalam satu tempoh tertentu adalah lebih mudah
daripada melakukan sesuatu yang penuh risiko secara membuta tuli, yang akan
menyebabkan kegagalan akhirnya. Kaedah tarjih antara maslahah-maslahah yang
saling bertentangan ketika seseorang dai melakukan amar makruf nahi mungkar,
adalah satu kaedah yang sahih dari sudut syarak dan logika. Seseorang dai hendaklah
menimbang di antara kemudharatan sesuatu kemungkaran sebelum ia dihilangkan
dengan kemudharatan yang mungkin terhasil atau mengiringi penghilangan
kemungkaran itu: manakah yang lebih besar? Dia juga hendaklah menimbangkan di
antara kuantiti makruf yang telah sedia ada dengan kuantiti makruf yang mungkin
terhapus jika dia meminta sesuatu makruf lain dilakukan, manakah yang lebih besar?
Kaedah ini merupakan antara kaedah terpenting yang menjamin para pendakwah
dapat melakukan siasah yang baik dan dapat melangkah dengan penuh realistik. Jika
48

kaedah ini tidak ada dalam pemikiran para pendakwah, ini akan menyebabkan mereka
berada di dalam salah satu dua keburukan:
Sama ada mereka berada dalam kecuaian, atau kekecewaan yang menghalang mereka
daripada merebut peluang yang ada.
Kecuaian adalah lebih bahaya.
Jadi ketika dia melihat sesuatu parti atau kerajaan kafir di hadapannya, atau melihat
sesuatu bentuk kemungkaran yang hampir kepada kekufuran, lalu dia lupa kepada
kaedah perimbangan itu. Ini akan menyebabkan dia berkeras berpegang kepada
kewajipan untuk menghapuskan segera kemungkaran itu. Dia membacakan ayat-ayat
al-Quran dan juga hadis-hadis berkenaan nahi mungkar, tanpa terlebih dahulu dia
bertanyakan dirinya: Adakah aku mempunyai kekuatan bagi menghadapi
kemungkaran ini? Dan adakah penghilangan kemungkaran ini akan menyebabkan
kemunculan kemungkaran yang lebih dahsyat?
Manakala sifat pesimis yang berlaku daripada sesetengah pendakwah ketika mereka
kehilangan kaedah perimbangan di antara kesan-kesan amar makruf, maka sifat
tersebut disebabkan oleh satu kefahaman yang asing. Iaitu kefahaman asing tentang
medan yang sepatutnya dicakupi oleh usaha-usaha kita bagi membentuk peribadi,
rumahtangga dan masyarakat muslim.
Al-Imam al-Shahid Hasan al-Banna mengatakan bahawa kita wajib mewujudkan
ketiga-tiga elemen di atas. Lalu satu pentafsiran yang naif telah difahami oleh
sesetengah orang daripada perkataannya itu. Mereka memahaminya bahawa kita tidak
boleh memegang pemerintahan meskipun kita telah mempunyai kemampuan,
selagimana kita tidak menukar keseluruhan masyarakat kepada masyarakat Islam.
Ini sama sekali tidak betul. Masyarakat di zaman Rasulullah (s.a.w.) dan masyarakat
di zaman al-khulafa al-rashidin pun masih terdapat golongan munafiqin di dalamnya.
Kita sepatutnya menuntut untuk memegang pemerintahan ketika kita memiliki
kemampuan untuk berbuat demikian. Kemudian barulah kita cuba mengubah
kemungkaran yang masih tersisa di dalam masyarakat dengan menggunakan segala
harta, mekanisma pentadbiran dan pendidikan kerajaan, akhbar-akhbar, radio dan
televisyen bagi menghilangkannya. Ketika itu, kita sudah memiliki kehebatan dan
kekuatan. Adalah tidak logik jika kita terus menerus mahu menghilangkan
kemungkaran itu melalui usaha individu semata-mata, dalam keadaan kita sentiasa
dilingkungi oleh bahaya tekanan dan penindasan.
Melebarkan Akar Umbi
Namun sikap optimis tetap mewajibkan anda untuk membezakan fasa pertama amal
Islamiyy anda dengan ketenangan. Fasa ini dinamakan sebagai fasa pengasasan secara
49

diam (al-tasis al-samit), atau penanaman kaedah (irsa al-qawaid) atau pembinaan
saf (bina al-safwah). Semua perkataan di atas adalah sinonim.
Tasis bermula di setiap kawasan dengan kewujudan para perintis pertama sehingga
dakwah tersebar di kebanyakan sektor perkhidmatan masyarakat. Ciri dakwah yang
utama ketika ini ialah diam secara tersembunyi, agar kumpulan Islam tidak terdedah
kepada penghapusan total sebelum sempat ia berdiri di atas kakinya. Juga agar para
pendakwah tidak melakukan kerja-kerja umum yang akan menyebabkan mereka
menghabiskan masa pada perkara-perkara yang tidak menjadi akar umbi tugas mereka
yang sebenar.
Perhatian yang besar hendaklah ditumpukan kepada pendakwah generasi pengasas
(tasis) ini. Kerasa ke atas bahu merekalah segala bebanan terpikul. Iaitu bebanan
untuk melakukan pentarbiahan generasi-generasi pelapis dan dalam masa yang sama
bebanan untuk meneruskan penyampaian Islam. Jika golongan yang zalim mahu
mengambil sebarang tindakan pun, maka merekalah yang akan menjadi sasaran.
Medan penyebaran dakwah dan penyediaan secukupnya para kader yang boleh
menyebarkan dakwah ketika fasa tasis ini mempunyai perkiraan dan dimensi yang
relatif, berdasarkan tabiat realiti sesuatu tempat dan tabiat pengaruh kemasyarakatan
dan politik. Ia ditentukan oleh para pendakwah perintis itu sendiri. Penyebaran
dakwah ini hendaklah dilakukan dengan penuh kebijaksanaan tanpa memandang
rendah kepada para sasaran dakwah, juga tanpa merasa takut kepada mereka sehingga
dakwah tidak dapat maju ke hadapan. Apa yang penting ialah ketika dakwah berada di
peringkat permulaan, tiada penentangan berlaku terhadapnya. Dakwah juga janganlah
mengharungi pertembungan. Dakwah juga janganlah membuatkan dirinya dirasakan
kewujudannya atau melakukan provokasi. Sesiapa yang tidak bersetuju dengan
pendekatan ini, beritahu kepadanya bagaimana perisytiharan kewujudan dakwah yang
berlaku di Maghribi dan Algeria sebelum ia dapat bertapak kukuh telah menyebabkan
ia terbenam ke dalam mehnah yang berpanjangan. Mintalah juga daripadanya fatwa
tentang alternatif yang realistik bagi melahirkan dakwah di sebuah negeri yang
diperintah secara kuku besi oleh segerombolan mulhid (atheis) yang sedang
menyediakan tali-tali gantung dan tempat-tempat pemotongan kepala.
Mereka akan berkata: Bagaimana seseorang dai boleh ditarbiah dalam situasi
demikian? Bukankah ini bermakna dia hanya terkurung di antara empat penjuru
biliknya? Atau adakah tarbiah yang dijalankan ke atasnya hanya berupa siri-siri
ceramah yang disampaikan kepadanya berulang-ulang kali?
Mereka juga berkata: Ini adalah kekangan!
Sebenarnya, jalan pengasasan ini amat jauh daripada pengekangan. Tetapi ia adalah
logik realiti bagi menghadapi suasana dan musuh-musuh yang terlalu berkuasa.
50

Perjalanan secara tenang ini tidak bermakna anda mesti berjalan secara lambat dan
perlahan. Bahkan anda hendaklah berjalan sepantas dan selaju yang termampu, tetapi
tanpa menyebabkan hiruk pikuk sedikitpun.
Perintah Pemerintah Perlembagaan Mereka
Kemungkinan kewujudan kumpulan tidak Islamik telah mendahului kewujudan anda,
lalu pemerintah membenarkan kewujudan anda dengan memejamkan matanya
(tentang kemungkinan bahaya yang akan mengancamnya). Ini dilakukannya bagi
merealisasikan keseimbangan kekuatan pengaruh, bukan kerana ia yakin dan percaya
kepada ideologi anda dan juga bukan kerana ia bermurah hati memberikan kebebasan
yang memang telah menjadi salah satu hak anda. Ini kerana teori pewujudan
kekuatan-kekuatan pengaruh yang berimbangan dan bercakaran sesama sendiri
merupakan salah satu kaedah yang masih digunakan dalam bidang politik. Hanya besi
yang dapat mengalahkan besi. Begitu juga sesuatu ideologi hanya dapat ditentang
oleh suatu ideologi yang lain.
Mungkin mereka tidak menentang anda jika anda yang mendahului di medan. Bahkan
dalam situasi kedua ini, mereka membenarkan kewujudan suatu perkumpulan ideologi
yang bertentangan dengan ideologi anda. Walaupun perkumpulan itu juga merbahaya
kepada mereka, namun mereka tetap membenarkan kewujudannya kerana kononnya
mahu merealisasikan keseimbangan. Melalui pertembungan perkumpulan tersebut
dengan anda dan melalui penyebaran fitnah tentang anda, akan memanjangkan umur
dan kekuasaan pemerintah.
Dalam situasi pertama, anda janganlah terpedaya dengan kebebasan yang kononnya
terpaksa diberikannya kepada anda. Dalam situasi yang kedua pula, anda janganlah
terikut-ikut dengan rentak yang dimainkan oleh saingan anda yang kelihatan begitu
agresif, kerana hanya dia yang diberikan kebebasan sebenarnya, bukan anda. Oleh itu,
dalam kedua-dua situasi tersebut, anda hendaklah melalui jalan yang tidak melampaui
perimbangan yang telah ditetapkan. Kerana jika anda melampaui perimbangan yang
telah ditetapkan, anda akan menyebabkan berlakunya kecacatan dan kerosakan, sebab
anda masih berada dalam fasa tasis. Janganlah anda memberatkan diri untuk
menekan tangan anda di atas neraca secara buat-buat dan paksaan. Tetapi biarkanlah
berat badan anda sendiri yang menekan tapak tangan anda secara semulajadi.
Kemudian persetankan perseimbangan itu setelah anda benar-benar mempunyai
kekuatan yang secukupnya untuk keluar dari kepompong. Tidak sebelum itu sama
sekali.
Pemerintah mempunyai kebijaksanaan yang kebiasaannya tidak akan menggunakan
penindasan. Tetapi dia sentiasa mencari-cari anasir-anasir berpengaruh dalam
kumpulan Islam, lalu menghantar sesetengah daripada mereka untuk menjadi duta ke
luar negara. Sebenarnya dia membuang mereka ke negara-negara jauh yang tidak
mempunyai keutamaan, sedang dia berlagak seolah-olah dia memberikan keutamaan
51

kepada mereka. Situasi ini kadang-kadang dipandang oleh seseorang naif yang
memerhati bahawa ia adalah kelebihan yang diberikan kepada para pendakwah.
Kadang-kadang pemerintah ini juga menugaskan sesetengah mereka dengan tugasan
pentadbiran yang sukar dan mempunyai bidangkuasa yang terlalu luas, untuk
menyibukkan mereka dengan kerja-kerja luar sebelum mereka dapat ditarbiah dengan
sempurna. Ini dilakukan agar tenaga mereka dapat dihisap sepenuhnya, sehingga tidak
berdaya lagi melakukan tugas lain. Situasi ini disangkakan oleh orang yang baik hati
sebagai pemberian atau kepercayaan yang diberikan kepada mereka.
Pewujudan keseimbangan antara pengaruh-pengaruh yang ada, dan penggunaan
nikmat serta kemewahan sebagai ganti daripada tekanan dan penindasan, merupakan
beberapa kaedah dalam teori Micafelli xxx yang masih memacu politik moden hingga
kini.
Risiko Syumul
Jika kemungkinan akan menghadapi penindasan tidak berupaya menjadi alasan
kenapa anda mesti bersikap tenang kerana di negara anda masih terdapat saki baki
kebebasan, maka terdapat satu lagi faktor yang mungkin dapat menahan kegelojohan
anda. Faktor itu ialah bahawa golongan pemuda yang menjadi perintis dakwah ini,
membawa satu konsep kefahaman menyeluruh berbentuk baru yang tidak dapat
ditanggapi oleh ulama kerajaan serta kebanyakan para imam dan khatib masjid yang
berjawatan rasmi. Kefahaman itu juga tidak disenangi oleh sesetengah penulis Islam
yang masih menggunakan pendekatan tradisional dan konservatif dalam penulisan
mereka. Kajian-kajian mereka yang berbentuk juzie melalaikan mereka daripada
konsep kesyumulan Islam. Pada kebiasaannya, tariqat-tariqat sufi menganggap
kejernihan akidah atau penglibatan politik yang dilakukan oleh dakwah sebagai suatu
penyelewengan daripada manhaj Islam yang sebenar. Golongan pembasmi bidah
pula melihat tarbiah yang dilakukan secara lemah lembut dan perkataan baik yang
diucapkan oleh dakwah ketika melakukan nahi mungkar adalah sikap bermuka-muka
yang diharamkan oleh Islam atau kelemahan xxx. Kesemua faktor-faktor itu ditambah
pula dengan ketidakfahaman mereka tentang hakikat sebenar diri kita hingga
menyebabkan mereka sentiasa menujukan kritikan-kritikan yang pahit kepada kita
yang mempunyai berbagai-bagai takwil, pandangan dan latarbelakang. Mereka
meletakkan sekatan dan halangan antara kita dengan kumpulan-kumpulan manusia
yang baru mahu mengenali kita. Ini menyebabkan kecergasan kumpulan-kumpulan itu
terencat dan semangatnya patah. Bahkan banyak lagi kumpulan-kumpulan manusia
lain yang kemungkinan besar akan memberikan bantuan dan menghulurkan
pertolongan jika tidak dihasut oleh golongan penghasut.
Fenomena itu memang terdapat dalam setiap masyarakat Islam. Sama ada di negara
Arab atau bukan Arab. Telah banyak berlaku pertembungan di antara dakwah dengan
golongan seumpama ini tanpa sebarang kesalahan yang dilakukan oleh dakwah. Satu-
52

satunya kesalahan yang dikatakan dilakukan oleh dakwah ialah kerana ia mempunyai
kefahaman luas dan kesederhanaan uslub yang tidak dimiliki oleh orang lain.
Ketika mereka memberikan penentangan dan sekatan kepada para pemuda dakwah,
mereka bukan melakukannya dengan niat yang tidak baik. Tetapi itulah kadar ilmu
dan penguasaan yang ada pada mereka. Anda tidak akan dapat mengelak daripada
menempuh pertembungan sampingan dengan mereka, kecuali jika anda berjalan
secara tenang dan senyap-senyap dengan tidak menyerlahkan identiti sebenar anda.
Kita Berwaspada Terhadap Senjata Pengecut
Di sana ada faktor ketiga yang tercerna pada kempen gosip dan fitnah zalim lagi dusta
yang dihadapkan oleh puak-puak lain terhadap anda.
Amat menyedihkan bahawa fitnah, pendustaan dan mereka-reka cerita telah menjadi
satu cara yang telah dijustifikasi dan berlaku pada amalan politik. Anda pasti
tercengang dan bingung terhadap golongan mulhid (atheis) bagaimana mereka
mendakwa diri sebagai ahli falsafah. Ketika berbicara dengan anda tentang isu-isu
yang besar, mereka mengungkapkannya dengan fasih disertai dengan pembentangan
perangkaan yang teliti. Namun apabila berbicara tentang amal Islamiyy dan para
pendakwah Islam, percakapan dan tulisan mereka sarat dengan pendustaan dan
tuduhan-tuduhan palsu. Mereka lebih cenderung kepada akhlak yang buruk, dan ini
menggambarkan jiwa mereka yang sakit.
Keadaan menjadi bertambah buruk lagi apabila kebanyakan generasi muda sekarang
mempunyai sifat cepat percaya dan terpengaruh dengan apa sahaja yang diucapkan
tanpa usul periksa. Lalu mereka memalingkan diri daripada para pendakwah. Mereka
ragu-ragu dan keliru. Mereka tidak cuba memenatkan diri mereka untuk bercampur
dengan para pendakwah, yang sebenarnya bukanlah sukar untuk melakukannya.
Mereka juga tidak cuba mengangkat sedikit kepala mereka bagi melihat cahaya
kebenaran yang jelas terpancar di dahi setiap dai. Mereka juga tidak cuba untuk
mendengar sendiri dengan telinga mereka alunan keikhlasan yang jelas keluar
daripada suara setiap dai.
Ini juga merupakan satu lagi halangan kepada kumpulan dakwah yang baru lahir.
Halangan ini mengandungi kekerasan yang terlampau dan permusuhan pengecut.
Oleh kerana kumpulan atau jamaah dakwah itu beriltizam dengan ketinggian dan
kesucian akhlaknya, serta menjauhkan diri daripada bertindak dengan tindakan yang
sama, maka dengan sendiri ia akan terpinggir.
Jadi demi untuk melepasi kemungkinan kita akan terpinggir sebagaimana yang
diusahakan oleh golongan mulhid (atheis) itu, kelahiran dakwah kita hendaklah
dilakukan dengan penuh ketenangan dan keterlibatan kita di medan persaingan
hendaklah dilakukan dengan penuh hati-hati.
53

Antara Hakikat Realiti Dan Cita-cita Optimis
Di sana terdapat lagi faktor keempat yang penting dan menasihatkan agar dilakukan
kewaspadaan yang tinggi sebelum berlaku perisytiharan. Faktor ini menuntut agar
ketika fasa kelahiran dan tadika dakwah menjauhkan diri daripada medan umum.
Ketika kita menyifatkan para perintis ini sebagai pendakwah, kita tidak bermaksud
bahawa mereka telah melalui pentarbiahan diri yang telah mantap. Bahkan masih
terdapat saki baki jahiliyyah dalam diri mereka seperti sifat riyak, hasad dengki, suka
berdebat, bangga, sukakan pujian dan keglamoran. Dalam situasi demikian, jika
mereka cepat melibatkan diri dalam medan umum, maka mereka sebenarnya
mendedahkan diri mereka kepada banyak tarikan dan bujukan yang berkemungkinan
besar diri mereka tidak mampu menanggung dan menghadapinya. Tarikan dan
bujukan itu adalah seperti perlantikan sebagai ketua, mendapat reputasi yang baik,
publisiti meluas melalui akhbar, tepukan dan sorakan memberangsangkan, kilatan
flash-flash kamera dan delegasi-delegasi yang silih bertandang mengatakan
kekaguman. Tarikan dan bujukan seumpama ini amat mudah menjadikan mereka
terjebak ke lembah fitnah. Dengan itu, pertembungan dan pertarungan keduniaan akan
bermula di kalangan mereka, terutamanya jika mereka sebaya, tiada ketua yang lebih
berumur, lebih berilmu dan lebih dipandang hebat.
Sebagaimana anda menegah kanak-kanak daripada memakan beberapa jenis makanan
kerana mahu menjaga kesihatannya: begitu juga anda menegah para pendakwah
daripada berkhutbah di atas mimbar, dicalonkan ke kerusi parlimen dan segala sarana
lain yang menyegerakan penyebaran.
Pengasas sesuatu mendapat kepercayaan anda kerana himmahnya yang tinggi dan
semangatnya yang berkobar-kobar. Namun kefahamannya masih berada di peringkat
permulaan dan pengalamannya masih cetek. Jika anda meragui perkara ini,
bandingkanlah diri anda sekarang dengan keadaan anda sebelum ini beberapa tahun
lalu. Anda pasti akan tertawa mengenangkan kejahilan anda dahulu ketika peristiwa-
peristiwa lalu kembali menerawang kepada ingatan anda. Anda akan melihat bahawa
pembesaran yang hebat telah memperbanyakkan aset tarbiah dan pemikiran anda
berlipat kali ganda, berbanding keadaan anda sebelum ini.
Dakwah di beberapa negara berpura-pura tidak tahu tentang tindakan yang boleh
memelihara keselamatan dakwah ini, atau memang ia tidak tahu mengenainya. Ini
menyebabkan dakwah di tempat tersebut terpaksa membayar harga yang mahal dan
menyebabkan satu generasi dakwah berpecah semula secepat mereka berkumpul
dahulu.
Pemetikan Dan Pembandingan; Menyuburkan Khazanah Perancangan
Namun kadang-kadang perkiraan adalah berbeza. Imam al-Banna (rahimahullah)
ketika persidangan kelima (al-mutamar al-khamis) amat cenderung kepada dakwah
54

secara terang-terangan. Beliau menyebut bahawa marhalah pertama ialah marhalah
tarif (pengenalan) dan penyampaian dakwah kepada seluruh manusia. Tetapi
pengalaman di kebanyakan negara menunjukkan sebaliknya. Di samping itu, mehnah
dan ujian yang menimpa jamaah mewajibkan kita melakukan kajian semula yang
tidak salah untuk dilakukan. Kita tidak menentang pandangannya yang dikeluarkan
dalam situasi yang berlaku dan sesuai ketika itu. Pandangan yang relatif (tidak
bersifat mutlak) membenarkan kita melakukan pengubahsuaian berdasarkan realiti
yang sentiasa berubah-ubah. Bahkan marhalah tarif tidak mungkin dilakukan
melainkan oleh bilangan pendakwah yang ramai, iaitu generasi pengasas.
Sesetengah negara memulakan dakwah dengan melakukan propaganda meluas bagi
marhalah tarif ini, melalui khutbah-khutbah di masjid dan demonstrasi. Ini
menyebabkan ribuan pemuda menggabungkan diri ke dalam dakwah. Tetapi apabila
mereka mahu ditarbiah, diminta untuk berjalan secara berdisiplin dan dibahagikan
kepada beberapa peringkat, mereka berselisih dan bertelingkah, kerana mereka adalah
sebaya. Akibat situasi tersebut, dakwah mengalami rencatan dan renjatan yang
berterusan selama beberapa tahun hasil perselisihan dan pertelingkahan mereka itu.
Kadang-kadang sesuatu kerajaan tidak melakukan kezaliman dan penindasan, serta
kita juga tidak mengalami permusuhan dan perselisihan dalaman, tetapi jentera
tarbiah dibebani dengan kumpulan manusia yang amat besar. Ini menyebabkan tahap
tarbiah yang dijalankan jauh lebih rendah daripada tahap sepatutnya. Oleh itu,
pentarbiahan yang sempurna juga menuntut agar perjalanan dilakukan secara tenang,
agar penyebaran dakwah berlaku seiring dengan kekuatan dan kemampuannya.
Kemungkinan dakwah tidak perlu menyibukkan dirinya dengan politik untuk suatu
tempoh yang panjang dengan pentarbiahan dilakukan di majlis-majlis ilmu dan
pengajian yang tersembunyi di rumah-rumah, sehingga pembentukan suatu generasi
pengasas dapat dilaksanakan.
Pemulihan Boleh Dilakukan
Dakwah di beberapa negara yang melakukan kesilapan dalam masalah pemerinkatan
(tadarruj) lalu terdedah kepada penindasan, masih boleh melakukan pemulihan dan
kembali kepada ketenangan. Tindakan ini sedikit pun tidak menjadi kesalahan dari
sudut syarak dan tidak dicela pada pandangan uruf.
Sesetengah dai segera menafikan keharusan ini dan mereka menyeru agar dakwah
diteruskan juga walau apa pun situasinya. Secara spontan mereka memberikan
ceramah-ceramah yang menggesa dan meminta agar tidak mengundur. Bahkan
mereka mungkin berhujjah dengan keberanian dan kecekalan parti-parti komunis
meneruskan kerja mereka untuk membuktikan kewajipan meneruskan langkah yang
telah dibuat.
55

Sebenarnya mereka tersilap perhitungan. Ilmu pemeringkatan (al-marhaliyyah) tidak
mengenal muslim atau kafir. Akal berbicara kepada mereka berdua bersama-sama.
Akal menyeru mereka berdua agar melakukan pembandingan yang logik dan
memandang kepada kemaslahatan yang dikongsi bersama.
Golongan komunis di Rusia pernah tergesa-gesa melakukan revolusi terhadap Kaisar
pada tahun 1905. Revolusi mereka gagal. Mereka kemudian dipimpin oleh Lenin
yang pintar melakukan pengunduran. Kemudian mereka melakukan semula revolusi
ketika Perang Dunia berlaku. Dalam buku ringkasan sejarah Parti Komunis di
Kesatuan Soviet diceritakan tentang fasa tersebut dan bentuk aktiviti yang dilakukan
ketika itu. Sejarah tersebut ditulis oleh satu jawatankuasa yang terdiri daripada ahli-
ahli veteren Parti Komunis, dicetak dalam bahasa Arab dan diterbitkan di Moscow
sendiri. Ini menafikan kemungkinan berlaku kesalahan dan pemalsuan fakta di dalam
buku tersebut.
Buku tersebut berkata:
Dalam suasana kemenangan golongan konservatif, adalah tidak patut untuk menyeru
masyarakat umum melakukan serangan langsung terhadap kerajaan Kaisar. Tetapi
adalah lebih baik melakukan pengunduran dan menggunakan jalan putar belit bagi
meneruskan perjuangan. Untuk matlamat tersebut, badan parti yang sulit hendaklah
mengeksploitasi sepenuhnya parlimen negara dan segala pertubuhan yang berdaftar
seperti persatuan-persatuan sekerja, koperasi-koperasi dan kelab-kelab pekerja.
Lenin mendidik para pengikutnya (Bolshevik) agar memandang hina kepada revolusi.
Dia juga mengajar mereka bahawa seseorang revolusiner yang sebenar berkewajipan
juga untuk melaksanakan tugas hariannya, yang biasa, yang menjemukan dan tidak
kelihatan pada pandangan masyarakat. Walau bagaimana sukar sekalipun pekerjaan
tersebut, namun ia pasti tidak akan sia-sia.
Demikianlah bagaimana Parti Marxis melaksanakan tugas -setelah kegagalan
revolusi- yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini, iaitu pengunduran secara
tersusun dan pengeksploitasian setiap sarana terbuka bagi meneguhkan hubungan
dengan orang bawahan. Ini dilakukan demi memberikan kesedaran politik kepada
rakyat terbanyak. Golongan Bolshevik telah mempelajari pekerjaan yang sukar ini
dengan tekun. Setiap aktiviti Parti Komunis adalah bersifat menghimpunkan antara
ciri kerahsiaan dan keterbukaan.
29

Ketika zaman pengunduran yang kritikal, Parti Komunis telah menjadi kaya dengan
pengalaman-pengalaman politik, pendekatan perjuangan dan bentuk-bentuk

29
Mujaz Tarikh al-Hizb al-Shuyuiyy fi al-Ittihad al-Sufiyittiyy, hlm. 94, Dar al-Taqaddum, Moscow,
1970.
56

pentadbiran yang baru. Ketika di ambang revolusi, Bolshevik mempelajari bagaimana
melakukan serangan. Kekalahan mengajar mereka bagaimana mengundur dengan
penuh tersusun dalam masa yang sama terus memelihara kekuatan asasi mereka.
Pengalaman ini mempunyai kepentingan yang lebih besar daripada apa yang
dijangkakan ketika menghadapi kemenangan revolusi selepas itu. Lenin mengetahui
bahawa adalah mustahil untuk mencapai kemenangan tanpa mempelajari bagaimana
melakukan serangan dan pengunduran yang baik dan tersusun.
30

Anda tidak perlu bersegera mengingkari kami kerana berhujjahkan dengan
perancangan kerja golongan komunis ini. Memang benar kita mengingkari dan tidak
bersetuju dengan kebatilan, kekufuran, pendustaan, pembunuhan besar-besaran,
keburukan akhlak, pencerobohan dan pencemaran mereka terhadap kehormatan diri
serta harta benda manusia. Tetapi kecelikan politik dan kemantapan pengurusan
merupakan perkara yang sama sahaja di sisi seseorang muslim dan kafir. Bahkan
pengunduran yang berlaku di kalangan ummat Islam hari ini adalah disebabkan oleh
kelebihan orang-orang kafir terhadap mereka dari segi kecelikan politik dan
kemantapan pengurusan ini.
Marilah sejenak kita melihat bagaimana ummat Islam sepakat mengatakan bahawa
adalah harus untuk meniru orang-orang kafir dari sudut mobilisasi, teknik berperang
dan perancangan ketenteraan. Anda hendaklah menjadikan perkara tersebut sebagai
dalil yang membolehkan teknik-teknik lain yang selari dengannya dalam amalan
politik.
Keduanya, lihatlah kepada kebiasaan mengambil sandaran daripada pengalaman-
pengalaman politik dunia dalam aktiviti-aktiviti politik, sama ada pada peringkat
antarabangsa atau peringkat sesuatu parti, maka anda akan dapati ia adalah hampir
sama juga dengan pengalaman-pengalaman para politikus Partai Komunis.
Wahai saudaraku! Janganlah anda terpedaya dengan semangat spontan dan
kebanggaan diri yang dibuat-buat. Dengan kedua-dua sifat tersebut, anda menutup
telinga daripada mendengar pengalaman-pengalaman komunis yang saya ceritakan
kepada anda. Anda sebenarnya telah mempunyai neraca pembeza daripada kaedah-
kaedah syarak yang memelihara anda daripada mengikut membuta tuli. Di samping
itu, dalam hati anda yang lembut itu terdapat penasihat yang menjauhkan anda
daripada melakukan kekerasan dan pertempuran berdarah.
Wahai saudaraku seIslam yang tidak bersetuju dengan kami! Kurangkanlah kritikan
anda. Janganlah lantaran perkataan-perkataan kami ini, anda mengatakan bahawa
kami telah terjerumus ke jalan komunis. Kejelasan perkataan kami sepatutnya sudah
cukup membuatkan anda gerun untuk berkata demikian. Ketegasan kami berpegang

30
Mujaz Tarikh al-Hizb al-Shuyuiyy, hlm. 95.
57

dengan hukum halal haram, menjauhkan kami daripada terjatuh ke dalam perkara-
perkara syubhat.
Ia sebenarnya tidak lebih daripada keyakinan terhadap faedah memerangi seluruh
kekufuran dengan senjata kekufuran itu sendiri, sama ada komunis dan lainnya.
Kerinduan Yang Terpenjara
Dengan logika seumpama inilah, dakwah yang belum sempurna peringkat (marhalah)
tasisnya, sepatutnya mengisytiharkan bahawa ia menarik diri daripada permasalahan-
permaslahan besar ummat. Ia juga hendaklah menjawab celaan golongan yang
mencela yang tertanya-tanya di manakah kebanggaan dan kemuliaan yang dicatatkan
oleh dakwah sebelum ini.
Para duat sebenarnya bukanlah enggan melakukan pengorbanan. Bahkan mereka
adalah orang pertama yang melakukannya. Tetapi pengalaman mereka yang panjang
memberikan pengajaran berguna kepada mereka. Iaitu mereka melihat bagaimana
kerajaan-kerajaan boneka memukul mereka dari belakang ketika mereka menghunus
senjata terhadap musuh. Begitu juga mereka melihat kerajaan-kerajaan itu
mengumpulkan mereka daripada kem-kem jihad ke kem-kem tahanan. Oleh itu,
mereka mahu menjaga diri mereka agar boleh terus menjadi penunjuk jalan dan
murabbi kepada ummat manusia, seterusnya memimpin mereka untuk mengenali
punca segala penyakit yang berlaku.
Hujjah dihadapkan dengan hujjah. Kehilangan kesukaan atau keredhaan manusia pada
hari ini terhadap kita -kerana mereka tidak memberikan pertimbangan sewajarnya-
merupakan satu perkara negatif yang ingin kita jauhi. Namun, pukulan yang dijangka
dan diramalkan terhadap kita merupakan perkara negatif yang lebih besar.
Namun sebenarnya orang yang mengkritik kita adalah tersilap. Kerana kesungguhan
dan pengorbanan para duat Islam berkhidmat untuk permasalahan ummat telah
mencapai kemuncaknya yang tinggi. Hati mereka sentiasa tergantung di ufuq yang
agung itu. Mereka sama sekali tidak akan berlambat-lambat jika memiliki kekuatan
dan suasana menyebelahi mereka. Tetapi mereka terpaksa berlambat-lambat apabila
melihat penjara dan gari-gari zalim menghalang mereka daripada memerangi Yahudi
dan golongan penjajah yang masih berkuasa di sesetengah negara Dunia Islam.
Pengorbanan tidak sepatutnya berlaku dengan bahagian belakang badan terdedah
kepada peluru pertama yang datang daripada para pemerintah yang khianat, sebelum
datangnya peluru yang menuju ke dada daripada musuh sebenar. Oleh itu, para duat
sepatutnya terus memimpin ummat bagi menghapuskan segala entiti yang zalim dan
lemah itu, yang bertanggungjawab terhadap keterpinggiran segala permasalahan
ummat.
58

Kelicinan Keterbukaan
Sebagaimana perkiraan-perkiraan maslahat menuntut generasi perintis agar sentiasa
bekerja keras dengan penuh kesabaran melakukan amal-amal berbentuk fardiyy
secara tenang, maslahat yang sama juga menuntut tindakan sebaliknya. Iaitu menuntut
penzahiran selepas fasa tasis berakhir, menuntut penggunaan sarana-sarana
berbentuk umum, menuntut penggunaan pertempuran pemikiran dan persaingan
politik.
Sama sekali tidak harus bagi seseorang pendakwah yang menemui unsur-unsur yang
berkualiti daripada generasi perintis lalu dia meneruskan perancangan awal iaitu
untuk memperolehi unsur-unsur berkualiti, yang mempunyai himmah yang tinggi,
berperibadi mulia dan cekal sahaja. Kerana kuantiti juga adalah dituntut. Kesannya
adalah sama dengan kesan yang boleh diberikan oleh kualiti. Tambahan pula, unsur-
unsur yang berkualiti dari sesuatu generasi selamanya tidak banyak bilangannya.
Tentang hal ini, kita terikat dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah bagi
kita. Perkara ini juga telah dijelaskan oleh Nabi (s.a.w.) melalui sabda baginda:
.
31

Maksudnya: Manusia ini adalah ibarat seratus ekor unta. Antara seratus ekor unta itu,
hampir-hampir anda tidak temui seekorpun yang sesuai untuk ditunggang.
Unta yang sesuai dan kuat untuk ditunggang bagi perjalanan yang jauh, tidak banyak
kedapatan antara unta-unta yang ada. Lantaran bilangannya yang sedikit, seolah-olah
nisbahnya adalah hanya seekor sahaja bagi setiap satu kumpulan unta yang besar.
Begitu juga peribadi yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan di kalangan manusia.
Anda tidak menemui individu yang pintar, berani, bersungguh-sungguh dan
mempunyai fitrah yang sejahtera melainkan sedikit sahaja di kalangan manusia.
Sedangkan majoriti manusia mempunyai pelbagai kelemahan dan kekurangan.
Maka pada fasa permulaan, anda hendaklah hanya mengambil individu-individu yang
terbaik ini sahaja. Xxx. Tetapi penyempurnaan pusingan tersebut menuntut anda
melakukan pembukaan dan penyebaran yang luas setelah menunggu fasa tasis. Oleh
itu, anda terpaksa juga mengambil individu-individu yang separa berkualiti.
Kaedah Asal: Pemilihan Yang Ketat
Setiap marhalah mempunyai generasi dan ahli-ahlinya yang tersendiri.

31
Sahih al-Bukhariyy, jil. 8, hlm. 130.
59

Persediaan untuk mati pada jalan Allah (s.w.t.) dan kesanggupan mengorbankan
nyawa hingga ke titisan darah yang terakhir merupakan sifat-sifat asasi yang mesti
wujud pada generasi perintis. Baju mereka hanya mempunyai satu butang sahaja,
bukannya dua puluh butang. Apabila salah seorang dari mereka diminta membuka
dada bagi menghadapi peluru musuh, dia akan membukanya tanpa bertangguh lagi.
Ruh setiap orang dari mereka berada di tangannya. Apabila diperintahkan: Berilah
ruh kamu!, dia akan menjawab: Inilah dia! Ruhnya tidak berada di dalam sangkar
dadanya yang memakan masa untuk membuka sangkar tersebut. Sebelum
membukanya pula dia perlu mencari anak kuncinya yang diletakkan di dalam
sakunya, lalu tidak ditemuinya. Dia perlu pulang pula ke rumah bagi mengambil anak
kuncinya yang tertinggal, lalu berjumpa dengan isteri cantik yang melemahkan
semangatnya. Kemudian dia kembali ke medan dengan seribu satu macam alasan dan
keuzuran.
Pemilihan yang ketat pada generasi perintis adalah satu perkara yang baik. Bahkan
adalah wajib mencapai tahap ketat yang teratas. Kerana ia adalah generasi yang akan
memimpin generasi-generasi selepasnya. Di atas bahunyalah tertanggung bebanan
pembinaan. Ia juga dituntut bersabar dan bertahan di sepanjang perjalanan.
Kepadanyalah generasi lain memandang dan menunggu-nunggu inisiatifnya untuk
menjadi qudwah. Ia juga akan menceritakan cerita-cerita serta membuat sunnah
kepada orang-orang yang menjadi pengikut dan mereka yang datang kemudian.
Generasi perintis ini adalah umpama generasi muhajirin dan orang-orang lama Ansar
yang tetap teguh pendirian mereka walaupun ramai orang menjadi munafiq selepas
Perang Badar. Mereka juga adalah orang-orang yang tetap berani ketika mengalami
kekalahan di Hunain. Mereka juga adalah orang-orang yang setia ketika ramai orang-
orang Arab murtad selepas kewafatan Nabi (s.a.w.).
Permudahan Selepas Pengetatan
Setelah generasi terpilih telah dapat dikumpulkan dalam jumlah yang mencukupi dan
dakwah telah memperolehi generasi pemimpin yang suci bersih, maka pada ketika itu
dakwah diberi ruang untuk bermudah-mudah sedikit. Ini bagi membolehkannya
membentuk generasi pelaksana (tanfiz) yang terdapat individu-individunya di
pelbagai sektor masyarakat. Maka dakwah boleh menerima seseorang individu yang
mempunyai kekurangan dan kelemahan sama ada dari sudut keberanian dan
kecerdikan. Atau dakwah juga boleh menerima individu yang hanya tahu meniru
tanpa mempunyai kemampuan untuk melakukan kreativiti dan inovasi atau individu
yang boleh digentarkan oleh khutbah-khutbah berbentuk nasihat dan boleh digerakkan
oleh semangat, meskipun dia seorang yang tidak selalu bersegera dan sentiasa di
hadapan. Namun begitu, dakwah tetap tidak boleh menerima individu penakut lagi
pengecut, bodoh lagi dungu, takabbur lagi bongkak atau keras lagi kasar.
60

Sebenarnya istilah permudahan ini lebih berbentuk majaziyy (metafora-kiasan).
Kewujudan elemen realiti dalam proses pengumpulan yang anda lakukan, memaksa
anda tidak terlalu ketat dan rigid. Tidak ramai manusia yang memiliki sifat-sifat yang
mulia, tetapi dalam masa yang sama, dakwah mesti meramaikan golongan amilin.
Dalam banyak keadaan, kuantiti yang besar juga dituntut. Penambahan bilangan yang
ramai ini tidak akan tercapai kecuali jika anda turut memasukkan individu yang
mempunyai sedikit keaiban ke dalam kafilah anda. Jika anda hanya mahu mengambil
individu yang sempurna sahaja, nescaya tahun-tahun yang berharga ini akan berlalu
dengan hanya dapat membuat penambahan yang sedikit sahaja. Lalu kita akan
didahului dan diatasi oleh kelompok-kelompok lain. Peluang untuk membuat
penambahan juga mungkin tidak akan berulang lagi jika peluang yang ada tidak
dipergunakan dengan sebaiknya.
Dalam hal ini terdapat maslahat besar iaitu bersegera merebut medan persaingan yang
masih terbuka. Maslahat ini bertentangan dengan maslahat lain yang lebih kecil iaitu
kemahuan yang membuak-buak untuk melakukan pemilihan anasir yang baik sahaja.
Atau dalam hal ini terdapat mafsadah yang besar iaitu kehilangan atau keluputan
peluang jika tidak direbut segera. Dalam masa yang sama terdapat mafsadah yang
lebih kecil iaitu kemungkinan terambil individu yang tidak mempunyai sifat-sifat
tinggi yang diperlukan. Dalam hal ini, kaedah fiqh ada menetapkan bahawa maslahat
yang lebih kecil hendaklah diluputkan bagi menolak mafsadah yang lebih besar.
Walau bagaimanapun, dalam kedua-dua situasi di atas, kita tetap tidak melupakan
syarat utama iaitu keimanan. Di samping itu, kita hendaklah sentiasa berusaha
melakukan pendidikan, pentarbiahan dan penyedaran.
Saya tidak perlu mengingatkan anda bahawa permudahan ini tidaklah bermakna anda
tidak perlu langsung prihatin untuk terus mendapatkan individu-individu yang
berkualiti dalam marhalah ini. Ini tetap perlu anda lakukan bagi meringankan tugas
baru yang terbeban ke atas bahu para pengasas disebabkan oleh perluasan yang
berlaku. Jadi permudahan ini adalah pembukaan sumber baru yang kaya. Ia sama
sekali tidak bermakna penutupan atau penyempitan sumber pertama yang asal.
Azam Yang Saling Melengkapi
Sesetengah duat membandingkan hal ini dengan penduduk sebuah kampung. Pada
suatu hari, seorang lelaki alim melalui kampung tersebut tanpa mendengar suara azan
dikumandangkan semasa melalui rumah-rumah di situ. Dia merasa sedih dan terus
menasihati penduduk kampung itu. Dia meminta mereka bekerjasama dan tolong
menolong untuk membina sebuah masjid dengan dia sendiri menjadi perintisnya.
Kemudian penduduk kampung itu memberikan kesanggupan berdasarkan kemampuan
masing-masing. Salah seorang dari mereka berkata: Saya memberikan sebahagian
tanah saya untuk kamu dirikan masjid di atasnya. Saya tidak mempunyai wang.
Yang lain pula berkata: Kami boleh mendirikan masjid itu dengan kudrat yang ada
61

pada kami. Kami boleh membuat batu bata dan membancuh simen. Yang ketiga pula
berkata: Saya mahir mendirikan dinding. Yang keempat pula mendermakan pintu.
Yang kelima pula mendermakan permaidani. Yang keenam memberikan kesanggupan
untuk menyalurkan elektrik. Yang ketujuh pula berkata: Saya tidak mempunyai
kudrat untuk bekerja dan saya juga tidak mempunyai harta. Tetapi suara saya sedap.
Saya boleh menjadi muazzin. Golongan lain yang lemah pula berkata: Kami hanya
boleh meramaikan bilangan, berdiri di belakang sebagai makmum, menzahirkan
kehebatan Islam dan mengimarahkan masjid dengan tasbih dan takbir. Kemudian
mereka semua diimamkan oleh perintis tadi ketika menunaikan solat.
Lihatlah bagaimana seluruh usaha dan azam terkumpul hingga anda tidak boleh
memberikan kelebihan kepada orang alim yang meluahkan idea asal membina masjid
dengan berkata: Jika tidak kerananya, nescaya masjid itu tidak dibina. Begitu juga
anda tidak boleh memberikan kelebihan kepada tuan punya tanah, tidak juga kepada
orang yang memerah keringatnya, tidak juga si muazzin dan tidak juga pembekal
elektrik. Bahkan semua mereka telah diberikan kemudahan dan taufiq oleh Allah
untuk melakukan suatu amal salih dan saling bertolong bantu di antara satu sama lain.
Begitu juga usaha yang perlu digembelingkan bagi pembinaan dakwah. Ia adalah
usaha yang saling melengkapi dan bertolong bantu. Semua usaha adalah penting,
walaupun usaha yang kelihatan amat kecil. Usaha dakwah ini memerlukan golongan
qiadah yang sentiasa merancang. Ia juga perlu kepada golongan pemikir yang sentiasa
menulis. Ia juga perlu kepada golongan yang berdakwah dan mentarbiah, mengurus
dan menyusun. Ia juga perlu kepada wartawan, hartawan, askar, kunci pilihanraya,
pelajar, pekerja buruh, peladang, wanita dan juga kanak-kanak.
Perdebatan untuk menentukan siapakah yang mempunyai kelebihan mutlak dalam
kerja-kerja dakwah ini adalah perdebatan yang bodoh.
Usaha-usaha yang dilakukan adalah saling berkait rapat dan saling memerlukan.
Sebahagiannya menjadi pembantu dan pelengkap kepada sebahagian yang lain. Jika
wujudpun kelebihan sesuatu usaha ke atas usaha yang lain, kelebihan itu lebih bersifat
relatif (nisbi), mengikut waktu dan tempat tertentu.
Iqbal mempunyai rangkap syair yang mengecam perdebatan seumpama ini:
:
Maksudnya: Biarkanlah orang yang bertanya tentang percikan api yang berlaku;
adakah disebabkan oleh kapak atau batu?
Yang penting, seseorang pendakwah Islam hendaklah berpegang teguh dengan
kapaknya dan terus membajak di bumi kebaikan dan menyemai benih yang akan
62

berbuah. Atau dia menggunakan kapak itu untuk memusnahkan dan meruntuhkan litar
kebatilan. Dia sama sekali tidak berhak untuk berlegar di sekitar pusingan yang tidak
memberi sebarang manfaat dengan mencari siapakah yang lebih.
Percikan api tidak akan berlaku melainkan apabila besi dan batu bersentuhan.
Percikan dakwah juga tidak akan memberikan cahaya kepada jalan ummat Islam pada
hari ini selagimana usaha-usaha yang dilakukan tidak saling lengkap melengkapi.
Mencari Elemen Berpengaruh
Daripada konsep yang dinyatakan, kita boleh menggariskan marhalah pengembangan,
perluasan dan keterbukaan. Golongan perintis yang sentiasa bertebaran di mana-
mana, mereka tetap wajib melakukan penyampaian dan penerangan, sama ada melalui
perkhabaran-perkhabaran menggembirakan atau amaran. Mereka juga tetap wajib
melakukan pengumpulan anasir-anasir yang baik dan mentarbiah mereka. Semua ini
hendaklah terus dilakukan sehingga kekuatan Islam bertambah besar di sesuatu negeri
hingga boleh mengimbangi kekuatan musuh-musuh Islam. Mereka hendaklah
menggunakan segala sarana yang boleh digunakan seperti menerbitkan buku dan
sebaran, mengeluarkan kenyataan-kenyataan, menerbitkan akhbar, mengatur
sambutan bagi sempena tertentu, mengadakan syarahan, ceramah, perhimpunan dan
demonstrasi, menubuhkan kelab-kelab dan persatuan-persatuan profesional,
melibatkan diri dalam pilihanraya persatuan pelajar, kesatuan sekerja dan parlimen,
mengadakan perkhidmatan umum yang boleh memberikan perkhidmatan prasarana
kepada rakyat, menubuhkan institusi industri ketika berkemampuan, melibatkan diri
dalam persaingan kewangan dan perdagangan, serta lain-lain sarana bebas yang
dibenarkan syarak.
Demikianlah sepatutnya tenaga dicurahkan ketika melakukan penyusupan dan
aktiviti. Golongan yang memuliakan Islam dan menghiaskan diri mereka dengan
akhlak yang mulia dari kalangan elemen yang berpengaruh dalam kehidupan sosial,
pemikiran dan politik hendaklah ditarik agar menyertai dakwah. Mereka adalah
seperti pensyarah-pensyarah universiti, guru-guru, pegawai-pegawai besar kerajaan,
wartawan, sasterawan, penyair, ulama, khatib di masjid, peguam, hakim, barisan para
doktor, jurutera, ketua-ketua keluarga yang mempunyai keturunan yang baik atau
anak-anak mereka, ketua-ketua kabilah dan sanak saudara mereka, para pedagang,
ketua-ketua persatuan, kesatuan sekerja, kelab-kelab sukan, pemikiran, sosial,
profesional, serta ahli-ahli jawatankuasa pentadbiran yang bersama mereka, atau
orang-orang yang terkenal di kalangan orang ramai kerana kepahlawanannya atau jasa
baik yang telah dilakukannya dan termasuk juga wakil-wakil rakyat di parlimen.
Bahkan dakwah hendaklah juga menarik walaupun golongan yang malas
bersembahyang dari kalangan golongan-golongan yang disebutkan di atas, selagimana
fitrah mereka masih sejahtera. Nasihat-nasihat dan tarbiah yang kita berikan
diharapkan dapat membangkitkan semangat dan azam mereka sehingga memadai
63

untuk menjadikan mereka beriltizam serta komitmen dengan ibadat-ibadat yang
difardhukan kepada mereka, dan agar mereka tidak terjerumus melakukan perkara
yang haram. Kita sepatutnya hanya menjauhkan diri daripada orang yang
berkepentingan dan haloba dari kalangan mereka. Iaitu orang-orang yang firasat kita
menunjukkan bahawa mereka hanya ingin mengeksploitasi dakwah bagi memenuhi
kepentingan peribadi dan keduniaan semata.
Kita Menolak Pilih Kasih Dan Perlakuan Berbentuk Kasta
Kita sepatutnya tidak mengumpul mereka atau berusaha untuk mendapatkan
sokongan mereka kepada dakwah kerana faktor kasta atau kedudukan tinggi mereka.
Kerana mereka bersama-sama dengan buruh dan peladang biasa dapat hidup dengan
penuh persaudaraan keimanan di bawah naungan dakwah kita. Tetapi pengaruh
mereka yang besar dari sudut pemikiran dan politik, mewajibkan kita memberikan
perhatian yang lebih kepada mereka.
Parti-parti sosialis bimbang bahawa sesetengah pemilik harta dan yang mempunyai
kedudukan yang tinggi akan mengeksploitasi parti mereka bagi mencapai matlamat
mendapat faedah dan kedudukan yang tinggi. Oleh itu, mereka hanya prihatin untuk
mengumpulkan golongan buruh dan orang-orang yang lemah. Mereka memonopoli
kekuasaan. Sebenarnya itu adalah langkah rawatan yang buruk bagi realiti yang
menyeleweng lagi zalim. Tetapi kita mempunyai ukhuwwah Islamiyyah yang setiap
orang ditarbiah untuk menghayatinya. Ia dianggap sebagai suatu yang amat unik dari
segi kesannya. Keadilan yang dibawa oleh Islam tidak memberikan ruang kepada
kezaliman untuk wujud dan membesar. Antara hakikat ukhuwwah kita ialah
hendaklah direntap segala kebencian kasta dari para hartawan dan empunya pengaruh,
atau dari golongan miskin yang lemah. Manakala orang yang tetap berada dalam
kehinaan dan berniat untuk mengeksploitasi dakwah, maka dakwah Islam hendaklah
menjauhkan diri sejauh-sejauhnya daripadanya. Imam al-Banna telah menanam satu
kaedah yang releven sepanjang zaman tentang pengumpulan yang sepatutnya kita
lakukan, iaitu bahawa kita berwaspada terhadap penguasaan golongan pembesar (al-
kubara) dan pemuka (al-ayan) (sebagaimana istilah yang digunakan oleh beliau).
Pengutusan Nabi yang mulia tidak lain dan tidak bukan adalah pemberontakan
terhadap penguasaan golongan takabbur dari kalangan kaum Quraish dan orang-orang
Arab yang zalim. Ia juga adalah pemberontakan terhadap pengeksploitasian Yahudi
dan orang-orang munafiq yang bersekutu dengan mereka. Pembukaan-pembukaan
Islam yang mulia juga merupakan peruntuhan terhadap taghut dan musuh-musuh
ummat. Adakah dakwah Islam hari ini telah mengambil jalan lain daripada sirah yang
mulia dan jalan lurus yang membawa petunjuk itu?
Pengumpulan Yang Tuntas (Menyeluruh)
Bahaya sama sekali tidak datang daripada pintu itu. Para pembesar tidak akan
mempunyai kedudukan dalam dakwah kita. Tetapi bahaya mungkin datang dari
64

dalam. Ketika dakwah berjalan dalam beberapa tahun tanpa perancangan yang rapi,
dakwah mungkin akan bertukar menjadi hanya gerakan golongan berpelajaran dan
berpendidikan dengan tidak memberikan penekanan kepada golongan buruh dan
peladang. Ia hanya memberikan perhatian serius kepada sekolah, universiti dan
golongan terpelajar sahaja. Ini kerana mereka mempunyai kesediaan untuk menerima
dan memahami perbahasan-perbahasan akademik. Tidak terdapat perancangan untuk
merendahkan taraf sehingga dapat juga melibatkan buruh dan peladang agar segala
permasalahan mereka dapat di atasi serta hak-hak mereka dapat diperjuangkan.
Gerakan dakwah di beberapa buah negara telah terjebak dalam kecuaian seumpama
ini. Ini menyebabkan golongan kiri telah mendahului dakwah dalam menangani
permasalahan golongan buruh dan peladang, menyebabkan dakwah tidak dapat
bersaing lagi. Kewujudan keseimbangan dalam aktiviti politik tidak dapat dilakukan
lagi. Oleh itu, benarlah peribahasa yang berkata bahawa mata dapat melihat, namun
apakan daya tangan tidak terdaya memberikan pertolongan. Pasukan pendakwah dari
golongan terpelajar dan berpendidikan tinggi memang memiliki kesedaran ilmu yang
tinggi, tetapi tangan mereka yang mahu dihulurkan ke arah kebatilan adalah pendek,
tidak sepanjang tangan yang boleh dihulurkan oleh golongan buruh dan peladang.
Kemungkinan juga dakwah akan terjebak ke dalam satu lagi jalan kekurangan yang
lain, iaitu dakwah telah bertukar ke arah aliran pemikiran sastera semata-mata. Ia
hanya memperbanyakkan perbincangan-perbincangan fiqh, mengarang dan
menerbitkan, ceramah dan khutbah, dialog dan debat. Aliran ini adalah lebih
merbahaya daripada aliran pertama tadi, kerana ia menyentuh asas kefahaman dakwah
di sisi mereka. Ini akan menjauhkan mereka daripada melakukan pengumpulan yang
meluas, penyusunan yang teliti dan memalingkan mereka daripada nahi mungkar
yang sepatutnya dilakukan secara amali. Dakwah memang amat memerlukan kepada
aktiviti mengarang, penerbitan buku-buku dan dialog, tetapi bukan sekadar hanya
menjadi akademi keilmuan.
Ciri menyeluruh (al-syumuliyyah) dalam aktiviti pengumpulan (tajmi) adalah suatu
yang dharuri. Ia sewajibnya selari dengan ciri menyeluruh yang ada pada sudut fikrah
dan sarana (uslub).
Intipati Masyarakat Bukan Buih
Sesetengah duat melakukan kesilapan melalui pintu yang lain ketika mereka
terlampau boros dalam menanggapi makna keperluan kita untuk menghampiri dan
mengimbangi kekuatan aliran-aliran lain. Mereka menyangka, untuk dakwah
mencapai matlamat tersebut, ia hendaklah mempunyai sentuhan dengan separuh
daripada bilangan penduduk di sesebuah negara. Ini adalah satu konsep yang amat
purba.
Di sesebuah negara yang anda sedang berdakwah di dalamnya, anda boleh melupakan
sembilan persepuluh bilangan penduduk wanitanya. Ini adalah kerana pengaruh serta
65

peranan mereka dalam bidang pemikiran dan politik dalam Dunia Islam masih lagi
tidak sempurna, bahkan hampir-hampir tidak kelihatan langsung. Anda juga boleh
melupakan jutaan kanak-kanak. Begitu juga anda boleh melupakan penduduk luar
bandar atau yang hidup terpencil daripada masyarakat. Begitu juga anda boleh
melupakan golongan pengecut, negatif serta orang-orang dungu yang tidak
mempunyai apa-apa pandangan dan tidak menganut apa-apa fahaman. Bahkan mereka
tidak menentang atau menyokong mana-mana polisi. Anda juga boleh melupakan
orang-orang tua yang sudah lemah tidak berdaya dan pesakit-pesakit yang hanya
sibuk dengan penyakit-penyakit mereka. Anda juga boleh melupakan orang-orang
buta huruf yang amat naif dan orang-orang yang seumpama mereka.
Hasilnya, hanya satu persepuluh atau kurang sedikit atau lebih sedikit dari bilangan
penduduk sesebuah negara yang bertindak balas dengan kejadian-kejadian yang
berlaku di sekitar mereka. Kebanyakan mereka hanya menjadi pengikut. Mereka tidak
memiliki kemampuan untuk menganalisa pendirian-pendirian yang diambil dan
mereka tidak mempunyai kemampuan untuk berijtihad dan melakukan kreativiti.
Bilangan barisan pemimpin kepada aliran tertentu dan yang menggerakkan
pertarungan tidak melebihi beberapa puluh orang sahaja daripada ribuan orang yang
turut serta dari kalangan masyarakat yang berjumlah jutaan orang. Mereka adalah
orang-orang yang menduduki pusat-pusat pengaruh yang disebutkan sebelum ini,
termasuk sesetengah golongan pelajar, pekerja buruh dan peladang. Keseimbangan
kekuatan Islam dengan kekuatan lain -atau kekuatan yang bergabung- pada kelompok
yang sedikit inilah yang saya maksudkan. Dan ini juga menjadi neraca bagi saya
melakukan penelaahan yang lebih jauh. Walaupun demikian, kadang-kadang Allah
s.w.t. mengurniakan beberapa puluh orang yang mempunyai keupayaan dan
kepakaran yang tinggi, sehingga bilangan mereka yang hanya beberapa puluh itu
dapat menggantikan ratusan elemen yang telah saya sebutkan tadi. Dengan kewujudan
mereka yang beberapa puluh orang itu, jalan dapat dipintas dan dipendekkan. Seperti
seorang pensyarah universiti yang giat melakukan penyelidikan atau penyelidikan-
penyelidikannya amat menarik perhatian. Atau seorang wartawan berpena tajam yang
mempunyai latar belakang yang luas dan dibantu oleh reputasi yang cemerlang. Atau
seorang faqih berilmu yang memiliki kemampuan merumuskan hukum hakam melalui
penelaahannya yang meluas terhadap kitab-kitab lama. Atau seorang khatib yang
fasih dan dapat menawan hati. Atau seorang penyair masyhur yang fasih dan
berupaya menggunakan berbagai-bagai seni bagi membangkitkan semangat. Atau
seorang yang gagah berani menuju kematian lalu menjadi syahid dan dapat
membangkitkan semangat serta melaungkan suara-suara penentangan selepas
kematiannya.
Jalan kemenangan adalah dekat sebenarnya. Hampir-hampir dapat dicapai oleh tangan
para duat. Tetapi ia hanya menjadi dekat apabila mereka berani dan mereka
menyedari serta memahami ilmu kelicinan (insiyab).
66

Anda juga hendaklah ingat bahawa seseorang muslim akan menang dengan izin Allah
terhadap dua orang kafir sekurang-kurangnya bahkan dapat mengatasi mereka,
sebagaimana dinyatakan oleh Surah al-Anfal. Penentangan anda terhadap kebatilan
mungkin berlaku dalam beberapa pusingan, atau mungkin juga hanya dalam satu
pusingan sahaja, seperti pusingan-pusingan pertandingan tinju. Peserta yang naik ke
gelanggang tidak tahu bilakah dia akan menang dan dapat memberikan tumbukan
yang boleh menumbangkan lawan. Kemungkinan kelima-lima belas pusingan berlalu
tanpa dia dapat melakukan tumbukan tersebut. Ketika itu kemenangan dikira
berdasarkan mata yang diperolehinya. Namun walau apapun, kemungkinan dia dapat
melepaskan tumbukan tersebut pada pusingan pertama tetap ada.
Syarat-syarat Keterbukaan
Perlu dinyatakan bahawa cita-cita yang pintunya dibuka oleh kesedaran sejati ini,
mestilah tidak melalaikan para duat daripada melakukan pemeriksaan terhadap tanah
yang sedang mereka berdiri di atasnya. Iaitu dengan mereka mengenali kadar
kemampuan dan bentuk sebenar diri mereka. Memang cita-cita yang tinggi
mendatangkan manfaat selagimana terdapat kepercayaan kepada diri sendiri. Ia juga
dapat menghapuskan kekecewaan dan menunjukkan jalan yang boleh menyampaikan
kepada matlamat. Tetapi ia juga boleh menjadi pemusnah jika ia bertukar menjadi
angan-angan yang menggiurkan dan lompatan-lompatan yang tidak lagi mengambil
kira tentang pemeringkatan (tadarruj).
Langkah perpindahan seimbang dari marhalah kelahiran kepada marhalah kelicinan
(insiyab) mesti mempunyai empat syarat: Kewujudan bilangan yang mencukupi atau
memadai, suasana atau situasi yang sesuai, masyarakat yang menyambut dan
kenderaan yang boleh menyampai.
* Iaitu anda hendaklah mempunyai bilangan yang tidak membenarkan pihak lawan
untuk menghapuskan anda hingga ke akar umbi. Keinginan pihak lawan bukanlah
selamanya dapat dilaksanakan. Dia mungkin mahu melakukan sesuatu, tetapi
kemungkinan menerima tentangan masyarakat menyebabkannya undur ke belakang.
Atau dia bimbang akan berlaku ketidakimbangan di antara kumpulan-kumpulan yang
bermusuh dengannya. Lalu dalam keadaan terpaksa, dia menahan marahnya terhadap
anda dan terus membiarkan anda bebas melakukan dakwah, bukan kerana kemurahan
hatinya terhadap anda, tetapi kerana terpaksa.
* Kemudian anda hendaklah sentiasa mengintai-ngintai peluang yang mendatang,
iaitu perisytiharan tentang diri anda yang anda lakukan hendaklah tidak berbetulan
dengan suasana antarabangsa yang berkrisis di kawasan rantau anda. Suasana tersebut
seperti berlaku pertukaran pucuk pimpinan di negara jiran anda atau penyatuan usaha
yang hampir berlaku di kalangan kerajaan-kerajaan bersebelahan. Bahkan anda
hendaklah menunggu dan memerhatikan apa yang akan berlaku. Ini perlu dilakukan
agar anda tidak menyesal ketika menghadapi keterkejutan yang anda tidak jangkakan.
67

* Penerimaan masyarakat juga dikehendaki. Anda tidak boleh melupakan keinginan-
keinginan orang ramai. Mungkin di sesebuah negeri, kehidupan pemikiran dan
politiknya belum lagi berkembang hingga mencapai tahap matang yang menjadikan
penduduknya memandang positif terhadap pertarungan yang berlaku di antara aliran-
aliran fahaman yang ada. Bahkan ketika itu mereka menganggap anda sebagai orang
yang menambahkan lagi kekusutan, kegawatan dan permusuhan. Mereka lupa tentang
penampilan Islam dan ciri keimanan yang anda bawa bagi menentang kekufuran yang
sedang merayap kepada mereka dalam diam. Lalu mereka terlebih dahulu mengepung
anda dengan keengganan dan keingkaran sebelum anda dikepung oleh jentera-jentera
kerajaan.
Situasi ini juga turut berlaku berulang kali di beberapa buah negara yang sudah maju
dan bertamadun jika anda penat dengan mendapat cedera parah melalui siri-siri tahun
yang dipenuhi dengan ketakstabilan politik, pemberontakan, rampasan kuasa,
pendedahan konspirasi yang gagal, gelombang hukuman bunuh yang berleluasa dan
penumpahan darah yang merata. Para penduduk negara tersebut telah merasa boring,
jemu dan berkeluh kesah sehingga mereka menganggap segala amal kebaikan yang
ingin dilakukan sebagai penyebab kepada kesukaran dan kesempitan baru yang bakal
mereka hadapi, meskipun amal kebaikan itu mempunyai identiti Islam. Ketika itu, kita
wajib berlemah lembut dengan mereka, selagimana kekufuran terbesar belum lagi
mengepung mereka dalam keadaan mereka tidak menyedarinya.
* Apabila anda telah mengukur dimensi kedudukan anda, dan anda bertekad untuk
turun ke medan dalam keadaan penuh kesedaran lalu anda bertawakkal kepada Allah,
maka anda hendaklah mencari sarana (wasilah) yang boleh menyampaikan anda
kepada matlamat. Iaitu hendaklah kedatangan anda itu mendapat perhatian orang
ramai dan mereka menjenguk-jenguk untuk melihat anda. Anda juga menjadi bahan
perbincangan mereka di mana-mana saja. Anda berjaya menggoncangkan bahu orang
yang berpaling dan menjadikan orang yang diam bercakap. Sarana itu adalah seperti
anda mencalonkan diri dalam pilihanraya parlimen yang bebas, bukan parlimen yang
hanya menjadi boneka dan lemah. Anda juga hendaklah menangguhkan penurunan ke
medan jika masyarakat sedang berada dalam keadaan mundur, lalai dan koma. Kerana
ini akan menyebabkan penurunan anda menjadi sejuk. Ketakaktifan yang melanda
masyarakat akan menghisap dan menghilangkan kecergasan dan keaktifan penurunan
anda ke medan.
Dengan mengambil perhatian terhadap langkah-langkah keselamatan ini, anda akan
selamat daripada tergelincir.
Tetapi perlu diberikan perhatian bahawa sempadan yang memisahkan di antara dua
marhalah tersebut dan yang membenarkan berlakunya keterbukaan, ialah satu
sempadan yang tidak boleh dijelaskan ciri-cirinya dengan semata-mata membuat
perangkaan dan tanda-tanda yang tepat. Tetapi ia juga adalah perkiraan umum yang
68

bergantung kepada firasat yang tidak dapat diungkapkan oleh angka. Ia juga adalah
ketenangan hati yang amat sukar untuk diterjemahkan dengan lafaz dan diberikan
alasan-alasannya.
Sedarilah Identiti Anda Sebelum Mengisytihar
Semua perkiraan geometri ini sepatutnya dilakukan sebelum anda bercakap kepada
diri anda tentang perkembangan, perluasan dan kesungguhan untuk keterbukaan.
Tetapi apa yang berlaku, ramai dari kalangan duat yang sibuk menggembar
gemburkan pemikirannya. Ramai juga yang menyinsing lengan untuk mengetahui
pendapat-pendapat yang sukar dan kaedah-kaedah pertimbangan siyasi. Ada juga
yang berusaha untuk memahami penghuraian-penghuraian yang mendalam. Ini semua
dilakukan dengan melupakan hakikat pertama bagi kerja-kerja dakwah iaitu berusaha
melakukan perkara-perkara yang diperlukan pada setiap hari. Ini semua juga
dilakukan dengan tujuan untuk segera menzahirkan diri dalam medan sebelum
sempurna pembentukan asas-asas dakwah!!
Perbandingan keadaan ini adalah sama dengan satu peristiwa yang berlaku kepada
seorang penyair masyhur yang bernama al-Tirimmah bin Hakim al-Taiyy. Pada suatu
hari, beliau duduk dan mengisytiharkan kepada orang ramai: Tanyalah kepadaku
tentang perkataan-perkataan yang ganjil kerana aku telah menguasai keseluruhannya.
Beliau memang benar dalam pengakuannya itu. Lalu seorang lelaki bertanya
kepadanya: Apakah makna al-Tirimmah? Beliau tidak dapat menjawab.
Al-Tirimmah telah pergi kepada yang jauh dan bersusah payah untuk mendapat dan
memperolehinya. Dia meninggalkan yang dekat dan tidak menghiraukannya. Dia
tidak mengetahui lafaz ganjil pertama yang merujuk kepada dirinya sendiri, sebelum
orang lain.
Kita mestilah mengetahui bahawa rukun mana-mana perancangan ialah kembali
kepada hukum hakam permulaan dan lafaz-lafaz pertama yang dapat menegakkan
dakwah. Kita juga hendaklah kembali kepada perkara-perkara asasi dakwah,
mengislah jiwa manusia dan mentarbiah sebilangan besar ummat agar berakhlak,
bertaabbud dan meninggalkan yang haram. Kemudian barulah kita mengisytiharkan
penentangan Islam selepas itu, bukan sebelumnya. Hanya iman yang menjadi bahan
sukatan kita. Hanya al-Quran dan al-sunnah yang menjadi neraca kita terhadap apa
yang kita katakan ini.
Memasang Layar
Tidakkah anda melihat aliran lembah yang penuh dengan air pada musim hujan.
Bagaimanakah anak-anak sungai itu saling membekal dan membanyakkan air antara
satu sama lain hingga melahirkan sungai yang luas terbentang?
69

Begitulah juga dengan amal Islamiyy. Ia berasal daripada punca yang sentiasa
mengeluar dan membekalkan. Kemudian ia bertambah luas dan besar melalui usaha-
usaha bersama ditambah pula dengan ketinggian azam para pendokongnya dan
wadah-wadahnya. Di samping itu, ia turut disokong oleh usaha-usaha perkumpulan
kecil dan terhad lain yang mempunyai matlamat yang sama dengan matlamatnya.
Inilah yang dimaksudkan oleh Abu Tamman ketika beliau berkata:

Maksudnya: Hendaklah anda gabungkan orang-orang yang jauh daripada anda,
kerana sesuatu lembah tidak akan menjadi luas melainkan dengan bantuan anak-anak
sungai.
Maka ia adalah gabungan dan himpunan segala komponen kebaikan dengan
mengarahkannya agar selari dengan jalan (al-masar) dakwah, meskipun mereka tidak
terlibat dengan dakwah. Kerana setiap yang ada boleh memberikan manfaat dan
menjadi pembela dakwah. Kita amat berharap untuk memperolehi walaupun sepatah
perkataan ikhlas meskipun ia tidak berterus terang menerima Islam.
Dakwah Yang Menghilangkan Dahaga
Kebaikan dakwah Islam adalah umpama air suci bersih dan enak yang di dalamnya
tersimpan segala rahsia kehidupan.
Ia berasal daripada ketulan batu besar yang keras. Lalu mengeluarkan air yang enak
buat mereka yang mahu minum. Akhirnya dengan segera ia membekalkan air segar
dan menyahut panggilan mereka yang berkeinginan.
Oleh itu, tempat bertolak (al-muntalaq) yang aman dan selamat amat diperlukan. Kita
juga mesti mendaki bukit untuk menyaksikan perlepasan lain-lain pengertian
keimanan dalam masyarakat yang hati fizikal mereka sudah menjadi keras.
Bagaimana dakwah dapat disebarkan? Bagaimanakah ia dapat berkembang?
Ketika mengalir di permukaan bumi, air sungai itu dihalang dan disekat oleh tanah
tanah tinggi dan bukit bukau. Lalu ia terhenti, tetapi ia sabar menunggu dan
mengumpulkan sehingga ia bertambah dan meningkat ke peringkat yang lebih tinggi.
Kemudian ia menjadi tasik yang mempunyai pemandangan yang lebih indah dan
manfaat yang lebih besar. Parasnya semakin meninggi sehingga menjadi lebih tinggi
daripada tanah tinggi atau bukit yang menghalangnya, lalu ia turun semula dalam
bentuk air terjun yang mempunyai suara kuat. Semua ini diperolehinya daripada
momentum pergerakan yang dilakukannya yang mana sebelum ini, semua itu tidak
ada padanya.
70

Dari sini, ia berjaya melepasi halangan-halangan (al-awaiq).
Selepas itu, air tersebut jatuh di atas dataran yang landai, lalu ia mengalir dengan
penuh ketenangan, tanpa kegilaan dan kegelojohan. Ia mengalir sebagai sebatang
sungai yang berbelit-belit dan panjang. Ia juga mengairi ladang tanaman dan
menghilangkan kehausan.
Inilah pergerakan licin dalam laluan (al-masar) yang harakiyy. Ia memasuki jalan-
jalan amal harian dan menempuh pelbagai aktiviti yang bermacam ragam. Ia
menyusun dan membina. Ia menghimpunkan yang berselerak dan mentarbiah. Ia
tersebar di seluruh sektor masyarakat, mencari dan memilih yang terbaik.
Peranan Kita Memimpin Tenaga Yang Ada
Kita perlu tahu dan sedar bahawa jamaah kita tidaklah mesti bertarung menghadapi
kebatilan secara bersendirian dan hanya bergantung kepada kekuatan ahli-ahlinya
sahaja. Itu adalah perkara yang sukar untuk dilakukan, sedangkan kebatilan
mempunyai urat saraf yang menjalar ke serata pelusuk, amat ganas dan mempunyai
nafas yang panjang. Tetapi jamaah kita mesti menjadi pemimpin dalam pertarungan
tersebut. Manakala anggota-angotanya pula hendaklah menjadi pemimpin kepada
lain-lain orang Islam yang hanyut dan dihalang oleh kekurangan kesedaran mereka
untuk menyertai dan beriltizam dengan amal harakiyy. Memang masih terdapat
banyak kebaikan yang tersembunyi serta asli pada jumhur ummat Islam. Tetapi
disebabkan beberapa kekeliruan yang mereka dengar tentang kita atau disebabkan
oleh bujukan hawa nafsu yang mengatasi, menyebabkan mereka terhalang daripada
meninggikan keazaman mereka untuk turut serta dalam harakah dan jamaah,
seterusnya memberikan kesetiaan kepadanya. Kekeliruan dan bujukan nafsu itu juga
menghalang mereka daripada melihat dan menerawangkan pandangan pemikiran
mereka untuk melihat medan yang sudah dicapai oleh amal jamaiyy yang dijalankan
secara berperancangan itu. Oleh itu, sesebuah jamaah dan tanzim yang cekal boleh
mengeksploitasi pelbagai tenaga dan kuasa mereka bagi kepentingan pertarungan
Islam dengan tidak mengambil berat terhadap sedikit kekurangan yang menyelubungi
mereka dan menyebabkan mereka tidak layak untuk mengambil tempat dalam saf
jamaah.
Pada asalnya kita mahukan yang terbaik. Tetapi yang terbaik memang selalunya
sukar, jarang dan sedikit. Maka anda boleh mendapatkan pertolongan daripada jiran
dan yang seumpama dengan yang terbaik itu. Abu Bakar (r.a.) sendiri telah membuat
sunnah untuk anda kerana bergembira dengan yang lebih hampir dengan kebaikan,
iaitu ketika Allah (s.w.t.) menjanjikan kemenangan bagi pihak Rum yang akan
mengalahkan pihak Parsi.
Hari-hari yang berlalu juga telah mengajarkan kepada kita pengajaran-pengajaran
yang lain daripada pengajaran yang diajarkan oleh semangat yang ikhlas dan
71

kekerasan yang degil. Pengalaman yang kita lalui juga mengajarkan kita agar
berusaha mendekati golongan yang neutral ketika kita kecewa untuk merapati
seseorang muslim, sama ada pada jawatan kecil atau besar xxx. Kita juga hendaklah
bersabar terhadap orang yang bersikap bodoh lagi duniawi secara spontan ketika dia
dipengaruhi oleh seorang mulhid yang berperancangan dan mempunyai matlamat
yang jauh. Kita juga hendaklah mengambil kira bahawa seorang mulhid yang korupsi
akhlaknya tetapi datang dari keturunan yang mulia adalah lebih sedikit keburukannya
jika dibandingkan dengan orang lain yang berada di dalam kumpulannya yang terdiri
daripada para penyangak dan orang yang dipandang hina oleh masyarakat. Ini adalah
kerana mungkin orang itu masih mempunyai sedikit perasaan kemuliaan dan
keengganan untuk terjebak ke lembah kehinaan dan kekerasaan. Perasaan sedemikian
tidak dimiliki oleh golongan kedua itu.
Sesiapa yang mendapat peringatan seumpama ini, maka seharusnya dia prihatin
terhadap mana-mana usaha keIslaman dalam masyarakat dan jabatan-jabatan kerajaan
sekalipun ia hanya berbentuk sampingan, kecil, sementara atau bercampur dengan
beberapa kesalahan. Maka dia hendaklah sentiasa bersedia untuk melafazkan satu
perkataan yang mungkin boleh menjadikan seseorang itu baik bahkan orang itu dapat
menerimanya dengan hati terbuka. Kemudian dia hendaklah meneruskan
perjalanannya ke arah yang lebih baik dan dalam masa yang sama dia menggesa
orang lain yang mempunyai kekurangan itu agar turut menyertainya dalam
perjalanannya menuju keadaan yang lebih baik itu.
Bersama Bayu Yang Menyegarkan
Perpindahan ini adalah suatu yang mesti berlaku jika kita ingin melakukan perubahan
menyeluruh yang akan mengubah perjalanan massa dan memulakan semula
penghidupan Islam sebenar. Tanpanya, usaha-usaha dan kerja-kerja Islam akan terus
tenggelam dan hanya dapat berjalan perlahan-lahan. Usaha dan kerja Islam hanya
memiliki lidah lembut yang hanya berupaya memberikan kata-kata nasihat sahaja.
Tetapi keterbukaan yang luas akan menjadikan dakwah dapat melakukan
pentarbiahan dan pergerakan meluas secara jamaiyy. Dakwah akan berkembang
pesat untuk melahirkan tekanan yang mesti dilakukan agar jentera-jentera kerajaan
berjalan selari ke arah proses pembaikan politik, sosial, kebudayaan, kejiwaan dan
ekonomi yang menjadi matlamat kita.
Perbezaan dan pemisah di antara kedua-dua marhalah tersebut adalah jelas. Data-data
positif bagi marhalah penggunaan sarana (wasilah) umum dan memimpin tenaga
pengislahan yang tersembunyi dalam masyarakat tidak memerlukan bukti untuk
menunjukkan kewujudannya. Perbandingannya dalam hal ini dengan pentarbiahan
yang dilakukan secara senyap ketika marhalah pembentukan (al-nashah) adalah
sama dengan perbandingan menaiki kereta atau kapal.
72

Setiap dai yang sedang memulakan perjalanannya adalah ibarat seorang penumpang
kereta. Dia mesti melalui stesen minyak untuk mengisi minyak ke dalam tangkinya.
Waktu berlalu kerana banyak kereta bersesak-sesak menunggu dalam barisan yang
panjang menunggu giliran masing-masing untuk mengisi minyak.
Perbandingan sarana-sarana yang umum pula adalah sama dengan sebuah kapal yang
dinaiki oleh sekumpulan manusia. Setelah menaikinya, mereka menaikkan layar kapal
tersebut. Mungkin terdapat ribuan lagi kapal lain di laut. Bayu lembut yang bertiup ke
arah layar menggerakkan kapal-kapal itu bergerak dalam satu masa ke arah kaki langit
yang memanjang, tanpa memerlukan banyak usaha.
Kemungkinan diserang oleh lanun yang akan merampas harta dan membunuh jiwa
serta kemungkinan akan tenggelam atau angin akan berhenti, sama sekali tidak
melemahkan semangat manusia untuk terus menggunakan kapal-kapal laut untuk
memajukan perdagangan antarabangsa. Begitu juga dengan kerugian dan kemusnahan
yang diakibatkan oleh dakwah, atau keterpaksaannya untuk diam dalam beberapa
suasana, sama sekali tidak melemahkan dakwah untuk terus memasang layarnya yang
berwarna putih dan dipenuhi dengan keberkatan.
Jika anda melihat bumi telah menumbuhkan tanaman dengan subur dan hati yang
keras telah lembut, maka singsinglah xxx lengan anda untuk bercucuk taman. Dan
rebutlah peluang ketika layar sedang hebat berkibar. Cepatlah. Cepatlah.
.
Jika angin bertiup kencang, maka rebutlah peluang, kerana setiap kibaran dan getaran
pasti akan berhenti juga akhirnya.
Deklarasi Dai Yang Fasih
Perbezaan kedua di antara dua marhalah tersebut terletak pada kenyataan berbentuk
politik dan pemikiran yang secara jelas memberikan kritikan ketika permulaan
marhalah keterbukaan itu. Kenyataan itu pula disiarkan dalam akhbar haraki atau
melalui pekeliling atau kenyataan kecil yang disebarkan oleh para duat kepada rakan-
rakannya yang mungkin senarainya sudah terdapat di sisinya. Melalui senarai
tersebut, dia dapat menyelaraskan kerja pembahagian dan penyampaian maklumat dan
maklumat tersebut juga dapat disampaikan secara berterusan. Atau boleh juga
kenyataan tersebut disampaikan secara umum kepada semua orang walaupun kepada
orang yang belum dikenalinya. Atau kenyataan tersebut ditampal di mana-mana
tempat awam atau menghantarnya melalui pos kepada orang-orang tertentu. Setelah
itu, pandangan dan pemerhatian jamaah terhadap sesuatu isu dapat diketahui dan
difahami secara jelas oleh orang ramai. Dengan itu juga, bendera kebaikan telah
dijulang dan menyeru semua orang agar bernaung di bawahnya. Secara automatik,
73

ramai orang akan tertarik kepada kita yang akan turut berusaha bekerja bersama kita.
Sifat keadilan dan firasat mereka mengatakan bahawa kita benar dalam segala
perkataan yang kita ucapkan. Atau kemungkinan terdapat ramai orang yang terdidik
melalui sebaran-sebaran yang kita keluarkan sedangkan mereka berada jauh dari kita.
Tetapi kemudiannya apabila mereka dikunjungi oleh seorang dai, dia dapati mereka
sudah matang dan bersedia untuk turut menyertai. Dai itu merasa keterbukaan
dakwah begitu cepat berlaku tidak sebagaimana ketika dakwah berada pada marhalah
tasis dahulu. Iaitu pada ketika itu, segala pandangan jamaah hendaklah disampaikan
dengan penuh kerahsiaan dan melalui perjumpaan empat mata sahaja. Itupun hanya
disampaikan kepada objek dakwah dan orang-orang yang dipercayai sahaja. Paling
baikpun, pandangan-pandangan jamaah itu hanya disampaikan kepada bilangan yang
sedikit sahaja.
Jalan pintas bagi usaha-usaha para duat ini merupakan penjimatan yang mesti
dipergunakan sepenuhnya bagi meluas dan memperbanyakkan lagi medan amal
Islamiyy.
Ke Arah Keaslian Tanpa Berbelit-belit
Dari perbezaan ini, terbitlah perbezaan ketiga iaitu sebaran-sebaran ini menjadi faktor
pemula dan pencetus hubungan dengan orang-orang yang menjadi sasaran dakwah
oleh seseorang dai dan diharapkan dapat memberikan bantuan kepada dakwah
seterusnya.
Pada marhalah pengumpulan secara individu, setiap dai bergantung sepenuhnya
kepada kepakaran, kepintaran, pengetahuan dan kemampuannya untuk mengalih
perbincangan di dalam sesuatu majlis yang dihadirinya agar bertukar menjadi
perbincangan pemikiran yang positif. Apabila dia memasuki sesebuah rumah, atau dia
berada di kalangan rakan-rakannya di universiti, sekolah atau pejabatnya, atau dia
berada dalam pertemuan umum di kedai kopi, kebiasaannya tajuk-tajuk yang menjadi
bahan perbincangan adalah berkisar tentang harga barangan, perniagaan, peperiksaan
dan masalah-masalah kehidupan yang lain. Atau berbentuk komentar cetek tentang
sesuatu peristiwa politik selari dengan komentar yang dibuat oleh media-media
massa, atau berkisar tentang pendirian parti-parti politik yang telah mendahului
dakwah untuk turun ke medan. Ketika itu, dai tersebut tidak mendengar fikrah Islam
atau pandangan-pandangan jamaah disebutkan dalam perbincangan oleh orang-orang
yang duduk bersamanya. Lalu dia terpaksa memulakan penjelajahan yang panjang
kadang-kadang memakan masa selama sejam untuk melakukan helah dan membuat
percubaan agar mereka menyertainya berbincang tentang perkara yang
dikehendakinya. Kemungkinan dia gagal dalam percubaannya itu. Jika dia gagal,
bermakna waktu dan tenaganya terbuang begitu sahaja.
Tetapi pada marhalah keterbukaan (al-infitah), akhbar atau kenyataan secara terang
dapat mengambil alih tugas ini daripada dai tersebut. Dia dapat terus berbincang dan
74

bertukar-tukar pandangan dengan orang-orang yang berada di sekitarnya sebaik
sahaja berjumpa dengan mereka. Bahkan dia mendapati mereka sentiasa menunggu-
nunggu kedatangannya bagi bertanya tentang huraian dan analisa yang lebih lanjut
terhadap sesuatu isu. Ini juga merupakan pintasan terhadap usaha yang dilakukan.
Faedah majlis-majlis seumpama ini sentiasa bertambah, hari demi hari hingga
akhirnya pandangan jamaah menjadi arus pegangan bagi ramai orang. Mereka
sentiasa bersama dengan para duat. Ini akan melahirkan satu aliran Islam yang
mempunyai pandangan tersendiri dari sudut kefahaman (fikrah) dan politik.
Kesamaan Irama
Dari perbezaan ini juga lahir perbezaan keempat yang tercerna pada peranan sebaran-
sebaran ini untuk menyatukan perkataan yang digunakan oleh para duat serta
mengarahkannya ke arah yang sama.
Ketika ketiadaan kenyataan-kenyataan bertulis di tangan, atau ketika ketiadaan buku-
buku yang diterbitkan oleh jamaah, maka setiap dai pada ketika itu hanya bergantung
kepada ijtihad dan rumusannya sendiri ketika dia menganalisa dan membuat komentar
terhadap sesuatu isu yang berlaku. Kemungkinan pendapat-pendapat yang
dikemukakan itu mempunyai kesamaan atau hampir sama, atau pihak qiadah memang
berusaha ke arah itu melalui seminar-seminar yang diadakan. Namun walau
bagaimanapun, penyatuan dan penyamaan yang sempurna tidak mungkin terhasil.
Mungkin anda akan menemui perbezaan di antara pendapat-pendapat yang diutarakan
itu atau terdapat pertentangan sekalipun. Tetapi ketika penyebaran kenyataan dapat
dilakukan secara meluas, maka lompang ini akan dapat ditampung dan kekurangan ini
akan dapat disempurnakan. Ini adalah hasil positif penting yang kita pasti tidak akan
dapat mencapainya kecuali pada marhalah keterbukaan (al-infitah).
Bahkan, pihak qiadah ketika berada pada marhalah pembentukan (al-nashah) pada
kebiasaannya tidak mampu untuk melakukan pengkajian yang berterusan terhadap
pelbagai isu yang berlalu dengan begitu cepat sekali. Kerana pihak qiadah tenggelam
dengan kerja-kerja pentadbiran, proses pengumpulan dan pentarbiahan yang
dilakukan dengan penuh ketekunan dan ketelitian. Kerja-kerja ini mengambil seluruh
masa yang ada pada mereka. Inilah rahsia rungutan sesetengah duat yang mengadu
kenapa mereka tidak mempunyai penguasaan kefahaman yang mendalam tentang
politik dan segala perkara yang berlaku di sekitar mereka. Ini kerana mereka hanya
membaca analisa-analisa yang dibuat oleh akhbar-akhbar yang mempunyai
pandangan tersendiri yang tidak Islamik. Berkemungkinan juga, akhbar-akhbar
tersebut mempunyai hubungan dengan agensi-agendi siasatan negara-negara Barat
atau Timur, lalu tulisan-tulisannya bertujuan untuk mewujudkan persediaan di dalam
diri pembaca untuk menerima agenda yang ingin dilaksanakan oleh pihak penjajah.
Apabila jamaah telah melakukan perpindahan sempurna kepada marhalah
keterbukaan (al-infitah), beberapa pindaan terhadap perancangan dan peranan yang
75

harus dimainkan oleh setiap orang hendaklah dilakukan. Pihak qiadah boleh
mengurangkan perbincangan tentang masalah pentadbiran setelah kewujudan qaidah
(pengikut) yang ramai dan bermutu serta mampu untuk memainkan peranannya. Oleh
itu, qiadah boleh mula melakukan analisa politik dengan bantuan jentera lengkap yang
terdiri daripada jawatankuasa-jawatankuasa kecil, para pakar, pengkaji dan pegawai
yang menjaga fail. Mereka sentiasa menghantar laporan-laporan agar pihak qiadah
dapat membuat keputusan terakhir dalam menangani sesuatu isu, dan kemudiannya
keputusan itu disusun kembali perkataannya untuk disebarkan sebagai kenyataan
rasmi jamaah. Atau keputusan itu dihuraikan semula oleh jentera tersebut melalui
makalah-makalah yang ditulis di dalam akhbar atau risalah-risalah kecil atau buku-
buku yang tebal. Ini semua akan mematangkan para duat dari sudut kesedaran
berpolitik.
Mungkin pada peringkat permulaan dahulu, seorang dai merasakan dirinya bersahaja,
sedangkan kumpulan-kumpulan lain lebih pintar darinya. Lalu dia menuduh diri dan
qiadahnya melakukan kecuaian. Dia tidak sedar bahawa ini adalah fenomena biasa
yang akan segera hilang apabila dakwah berpindah kepada marhalah keterbukaan (al-
infitah). Setelah itu, barulah dia sedar bahawa dakwah bukanlah tidak mampu atau
lemah dalam hal ini.
Syura Dan Dialog
Berusaha untuk meningkatkan keupayaan dalam hal ini (analisa politik) mungkin juga
menjadi kewajipan jamaah. Peningkatan keupayaan itu boleh dilakukan melalui
seminar-seminar kecil yang akan lahir daripadanya seminar-seminar yang lebih besar.
Seminar-seminar ini diadakan bagi membincangkan masalah utama dan berpanjangan
yang dihadapi oleh dakwah dan bagaimana mencari jalan penyelesaiannya.
Umpamanya di setiap fakulti di universiti atau di sebuah kilang besar, para duat yang
lama boleh mengadakan satu seminar. Di satu kawasan penempatan di ibu negara dan
bandar-bandar besar diadakan satu lagi seminar. Di setiap bandar kecil juga diadakan
satu lagi seminar. Mungkin seminar-seminar itu boleh diadakan pada hari yang sama
atau hari-hari yang berdekatan. Orang-orang yang menyertai seminar itu hendaklah
berbincang tentang salah satu masalah penting yang dihadapi berdasarkan agenda
yang sama dan bagi menjawab persoalan-persoalan yang ditentukan oleh pihak
qiadah. Para peserta seminar itu akan mencapai satu keputusan dan melantik salah
seorang dari mereka untuk membentangkannya pada seminar yang lebih tinggi yang
disertai oleh para wakil daripada seminar-seminar lain. Jika bilangan para wakil besar,
mereka boleh dibahagikan kepada beberapa persidangan. Akhirnya satu keputusan
dibuat dan diperakukan oleh pihak qiadah. Kemudian keputusan itu hendaklah dihurai
dan disampaikan kepada para duat seluruhnya agar mereka dapat berjalan menurut
keputusan itu dan melaksanakan resolusinya.
76

Seminar pertama mungkin boleh membincangkan berkenaan dengan golongan kiri,
tentang kewujudan, kekuatan, negatif, positif dan bagaimana berinteraksi dengannya.
Seminar kedua pula mungkin boleh membincangkan tentang kumpulan-kumpulan lain
yang bukan dari golongan kiri iaitu tentang sudut-sudut yang dinyatakan di atas juga.
Seminar ketiga pula mungkin boleh membincangkan tentang masalah perkauman,
golongan minoriti dan perancangan mereka dalam negara serta sikap yang seharusnya
diambil terhadap mereka. Seminar keempat pula mungkin boleh membincangkan
tentang permasalahan pekerja, pengkajian tentang psikologi mereka dan bagaimana
aktiviti keislaman dapat diadakan di kalangan mereka. Seminar kelima pula mungkin
boleh membincangkan tentang perancangan untuk melakukan penerbitan dan
membuat media massa Islam serta tabiat tulisan yang mesti dihasilkan. Seminar
keenam pula mungkin boleh membincangkan tentang bagaimana cara untuk meminda
perlembagaan dan menuntut perlembagaan Islam, jika perbincangan ini boleh
memberikan manfaat. Seminar ketujuh pula mungkin boleh membincangkan tentang
cara untuk menyertai pilihanraya parlimen. Terdapat puluhan lagi tajuk lain yang
berada pada tahap yang sama dan perlu diselaraskan. Selepas kesemua seminar itu
diadakan mengikut tajuk-tajuk yang ditetapkan itu, para duat akan lebih memahami
suasana dan amal mereka bebas daripada unsur semberono.
Dengan mengadakan seminar-seminar ini, tenaga-tenaga pemikiran yang tersimpan
pada diri semua duat dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Ia juga dianggap sebagai
perlaksaan konsep syura Islam yang menitik beratkan ukhuwwah. Lebih dari itu,
seseorang dai merasakan bahawa keputusan itu datang daripada pandangannya
sendiri atau daripada majoriti saudara-saudaranya yang lain. Ini akan
menyebabkannya lebih bersemangat dan lebih prihatin ketika melaksanakan
keputusan itu.
Sesetengah orang merasakan seminar-seminar itu sukar untuk diadakan dan memberi
alasan dengan ketiadaan masa. Tetapi saya berpendapat untuk mengadakan seminar
ini sebenarnya lebih mudah daripada apa yang mereka sangkakan. Mungkin kita boleh
menentukan satu hari pada setiap minggu untuk dikosongkan oleh semua ahli jamaah
daripada segala tugas dan pertemuan. Hari yang kosong itu boleh digunakan bagi
mengadakan seminar atau urusan-urusan segera yang perlu diselesaikan. Atau tugas-
tugas mingguan yang berulang-ulang itu dilakukan sebanyak tiga kali sahaja setiap
bulan. Manakala minggu keempat hendaklah dikosongkan bagi mengadakan seminar.
Tajuk yang hendak dibincangkan di dalam seminar itu hendaklah dimaklumkan lebih
awal kerana ini akan membantu kejayaannya. Janganlah seseorang dai datang ke
seminar dalam keadaan tidak mengetahui tajuk yang hendak dibincangkan dan beku
pemikirannya.
77

Kesempurnaan Pendorong
Jika kepentingan mengadakan seminar ini telah jelas dalam pemikiran anda, maka
dengan mudah anda akan dapat memahami perbezaan penting kelima di antara kedua-
dua marhalah itu. Perbezaan kelima ini tercerna dengan marhalah keterbukaan ini
membolehkan kelahiran beberapa lapisan barisan qiadah yang saling melengkapi dan
mempunyai bidang pengkhususan yang berbagai-bagai dalam semua medan.
Marhalah pertama iaitu marhalah pembentukan (al-nashah) mewujudkan bagi anda
contoh barisan qiadah yang mahir dalam melakukan hubungan peribadi atau mahir
dalam pentarbiahan akhlak secara amali. Tetapi keperluan-keperluan dakwah adalah
lebih banyak dan lebih besar. Oleh itu, dakwah juga hendaklah mempunyai pemidato
yang handal, penulis yang hebat, penganalisa politik yang pintar, qudwah yang dapat
menarik orang ramai, pemimpin yang berkarisma, pengurus yang cekap, faqih yang
berfatwa, wartawan yang berseni dan pejuang yang mempertahankan ideologi.
Mereka semua hanya dapat dilatih oleh aktiviti harian yang mereka lalui semasa
marhalah keterbukaan (al-infitah) secara automatik. Semasa marhalah tersebut juga,
peluang-peluang untuk mereka membuktikan kelayakan mereka terbuka, tidak
sebagaimana semasa marhalah pembentukan (al-nashah) dahulu. Setiap orang
dipermudahkan untuk melakukan sesuatu yang telah ditetapkan baginya. Kemampuan
dan penerimaan setiap orang adalah berbeza. Mungkin seorang yang malas berhubung
dengan orang lain dan malas untuk melakukan tarbiah adalah seorang penulis yang
berjaya, atau seorang politikus yang pintar. Kerja-kerja yang saling sempurna
menyempurnakan di antara satu sama lain adalah amat perlu, sebagaimana kerja-kerja
yang dilakukan oleh penduduk kampung yang kita telah bincangkan sebelum ini
ketika mereka membina masjid.
Pentarbiahan Melalui Situasi Boleh Dilakukan Pada Kedua-dua Marhalah
Namun pentarbiahan dalam jamaah semasa marhalah kedua adalah lebih banyak
daripada marhalah pertama.
Marhalah al-nashah memerlukan semacam ketenangan, ketersembunyian dan
pentarbiahan dalam keadaan kesunyian. Tetapi kaedah tarbiah melalui situasi tidaklah
bercanggah dengan kaedah pentarbiahan semasa marhalah al-nashah sebagaimana
yang disangkakan oleh sesetengah orang. Ketika marhalah al-infitah ini, seseorang
dai tidak hanya memerlukan bekalan ruhi semata-mata yang diperolehinya melalui
khalwah yang dilakukan sama ada secara berjamaah atau secara individu. Tetapi dia
juga perlu untuk meletakkan dirinya agar berhadapan secara langsung dengan
masyarakat. Dia hendaklah menjelaskan secara nyata pendapatnya kepada mereka.
Melalui penjelasan ini, akan terserlah di hadapannya berbagai-bagai bentuk
penentangan yang mengejutkan dan kesukaran-kesukaran baru yang tidak pernah
digambar atau dijangkakan olehnya. Dia juga akan mereka betapa perlunya dia
melepaskan diri atau menolak penentangan-penentangan itu dengan hujjah yang tegas.
78

Dia juga akan merasa betapa perlunya dia melepaskan diri daripada keadaan yang
kritikal itu dan dapat mengatasinya dengan baik. Dia juga akan merasa betapa
perlunya dia dan qiadahnya untuk mengambil peluang daripada orang-orang yang
cenderung kepadanya selepas diutarakan hujjah-hujjah yang bernas dan menarik para
penyokong agar menambah dan meneruskan sokongan mereka dalam situasi itu.
Ketika itu, dai tersebut hanya mendapati akal dan usahanya sahaja sebagai senjata
terbaik yang dimilikinya. Dia akan segera mengasah akalnya dengan melakukan
pemerhatian, pemikiran dan perancangan. Dia terangsang itu membangun dan
memajukan dirinya sendiri. Dia akan bergerak ke sana ke mari dan berpenat lelah.
Adalah jelas dan nyata bahawa inisiatif ini tidak akan berlaku jika dia tidak berada
dalam situasinya yang pertama itu. Dengan itu, memang tidak dapat dinafikan bahawa
pentarbiahan melalui situasi adalah salah satu cara bagi menggerakkan para duat dan
mengajar mereka membuat perancangan.
Contohnya: Anda pergi ke satu majlis. Di situ anda mengemukakan pandangan anda.
Jika orang yang berada dalam majlis tersebut berjumpah dia puluh orang, maka anda
akan berhadapan dengan respon yang berbagai-bagai. Sepuluh orang dari mereka
akan mengambil sikap berkecuali, tidak memihak. Ini adalah pendirian kebanyakan
orang. Tetapi sepuluh orang lagi, sama ada akan menyokong atau membangkang
pandangan anda itu. Yang menyokong akan memuji pandangan anda, manakala yang
membangkang pula, mungkin akan menuduh anda telah melakukan kekufuran yang
nyata.
Tugas anda bukanlah hanya untuk memberikan pandangan hingga menyebabkan
mereka yang mendengarnya terbahagi kepada dua kumpulan kemudian anda terus
mendiamkan diri. Bahkan pasti anda mahu meneruskan pertarungan melalui dua jalan.
Anda mengambil peluang dengan mendekatkan diri kepada orang-orang yang
menyokong anda untuk mentarbiah mereka. Anda mesti melakukan kunjungan ke
rumah mereka bagi berbincang dengan mereka secara peribadi agar pandangan anda
itu tidak bercampur dengan suara pihak yang membangkang anda. Ini memaksa anda
untuk menambahkan ilmu agar anda dapat sesuatu yang baru kepada maklumat
mereka. Penambahan ilmu tidak akan berlaku melainkan melalui penelaahan.
Demikianlah bagaimana tuntutan-tuntutan yang berpanjangan dapat mentarbiah anda.
Apabila anda sudah meningkat bersama-sama mereka dan anda telah memasukkan
mereka ke dalam tanzim, maka anda akan terpaksa untuk mempelajari seni tarbiah
dan mengkaji berita-berita politik untuk anda membuat analisa tentang segala isu
yang berlaku. Begitulah bagaimana perancangan anda -sebagai dai- untuk
meningkatkan taraf mereka, juga merupakan peningkatan kepada taraf anda juga.
Orang yang membangkang pula, anda sudah pasti mahu menghilangkan perasaan
was-was yang bermain-main dalam hati mereka. Mereka juga sudah pasti akan cuba
membuktikan bahawa anda adalah silap dan salah. Anda terpaksa menghadapi hujjah
mereka dengan hujjah yang lebih kuat. Kerana jika anda kalah berhadapan dengan
79

mereka, maka orang yang menyokong anda tidak akan mengiktiraf anda sebagai
pemimpinnya. Ini memaksa anda untuk mempelajari bagaimana berdebat dengan
penuh ketenangan yang langsung tidak melibatkan cemuhan dan cacian.
Lihatlah bagaimana satu situasi sahaja sudah dapat mentarbiah anda tanpa
memerlukan faktor pendorong luaran. Tetapi ia adalah pendorong dalaman yang lahir
daripada situasi tersebut. Lalu akal anda menjadi sibuk. Anda akan menghayati situasi
yang sedang anda hadapi itu dengan penuh perasaan, tanpa meniru-niru. Hinggakan
dalam mimpi pada waktu malam, anda seolah-olah sedang berdebat. Terbit daripada
mulut anda perkataan-perkataan dan noktah-noktah yang anda hafal untuk anda
ucapkan keesokan harinya setelah terjaga.
Proses provokasi menyebabkan akal bekerja dan meluruhkan pemikiran-pemikiran.
Lihatlah kepada diri anda sendiri. Ketika anda keseorangan, tiba-tiba sebiji batu kecil
terjatuh di hadapan anda. Kejadian itu memaksa anda untuk berfikir tentang sebab ia
jatuh. Adakah ia dicampakkan oleh seorang pencuri yang mahu menguji halamannya
rumahnya; ada orangkah atau tidak? Atau adakah ia dicampakkan oleh seorang
kanak-kanak yang sedang bermain? Begitulah juga dengan tarbiah. Ketika anda
berada dalam situasi yang tenang seratus peratus, adalah mustahil untuk akal anda
berfikir dalam masalah-masalah dakwah. Mesti ada orang yang mencampakkan
sesuatu kepada anda dan anda juga turut membalas kepadanya melalui situasi-situasi
yang anda lalui.
Tetapi situasi-situasi seumpama itu tidak menyeluruh pada marhalah penubuhan (al-
tasis) dan pembentukan (al-nashah). Apa yang ada, hanyalah situasi-situasi
berbentuk individu atau bagi sekumpulan kecil para duat sahaja, agar situasi besar
tidak menjadi penyebab turunnya mihnah kepada dakwah sebelum ia bersiap sedia
menghadapinya.
Namun sikap berhati-hati semasa marhalah penubuhan (al-tasis) mestilah tidak
membawa kepada keterlindungan dan pemencilan (uzlah). Seseorang dai juga tidak
seharusnya hanya menjadi pendengar sahaja. Sifat ini bertentangan dengan ciri
inisiatif dan perintis yang semestinya wujud pada diri dai. Tetapi dalam masa yang
sama, percantuman dan berinteraksi dengan masyarakat tidaklah bermakna mesti
berlaku konfrontasi harakiyy secara berdepan.
Manakala setelah layar dinaikkan, maka sebaran-sebaran, ceramah-ceramah oleh para
duat, kenyataan-kenyataan politik yang jelas dan tegas serta pencabaran pihak
musuh, menjadikan para duat berada dalam keadaan menimba ilmu secara kolektif
dan mendapat pentarbiahan secara amali dan realistik. Mereka sendiri mendapat
faedah yang banyak melaluinya, begitu juga dengan sasaran dakwah mereka. Ilmu
amali yang diperolehi secara kolektif ini merupakan pembeza keenam di antara
marhalah penubuhan (al-tasis) atau pembentukan (al-nashah) dengan marhalah
keterbukaan (al-infitah). Para duat tidak akan dapat melakukan pentarbiahan diri
80

mereka sendiri dengan baik jika mereka tidak terdidik secara berperingkat-peringkat
dan dapat mentarbiah diri mereka sendiri dengan baik melalui situasi-situasi
berbentuk individu ketika berada dalam marhalah pertama dahulu.
Seni Menghimpun (Funun al-Tajmi)
Antara perkataan yang dikutip daripada Jubair bin Nufair, seorang tabiiyy yang mulia
ialah:
. 32
Maksudnya: Aku menerima Islam sejak dahulu lagi, tetapi aku masih berpendapat
bahawa manusia ini ada yang baik dan ada yang jahat.
Ini adalah satu perkataan bersahaja yang menerangkan tentang suatu fenomena yang
sepatutnya difahami secara spontan. Tetapi kebersahajaannya menjadikannya sebagai
kata-kata hikmat yang mempunyai kehebatan yang tinggi. Kerana pelampauan yang
dilakukan oleh para amilin melupakan mereka tentang kebersahajaannya dan
melalaikan mereka daripada melakukan kerja sahih yang sepatutnya berdasarkan
kepada hakikat kenyataan tersebut. Ada di kalangan amilin yang kaku dan kecewa
untuk meneruskan dakwahnya kepada orang ramai. Ini kerana pengalamannya
sentiasa bertemu dengan orang jahat. Lalu dia mengatakan semua orang adalah jahat
tanpa berpegang dengan satu kaedah tertentu. Ada juga di kalangan amilin yang
terlalu bermudah-mudah, kerana dia bertemu dengan orang yang baik ketika
melakukan percubaannya yang pertama. Dia gembira, senyum dan terus bersangka
baik dengan semua orang yang ditemuinya, lalu usahanya menjadi sia-sia begitu
sahaja.
Kedua-dua kefahaman tersebut seolah-olah menggambarkan dua jenis bidah yang
telah mengeruhkan kejernihan dan kesederhanaan masyarakat salaf yang sentiasa
menempatkan manusia pada tempat mereka yang sebenar. Seseorang yang cepat
berputus asa dan berburuk sangka mempunyai keserupaan dengan sikap kenakalan
golongan Khawarij, kerana mereka tidak setuju dan menunjukkan sikap keras
terhadap jumhur ummat Islam. Golongan yang terlalu bermudah-mudah pula hampir
sama dengan pendirian yang diambil oleh golongan Murjiah yang berpada dengan
menerima pengakuan lisan sebagai tanda keimanan.
Oleh itu, setiap dai amat perlu untuk berpandangan dengan pandangan Jubair bin
Nufair agar keputusannya tepat, atau hampir kepada kebenaran dan dia dapat
meneruskan perjalanan untuk membawa khabar gembira, optimis dan pengharapan.
Dalam masa yang sama dia hendaklah meletakkan di dalam jangkaannya bahawa dia

32
Kitab al-Ilal wa Marifat al-Rijal, Ahmad bin Hanbal, jil. 1, hlm. 364.
81

juga mungkin akan menghadapi situasi yang kritikal, penolakan manusia terhadap
dakwah yang dibawanya dan kekerasan. Oleh itu, dia hendaklah sentiasa meletakkan
syarat-syarat dan melakukan pemeriksaan.
Ada orang berpendapat bahawa pandangan Jubair adalah antara perkara mudah
difahami yang tidak memerlukan pemikiran mendalam. Tetapi ia pada hakikatnya
adalah neraca untuk beramal sebagaimana ia juga adalah pengajaran yang mesti
dituruti. Bertitik tolak daripada neraca tersebut, kita berusaha mengumpul dan
mentarbiah orang ramai, tanpa melakukan sesuatu secara semberono atau ganas
dengan kita menceroboh keimanan yang sedia ada pada manusia, atau dengan kita
menuduh mereka dengan kekufuran atau murtad.
Kadang-kadang anda akan dapati satu golongan ketiga yang terdapat di kalangan
masyarakat. Golongan ini mencampur adukkan antara kebaikan dan kejahatan. Ia
mempunyai satu cabang kebaikan dan dalam masa yang sama, ia juga mempunyai
satu cabang nifaq dan kepura-puraan. Ini adalah tanda kejahatan. Kewujudan
golongan ini tidaklah meringankan timbangan golongan jahat sebagaimana yang
disangkakan oleh sesetengah orang. Bahkan kewujudan mereka menjadikan
pertarungan dan perbezaan antara kebenaran dan kebatilan menjadi kabur dan
mengelirukan. Ia juga mencair dan melemahkan pemisahan (mufasalah) yang wajib
dilakukan. Kewujudan golongan ini jika dibandingkan dengan kewujudan golongan
kejahatan yang jelas memperlihatkan kejahatan dan identiti mereka, kita dapati
kewujudan golongan kejahatan lebih menyenangkan, kerana sudah pasti orang-orang
yang baik akan melarikan diri daripada mereka dan menguatkan semangat para
pendakwah untuk berusaha keras menghadapi mereka.
Masyarakat Baghdad dan Iraq adalah contoh yang jelas bagi golongan yang memiliki
karakter yang saling bertentangan (kontradik); kebaikan dan kejahatan. Orang-orang
Iraq sendiri mengakui hakikat ini dan mereka menyangka bahawa ciri ini adalah
keistimewaan yang dimiliki oleh masyarakat mereka. Tetapi Imam al-Ghazaliyy telah
membongkar asal usulnya. Beliau menjelaskan bahawa ia adalah tabiat turun menurun
masyarakat Iraq semenjak zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyyah. Beliau
menyebut jawapan sesetengah hukamak yang ditanya tentang penduduk Baghdad. Al-
Hakim berkata:
Orang yang zuhud di kalangan mereka memang zuhud, dan orang yang jahat di
kalangan mereka memang jahat.
33

Orang yang berpura-pura dan golongan yang berada di pertengahan ini hanya sedikit
bilangan mereka. Oleh itu, kita dapati hanya dua golongan itu sahaja (iaitu golongan

33
Ihya Ulum al-Din, jil. 4, hlm. 355.
82

kebaikan dan kejahatan) yang silih berganti memiliki kekuasaan. Begitulah juga
keadaan yang berlaku hari ini.
Begitulah juga yang terjadi di seluruh dunia. Seseorang yang jahat tidak akan dapat
memerintah selama-lamanya sekalipun dia mendakwa dapat berbuat demikian.
Akhirnya, dia pasti akan disingkir dan menemui penghujung. Orang yang baik pula
tidak mudah untuk memperolehi kuasa pemerintahan. Bahkan pemerintahannya
sentiasa dikeruhi dengan berbagai-bagai jenis fitnah. Ini memerlukannya agar
mencurahkan usaha yang berganda.
Fenomena yang disaksikan oleh sejarah ini mendorong dai muslim agar tidak
menundukkan dirinya kepada kerajaan-kerajaan yang berkuasa pada hari ini. Dia
hendaklah menolak logika yang menyeru agar kuasa diserahkan sahaja kepada
golongan jahat jika mereka dapat memerintah dengan aman dan stabil. Bahkan dia
hendaklah menentang, maju ke hadapan, beramal, berharap, yakin akan sampai
kepada matlamat dan percaya kepada pertolongan Allah yang hampir.
Manusia diselubungi kealpaan, bukan kerana apa, tetapi kerana mereka menyerahkan
urusan mereka kepada golongan jahat.
Kealpaan yang menyeleweng dan menghalang mereka daripada mengelak dan
membuangnya, dapat diubati dengan peringatan dan tarbiah yang berterusan.
Seruan untuk beramal, menuju kepada dai melalui belahan dinding dan pagar
ketamakan duniawi
Wahai fitrah kebenaran yang jelas dan kekuatan kebenaran abadi!
Serta karakter kebaikan sejati yang segar, manis dan menyeluruh!
Bangunlah! Hadapkan peringatan kepada yang lalai agar menuju jalan yang lurus.
Kebanggaan tidak dapat dicapai hanya dengan dakwaan, juga hanya dengan suara
yang merdu.
Bebanan risalah bukanlah main-main, tetapi ia adalah bebanan yang berat.
Perkataan tanpa amalan tidak menunjuk kepada jalan yang lurus.
Ya, memang benar! Perkataan sahaja tidak boleh memberikan petunjuk!
Tabiat akidah Islamiyyah tidak membenarkan seorang pun bersembunyi, sebagaimana
diungkapkan oleh Sayyid Qutb.
Jahiliyyah berada di sekelilingnya. Saki baki jahiliyyah juga meresap di dalam
dirinya dan diri orang-orang yang berada di sekelilingnya. Pertarungan sedang
berlangsung.
34


34
Malim fi al-Tariq, hlm. 119.
83

Dai mesti turun ke medan dan melipatgandakan usaha untuk melakukan
pengumpulan yang meluas.
Namun pengumpulan pada hari ini memerlukan beberapa seni, kemahiran dan inovasi
terhadap uslub dan kata-kata yang digunakan. Ini adalah kerana masyarakat moden
hari ini hidup dalam keadaan yang kompleks dan penuh dengan kekeliruan yang
mempengaruhi.
Penambahan seni-seni itu tidak akan berakhir, begitu juga dengan pengubahsuaiannya
akan sentiasa berlaku. Namun, garis panduan asasinya dan contoh-contohnya yang
unik terbatas dalam lingkungan sepuluh kaedah sahaja:
Kaedah Pertama: Keperluan untuk melengkapkan aset tarbiah melalui realiti yang
dicernakan oleh tabiat sesuatu masyarakat itu sendiri pada diri setiap individunya.
Setiap madu yang kita harapkan sokongannya itu, hidup dan bertindakbalas dengan
masyarakatnya. Dia tidak terpisah daripada masyarakatnya itu. Masyarakat itu
meninggalkan berbagai-bagai kesan tarbiah yang nyata terhadap keperibadiannya,
sama ada menepati kehendak Islam atau bertentangan dengannya. Jika kita dapati
kesan-kesan kebaikan sudah banyak pada dirinya, maka kita sepatutnya
menyempurnakan sudut-sudut kebaikan lain yang masih belum ada padanya. Kita
tidak perlu memulakan perjalanan dari awal. Bahkan kita hanya perlu mentarbiahnya
pada perkara yang dia belum miliki atau lalui agar tidak membuang masa kita. Jika
kita tetap ingin memulakan daripada awal perjalanan dengan tujuan mahu
meningkatkan lagi sifat-sifat kebaikan yang sudah sedia ada pada dirinya,
kemungkinan dia akan merasa tepu, seterusnya akan mendorongnya ke arah
pelampauan.
Kita juga dapat perhatikan bahawa suasana dan iklim kadang-kadang memberikan
pengaruh terhadap tabiat dan akhlak asasi manusia, sekalipun pengaruh ini hanya
berbentuk sampingan sahaja. Orang-orang Arab Badwi yang lebih bersifat berpura-
pura dan tidak memiliki kelembutan hati sebagaimana orang-orang bandar adalah
disebabkan kerana kehidupan mereka yang keras dan menjemukan. Mereka hidup
keseorangan dalam kesunyian antara pasir-pasir yang bisu dan batu-batu yang
berbahang.
Beberapa contoh masyarakat Arab yang akan disebutkan nanti dapat menjelaskan
kesan dan pengaruh masyarakat terhadap individunya. Masyarakat-masyarakat
tersebut adalah berbaza dari sudut dekat atau jauhnya dengan Islam dan tuntutan-
tuntutan dakwah.
* Orang Sudan adalah contoh bagi bangsa yang mempunyai kesedaran bertanzim
yang tinggi. Mereka memahami keperluan untuk bekerja dalam sesebuah parti dan
menjadi ahli dalam sesebuah harakah. Hanya sedikit sahaja orang Sudan yang tidak
84

menjadi ahli kepada mana-mana parti atau pihak-pihak yang mendokong kefahaman
tertentu. Semangat mereka juga tinggi. Mereka juga sentiasa melakukan perbahasan
dan perbincangan pemikiran. Sebaik sahaja seseorang pemuda di Sudan berada di
pihak mana-mana gerakan Islam atau parti komunis, maka dia larut dalam
keperibadian gerakan atau parti yang disertainya itu. Antara kesan baik di sana juga
ialah penghormatan terhadap syarak, tidak berani melakukan dosa-dosa besar dan
ramai orang yang masih mengambil berat tentang masalah sembahyang. Ini adalah
saki baki peninggalan dakwah yang dibawa oleh kumpulan al-Mahdiyyah atau al-
Khatmiyyah.
Di sebalik kebaikan-kebaikan di atas, terdapat masalah kejelasan wala (kesetiaan).
Kerana terdapat individu di sana yang memperjuangkan pemikiran Islam serta
bersembahyang dengan sempurna, tetapi dalam masa yang sama memberikan wala
(kesetiaan) kepada parti-parti perkauman sempit. Ini adalah natijah daripada
pentarbiahan yang berbentuk kekeluargaan dan kekabilahan. Maka seseorang
mungkin berada bersama Parti Ummat yang merupakan wadah politik bagi
penyokong dan pengikut al-Mahdiyy, atau pun dia mungkin berada bersama Parti
Rakyat yang merupakan wadah puak al-Khatmiyyah pengikut al-Mirghaniyy.
Ini menuntut amal dakwah di Sudan agar dapat memberikan penekanan dan tumpuan
agar mereka benar-benar faham tentang masalah wala (kesetiaan) yang menjadi
penyempurna kepada anutan pemikirannya dan menjadi sebab kepada penghormatan
hukum hakam Islam. Mereka juga perlu difahamkan bahawa ibadat sahaja tidak
memadai.
Jika seseorang dai memuji Islam kepada seseorang yang sudahpun menyokong
Islam, maka dia hanya mengulangi kefahaman dan pegangan yang sudahpun tegap
tertanam dalam jiwa penyokong tersebut. Jika dia menerangkan tentang keperluan
untuk beramal jamaiyy, maka dia melakukan pengulangan yang lain pula. Tetapi
jika dia hanya menjelaskan pengertian-pengertian wala (kesetiaan) keimanan hingga
meyakinkan orang itu, maka dia akan menerima seorang anggota baru yang sudah
siap sedia.
* Pemuda Mesir pula mempunyai sedikit kelainan. Dia adalah seorang yang
mempunyai iman yang mendalam dan fitrah yang sejahtera. Ini disebabkan oleh
kesan-kesan baik yang telah dan masih dihasilkan oleh sama ada amal dahulu atau
sekarang yang dilakukan oleh gerakan Ikhwan Muslimin di sana. Ia juga disebabkan
oleh tunjuk ajar yang sentiasa dilakukan oleh ulama-ulama Azhar dan tarbiah yang
berlaku melalui keluarga. Amat jarang kita melihat aliran atheis dalam masyarakat
Mesir. Parti Komunis di sana pun lemah dan lebih banyak mengeksploitasi masalah
kemiskinan yang berlaku, bukan kerana falsafah perjuangannya.
Namun terdapat kekurangan pada dua sudut:
85

Sudut Pertama: Kekurangan pada sudut kefahaman tentang amal jamaiyy dan
keterikatan tanzimi. Memang terdapat fenomena jamaiyy peringkat pertama atau
pertengahan pada pertubuhan-pertubuhan pelajar di Mesir, tetapi ia masih
memerlukan pengembangan dan penyempurnaan. Kerana fenomena tersebut masih
lagi diselubungi oleh semangat semata-mata. Jika latarbelakang tanzimi ini
diperluaskan xxx yang menguasai seluruh universiti di Mesir, nescaya ini akan
membuahkan hasil yang berkesan.
Kedua: Adalah jelas bahawa amal tanzimi mestilah bersandarkan kepada khazanah
amal Islamiyy yang asli di Mesir yang tercerna pada gerakan Ikhwan Muslimin. Ia
kaya dengan aset pengalaman yang pelbagai, lebih-lebih lagi aset semangat juang
yang tinggi. Oleh itu, kita dituntut untuk menyempurnakan pusingan yang telah
dimulakan oleh mereka yang terdahulu. Kita hendaklah menyambung kerja-kerja
yang telah dilakukan oleh mereka. Bukan memulakannya semula sebagaimana
mereka memulakannya dahulu dengan membebaskan diri kita daripada mengambil
manfaat daripada apa yang telah mereka lakukan. Generasi muda yang sedang berada
di universiti-universiti sekarang hendaklah diperjelaskan tentang betapa perlunya
mereka memberikan intima kepada qiadah yang telah mempunyai pengalaman
selama setengah kurun dalam bidang fiqh al-amal dan khazanah maknawi. Mereka
sama sekali tidak sepatutnya menjauhkan diri daripada para qiadah tersebut.
Dai yang menjalankan amalnya di Mesir sepatutnya tidak terlalu memuji Islam,
menyebut tentang keperluan untuk beribadat dan menyanjung kebaikan sistem-sistem
Islam. Perkara-perkara ini hanya perlu disebutkan secara ringkas sahaja kerana ia
telahpun jelas di sisi para pemuda Mesir. Tetapi dia hendaklah memberikan
penumpuan kepada keperluan untuk menyertai tanzim dengan penuh iltizam dengan
mewarisi aliran Ikhwan yang telah berakar umbi dan memberikan ketaatan kepada
qiadahnya yang ada sekarang.
* Pemuda Iraq pula memiliki beberapa sifat positif tetapi kekurangan beberapa sifat
positif lainnya. Mereka memahami keperluan untuk bekerja di dalam sebuah jamaah
yang tersusun dan mereka juga memahami bahawa tidak ada faedah yang diperolehi
daripada hidup hanyut begitu sahaja. Ini digambarkan oleh kewujudan berbagai-bagai
jenis pemikiran yang tersebar luas dan banyaknya bilangan yang mempunyai intima
kepada mana-mana parti. Pemuda Iraq juga mempunyai keberanian, semangat jatidiri
dan tidak sukakan kepada perkara-perkara negatif walaupun dalam suasana keganasan
dan penguasaan pihak lain. Namun mereka masih amat memerlukan kepada kejelasan
kefahaman agar dibersihkan daripada neraca-neraca perkauman yang melampau.
Kerana kadang-kadang, dai boleh menemui salah seorang daripada mereka yang
bersedia untuk menghimpunkan di antara akhlak Islam dengan semangat perkauman
Arab dan sekularisme. Dai juga boleh menemui seseorang pemberontak Kurdiyy
yang duduk dalam keadaan penuh khusyuk ketika tiba waktu sembahyang.
86

Jadi, kejelasan kefahaman Islam dan Islam yang sempurna merupakan antara hakikat
yang masih kerdil di dalam jiwa mereka. Tidak sebagaimana halnya di Sudan dan
Mesir. Inilah yang menjadi rahsia kenapa para pendakwah Iraq mengenakan syarat
yang ketat, sementara pendakwah di Sudan pula hanya mengenakan syarat yang
longgar. Ini disebabkan oleh tabiat keperluan yang telah mempengaruhi kefahaman
beramal di tempat masing-masing. Hakikat ini tidak difahami oleh sesetengah orang,
menyebabkan masing-masing memandang ganjil langkah yang diambil oleh
rakannya.
Pemuda Iraq hanya mempunyai sedikit sahaja cebisan perasaan keislaman. Itu pun
jika dia belum menjadi atheis. Dakwah di Iraq perlu untuk menyubur dan
mengembangkan perasaan ini agar terbentuk kefahaman dan neraca-neraca tertentu
yang dengannya dakwah di Iraq akan memperolehi anggota-anggota yang layak untuk
meneruskan perjuangannya. Itulah yang perlu dilakukan. Manakala perasaan terhadap
keperluan amal tanzimi dan memiliki keberanian positif, maka ia adalah hakikat yang
telah subur dalam jiwa mereka.
* Nampaknya pemuda di negara-negara Teluk memiliki ciri yang berbeza. Mereka
memberikan penghormatan yang baik kepada Islam, tetapi mereka tidak tahu tentang
Islam secara penghuraian (tafsiliyy). Mereka tidak membantah jika dikatakan bahawa
Islam wajib memerintah, atau jika dikatakan bahawa menentang salah satu perintah
Allah merupakan dosa besar atau kekufuran. Tetapi mereka tidak memahami perkara-
perkara ini secara keseluruhannya. Mereka perlu untuk mengenali segala sistem-
sistem Islam dan hukum hakam satu persatu. Mereka juga mempunyai sifat negatif
yang berpunca daripada beberapa faktor. Yang terpenting ialah kerana kehidupan
yang lama golongan pekerja laut dan penyelam -sebelum penemuan minyak- di
bawah penguasaan golongan ketua-ketua (mashayikh) dan pedagang. Kedua-dua
golongan tersebut mempunyai jurang taraf kehidupan yang ketara, di samping
kewujudan golongan pertengahan (ketiga). Lama kelamaan perasaan rendah diri ini
melahirkan kekecewaan dan keengganan untuk membuat penyertaan dalam hal-hal
politik dan pemikiran. Sifat ini diwarisi oleh anak-anak mereka. Setelah minyak
ditemui, sifat keengganan dan pelampauan ini menjadi bertambah serius. Mereka
lebih cenderung untuk bersenang lenang, berehat, berada dalam keadaan tenang dan
tidak suka untuk melakukan sesuatu yang mengundang risiko. Para fuqahak
memakruhkan penggunaan nikmat dan bersenang lenang secara berlebih lebihan
kerana ia boleh menghalang seseorang daripada bangkit berjuang ke medan jihad.
Jiwa yang terlalu mengecap kenikmatan secara berlebih lebihan akan berlengah-
lengah daripada menyahut panggilan jihad, jika dibandingkan dengan jiwa yang
sentiasa tawadhuk dan hidup dalam keadaan yang susah.
Jadi para pemuda di negara-negara Teluk perlu untuk dicabut daripada kemewahan.
Mereka juga perlu untuk diajar tentang sifat-sifat yang positif. Mereka juga perlu
diajar sehingga mereka merasa wajib untuk membaiki alam ini ke arah kebaikan.
87

Mereka juga perlu disedarkan agar memainkan peranan mereka menerusi amal
jamaiyy.
* Individu Palestin pula diterap dengan permasalahan Palestin secara khusus. Mereka
sentiasa mengeluh kerana menghadapi berbagai-bagai kepayahan yang diletakkan
oleh badan-badan rasmi seluruh dunia. Mereka juga merasa kecewa terhadap
pengkhianatan yang dilakukan oleh para pemerintah terhadap permasalahan mereka.
Mereka juga merasa ragu-ragu terhadap pemimpin-pemimpin Palestin yang sentiasa
bercakaran sesama sendiri. Mereka kecewa, enggan, gundah gelana dan cenderung ke
arah kekerasan. Oleh kerana terlalu lama berpegang dengan polisi mengambil
mudharat yang lebih ringan antara dua mudharat yang ada menjadikan mereka
terlalu bermudah-mudah dalam hal fikrah dan akidah terhadap orang-orang yang
membantu menyelesaikan permasalahan mereka.
Seseorang dai perlu melakukan perjalanan yang panjang dengan seseorang madu
Palestin. Dia hendaklah diajar tentang perkara-perkara asas dan neraca-neraca akidah.
Hatinya hendaklah dilembutkan agar cenderung kepada ketenangan keimanan. Dia
juga hendaklah dilatih agar merasa lazat dengan ibadat. Dia hendaklah diyakinkan
bahawa pembebasan Palestin mestilah berkait rapat dengan penegakan pemerintahan
Islam di negara Arab.
Manakala sifat positif, kepintaran, kecergasan dan penyertaan politik yang meluas
sudah merupakan sifat-sifat kebaikan yang wujud dengan sempurna di sisi pemuda
Palestin.
Ini hanya sekadar beberapa contoh sahaja dan merupakan percubaan untuk
menggambarkan tentang ciri-ciri para pemuda yang terdapat di beberapa kawasan dan
negara. Kami tidaklah mengatakan bahawa apa yang kami nyatakan di atas sebagai
benar seratus peratus. Apa yang ingin kami tekankan di sini ialah kewajipan qiadah
untuk melakukan analisa terhadap karekter yang terdapat pada setiap individu di
negeri atau tempat sesuatu dakwah itu dilakukan. Ia juga berkewajipan untuk
memerhatikan faktor-faktor kemasyarakatan yang mempengaruhi individu-individu
dalam sesuatu masyarakat dan mengenal pasti apakah hakikat-hakikat yang perlu
diberikan penumpuan oleh dai untuk mentarbiah madunya. Mungkin adalah baik
untuk membincangkan perkara ini dalam satu persidangan atau forum yang khusus
mengenainya.
Pendekatan ini seterusnya membawa kepada suatu ketetapan iaitu dakwah di sesuatu
negara tidak boleh meniru langkah-langkah pertama amal dakwah di negara lain
dalam strateginya untuk memperolehi para penyokong. Begitu juga, dakwah di
sesuatu negara tidak boleh mengingkari atau tidak bersetuju dengan dakwah di
sesuatu negara yang lain jika masing-masing mempunyai pandangan yang berbeza
dalam menentukan keutamaan-keutamaan amal tarbawi hasil daripada tabiat sifat dan
88

karekter yang berbeza-beza itu. Ini sudah tentu akan menjadikan amal tarbawi sebagai
suatu yang relatif.
Kaedah Kedua: Membekalkan dai dengan risalah-risalah pembuka (pemula)
Antara kesukaran yang dihadapi ketika melakukan proses pengumpulan (tajmi),
ialah ketidakmampuan dai untuk mewujudkan pintu masuk ketika berbicara dengan
rakan dan sahabatnya. Dia kadang-kadang tidak mampu untuk menghalakan
perbincangan dengan cepat ke arah kefahaman-kefahaman jamaah. Dia terpaksa
membuang masa yang lama untuk berbicara tentang perkara-perkara lain terlebih
dahulu sebelum berjaya memaksa mereka untuk turut serta berbincang tentang
perkara yang diniatkannya. Dalam banyak keadaan, berita dari surat-surat khabar
harian atau permasalahan tentang pilihanraya atau aktiviti parti-parti politik
menguasai topik perbincangan.
Ini bukanlah cara yang betul. Kita mahu setiap orang yang mempunyai hubungan
dengan kita agar terbentuk sebagai individu Islam sempurna yang beriman dengan
Islam, yakin tentang kewajipan untuk berada di dalam jamaah dan menghiaskan
dirinya dengan akhlak yang mulia. Jika kita membiarkan surat-surat akhbar dan
peristiwa-peristiwa politik menentukan topik perbincangan, ini bermakna kita telah
membazirkan masa. Oleh itu, dai perlu kepada faktor pemula yang membantunya
untuk menjadi seorang yang pintar dan mampu membawa perbincangan kepada arah
yang ditentukannya. Risalah-risalah kecil yang dibahagi-bahagikan dalam sesuatu
majlis atau dalam majlis-majlis seumpama itu selepasnya dapat memainkan peranan
ini.
Faktor pemula atau pembuka ini amat diperlukan. Jika seseorang dai tidak
mempunyai risalah-risalah yang membolehkannya untuk menguasai sesuatu
perbincangan, maka tugasnya memerlukan masa yang berganda.
Hakikat ini membawa kita untuk memperakukan satu kaedah penting, iaitu
menjadikan tugas untuk menarik seseorang madu sebagai tugas secara kolektif
(jamaiyy) dan individu. Ia bukanlah perancangan yang hanya dilakukan oleh
seseorang dai sahaja. Kita biasanya hanya menumpukan kepada peranan seseorang
dai untuk menarik seberapa ramai pemuda kepada saf dakwah. Kita hanya
menyerahkannya kepada kepintaran, ilmu dan firasatnya terhadap para pemuda yang
ada di sekitarnya. Sedangkan permasalahan yang ada adalah lebih besar dari itu.
Permasalahan ini lebih mempunyai sudut jamaiyy yang boleh membantu dai untuk
menjayakan peranannya dengan berkesan.
Mungkin peranan jamaah dalam proses dakwah ini boleh dibandingkan dengan
peranan negara yang menugaskan para dutanya. Seseorang duta tidak hanya
bergantung kepada kepintaran dan inisiatifnya semata-mata ketika berhadapan dengan
89

ahli-ahli politik. Bahkan dia bergantung kepada kekuatan pendirian dan tabiat polisi
negaranya. Jika negaranya adalah sebuah negara yang mempunyai kedudukan politik,
ketenteraan dan ekonomi yang teguh dan stabil, maka dia mempunyai kuasa
jangkauan yang luas dan mampu memaksa masyarakat politiknya untuk menerima
pandangannya. Tetapi dia tidak akan mampu berbuat apa-apa jika negaranya lemah,
atau kuat tetapi sedang melalui satu krisis antarabangsa meruncing yang memaksanya
berdiam diri, menahan nafas dan tidak melakukan ugutan dan tekanan.
Peranan jamaah menugaskan dai persis dengan peranan sesebuah negara
menugaskan dutanya seperti di atas. Dai yang berada di mana sahaja, sama ada di
sekolah, universiti, kilang, pejabat kerajaan, masjid atau mana-mana kelab adalah
ibarat duta kepada jamaah di tempat tersebut. Kekuatan pendirian jamaahlah pada
hakikatnya yang menggerakkannya. Aset pemikiran dan produktivitinyalah yang
membolehkan seseorang dai melakukan tugasnya dengan baik dan berkesan. Alat-
alat pembuka atau pemula yang disediakan oleh jamaah menjadikan pertemuannya
dengan elemen-elemen yang menjadi madunya berjaya dan memberikan faedah
semenjak pertemuan yang pertama lagi. Dia tidak perlu untuk berbelit-belit dan
berpusing-pusing sebelum berjaya memasuki sesuatu tajuk yang ingin
dibincangkannya.
Risalah-risalah yang ditulis oleh qiadah atau para duat tempatan bagi menangani
sesuatu permasalahan yang dihadapi oleh setiap masyarakat menurut panduan Islam
dianggap sebagai faktor pemula yang baik. Begitu juga kertas-kertas sebaran politik
yang pendek dan ringkas. Ia lebih dapat berfungsi sebagai faktor pemula lebih
daripada fungsi-fungsi yang lain. Oleh kerana pemikiran para duat kebiasaannya
mempunyai analisa yang hampir sama, maka kewujudan risalah-risalah tersebut
berupaya menjadikan semua orang yang duduk di dalam majlisnya berbicara tentang
perkara yang sama. Dai juga tidak perlu lagi memberat-beratkan dirinya untuk
kononnya bersifat pintar bagi menarik para hadirin yang bersamanya agar terus
membicarakan isi tajuk yang ingin diperbincangkan. Oleh itu juga, kita tidak patut
hanya bergantung kepada tulisan-tulisan yang dibuat oleh para penulis Islam yang
sudah memang terkenal sahaja, tetapi kita hendaklah bergantung kepada tulisan-
tulisan yang dihasilkan oleh pendakwah tempatan yang dikenali oleh masyarakat
setempat. Di samping itu, tulisan tersebut hendaklah juga menyentuh tentang
penyelesaian sesuatu masalah tempatan melalui pandangan Islam yang tulin.
Tetapi ketidakwujudan risalah-risalah seumpama ini di beberapa negara pada hari ini
tidak bermakna ia adalah satu kekurangan kepada jamaah yang berada di negara
tersebut, kerana mungkin dakwah di situ masih berada di dalam fasa tasis
(penubuhan) yang tidak melayakkannya untuk berbuat demikian. Suasana di situ juga
masih belum memberi peluang kepada dakwah untuk terlibat dalam hal-hal politik
secara jelas nyata. Kerana jika ini dilakukan, maka jamaah dan dakwah akan
mengalami berbagai-bagai gangguan sama ada dari pihak kerajaan sendiri atau parti-
90

parti politik lain. Di samping itu, analisa-analisa politik masih belum dapat dilakukan
sebaiknya kerana ia memerlukan sedikit kemampuan dan keupayaan serta
latarbelakang pengetahuan yang luas yang kemungkinan faktor-faktor ini masih
belum matang lagi dalam jamaah yang baru ditubuhkan, bukan kerana kekurangan
pada diri jamaah itu, tetapi kerana umurnya yang masih muda.
Para duat yang berada di negara-negara yang masih belum dapat menerbitkan
risalah-risalah pemula sekarang, mungkin akan mempunyai peluang yang mudah
untuk berhubung dengan para pemuda pada masa akan datang jika jamaah mampu
untuk turut serta dalam proses dakwah yang dilakukan oleh individu. Ini dilakukan
dengan membekalkan kepada individu-individu tersebut apa sahaja bentuk risalah
yang menerangkan pendirian-pendirian jamaah dalam sesuatu isu atau apa sahaja
mekanisme yang berbentuk jamaiyy. Jadi setiap dai tidak hanya bergantung kepada
inisiatifnya sendiri untuk menggerakkan dakwahnya. Di samping itu juga, kejayaan
yang berlaku di mana-mana bahagian negara, akan menjadi salah satu faktor yang
menambahkan lagi kehebatan jamaah di bahagian-bahagian negara yang lain. Melalui
peranan yang dimainkan olehnya, seseorang dai juga akan dipandang hebat kerana
kehebatan jamaahnya, bukan semata-mata kerana aktiviti atau keperibadiannya
semata-mata.
Kaedah Ketiga: Inisiatif seseorang dai untuk bercakap tentang sesuatu yang sesuai
dengan keperluan madu.
Kaedah ini adalah pelengkap kepada dua kaedah yang lalu. Apa yang dimaksudkan di
sini ialah daii sendiri yang memilih tajuk perbincangan tanpa memberi peluang
kepada madu untuk berterusan mengemukakan pertanyaan, kerana pertanyaan-
pertanyaan madu bukanlah sentiasa melambangkan keperluan sebenarnya. Bahkan
kadang-kadang pertanyaan-pertanyaan itu lebih berbentuk tindakbalas kepada fitnah
dan kekeliruan yang ditumbulkan oleh pihak musuh dakwah. Atau hasil daripada
pembacaannya terhadap akhbar-akhbar atau berita-berita yang didengarnya daripada
parti-parti lain. Jika kita hanya menjawab pertanyaan-pertanyaan tersebut sahaja,
jawapan kita tidak akan memberikan kepuasan kepadanya selama mana kita belum
memahamkannya tentang neraca-neraca syarak yang akan membantunya
membezakan di antara kebenaran dan kebatilan secara sendirian.
Saya tidaklah mengatakan saya tidak bersetuju tentang kepentingan metod membuka
dada kita agar madu boleh mengemukakan sebarang kekeliruan yang ada dalam
dirinya supaya kita boleh menjawabnya, seterusnya boleh menghilangkan kekeliruan
tersebut. Cara itu amat diperlukan tetapi jika kita terlampau menggunakannya, ia akan
memudaratkan. Ini adalah kerana kita sedang bekerja dalam kawasan yang tidak
selamat. Di sekeliling kita juga ramai orang yang sentiasa menggembar gemburkan
fitnah, pendustaan, kekeliruan, kepalsuan dan sangkaan-sangkaan buruk. Kurikulum
sekolah juga menyebarkan kefahaman-kefahaman yang menyeleweng. Dalam media-
91

media massa juga, banyak terdapat rencana menyeleweng yang menumbuhkan
kekeliruan. Dalam hal ini, jika kita hanya menjadi orang yang mempertahankan diri
sahaja dan membenarkan madu untuk terus menerus memilih tajuk perbahasan,
maka kita hanya akan menjadikan si madu itu sebagai seorang yang mempunyai
sangkaan yang baik kepada keperibadian kita sahaja. Kita juga akan menjadikannya
sebagai seorang yang hanya bertaqlid buta dan terikat dengan keperibadian kita, tanpa
mempunyai kesungguhan untuk meningkat dan memuliakan diri dengan perasaan
keimanan dan semangat yang kental. Sedangkan sepatutnya kita menjadikannya
seorang yang bersangka baik kepada dakwah dan yakin dengan fikrah kita.
Oleh itu, adalah menjadi kewajipan kita untuk mewujudkan keseimbangan antara
pengertian atau hakikat yang ingin kita berikan kepada seseorang madu secara
berperancangan dengan apakah medan yang boleh menjadi bahan pertanyaannya.
Dalam banyak pertemuan yang berlaku dengannya, kita hendaklah memaksanya
untuk mendengar apakah yang ingin kita sampaikan, tetapi bukanlah sebagaimana
seorang guru memaksa muridnya mendengar, tetapi dengan penuh diplomasi dan
kebijaksanaan hingga perbincangan yang ingin diadakan kelihatan begitu semulajadi
bukan sengaja diada-adakan. Ini dapat dilakukan dengan baik melalui fikrah
sempurna yang dimiliki oleh dai yang menjadikannya berbeza dengan madu itu.
Dari sini jelas kelihatan kepentingan untuk menentukan apakah hakikat dan
pengertian yang ingin kita sampaikan kepada madu dengan inisiatif dari diri kita
sendiri. Ini adalah kerana bukan semua komponen Islam itu difahami oleh madu
kita, dan komponen-komponen itu pula tidaklah berada pada tahap kepentingan yang
sama. Jika sesetengahnya diberikan penekanan pada masa atau tempat tertentu yang
tidak sesuai, akan membawa akibat yang negatif. Oleh itu, kita perlu
mengkemudiankan penekanan terhadapnya, sebagai langkah menyekat perkara buruk
daripada berlaku.
Cara yang betul dalam masalah ini ialah pihak qiadah cawangan menentukan apakah
tajuk-tajuk yang lebih penting untuk diberikan penekanan dan diletakkan di dalam
satu senarai. Lalu setiap qiadah memilih apakah tajuk yang sesuai dengan tabiat dan
suasana negerinya. Satu senarai disediakan bagi universiti-universiti. Satu senarai lagi
untuk sekolah-sekolah menengah atas. Satu senarai lagi untuk pekerja-pekerja.
Demikianlah seterusnya. Dan sudah pasti terdapat beberapa tajuk yang dikongsi
bersama.
Kealpaan terhadap kaedah seumpama inilah yang menyebabkan sesetengah jamaah
Islam bertindak semberono. Ada yang menimbulkan tajuk-tajuk sampingan yang tidak
sesuai pada waktunya dengan para duat yang ada tidak mempunyai ilmu secukupnya
dalam perkara tersebut. Lalu ada yang menimbulkan masalah-masalah furu sebelum
selesai masalah usul (dasar atau prinsip), kerana mereka tidak mempunyai uslub
dakwah yang baik. Ada juga yang bersungguh-sungguh memaksa madu melakukan
92

perkara-perkara yang tidak dapat diterimanya dengan baik di negara-negara Arab,
kerana mereka menggunakan metodologi amal yang hanya sesuai untuk negara lain.
Penekanan yang saya berikan kepada kaedah ini tidaklah bermakna bahawa para
duat sebelum ini tidak mengambil berat tentangnya. Sama sekali tidak. Amal harian
yang kita lakukan telah melahirkan banyak protokol yang betul dan selamat untuk
diikuti. Ia dapat membantu dai baru memahami keutamaan. Tetapi dia perlu
menyedari bahawa kualiti protokol yang betul dan selamat itu tidak lahir dengan
mudah. Ia adalah hasil daripada pengalaman beruturut-turut yang ditegaskan oleh
qiadah sehingga menjadi suatu kebiasaan bagi para duat sekalipun ia tidak disimpan
secara bertulis. Setiap dai yang baru dikehendaki untuk mengetahui hakikat ini dan
berfikir untuk mengembangkannya lagi agar dapat menghasilkan kebaikan yang baru
dan mewariskannya kepada generasi selepasnya.
Adalah perlu bagi setiap dai untuk menyedari, bahawa amalnya pada hari ini turut
memberi saham dalam pembentukan kebiasaan-kebiasaan atau adat-adat tertentu,
sama ada dia mahu melakukannya atau tidak. Jika dia melakukannya dengan baik
kerana mengetahui keutamaan, maka dia telah merintis jalan yang baik. Tetapi jika
sebaliknya, maka dia akan mewariskan jalan yang bersimpang siur.
Nampaknya adalah lebih baik setiap sektor mengadakan seminar-seminar secara
jamaiyy yang lebih menyerupai satu cara bagi mengetahui dan mengenali aset adat
kebiasaan daripada amal baik yang telah lalu dalam sudut ini. Ini dilakukan agar kita
dapat menemui apakah penambahan-penambahan yang perlu dilakukan bagi
menyempurnakannya.
Seruan untuk mendahulukan sebutan tentang komponen-komponen Islam yang lebih
penting lebih dahulu dalam setiap sektor bukanlah suatu yang baru diada-adakan. Kita
mengambil pengjarannya daripada cara penurunan al-Quran dilakukan. Syarak juga
telah membahagi-bahagikan amalan kepada beberapa darjat. Ada yang fardhu dan ada
yang wajib. Ada yang sunat dan ada yang harus. Semuanya berbeza dari segi
kepentingannya. Di sana juga ada dosa kecil, perbuatan fasiq, bidah, dosa besar dan
perbuatan yang membawa kekufuran. Rasulullah (s.a.w.) juga memberikan jawapan-
jawapan yang berbeza kepada soalan yang sama berdasarkan kekurangan dan
keperluan yang wujud pada diri orang yang bertanya. Pernah baginda menyifatkan
jihad sebagai amalan yang paling afdhal. Pada ketika yang lain pula, baginda
mengatakan amalan yang paling afdhal ialah berbuat baik kepada dua ibu bapa. Ini
disangkakan oleh sesetengah orang yang gopoh sebagai percanggahan, tetapi ia
bukanlah percanggahan sebenarnya, bahkan apa yang dilakukan oleh baginda ialah
baginda memberikan jawapan yang sesuai dengan keperluan setiap orang yang
bertanya.
93

Kaedah keempat: Memperhebatkan sebutan alasan-alasan atau hujjah-hujjah realiti
bagi kewajipan beramal secara jamaiyy.
Diperhatikan bahawa ramai dari kalangan duat hanya memusatkan kepada dalil-dalil
syarak tentang kewajipan beramal secara jamaiyy tanpa melakukan analisa terhadap
tabiat pertarungan politik yang sedang berlaku serta peranan faktor-faktor tanzimi
yang menjayakan usaha musuh-musuh Islam. Ini adalah satu kekurangan yang
menjejaskan keyakinan madu dan melemahkan semangatnya.
Tidak syak lagi, saya memandang bahawa sebutan dalil-dalil syarak tentang hal ini
adalah penting bagi membantu mewujudkan niat untuk bertaabbud ketika
melakukan amal jamaiyy dalam diri seseorang madu. Tetapi madu yang baru
dalam banyak keadaan masih tidak memahami hakikat-hakikat syarak ini dan hatinya
masih tidak dapat mengagungkannya sebagaimana berlaku kepada para duat yang
sudah veteren dan terlibat secara langsung dalam arena dakwah. Dalam masa yang
sama, alasan-alasan atau hujjah-hujjah realiti ini juga turut memaksakan dirinya
dengan kuat untuk diketengahkan juga.
Seseorang dai berkewajipan untuk membangkitkan kesedaran madu terhadap tabiat
pertarungan yang berlaku di antara kebaikan dan kejahatan, Islam dan para musuhnya.
Madu itu juga hendaklah disedarkan bagaimana pihak kejahatan tidak bekerja secara
sendirian, tetapi melalui wadah sama ada berbentuk kepartaian atau kerajaan. Dai
juga hendaklah melakukan perjalanan yang panjang dengan menyebut titik-titik
peralihan sejarah politik moden serta kuasa-kuasa yang sedang wujud di medan
sekarang. Ini semua perlu dilakukan agar akhirnya dia boleh membuat kesimpulan
betapa Islam juga perlu mewujudkan kekuatan seimbang yang dapat menyamai atau
menyangingi kekuatan musuh yang bersifat memusnahkan itu.
Seseorang madu kadang-kadang tidak dapat menyedari secara sendiri tentang
hakikat dunia politik dan pemikiran. Oleh itu, dia amat perlu untuk disedarkan oleh
kita. Sebagai contoh, ramai dari kalangan akademik yang berada di universiti-
universiti tidak menyedari tentang penyelarasan yang tersembunyi di sebalik
perkataan para profesor golongan kiri di sesebuah universiti. Mereka menyangka
bahawa perkataan itu lahir dari beberapa orang individu melalui ijtihad mereka
sendiri. Atau mereka menyangka bahawa akhbar-akhbar hanya memuatkan tulisan
mengikut tabiat para editornya sahaja. Mereka tidak menyedari tentang peranan
politik antarabangsa, badan-badan perisikan, kerajaan dan parti pemerintah yang telah
memberikan arahan dalam mengeluarkan kenyataan dan tulisan seumpama itu melalui
orang-orang yang telah dibeli dengan harga yang murah.
Membantu para pemuda agar berpegang dengan hujah-hujah dan hakikat-hakikat ini
dan menjadikannya rapat dengannya mungkin lebih memberikan manfaat daripada
dalil-dalil yang ditunjukkan oleh syarak bagi beramal jamaiyy. Seolah-olah kita
94

memerlukan sebuah buku khusus yang menghuraikan fenomena jamaiyy ini
sepanjang sejarah politik dan realiti masa kini yang berlaku agar dapat membantu
madu untuk memahami situasi sebenar. Dalam masa yang sama dapat membantunya
untuk melakukan pemikiran analisis yang berhati-hati jika dia dapat mengambil masa-
masa tertentu bersama buku ini.
Kaedah kelima: Mengambil daripada madu sekadar kemampuan yang ada pada
dirinya dan memberikan sekadar keperluannya.
Xxx Satu perenggan ditinggal
Kita boleh berinteraksi dengan para madu berdasarkan kaedah ini. Kita juga boleh
menetapkan kadar tertentu dalam hal mengambil atau memberi sesuatu kepada
mereka.
Individu-individu yang menjadi madu kita adalah elemen-elemen yang mempunyai
tabiat semulajadi, akhlak dan latarbelakang pemikiran yang berbeza. Amat jarang kita
boleh menemui sekumpulan besar manusia yang mempunyai sifat-sifat yang hampir
sama. Bahkan setiap individu atau setiap dua atau tiga orang mempunyai tabiat
semulajadi yang sama atau hampir sama.
Jadi interaksi pertama kita dengan mereka ialah kita mengambil manfaat daripada
setiap madu berdasarkan kemampuan yang ada pada dirinya dan jenisnya. Kita tidak
boleh hanya memandang kepada semangat dan kesediaannya untuk bertanzim dan
memberikan ketaatan sahaja sebagai syarat asasi. Kerana terdapat individu yang
mempunyai nisbah penyertaan yang lebih kecil daripada orang lain, tetapi dai yang
membuat hubungan dengannya mengetahui melalui pandaindera keenam bahawa
individu tersebut akan menjadi amat penting yang jarang orang lain dapat memainkan
peranannya pada masa akan datang. Perkara ini diambil kira kerana ilmu politik
mendalam yang dimilikinya, atau kepakarannya dalam bidang kewartawanan, atau
kerana dia berazam untuk menyambung pengajian tingginya hingga ke peringkat
doktor falsafah serta dia memang mampu berbuat demikian yang akhirnya dia akan
kembali ke universitinya sebagai seorang profesor atau pakar dalam jentera kerajaan.
Atau kerana dia adalah anak kepada seorang yang berkedudukan tinggi dalam
masyarakat dan negara serta dia dapat memberikan manfaat kepada dakwah melalui
kedudukan ayahnya itu. Atau kerana dia akan mewarisi kekayaan besar yang jika dia
mengikut dakwah, dia akan memperuntukkan sebahagian besar kekayaannya itu untuk
dakwah.
Hubungan yang anda lakukan dengan madu sehingga dapat memasukkannya ke
dalam tanzim serta menjadi ahli adalah kejayaan yang paling ideal. Tetapi jika tidak
berjaya sampai ke peringkat itu, anda tetap juga mendapat kejayaan. Kerana kadang-
kadang seseorang madu mungkin tidak sesuai untuk duduk di dalam tanzim, tetapi
95

membuat hubungan yang baik dan berterusan dengannya membolehkan kita mendapat
faedah-faedah sampingan daripadanya. Bahkan mungkin faedah-faedah tersebut
sangat besar sehingga menyamai faedah yang boleh diberikan oleh sepuluh orang
yang sudah berada di dalam tanzim.
Setiap madu itu pula mempunyai keperluan masing-masing. Mereka juga
mempunyai berbagai-bagai kekurangan berdasarkan corak pendidikan yang mereka
terima sebelum mereka mempunyai hubungan dengan kita. Perkara itu dengan jelas
dapat dilihat pada diri para madu.
Sebagai contoh, kita mungkin menemui seorang pemuda di unversiti yang sesetengah
gurunya semasa di sekolah menengah adalah terdiri daripada golongan pendakwah
Islam atau xxx, lalu dia membesar dalam keadaan suci. Sedangkan kita menemui
pemuda lain yang sesetengah gurunya dahulu adalah terdiri daripada golongan mulhid
(atheis) yang mengajarnya banyak kekeliruan yang merosakkan fitrahnya yang
sejahtera.
Kita juga kadang-kadang menemui seorang pemuda yang rajin mengerjakan
sembahyang dan dididik oleh kedua ibu bapanya dengan akhlak-akhlak yang mulia
serta mempunyai jiwa yang tenang. Sedangkan terdapat juga pemuda yang tidak tahu
bersembahyang, berasal daripada keturunan ibubapa yang lalai, tetapi cabaran politik
dan semangat keislaman umum masyarakat mendorongnya untuk mendekati kita.
Terdapat juga pemuda yang ibubapanya sentiasa bergaduh, lalu dia gagal dalam
pelajarannya dan menjadi seorang yang berkonfik jiwanya.
Terdapat juga pemuda yang mempunyai naluri seksual yang tinggi dan sentiasa hidup
dalam keadaan gelisah dan jiwa yang tidak stabil kerana nalurinya itu.
Terdapat juga pemuda yang cekal kerana semasa kecilnya dia berjaya
menghimpunkan antara pelajarannya dengan pekerjaan bagi memenuhi kehidupan
hariannya. Jadi dia adalah seorang yang berazam tinggi dan sentiasa berusaha keras,
berbeza dengan seorang pemuda yang hidup mewah, sentiasa dimanjakan oleh
ibubapanya yang tidak pernah menolak sebarang permintaannya.
Jadi keperluan setiap mereka adalah berbeza dari yang lain. Oleh itu kita perlu
mempunyai pendekatan dan interaksi yang berbeza dengan setiap orang dari mereka.
Kita dapat lihat sesetengah dai tidak menyedari bahawa penuntut universiti yang
menjadi madunya kadang-kadang masih mempunyai sifat-sifat keremajaan.
Ketidaksedaran ini menyebabkan mereka dilayan sebagai seorang yang lebih besar
daripada realiti sebenar yang berupaya ditanggungnya. Ini adalah satu kesilapan.
Sesetengah penuntut universiti masih mempunyai sifat seperti yang dimiliki oleh
pelajar sekolah menengah seperti degil, keras dengan pendapatnya, sukakan
96

kebebasan, pendapatnya sentiasa bertukar-tukar dan tidak suka menurut perintah.
Oleh itu, kita mesti mengambil kira keadaan ini dengan kita menganggap bahawa
sifat-sifat ini adalah sesuatu yang dijangkakan berlaku dari mereka. Kita juga
hendaklah menganggapnya sebagai satu fenomena kejiwaan umum di kalangan
pemuda yang tidaklah membolehkan kita untuk menganggap mereka tidak lagi sesuai
untuk disusun di dalam tanzim. Bahkan kita mesti sabar menunggu sehingga mereka
mencapai kesempurnaan akal.
Di samping itu, penuntut universiti juga kadang-kadang terpengaruh dengan
pandangan umum kebiasaan yang meletakkan mahasiswa-mahasiswa universiti ini di
tempat yang tinggi. Lalu dia memandang dirinya layak untuk memberikan saham
dalam arena pemikiran dan politik. Dia merasakan dirinya lebih tinggi daripada orang
lain sehingga dia merasa takabbur dan sombong, terutamanya di negara-negara miskin
yang pendidikannya masih belum berjalan secara meluas. Dalam hal ini, kita
hendaklah berlapang dada sedikit. Kita hendaklah menunggu sehingga mereka
tawadhuk semula, kerana sifat-sifat tersebut lebih merupakan kesan sementara sifat
keremajaan yang mereka alami, bukan kekurangan semulajadi yang berkekalan.
Kaedah keenam: Menangguhkan pertembungan madu dengan ahli keluarganya.
Sesetengah madu mempunyai keberanian dan semangat berlebihan yang
mendorongnya untuk memetik buah sebelum tiba masanya. Dengan segera dia
mengingkari bapanya yang membuat pinjaman melalui sistem riba atau meminum
arak. Dia memerintahkan perempuan-perempuan yang berada di dalam rumahnya
agar berhijab dan meninggalkan maksiat yang biasa dan dipandang enteng oleh
mereka. Tetapi respon yang diperolehinya adalah penentangan. Lalu berlakulah
pertembungan hangat yang memenatkan sejak awal lagi dengan kaum keluarganya.
Ini menyebabkan mereka kehilangan ketenangan yang perlu wujud pada permulaan
marhalah tarbiah. Tetapi dalam masa yang sama mungkin dia akan terdidik sebagai
seorang yang kuat dan berazam tinggi.
Kita wajib memahamkan para pemuda bahawa dia tidak bertanggungjawab terhadap
ibu dan saudara-saudara perempuan selagimana ayahnya masih ada. Maksiat-maksiat
yang dilakukan oleh mereka tidak mengaibkannya di sisi kita dan tidak menjejaskan
kedudukannya. Kita juga hendaklah memahamkannya bahawa ibu dan saudara-
saudara perempuannya lebih merupakan mangsa yang mendapat didikan masyarakat
dan adat yang silap dan menyeleweng, bukan kerana mereka sengaja mahu menolak
ajaran Islam. Hubungannya dengan ibunya yang mendedahkan aurat tidak
menuntutnya mengambil sikap Sad bin Abi Waqqas dengan ibunya, kerana ketika
itu masih belum berlaku kekufuran. Tetapi apa yang ada hanyalah kealpaan dan xxx,
atau apa yang berlaku ialah ibunya hanya menghalangnya untuk aktif dan terlibat
dalam jamaah, bukan untuk memalingkannya daripada tauhid.
97

Terdapat juga kemungkinan bahawa seseorang madu mempunyai kefahaman yang
melampau terhadap perintah-perintah syarak. Lalu dia memerintahkan mereka dengan
perintah-perintah yang melebihi had syarak yang sepatutnya, tanpa dia memahami
keseimbangan antara kepentingan, tadarruj (berperingkat peringkat) dan uslub hikmat
dan jalan terbaik yang sepatutnya diberikan perhatian. Oleh itu, dia tidak bertoleransi,
tidak menangguh-nangguhkan, tidak menerima sebarang alasan dan dengan segera dia
memutuskan hubungan dengan ahli keluarganya. Ini menjadikannya berada dalam
keadaan berkrisis serta menyebabkan kegelisahan. Dalam hal ini, kita hendaklah
menasihatkannya dan mengembalikannya kepada kesederhanaan. Ahli keluarganya
tidak memahami tentang sebab-sebab perubahannya. Mereka juga tidak memahami
hakikat pemikiran yang menjadi pegangannya yang baru. Mereka menyangka bahawa
dia hanya sedang berada dalam keadaan semangat dan salah satu fasa keremajaan.
Mereka tidak melihatnya sebagai seorang muslih yang sedang melakukan amar
makruf. Jika dia berlembut dengan mereka, mungkin ini membuka peluang untuk
mereka membetulkan tanggapan mereka terhadapnya. Seterusnya mungkin mereka
dapat menerima dengan tenang dan tidak lagi berdegil.
Ini tidak bermakna kita cenderung kepada sikap terlalu berlembut dan bermudah-
mudah yang ditolak oleh fiqh dan sifat warak. Tetapi kita menggesa agar dituruti
uslub yang sesuai dan menangguhkan pertembungan yang sudah pasti pemuda Islam
yang baru akan mengalami kekalahan jika dia memasukinya terlalu awal.
Kaedah ketujuh: Keseimbangan antara aktiviti umum dengan bekalan masjid.
Maksud kaedah ini ialah menggalakkan madu agar jinak dengan suasana masjid.
Sesetengah sektor kerja dakwah menyaksikan penglibatan yang intensif berbentuk
latihan secara berjamaiyy dan lain-lain aktiviti umum. Oleh itu, kita mestilah
mewujudkan keseimbangan di antara keterlibatan madu dalam bidang ini dengan
bekalan yang diperolehinya daripada masjid, kerana ketika berkhalwat di masjid
seseorang itu mempunyai ruang masa untuk berfikir dan membaca al-Quran. Ini
adalah kerana masyarakat hari ini adalah masyarakat yang tenggelam punca dan hidup
dalam keadaan tidak stabil. Ketidakstabilan ini menjadikan para pemuda kebingungan
dan memalingkan mereka daripada menggunakan pemikiran mereka walaupun dalam
perkara asas kehidupan. Keterlibatan mereka secara intensif dengan kita dalam
aktiviti-aktiviti dakwah mungkin akan menjadikan mereka sebagai orang yang setia
dan taat kepada kita, juga menjadikan mereka jauh daripada permainan yang sia-sia,
serta dapat mendidik mereka untuk mengasihi orang-orang yang beriman. Tetapi
kadang-kadang mereka juga tidak memberikan perhatian untuk berfikir atau memberi
sedikit masa untuk mendengar panggilan fitrah. Dengan itu, kita telah berjaya
mengeluarkan mereka daripada ketidakseimbangan masyarakat kepada kedudukan
yang lebih baik iaitu ketenangan jiwa dan sebagainya, namun ia adalah berbentuk
ikut-ikutan sahaja, bukan hasil daripada dorongan dalaman dirinya sendiri.
Keadaannya sama dengan seorang pesakit yang hanya menerima sahaja rawatan yang
98

diberikan oleh doktor tanpa pesakit itu sendiri mempunyai kesedaran tentang
kesihatannya. Jika madu itu lama berada dalam keadaan demikian, dia akan menjadi
seorang yang kehilangan kemampuan untuk menggerakkan dirinya sendiri. Dia
sentiasa memerlukan penggerak tarbawi sehingga dia tua dalam keadaan demikian
sebagai seorang pengikut yang kehilangan pemikiran dalaman yang memimpinnya.
Kita perlu untuk mengeksploitasi seluruh tenaga Islam yang sedang bekerja dalam
masyarakat. Ia adalah tenaga luas yang mustahil dapat disusun kesemuanya, tetapi
kita mungkin boleh memandunya. Jika ada anggota tanzim ini meningkat dalam
keadaan ikut-ikutan sahaja dan tidak mampu untuk memimpin orang lain, maka
sebahagian daripada tenaga Islam itu akan menjadi sia-sia dan kita tidak dapat
memperolehi manfaatnya.
Kesetian kepada kita yang terhasil daripada keterlibatan seseorang madu secara
intensif dalam berbagai-bagai aktiviti tidak syak lagi merupakan satu kemaslahatan
bagi kita. Tetapi kejayaan seseorang madu untuk memiliki pemikiran yang
membolehkannya memimpin orang lain merupakan maslahat yang sama pentingnya.
Oleh itu, kita hendaklah mengambil kira kedua-dua maslahat tersebut.
Kita hendaklah memperuntukkan suatu masa agar seseorang madu dapat berkhalwat
dengan dirinya di masjid untuk sekian-sekian tempoh. Ini perlu dilakukan agar
terserlah kepadanya tindakan dan pemikirannya silap yang dilakukannya pada masa
yang lalu. Dalam masa yang sama dia juga boleh melihat nikmat hidayah yang
dikurniakan oleh Allah kepadanya.
Kita tidak perlulah mengatakan kepadanya: Marilah dan berfikirlah melalui proses
mekanikal yang kering begitu sahaja. Tetapi pemikiran, pemerhatian, lintasan hati
yang suci dan pemerhatian terhadap aktiviti harian dengan pandangan mata hati yang
jernih merupakan hasil yang pasti diperolehinya ketika dia berkhalwat seorang diri
dengan menjauhkannya daripada segala kesibukan kehidupan. Jika khalwat di luar
masjid dapat juga mendatangkan hasil ini, nescaya saya juga memperakuinya, tetapi
Allah s.w.t. telah mentaqdirkan keberkatan itu wujud di rumah-rumahnya. Allah s.w.t.
juga telah mengkhususkan rumah-rumahnya itu dengan beberapa keistimewaan yang
tidak dimiliki oleh tempat-tempat yang lain.
Kita boleh mengajar seseorang madu agar berkhalwat untuk tempoh satu jam atau
beberapa jam secara berasingan dalam tempoh satu hari. Atau mungkin lebih lama
atau lebih pendek masanya. Kita hendaklah memilih waktu-waktu yang sesuai agar
tidak bertembung dengan aktiviti-aktiviti umum. Kita tidaklah meminta mereka
melakukan khalwat ini melalui arahan atau perintah, tetapi hanya dalam bentuk
galakan dan gesaan praktikal semasa kita bersamanya, sama ada sebelum atau sesudah
kita menunaikan sembahyang berjamaah atau dengan kita membaca al-Quran di
hadapannya.
99

Hari ini, seolah-olah kita tidak pandai melakukan perkara ini. Kita nampaknya lebih
menekankan pertemuan jamaiyy bersamanya, sama ada di kelab, padang permainan
dan majlis-majlis perbahasan. Penekanan ini bukanlah suatu yang mengaibkan, tetapi
kebergantungan kita hanya kepada uslub tersebut itulah yang mengaibkan, sehingga
kita tidak lagi memasuki masjid melainkan setelah iqamah mahu dilaungkan dan kita
bersegera keluar sebaik sahaja imam memberi salam.
Itu tidak betul. Bahkan kita wajib melakukan keseimbangan. Janganlah kita
menguruskan bekalan masjid kita. Seseorang mahasiswa masjid biasanya akan
memiliki akal yang pintar dan berhati-hati, merasa kemanisan iman dan sentiasa
mempunyai dorongan dalaman. Dia bukanlah seorang yang hanya memberikan
ketaatan sahaja, tetapi dia juga seorang yang kreatif. Dia bukanlah seorang yang
hanya bergerak melalui atau bersama-sama gerakan rakan-rakannya sahaja, tetapi dia
juga adalah seorang yang terkehadapan dan mencabar.
Hari ini, kita seolah-olah mendapati sikap takabbur terhadap masjid di sisi sesetengah
orang-orang baru berpendidikan tinggi yang bersembahyang. Mereka hanya
memasuki masjid ketika mahu menunaikan sembahyang fardhu sahaja. Mereka lebih
suka kepada majis-majlis yang diadakan di luar masjid. Kemungkinan fenomena ini
lahir daripada promosi berlebihan xxx yang mengagungkan kedudukan dan peranan
universiti dalam memajukan masyarakat. Ini menyebabkan sembahyang yang
dilakukan oleh para mahasiswa dan lulusan universiti bercampur dengan sedikit
semangat jahiliyyah. Oleh itu, kita perlu mengembalikan mereka semula kepada
hakikat diri mereka yang sebenar. Kita juga hendaklah menunjukkan kepada mereka
kepada jalan permulaan iman yang sudah pasti mesti melalui masjid dalam jangka
masa yang lama.
Kehidupan dalam masyarakat dan bertindak balas dengan segala peristiwa yang
berlaku kadang-kadang boleh menghakis dan menghabiskan simpanan keimanan yang
dimiliki oleh seseorang madu. Sampai ke satu peringkat, dia tidak lagi dapat
memberi dan menjadi seorang muflis. Rawatannya ialah: kita hendaklah menyediakan
baginya satu sumber yang sentiasa memberikan bekalan. Ini hanya dapat dilakukan
oleh kehidupan di dalam masjid berserta ketenangan, kesucian jiwa, rahmat serta
ilham yang terdapat padanya.
Mungkin ada sesetengah orang membantah usaha kita untuk membawa madu ke
masjid dengan menariknya daripada penglibatan politik harian di universiti atau
sektor pekerjaannya. Mereka berhujjah bahawa penyertaan dan penglibatan madu
dalam aktiviti-aktiviti tersebut merupakan penglibatan yang bertitik tolak daripada
realiti dan asas yang semulajadi. Ia bukan suatu yang diada-adakan atau dibuat-buat.
Saya merasakan hujjah ini tidaklah releven. Kerana kritikan saya adalah terhadap
hakikat penyertaan dan penglibatan itu sendiri. Kerja-kerja harian yang dilakukan
100

oleh madu seperti pilihanraya pelajar, rehlah dan seumpamanya, sebenarnya
hanyalah wasilah, bukannya matlamat (ghayah). Kefahaman seseorang madu
terhadap tabiat dan hakikatnya tidak akan meningkat hingga ke darjat kefahaman kita.
Kadang-kadang si madu itu terus menerus tenggelam dalam kerja-kerja tersebut
sehingga tidak lagi mempunyai masa untuk mentarbiah dirinya di atas hakikat-hakikat
keimanan. Dia hanya terdidik sebagai seorang ahli politik yang praktikal tanpa
disulami dan diimbangi dengan sudut pengetahuan hukum hakam fiqh, kemantapan
akhlak dan ibadat. Dengan situasi ini, anda hanya boleh mengambil manfaat daripada
dalam tempoh yang sementara sahaja. Anda tidak akan dapat mengambil manfaat
daripadanya pada masa akan datang. Kerana dia akan terdidik dalam keadaan kering,
sedangkan dia perlu kepada kelembutan hati. Dari sini, anda boleh mengorbankan
sebahagian maslahat jamaah dalam aktiviti umum dan persaingan dengan pihak-pihak
lain demi untuk menolak kesan negatif yang akan terhasil dari sudut tarbawi.
Kaedah Kelapan: Mengurangkan ketamakan madu terhadap buku-buku Islam
Sebaik sahaja melihat madu memberikan respon yang positif, sesetengah duat
bersegera membawanya ke pustaka-pustaka yang banyak menjual buku-buku Islam
dan menggalakkannya untuk membelinya dengan banyak. Lalu madu itu membeli
hanya menurut kemampuan kewangannya hingga dia berjaya memiliki banyak buku
meskipun tidak sesuai dengan marhalahnya. Si madu berhadapan dengan tajuk-
tajuk, kulit dan nama-nama pengarang buku yang menggiurkan. Dia bingung dan
tidak dapat mencari jalan untuknya bermula daripada buku-buku yang penting dan
utama. Akhirnya dia membaca dan mengumpulkan pecahan-pecahan ilmu yang tidak
dapat membentuk sesuatu yang berguna di sisinya. Kemungkinan buku-buku yang
dibacanya mengandungi pandangan-pandangan berbeza yang menambahkan lagi
kebingungannya.
Ini disebabkan pustaka-pustaka Islam mempunyai khazanah buku-buku yang banyak
kerana ia bersumberkan hasil produk pemikiran yang agung, sama ada yang berupa
pesaka peninggalan yang lama (turath), atau moden. Kecenderungan untuk
memperolehi keuntungan juga menambahkan lagi buku-buku yang dikeluarkan oleh
para penerbit yang menyedari permintaan yang sentiasa meningkat terhadap buku-
buku Islam. Dalam situasi sedemikian, adalah salah jika kita hanya membiarkan
seseorang madu hanya berhadapan dengan kebersahajaan atau keinginannya itu.
Bahkan selayaknya kitalah yang membawanya ke mana-mana kedai buku dan kita
menyediakan program khas secara berperingkat-peringkat untuknya membaca mana-
mana buku atau risalah yang menjadi keperluannya dan sesuai dengan tahapnya. Di
samping itu kita hendaklah menerangkan kenapa kita baginya buku-buku atau risalah
tersebut. Sebenarnya ini adalah salah satu perkara pokok dan dasar dalam bidang
pengajian dan pendidikan, tetapi para duat mula melupakannya disebabkan
penerbitan buku-buku Islam yang begitu meningkat secara besar-besaran. Keadaan ini
memberikan kesan negatif terhadap golongan tertentu kerana ia akan melalaikan
101

mereka daripada melakukan pembacaan yang bermanhaj, sama seperti kesan yang
diberikan oleh televisyen kepada orang awam.
Kaedah Kesembilan: Meminta madu melaksanakan peranannya sebagai dai
dengan tenang dan berhati-hati.
Semangat berkobar-kobar mungkin mendorong sesetengah madu untuk turun ke
medan. Mereka mula berdakwah kepada orang lain dan berdebat dengan golongan
yang menentang, sedangkan mereka masih lagi baru, tidak mempunyai pengalaman
dan kefahaman tentang kaedah-kaedah pengumpulan seperti ini. Lalu mereka
melakukan kesilapan dan menyebabkan madu yang diharapkan kebaikannya
melarikan diri. Mereka dikejutkan dengan pengalaman yang gagal itu. Ini
menyebabkan mereka terus merasa kecewa daripada melakukan percubaan dengan
para pemuda dan tidak lagi berani melakukan percubaan baru.
Ini bukanlah cara yang betul. Sepatutnya, seseorang madu hendaklah terlebih dahulu
hanya duduk menerima dan belajar selama beberapa bulan. Dia hendaklah
menyembunyikan keimanannya dan menahan tenaganya. Dia hendaklah menyerahkan
kepada murabbinya untuk menentukan bilakah dia dibenarkan untuk berdakwah dan
melakukan amar maruf nahi mungkar apabila dilihat dia telah mempunyai
kemampuan. Ini perlu dilakukan dengan teliti agar dia tidak tersalah ketika melakukan
pemilihan madu atau tidak kebingungan jika dihujjahkan dengan beberapa
kekeliruan dan kesamaran oleh golongan penentang.
Keadaan ini sama dengan penuntut perubatan. Meskipun dia sudahpun belajar
bagaimana mengubati seseorang pesakit semasa dalam tempoh pengajiannya, namun
dia masih dilarang daripada melakukan diognosa terhadap pesakit dan memberikan
ubat secara langsung, kerana dibimbangi dia akan melakukan kesilapan. Jika
kesilapan berlaku, bukan sahaja dia mungkin akan menyebabkan kematian pesakit,
tetapi juga akan menyebabkannya merasa gerun untuk melakukan diagnosa terhadap
mana-mana pesakit, meskipun dia sudah lulus dalam pengajiannya.
Sama juga keadaannya dengan penuntut kejuruteraan. Dia dilarang daripada membuat
pelan sesuatu bangunan semasa dalam tempoh pengajian bukan sahaja untuk
memelihara harta benda orang ramai daripada kemusnahan, tetapi juga untuk
memelihara dirinya sendiri juga. Kerana jika semasa menuntut bangunan yang
dihasilkannya runtuh, dia sudah pasti akan menjadi seorang jurutera bangunan yang
hanya mengikut dan meniru apa yang telah dihasilkan oleh orang lain serta takut
untuk berkreativiti bagi menjamin keselamatan bangunan itu. Dia lebih menyerupai
atau menyamai seorang pekerja pintar tetapi bukan jurutera dek kerana terlalu lama
melihat dan memerhati pelan-pelan bangunan yang telah dihasilkan oleh jurutera-
jurutera mahir sehingga mampu untuk menirunya.
102

Begitulah juga keadaan madu yang bersama kita. Kita hendaklah melarangnya
daripada terus kelaur berdakwah agar semangatnya tetap kental, kepercayaannya
terhadap dirinya tetap kekal dan kekecewaan dijauhkan darinya.
Janganlah anda merasa pelik. Para duat memang menyimpan beberapa kisah yang
membenarkan jangkaan ini. Bahkan zaman awal enam puluhan telah menyaksikan
bagaimana seorang ketua kumpulan Islam yang pada mulanya bertungkus lumus
mengumpulkan para pemuda dengan syarat-syarat yang longgar, tetapi kemudian dia
meninggalkan mereka begitu sahaja. Dia hanya menyeru mereka untuk
mentajarrudkan diri bagi ibadat bagi menunggu kiamat yang telah dapat dilihat
sebahagian tanda-tandanya. Dia yakin bahawa dia sudah berada di akhir zaman. Para
duat telah menolak kefahaman negatifnya dalam satu kisah yang masyhur di
Lubnan.
Tetapi perlu diingatkan, bahawa larangan madu daripada melakukan dakwah,
tidaklah bermakna kita tidak boleh menjadikannya sebagai jambatan kepada kaum
keluarga, jiran dan rakan-rakannya. Kita boleh memintanya agar membuat hubungan
yang baik dengan mereka. Dia boleh memperkenalkan kita kepada mereka dan
melakukan sesuatu sehingga mereka percaya dan thiqah kepada kita. Kemudian
kitalah yang akan berbicara dengan mereka dan melakukan pentarbiahan, bukannya
dia.
Kewujudan sesetengah golongan lemah dan negatif dalam saf barisan kita adalah
natijah daripada pemilihan silap yang dilakukan secara berulang-ulang oleh orang
baru. Jamaah terpaksa membuat hubungan yang berterusan dengan orang-orang yang
dipilih olehnya, hingga menyebabkan bebanan yang berat ke atas bahu para murabbi.
Kaedah Kesepuluh: Membuat perangkaan saki baki individu baik dalam masyarakat
melalui khalwat pengembalian ingatan.
Individu-individu yang baik dalam masyarakat masih ramai. Tetapi kita lupa dan tidak
ingat nama serta rupa mereka, kerana kesibukan peristiwa-peristiwa yang berlaku
kepada kita. Saya merasakan jika kita melakukan perangkaan yang teliti dan
mencatatnya dalam satu senarai khusus, ini menjamin bahawa kita akan mempunyai
hubungan dengan mereka. Ini juga akan membantu kita mengambil manfaat daripada
mereka dan menggunakan tenaga yang ada pada mereka untuk melaksanakan
matlamat kita. Kita tidak sepatutnya hanya bergantung kepada orang-orang yang
dapat kita lihat di sekeliling kita atau orang yang kebetulan berjumpa dengan kita
sahaja.
Cara untuk melakukannya mungkin pada mulanya kelihatan sukar, tetapi ia telah
menjadi pengalaman yang berjaya, atau ia adalah kesukaran yang tidak
memudaratkan.
103

Permulaannya, setiap dai di setiap kawasan hendaklah melakukan khalwat secara
sendirian untuk tempoh satu hari atau beberapa hari yang berdekatan. Ia hendaklah
tidak keluar rumah melainkan untuk melakukan sembahyang fardhu sahaja. Dia
hendaklah mengurung dirinya di suatu tempat terpencil, sunyi dan tenang untuk suatu
tempoh yang agak panjang. Ketika berada dalam keadaan demikian, dia hendaklah
menghilangkan kesibukan harian daripada pemikirannya. Dia hendaklah hanya
berfikir dan cuba menjawab seratus soalan.
Pertamanya dia hendaklah bertanya dirinya adakah wujud di kalangan sepupu, ahli
keluarga dan kaum kerabatnya yang boleh diusahakannya untuk dihampirkan
seterusnya digabungkan ke dalam jamaah? Dia hendaklah menutup mata dan
menggambarkan rupa mereka seorang demi seorang untuk tempoh lima belas minit.
Selepas itu, mungkin dia dapat mencatat nama tiga orang daripada mereka misalnya.
Mereka merupakan pelopor kepada senarainya.
Kemudian dia berbuat demikian lagi untuk tempoh lima belas minit berikutnya
dengan menggambarkan rupa kaum keluarganya yang lain, kemudian untuk tempoh
lima belas minit berikutnya untuk jiran-jirannya. Selepas itu, dia mungkin dapat
memperolehi empat nama lagi untuk dimasukkan ke dalam senarainya itu.
Kemudian dia hendaklah mengembalikan ingatannya kepada kawan-kawannya
semasa kecil yang mungkin sesetengah daripada mereka telah mempunyai ikatan yang
longgar dengannya sekarang. Secara sepintas lalu juga dia hendaklah mengingat-ingat
kawan-kawannya semasa di sekolah menengah. Dengan itu, dia mungkin akan
memperolehi tiga lagi nama yang lain.
Kemudian dia memperuntukkan lima minit lagi untuk mengingat-ingat siapakah di
kalangan mereka yang tinggal setaman perumahan atau sekampung dengannya yang
mempunyai sifat-sifat tersebut. Kemudian dia hendaklah berpindah pula ke taman
atau kampung lain, kemudian lain lagi, kemudian lain lagi. Mungkin mencakupi dua
puluh atau tiga puluh taman atau kampung. Dengan itu dia telah dapat mencakupi
seluruh bandar tempat tinggalnya itu dengan dia melayangkan pemikirannya mencari
individu yang diingini itu mengikut jalan-jalan yang berada di bandar tersebut.
Akhirnya dia mungkin mendapat sepuluh nama lagi yang bersedia memberikan
pertolongan dan menyelamatkan kita jika mereka mendapat pentarbiahan secukupnya.
Kemudian dia melihat pula kepada bandar-bandar lain yang berada di negaranya
dengan cara yang sama. Mungkin dia berjaya memperolehi tiga nama lagi. Dia
hendaklah melihat kepada para pekerja kilang yang besar atau ahli-ahli kesatuan
sekerja. Dia juga hendaklah meneliti para pekerja pelabuhan, pengangkutan keretapi
dan jabatan-jabatan besar kerajaan.
Kemudian dia hendaklah bertanyakan dirinya tentang mahasiswa-mahasiswa
universiti yang dikenalinya. Dia hendaklah memperuntukkan tempoh lima belas minit
104

untuk mengingati kembali rakan-rakannya di setiap fakulti sehingga dia boleh
mencakupi seluruh universiti yang berada di negaranya. Kemudian dia pergi pula ke
sekolah-sekolah menengah serta pelajar-pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran
ke luar negara. Dengan itu, dia mungkin memperolehi sepuluh lagi nama yang boleh
dijadikan sahabatnya.
Kemudian dia cuba pula untuk mengingati kenalan-kenalannya yang baik atau bapa
kenalan-kenalannya yang menjadi pegawai di mana-mana kementerian atau jabatan
kerajaan. Dia hendaklah memperuntukkan masa lima belas minit untuk setiap
kementerian atau jabatan tersebut. Akhirnya dia mungkin memperolehi tujuh lagi
nama. Bilangan ini mungkin akan bertambah jika dia terus cuba untuk mengingati
pula orang-orang baik di dalam angkatan tentera dan polis.
Kemudian dia cuba pula untuk bertanya dirinya tentang orang-orang yang baik dari
setiap jenis pekerjaan. Dia cuba mengingat para doktor, jurutera, peguam, pedagang,
seniman dan lain-lain. Untuk tujuan itu, mungkin dia boleh merujuk kepada senarai-
senarai nama mereka yang dikeluarkan oleh persatuan-persatuan mereka. Kemudian
dia boleh mencari mereka juga melalui buku panduan telefon. Akhirnya dia mungkin
akan memperolehi beberapa nama lagi.
Setelah melakukan semua ini, dia akan kembali dalam keadaan bertaubat, memuji dan
bersyukur kepada Allah setelah melakukan dua puluh jam khalwat yang
dipergunakannya untuk mengorek kembali ingatannya yang silam dengan membawa
bersamanya satu senarai yang mengandungi enam puluh nama atau lebih. Persoalan-
persoalan mungkin boleh dilakukan secara berulang-ulang dan berkali-kali untuk dia
mengingati sesetengah daripada mereka melalui soalan-soalan yang kedua atau ketiga
jika pada seorang yang pertama dia tidak berupaya mengingati mereka. Sebagai
contoh, dia mungkin terlupa salah seorang daripada penduduk di kawasan tertentu
ketika dia cuba mengingatinya, tetapi orang itu dapat ditemuinya ketika dia
mengingati pelajar-pelajar fakulti perubatan misalnya, jika orang itu adalah salah
seorang daripada penuntut fakulti perubatan.
Apakah yang akan dilakukannya dengan senarai yang luas ini?
Dia hendaklah mengekalkan senarai itu di sisinya selama seminggu untuk dibuat
penelitian dan rujukan. Dia akan dapati bahawa dia tergesa-gesa mencatat sepuluh
nama daripada mereka sedangkan mereka tidak sepatutnya dimasukkan ke dalam
senarai itu. Lalu nama mereka hendaklah dipadamkan. Kemudian dia mungkin
terpaksa memadam sepuluh lagi nama setelah gagal untuk memperolehi alamat-
alamat mereka atau untuk mewujudkan hubungan dengan mereka. Jadi, tinggal lagi
empat puluh nama di dalam senarainya.
Empat puluh nama itu hendaklah dibahagikan kepada tiga tingkatan:
105

Lima belas orang daripada mereka dikenalpasti sebagai kenalannya yang paling baik.
Dia hendaklah membuat perancangan untuk menghidupkan kembali hubungannya
dengan mereka. Dia juga hendaklah sering melawat mereka pada setiap majlis-majlis
keraian atau perayaan, atau ketika mereka menghadapi kedukacitaan seperti kematian
dan sebagainya. Dia juga hendaklah sentiasa mengirimkan bahan-bahan sebaran
jamaah kepada mereka. Sentiasa mengingatkan mereka tentang jadual-jadual
ceramah. Mengundang mereka menghadiri majlis-majlis kendurinya. Secara
umumnya, dia juga hendaklah menjadikan keseluruhan pemerhatiannya tertumpu
kepada mereka.
Sepuluh orang lagi menjadi golongan atau tingkatan pertengahan. Pemerhatian yang
diberikannya kepada mereka adalah kurang sedikit. Atau kerana mereka berada di
bandar lain atau mereka adalah pelajar-pelajar yang dihantar menuntut di luar negara.
Perhubungannya dengan mereka adalah melalui surat.
Lima orang lagi adalah tingkatan ketiga yang lemah. Namun dia tidak boleh
memutuskan hubungan dengan mereka sama sekali, kerana mereka mungkin dapat
membantu dakwah dengan anak-anak mereka yang akan membesar kelak, atau
membantu dakwah dengan harta mereka, jika mereka senang nanti. Atau paling
kurang pun, kita boleh menyimpan mereka untuk memperolehi undian yang akan
memihak kepada kita di dalam pilihanraya. Atau menjadikan mereka sebagai
jambatan yang menghubungkan kita dengan kenalan-kenalan mereka.
Jika senarai akhir ini dibentangkan kepada ketua-ketua jamaah di sesuatu kawasan,
atau ketika pemilik senarai itu cuba merancang untuk mewujudkan hubungan dengan
orang-orang yang berada di dalam senarainya, dia akan menemui bahawa sesetengah
nama yang ada di dalam senarainya itu juga mahu dihubungi oleh dai yang lain. Dan
juga mendapati bahawa orang lain lebih utama dan lebih mampu untuk menarik
mereka. Maka melalui persetujuan, dia hendaklah membenarkan orang lain yang lebih
utama dan mampu itu menjalankan tugas tersebut. Kemudian, dia mungkin akan
kecewa daripada beberapa nama lagi, kerana keadaan mereka telah berubah, tidak lagi
sebagaimana dikenalinya dahulu. Lalu beberapa nama lagi boleh dipadam daripada
senarainya dan mungkin hanya tinggal dua puluh nama sahaja lagi atau kurang
daripada itu.
Jika anggota-anggota tanzim beriltizam dengan khalwat-khalwat seumpama ini,
melalui usaha yang dilakukan secara jamaiyy dan diseliakan oleh para masul,
nescaya kita akan dapat melihat ramai individu yang baik dalam masyarakat yang
boleh ditarik. Jika ini dapat dilakukan, mereka akan menggandakan bilangan para
penolong dan pembantu kita lebih dari sepuluh kali ganda yang akan membuka pintu
kepercayaan dan pengharapan seluas-luasnya. Jika kita hanya berharap dan
bergantung kepada ingatan kita yang bersimpang siur itu, kita akan terlepas pandang
daripada banyak nama yang ditinggalkan tanpa melakukan hubungan dengan mereka.
106

Ketika itu, pihak-pihak lain akan lebih dahulu daripada kita untuk mempengaruhi
mereka.
Jika tidak merbahaya dan tidak ada ancaman keselamatan daripada kerajaan yang
zalim, proses ini lebih baik disusun dan direkodkan di sebuah pusat yang terdapat di
setiap bandar dan disimpan di sisi seorang dai yang thiqah. Atau adalah lebih baik
jika senarai nama orang-orang yang baik di sesuatu bandar besar itu dibahagikan
kepada beberapa fail dan segala senarai, alamat, ringkasan keadaan setiap orang dan
hasil usaha yang dilakukan hendaklah dicatatkan di dalam fail tersebut. Setiap nama
hendaklah mempunyai satu kad khusus untuknya agar tidak berlaku pengulangan. Ini
juga akan memudahkan para masul melakukan muhasabah terhadap dai yang
menjalankan tugas tersebut. Ia juga dapat dijadikan sebagai tanda dan petunjuk yang
boleh membantu pihak qiadah untuk menentukan atau mengenalpasti beberapa
langkah strategik yang harus diambil. Mungkin ini dapat dilakukan dengan baik dan
sempurna dengan bantuan komputer kecil yang harganya pada hari ini tidak melebihi
harga sebuah kereta kecil di Eropah.
Namun Allahlah Yang Memberikan Petunjuk
Ini hanyalah kaedah-kaedah umum dalam seni menghimpun (funun al-tajmi) dan
tarbiah yang mesti dilalui oleh madu pada hari-hari permulaan perjalanannya dengan
kita. Manakala tugas untuk menterjemah kaedah-kaedah ini sehingga dapat
direalisasikan kepada setiap individu yang menjadi sasaran dakwah adalah terserah
kepada kebijaksanaan setiap dai. Dialah yang melihat segala keperluan yang ada
pada diri madu lalu menentukan apakah langkah yang perlu diambil untuk
meyakinkan madunya dan seterusnya mentarbiahnya.
Kaedah-kaedah ini hendaklah difahami dan dilaksana dengan baik dan sederhana,
bukan secara melampau. Jika terdapat pertentangan di antara dua kaedah, maka akal
hendaklah mentarjihkan salah satu yang dilihat sebagai lebih mendatangkan maslahat.
Tetapi kebiasaannya, kita dapati setiap madu memerlukan kepada kesemua kaedah-
kaedah atau kebanyakannya dalam masa yang sama.
Proses pengumpulan yang beriltizam dengan kaedah-kaedah ini dan memahami
kaedah pemilihan sebenar (fiqh al-istifa) serta dapat mencipta kaedah yang baru
merupakan proses yang diberkati dan menghasilkan produk yang banyak dengan izin
Allah.
Itulah kadar yang wajib kita lakukan, iaitu mengambil dan melaksanakan segala
sebab-sebab. Manakala hidayah dan petunjuk hanya dari Allah. Kita mesti
bertawakkal kepadaNya. Kita juga hendaklah menjangka bahawa memang ada orang
yang akan gugur dalam perjalanan, agar kita tidak kecewa, dukacita dan terkejut
dengan keguguran tersebut. Seseorang dai juga tidak seharusnya menyalahkan
107

dirinya sendiri jika madunya berpaling melarikan diri daripadanya setelah usaha
yang banyak dilakukannya. Kerana ada di kalangan manusia, orang yang telah
dihukumkan oleh Allah sebagai sesat, lantaran dosa yang dilakukan atau kerana
sesuatu sebab yang tidak kita ketahui hikmat Allah padanya. Walaupun madunya
berpaling, tetapi insya Allah, dainya mendapat sepenuh pahala.
Maka tanamilah benih anda, wahai orang yang telah diberikan tawfiq oleh Allah. Jika
buah tanaman anda masak, anda akan memperolehi kelazatan yang sedikitpun tidak
dapat menyamai kelazatan harta benda dan kemewahan di dunia. Tetapi dalam masa
yang sama, bukanlah anda yang menjinakkan hati, namun Allahlah yang menjinakkan
di antara hati-hati mereka.
Ilmu Pemilihan (Fiqh al-Istifa)
Marhalah tasis mengajar kita keazaman, tetapi ia memerlukan kita melakukan usaha
yang besar.
Kita juga telah berjalan bersama-sama marhalah keterbukaan, tetapi ia juga
mencampakkan bebanan yang berat ke atas bahu kita.
Ya. Ia memang kewajipan sukar yang dicampakkan ke atas bahu para duat dan
diperakukan oleh kebenaran lintasan hati. Orang yang sentiasa berada dalam rehat
mungkin melihat bebanan-bebanan berat ini hanya sebagai sejenis khayalan yang
berlegar-legar sekitar langit angan-angan. Kita mungkin boleh menerima pandangan
kritikan ini jika ia bersandarkan kepada pengorbanan usaha, masa dan harta oleh para
duat. Tetapi sebahagian dari kita lebih mementingkan keselamatan dan bakhil
daripada memberikan sesuatu. Dalam pertarungan dan perjuangan politik dan
ideologi, tidak pernah kita mendengar kejayaan dicapai tanpa melalui jalan yang
memenatkan, tanpa melalui kemuliaan sifat, kurang tidur, tidak menghiraukan
kesihatan diri dan melupakan hak-hak diri yang perlu diberikan!
Mungkin apa yang saya tuliskan ini merupajan keterlajakan pena atau mimpi seorang
yang berkeinginan, tetapi ia berlaku sewaktu jaga dan dalam rangka perkiraan-
perkiraan yang logik. Oleh itu, orang yang mahu melaksanakan perancangan-
perancangan (dakwah) ini dan bermimpi sewaktu jaganya, tidak sepatutnya dia
terlalai dalam kepungan mimpi ketika tidur.
Pada zaman pemerintahan salah seorang al-khulafa al-rashidin dahulu, ia pernah
menghantar satu tentera yang kecil bilangannya bagi meruntuhkan binaan jahiliyyah
yang terbesar, iaitu jahiliyyah Parsi, Rum dan Qibti. Di sisi orang yang tidak
mengenali kesan iman, akan menganggap proses peruntuhan itu seolah-olah terkeluar
daripada logik akal yang dapat disukat. Ketika proses itu, Umar al-Faruq r.a.
memaksa dirinya agar tidak tidur kerana bimbang xxx. Ketika Muawiyah bin
Khudaij tiba ke Madinah pada waktu Zohor kerana mahu memberitahu tentang
108

kejayaan tentera Islam membuka bandar Iskandariyyah, beliau menuju ke masjid
kerana menyangka Umar sedang tidur qailulah.
35
Mengetahui ketibaan Muawiyah,
Umar menghantar utusan kepadanya agar datang menemui beliau. Setelah
Muawiyah tiba di hadapannya, Umar bertanya: Apakah sangkaan engkau ketika
engkau pergi ke masjid, wahai Muawiyah? Muawiyah menjawab: Aku
menyangka Amirul Mukminin sedang tidur qailulah. Umar berkata: Alangkah
buruknya sangkaan engkau. Jika aku tidur pada waktu siang, aku akan menyia-
nyiakan rakyat. Jika aku tidur pada waktu malam, aku akan menyia-nyiakan diriku
sendiri. Bagaimanakah dapat aku tidur dalam dua keadaan ini, wahai Muawiyah?
36

Ya, memang demikian. Bagaimana duat boleh banyak tidur dan rehat?
Jika dia tidur atau berehat pada waktu siang, dia akan menyia-nyiakan penyokong
dakwahnya, orang-orang yang rapat dengannya dan orang baru yang sepatutnya
ditarbiahnya.
Jika dia tidur pada akhir malam, dia akan menyia-nyiakan dirinya sendiri.
Memang dia tidak boleh tidur dan berehat lagi. Sebaik sahaja menerima hidayat Allah
dan terlibat dalam saf jamaah Islam, sebenarnya seseorang dai telah memilih untuk
memenatkan dirinya dan menjatuhkan talak terhadap kerehatan, kesenangan dan
kerehatan yang harus.
Ketika seorang salaf ditanya tentang apakah yang melemahkan azam yang tinggi, dia
menjawab: Panjang angan-angan dan sukakan kerehatan
37

Satu kumpulan manusia yang telah diberikan taufiq oleh Allah telah menarik
pandangan Ibn al-Qayyim. Mereka disibukkan oleh Allah dengan hanya bersungguh-
sungguh dan serius melakukan sesuatu. Allah mengosongkan hati mereka daripada
unsur-unsur kecintaan dunia yang menjadi angan-angan dan cita-cita orang lain. Hati
mereka juga kosong daripada sebarang keluh kesah, dukacita kerana kehilangan dunia
dan gundah gelana kerana bimbangkan kehilangannya. Mereka senang dan mudah
menghadapi keadaan yang dianggap oleh orang yang mewah sebagai sukar. Mereka
merasa biasa menghadapi keadaan yang dianggap oleh orang-orang jahil sebagai
susah dan menyulitkan.
38

Jalan sukar dan sulit di sisi orang lain adalah mudah, senang dan lazat di sisi mereka.

35
Tidur sekejap sebelum waktu Zohor bagi membantu untuk sembahyang tahajjud.
36
Kitab al-Zuhd, Imam Ahmad, hlm. 123.
37
Tarikh Baghdad, jil. 4, hlm. 12.
38
Al-Fawaid, hlm. 194.
109

Pemanah Sebelum Panah
Perlu dinyatakan di sini bahawa anak kunci kejayaan adalah tersembunyi pada diri
manusia yang mencerna sesuatu ideologi. Keadaan ini adalah sama sejak dahulu lagi.
Kemenangan Islam hendaklah bermula daripada proses pengumpulan dan
pentarbiahan sebilangan orang-orang yang beriman. Mereka hendaklah menyerahkan
segala jiwa raga mereka untuk Islam, memperjuangkan permasalahan ummat dan
melakukan tekanan serta tuntutan. Mereka juga hendaklah memberikan ketaatan
kepada qiadah yang berhak memilih apakah wasilah yang mesti digunakan dan
dibahagi-bahagikan antara mereka. Pihak qiadah jugalah yang merancang bidang
yang bakal menjadi medan perjuangan, melibatkan mereka dalam bidang tersebut
dalam waktu yang sesuai, bahkan qiadah lebih dahulu terjun ke medan tersebut. Seni-
seni pengkhususan lain hanya merupakan elemen-elemen sampingan yang meskipun
ia adalah penting.
Oleh itu, mana-mana usaha menyelamat yang dilakukan secara serius hendaklah
bertitik tolak daripada hakikat ini. Iaitu ia hendaklah melakukan pemerhatian terhadap
setiap individu masyarakat dengan memilih melalui firasatnya sesiapa yang diketahui
mampu untuk turut serta dalam usaha tersebut serta memilih elemen-elemen yang
baik.
Demikianlah jalan yang telah dilalui oleh ulama Islam terdahulu. Banyak kisah yang
diceritakan tentang generasi terdahulu. Mereka tidak merasa seronok untuk
menyembunyikan diri melainkan pada zaman kemunduran. Dengan penyembunyian
itu, mereka sebenarnya membantu situasi masyarakat Islam untuk terus tenggelam
dalam kemunduran.
Antara kisah yang diceritakan tentang orang-orang yang terdahulu ialah kisah tentang
seorang ahli hadis yang thiqah iaitu Abdullah bin Aun. Beliau menceritakan bahawa
antara perkara yang paling disukainya ialah melayan kehendak dirinya sahaja dan
tidak bercampur dengan orang ramai melainkan pada perkara yang mendatangkan
kebaikan sahaja. Namun demikian, orang lain tetap mengatakan bahawa dia adalah
seorang yang banyak bergaul dengan manusia.
39

Beliau berada jauh dari mereka ketika mereka berebut mendapatkan habuan
keduniaan. Tetapi beliau bersama mereka ketika melakukan pembaikan dan
memberikan nasihat. Percampuran atau pergaulannya itu tidaklah mempunyai tujuan
sebagaimana yang menjadi tujuan kita pada hari ini, kerana kekuatan dan kebanggaan
Islam memang telah wujud pada ketika itu. Tetapi pergaulan itu dilakukan oleh beliau
bagi memelihara kebanggaan dan kekuatan Islam tersebut, atau bertujuan bagi
memberikan amaran kepada golongan yang zalim.

39
Tabaqat Ibn Sad, jil. 7, hlm. 266.
110

Cara yang dilakukan oleh Abdul Qadir al-Jailaniyy pada zaman pertengahan
nampaknya lebih jelas, berani dan hampir serupa dengan realiti. Beliau menganggap
orang yang terjatuh ke lembah nifaq sebagai mangsa. Oleh itu, para muslih (orang
yang melakukan pembaikan) hendaklah bercampur dan bergaul dengan mereka agar
dapat mengeluar dan menyelamatkan mereka daripada lembah keburukan itu. Ini
sama dengan proses pembersihan bahan galian baik yang bercampur dengan bahan
yang buruk. Pembersihannya terpaksa melalui suatu proses yang sukar, namun ia
amat diperlukan bagi membersihkannya.
Abdul Qadir al-Jailaniyy berkata:
Perkara paling sukar bagi orang yang arif (mengenal) Allah ialah bercakap dan
duduk bersama manusia. Oleh itu, dalam seribu orang arif, hanya seorang sahaja
yang mampu melakukannya. Yang seorang ini pula memerlukan kekuatan para nabi.
Kekuatan ini amat diperlukan kerana dia mahu duduk berhadapan dengan ribuan jenis
manusia. Dia akan bergaul sama ada dengan orang yang berakal atau tidak berakal.
Dia akan duduk bersama dengan si munafiq dan si mukmin. Dia berada dalam
kesusahan yang amat. Dia tetap sabar menghadapi perkara yang tidak disukainya.
Namun dalam masa yang sama, dia tetap terpelihara dan sentiasa diberikan bantuan,
kerana dia mematuhi perintah Allah yang memintanya agar bercakap dengan manusia.
Dia tidak bercakap semata-mata kerana memenuhi hawa nafsunya, dengan pilihan dan
kehendaknya. Tetapi sebenarnya dia dipaksa bercakap. Maka sudah pasti dia akan
terpelihara.
40

Perjalanan hidupnya dalam melakukan pembaikan terhadap penduduk Iraq lebih
menjelaskan lagi caranya ini daripada perkataannya di atas. Dia juga memainkan
peranan politik ketika menugaskan Ibn Hubairah al-Duriyy (seorang menteri) bagi
menentang satu kumpulan berkepentingan yang berjaya mempengaruhi khalifah.
Menteri ini mempunyai kefahaman yang mendalam dan seorang yang soleh.
Demikianlan sepatutnya peranan yang dimainkan oleh dai hari ini. Dia hendaklah
bercampur, menyenangkan, mendidik, menyusun dan memandu. Kita hendaklah
menemaninya ketika dia menjalankan tugas tersebut. Kita juga hendaklah mengetahui
neraca-neraca yang mengawal perancangan tajminya (pengumpulan).
Emas Dan Uranium
Pemilihan (al-intiqa) adalah neraca paling penting yang mengawasi proses
pengumpulan (tajmi). Neraca ini akan menyebabkan kita hanya memilih individu
yang baik sahaja dari kalangan mereka yang menjadi madu kita. Pemilihan baik yang

40
Al-Fath al-Rabbaniyy, hlm. 172.
111

kita lakukan akan menyelamatkan kita daripada menghadapi berbagai-bagai
kesukaran dan masalah yang sedang kita hadapi sekarang.
Caranya ialah dengan para dai melakukan pemerhatian yang teliti terhadap semua
individu yang berada di sekitarnya yang dirasakannya mungkin akan menyahut seruan
dakwahnya. Dia hendaklah membahagikan mereka kepada beberapa kumpulan.
Kumpulan pertama ialah kumpulan orang-orang yang berani, pintar, berperibadi kuat,
tidak riak dan tidak suka berdebat dari kalangan mereka yang memiliki sifat amanah
dan berketurunan mulia. Atau pembahagian itu boleh dibuat berdasarkan sifat-sifat
baik lain yang membolehkan seseorang individu untuk mempengaruhi orang lain jika
dia menjadi daii akhirnya. Kumpulan kedua pula adalah kumpulan yang kadar sifat-
sifat kebaikannya adalah lebih sedikit daripada kumpulan pertama. Manakala
kumpulan ketiga pula adalah kumpulan yang langsung tidak mempunyai sifat-sifat
kebaikan tersebut. Mereka adalah orang-orang yang dikekang oleh ketakutan, tidak
memiliki kepintaran dan mereka juga berperibadi lemah. Walau sebanyak mana
sekalipun proses tarbiah yang kita berikan, mereka tetap tidak mungkin untuk menjadi
duat.
Maka para duat hendaklah memberikan keutamaan kepada kumpulan pertama dalam
setiap fasa perjalanan dakwah. Sama ada ketika fasa tasis atau selepasnya. Tetapi
ketika dakwah mula memasuki fasa infitah (keterbukaan), para duat hendaklah mula
memberikan perhatian kepada kumpulan kedua (pertengahan) jika pada sangkaannya
mereka adalah individu-individu yang memiliki keistimewaan-keistimewaan tertentu.
Manakala kumpulan ketiga, hendaklah terus dikekalkan berada di luar tanzim.
Hubungannya dengan mereka hanya berlaku pada fasa terakhir, tidak sebelum itu.
Pembahagian ini adalah bagi individu-individu solih yang mempunyai kesediaan
untuk komitmen dengan amal Islami. Tetapi jika individu itu tidak mempunyai
kesediaan tersebut, dan mereka pula sesat dalam kegelapan kekufuran dan kabus
kekeliruan, maka sudah pastilah kita menjauhkan diri daripada mereka. Tetapi apa
yang kita bincangan di sini ialah tentang mereka memiliki bibit-bibit kesediaan untuk
menyahut dakwah kita. Ini adalah dengan anggapan bahawa pemilihan kita terhadap
kumpulan yang hebat di kalangan mereka akan lebih memudahkan proses tarbiah.
Dengan pemilihan ini, kita sebenarnya akan menjamin keselamatan pasukan qiadah
yang akan bertanggung jawab membuat perancangan. Jika kita hanya memilih
individu-individu yang baik sahaja pada fasa tasis ini sudah tentu akan menjadikan
pihak qiadah adalah terdiri daripada mereka sendiri, iaitu mereka yang paling baik
dan layak. Bilangan qiadah ini juga hendaklah cukup bagi terus memandu dakwah
hingga sampai ke fasa terakhir, bukan sekadar hanya mampu untuk memandu dakwah
pada fasa tasis sahaja.
Jika ingin mengelakkan fitnah yang bakal terjadi dalam jamaah, kita hendaklah
mengurangkan penerimaan individu-individu yang lemah sejak fasa permulaan lagi.
112

Pelbagai Orbit
Pemilihan (intiqa) yang kita lakukan ini tidaklah bertentangan dengan adab syarak.
Begitu juga dengan keengganan kita untuk menerima orang-orang yang penakut dan
kurang pintar. Sikap ini tidak boleh disamakan dengan kisah abasa wa tawallaa.
41

Kerana tugas kita hampir sama dengan tugas seorang pemimpin tentera yang mahu
membina satu pasukan tentera. Bukan sebagai tugas seorang doktor yang merawat
pesakit. Sudah pasti, seorang pemimpin tentera hanya memilih anggota yang berani
dan pintar sahaja. Kerana sifat-sifat demikianlah yang dituntut dalam peperangan.
Sikap ini juga tidak bertentangan dengan pesanan yang diberikan oleh seorang lelaki
kepada al-Imam al-Banna yang menyamakan dakwahnya sebagai sebuah hospital.
Memang dakwah bersifat demikian iaitu merawat manusia dengan mendekatkan
dirinya dengan mereka, tanpa memasukkan dan memaksa mereka agar berada dalam
saf jamaah.
Kita juga tidak pernah mendakwa bahawa kita sahaja Islam sedang orang-orang yang
berada di luar tanzim kita bukan Islam, hingga boleh menyebabkan sesetengah orang
merasa tidak senang dengan pemilihan yang kita lakukan. Tetapi kita adalah sebuah
jamaah dari kalangan ummat Islam yang menugaskan dirinya untuk memelihara,
memperingat, menangani permasalahan dan berusaha agar ummat ini diperintah
dengan al-Quran. Kita hanya mengambil orang yang layak untuk melaksanakan tugas
yang berat dan sukar ini. Tetapi dalam masa yang sama, kita tetap menunjukkan kasih
sayang kita kepada ummat Islam yang berada di luar tanzim, yang pada pandangan
kita mereka kurang mampu untuk memikul bebanan bersama tanzim kita dengan baik
dan berkesan. Kita tidak menyekat diri kita daripada melakukan kerjasama dan saling
tolong menolong dengan mereka, tetapi proses tersebut dilakukan dari luar dan
selepas berlalu fasa tasis yang amat sensitif itu.
Nabi (saw) sendiri telah memilih para sahabatnya yang gagah bagi menghadapi situasi
yang sukar. Baginda melantik sahabat-sahabat seperti Khalid untuk berperang.
Baginda menjadikan Abu Bakar dan Umar sebagai menteri. Kerana kagum terhadap
kepintaran dan ketampanan Dahiyyah al-Kalbiyy, baginda mengutus beliau sebagai
duta kepada Hercules. Baginda tidak menyerahkan tugas-tugas tersebut kepada mana-
mana sahabat yang baginda temui. Segala tugas-tugas yang berat tertanggung ke atas
bahu sekumpulan sahabat yang faqih, berani dan fasih berbicara, tidak kepada
golongan mustadafin dan naif di kalangan mereka, sekalipun mereka juga
mempunyai keimanan yang sama. Nabi (saw) sendiri pernah memberitahu bahawa
manusia adalah ibarat logam galian. Orang yang baik di kalangan mereka pada masa
jahiliyyah, maka mereka juga baik pada masa Islam. Keimanan yang sama dikongsi

41
Iaitu kisah Rasulullah (s.a.w.) bermasam muka dan berpaling daripada Abdullah bin Ummi Maktum
ketika beliau bertanya Rasulullah tentang Islam, sedang Rasulullah ketika itu sedang berbicara dengan
para pemuka Quraish.
113

oleh mereka tidak menghalang untuk mereka mempunyai tabiat yang berbeza. Di
kalangan sahabat, di samping terdapat Dahiyyah al-Kalbiyy seorang yang tampan dan
kemas bergaya, terdapat juga Khalid yang sanggup menghulurkan tangannya untuk
memakan dhab.
Pada pengalaman yang dihadapi oleh harakah Islamiyyah hari ini, terdapat banyak
faktor yang mendorongnya untuk melihat semula kepada tabiat pengumpulan (tajmi)
yang dilakukannya tanpa pemilihan (intiqa). Kerana ramai dari kalangan ahli-ahlinya
yang menerima tawaran menggiurkan yang dibentangkan kepadanya. Peristiwa ini
sudah pasti merosakkan kredibiliti sesebuah harakah. Sementara beberapa individu
yang lain pula merasa takut dan gerun ketika menghadapi ancaman lalu dengan
mudah mendedahkan segala rahsia.
Ya, kita mungkin boleh mengenepikan kaedah ini, jika individu yang lemah itu
mempunyai sifat lain yang membolehkannya untuk memberikan perkhidmatannya
kepada jamaah melalui pintu yang sukar dimasuki oleh orang lain. Seperti dia adalah
seorang penyair yang hanya mempunyai sedikit keberanian. Kemahirannya boleh
digunakan untuk menguatkan hujjah-hujjah para fuqahak, juga untuk membangkitkan
semangat ahli-ahli yang berani. Atau individu yang lemah itu adalah seorang kaya
yang pemurah dan bersedia menyumbangkan hartanya untuk melaksanakan segala
perancangan jamaah. Namun individu-individu sedemikian amat sedikit jumlahnya.
Kaedah ini tidak boleh diabaikan hanya semata-mata kerana kita ingin memperolehi
orang-orang seperti itu. Medan dakwah tidak pernah menyaksikan seorang penyair
yang fasih bukan dari kalangan pejuang melainkan seorang Hassan sahaja, yang telah
dibantu oleh Allah dengan ruhnya yang suci.
Tanzim Ini Hanya Untuk Ahli al-Shumul
Antara faktor penyempurna kepada pemilihan ini ialah bahawa kita hendaklah
prihatin terhadap keserasian (tanasuq) sifat-sifat orang yang berada di bawah tanzim
kita semasa fasa tasis di samping ciri shumul yang menjadi keistimewaan dakwah
kita. Ini menuntut kita menjauhkan diri daripada lima golongan:
Kita hendaklah menjauhkan diri daripada golongan yang hanya suka bergerak
sebagaimana persatuan-persatuan kebajikan bergerak. Mereka tidak suka kepada
corak pergerakan parti politik. Mereka telah menyempitkan keluasan ufuk yang
seharusnya menjadi medan keterlibatan amal Islami. Mereka hanya membataskan
amal Islami pada membina masjid dan menjaga pesakit. Mereka menjauhkan diri
daripada berusaha keras untuk menentang golongan kebatilan dan pemerintah
yang zalim. Mereka memalingkan usaha keras mereka kepada perkara-perkara
kebaikan tetapi yang hanya berbentuk sampingan sahaja. Mereka mencurahkan
tenaga dan usaha yang banyak bagi menghasilkan manfaat yang sedikit, yang
tidak sepadan dengan usaha dan tenaga yang dicurahkan itu.
114

Kita juga hendaklah menjauhkan diri daripada orang yang bersifat keras, suka
berperang dan menumpahkan darah. Iaitu orang yang terpengaruh dengan cara,
keberanian dan sifat adventure parti-parti revolusioner. Mereka mahu segera
sampai kepada matlamat dan menganggap proses tarbiah bagi mengharungi
sengketa pemikiran sebagai penghalang bahkan usaha yang sia-sia. Mereka tidak
dapat membezakan antara tindakan semberono dan perancangan jamaah yang
penuh hati-hati melalui peringkat-peringkat tertentu ketika melakukan perubahan.
Kita juga hendaklah menjauhkan diri daripada seorang pengkaji fiqh yang
berpendapat bahawa peranan muslim hanyalah untuk melakukan pengkajian,
mencatat dan mengumpulkan kitab-kitab. Tanpa mempunyai proses yang amali
untuk mengajar dan memberikan tunjuk ajar kepada masyarakat umum. Beliau
berpendapat bahawa segala usaha yang dicurahkan selain untuk melakukan kajian
adalah kekurangan. Beliau mempunyai tanggapan bahawa dakwah adalah sebuah
akademi ilmiah semata-mata.
Kita juga hendaklah menjauhkan diri daripada seorang ahli ibadat yang beruzlah
dan terlibat dalam bidah sama ada pada akidah dan perjalanan hidupnya. Dia
melalui jalan falsafah dan meninggalkan jalan al-sunnah yang diwarisi daripada
Nabi (saw). Dia tidak berpegang dengan mana-mana nas yang jelas.
Kita juga hendaklah menjauhkan diri daripada orang yang tidak menghiraukan
permasalahan utama ummat Islam, yang tidak menentang pemerintan yang zalim
dan golongan pelampau dari parti-parti politik, yang tidak memberikan nasihat
kepada orang-orang yang tidak bersembahyang. Dia hanya mencurahkan tenaga,
masa dan ilmu yang ada padanya untuk membantah golongan duat dan
pengunjung masjid yang tidak melakukan beberapa adab sunat dalam keadaan
jahil atau kerana taqlid kepada mazhab-mazhab tertentu. Hubungannya dengan
orang lain sentiasa tegang dan dalam keadaan bermasam muka. Dia juga suka
berdebat dengan mereka dalam masalah-masalah tersebut.
Kelima-lima golongan di atas tidak mempunyai tempat dalam tanzim kita. Kita hanya
boleh berhubung dan berkomunikasi dengan mereka dari luar dan tanpa mewujudkan
apa-apa komitmen. Itu pun selagi mana hubungan dan komunikasi kita dengan
mereka tidak menyebabkan sebarang kemudaratan.
Kita tidak menafikan kebaikan yang mahu dicapai oleh mereka. Tetapi kita tidak
bersetuju terhadap kefahaman mereka yang tidak mendalam dan tidak mengcakupi
(shumul). Kita bimbang mereka akan memesongkan dakwah kita daripada
keshumulan jika mereka bekerja melalui tanzim kita.
Tanzim kita menggalakkan ilmu dan kefahaman, mentarbiah agar bertaabbud,
menggesa agar berpegang dengan adab-adab yang sunnah, terlibat dengan beberapa
kerja kebajikan, bergantung kepada kekuatan tetapi sekadar keperluan atau sekadar
kemampuan yang kita miliki. Semuanya ini berjalan dalam keadaan seimbang dan
115

secara berperingkat, penuh hikmat dan bijaksana, dalam suasana persaudaraan dan
berkasih sayang.
Kesan-kesan Negatif Antara Dua Marhalah
Adalah baik dinyatakan di sini tentang satu masalah yang merupakan perkara negatif
yang berlaku pada tempoh terakhir fasa tasis. Masalah itu ialah kesukaran untuk
melakukan proses pemilihan individu baik yang memiliki sifat-sifat yang tinggi
sebagaimana yang diinginkan oleh para duat. Kerana jelas pada kebanyakan individu
yang menyahut seruan dakwah bahawa mereka tidak mempunyai kesediaan
semulajadi untuk memainkan peranan sebagai qiadah. Di samping itu, mereka juga
tidak mempunyai sifat inovasi yang tinggi. Mereka juga lebih cenderung kepada
taabbud, atau menelaah, atau lebih suka duduk duduk bersama rakan-rakan tanpa
memiliki kemampuan untuk melakukan tajmi (pengumpulan) dan berbicara kepada
orang ramai.
Fenomena ini sentiasa berulang-ulang berlaku pada mana-mana harakah yang
menghampiri penghujung fasa tasis terutamanya apabila situasi politik memaksanya
mendiamkan diri, bersembunyi, menarik diri dan hanya melakukan amal secara
bawah tanah yang semuanya merupakan amal yang memang dilakukan ketika
permulaan fasa tasis.
Bahkan tempoh peralihan antara kedua-dua fasa tersebut mempunyai kesan yang lebih
jauh, bukan sekadar kurangnya bilangan individu-individu baik yang menyahut seruan
dakwah. Bahkan diperhatikan bahawa para duat yang veteren juga tidak berupaya
untuk meningkatkan diri mereka apabila mereka telah sampai ke satu tahap tertentu.
Ya, itulah situasi yang biasa terjadi pada tempoh peralihan tersebut, iaitu ketika
dakwah menghampiri penghujung fasa tasis yang disifatkan sebagai fasa yang jauh
daripada terlibat dengan politik dan hanya mencurahkan segala tenaganya untuk
proses tarbiah. Dakwah juga pada tempoh tersebut belum lagi memasuki fasa
keterbukaan politik (al-infitah al-siyasiyy) yang disifatkan sebagai fasa yang dipenuhi
dengan pelbagai tindakbalas dengan segala peristiwa yang berlaku serta mengambil
dan mengisytiharkan pendirian tertentu terhadap kerajaan dan juga pihak-pihak yang
lain. Maka dakwah dalam tempoh tersebut berada di antara dua keadaan. Ketika itu,
dakwah adalah umpama angkatan tentera yang telah menyempurnakan latihan tetapi
masih tidak mempunyai perancangan peperangan yang hampir. Sudah tentu, anggota-
anggotanya berada dalam keadaan kebosanan kerana menunggu.
Peringkat awal fasa tasis memberikan semangat dan keazaman yang tinggi kepada
anggota-anggotanya, sehingga mereka merasakan bahawa mereka sedang
mengharungi peperangan yang menentukan hidup atau mati mereka. Adakah mereka
berjaya atau gagal dalam proses tasis tersebut. Oleh itu, seluruh panca indera mereka
116

sentiasa bertugas dan berada pada tahap maksimum, serta semangat mereka juga
berada di puncaknya.
Manakala pada fasa keterbukaan pula, para duat terpaksa tenggelam dalam
gelombang amal. Setiap hari pintu kerja untuk penghasilan kebaikan terbuka. Pihak
qiadah mula nampak bidang-bidang tertentu yang boleh dieksploitasi tenaga golongan
lemah yang sebelum ini mereka tidak dapat memberikan sumbangan yang membina
ketika fasa tasis.
Demikianlah bagaimana individu-individu dalam dakwah ketika tempoh ini (iaitu
tempoh peralihan antara fasa tasis dan keterbukaan) kehilangan semangat kendiri
yang dicetuskan oleh fasa tasis dahulu. Mereka juga kehilangan penggerak
otomatik yang menjadi faktor penggerak bagi mereka kesan daripada fasa
keterbukaan ini yang mengundang pelbagai pertarungan sama ada yang berbentuk
politik dan pemikiran. Oleh itu, lahirlah keadaan yang menyebabkan segala
pandaindera menjadi malas. Sebenarnya keadaan ini adalah satu fenomena yang biasa
terjadi, bukanlah suatu yang pelik. Oleh itu, sepatutnya perasaan kecewa tidak timbul.
Kita juga tidak perlu terlalu bimbang kerana fenomena ini hanya bersifat sementara
sahaja.
Pendapat yang disokong oleh beberapa pengalaman membuktikan bahawa
perpindahan kepada fasa keterbukaan dan penyertaan dalam arena politik yang
berlaku selepas fasa ketenangan akan menyebabkan ramai individu yang
mempunyai kepintaran dan keberanian serta kekuatan peribadi untuk mengganggotai
dakwah. Mereka menjauhkan diri daripada menggotai dakwah pada fasa tasis kerana
mereka dapati corak amal pada fasa tersebut tidak sesuai dan serasi dengan
kecenderungan mereka. Mereka juga mendapati corak amal pada waktu itu tidak
boleh mengimbangi bahaya yang sedang dihadapi oleh ummat Islam. Di samping itu,
mereka juga tidak mempunyai kesedaran dan kefahaman berharakah serta
pengalaman cukup yang meyakinkan mereka tentang keperluan beramal secara
berperingkat dan penungguan positif yang dilakukan oleh jamaah untuk
menyempurnakan kekurangan yang ada. Mereka juga tidak mempunyai kefahaman
tentang maslahah yang perlu diambil kira dan menunjukkan kepada mereka bahawa
tindakan menundukkan diri ketika menghadapi ribut yang kencang sehingga ribut itu
reda adalah satu tindakan yang wajar.
Tentera Bahagian Pertahanan
Meskipun kita amat memberikan keutamaan kepada individu-individu yang
mempunyai sifat-sifat terbaik, namun kita tidak sepatutnya terus-terusan menolak
mana-mana individu lemah yang datang kepada kita. Tidak mengapa kita
memasukkan mereka ketika fasa tasis berakhir. Kita meletakkan mereka dalam unit
sampingan yang ada di dalam tanzim. Kita tidak meminta mereka memberikan
sumbangan yang terlalu bermakna. Kita juga tidak menugaskan mereka melakukan
117

sesuatu yang besar. Kita juga hendaklah melantik seseorang yang tidak memainkan
peranan yang penting dalam bidang perancangan untuk menguruskan hal ehwal
mereka.
Nama yang mungkin paling layak untuk diberikan kepada mereka ialah gudang
tanzim. Ketika berlaku kemelesetan, kilang-kilang yang ada akan menempatkan
produknya di dalam gudang menunggu pasaran kembali cergas dan nilai barangan
meningkat semula. Begitu juga dengan tanzim. Ia menempatkan mereka di dalam
gudang sementara menunggu hari yang membolehkan mereka berfungsi, daripada
membiarkan mereka begitu sahaja menjadi mangsa kelemahan diri sendiri dan syaitan
yang menghasut.
Antara manfaat yang boleh diperolehi daripada mereka:
Menyertakan mereka dalam melakukan penyebaran kertas-kertas siaran jamaah.
Bertugas sebagai pengawal atau posmen penghantar surat.
Menyumbang dalam bentuk kewangan.
Mentarbiah anak-anak mereka agar menjadi tentera harakah pada masa hadapan.
Kelayakan mereka untuk melakukan kerja-kerja kebajikan umum.
Paling kurangpun, manfaat yang boleh diperolehi daripada mereka dan kaum keluarga
mereka ialah suara mereka dalam pilihanraya. Manfaat-manfaat ini amat banyak
sehingga ia hampir-hampir membatalkan asas logika yang menjadi dasar kepada
prinsip pemilihan (intiqa). Namun oleh kerana prinsip ini bermaksud menarik
seramai mungkin individu-individu yang mempunyai faedah dan manfaat yang jauh
lebih besar bagi melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan pemerhatian yang
mendalam, maka prinsip ini tetap mesti dilaksanakan.
Keperluan Mengetahui Ilmu Nasab (Keturunan)
Antara perkara yang digalakkan kepada dai dan akan menambahkan kemahirannya
dalam ilmu pemilihan (fiqh al-istifa), iaitu dia hendaklah mempunyai pengetahuan
yang sesuai tentang keturunan penduduk yang berada di negerinya, terutamanya
penduduk bandar yang didiaminya. Pengetahuan tentang perkara tersebut boleh
diperolehinya melalui pembacaan terhadap buku-buku yang membicarakan
tentangnya atau dengan mengemukakan pertanyaan kepada mereka yang mempunyai
pengetahuan tentangnya dan mempunyai pergaulang yang luas dengan orang ramai.
Melalui cara tersebut, dia akan mengetahui tentang pecahan-pecahan kabilah dan
keluarga besar, tempat tinggal mereka dan siapakah yang terkemuka dari kalangan
mereka. Dia juga akan mengetahui tentang siapakah yang masih berada di kampung
asal dan siapakah yang telah berhijrah ke bandar. Dia juga akan mengetahui tentang
asal usul keluarga-keluarga yang terkenal dan mempunyai kemuliaan pada anggapan
118

orang ramai. Dia juga boleh mengetahui siapakah yang kaya dan siapakah yang
miskin dari kalangan mereka. Dia juga boleh mengetahui siapakah berketurunan
ulama dan pemuka tersohor. Sebagaimana dia juga boleh mengenali siapakah yang
menjadi masyhur kerana profesyen, tulisan dan keberanian mereka. Selagi luas
pengetahuan seseorang daii dalam bidang ini, maka itu adalah lebih baik baginya,
sehingga dia juga boleh mengetahui tentang keturunan penduduk negeri bersebelahan
atau negeri-negeri penting yang mempunyai pengaruh sebagai pemimpin kepada
seluruh rakyat di negeri lain.
Kita juga boleh menjadikan pengetahuan tentang ilmu kemasyarakatan ini sebagai
keperluan yang menjangkau batas galakan atau sunat sahaja. Seseorang dai boleh
mengeksploitasi pengetahuannya tentang keturunan ini pada banyak bidang yang
berkepentingan.
Antara bentuk eksploitasi yang boleh dilakukan ialah mewujudkan
hubungan perkenalan secara langsung dengan orang-orang yang mulia dan
baik. Mereka adalah golongan yang amat dikehendaki oleh dakwah. Sesiapa
yang mendapat kefahaman dari kalangan mereka akan menjadi seorang dai
yang dapat memberikan pengaruh yang berganda kepada mereka yang berada
di sekelilingnya, kerana setiap nabi diutuskan dari kalangan kaumnya sendiri.
Ini sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi saw, iaitu dari kalangan yang
terbaik dan paling mulia.
Nabi saw telah bersabda tentang dirinya dengan berkata:

Maksudnya: Aku adalah yang terbaik dari kalangan yang terbaik dan dari kalangan
yang terbaik.
Pengikut baginda adalah terdiri daripada golongan mustadafin, tetapi baginda pernah
berdoa:

Maksudnya: Ya Allah! Muliakanlah Islam ini dengan salah seorang daripada dua
orang berikut, iaitu sama ada Umar atau Amru.
Doa itu diucapkan oleh baginda saw kerana baginda inginkan kedudukan mereka
sebagaimana baginda inginkan akal kepintaran mereka.
Ini tidaklah bertentangan dengan apa yang diceritakan oleh Abu Sufyan kepada
Hercules bahawa hanya golongan yang lemah sahaja menjadi pengikut baginda saw,
bukan orang-orang yang mulia. Ini adalah kerana maksud mereka tentang orang yang
mulia tidak sebagaimana yang kita maksudkan. Mereka memberikan istilah mulia
119

kepada golongan pemuka Makkah yang kaya. Ini adalah sama dengan kata-kata Imam
al-Banna ketika beliau menekankan perihal pentingnya dakwah ini dijauhkan daripada
penguasaan golongan pembesar (al-kubara) dan pemuka (al-ayan). Pada kebiasaan
orang Mesir yang mereka maksudkan sebagai pembesar dan pemuka ialah golongan
pasha dan ketua-ketua feudal. Sedangkan golongan pembesar sebenar ialah pembesar
dari segi ilmu, adab dan akhlak sekalipun mereka adalah miskin. Manakala golongan
pemuka sebenar pula ialah orang-orang yang mempunyai keberanian, harga diri dan
keturunan yang mulia sekalipun hanya diikuti oleh golongan bawahan.
Dakwah sepatutnya mengambil pengajaran pada apa yang dilakukan dan diperkatakan
oleh Nabi saw. Mereka sepatutnya terlebih dahulu memulakan dakwah kepada para
pemuda yang datang daripada keluarga yang mulia. Mereka juga seharusnya
didahulukan jika mereka memperolehi kefahaman. Namun pendahuluan dan
pengutamaan ini tidak seharusnya menjadikan mereka merasa takabbur terhadap para
pemuda pintar lain yang datang daripada keturunan orang biasa. Di samping itu,
dalam masa yang sama, dakwah juga hendaklah berhati-hati daripada terjebak ke
bawah penguasaan seseorang yang berkepentingan.
Syarat berbangsa Quraisy termasuk dalam salah syarat bagi khalifah ketika syarat-
syarat lain telah dipenuhi hanyalah kerana kedudukan bangsa Quraisy yang dianggap
sebagai pemimpin di kalangan bangsa-bangsa Arab yang lain.
* Antaranya lagi: menentang usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan-kerajaan
sosialis dan tentera yang suka menindas dan mendapat kuasa melalui rampasan kuasa
tanpa mendapat sokongan rakyat. Kerana penegakannya atas dasar kezaliman dan
keperluannya kepada kekangan yang berterusan, kerajaan-kerajaan ini menggunakan
polisi yang sama bagi melakukan perubahan sosial yang disangkakannya akan
mengekalkan kekuasaan mereka. Intipati polisi ini ialah mengutama dan
mempergunakan golongan samseng, jahat, minoriti, orang-orang Kristian, saki baki
puak kebatinan dan orang-orang yang tidak mempunyai akhlak. Kerajaan-kerajaan
tersebut membataskan jawatan-jawatan penting dan kedudukan yang memberikan
kesan langsung sama ada dari sudut kewangan dan media kepada golongan tersebut.
Jawatan dan kedudukan tersebut diberikan kepada mereka kerana kesediaan mereka
untuk menjadi hamba kepada segala perancangan yang mahu melakukan
penghancuran.
Sebenarnya ini adalah polisi yang telah wujud sejak zaman berzaman. Sesiapa yang
membaca sejarah pasti akan merasa terkejut bagaimana gambaran yang berlaku
sekarang tidak lain dan tidak bukan adalah gambaran yang telah berlaku pada masa
yang lalu seratus peratus. Jika ada sesiapa yang menceritakan kepadanya tentang
sesuatu yang telah berlaku sejak seribu tahun dahulu, dia akan menyangka bahawa
orang itu sedang menceritakan kepadanya kejadian yang sedang dialaminya.
120

Ibn Qutaybah al-Dainuriyy, seorang sasterawan yang thiqah telah bercerita kepada
kita di dalam bukunya yang berharga Uyun al-Akhbar, tentang satu ketetapan yang
diambil oleh seorang penyair. Penyair tersebut merasa gundah gulana melihatkan
maksiat-maksiat yang dilakukan oleh penduduk Baghdad serta berpalingnya mereka
daripada ajaran Islam. Ini disebabkan harta kekayaan dan kemewahan melimpah ruah
yang datang kepada mereka pada awal kurun ketiga hijrah. Penyair itu juga
menggambarkan tentang balasan Allah kepada mereka dalam bentuk kesongsangan
neraca dan kemelataan kemungkaran. Penyair itu meratapi bandar Baghdad dengan
berkata:

Maksudnya:

Dalam ratapan ini, terdapat isyarat jelas yang menunjukkan kepada jalan taubat. Jalan
taubat ini pula bermula dengan meninggalkan dosa-dosa besar, terus menerus
melakukan sembahyang dan kerja-kerja taqwa yang lain. Jalan ini diteruskan lagi
dengan dikuatkan oleh para duat Islam yang seterusnya bertemu dan berjumpa
dengan golongan yang berketurunan baik. Pertemuan ini berkembang menjadi
hubungan yang berjaya dengan golongan yang bertaubat agar mereka terus mendapat
kesedaran sepatutnya. Ketika itu sahaja, harapan untuk menggagalkan usaha golongan
jahat yang melakukan peras ugut dapat diteruskan, bahkan menghalang mereka
daripada mendapat kekuasaan. Atau kekuasaan mereka dapat dihapuskan ketika ada
peluang berbuat demikian, jika mereka telah berkuasa sebelum ini melalui kelalaian
golongan salih yang memberikan kelebihan kepada mereka semalam.
Keadilan dan kesucian merupakan perasaan fitrah yang wujud secara semulajadi
dalam diri orang-orang yang mulia hatta pada masyarakat kafir sekalipun. Oleh itu,
Lenin telah menghapuskan semua orang mulia yang datang daripada keluarga
ternama, walaupun bukan kesemua mereka telah memberikan perkhidmatan kepada
Kaisar yang amat zalim itu. Bahkan ramai dari kalangan mereka berada di pihak yang
menentang Kaisar. Apa yang mereka mahu ialah kebebasan politik yang seimbang
tanpa pertumpahan darah. Sebenarnya merekalah orang pertama yang memecat
Kaisar, tetapi cara mereka menangani permasalahan secara tenang tidak memuaskan
hati Lenin dan golongan pendengki bersamanya. Lenin menamakan mereka dengan
istilah bourgeoisie tanahair. Lenin hanya membataskan peranan mereka pada fasa
pertama iaitu ketika mendapatkan kekuasaan. Kemudian Lenin membinasa dan
menghapuskan mereka dengan anggapan bahawa mereka adalah satu peringkat
manusia yang mempunyai kepentingan yang bertentangan dengan kepentingan
golongan proletariat. Lenin mencipta istilah revolusi rakyat yang anda dapati ia
tidak dihuraikan dengan perkataan yang jelas pada hari ini. Bahkan huraiannya dapat
anda lihat melalui penyembelihan dan pembunuhan berleluasa yang berlaku. Jalan
121

pertumpahan darah inilah yang menjadi batu tanda dan nilai tambahan kepada
Leninisme jika dibandingkan dengan Marxisme. Kecenderungan inilah yang ingin
dihapuskan oleh aliran-aliran dalaman yang kuat di dalam parti-parti komunis di
Perancis, Itali dan Sepanyol, setelah mereka bertembung dengan rempuhan kebebasan
demokrasi yang sudah bertapak kukuh di Eropah Barat.
* Antara perkara yang boleh dieksploitasi oleh seseorang daii jika dia mempunyai
pengetahuan mendalam tentang keturunan manusia dan hubungannya dengan orang-
orang yang terkemuka ialah: Diri dan dakwahnya akan memperolehi perlindungan
daripada sebarang gangguan oleh pihak kerajaan. Sesetengah masyarakat kita hari ini
masih dipengaruhi oleh orang-orang yang baik-baik di kalangan mereka. Jika mereka
tidak bersetuju terhadap sesuatu perkara, maka pendirian mereka akan dipandang
hebat. Lebih dari itu, jika dakwah berjaya memasukkan ramai dari kalangan mereka
ke dalam safnya. Maka kerajaan takut mengambil risiko untuk mengganggu mereka
kerana masyarakat akan bergoncang jika itu berlaku. Dengan itu, dakwah mendapat
perlindungan tabii yang boleh digunakan ketika ia mengambil sesuatu pendirian atau
mengeluarkan sesuatu kenyataan.
* Pengetahuan tentang keturunan manusia juga akan memelihara dakwah daripada
bahaya penyusupan pihak musuh ke dalam safnya. Kisah penyusupan si Yahudi,
Cohen ke dalam Parti Bath Syria sehingga berjaya menjawat pimpinan dalam parti
tersebut terus memberikan pengajaran kepada kita. Dia mendakwa bahawa dia adalah
tergolong daripada golongan rakyat Syria yang berhijrah ke Amerika Selatan. Melalui
kebendaan, jamuan dan kemahiran yang dimilikinya, beliau berjaya menjalin
hubungan yang rapat dengan ramai pimpinan parti sehingga mereka mengangkatnya
hingga ke jawatan tertinggi parti.
Oleh itu, para duat Islam hendaklah menyiasat secara terperinci identiti setiap orang
yang tidak diketahui keturunannya yang mendekatkan diri kepada mereka. Para duat
hendaklah bertanya tentang nama sebenarnya, keturunannya, kaum kerabatnya dan
siapakah yang dikenalinya. Pertanyaan ini hendaklah dilakukan semenjak mula-mula
seseorang itu datang kepada mereka. Kemudian mereka hendaklah menyiasat tentang
kebenaran segala maklumat yang diberikan sebagai langkah untuk mengelakkan
penyusupan golongan tertentu ke dalam saf jamaah.
Tetapi mungkin juga sesetengah golongan yang mempunyai kedudukan tinggi dalam
masyarakat ini mendatangkan bahaya yang lebih besar kepada saf jamaah. Kerana
kadang-kadang pihak musuh sengaja menghantar mereka agar menyusup ke dalam saf
kita. Namun bahaya tersebut merupakan satu lagi faktor yang mendorong agar anda
lebih berhati-hati untuk menutup pintu jamaah daripada disusupi oleh orang yang
tidak diketahui asal usulnya.
122

Logika Realiti Dan Diplomasi Politik Memahat Idealisme Ukhuwwah
Antara kaedah polisi pengumpulan dakwah yang terpenting ialah mengambil kira
tabiat sesuatu kaum yang berada di setiap negeri, menyebarkan dakwah kepada
golongan majoriti dan menjaga agar bilangan duat dari kalangan mereka lebih
banyak daripada bilangan duat dari kalangan minoriti serta para duat daripada
golongan majoriti menjadi perintis dan pimpinan
Hakikat ini amat halus dan teliti serta sukar untuk dijelaskan. Mungkin orang yang
gelojoh akan melakukan tuduhan dan dakwaan yang tidak berasas dengan mengatakan
bahawa apa yang saya serukan ini merupakan resapan jahiliyyah yang masih ada
dalam diri sesetengah ummat Islam, yang melupakan mereka terhadap hakikat
ukhuwwah Islamiyyah yang sebenar. Saya memang memahami dan menyedari
bahawa dakwah kita adalah dakwah Islamiyyah. Ikatannya adalah akidah, bukan yang
lain. Tawadhuk pula adalah sunnah keimanan yang seharusnya diikuti. Berbangga-
bangga dengan datuk nenek merupakan perkara yang telah dihapuskan semenjak
zaman Rasulullah saw lagi.
Tetapi teori saya itu bersandarkan kepada dua sebab:
Pertama: Dakwah kita bukanlah semata-mata masjid dan ibadat. Tetapi ia adalah
percubaan untuk memerintah dan memberikan pengaruh kepada kehidupan. Manakala
mendapat sambutan orang ramai merupakan perkara yang mesti berlaku. Logika yang
ada menuntut kita agar berbicara dengan orang ramai berdasarkan kefahaman yang
mereka miliki dan kita memandu mereka melalui beberapa orang dari kalangan
mereka juga. Bukan melalui beberapa orang dari kalangan minoriti yang dianggap
sebagai pesaing mereka. Jika ini berlaku, akan menyebabkan golongan majoriti
merasa malas untuk menyahut panggilan dakwah.
Kedua: Kadang-kadang golongan minoriti mempunyai kepentingan yang lain
daripada kepentingan Islam. Mereka tidak mampu untuk berpura-pura turut menyertai
perjuangan bagi kaumnya di sisi majoriti dan mereka juga tidak mampu untuk
berjuang bagi kepentingan kaumnya yang minoriti. Jadi keterlibatan mereka dalam
dakwah Islam merupakan jalan keluar yang tabii. Jika ini adalah suatu perkara yang
tabii, maka ini bermakna bahawa ada di kalangan mereka yang beriltizam dengan
Islam adalah semata-mata kerana keyakinan, keikhlasan dan pengorbanan yang
sempurna. Keperibadian mereka lebur dengan sempurna dalam keperibadian Islam.
Namun ada juga di kalangan mereka yang resapan dan saki baki jahiliyyah masih
kekal dalam dirinya yang menyebankan kadang-kadang dia mengambil pendirian
yang sesuai dengan kepentingan kaumnya yang minoriti sekalipun bercanggah dengan
sikap yang seharusnya diambil sebagai seorang muslim yang sempurna imannya.
Kebimbangan kita ini berlaku jika mereka merupakan golongan majoriti dalam saf
duat.
123

Kata-kata Ibn Khaldun ketika menghuraikan tentang hikmat pensyaratan bangsa
Quraysh pada pemimpin ummat Islam adalah logik dan boleh diterima serta boleh
meyakinkan orang yang ragu-ragu untuk menerima kaedah di atas. Ibn Khaldun
berpendapat bahawa pensyaratan bangsa Quraysh tidak dikenakan melainkan kerana
mereka adalah bangsa Arab yang paling atas dan tinggi. Bangsa Arab yang lain pasti
akan mentaati dan mematuhi jika bangsa Quraysh yang memerintah. Diambil
daripada kenyataan tersebut, maka pada zaman sekarang yang bangsa Quraysh sudah
tidak lagi memiliki kedudukan seumpama itu bahkan mereka sendiri sudah tidak lagi
bersatu, maka seseorang berbangsa Quraysh tidak lagi akan ditaati hanya semata-mata
kerana dia berbangsa Quraysh. Untuk menjaga kepentingan Islam, adalah dituntut
agar pemerintahan seseorang pemimpin Islam hendaklah dalam keadaan stabil. Ini
menuntut adalah pemimpin Islam itu dipilih daripada kalangan kaum yang majoriti
yang mempunyai kedudukan dan pengaruh yang luas di setiap negeri, agar orang lain
memberikan ketaatan dan kepatuhan kepadanya.
Berdasarkan logika inilah, saya mewajibkan kaedah tersebut. Bukan berdasarkan
perkauman jahiliyyah. Jika di sesebuah negeri, terdapat kaum-kaum yang seimbang
dari segi jumlah, maka kaedah yang sama juga harus diaplikasi iaitu pengembangan
dakwah dilakukan secara seimbang antara kaum-kaum yang ada.
Ukhuwwah Islamiyyah merupakan perkara utama yang tidak sempurna iman
seseorang muslim tanpanya. Tetapi adalah penting untuk kita mengingati sentiasa
bahawa hakikat tersebut tidaklah bermakna bahawa kita bergaul dengan masyarakat
majmuk yang berada di mana-mana negara Islam dengan melupakan kekurangan-
kekurangan yang ada pada mereka. Ramai dari kalangan mereka tidak melaksanakan
tuntutan-tuntutan ukhuwwah ini. Pada mereka masih terdapat kecenderungan,
perasaan dan keinginan yang bertentangan dengan tata susila Islam. Sahabat atau
saudara yang sebenar dan mereka yang benar-benar dianggap telah mengaplikasi
hakikat ini ialah mereka yang berjaya melepasi dan meningkat hingga ke taraf
ukhuwwah yang sebenar, hingga tiada lagi saki baki pemikiran atau akhlak jahiliyyah
pada diri mereka.
Mungkin sesetengah orang membangkang atau tidak bersetuju dengan keperluan
kepada kaedah ini, dengan mengatakan bahawa penyebaran dakwah di kalangan kaum
majoriti memang merupakan suatu yang biasa atau tabii. Bahkan setiap dai
terdorong dengan sendiri untuk mengambil kira dan meraikan kaedah tersebut.
Tetapi realitinya tidaklah sebagaimana yang didakwakan oleh mereka sentiasa.
Kerana mungkin seseorang dai akan mendapati semangat perkauman di sisi kaum
majoriti itu amat kuat sehingga mengurangkan bilangan orang-orang yang menyahut
seruan dakwahnya, lalu dia mula mengalihkan pandangan dan tumpuannya kepada
golongan minoriti yang memberikan sambutan yang hangat pula. Ini dibantu oleh
perasaan hati golongan minoriti yang mahu mewujudkan keseimbangan hasil
semangat perkauman yang tinggi di kalangan golongan majoriti. Si dai itu merasa
124

senang dengan kerjanya yang mudah dan menghasilkan produk yang banyak. Tetapi
dia tidak sedar, bahawa sebenarnya dia tidak melakukan sesuatu yang banyak dan
bermakna.
Perlu dinyatakan di sini, bahawa pembatalan ikatan perkauman tidaklah bermakna
bahawa kita dibenarkan untuk mencaci sesuatu bangsa atau kaum lain, atau
membangkitkan semangat mereka dengan menyebut segala kekurangan orang lain.
Kerana ini adalah suatu bidah jahiliyyah yang menyamai bidah berbangga-bangga
dan mendakwa pemonopolian sifat-sifat kebaikan dan kelebihan. Bidah ini akan
bertambah besar dan sangat diingkari jika kaum yang dicaci itu adalah bangsa Arab.
Orang dahulu mengistilahkan bidah ini sebagai al-shuubiyyah. Mereka mencabut
sifat thiqah daripada orang yang melakukannya. Kerana bangsa Arab adalah paksi
utama Islam dan batu batanya yang pertama. Mereka telah mendahului bangsa lain
menerima Islam. Dengan merekalah, kemuliaan Islam sempurna. Dari kalangan
mereka juga, Nabi Muhammad saw diutuskan. Dengan bahasa merekalah, al-Quran
diturunkan.
Dai Masakini
Perbincangan tentang tabiat orang-orang yang menjadi sasaran dakwah kita memaksa
kita untuk berbincang pula tentang tabiat para duat dan tentang ilmu pemilihan (fiqh
al-istifa) pada mereka.
Pertamanya perlulah kita mengiktiraf bahawa ramai dari kalangan duat masih lagi
tidak mencapai tahap yang sepatutnya untuk berkecimpung dalam bidang politik.
Keadaan ini amat berbeza dengan ahli-ahli politik yang bercanggah dengan kita.
Mereka mampu untuk mengelirukan kebatilan dan memperdalamkan pengaruh
mereka dengan berbagai-bagai keistimewaan yang mereka mahir padanya. Ini adalah
kerana mereka memiliki pengetahuan umum yang luas, selalu melakukan pembacaan
politik dan ekonomi yang intensif, mampu berkenalan dengan semua jenis manusia
dan menghadiri semua sempena mereka, serta dapat menguasai bahasa asing dan
menggunakannya untuk menyempurnakan pembacaan mereka dengan menggunakan
bahasa tersebut.
Tetapi amat sedikit bilangan kita yang mampu meningkatkan dirinya hingga mencapai
taraf yang melayakkan mereka untuk mencapai kejayaan dalam berbagai-bagai bidang
dakwah umum. Seperti penulisan dalam akhbar-akhbar politik, atau menunaikan tugas
sebagai wakil di parlimen, berceramah, memimpin sesuatu jabatan, persatuan,
kesatuan atau kelab ataupun hanya mengganggotainya, atau melakukan tugas yang
jauh lebih besar dari itu seperti melaksanakan tugas-tugas kerajaan yang berat. Hanya
sedikit dari kalangan kita yang mampu dan layak untuk menanggung tanggungjawab
sesebuah kementerian atau kedutaan atau yang seumpamanya jika kita mahu
membentuk sebuah badan pemerintahan yang lengkap atau hanya sekadar untuk
menyertai sesebuah pemerintahan yang sudah sedia ada.
125

Memang kita amat ikhlas. Tawadhuk kita tidak terbanding. Ukhuwwah kita amat
tinggi. Ibadat kita juga indah. Tetapi kejayaan dalam bidang politik adalah lebih sukar
untuk dicapai dengan semata-mata kita memiliki sifat-sifat tersebut.
Memang benar ramai dari kalangan duat memiliki ilmu yang luas. Tetapi
kebanyakannya ia adalah ilmu Islam. Memangpun bagus, kerana ia merupakan
kebanggaan, kemuliaan, perlembagaan amal dan penunjuk jalan bagi menempuh
kehidupan. Tetapi kesan serta pengaruhnya pada hari ini tetap terbatas selagimana ia
tidak dibantu dan disokong oleh pengetahuan umum yang menyeluruh, selagimana
pemahamannya tidak dibuat melalui metodologi moden iaitu melalui penggunaan
kajian-kajian perbandingan, kritikan terhadap realiti semasa dan mengikut metodologi
kajian moden.
Memang benar juga bahawa di kalangan kita terdapat orang yang cergas menjalinkan
hubungan dengan orang ramai. Tetapi ramai dari kalangan kita yang masih
menjauhkan diri jika berada dalam majlis yang khusus. Mereka hanya menjadi salah
seorang pengunjung masjid sahaja. Mereka juga lebih suka untuk duduk lama dalam
sesuatu majlis orang awam. Mungkin sebab utama mereka berkeadaan demikian ialah
sifat tawadhuk yang ada pada mereka, jika tidak kerana malas atau kelemahan fikiran.
Atau ia juga mungkin disebabkan oleh perasaan mereka yang merasa lazat
meninggalkan dan menjauhkan diri daripada masyarakat berpelajaran sama ada pada
kelab, persatuan dan majlis-majlis yang mereka adakan di rumah-rumah mereka. Oleh
itu, kita mestilah membahagikan waktu kita dengan seimbang antara majlis-majlis
yang akan kita hadiri.
Kusut Masai Palsu
Penampilan diri dan cara berpakaian seseorang dai juga boleh mempengaruhi. Ramai
dari kalangan duat yang kononnya mahu memperolehi pahala hasil daripada kusut
masai keadaan mereka, lalu mereka menyalahi golongan berpelajaran dari segi cara
berpakaian yang kemas. Mereka tidak mempunyai alasan yang meyakinkan.
Sedangkan manusia hari ini perlu kita melayan mereka dengan lemah lembut
sebagaimana dilakukan oleh Nabi saw terhadap rombongan delegasi yang datang
menemui baginda. Meskipun orang-orang yang kita hadapi hari ini sudah pun Islam,
namun hakikat-hakikat Islam yang kita cuba sampaikan kepada mereka masih lagi
ganjil pada pandangan mereka. Hampir-hampir perkara yang makruf menjadi
mungkar di sisi mereka. Oleh itu, kita mesti berlawa-lawa ketika berhadapan dengan
mereka tetapi dalam batas sempadan yang tidak mengeluarkan kita daripada batasan
tawadhuk. Ini sebagaimana dilakukan oleh Rasulullah saw yang memakai pakaian
yang cantik, bersih dan memakai wangian ketika bertemu dengan para delegasi dari
luar. Ini perlu dilakukan agar mereka merasa biasa dengan kita. Perhiasan ini pula
hendaklah tidak terjadi hingga mencapai batas melampau, menunjuk-nunjuk dan
membazir. Bersederhanalah, kerana sederhana merupakan perkara terbaik dalam
126

setiap keadaan. Mungkin kita boleh memiliki sepasang sahaja pakaian yang cantik itu
untuk tempoh beberapa tahun.
Mungkin akan ada orang yang akan berkata: Di manakah kelebihan sifat
kesederhanaan yang mesti ada pada diri seseorang dai? Bagaimana mungkin kita
mendekatkan diri dengan golongan pekerja dan peladang jika kita memperakui
handsome sebagaimana salah satu peruntukan dalam pembentukan seseorang dai?
Memang golongan gopoh dan gelojoh mempunyai hak untuk mempersoalkan, kerana
pesanan ini menimbulkan kekeliruan. Tetapi sesiapa yang melihat kepada keseluruhan
perbincangan dan seluruh apa yang telah saya tuliskan ini, dia akan mengetahui
bahawa saya telah mendahuluinya dari sudut ketidak setujuan terhadap sikap
memberat-berat (takalluf) dan saya lebih hampir kepada sifat zuhud. Apa yang saya
nyatakan di sini ialah agar seseorang dai tidak mencuaikan keadaan dirinya. Kerana
mungkin ada di kalangan duat yang membiarkan rambutnya panjang, atau tidak
mencukur janggutnya beberapa hari jika dia bukan terdiri daripada orang yang
menyimpan janggut, atau dia memakai bajunya beberapa hari tanpa dibasuh, atau dia
sendiri tidak mandi untuk tempoh beberapa hari. Saya juga adalah orang pertama
yang tidak setuju, membenci dan mencela jika seseorang dai hanya menghabiskan
masanya mengikuti perkembangan fesyen yang mahal-mahal dan terkini.
Sesetengah orang berpendapat bahawa ini merupakan antara perkara kecil yang tidak
sepatutnya mendapat perhatian pimpinan, sedangkan kepada golongan ahli politik dan
berpelajaran tinggi, mereka menganggapnya sebagai perkara utama dan besar.
Penghijrahan Orang-orang Yang Merdeka Tidak Boleh Dihalang Oleh
Orang Yang Gugur
Walau bagaimana pun, pengalaman tarbiah tidak menolak kemungkinan bahawa
pencarian ilmu-ilmu bukan Islam yang saya serukan itu, penyertaan dalam majlis-
majlis ilmiah dan penghiasan diri agar kelihatan kemas, mungkin boleh menyebabkan
kesan negatif di sisi sesetengah duat. Mungkin ada di kalangan mereka yang
terpengaruh dengan kemewahan dan mengasihi kesenangan duniawi yang palsu itu.
Atau mungkin ada yang akan merasa takabbur terhadap duat miskin yang tidak
diketahui mutu keimanan mereka melainkan Allah. Atau mungkin ada yang merasa
takabbur terhadap duat yang tidak mempunyai sijil kelulusan yang tinggi walaupun
ilmu mereka jauh lebih tinggi daripada ilmunya. Atau dia akan terlalu melampau-
lampau dalam pemikiran dan analisanya sehingga dia menjadi sama seperti ahli-ahli
politik yang sentiasa mengintai-ngintai peluang bagi memperolehi kedudukan yang
lebih tinggi. Dia tidak lagi menjadi seorang dai yang ikhlas, tawadhuk, berani dan
aktif.
Tetapi nasihat-nasihat yang sentiasa diberikan secara intensif, cerita-cerita tentang
masalah hati (al-raqaiq) serta kawalan oleh pihak pimpinan yang sentiasa mengawasi
127

keseimbangan antara perkataan, manhaj dan perancangan, dan juga pentarbiahan yang
menghilangkan keburukan-keburukan tersebut, menjadikan keadaan lebih terkawal.
Namun jika ada juga yang gugur dan tidak dapat diselamatkan oleh segala kawalan
dan cerita-cerita tentang masalah hati (al-raqaiq), maka kegugurannya di sisi kita
adalah sebagai merealisasikan kemungkinan keguguran yang memang dijangkakan
sepanjang perjalanan dakwah ini. Seolah-olah ia adalah salah satu sunnah dalam amal
jamaiyy. Kita memang perlu untuk melihat bagaimana realiti yang pasti akan berlaku
itu mendustakan laungan sesetengah orang yang kononnya dai, tetapi sebenarnya dia
hanya mempunyai semangat berkobar-kobar yang berlompang sahaja. Semangat
berkobar-kobar yang dizahirkan olehnya akan menyebabkan duat yang tidak
mempunyai pengalaman luas menyangka bahawa setiap orang yang mengikuti jalan
dakwah ini akan sampai kepada matlamat, seolah-olah di kalangan manusia ini tiada
yang tempang, sakit, ahli ibadat, pengikut nafsu syahwat dan yang lemah semangat.
Keterbalikan Neraca Tidak Akan Berkekalan
Antara kiasan yang paling memudaratkan ialah bahawa seseorang dai
membandingkan kata-kata saya ini dengan realiti golongan partai dan revolusioner.
Jika dia melihat kepada realiti tersebut maka dia berpendapat bahawa apa yang saya
wajibkan di atas tidak lagi wajib, kerana dia sendiri melihat bagaimana orang-orang
tidak terkenal memegang tampuk pemerintahan, bukan orang yang mempunyai
keturunan yang terkenal. Dia juga melihat bagaimana si jahil yang ilmunya tidak
sampai satu persepuluh pun daripada ilmu yang dimiliki oleh seseorang dai muslim,
tetapi berada di hadapan (memerintah). Dia juga melihat bagaimana seorang yang
bertentangan dengan segala fitrah keindahan sama ada secara teori dan praktikal,
tetapi dialah yang selalu berbicara, berfalsafah dan menerawang.
Sebenarnya, bukanlah demikian sepatutnya saranan saya itu difahami. Dekad terakhir
sejarah politik negara kita menyaksikan keganjilan yang nakal. Pemikiran dan politik
kebudakan mendapati bahu-bahu rakyat yang naif sebagai tangga yang
menyampaikannya kepada matlamat. Dengan sebab itulah ia berjaya mendapat
kekuasaan. Namun perkembangan tamadun masyarakat serta pemerhatian yang
dilakukan secara tenang pasti akan menggantikan suasana kebimbangan tersebut. Ia
juga menjamin perkembangan dua aliran yang sudah pasti akan memberikan
kemaslahatan kepada gerakan Islam. Dua aliran tersebut ialah:
Pertama: Penyelasan orang ramai kerana menolong golongan kepartaian yang
menyebabkan mereka menanggung segala kesukaran yang pahit dengan
meninggalkan para duat Islam. Mungkin mereka cenderung untuk cuba memberikan
kesetiaan dan menyahut seruan Islam sebagai menebus sikap mereka sebelum ini.
Kedua: Aliran jahiliyyah yang cuba memantapkan pemikiran sekularisme dan aliran
kekufuran yang dilaksanakan melalui jalan pendidikan, dialog dan cara-cara bebas
128

yang dipetik daripada amalan demokrasi Barat, tidak lagi melalui keganasan dan
pemaksaan. Aliran ini juga turut memberikan manfaat kepada gerakan Islam. Ketika
Islam dan jahiliyyah bertarung dalam suasana kebebasan, biasanya Islamlah yang
akan menang, kerana kekuatan hujjahnya dan kesesuaiannya dengan fitrah manusia.
Ketika mengharungi pertarungan bebas itu, jelaslah kepentingan dan keperluan sudut-
sudut tertentu dalam pembentukan seseorang dai muslim sebagaimana yang telah
saya jelaskan sebelum ini, seperti kewajipan untuk memperolehi pengetahuan umum
sebanyak-banyaknya, melakukan kajian-kajian moden, mewujudkan hubungan
dengan golongan intelek serta memperlihatkan identiti yang baik kepada mereka,
sebagaimana dilakukan oleh para nabi a.s.
Kita tidak melampau jika kita berterus terang mengatakan bahawa individu-individu
kita yang tidak memiliki ketiga-tiga sudut inilah yang menjadi salah satu faktor
kenapa kita terhalang daripada orang ramai. Ia adalah pengasingan diri (uzlah) yang
lebih disebabkan oleh pilihan kita sendiri jika dibandingkan dengan kepungan
pemaksaan yang dilakukan oleh kerajaan-kerajaan kufur dan kepartaian.
Matlamat kita adalah jelas. Hakikat yang ingin kita capai juga benar. Namun di
samping itu, terdapat kecenderungan di sisi sesetengah duat untuk membuat tafsiran
keduniaan yang menyeleweng bagi memberikan alasan terhadap situasi mereka.
Apa yang kita mahukan daripada seseorang dai ialah bahawa dia memakai pakaian
yang biasa sebagaimana yang dipakai oleh orang lain. Bukan memakai pakaian
golongan takabbur yang bermewah-mewah. Bukan juga pakaian buruk yang diada-
adakan. Kita menyeru sebagaimana seruan seorang penyair:

Maksudnya:
Berpakaian indahlah dan ikutlah cara golongan baik yang memakai pakaian
sederhana.
Pakailah sebagaimana orang lain, janganlah melakukan sesuatu di luar kebiasaan,
kerana anda akan tersalah atau menyakitkan.
Saya menyeru kepada cara berpakaian sebagaimana orang lain. Saya tidak menyeru
kepada ketakabburan dan kesombongan.
Saya juga mahu agar dai bercampur dengan golongan intelek di majlis-majlis dan
kelab-kelab mereka bagi menarik mereka. Tidak betul jika kita mengatakan bahawa
tindakan kita itu mustahil dapat mencapai matlamat kerana mereka sudah mempunyai
hati yang keras. Bahkan mereka yang mungkin akan menghancur dan melemahkan
keimanan seseorang dai jika dia bercampur dengan mereka. Tetapi kita hendaklah
mengandaikan sebaliknya, kerana seseorang mukmin mempunyai hujjah yang kuat
129

dan jiwa yang mulia, sedangkan mereka hidup dalam kekosongan rohani. Hanya dai
sahaja yang mampu mengisi kekosongan tersebut. Mereka juga disesatkan oleh
beberapa kekeliruan yang hanya mampu disingkap oleh dai.
Bagaimana Dengan Mereka (Golongan Wanita)?
Sebenarnya, faktor paling kuat yang menghalang kita menghadiri majlis-majlis
golongan intelek ialah kerana terdapat pergaulan bebas dengan isteri-isteri mereka,
yang mana terdapat halangan syarak dalam perkara tersebut, kecuali jika kita berusaha
bersungguh-sungguh mengadakan satu kebiasaan yang memecah dan menghilangkan
halangan tersebut.
Jika kita melihat dengan teliti kepada masyarakat, kita akan dapati ramai dari
kalangan lulusan universiti dan mereka yang berkedudukan tinggi mempunyai tahap
pemahaman Islam yang baik. Mereka memelihara ibadat solat, suka apa yang kita
suka dan menyokong kita dengan penuh semangat. Tetapi mereka menyembunyikan
perasaan mereka ini kerana isteri-isteri mereka adalah wanita-wanita yang
mendedahkan aurat. Mereka juga merasa malu kerana tidak mampu berkeras di
hadapan isteri-isteri mereka yang sentiasa mahu bersama mereka melayan para tetamu
di dalam sesuatu majlis. Mereka juga bimbang untuk bersama atau datang ke majlis
kita yang khusus kerana malu kepada diri sendiri di sebalik kelemahan mereka yang
terserlah kepada kita semasa mereka berhadapan dengan isteri-isteri mereka.
Fenomena ini terus menjadi masalah paling sukar yang merencatkan proses tajmi di
kalangan golongan berkedudukan tinggi dan intelek. Kita sepatutnya mengadakan
muktamar untuk mencari penyelesaian terhadap masalah ini. Mungkin antara
penyelesaiannya ialah dengan kita mengisytiharkan kepada orang ramai tentang
syarat-syarat permulaan bagi tahap-tahap dalam tanzim kita yang sudah boleh
menerima keanggotaan seseorang muslim sebagai pembantu (mutaawin), penyokong
(muayyid) dan penolong (nasir) sekalipun isterinya tidak bertudung. Oleh itu, kita
terselamat daripada celaan orang kerana mereka memahami bahawa orang itu
hanyalah pembantu, bukannya anggota yang menjadi qudwah. Dalam masa yang
sama, dia juga terselamat daripada pandangan serong para duat sendiri. Dengan itu,
dia akan berani untuk menghadiri majlis-majlis para duat kerana dia mengetahui
bahawa mereka boleh menerima bantuannya. Di samping itu, para duat boleh
memberikan nasihat kepadanya dengan penuh bijaksana dan dengan nasihat yang
baik.
Menghidupkan Tabiat Benar Dan Teliti
Bagi saya, terdapat satu lagi perkara yang lebih penting daripada perkara-perkara di
atas dalam hubungan untuk memperkemaskan kemampuan melakukan tajmi di sisi
seseorang dai. Perkara yang lebih penting itu ialah bahawa sesetengah duat
hendaklah memahirkan diri mereka dalam bidang pengkhususan profesional mereka
130

hingga menjadi terkenal di kalangan orang ramai. Bidang-bidang pengkhususan itu
adalah seperti kedoktoran, kejuruteraan atau undang-undang yang diperlukan oleh
orang ramai. Mereka boleh memberikan perkhidmatan kepada orang ramai melalui
bidang pengkhususan itu secara amanah dan prihatin terhadap kepentingan dan
kebenaran mereka. Dengan itu, halangan yang wujud di antara duat dan orang ramai
akan dapat dihapuskan. Mereka juga boleh memberikan kefahaman kepada orang
ramai bahawa mereka adalah model yang boleh membawa kebaikan kepada
kehidupan. Mereka membuka hati dan akan mendengar segala permasalahan.
Sebelum ini, pihak musuh telah berjaya memisahkan orang ramai daripada kita
melalui longgokan pendustaan dan penipuan yang menyebabkan orang ramai
terhalang daripada mendengar penjelasan kita. Tiada cara yang lebih berfaedah dan
lebih cepat untuk mengembalikan kepercayaan masyarakat kepada kita melainkan
melalui khidmat-khidmat profesional yang boleh kita berikan kepada mereka itu.
Ini tidaklah bermakna bahawa saya bermaksud agar orang ramai merasa terikat
dengan kita hanya dari sudut kepentingan-kepentingan tertentu, jauh daripada terikat
dengan hakikat akidah. Sama sekali tidak. Tetapi mereka memalingkan muka
daripada kita adalah kerana terpengaruh dengan gembar gembur yang dilakukan oleh
partai-partai politik dan surat-surat khabar. Kita hanya mahu agar mereka berpaling
kepada kita melalui kerja-kerja profesional bermutu yang kita berikan kepada mereka.
Jika mereka sudah berpaling kepada kita, maka bolehlah kita mula memasukkan ke
dalam pendengaran mereka, cerita-cerita tentang masalah akidah dan pemikiran.
Hakikat ini menjadikan orang ramai akan terpaksa memahami bahawa terdapat
segolongan duat Islam yang tidak mempunyai nama. Tetapi dari sudut perlaksanaan
tanggungjawab, pemberian manfaat kepada orang ramai, pembaikan ummah dan
kemanusiaan, mereka adalah lebih layak dan lebih kuat kesannya daripada golongan-
golongan lain yang mempunyai nama-nama yang hebat. Nama-nama mereka
dikumandangkan dan dipopularkan dengan begitu kuat sekali, umpama gendang yang
mengeluarkan bunyi yang kuat, namun ia tidak berisi, sebagaimana yang diungkapkan
oleh Abdullah bin Azzam rahimahullah.
42

Demikianlah hendaknya sentiasa. Duat Islam dengan keikhlasan dan kemanfaatan
yang boleh mereka berikan, mestilah mampu untuk mengatasi kesan sihir golongan
kepartaian dan jahiliyyah yang dihembuskan oleh berbagai-bagai cara promosi dan
pengiklanan. Mereka juga menggunakan nama-nama yang hebat dan gelaran-gelaran
yang palsu.
Oleh itu, Abdullah bin Azzam terus berpesan kepada duat agar mengeksploitasi
kebolehan yang tersembunyi dalam fenomena sosial yang sentiasa bergerak aktif ini.
Beliau mengingatkan:

42
Al-Shawarid, hlm. 700.
131

Janganlah anda menjadikan nama yang hebat sebagai matlamat. Janganlah juga anda
menjadikan promosi yang berlebihan sebagai tujuan. Berusahalah untuk mengambil
berat tentang amal, bukannya kata-kata. Hendaklah anda sentiasa mementingkan
hakikat sesuatu, bukan zahirannya sahaja. Hendaklah anda bertungkus lumus untuk
melaksanakan kewajipan, bukan kerana mahu mendapat nama. Dan hendaklah anda
bertujuan memperolehi keredhaan Allah, bukan keredhaan manusia. Jadilah anda
ibarat sebuah buku yang berfaedah walaupun tidak bertajuk. Janganlah anda menjadi
umpama buku yang seluruhnya adalah tajuk, tetapi tidak mengandungi apa-apa.
43

Walaupun para duat sudah mempunyai keimanan yang sentiasa menuntut mereka
untuk berlaku tawadhuk, namun mereka tetap dituntut untuk sentiasa mengingatkan
diri mereka dengan peringatan ini. Pembinaan keperibadian mereka juga berasaskan
hakikat ini semenjak permulaan lagi. Namun begitu, pada hakikatnya orang lain lebih
memerlukan kepada neraca dan peringatan ini, agar mereka berupaya membezakan
antara duat yang sebenar dan yang palsu. Sejak sekian lama mereka telah tertipu oleh
nama-nama dan zahiran yang mempesonakan. Hingga sekarang, mereka masih lagi
berkeadaan demikian.

Laluan Pendalaman
Hanya fantasi dan ilusi golongan jahiliyyah yang menyebabkan mereka jauh dari
Islam.
Mereka berada dalam kehidupan yang dipenuhi kebisingan dan ketidakstabilan. Oleh
itu, mereka tidak pernah tenang. Mereka tidak mendapat ketenangan yang
membolehkan mereka untuk menyukat kehidupan menggunakan logika yang
sepatutnya amat mudah difahami.
Islam adalah kebaikan dan kemaslahatan. Tetapi mereka melarikan diri daripadanya.
Mereka berpendapat bahawa di dalam Islam terdapat perkara-perkara yang
bertentangan dengan kepentingan mereka. Kerana mereka hanya melihat dengan
pandangan syahwat yang terbatas melalui keperluan harian mereka dan bagi
memenuhi seruan keinginan-keinginan mereka yang rakus.
Lebih dari itu, apa yang kita nampak ialah keinginan mereka untuk meniru pihak
Barat. Kehidupan di Barat diselaputi dengan kelalaian yang langsung tidak memberi
peluang kepada manusia untuk menggunakan pemikirannya. Manusia hanya sibuk
memikirkan tentang masalah-masalah kehidupan dan segala macam jenis pemikiran
yang kelam kabut. Para penulis Yahudi dan yang seumpama mereka

43
Al-Shawarid, hlm. 700.
132

menenggelamkan manusia ke lembah kelucahan dan keruntuhan moral yang
melalaikan. Oleh itu, anda dapati sesetengah perkara badihiyy yang mudah difahami
bagi kita, tetapi perkara itu terhalang daripada difahami oleh golongan jahiliyyah yang
hidup bersama kita, sedangkan perkara itu mempunyai kekuatan logika yang amat
jelas sekali.
Mereka menyangka bahawa setiap tegahan (dalam Islam) akan membawa kepada
halangan. Oleh kerana hukum hakam Islam telah ditetapkan dan ia bersifat abadi,
maka mereka mengatakan ia adalah tegahan.
Dari sini, Iqbal memintas jalan bagi mereka. Beliau meletakkan mereka di hadapan
hujjah akal yang jelas dan cepat tanpa memerlukan kepada mukadimah. Beliau
berkata:

Maksudnya:
Melalui gambaran isyarat di atas, Iqbal menggambarkan fenomena kejiwaan sebagai
fenomena alam. Seseorang manusia yang berada dalam batas sempadan tertentu
sebenarnya dia memelihara ketinggian kedudukannya, sebagaimana bintang
memelihara ketinggiannya dan kelangsungan pergerakannya dengan ikatan-ikatan
graviti.
Jadi graviti itu ikatan, tetapi ia adalah ikatan bagi pergerakan dan ketinggian.
Begitulah sebenarnya Islam. Seseorang manusia yang mengikat dirinya dengan
syariat, sebenarnya tidaklah menghalangnya daripada menikmati kebebasannya
sedikitpun. Bahkan dia sebenarnya telah meletakkan dirinya di suatu galaksi yang
tinggi yang tidak dapat digambarkan keadaannya oleh khayalan seseorang atheis dan
sekularis, apatah lagi mahu menyamai kedudukan tersebut.
Namun fantasi menyelewengkan dan melakukan sekatan, serta mendorong sesetengah
pemerintah -sebagaimana ditegaskan oleh Ibn al-Qayyim- melakukan bangkangan
terhadap Islam melalui undang-undang yang zalim. Mereka mendahulukan undang-
undang tersebut daripada hukum Allah dan RasulNya. Undang-undang itulah yang
mereka gunakan untuk mentadbir hamba-hambaNya. Dengan sebab undang-undang
itu juga mereka membelakangkan syariat, keadilan dan hudud Allah. Sesetengah
mereka berkata: Jika akal dan naqal bercanggah, maka kita dahulukan akal. Yang lain
pula berkata: Jika nas dan qiyas bercanggah, maka kita dahulukan qiyas. Manakala
ahli-ahli politik pula berkata: Jika politik dan syarak bercanggah, maka kita dahulukan
politik.
Setiap puak melantik seorang taghut yang dijadikan sebagai pemutus di sebalik
agama dan syariat Allah. Demikianlah bagaimana setiap kaum bersandar kepada
133

kezaliman dan kegelapan pandangan-pandangan mereka. Mereka menjatuhkan
hukuman terhadap Allah dan para hambaNya melalui makalah dan hawa nafsu
mereka yang merosakkan. Lantaran itu, wahyu yang diturunkan Allah menjadi
mangsa penyelewengan dan pentakwilan. Agama juga menjadi mangsa yang sentiasa
dicerobohi dan ditunggang terbalikkan.
44

Inilah keadaan Islam lompang sebagaimana dibicarakan oleh Ibn al-Qayyim, seperti
Islam Mutazilah dan golongan yang hanya menggunakan akal pemikiran mereka
semata-mata. Ketika menetapkan sesuatu, mereka akan mengambil atau
meninggalkan sesuatu hanya berdasarkan takwil yang mereka lakukan terhadap kadar
pertentangan yang wujud pada pandangan mereka. Maka bagaimana pula dengan
ketetapan yang dibuat oleh seorang mulhid (atheis) dan keras kepala yang langsung
meninggalkan Islam sama sekali?
Kerana itulah, Allah tidak menerima IslamNya dibahagi-bahagi, dijuzuk-juzukkan
dan dipecah-pecahkan. Tetapi ia hendaklah memerintah manusia dengan segala
kesempurnaannya. Allah swt berfirman:

Maksudnya: Dan orang-orang yang Kami berikan Kitab, mereka bersukacita dengan
apa yang Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad), dan di antara beberapa
kumpulan dari orang-orang itu ada yang mengingkari sebahagiannya. Katakanlah:
Sesungguhnya aku hanya diperintahkan supaya menyembah Allah, dan supaya aku
tidak mempersekutukanNya dengan sesuatu yang lain; kepadaNyalah aku menyeru
(manusia semuanya untuk menyembahNya), dan kepadaNyalah tempat kembaliku
(dan kamu semuanya untuk menerima balasan). Dan demikianlah Kami menurunkan
al-Quran sebagai hukum dalam bahasa Arab. Dan demi sesungguhnya, jika engkau
(wahai Muhammad) menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya wajyu
pengetahuan (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau peroleh dari Allah sesuatu
pun yang dapat mengawal dan memberi perlindungan kepadamu (dari perkara-perkara
yang tidak diingini).
45

Al-Khatib al-Iskafiyy, seorang ulama yang thiqah berkata:
Allah swt melarang daripada mengikut hawa nafsu mereka tentang sebahagian
daripada apa yang diturunkan oleh Allah swt, iaitu apa yang diingkarkan oleh
kumpulan tersebut. Kerana sebahagian yang diingkarkan oleh mereka itu telah

44
Petikan-petikan daripada Madarij al-Salikin, jil. 2, hlm. 70.
45
Al-Rad: 36-37.
134

diperakukan melalui ilmu yang sahih sebagaimana sebahagian yang lain itu telah
diperakukan kesahihannya.
46

Ini merupakan satu dorongan baru untuk para duat Islam. Dorongan buat mereka
untuk terus memperdalami laluan-laluan berdasarkan aktiviti dan kerja yang
berperancangan, sebagai menentang arus kumpulan-kumpulan tersebut. Namun
penentangan tersebut dilakukan dengan pendekatan yang penuh hati-hati agar
mencapai objektifnya. Segala langkah yang diambil hendaklah diperkirakan waktunya
dan diperhalusi dimensinya.
Kerja-kerja secara individu yang dilakukan sesetengah golongan mukminin yang baik
dengan penuh semangat kelihatan tidak memadai. Oleh itu, tugas ini memerlukan
pemikiran, perancangan dan perlaksanaan secara kolektif.
Jamaah ini telah melabuhkan layarnya. Pelayaran telah bermula dalam ketenangan
membelah lautan amal. Ia telah meninggalkan pantai. Kelihatan ia sedang menuju ke
tempat dan arah yang jauh
Jamaah yang sudah jauh perjalanannya sedang ditunggu oleh berbagai-bagai
kewajipan dan medan-medan amal yang baru. Kewajipan dan medan tersebut mesti
ditangani berdasarkan matlamat jangka pendek dan jangka panjang sebagaimana yang
telah dirancang. Ia kelihatan melalui: perluasan pengumpulan (tajmi) dan
pembelbagaian punca atau sumber.
Beliau Berkata: Baginda Memerintahkan Kami Agar Bersembahyang,
Bercakap Benar Dan Memelihara Kehormatan
Kewajipan pertama: Membaiki (islah) suasana sekeliling.
Suasana sekeliling yang baik dan masyarakat umum yang suci merupakan faktor
sampingan yang membantu bagi para duat. Kerana suasana sedemikian membantu
mewujudkan suasana ketenangan bagi masyarakat. Dengan ketenangan tersebut,
mereka akan nampak kebenaran dan kesahihan manhaj yang kita bawa. Jiwa mereka
juga akan dipenuhi keinsafan dan mereka memandang kepada kita dengan pandangan
yang adil lalu dengan mudah mereka akan nampak segala kebaikan yang ada pada
kita.
Kadang-kadang para duat diselubungi semangat politik yang membuak. Kadang-
kadang mereka juga disibukkan dengan pertimbangan-pertimbangan pemikiran yang
mereka lakukan. Apa yang mereka lakukan itu adalah baik. Tetapi mereka tidak turut
menggabungkan sama dalam tindakan mereka itu penyebaran buku-buku yang
memberikan kefahaman awal tentang Islam, seperti perkara-perkara yang

46
Durrat al-Tanzil wa Ghurrat al-Tawil, hlm. 27.
135

bersangkutan dengan aqidah, ibadat dan cara hidup yang baik di kalangan orang
ramai. Mereka juga tidak melibatkan diri dalam medan aktiviti kemasyarakatan
melalui persatuan-persatuan dan kelab-kelab yang ada. Mereka juga tidak mengambil
peluang daripada kemudahan-kemudahan infrastruktur yang disediakan oleh pihak
kerajaan yang juga mempunyai objektif yang sama. Apa yang diperhatikan ialah
bahawa kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh kerajaan melahirkan tindak
balas yang menyebabkan sesetengah duat melakukan tindakan yang melampau. Ini
menyebabkan masyarakat tidak ingin turut serta bersama duat untuk melakukan
islah.
Ini adalah satu tindakan yang salah. Sepatutnya kita hendaklah sentiasa prihatin
terhadap setiap perkataan dan perbuatan yang boleh membawa kepada kebaikan.
Sedikit perkataan dan perbuatan mempunyai kesan kebudayaan dan akhlak mendalam
yang sentiasa bertambah. Ini akan menyebabkan aset Islam akan bertambah secara
berperingkat. Ketika itu, kesedaran orang ramai tentang kefahaman yang kompleks
akan bertambah. Kefahaman mereka tentang dimensi analisa yang kita lakukan juga
menjadi bertambah mendalam.
Andaikan bahawa seorang individu hanya mempunyai dua puluh peratus sahaja
keyakinannya terhadap Islam. Setelah membaca sebuah makalah berkenaan Islam di
dalam sebuah akhbar, nisbah kebaikan yang ada pada dirinya meningkat kepada dua
puluh satu peratus. Kemudian setelah mendengar sebuah syarahan berbentuk nasihat
yang mengkagumkannya, keyakinannya meningkat kepada dua puluh lima peratus.
Kemudian setelah membaca sebuah buku tentang Islam, kadar itu meningkat lagi
hingga tiga puluh peratus. Kemudian berlaku satu masalah kepada anaknya, lalu
beberapa orang memberi nasihat agar dia memasukkan anaknya itu ke sekolah Islam
yang diuruskan oleh beberapa orang duat. Setelah anaknya dimasukkan ke sekolah
tersebut, para duat di sekolah tersebut berjaya mendidik anaknya dengan baik dan
kesannya jelas kelihatan pada peribadi anaknya, lalu kadar tersebut meningkat
sekaligus hingga lima puluh peratus. Atau mungkin isterinya bergaduh dengannya,
lalu isterinya itu diberikan kaunseling oleh persatuan-persatuan wanita yang berada di
bawah kendalian kita. Demikianlah bagaimana aset Islam yang ada di dalam diri
seseorang individu boleh meningkat dari masa ke semasa hingga dia layak untuk
menjadi anggota, sedangkan anda tidak pernah berhubung dengannya secara
langsung, dan tidak pernah berlaku sebarang pertemuan dua hala. Bahkan aktiviti-
aktiviti andalah yang menjadi duta dan wakil yang menggantikan anda untuk
menyampaikan matlamat anda.
Pembaikan (islah) adalah aktiviti yang penting meskipun ia kelihatan kecil dan
mudah. Sesetengah duat masih berselisih pendapat tentang perkara ini. Mereka
menyangka bahawa kewajipan dakwah ialah hanya membentuk para duat. Mereka
menganggap segala kerja yang tidak membawa kepada keanggotaan seseorang
individu ke dalam jamaah sebagai kerja tambahan sahaja dan dakwah tidak
136

dipertanggungjawabkan melakukannya. Bahkan ia adalah pembaziran tenaga bukan
pada tempatnya. Kita hanya dituntut untuk membentuk seseorang individu sehingga
dia masuk ke dalam saf tanzim kita. Jika tidak demikian matlamatnya, kita tidak
dituntut untuk bekerja apa-apa.
Ini adalah pendirian yang lahir daripada pelampauan dari sudut pemikiran. Mereka
tidak tahu bagaimana elemen yang baik itu dilahirkan. Mereka menyangka bahawa
dakwah secara fardi (individu) boleh berlangsung secara berterusan.
Memang benar, jika perhubungan secara individu secara intensif dilakukan, mungkin
dakwah umum tidak perlu dilakukan dengan banyak. Kerana perkataan anda yang
baik dan akhlak anda yang boleh dijadikan qudwah dapat menggantikan kerja-kerja
tersebut. Akan tetapi, untuk meliputi seluruh masyarakat atau separuh atau
seperempat sahaja dengan melakukan hubungan secara individu ini adalah amat sukar
sekali. Melalui neraca yang ada, kita yakin bahawa kita tidak akan mampu
memberikan kesan kepada masyarakat dengan hanya melalui hubungan secara
individu sahaja berdasarkan kesedaran terhad yang ada pada mereka. Bahkan proses
pembaikan hendaklah dilakukan secara berperingkat. Kita juga janganlah berpegang
dengan syarat bahawa seseorang yang boleh memberikan tekanan politik mesti berada
di dalam saf bersama kita. Bahkan sudah memadai jika kita yang menjadi pemandu
kepada kekuatan yang ada. Manakala hubungan peribadi pula digantikan dengan islah
yang kita lakukan terhadap masyarakat yang berada di sekitar.
Ia adalah perancangan yang pelbagai. Mewujudkan semua bentuk aktiviti Islam
sekalipun kelihatan remeh sahaja. Dalam masa yang sama, aktiviti tersebut
menghilangkan satu komponen jahiliyyah yang bertentangan dengannya. Kita
andaikan bahawa masyarakat sekitar adalah masyarakat jahiliyyah, jadi kita
hendaklah mencampakkan ke dalam masyarakat ini komponen-komponen Islam
sehingga ia kenyang dan sempurna.
Situasi ini sama dengan fenomena fizik. Seorang saintis meletakkan uranium di dalam
oven atom. Sehingga uranium itu bertukar menjadi atom, satu persatu. Akhirnya ia
menjadi bahan radioaktif yang boleh meletup jika beratnya mencapai tahap tertentu
sebagaimana dimaklumi oleh pakar fizik atom. Begitulah juga dengan masyarakat
sekitar kita yang telah menyeleweng. Kita tidak menuduh ia telah menjadi jahiliyyah
seratus peratus, cuma saki baki Islam yang ada padanya sudah mengecil dan terpecah-
pecah. Jadi kita ingin menempatkan komponen-komponen Islam secara berperingkat
sehingga sebahagian daripada individu dalam masyarakat itu mempunyai komitmen
yang baik dengan Islam, yang kalau mereka memberikan tekanan kepada golongan
yang lain, maka individu yang mempunyai komitmen Islam ini akan berjaya
mengatasi. Atau kita hanya membiarkan sahaja individu-individu yang mempunyai
komitmen dengan Islam sehingga mereka bertambah besar dan akhirnya meletup
melakukan pemberontakan.
137

Komponen-komponen Islam ini dapat disampaikan dengan semua jenis kebaikan
yang dilakukan secara umum. Contohnya anda menghafalkan al-Quran kepada
seseorang individu. Itu merupakan salah satu cawangannya. Meskipun dia tidak kekal
bersama anda kerana benci kepada anda lantaran dakyah dan kekeliruan yang
ditimbulkan. Meskipun demikian, kemungkinan kehidupan yang dijalaninya bersama
al-Quran dalam tempoh yang panjang selepas itu, sudah cukup untuk memberikan
kepadanya kefahaman tentang pendirian kita walau pun beberapa tahun selepas itu.
Masjid yang kita bina di sesuatu kawasan juga akan diingati oleh para penduduk di
situ dan anak-anak mereka. Masjid itu juga akan berjaya menarik ahli jamaah
sembahyang yang baru. Jika masjid itu tidak ada, mungkin pemuda yang hanya
menunaikan sembahyang di rumahnya sahaja akan meninggalkannya setelah berlalu
tempoh masa yang lama, kerana ketiadaan masjid berdekatan dengan rumahnya.
Begitulah juga dengan contoh-contoh yang lain.
Setiap kebaikan, keceriaan dan keindahan di persada kita adalah sebaik tanda.
Cahaya bersinar mengindahkannya di dalam hati. Anda dapati segala pengharapan
berpunca darinya.
Akhlak kebaikan mencerahkan dan mengekalkan cahaya pengharapan.
47

Setiap perkataan yang ceria dan perbuatan yang kecil adalah indah, sekalipun ia
bukan kritikan politik atau perbahasan ilmiah.
Perkara-perkara asasi Islam yang utama terhalang untuk dilihat oleh kebanyakan
orang. Ia dikelabukan oleh media-media massa dan pendidikan di sekolah yang
keadaannya adalah berbeza antara sebuah negara dengan negara yang lain. Apabila
kebaikan dan keindahan perkara-perkara asasi ini -sebagaimana yang diungkapkan
oleh Iqbal di atas- telah bersinar di dalam hati, maka ia mampu untuk memberikan
pengharapan ke dalam jiwa masyarakat, menanam dan mengekalkan keyakinan. Titik
tolak dakwah kita yang asasi ialah membangkitkan keyakinan ini di dalam jiwa.
Pengertian-pengertian tinggi yang digambarkan oleh bait-bait syair ini menyeru kita
untuk memberikan penumpuan kepada semua amalan kebaikan dan keindahan yang
serasi dengan fitrah, serta segala perbuatan kecil yang baik sekalipun tidak dinyatakan
adalah Islamik. Sekarang, manusia benar-benar hidup di tengah-tengah padang pasir
jahiliyyah. Kemungkinan perbuatan-perbuatan tersebut boleh menunjukkan mereka
kepada kebenaran.
Kesesuaian dan keserasian dengan fitrah akan membangkitkan pengharapan dan
menghapuskan sikap pesimistik. Janganlah kita menyangka bahawa pengharapan ini

47
Iqbal, Diwan al-Asrar wa al-Rumuz, hlm. 32.
138

mudah diwujudkan di sisi masyarakat kerana kita membandingkannya dengan diri
kita yang hidup di bawah naungan ukhuwwah dan ketenangan keimanan. Bukan
demikian mudahnya. Kerana masyarakat diselaputi kebimbangan yang membawa
kepada pesimistik. Mereka turut mengalami apa yang dialami oleh masyarakat Barat,
bahkan sesetengah simptomnya telah kelihatan. Hingga kita dapati sesetengah rumah
saudara mara kita sendiri sudah bertukar menjadi neraka yang tidak mampu untuk
dihuni lagi, sedangkan rumah ini adalah tempat yang dipenuhi ketenangan.
Ketidakstabilan umum yang menimpa masyarakat ini berlaku kerana mereka tidak
dapat merasai keindahan yang ada. Jika seseorang merasa tentang keindahan yang
wujud, pasti dia akan mempunyai pengharapan yang ingin dicapainya. Tiada orang
bukan Islam yang boleh menyampaikannya kepada pengharapan tersebut untuk dia
berada bersama mereka.
Ini bukanlah percakapan sastera atau khayalan semata. Tetapi pengalaman amali telah
membuktikannya. Anda akan mampu menggerak dan membangkitkan jiwa
sesetengah individu bersama anda dengan anda hanya memindahkannya daripada
jiwanyang yang kacau kepada ketenangan. Pemindahan ini merupakan proses paling
sukar yang kita hadapi. Percaya dan yakinlah, bahawa seseorang yang berada dalam
kekacauan akan melakukan pertimbangan dengan adil dan akan dapat memahami
neraca-neraca Islam dengan baik sebaik sahaja jiwanya menjadi tenang.
Kita Memelihara Urat Saraf Yang Masih Berdenyut
Lantaran ketiadaan pengetahuan tentang keperluan-keperluan yang saling
menyempurnakan di antara satu sama lain dalam dakwah kita, menyebabkan
kefahaman yang silap telah tertanam ke dalam benak sesetengah para pemuda yang
bersemangat. Mereka melihat tulisan-tulisan Islam berbentuk umum dengan
pandangan lemah dan tidak menghiraukan. Mereka berpendapat hanya fiqh dakwah
dan tajuk-tajuk politik serta perbandingan-perbandingan pemikiran sahaja yang layak
diperkembang dan disebarkan. Mereka memandang rendah terhadap kajian-kajian
yang cuba mempermudahkan fiqh ibadat, mualamat atau yang menyentuh
permasalahan aqidah.
Mereka sebenarnya tidak berada dalam kebenaran. Keperluan kita adalah menyeluruh.
Sebagaimana mereka mengambil manfaat daripada beberapa tulisan yang
memberikan bekalan kesedaran harakiyy, serta membantu mereka untuk berdialog
dan menyelamatkan diri daripada tipu daya partai-partai kebatilan, di sana terdapat
golongan yang mengambil manfaat daripada kajian-kajian umum dan memudahkan
kefahaman itu. Golongan ini masih jahil tentang perkara-perkara badihiyy. Masih
ramai individu di kalangan ummat ini -yang bilangan mereka jauh lebih besar
daripada bilangan para duat- yang dihalang oleh sistem pendidikan dan media
daripada mengenali hakikat Islam yang utama dan asasi. Golongan ini akan
mengambil manfaat daripada setiap penerangan tentang hakikat tersebut yang dibuat
139

dengan cara baru. Kemungkinan mereka akan mendapat hidayat dan petunjuk melalui
kata-kata nasihat tentang hakikat keimanan asasi yang sudah pun dilepasi oleh para
duat. Ini ditambah lagi dengan keperluan masyarakat di Eropah, Amerika dan
masyarakat umum non muslim yang sedang diterjah oleh gelombang Islam yang
semakin meningkat. Adalah dijangkakan bilangan ummat Islam akan bertambah di
sana sehingga mampu membentuk satu aliran yang berpengaruh dalam arena politik
dan perancangan kemasyarakatan. Kisah-kisah mereka yang memeluk Islam
menunjukkan bahawa sesetengah tulisan yang mudah berkenaan dengan perkara-
perkara asasi memainkan peranan penting yang memindahkan mereka kepada
naungan keimanan.
Oleh itu, amal Islamiyy sewajibnya menjadi suatu amal yang mempunyai ufuk yang
luas. Ia hendaklah membantu bahkan memasukkan ke dalam perancangannya untuk
menerbit dan menyebarkan buku-buku pada semua peringkat dan tahap. Ia juga
hendaklah bergembira dan tidak memandang rendah terhadap buku-buku yang
mempermudahkan kefahaman tentang perkara-perkara asasi itu yang dikeluarkan oleh
orang lain, bukan oleh individu dari kalangan duat. Bahkan ia hendaklah juga
gembira dengan buku-buku yang diterbitkan oleh pejabat-pejabat kerajaan dan
kementerian-kementerian wakaf. Kerana pada setiap perkataan baik terdapat manfaat,
selagimana tiada kekeliruan dan penyelewengan.
Anda mungkin merasa amat marah terhadap kelakuan sesetengah ummat Islam yang
cuai, atau hati anda terbakar kerana melihatkan sikap bermudah-mudah dalam cara
bekerja mereka. Namun kemarahan itu hendaklah hanya menjadi rahsia di dalam diri
anda sahaja dan janganlah anda membongkar rahsia tersebut kepada rakan anda.
Maslahat menuntut agar anda menerima setiap sumbangan yang diberikan oleh
mereka dalam rangka memberikan kefahaman umum Islam. Anda hendaklah
berterima kasih dan terus memberikan semangat kepada mereka, selagimana
pendirian dan sikap mereka tidak menentang anda. Atau selagimana pihak pemerintah
masih belum menguasai mereka. Jika keadaan sebaliknya, maka anda harus berhati-
hati dan berkewajipan membongkar kepalsuan mereka.
Termasuk dalam perkara ini juga ialah penubuhan sekolah-sekolah menghafal al-
Quran, penerbitan buku-buku tulis yang mengandungi hadis-hadis sahih terpilih,
ringkasan-ringkasan fiqh, pengawasan oleh jawatankuasa agama terhadap aktiviti
persatuan-persatuan atau kelab-kelab, menggalakkan para pendakwah () agar
meluaskan bidang keilmuan mereka, menyebarluaskan rakaman kaset ceramah-
ceramah dan kelas-kelas pengajian Islam, menubuhkan perpustakaan-perpustakaan
dan pustaka-pustaka Islam, memberikan sumbangan tulisan dalam ruangan agama di
akhbar-akhbar perdana, menyediakan skrip-skrip bagi teater dan pertunjukkan pentas
yang terarah agar dapat dimanfaatkan oleh penerbit radio dan televisyen, melatih
kumpulan-kumpulan teater dari kalangan pemuda muslim dan berbagai-bagai aktiviti
140

lagi yang kemungkinan dapat diwujudkan melalui kajian lanjut yang dilakukan oleh
para duat melalui muktamar yang diadakan, sebagaimana yang telah saya bincangkan
sebelum ini.
Mungkin termasuk dalam perkara ini juga: Galakan umum oleh pihak kerajaan
melalui usaha mengurangkan keburukan dan mengekang kekejian, seperti penubuhan
pasukan polis akhlak, kempen-kempen membasmi pelacuran, arak dan dadah,
pemburuan geng-geng penjenayah dan tindakan tegas terhadap pemuda-pemuda yang
tidak mempunyai arah tujuan dalam kehidupan.
Termasuk dalam perkara ini juga: Menggalakkan para penulis dan pengkaji yang
memberikan sumbangan dalam penerbitan buku-buku tradisional, sama ada yang
Islamik atau berbentuk sastera dengan kita mendekati mereka dan memberikan
penghormatan kepada mereka, meskipun mereka lemah pada pandangan neraca
syarak. Kerana kempen penerbitan dan penyebaran buku-buku tradisional itu
memberikan sumbangan yang bermakna dalam memelihara saki baki asas
keperibadian ummat Islam serta mengurangkan pengaruh pemikiran dan perilaku
asing.
Ketika Perang Sengit, Saki Baki Semangat Terjaga
Cuma terdapat satu halangan yang menyekat dan melemahkan aktiviti para duat
untuk melakukan islah umum dalam masyarakat. Iaitu mereka tidak melakukan usaha
yang banyak dalam hal ini, kerana mereka lebih mengutamakan tugas asal mereka
iaitu melakukan pentarbiahan para duat dan amal siyasiyy harakiyy. Mereka hanya
memberikan lebihan masa dan usaha serta individu-individu amilin yang tidak sesuai
lagi untuk tugas-tugas lain. Sedangkan, sekumpulan para duat yang mahir boleh
mengarahkan beberapa individu yang salih dan sesuai dari kalangan ummat Islam
yang tidak sesuai untuk menganggotai saf dakwah bagi melakukan pengislahan ini.
Atau para duat tersebut boleh meminta individu-individu yang enggan menganggotai
saf dakwah kerana takut atau bimbang. Kemungkinan individu-individu ini lebih
mahir daripada para pemuda dakwah dalam melaksanakan tugas-tugas seumpama ini.
Bahkan sesetengah mereka mempunyai semangat yang sama atau lebih tinggi
daripada semangat yang ada pada para duat. Tetapi kerana usia mereka yang telah
lanjut menjadi alasan untuk mereka tidak menganggotai jamaah. Atau mereka adalah
pegawai kerajaan yang berada pada kedudukan yang sensitif atau mereka mempunyai
kedudukan tertentu dalam masyarakat. Bagi mereka dan melalui pandangan maslahah,
anda memberikan fatwa bahawa mereka boleh memberikan sumbangan dalam usaha
melakukan amal Islamiyy yang umum tanpa mereka perlu memberikan komitmen
untuk menganggotai jamaah. Kita juga sepatutnya tidak menolak kemungkinan
bahawa sesetengah individu yang tenggelam dalam maksiat, hatinya masih lagi
diselubungi fitrah keimanan. Ini mendorong mereka untuk membantu Islam dan
memberikan perkhidmatan tertentu dan bermakna yang boleh menguatkan arus aliran
141

dakwah dan dalam masa yang sama, anda amat berhati-hati untuk mendekati mereka,
disebabkan kemaksiatan akhlak dan kelembapan mereka melakukan ibadat. Situasi ini
banyak berlaku terutamanya ketika berlaku pertembungan dengan kekufuran yang
nyata. Oleh itu, adalah menjadi kewajipan para duat untuk menerima dan berlapang
dada dengan usaha-usaha yang dilakukan oleh mereka. Para duat juga hendaklah
sentiasa mengungkap kata-kata yang baik sahaja kepada mereka, mudah-mudahan ia
menjadi permulaan buat mereka untuk melakukan taubat nasuha, seterusnya mereka
merasa malu dan tidak lagi akan mengulangi kesalahan. Tidak semestinya para duat
terus mengambil peluang daripada penyertaan mereka dalam usaha dakwah umum ini
untuk memberikan nasihat kepada mereka secara langsung dan terus terang dengan
perkataan-perkataan yang keras. Kerana mereka akan menganggap nasihat dengan
cara tersebut sebagai sesuatu yang keras buat mereka. Bahkan para duat hendaklah
berlembut dengan mereka. Hanya anggota tubuh badan mereka sahaja yang lemah
apabila berhadapan dengan hasutan-hasutan maksiat, sedangkan hati mereka masih
hidup segar.
Dengan alasan yang sama, saya memperolehi kebenaran untuk memberi peringatan
sekali lagi tentang kewajipan untuk memecahkan kekangan jiwa yang menghalang
kita daripada berlapang dada untuk menerima nasihat yang diberikan oleh sesetengah
pendakwah lain yang mengganggu dakwah bukan kerana mahu mengkhianati kita
atau kerana menjadi tali barut pemerintah. Bahkan yang kononnya nasihat itu
diberikan kerana kekurangan kefahaman mereka atau kerana taqlid kepada sesuatu
mazhab atau kerana hasad mereka terhadap sesetengah individu yang ada bersama
kita yang menyainginya. Jiwa kita merasakan apa yang mereka lakukan adalah
kesalahan yang besar, namun kita terpaksa membantu mereka kerana penyertaan
mereka dalam memberikan sumbangan untuk melakukan islah, selagimana mereka
tidak keterlaluan mengkritik atau mencela kita melalui kelas-kelas pengajian
kendalian mereka.
Perkiraan Realiti Membatalkan Idealisme
Perbahasan yang nampaknya indah pada pandangan anda dan saya ini, dianggap
sebagai bersahaja, penyelesaian tidak habis dan penyimpangan daripada matlamat
sebenar oleh sesetengah pemuda dakwah yang bersemangat tinggi dan terlalu gigih
berusaha. Kemungkinan mereka berpendapat bahawa pengislahan dalam bidang-
bidang tersebut sebagai penyelewengan daripada matlamat asal dakwah yang
berdasarkan nahi mungkar.
Dalam masa yang sama, mereka adalah betul dan salah. Penyempitan dan pembatasan
hakikat dakwah dalam sudut pengislahan umum sahaja dianggap pelarian diri
daripada mengharung pertarungan pemikiran dan politik bagi suatu dakwah yang
intipatinya adalah Islam. Iaitu Islam yang tertumpu kepada jihad dan nahi mungkar.
Langkah pengislahan seumpama ini di negara yang mempunyai kebebasan atau
142

diperintah oleh pemerintah yang lemah mungkin dianggap sebagai suatu kekalahan
dan langkah ke belakang yang hanya mementingkan keselamatan, kerehatan dan
ketenangan. Ia juga dianggap sebagai penyelewengan daripada landasan perjuangan.
Tetapi adakah kecekalan yang waras serta matlamat-matlamat perubahan yang
dibantu oleh pengislahan dalam bidang tertentu akan mendatangkan kemudaratan?
Adakah mendatangkan kemudaratan juga jika ia dibantu oleh proses pembentukan
akhlak dan pewujudan suasana yang membantu, di mana hanya tenaga-tenaga
sampingan, elemen-elemen yang hanyut dan pegawai-pegawai kerajaan yang masih
mempunyai nadi denyutan keimanan sahaja yang diarahkan kepadanya?
Di negara-negara yang mempunyai pemerintah yang ganas, adakah wujud jalan lain
yang terbuka bagi amal Islamiyy selain daripada melakukan pengislahan tersebut
yang dapat menjaga iklim Islam agar terus berkekalan? Hingga selepas beberapa
ketika iklim tersebut dapat dieksploitasi dengan baik iaitu ketika pemerintah ganas itu
sudah tiada lagi atau cengkamannya sudah menjadi longgar?
Para taghut pasti tidak berkemampuan untuk menghambat dan memburu kesemua
sudut amal Islamiyy yang umum itu, meskipun ia bercita-cita dan berharapan
demikian. Kerana penghambatan dan pemburuan itu akan menambahkan keliaran
orang ramai daripada mereka, akan menyegerakan pengasingan dan pemboikotan
mereka oleh rakyat, serta menyegerakan kejatuhan mereka. Dalam situasi demikian,
para duat sentiasa mempunyai peluang yang banyak untuk melakukan aktiviti umum,
meskipun pemerintah yang ganas itu mengaum seganas-ganasnya.
Berdasarkan apa yang telah diperkatakan, jelaslah kepada kita bahawa kebenaran dan
ketepatan tindakan menenggelamkan diri dalam aktiviti-aktiviti pengislahan umum
adalah relatif. Mungkin ia tepat dan benar bagi seseorang individu, bukan bagi yang
lain. Dalam satu situasi tertentu, bukan dalam situasi yang lain. Di satu negara
tertentu, bukan dalam negara yang lain. Keburukan bukanlah pada usaha tenaga yang
dicurahkan untuk pengislahan ini, tetapi keburukan terselit pada pembatasan dan
berpada dengan usaha-usaha tersebut sahaja dengan meninggalkan faktor-faktor
pemangkin lain seperti usaha serius melalui tanzim dan perancangan-perancangan
perubahan yang dilakukan dengan penuh ketelitian.
Anda janganlah dipalingkan daripada pengislahan tersebut kecuali untuk melakukan
kewajipan nahi mungkar seperti usaha tersusun melalui tanzim serta pentarbiahan
harakiyyah bagi para duat. Namun individu yang pintar boleh menghimpunkan
antara kedua-dua aktiviti tersebut. Itupun selagimana tidak ada rancangan daripada
pihak kerajaan yang zalim, menyeleweng dan cuai dalam memenuhi hak rakyatnya
untuk mengelirukan gambaran Islam. Setelah kerajaan itu menghadapi penentangan
dan bangkangan lalu ia menggangkat syiar-syiar Islam dengan tujuan mengepung
gerakan pembangkang. Di sini, iaitu dalam suasana demikian, seharusnya dai
bertindak dengan penuh kesedaran dan kewarasan. Dia hendaklah turut serta dalam
143

beberapa perkara dan menahan diri daripada beberapa perkara. Kemungkinan dalam
sesetengah keadaan adalah perlu bagi dakwah untuk mendahului pembangkang-
pembangkang lain untuk menentang kezaliman dan pencuaian hak-hak rakyat. Tetapi
itu tidaklah bermakna ia larut dalam aliran pembangkang yang wujud atau mesti
bergabung dengan mereka. Kerana kelahiran pihak pembangkang pada kebiasaannya
adalah kerana hasil tindak balas liar yang hampir kepada kekufuran dan kekacauan,
bahkan kadang-kadang mereka adalah lebih memudaratkan jika dibandingkan dengan
pemerintah zalim yang sedia ada. Jalan yang betul dan tepat ialah mempunyai
karekter tersendiri dalam amal Islamiyy yang mengingkari kedua-dua pihak yang
menyeleweng, sama ada sistem pemerintahan yang tempang dan juga tindak balas
yang cacat.
Kesucian Akidah Kita Menentukan Dimensi Hubungan Kita Dengan Ahli
Bidah
Terdapat karekter pembeza kedua yang seharusnya disedari oleh kita. Karekter
tersebut mewajibkan kita agar menghadkan sokongan kita terhadap aliran-aliran Islam
lain yang sebati dengan semangat perkauman dan bidah. Simpati yang mutlak
terhadap aliran-aliran ini bertentangan dengan asas aqidah yang menjadi paksi
kewujudan kita. Lebih-lebih lagi, petunjuk-petunjuk yang silih berganti sepanjang
sejarah Islam memberikan amaran kepada anda daripada memberikan kepercayaan
penuh kepada aliran-aliran tersebut. Kepercayaan dan simpati boleh diberikan tetapi
dalam batasan yang sederhana dan relatif.
Perancangan kita tertumpu kepada sekumpulan neraca aqidah yang seharusnya tidak
dialpakan sama sekali oleh seseorang perancang muslim. Dia juga janganlah terlalu
melakukan pentakwilan ketika berada dalam keadaan darurat dan terpaksa mengambil
rukhsah. Ini adalah kerana aqidah Islam tidak boleh dipinda. Ia adalah aqidah
rabbaniyyah yang kita akan menjadi mulia dengan memikulnya dan menyeru manusia
kepadanya. Kita tidak boleh meninggalkan atau mengabaikan sesuatu pun
daripadanya. Kita seharusnya terus meneguhkan diri dan mengambil azimah untuk
menyeru dan memimpin manusia agar berada di bawah naungan hakikatnya.
Sokongan yang kita berikan hendaklah hanya kepada golongan yang hampir kepada
aqidah yang sahih ini, iaitu aqidah yang dipegang oleh ahlussunnah wa al-jamaah,
yang dengannya mereka membezakan diri daripada golongan ahli bidah. Permusuhan
kita juga hendaklah dihadapkan kepada mereka yang mengingkari dan mengkufuri
aqidah tersebut. Namun kita hendaklah mempunyai sikap untuk mendekatkan diri
atau menjauhkan diri daripada sesuatu golongan berdasarkan kepada sejauhmana
mereka berpegang atau mengingkari aqidah tersebut. Melalui hakikat ini juga, kita
menentukan tahap hubungan kita dengan golongan yang berada di tengah-tengah
(iaitu golongan yang tidaklah sangat berpegang dengan aqidah ahlussunnah wal
jamaah dan tidaklah mengingkari atau menentangnya).
144

Mungkin nama yang diberikan kepada neraca-neraca ini adalah berbeza. Tetapi
kesimpulannya adalah jelas melalui aqidah yang disebutkan secara ijmal (ringkas) dan
segala juziyyatnya (komponennya). Segala pegangan yang tidak disandarkan kepada
ayat al-Quran atau hadis yang sahih sanadnya, maka ia dianggap sebagai bidah dalam
agama dan penambahan yang ditolak.
Diriwayatkan daripada al-Ustaz al-Mursyid Hasan al-Hudhaibiyy rahimahullah
tentang penolakannya terhadap bidah golongan yang tidak mengakui keIslaman
orang yang tidak berada di dalam jamaah, katanya: Saya telah berbaiah untuk
membawa jamaah ini berjalan di atas landasan aqidah ahlussunnah wal jamaah. Oleh
itu, saya menolak bidah mereka demi agama dan pegangan saya sebelum saya
menolaknya kerana kepentingan tanzim.
Ini adalah kata-kata yang sahih dan merupakan antara neraca asasi dakwah.
Ungkapan-ungkapan yang terdapat di dalam kitab Duat La Qudhah menegaskan
lagi kata-kata di atas. Jelas daripada kata-kata di atas bahawa jamaah boleh memilih
jenis aqidah tertentu, iaitu aqidah yang mathur dan dikenali sebagai aqidah
ahlussunnah wa al-jamaah. Berdasarkan pilihan ini, kita terhalang daripada mengikat
baiah dengan ahli bidah, atau kita meletakkannya sama taraf dengan diri kita. Tetapi
dalam masa yang sama, kita tetap menyerunya kepada maruf dan melarangnya
daripada terus melakukan bidahnya itu, tetapi dengan cara yang baik jika bidahnya
adalah dari bidah yang kecil. Jika bidahnya adalah besar, maka hendaklah kita
melarangnya dengan cara yang keras. Pada sudut yang lain, kita tetap mengakui
keislamannya. Kita juga hendaklah memberikan bantuan kepadanya terhadap orang
kafir. Kita juga hendaklah membantunya daripada orang yang menzaliminya. Kita
juga hendaklah mengutamakannya daripada orang yang lebih besar mudharatnya. Kita
juga hendaklah memuji dan berterima kasih terhadap perbuatan-perbuatan baiknya,
tetapi dengan menyebut satu-persatu perbuatan-perbuatan tersebut, bukan secara
mutlak, umum atau sekaligus. Di samping itu, dari sudut tanzim kita juga wajib
mewujudkan hubungan, melawat, memberikan nasihat dan bekerjasama dengannya
dalam bidang-bidang yang dipersetujui. Tetapi selagimana dia tidak menjadikan
kerjasama tersebut sebagai alasan untuk menyebarkan bidahnya, atau selagimana
kerjasama tersebut tidak menjadikan kekuatan dan pengaruhnya bertambah, lebih
daripada kekuatan dan pengaruh golongan yang mempunyai aqidah yang benar. Jika
dia mendakwa bahawa dia telah membuang bidah yang dia dengan jelas mengaku
berpegang dengannya atau dalil-dalil yang jelas menunjukkan dia berpegang
dengannya sebelum itu, maka kita hendaklah menuntut daripadanya agar membuat
pengakuan secara terbuka bahawa dia telah meninggalkannya. Pengakuan itu
hendaklah dibuat secara bertulis, jika sebelum ini dia menyebutnya dalam tulisannya,
atau dengan lisan, jika dia menyebutnya secara lisan. Hendaklah juga wujud tanda-
tanda yang mengesahkan pengakuannya itu. Tidak memadai sama sekali jika dia
hanya menafikan secara lisan dalam sempena-sempena sampingan terhadap apa yang
145

berada dalam tulisannya. Kerana bertaubat daripada sesuatu maksiat hendaklah
dilakukan dengan cara yang sesuai dengan maksiat tersebut.
Unsur kelemahan dalam aliran fanatik perkauman adalah kerana ia bersandarkan
kepada aqidah atau pegangan yang berserabut dengan bidah aqidah dan akhlak tanpa
mendapat tentangan daripada ulama yang memimpin mereka. Di samping itu mereka
juga berpegang dengan perkara-perkara ghaib yang tidak bersandarkan ayat-ayat al-
Quran dan hadis-hadis yang sahih.
Kelemahan ini lebih terserlah sekali lagi ketika anda dapati aliran fanatik perkauman
ini adalah bertitik tolak daripada perasaan dendam dan sebati dengan perasaan
dukacita mendalam yang membentuk jiwa individu-individunya. Mereka adalah
pesimis tidak optimis dan tertutup tidak terbuka. Hubungan mereka dengan orang lain
adalah didasarkan kepada buruk sangka semata-mata. Bahkan mereka
mempertanggungjawabkan kepada orang lain kesalahan yang dilakukan oleh musuh-
musuh mereka pada zaman permulaan Islam atau pada zaman-zaman lampau, hingga
mereka mengkategorikan majoriti sahabat Rasulullah saw sebagai murtad, apatah lagi
orang lain.
Gerakan fanatik nasionalisme (al-shuubiyyah) telah melakukan eksploitasi yang
besar terhadap aliran ini di beberapa buah negara Arab yang mempunyai penduduk
yang terdiri daripada pelbagai kaum. Ini dapat kita kesan melalui hubungan sosial dan
memerhatikan sikap dan pendirian yang diambil, meskipun tidak ada dokumen yang
bertulis tentang perkara ini. Ini adalah elemen ketiga yang anda harus mengurangkan
semangat anda untuk mendekatinya. Gerakan al-shuubiyyah dan permusuhan
terhadap Arab adalah kemungkaran yang besar. Pengkaji sejarah Islam secara umum
dan mehnah yang dihadapi oleh Imam Ahmad secara khusus, juga sejarah pada zaman
Salahuddin al-Ayyubiyy akan memahami perkara ini dengan baik. Memang terdapat
perbezaan yang jelas antara orang-orang yang menjadi saudara anda melalui
ukhuwwah Islamiyyah sejati dengan seorang individu yang bergelora dalam jiwanya
sifat persaingan dan hanya membolot kepentingan-kepentingan daripada aktiviti yang
dilakukannya hanya untuk kaumnya sahaja, tidak kepada ummat Islam yang lain.
Kebanyakan orang yang memberikan kepercayaan berlebihan kepada aliran ini perlu
membuat kajian mendalam sama ada dari sudut akidah dan sejarah. Kerana
kekurangan kajian ini, menyebabkan mereka segera membenarkan perkataan-
perkataan umum yang diucapkan oleh pemimpin-pemimpin aliran tersebut.
Sepatutnya mereka melakukan kajian mendalam terlebih dahulu sebelum mereka
yakin terhadap pendirian yang mereka diambil. Mereka juga tidak boleh bergantung
dengan penafian yang dilakukan secara sembunyi terhadap perkara-perkara bidah,
sedangkan penafian itu tidak pernah terserlah di dalam buku-buku dan akhbar yang
mereka diterbitkan serta syarahan-syarahan yang mereka diberikan.
146

Sesiapa yang mentafsirkan kata-kata saya di sini sebagai seruan untuk
menjerumuskan diri ke kancah peperangan dengan aliran-aliran fanatik perkauman
atau untuk terus memutuskan hubungan dengan mereka, telah melakukan satu
kesilapan yang amat besar. Bukan itu niat saya. Sama sekali tidak. Mereka tetap orang
Islam yang bersembahyang ke arah kiblat yang sama dengan kita. Hubungan sosial
kita dengan mereka mewajibkan kita mempunyai hubungan yang baik dengan
mereka. Saya telah jelaskan perkara ini ketika berbicara tentang sifat-sifat proses
pemilihan yang boleh menghindarkan kecelakaan bagi melakukan permulaan yang
selamat. Tetapi kita hendaklah menyeru mereka agar berpegang dengan beberapa
hakikat yang menjadi pegangan bersama, iaitu agar mereka tidak berpegang dengan
bidah, tidak mentadhifkan (melemahkan) seseorang yang thiqah, tidak tertutup
melakukan sesuatu amalan dan tidak memberikan bantuan kepada golongan
perkauman.
Memang betul saya menyeru agar kita berhati-hati terhadap situasi semasa mereka
yang tertutup dan merasa senang dengan bidah, tetapi dalam masa yang sama kita
juga wajib berdialog dengan mereka secara berterus terang agar mereka meninggalkan
bidah yang mereka sedang terjerumus ke dalamnya dan yang kita amat menjaga diri
kita agar terlepas daripadanya. Tiada siapa dari kalangan mereka yang boleh
memasuki saf kita melainkan setelah dia membuat perakuan sebagaimana kita
membuat perakuan. Kita juga tidak boleh bekerjasama atau membuat persetiaan
dengan kumpulan mereka melainkan setelah mereka mengisytiharkan bahawa manhaj
mereka tidak bercanggah dengan manhaj jumhur ummat Islam dari kalangan salaf dan
khalaf secara bertulis. Bukan sekadar pengumuman yang dilakukan secara tertutup
bagi mengelakkan soalan yang tidak menyenangkan. Setelah perisytiharan itu dibuat,
kita hendaklah menunggu beberapa ketika agar manhaj tersebut telah benar-benar
sebati dengan mereka, bukan sekadar sepak terajang politik yang bersifat sementara.
Sebelum berlalu tempoh tersebut, kita tidak boleh menerima mereka. Bukan kerana
jumud atau fanatik, tetapi ia adalah akidah suci warisan yang mewajibkan kita
bersikap demikian. Bidah yang menjadi pegangan mereka tidak termasuk dalam
kategori perselisihan ijtihad sekalipun mereka mendakwa demikian. Perbezaan di
antara perselisihan fiqh dalam perkara-perkara ibadat dan muamalat dengan
perselisihan akidah amat jelas. Kerana akidah adalah asas agama. Mana-mana duat
Islam yang tidak melihat perkara ini, maka itu adalah tanda bahawa dia tidak tahu
hakikat golongan tersebut.
Beberapa orang duat menyangka bahawa kita juga mempunyai tempias perkauman
sama dengan kumpulan perkauman yang lain, iaitu ketika kita menamakan diri kita
sebagai ahlus sunnah wal jamaah. Mereka (beberapa orang duat itu) menyeru agar
kita juga bertolak ansur sebagaimana kita meminta kumpulan perkauman itu bertolak
ansur. Atau mereka berbicara secara umum dengan mengatakan bahawa memadai kita
beragama Islam sahaja, tiada mazhab atau akidah tertentu dalam Islam.
147

Pendapat yang dipegang oleh beberapa orang duat itu tidak benar sama sekali.
Akidah kita ialah akidah Islam yang sahih. Golongan salaf memberikan istilah akidah
ahlus sunnah wal jamaah adalah untuk membezakannya dengan akidah yang menjadi
pegangan kumpulan-kumpulan bidah.
Sesetengah duat yang lain pula berpendapat bahawa kepastian terhadap sesuatu
kebenaran merupakan suatu yang relatif. Kerana setiap orang yang mempunyai
pegangan merasa pasti dan yakin bahawa dialah yang paling benar dan paling hampir
kepada kebenaran. Ahli-ahli bidah juga merasakan akidah mereka adalah benar.
Mereka berpendapat bahawa mereka berada di atas kebenaran, sebagaimana kita juga
berpendapat bahawa kita berada di atas kebenaran. Oleh itu, dia menyeru agar kedua-
dua puak ini berdamai. Dia juga menyeru agar kedua-duanya saling menerima
keadaan masing-masing di samping kedua-duanya hendaklah saling bertolak ansur
dalam beberapa perkara.
Sebenarnya ini adalah satu lagi sikap yang bahaya. Pendirian kita ini bukanlah lahir
daripada pandangan akal semata-mata sehingga kita boleh dituntut untuk mendakwa
akidah kita tidak benar. Tetapi akidah kita adalah warisan melalui perkhabaran secara
bersambung terus kepada Nabi saw melalui periwayatan orang-orang yang thiqah lagi
adil. Imam al-Ghazaliyy berkata: Semua perkara bidah sepatutnya ditutup pintunya.
Kita juga sepatutnya mengingkari perkara bidah yang dilakukan oleh manusia,
meskipun mereka berpegang ia adalah benar. Kerana kesalahan mereka diketahui
secara pasti, berlainan dengan kesalahan dalam bab ijtihad. Tetapi jika penduduk
sesuatu tempat terbahagi dua; iaitu satu kumpulan adalah ahli bidah dan sekumpulan
lagi adalah ahlis sunnah, dan jika bantahan terhadap ahli bidah akan menyebabkan
berlaku pergaduhan, maka individu tidak mempunyai kuasa untuk menasihati menurut
seluruh mazhab, kecuali dengan perlantikan daripada pihak pemerintah.
48

Oleh kerana tidak dapat digambarkan di kebanyakan negara Islam atau
keseluruhannya kewujudan pemerintah yang hatinya merasa sakit melihat bidah yang
tersebar, jika syarat di atas diambil kira secara ketat, maka langkah untuk mencegah
bidah akan terbengkalai. Oleh itu, syarat tersebut telah diubahsuai menjadi syarat
lain, iaitu hendaklah orang yang mencegah bidah itu misalnya terdiri dari kalangan
orang yang mempunyai ilmu yang mendalam, atau mempunyai kedudukan yang
tinggi dalam masyarakat, atau mempunyai kepintaran yang diiktiraf oleh semua
orang, atau seumpamanya. Jika bidah hanya sesuatu yang ganjil (sedikit),
sedangkan orang lain semuanya berada di atas landasan sunnah, maka mereka boleh
memberikan nasihat meskipun tanpa keizinan pemerintah.
49


48
Ihya Ulum al-Din, jil. 2, hlm. 327.
49
Ihya Ulum al-Din, jil. 2, hlm. 327.
148

Jalan yang betul ialah kita hendaklah berkeyakinan bahawa hidayah merupakan
kurniaan Allah yang mungkin dikurniakan oleh Allah Taala kepada sekumpulan
pemuda dari kalangan kelompok yang melakukan bidah itu. Mereka mula merasa
kesilapan yang ada lalu berusaha melepaskan diri secara berperingkat daripada bidah
dan pendirian-pendirian terdahulu yang silap. Dalam masa yang sama, mereka
menghampirkan diri kepada al-sunnah yang sahih. Mereka akan menjadi satu aliran
tersendiri. Kita berkewajipan menguatkan kumpulan ini dan menyokongnya. Kita
juga berkewajipan untuk memberikan kasih sayang kita kepada mereka. Mungkin
akan berlaku persekatan dengan kumpulan ini atau mungkin kita boleh menerima
mereka masuk ke dalam saf kita. Tetapi kita masih tidak boleh membuat perkara yang
sama kepada anggota-anggota yang lain jika mereka terus berada di atas bidah
mereka.
Bantuan Dari Kampung
Kewajipan kedua para perintis dakwah ketika mahu memperdalamkan cengkaman
dakwah ialah prihatin terhadap penduduk kampung.
Mereka adalah separuh daripada bilangan manusia. Jika pada fasa perluasan
(insiyab) tumpuan diberikan kepada golongan berpelajaran, pekerja mahir dan mereka
yang mempunyai kedudukan di bandar-bandar, maka pada fasa pendalaman
(tawaghghul) bantuan para petani hendaklah diutamakan. Dakwah di Mesir telah
berjaya untuk menampilkan dirinya dengan berjaya di kawasan-kawasan pedalaman
(kampung) sejak peringkat awal lagi. Namun dakwah di negara lain menunjukkan
kecuaian dalam bab ini.
Titik tolak daripada keprihatinan ini bukanlah semata-mata untuk mendapatkan
sokongan para petani sahaja, tetapi lebih dari itu ialah keprihatinan terhadap generasi
baru yang tinggal di kawasan-kawasan pedalaman. Mereka merupakan sokongan dan
bantuan yang padu kepada perkembangan masyarakat di bandar. Kerana corak
kehidupan moden sekarang ini menyebabkan sekolah-sekolah telah banyak dibina di
kawasan-kawasan pedalaman, perhubungan juga menjadi mudah dan siaran-siaran
radio juga telah sampai walaupun ke ceruk yang paling jauh di perkampungan. Semua
ini menyebabkan kedudukan para pemuda di kawasan pedalaman mempunyai
kepentingan yang hampir setara dengan para pemuda di bandar. Sesetengah daripada
para pemuda di kawasan pedalaman akan memasuki sekolah-sekolah vokasional dan
universiti-universiti. Mereka akan bertugas di jentera-jentera kerajaan dan di
kementerian-kementerian tertentu yang memberikan khidmat umum dan mempunyai
cawangan di kawasan-kawasan yang jauh dari bandar. Kebanyakan dari mereka akan
menjadi pekerja-pekerja teknikal. Ini bermakna bahawa mereka mungkin akan
mempunyai hubungan dengan kehidupan politik dan pemikiran. Di samping itu,
mereka masih mempunyai kesucian fitrah kekampungan, maruah, keberanian,
keikhlasan, kesetiaan, kemurahan hati, jauh dari kemewahan dan kemampuan
149

menanggung kesusahan yang sudah tidak dimiliki oleh kebanyakan para pemuda di
bandar. Ini adalah sifat-sifat kebaikan unik yang mengatasi kenaifan negatif yang
menyelubungi sesetengah dari mereka. Tambahan pula, sifat tersebut boleh dirawat
dengan berperingkat melalui proses penyedaran, pentarbiahan dan menghadapi
kehidupan bandar secara realiti.
Kemungkinan sesetengah daripada mereka (orang kampung) tidak memiliki
keazaman yang tinggi kerana kemiskinan yang mereka alami. Ada antara mereka
yang sudah merasa puas jika hanya menjadi seorang pekerja yang sederhana atau
sebagai seorang penulis atau sebagai seorang askar yang berpangkat rendah. Dia tidak
mempunyai keazaman untuk meneruskan pengajiannya hingga ke peringkat yang
lebih tinggi (sarjana) sebagaimana keazaman yang dimiliki oleh kebanyakan pemuda
bandar. Namun kita dapati hasil daripada kemajuan yang dialami di kebanyakan
negara menunjukkan bahawa mereka (orang kampung) juga telah hampir mempunyai
tabiat orang bandar dari setahun ke setahun. Ini mewajibkan kita untuk turut
memberikan perhatian kepada mereka.
Untuk melaksanakan tanggungjawab ini, jamaah boleh meniru langkah yang
dilakukan oleh dakwah al-Sanusiyyah yang mendirikan al-zawaya (kompleks
pendidikan) bersama sedikit pindaan dan ubahsuaian jika keadaan memerlukannya.
Kompleks pendidikan moden ini mungkin dibuat melalui penubuhan sebuah sekolah
Islam di sebuah kampung yang terkenal di kalangan beberapa buah kampung. Di
samping sekolah, hendaklah dibina sebuah masjid. Ia juga hendaklah mempunyai
asrama. Setakat termampu, sekolah itu hendaklah memilih anak-anak dari kampung-
kampung tersebut yang terdiri daripada anak-anak golongan pemuka dan ketua-ketua
mereka untuk tinggal di asrama. Sekolah itu hendaklah mempunyai sebuah
perpustakaan yang sesuai dan sebuah klinik jika perkhidmatan kesihatan kerajaan di
kawasan itu tidak berkesan. Sekolah itu juga hendaklah mempunyai sebuah ladang
atau kebun kecil bagi para pelajarnya turut serta bercucuk tanam dan memakan hasil
tanamannya.
Beberapa kompleks seumpama ini yang diketuai oleh seorang ulama yang aktif
berdakwah melalui lidahnya, boleh memelihara agama di kampung-kampung tersebut.
Di samping itu, ia juga boleh memilih para pemuda dan penduduknya yang baik untuk
menjadi duat yang beriltizam. Namakanlah ia sebagai zawiyah (pondok) atau Pusat
Islam atau apa sahaja nama lain yang anda mahu.
Lebih penting dari itu, hendaklah ada beberapa orang duat yang sanggup untuk
tinggal di kampung-kampung (kawasan pedalaman) sebagai pegawai tetap dalam
bidang pendidikan di sekolah-sekolah rendah, atau sebagai pembantu pertanian,
pegawai pos, pegawai kesihatan, pentadbir koperasi-koperasi pertanian, pentadbir
pusat-pusat ternakan, penyelia kawasan-kawasan perlombongan, pentadbir stesen-
stesen keretapi, pengawal sempadan, pengawal pantai dan seumpamanya. Pekerjaan-
150

pekerjaan tersebut menuntut sedikit pengorbanan kerana beberapa keistimewaan yang
ada di bandar tidak diperolehi. Situasi ini lebih mudah dihadapi insya Allah oleh
seseorang yang anak-anaknya masih lagi kecil. Bagi mereka yang sudah mempunyai
anak-anak yang besar dan perlu untuk memasuki sekolah-sekolah menengah rendah
dan menengah atas perlu diberikan keuzuran dan pengecualian. Mungkin jawatan-
jawatan yang disebutkan di atas mempunyai kedudukan yang agak terkebelakang dan
menawarkan gaji yang rendah, namun tetap ada orang yang bersedia menerimanya.
Setiap masyarakat mempunyai keseimbangan dari sudut pembahagian rezeki. Anda
pasti akan menemui ada orang yang sudah berpuas hati dengan pendapatan yang
sedikit. Saya tidaklah menghalang ikhwah kita daripada mendapat peluang pekerjaan
yang lebih baik di bandar, tetapi saya menyeru kepada pengeksploitasian jawatan-
jawatan tersebut oleh ikhwah kita yang kelulusan, kesihatan atau keterikatan mereka
dengan keluarga tidak memungkinkan mereka untuk menerima selain daripada
jawatan-jawatan tersebut yang wujud di kawasan pedalaman.
Kita juga mungkin boleh mengambil cara yang digunakan oleh jamaah tabligh di
India. Iaitu dengan menubuhkan beberapa kumpulan kecil yang terdiri daripada
beberapa orang pelajar sekolah. Semasa cuti persekolahan, mereka pergi ke kampung-
kampung selama sebulan atau lebih pada setiap tahun. Satu kumpulan ditugaskan
untuk pergi ke beberapa buah kampung tertentu. Mungkin bilangan yang diperlukan
untuk sebuah negeri yang luas ialah sebanyak seratus kumpulan. Mereka hendaklah
dibahagi dan dipecahkan berdasarkan perancangan yang amat teliti. Di kampung,
mereka bercampur dengan masyarakat petani dan peladang. Mereka berusaha untuk
menghapuskan buta huruf, melakukan dakwah dan memberikan rawatan. Mereka juga
membaiki masjid-masjid dan memberikan bantuan untuk mendirikan masjid yang
kecil. Melalui aktiviti-aktiviti tersebut mereka mewujudkan persahabatan dan
hubungan baik dengan para penduduk di kampung-kampung.
Para pendakwah yang pergi ke kampung-kampung itu hendaklah diperkenal dan
diajar tentang adat kebiasaan dan tabiat para penduduk kampung. Ini agar para
pendakwah tidak melanggarnya lalu menyebabkan penduduk kampung menjauhkan
diri daripada mereka. Kerana kadang-kadang terdapat sesetengah perkara yang
kelihatan kecil sahaja pada pandangan penduduk bandar, tetapi bagi penduduk
kampung ia sudah dianggap dosa besar. Begitu juga, para pendakwah itu hendaklah
diajar tentang keturunan dan nasab mereka, agar mereka dapat membezakan
keistimewaan ikatan bagi sesetengah kabilah.
Di sini kita kembali membincangkan tentang kerelatifan dalam melaksanakan
kewajipan ini. Seseorang dai tidak boleh melupakan dirinya sendiri ketika kita
berbicara tentang keperluan untuk bergiat cergas di kawasan kampung, lalu dia
bertungkus lumus menumpukan seluruh tenaganya seolah-olah dia tidak mempunyai
bidang dakwah yang lain. Begitu juga sebagaimana berlaku kepada dai lain yang
menumpukan seluruh tenaganya di tempat belajarnya, sementara yang lain pula
151

bertungkus lumus dalam bidang-bidang yang lain pula. Kita perlu sedar bahawa
tenaga kita adalah terhad sedangkan bidang dakwah amat luas sekali. Perhatian dan
perancangan kita hendaklah dilakukan dengan seimbang dan realistik. Selagimana
tidak ada alasan, janganlah kita terlalu menekan kepada sesuatu bidang dengan
meninggalkan bidang lain melainkan jika ia dituntut oleh lojik.
Tidak dapat dinafikan bahawa sesetengah kerajaan, terutama kerajaan berparti,
menekan para duat Islam daripada bergiat aktif di kawasan kampung, sebagaimana ia
menyekat mereka daripada melakukan islah secara meluas. Namun proses
penyelamatan masih dapat dijalankan di sesetengah negara yang masih mempunyai
saki baki kebebasan. Begitu juga, kerajaan-kerajaan zalim mungkin tidak mampu
menghalang anda seratus peratus daripada menjalankan aktiviti tersebut. Kerana
melalui pengalamannya yang pahit dan tekanan berkali-kali terhadap para duat Islam
mungkin akan membangkitkan kebenciannya yang cuba dijauhinya pada peringkat
permulaan lagi, lalu dalam keadaan terpaksa ia hanya membiarkan sahaja anda terus
menjalankan usaha dakwah.
Halangan terbesar kepada proses ini bukanlah kerajaan, sebagaimana yang telah
menjadi pengalaman kita, tetapi beban untuk menerima dan memberikan khidmat
kepada tamu yang akan tertimbun ke atas bahu seseorang daii apabila dia bergiat
aktif dalam dakwah di kawasan-kawasan kampung. Hubungannya dengan para
penduduk kampung akan menjadikannya seolah-olah sebagai wakil rakyat mereka
dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan urusan-urusan di bandar. Mungkin para
penduduk kampung itu akan menyibukkan seseorang daii dengan urusan-urusan di
mahkamah, di pejabat-pejabat kerajaan dan di hospital-hospital, sedangkan si daii
sedang sibuk dengan urusan lain bagi kepentingan dakwah. Apabila penduduk-
penduduk kampung itu datang ke bandar, mereka tidak tahu ke mana mereka perlu
pergi kecuali para duat yang sudah mereka kenali itu. Mungkin menjadi faktor yang
menyebabkan para duat lemah semangat untuk bergiat aktif di kawasan kampung dan
pedalaman. Bukan kerana bakhil, benci atau sempit dada, tetapi kerana mahu
menggunakan tenaganya sepenuhnya pada perkara yang mendatangkan manfaat
kepada dakwah.
Seseorang yang tinggal di bandar mempunyai hubungan yang luas dan tugasan harian
yang banyak. Penerimaan tamu akan menyebabkannya sukar memenuhi segala
temujanji dan kerja rutin hariannya. Situasi ini tidak dialami oleh seseorang yang
tinggal di kampung kerana keterbatasan pergerakannya. Oleh itu, kita jarang menemui
para duat yang dapat bertahan lama untuk bergiat aktif dengan para penduduk
kampung. Mungkin penubuhan beberapa buah bilik tamu di persatuan-persatuan
Islam yang berada di bawah pengurusan kita boleh meringankan bebanan para duat
dan menjadikan mereka lebih berani dan bersemangat untuk meneruskan aktiviti-
aktiviti mereka di kampung. Lebih penting dari itu, hendaklah di setiap bandar ada
seorang daii yang bukan terdiri daripada pimpinan yang diberikan tugas khusus
152

untuk membantu para penduduk kampung dalam urusan-urusan yang terpaksa mereka
lakukan di bandar. Daii ini menggantikan para duat lain untuk menemani penduduk
kampung yang datang untuk berurusan di pejabat-pejabat kerajaan, di hospital-
hospital dan memenuhi segala hajat mereka. Daii ini hendaklah diberitahu bahawa
kerjanya yang memenatkan itu akan membantu menjayakan perancangan kita untuk
menyebarkan dakwah di kawasan kampung dan pedalaman.
Mencatat Segala Aktiviti (Menulis Buku Panduan)
Mungkin faedah yang paling besar boleh diperolehi iaitu dengan setiap kumpulan itu
menulis dan mencatat segala pengalaman mereka. Kemudian satu analisa dan kajian
dilakukan terhadap pengalaman-pengalaman yang dilalui oleh semua kumpulan.
Analisa dan kajian itu hendaklah melihat kepada pengalaman dakwah melalui
pembinaan kompleks pendidikan, kemudian melihat pula kepada pengalaman yang
ditimba melalui aktiviti-aktiviti kepada para penduduk kampung yang dilakukan juga
di negara-negara yang lain. Dengan itu, sebuah buku dalam bidang ini dapat
dihasilkan serta dapat membantu menyelesaikan masalah-masalah dan memberikan
panduan terbaik bagaimana untuk mengambil peluang yang ada serta menerangkan
cara bagaimana jalan mana yang harus digunakan untuk keluar masuk. Mungkin satu
seminar juga perlu diadakan bagi membahas perancangan aktiviti di kawasan-
kawasan kampung sebagaimana keperluan untuk mengadakan seminar bagi
membincangkan perkara-perkara lain.
Saya lebih suka jika kita mengadakan seminar bagi setiap bentuk aktiviti dan
medannya, dan selepas itu kita mencatatkan segala pengalaman yang diperolehi. Saya
sedar tugas ini memerlukan tenaga yang banyak. Tetapi jika kita menugaskan seorang
dai dari kalangan yang mempunyai kedudukan sebagai salah seorang pimpinan bagi
melakukan pemantauan terhadap semua seminar dan bagi mencatat segala
pengalaman realiti ini, pasti kita akan mendapat pulangan yang lumayan, insya Allah.
Dai yang ditugaskan itu pula hendaklah tidak dibebankan dengan tugas-tugas
pentadbiran dan aktiviti lain dalam sektor-sektor tertentu. Mungkin terdapat
kemudaratan terhasil daripada pembekuan dai tersebut daripada menjalankan tugasan
hariannya bagi jamaah sebagai seorang murabbi, pengumpul dan pentadbir, tetapi
faedah-faedah yang tercerna melalui peningkatan tahap perjalanan pentadbiran di sisi
seluruh para duat adalah lebih besar. Ini adalah satu perkara asasi yang tidak
perdebatkan lagi di sisi mereka yang mempunyai pengetahuan tentang bentuk-bentuk
pentadbiran moden.
Wanita Adalah Saudara Lelaki
Kewajipan ketiga: Prihatin terhadap golongan wanita.
Mereka adalah sebahagian dari masyarakat juga. Pengaruh yang mereka berikan
bertambah besar dari masa ke masa, terutamanya dalam bidang pendidikan.
153

Keprihatinan itu bermula daripada kewajipan menjaga, mentarbiah serta memelihara
akhlak dan hijab mereka. Atau keprihatinan terhadap mereka dilakukan melalui
penyediaan para isteri yang salihah bagi dipasangkan dengan ramai para pemuda yang
terlibat dalam dakwah atau turut bernaung di dalam lingkaran dakwah. Para isteri
yang salihah ini akan menjaga kehormatan ketika ketiadaan sumai, bersabar atas
ketiadaan suami kerana melakukan dakwah dan sanggup menghadapi sebarang bentuk
ujian dan mihnah dengan dada yang lapang tanpa berkeluh kesah. Isteri-isteri yang
salihah ini juga akan mentarbiah anak-anak dengan asas-asas pendidikan Islam yang
tepat.
Inilah titik tolak yang sebenar bagi keprihatinan terhadap kaum wanita. Namun
aktiviti-aktiviti kewanitaan yang membantu dan berjalan selari dengan perancangan
dakwah dalam banyak bidang yang sesuai dengan mereka juga sepatutnya ditekankan.
Antara bidang yang paling menonjol ialah penyertaan dalam bidang kewartawanan,
sastera, kajian hukum hakam fiqh, sejarah, semua bidang-bidang ilmu yang lain,
tugas-tugas mengutus surat, perangkaan dan mengambil berat terhadap keperluan
keluarga-keluarga mereka yang dipenjarakan ketika zaman mihnah. Mungkin kita
boleh mengarahkan para akhawat yang berkelulusan universiti khususnya untuk
menangani tugas-tugas ini.
Kumpulan-kumpulan lain telah mendahului kita dalam perkara ini. Bagi mereka,
perkara ini menjadi lebih mudah kerana mereka bebas bergaul antara lelaki dan
wanita serta tiada kewajipan menutup aurat dalam kamus mereka. Manakala kita pula
dibatasi dengan batasan syarak yang menghalang kita daripada mengeksploitasi
banyak tenaga wanita sebagaimana dilakukan oleh kumpulan-kumpulan lain. Namun
ini tidak bermakna seluruh bidang telah tertutup di hadapan kita bagi wanita. Dalam
bidang-bidang tertentu yang telah saya sebutkan mereka boleh memainkan peranan
dengan memberikan bantuan kepada kaum duat lelaki. Tetapi kebiasaan yang
melampaui batasan syarak tidak seharusnya menjadi ikutan kita. Segala yang
dilakukan hendaklah tidak melebihi kewajipan syarak yang dibenarkan dalam bidang-
bidang amal wanita dalam perancangan umum. Seperti menonjolkan nama-nama
mereka secara jelas dalam masyarakat sebagai sasterawan, wartawan, ahli sejarah,
statistis dan analisis terhadap perkembangan politik, selagimana mereka berhijab,
menjaga kehormatan dan melaksanakan tugas mereka melalui tanzim, persatuan dan
kelab yang khusus untuk mereka jauh daripada pergaulan bebas dengan kaum lelaki.
Mungkin anda telah memahami cara saya, maka tidak perlulah lagi saya
mengingatkan anda tentang keperluan mengadakan seminar khusus bagi menentukan
dan menjelaskan bidang-bidang kerja yang kaum wanita akan melibatkan diri. Atau
tentang keperluan untuk mencatat hasil-hasil pengalaman yang diceritakan oleh kaum
wanita yang terlibat... Saya juga tidak perlu lagi untuk mengingatkan anda tentang
kerelatifan amal dan tentang keperluan untuk menyekat semangat anda yang
154

berlebihan. Semangat itu hendaklah diseimbangkan dengan tenaga yang ada dan
sesuai dengan segala keperluan semasa.
Kegirangan Anak-anak al-Afra
Kewajipan keempat: Membina gerombolan kanak-kanak Islam.
Anak-anak merupakan sumber utama bagi mendapatkan duat yang mantap dan
sanggup berkorban. Kerana golongan yang sudah berusia pasti tidak terlepas daripada
sebarang bentuk kekurangan yang terhasil daripada kehidupannya terdahulu, iaitu
sebelum dia mengenali para duat dan menyahut seruan mereka. Manakala kanak-
kanak seluruhnya adalah kebaikan. Seluruhnya adalah kecergasan. Jika anda sanggup
bersabar bersama-samanya selama beberapa tahun sahaja, pasti dia akan membesar
menjadi seorang rijal yang sempurna, seorang yang berani dan tekun berusaha. Saya
rasa, tidak perlu untuk saya mengulangi perkara yang asasi ini lagi. Anda pasti telah
yakin tentang kepentingan untuk mendidik mereka dan anda juga pasti telah
diingatkan bahawa mereka adalah dahan pokok yang masih lembut dan basah.
Saya tidaklah memaksudkan kanak-kanak kecil yang akan memenatkan anda. Kerana
dakwah akan bertukar menjadi taman asuhan kanak-kanak ketika itu. Tetapi yang
saya maksudkan ialah kanak-kanak yang menghampiri umur baligh. Anda hendaklah
memilih yang menjaga kehormatan dan beradab dari kalangan mereka. Anda juga
hendaklah memilih yang mempunyai sifat suka bergaul dengan orang lain. Begitu
juga anda hendaklah memilih yang cergas dan sentiasa aktif. Sebagaimana anda juga
hendaklah memilih yang tekun berusaha dalam bidang pelajarannya. Setelah itu, anda
hendaklah menggalakkan mereka datang ke masjid. Di situ anda menggalakkan
mereka untuk menghafal beberapa juzuk al-Quran dan beberapa hadis sahih pilihan.
Anda hendaklah menggalakkan mereka agar bertanding dalam beberapa jenis
perlawanan sukan. Anda juga hendaklah menggalakkan mereka agar terlibat dalam
bidang seni mempertahankan diri seperti judo dan karate. Anda juga hendaklah
membawa mereka melawat ke kawasan pinggir bandar yang indah dan tempat-tempat
bersejarah. Semua itu dilaksanakan dalam satu komuniti khusus dengan diselia oleh
beberapa orang penyelia pintar yang mengajarkan mereka tentang pengertian
ukhuwwah dan hakikat zaman muda. Hingga ketika mereka telah matang atau hampir
menjejakkan kaki ke universiti atau hampir membebaskan diri dari ikatan keluarga
dengan sesuatu pekerjaan di mana-mana tempat, anda dapatinya telah menjadi
seorang dai yang penuh dadanya dengan kefahaman, sifat malu dan aktif. Anda tidak
ragu-ragu lagi terhadap kemampuannya.
Nampaknya saya dikehendaki untuk membuat gambaran yang lebih jauh tentang
peranan golongan anak-anak. Oleh itu, kita hendaklah menubuhkan satu wadah
khusus untuk mereka, bukan hanya berpada dengan institusi-institusi setempat yang
bernaung di bawah masjid-masjid umpamanya. Kita mungkin boleh menubuhkan
pertubuhan seperti pertubuhan pengakap. Kita boleh menugaskan beberapa orang
155

khusus untuk bertanggungjawab dalam perkara ini. Mereka bertanggungjawab untuk
merintis bidang-bidang keterlibatan, kecenderungan dan wasilah-wasilah yang
disatukan bagi wadah gerakan kanak-kanak Islam itu. Saya percaya kita mampu
membentuk satu bentuk yang lebih kecil daripada apa yang dibentuk oleh kerajaan.
Mungkin ia sukar atau mustahil dilakukan sekarang di beberapa buah negara yang
diperintah oleh rejim yang zalim, tetapi di beberapa buah negara lain ia boleh
dilakukan.
Keprihatinan lebih awal yang diberikan kepada golongan kanak-kanak dianggap
sebagai jaminan terbesar bagi dakwah memperolehi generasi pelaksana ketika fasa
terakhir dakwah kerana kelemahan dan kelambatan tabii yang dialami oleh generasi
pendakwah yang berusia lanjut kerana pelbagai sebab dan faktor.
Memang dakwah amat perlu kepada generasi yang berani dari kalangan kanak-kanak
yang ada pada hari ini. Mereka masih belum mempunyai tanggungjawab yang besar.
Mereka pula mempunyai langkah yang panjang, di samping mereka juga amat
merindui syurga yang terbentang luas.
Oleh itu, rebutlah peluang ini. Jangan lepaskannya!
11.. Penyelamatan (Tadaruk) Dan Penyempurnaan (Takmil)
Ketika para duat muslim ingin mendapatkan para pembantu yang ramai, itu
dilakukannya sebagai memenuhi keperluan realiti dan kerana menyahut neraca lojik.
Bukan kerana semata-mata ingin menenangkan hatinya kerana dapat menghimpunkan
muslimin sebanyak mungkin. Proses perubahan Islam mestilah mempunyai para
pelaksana dalam setiap bidang kehidupan.
Tetapi terlampau berlebih-lebihan dalam mengambil kira keperluan ini tidak
mempunyai sebarang alasan. Bahkan dianggap sebagai kesilapan dalam melakukan
perancangan. Sama seperti kesilapan yang dilakukan oleh seorang gopoh dan cuai
yang mengambil risiko serta menonjolkan diri untuk melakukan suatu tugas yang
besar dengan bilangan yang sedikit.
Mentarbiah seluruh masyarakat dan memasuki setiap rumah hanya menjadi kewajipan
harakah Islamiyyah ketika ia mempunyai kekuasaan dan memerintah negara.
Manakala sebelum itu, ia hendaklah prihatin hanya untuk mengumpulkan bilangan
yang sesuai dan munasabah pada akal dan pengalaman yang diperlukan untuk
mengatasi golongan jahiliyyah.
Dengan kefahaman ini, pandangan Ibrahim bin Adham ditafsirkan ketika beliau
berkata:
.
156

Maksudnya: Tidak sedikit orang yang bersama kebenaran meskipun dia
keseorangan, dan kebatilan tidak kuat meskipun mempunyai bilangan yang ramai.
Beliau mengisyaratkan kepada kekuatan dalaman yang wujud pada kebenaran itu
sendiri. Meskipun sedikit, maka kesedikitannya itu menambahkan kekuatan dan
kemungkinan untuk melakukan penentangan dan perjuangan. Beliau juga
mengisyaratkan kepada sifat pengecut dan takut semula jadi yang ada pada kebatilan.
Segala faktor kemusnahannya terdapat pada dirinya sendiri.
Inilah rahsia keberanian dan kepahlawanan seseorang muslim. Atas keberanian inilah
pengertian harapan dan sifat optimis tertanam di dalam jiwa seseorang muslim. Ini
menyebabkannya sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk maju ke hadapan.
Hakikat inilah yang telah dapat dibongkar oleh Iqbal antara beberapa hakikat rahsia
dan lambang Islam yang dapat dibongkarnya. Beliau berkata:
. *
50

Maksudnya:
Si muslim adalah ibarat bintang,
Tersenyum ketika berusaha dengan penuh ketekunan.
Senyuman si mukmin yang ibarat bintang yang bergemerlapan itu memberitahu anda
tentang keyakinannya mencapai kejayaan. Perjalanan si mukmin juga ibarat
perjalanan bintang yang tekun mengikut orbitnya, tidak pernah berhenti.
Jahiliyyah Antarabangsa Mempergunakan Parti-parti Kesesatan
Orang yang tidak sempurna kefahamannya dan tidak memerhatikan sunnah
kehidupan, maka kemenangan sementara yang diperolehi oleh kebatilan akan
menyebabkannya menjadi seorang yang bersikap pesimis. Mungkin keterampilan
parti-parti kesesatan yang mengatasi harakah Islamiyyah di sesetengah negara
dilihatnya sebagai bukti bahawa peluang pengislahan sudah tiada. Namun perkara ini
tidaklah boleh diambil secara mutlak begitu. Kekuatan kita tidak sepadan dengan
kekuatan mereka. Ini menyebabkan mereka nampaknya menang dalam pusingan
pertama ini. Namun mereka pasti tidak akan mampu untuk mengekalkan kemenangan
tersebut. Percanggahan di kalangan mereka sendiri pasti akan terbongkar. Kezaliman
mereka juga akan mendatangkan keadaan yang negatif buat mereka.
Pada peringkat permulaan anda mungkin akan menemui lima sebab yang
menyebabkan mereka menang:

50
Diwan al-Asrar wa al-Rumuz, hlm. 89.
157

Pertama: Mereka lebih dahulu wujud di medan. Meskipun kita mempunyai haqq
(kebenaran) yang bersifat antik, namun generasi ummat Islam terdahulu tidak sedar
tentang keperluan untuk bekerja secara kumpulan (amal jamaiyy) dan untuk
mewujudkan tamayyuz (perbezaan dengan orang lain) dari sudut harakiyy. Individu-
individu yang ikhlas terus berada dalam keadaan terumbang-ambing dalam tempoh
masa yang panjang. Situasi ini menyebabkan puak-puak kesesatan berjaya
mengeksploitasi peluang yang ada dan mempengaruhi para pemuda. Lalu lahirlah
generasi menyeleweng secara meluas sebelum sempat suara pertama dai Islam dapat
dikumandangkan.
Kedua: Pengalaman yang panjang dan seni pentadbiran serta pengurusan yang
dimiliki oleh golongan bukan Islam pada peringkat antarabangsa serta perkhidmatan
yang mereka berikan kepada kumpulan-kumpulan mereka pada peringkat tempatan.
Bahkan para pemimpin partai komunis mempunyai pusat-pusat kajian khusus di
Moscow dan Bulgaria. Sedangkan para duat Islam baru menyedari cara bagaimana
untuk menegakkan Islam. Mereka melakukan banyak kesilapan sebelum sampai
kepada cara yang betul. Bahkan cara yang betul itu pun masih belum stabil dan masih
belum memberikan natijah yang sama sentiasa.
Ketiga: Perisikan antarabangsa yang memberikan maklumat terkini dan analisis
terperinci serta apa yang sebenarnya berlaku di sebalik segala kejadian kepada
pimpinan mereka. Dengan itu, segala perkiraan mereka bagi menyusun langkah
seterusnya lebih tepat. Kita pula hanya memiliki firasat dan berita-berita daripada
surat-surat khabar serta radio yang kebanyakannya adalah palsu dan mengelirukan.
Keempat: Kerahsiaan mereka yang kejap terpelihara lantaran sifat kebatilan itu
sendiri yang mengelirukan. Sedangkan kita pula boleh didedahkan oleh sembahyang
jamaah yang kita lakukan di masjid, sebagaimana kita juga boleh didedahkan oleh
janggut kita yang panjang. Dan yang lebih mendedahkan ialah tanda-tanda dan nur
kebaikan iman yang terpancar pada wajah para duat. Kilauan permata itulah yang
memperkenalkan bahawa ia adalah permata di bawah timbunan biji-biji kaca. Ia
menyeru anda bahawa ia adalah makhluk kejadian Allah. Sementara biji-biji kaca
yang lain mempunyai nilai yang sama walaupun mempunyai kilatan yang berbeza-
beza sinarannya. Kerahsiaan ini membolehkan mereka bersembunyi dan melarikan
diri daripada disakiti oleh musuh mereka. Ini tidak dapat dilakukan oleh kita. Dengan
penyembunyian itu, mereka dikenali dan menjadi laris sebagaimana barangan kemas
perhiasan palsu menjadi begitu laris pada hari ini. Kilang-kilang yang membuatnya
mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda lebih banyak daripada keuntungan yang
diperolehi oleh penjual barangan pertama tulin.
Kelima: Sumber kewangan yang mereka terima daripada negara-negara mereka
secara mewah. Dengan sumber tersebut, mereka boleh melaksanakan perancangan
dan melatih para kader. Kita pula hanya mempunyai bayaran isytirakat (yuran)
158

daripada para anggota yang mereka terpaksa ambil daripada keperluan anak-anak
mereka. Kadang-kadang anda dapati sebuah syarikat asing menjalankan kontrak di
sebuah negara Islam dengan harga yang rendah. Kontrak ini diambil dengan tujuan
untuk menjamin peluang pekerjaan yang banyak diberikan kepada golongan komunis
yang dibuang kerja kerana sesuatu mehnah yang mereka hadapi. Persis sebagaimana
yang berlaku kepada sebuah syarikat dari Bulgaria yang sanggup menerima kontrak
untuk membina Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad walaupun dengan harga
yang rendah selepas zaman pemerintahan Abdul Karim Qasim. Penerimaan kontrak
itu bertujuan untuk menyelamatkan Parti Komunis Iraq. Banyak lagi contoh-contoh
lain. Di samping itu negara-negara yang miskin juga memperolehi bantuan kewangan
yang dihulurkan oleh negara-negara kaya yang mempunyai ideologi yang sama dalam
bentuk projek-projek pembinaan jalan, perkhidmatan kesihatan dan pendidikan yang
bertujuan untuk menyebarkan ideologi mereka, memberikan peluang pekerjaan
kepada golongan yang seideologi dengan mereka dan memudahkan kemasukan wang
tanpa kesukaran dan kesulitan yang mengundang keraguan.
Kelima-lima sebab ini dan yang seumpamanya, menjadi sebab nyata yang meluaskan
skop capaian golongan kebatilan. Namun perlu disedari, keluasan itu hanya berbentuk
sementara. Ia akan menyempit dan surut. Orang ramai pasti akan terus mendahulukan
kepentingan dan keselamatan diri mereka sendiri. Dajal yang mempergunakan mereka
pasti akan terdedah jua akhirnya. Ketika itu, mereka akan menyingkirkannya dan
tercari-cari siapakah pula yang akan memimpin mereka. Ketika itulah, medan terbuka
luas di hadapan dakwah Islamiyyah untuk membuktikan kewujudan dan
kelayakannya untuk memimpin mereka yang sudah sedar itu untuk merealisasikan
segala pengharapan. Pada ketika itu, hanya pilihannya sahaja yang akan terlaksana.
Sama ada ia memilih untuk maju ke hadapan, atau sebaliknya memilih untuk beruzlah
dan berlengah-lengah. Perlu dinyatakan, Allah akan memberikan sokonganNya
kepada sesiapa yang bangkit. Allah adalah wali (pemimpin) para amilin.
Hentian Pemerhatian Yang Kritis
Proses pendalaman amal dan peluasan yang meyakinkan itu merupakan suatu tugas
dan seni. Ia hanya dapat dilakukan dengan jaya oleh sesiapa yang meyakini bahawa
masa depan hanyalah untuk Islam. Dia melangkah ke hadapan tanpa berpaling ke
belakang. Kerana berpaling ke belakang adalah suatu keaiban dan melambangkan
langkah mundur.
Tetapi terdapat berpaling ke belakang yang mesti dibuat, iaitu sebagaimana
berpalingnya seorang jurutera yang cermat dalam pekerjaannya.
Berpaling ke belakang inilah yang telah dijadikan sebagai sunnah keimanan oleh Nabi
Ibrahim a.s., iaitu ketika baginda dan juga Nabi Ismail a.s. meninggikan binaan tapak
kabah. Setiap kali kedua-duanya meninggikan binaan tapak itu, Nabi Ibrahim akan
pergi ke suatu tempat (maqam) lalu melihat dan memerhati sama ada binaan yang
159

ditinggikan itu sama penjurunya atau tidak, agar tidak bengkang bengkok. Kemudian
barulah baginda meneruskan pekerjaannya.
Keadaan ini sama dengan para pembina bangunan pada hari ini. Apabila mereka
membina dua barisan di bahagian dinding, maka mereka akan turun untuk melihat
kalau-kalau terdapat bahagian yang terkeluar, tertinggi atau terendah daripada yang
sepatutnya. Jika ini berlaku, mereka akan membaiki keadaan tersebut agar binaan
dinding yang mereka lakukan itu disiapkan dalam keadaan sempurna.
Begitulah juga dengan amal Islamiyy jamaiyy. Setiap kali anda menjalani suatu jarak
perjalanan, maka anda perlu untuk berhenti, untuk melihat melalui penjuru-penjuru
perjalanan tersebut kalau-kalau terdapat kekurangan. Jika benar terdapat kekurangan,
maka ia hendaklah disempurnakan. Perselisihan hendaklah diserasikan, kekosongan
hendaklah diisi, yang terlajak hendaklah diundurkan, yang tersembunyi hendaklah
ditampilkan dan perimbangan tarbiah hendaklah didisiplinkan.
Atau amal Islamiyy jamaiyy ini ibarat sebuah kafilah yang sedang berjalan. Setiap
kali ia menempuh jarak tertentu, ketuanya keluar daripada barisan kafilah itu ketika
perjalanan masih lagi diteruskan. Ketuanya keluar untuk melihat barisan kenderaan-
kenderaan yang ada, mengetatkan semula ikatan tali, meminta para pengawal agar
terus berwaspada, mengutip mana-mana yang tercicir dan merapatkan antara anggota
kafilah itu yang berjauhan.
Fenomena ini mengajar anda bahawa ketika dakwah sedang melaksanakan
perancangannya yang berperingkat itu, ia tidak hanya diminta untuk maju ke hadapan
sahaja bagi mencapai matlamat akhirnya. Tetapi juga harus baginya untuk berhenti
beberapa ketika bagi melihat semula bekalan yang ada dan memerhatikan jika
terdapat luang yang terlompang lalu ia hendaklah membaikinya.
Oleh itu, amal dakwah tidak cukup dengan hanya ia mengetahui tentang keperluan
melakukan pengislahan secara umum, melatih para kader dan pelajar, menyusun
mereka yang berada di pusat kuasa, meluaskan pengumpulan dengan memberikan
perhatian kepada penduduk kampung dan mendidik kaum wanita dan remaja. Bahkan
ia juga hendaklah merawat (istidrak) segala simpton sampingan yang negatif bagi
proses pengumpulan (tajmi) yang sedang berkembang luas itu.
Mengenal Pasti Pandangan-pandangan Jamaah
Antara proses rawatan itu ialah mencairkan segala ijtihad peribadi. Ia ditentukan oleh
sepuluh hakikat:
Pertama: Kedudukan bandar-bandar yang berjauhan antara satu sama lain di
kebanyakan negara, kepadatan bilangan individu yang terpaksa ditampung oleh
sesebuah tanzim di sesuatu tempat serta kemungkinan terdapat pengaruh peribadi
160

pada diri beberapa individu lain, semuanya itu merupakan sebab yang menimbulkan
ijtihad yang berbagai-bagai di dalam jamaah. Ijtihad yang berbagai-bagai ini
disebabkan oleh kefahaman, analisa dan sudut pandangan politik serta perancangan
yang berbeza. Ia adalah suatu fenomena yang sihat jika pihak qiadah mampu
menjadikan pandangan-pandangan yang pelbagai ini sebagai sumber yang
membolehkannya untuk memilih, membuat perbandingan, mencari alternatif dan
membongkar saluran-saluran lain yang boleh membantu. Tetapi ia juga boleh bertukar
menjadi suatu fenomena penyakit jika pihak qiadah mengabaikannya. Lalu akan
terbentuklah beberapa klik yang menzahirkan pandangan-pandangan mereka di
belakang. Ini merupakan mukadimah kepada fitnah yang melalaikan dan menghalang
jamaah daripada mencapai matlamatnya. Paling kurangpun, ia akan membentuk
pelbagai aliran fahaman di dalam jamaah.
Kedua: Melarang pemikiran daripada berfungsi adalah suatu yang tidak boleh
dilakukan. Jika boleh dilakukan pun, tindakan itu tidak wajar, kerana ia akan
membunuh keazaman dan akan melahirkan akal pemikiran pak turut yang tidak
mampu berijtihad, berkreatif dan mengeluarkan hukum yang sesuai bagi setiap
suasana dan marhalah. Tetapi apa yang perlu dilakukan ialah menyatukan dan
mendekatkan ijtihad-ijtihad itu dengan cara yang baik dan meyakinkan. Iaitu dengan
cara menghitung ijtihad-ijtihad itu satu persatu, kemudian mengkritiknya dengan dalil
dan lojik akal. Kemudian hendaklah diberi peluang untuk pandangan itu membuat
ulasan atau bangkangan. Kemudian sekali lagi diterangkan tentang alasan-alasan yang
menyebabkan berlaku perselisihan.
Ketiga: Berdialog dalam masalah fiqh dakwah sama sahaja dengan dialog yang
diadakan untuk berbincang tentang wasilah-wasilah (sarana) yang lain. Modelnya
yang pertengahan hendaklah dilaksanakan. Tidak boleh cuai atau berlebih-lebihan.
Sebagaimana jika golongan minoriti sahaja yang membuat keputusan akan
menyebabkan terbantutnya proses kreativiti oleh itu perlu kepada syura, maka begitu
juga jika pintu dibuka seluas-luasnya kepada dialog dan membuat bangkangan, atau
menyertakan setiap anggota di dalam proses dialog tersebut tanpa memilih yang
sesuai sahaja, maka situasi itu menafikan keseriusan, meluputkan banyak peluang,
mensia-siakan, menggalakkan kefanatikan dan kekerasan, lalu akan berlaku fitnah.
Keempat: Kumpulan para duat hendaklah menyedari bahawa menghimpunkan
segala tenaga dan masa untuk proses tajmi, menyebarkan fikrah dan melakukan
kritikan politik kadang-kadang akan membahayakan para duat itu sendiri. Seumpama
seorang peniaga yang terlalu cintakan harta sehingga dia meninggalkan keluarganya
tanpa diberikan perhatian, bahkan dirinya sendiri tanpa memberikan kerehatan. Dia
terlalu tamak untuk membanyakkan hartanya sahaja. Adalah menjadi kewajipan
kepada para duat untuk memperuntukkan sebahagian tenaga dan masa mereka untuk
melihat ke arah diri mereka sendiri. Iaitu untuk berterus terang sesama sendiri dan
menapis ijtihad-ijtihad yang telah dikemukakan oleh para nuqabak dakwah agar saf
161

tanzim tidak menjadi bengkok sebagaimana dinding yang dibina dalam keadaan
bengkok oleh para pembina yang tidak pernah turun ke bawah untuk melihat daripada
segenap penjuru bagi mengetahui adakah dinding itu benar-benar lurus atau dibina
dalam keadaan bengkok.
Kelima: Kita hendaklah meyakini bahawa tanzim yang diwujudkan pada neraca
kepentingan Islam ini adalah satu keperluan bukan sahaja untuk menyelaraskan kerja
dan usaha para duat sahaja, tetapi juga untuk mencairkan keinginan, ijtihad
(pandangan) dan budaya mereka agar dapat diarahkan dalam bentuk kolektif. Semua
ini hendaklah dilaksanakan dalam bentuk yang ijmak atau hampir ijmak, dan melalui
satu bentuk pentarbiahan yang bersandarkan kepada pengetahuan pihak qiadah yang
dinamik terhadap kebolehan dan tahap para umum duat. Ia juga hendaklah bertitik
tolak daripada pengalaman amali dan yang terhimpun dari masa ke semasa. Dengan
itu, realiti yang telah dikaji disokong oleh kefahaman yang diperolehi melalui buku
dan kitab, di samping itu mungkin ia juga dibantu oleh firasat. Semua itu digunakan
untuk terus menjalankan dakwah di jalan yang selamat, tanpa terpengaruh dan
terjerumus ke perangkap ketergesaan dan semberono.
Keenam: Kecairan dan keleburan pemikiran yang bertrend individu secara
berperingkat dan automatik menjadi trend jamaiyy dianggap sebagai hasil positif
kedua yang penting selepas kewujudan tanzim itu sendiri yang berperanan menyelaras
dan mempergunakan segala tenaga yang ada. Segala tenaga pemikiran sampingan
yang dimiliki oleh para duat mungkin boleh dihalakan kepada penghuraian dan
penganalisaan keumuman yang telah ditetapkan oleh pihak qiadah bahawa ia adalah
sempadan isu-isu Islam pada setiap marhalah. Jika pihak qiadah tidak mempunyai
inisiatif untuk menggariskan gambaran yang menyeluruh secara ringkas agar jelas
dilihat oleh para duat, maka situasi itu sudah tentu akan mewujudkan perbezaan
kefahaman tentang keutamaan komponen-komponen keperluan pada setiap marhalah.
Ini sudah tentu akan menatijahkan perbezaan pandangan dalam menentukan berbagai-
bagai matlamat yang akan mereka laksanakan menurut keutamaan.
Perancangan pada setiap marhalah bagi amal jamaiyy mestilah diberikan perhatian
dalam kehidupan setiap dai ketika dakwah memperlihatkan tugasnya sebagai paksi
teguh yang menjadi punca kepada setiap kreativiti dan ijtihad para duat. Paksi ini
akan tetap menjadi paksi penting meskipun jejarinya sentiasa bertukar-tukar dan
berubah-ubah. Bahkan jika kreativiti ini berlaku dengan tenang dan merendah diri, ia
akan mampu untuk mengembangkan perancangan dakwah itu sendiri agar dapat
memenuhi segala keperluan setiap situasi yang dihasilkan oleh pertukaran suasana
dan dipaksakan oleh keterkejutan (surprise) episod-episod politik.
Pengembangan yang bernilai ini -sekalipun kelihatan sukar- adalah mudah terhasil
jika para duat sentiasa mencari kebenaran dan sanggup menerimanya daripada siapa
sahaja. Melalui binaan tanzim, terdapat kekuatan untuk menghimpunkan segala
162

bentuk pemikiran, cadangan dan kerinduan rohani para anggotanya. Ini dapat
dilakukan melalui laporan, dialog dan muktamar (seminar) yang diadakan sentiasa.
Pengembangan ini akan membangkitkan dakwah dalam keadaan suci dan bersih
selepas ia dapat diselaraskan xxx. Penyelarasan dan pemantauan yang berterusan akan
melahirkan sejenis ijtihad jamaiyy yang lebih tepat. Dengan itu, tanzim akan menjadi
hati berdenyut yang sentiasa membekalkan kecergasan akal, pengalaman dan perasaan
yang luas kepada para duat.
Ketujuh: Oleh itu, berdasarkan fakta-fakta ini, pembinaan tanzim tidak boleh disekat
oleh batasan-batasan sempadan yang kekal tidak berubah, kecuali batasan-batasan
yang telah ditetapkan oleh syarak. Syaraklah yang memiliki dakwah pada setiap
zaman dan tempat. Adalah tidak harus bagi tanzim untuk berhenti di garisan terakhir
yang dilakukan oleh generasi pengasas yang telah menggariskan teori-teorinya
berdasarkan kepada konsep, kefahaman dan sejauhmana kefahaman serta tahap
kesedaran mereka semasa memulakan dakwah. Begitu juga, tanzim tidak harus
berhenti di garisan yang ditetapkan oleh suasana dan situasi sesebuah negeri tertentu.
Bahkan kita hendaklah melihat tanzim sebagai sesuatu yang hidup, yang sentiasa
berkembang perancangan, tradisi dan undang-undangnya. Bentuk-bentuk dan jenis-
jenis hubungannya juga sentiasa berubah-ubah berdasarkan kepentingan dakwah yang
sentiasa berkembang dan berdasarkan suasana yang menjadi medan kerjanya.
Kelapan: Kita mahukan kecergasan dan keaktifan yang dapat menyesuaikan dan
mengembangkan tanzim agar selaras dengan tuntutan suasana. Kecergasan dan
keaktifan ini juga hendaklah membolehkan kita mengambil manfaat daripada
pandangan-pandangan yang ada, bukan untuk menyembunyi dan menyorokkannya.
Kecergasan dan keaktifan ini juga hendaklah dapat mencairkan pandangan-pandangan
tidak harmoni. Kecergasan dan keaktifan yang kita kehendaki ini tidak akan
berdenyut melainkan jika pihak qiadah melakukan permulaan semula untuk
meneruskan perjalanan yang memberikan kesan yang lebih besar daripada permulaan
yang pertama dahulu. Ini tercerna melalui inisiatif yang diambil oleh pihak qiadah
untuk melontarkan ide-ide dan pandangan tertentu untuk dibahaskan. Ide-ide dan
pandangan-pandangan itu dilontarkan melalui majalah dalaman, atau melalui sebuah
buku tentang fiqh dakwah, atau melalui siri seminar yang mempunyai agenda yang
jelas, atau melalui proses pungutan suara, atau dengan membentangkannya kepada
pelbagai badan penasihat kekal yang dianggotai oleh semua para duat veteren yang
aktif dan berperibadi baik. Lontaran ide dan pandangan melalui tulisan oleh pihak
qiadah ini tidak disyaratkan menggunakan bahasa sastera dan mengambil kira segala
metodologi penyelidikan moden, kerana ramai para fuqahak dan mempunyai
kesedaran tinggi, namun mereka tidak mampu bersastera ketika mengarang. Atau
mereka tidak mempunyai luang masa yang banyak untuk menghasilkan tulisan yang
layak untuk disiarkan kepada umum. Tetapi apa yang penting ialah pihak qiadah
hendaklah mendedahkan pandangan, konsep dan ijtihad mereka meskipun dalam
bentuk noktah-noktah ringkas, dengan mudah tanpa menggunakan bahasa yang
163

berjela-jela. Ini juga dapat dilakukan melalui penyebaran siaran-siaran ringkas tentang
permasalahan perancangan xxx.
Tetapi pihak qiadah berhak untuk hanya memanggil dan melibatkan golongan tertentu
sahaja dari kalangan para duat untuk melakukan perbincangan dengan tidak
menjemput anggota baru atau anggota biasa. Tujuannya ialah agar perbincangan-
perbincangan ini tidak disalahgunakan. Bahkan mungkin perbincangan-perbincangan
ini tidak boleh diadakan pada pandangan pihak qiadah selagimana ia tidak merasa
puas hati terhadap akhlak dan adab para duat ketika berbincang dan mengkritik.
Begitu juga jika pihak qiadah tidak yakin kepada kesedaran para duat tentang
kepentingan untuk membentangkan pandangan secara ringkas, tanpa berleret-leret.
Begitu juga jika pihak qiadah tidak yakin bahawa para duat bersedia untuk menerima
dan mematuhi kebenaran yang disokong oleh bukti atau melalui sokongan sebulat
suara atau majoriti tanpa keras kepala. Jika pihak qiadah merasa puas hati xxx. Pada
ketika itu, pihak qiadah boleh mengambil kira pandangan-pandangan mereka sebagai
pandangan-pandangan individu yang masih boleh disesuai dan dipinda, atau mungkin
akan ditolak dan digantikan dengan pandangan yang lain.
Terdapat dua kewajipan yang saling berhadapan dan dua hak yang sentiasa saling
memerlukan. Pihak qiadah tidak seharusnya cuba untuk menyekat dan memonopoli,
sebagaimana anggota tanzim juga tidak seharusnya mempunyai niat untuk melarikan
diri atau merendah-rendahkan qiadah. Tetapi kedua-dua belah pihak hendaklah saling
menghormati dan mengeluarkan kata-kata dengan suara yang lunak dan rendah.
Hari-hari yang berlalu telah membuktikan kepada kita bahawa adalah tidak bijaksana
jika pihak qiadah hanya membiarkan saudara-saudara mereka berhadapan dengan
medan-medan amal umum mereka secara sendirian dan hanya meminta mereka agar
dapat membongkar sendiri uslub dan perancangan yang sepatutnya tanpa ia
mengambil inisiatif untuk melontarkan sesuatu kepada mereka. Bahkan paling kurang
pun, pihak qiadah hendaklah memberikan taklimat yang berupa cadangan. Jika para
duat mempunyai sedikit kesedaran, memiliki akal yang berminda dan mereka
mengkaji serta membuat perimbangan tentang realiti mereka, nescaya pada ketika itu,
mereka akan memberikan pandangan mereka bahkan mengkritik. Jika terdapat
tambahan kepada perancangan yang telah dibuat dan terdapat sebab kuat yang
menuntut perancangan itu dipinda, maka pihak qiadah hendaklah melakukan pindaan
tersebut. Semua pihak bermatlamat untuk mencari kemaslahatan dakwah. Kadang-
kadang mungkin dakwah agak tergesa-gesa lalu berpegang dengan pandangan
beberapa orang anggotanya. Namun setelah beberapa orang anggota lain membuat
bangkangan, maka perbincangan hendaklah diadakan semula. Tidak menjadi halangan
jika cadangan pertama itu dimansuhkan. Inilah tanda yang menunjukkan bahawa
dakwah atau tanzim itu bersifat aktif dan bertenaga. Namun keadaan ini tidak selalu
terjadi.
164

Semangat untuk melakukan proses pembetulan ini hendaklah bermula daripada
inisiatif pihak qiadah. Kerana pihak qiadah tidak boleh menunggu para anggota
tanzim melakukan penyelarasan terhadap pemikiran dan cadangan mereka secara
sendiri, kemudian barulah membentangkannya kepada pihak qiadah. Bahkan terdapat
kemampuan serta ijtihad individu yang sepatutnya pihak qiadah mengetahui tentang
kewujudannya. Setelah pihak qiadah mengetahuinya, ia hendaklah menimbulkannya
setelah ia tersembunyi di dalam dada dan menyebabkan keragu-raguan di dalam jiwa.
Setelah ia ditimbul dan dizahirkan, maka ia hendaklah ditimbang dengan adil dan
saksama. Jika ia benar, maka qiadah hendaklah memberikan perhatian kepadanya, dan
jika ia salah, qiadah hendaklah menolaknya dengan alasan yang kukuh.
Mengeksploitasi Kebijaksanaan Yang Terkurung Dalam Rusuk
Kesembilan: Kita mesti membezakan di antara dua pandangan di sini. Pertama
pandangan kepada ijtihad-ijtihad individu ini sebagai mukadimah atau riak-riak
yang akan membawa kepada fitnah. Oleh itu, pihak qiadah hendaklah cuba
menghilangkannya melalui kempen yang berbentuk sementara sebagai langkah untuk
merawat sesuatu yang sedang dalam kecemasan. Ini adalah pandangan yang betul jika
keperluan mendesaknya. Tetapi bukan pandangan ini yang dimaksudkan oleh saya
di sini. Pandangan yang saya maksudkan ialah pandangan yang sentiasa dilakukan
bagi mengeksploitasi tenaga dan ijtihad yang terpendam dalam dada para duat. Pihak
qiadah berkewajipan untuk membongkar, mengeluar dan menyatukannya. Oleh itu,
tidaklah harus kita memandang mudah kepada proses ini dengan menganggapnya
hanya sebagai rawatan berbentuk sementara sahaja. Tetapi ia adalah suatu pintu
kebaikan yang jauh lebih luas dari itu. Jika pintu ini dibuka dengan baik, ia akan dapat
menghapuskan bisikan fitnah sejak dari mula lagi dan akan dapat menghalang
kewujudan klik-klik dalam jamaah. Proses pencairan juga tidak hanya terbatas kepada
penerimaan para duat bahawa pendapat mereka adalah silap oleh itu mereka
hendaklah mengenepikannya dan memegang erat ijtihad pihak qiadah sahaja. Tetapi
antara tanda yang menunjukkan berjayanya proses tersebut ialah apabila pihak qiadah
bersedia untuk menerima pandangan-pandangan para duat yang sederhana dengan
memberikan sifat jamaiyy kepada pandangan tersebut. Lalu pandangan tersebut
akhirnya menjadi pandangan umum yang tersebar setelah ia hanya menjadi
pandangan peribadi yang berkemungkinan akan bertukar dalam senyap menjadi suatu
pandangan yang melampau.
Kesepuluh: Sesetengah orang menyangka bahawa pandangan ini bertentangan
dengan gesaan yang terdapat dalam makalah Zumrat al-Qalb al-Wahid yang berpesan
agar perancangan dakwah tidak boleh didedahkan kepada jumlah bilangan yang besar
kerana bimbang akan menyerabutkan suasana. Tidak begitu keadaannya. Memang
kita tetap dikehendaki berwaspada pada isu-isu yang memerlukan ketegasan yang
lebih ketat dan penyelesaian yang lebih segera serta kerahsiaan yang lebih tinggi.
Manakala dalam isu-isu yang tidak memerlukan penyelesaian segera dan tidak
165

mengandung kerahsiaan, maka kadang-kadang kita boleh menyertakan anggota-
anggota baru untuk berbincang tentangnya secara tidak langsung. Iaitu melalui soal
jawab atau dialog yang diadakan oleh para duat veteren yang akan menulis dan
membuat laporan tentangnya. Jika seseorang anggota baru itu diyakini akan
terselamat daripada perasaan bangga dan takabbur jika mereka diajak berbincang
secara langsung menyentuh isu-isu tertentu, nescaya saya akan mengatakan adalah
dibolehkan untuk meminta pandangannya dalam beberapa perkara tertentu.
Namun perlu disedari bahawa peluasan tersebut hendaklah diseimbangkan dengan
suatu penyempitan yang terpaksa kita lakukan. Iaitu ketika seseorang duat
membawa pandangan pelik yang bersalahan dengan pandangan jumhur fuqahak. Kita
juga dapati individu tersebut memang pada kebiasaannya suka mencari isu-isu dan
pandangan-pandangan pelik yang tidak selari dengan pandangan majoriti.
Pembangkitan masalah-masalah seumpama ini akan merosakkan dan melalaikan saf
jamaah, sebagaimana ia juga akan melemah dan melambatkan keazaman untuk
beramal.
Makmal Kajian Fizik, Bukan Istana Raja
Saya perlu ulangi tentang ingatan bahawa pembangkitan pemikiran dan dorongan agar
dakwah mengambil faedah daripada mentaliti jamaiyy ini tidak akan tercapai
daripada kosong. Ia juga tidak tercapai hanya melalui seruan yang dilakukan kepada
para anggota supaya mereka berfikir dan membuat cadangan.
Tetapi mesti terdapat beberapa biji benih yang menjadi paksi tempat berhimpunnya
pemikiran-pemikiran, serta menarik dan menimbunkan pemikiran-pemikiran itu.
Sama seperti fenomena fizik. Apabila elektron melalui bahagian pertengahan wap air
yang tidak dapat dilihat di dalam bekas yang tertutup, lalu molekul-molekul air akan
terhimpun di sekitar elektron tersebut. Keadaan ini dapat dilihat dengan jelas. Allah
menjadikan semua benda yang hidup berasal daripada air. Ini adalah satu
perbandingan yang tepat.
Biasanya, biji-biji benih ini ialah draf perancangan yang mesti dikemukakan dengan
berani oleh pihak qiadah. Tanpa keberanian ini, ijtihad atau pandangan serta
kefahaman akan terus bercanggah dan berselerak. Ketika itu, dakwah tidak akan
memperolehi kekuatan untuk melakukan jeritan dan bangun bersama sekaligus.
Bahkan ketika satu sayap telah bangun dan bangkit dengan penuh keazaman untuk
beramal, namun sayap yang satu lagi masih berkeadaan lalai, malas atau terkeliru.
Apa yang perlu dilakukan jika jelas pihak qiadah telah melakukan kesilapan?
Sesetengah orang bersifat bersahaja. Mereka berpendapat pihak qiadah terpelihara
daripada melakukan kesilapan seolah-olah pihak qiadah mempunyai kesucian dan
kekebalan. Oleh itu, mereka tidak mahu mengeluarkan pandangan yang akan
166

mengkritik pihak qiadah. Ini bukanlah tindakan yang betul. Kita tidak sepatutnya
menyamakan pihak qiadah seperti raja yang kebal. Kita hendaklah memahami bahawa
pihak qiadah mungkin benar dan mungkin juga melakukan kesilapan. Jika qiadah
meninggalkan kesilapannya, maka itu adalah tindakan yang paling agung. Kefahaman
ini hendaklah menjadi perkara badihi yang tidak perlu difikirkan lagi di sisi kita. Ia
juga hendaklah menjadi asas yang menentukan respon di dalam jiwa kita ketika
seseorang pimpinan mengakui kesilapannya, kerana jika orang lain menjadi pimpinan
di tempatnya dari kalangan orang-orang yang mengkritik itu, nescaya dia juga akan
melakukan kesilapan juga. Itulah tabiat manusia.
Ketukan Tarbiah
Proses rawatan terhadap fenomena negatif lain yang terhasil daripada proses peluasan
pengumpulan (al-tawassu al-tajmiiyy) tercerna melalui penyatuan tahap-tahap
tarbiah atau menghampirkan jurangnya.
Negara yang luas wilayahnya, mempunyai kampung dan desa kecil yang banyak. Di
sana, suasana gerakan pemikiran, cabaran kebudayaan dan pertarungan politik tidak
kelihatan dengan jelas jika dibandingkan dengan apa yang berlaku di bandar-bandar
besar. Manusia di situ diselubungi dengan kehidupan harian rutin yang tidak banyak
terdapat persaingan dan tidak banyak menentukan bentuk-bentuk tindakbalas terhadap
suasana yang berlaku. Situasi ini tidak sama dengan situasi di bandar-bandar yang
sentiasa dipenuhi dengan kepanasan melalui peristiwa-peristiwa baru yang sentiasa
berlaku. Perbezaan situasi ini turut memberikan kesan kepada para duat. Duat yang
ditarbiah dalam suasana kesesakan akan menjadi lebih arif dan lebih sedar tentang
ideologi-ideologi moden, lebih mahir, lebih berpengalaman, lebih aktif, lebih
berwaspada terhadap musuh dan lebih jauh daripada bidah sekalipun tidak
mempunyai ilmu syarak yang luas. Sementara para duat yang ditarbiah dalam
suasana tenang mempunyai hati yang lebih suci dan perasaan yang lebih halus.
Mungkin juga dia mempunyai ilmu syarak yang luas namun bercampur dengan
beberapa perkara bidah. Akhlak semulajadinya juga lebih baik. Secara umumnya
begitulah keadaannya. Namun bagi setiap fenomena tetap ada pengecualian.
Perbezaan tahap seumpama ini boleh dianggap sebagai satu faktor negatif yang boleh
menyebabkan kelemahan kesatuan tanzim (wihdah tanzimiyyah) atau menyebabkan
langkah-langkah yang ingin dilaksanakan oleh tanzim tergendala.
Dari sudut yang lain, setiap perkembangan umum politik dan sosial yang berlaku di
sesebuah negeri sedikit sebanyak akan memberikan kesan dan pengaruh terhadap
tabiat generasi muda yang sedang mengalami perkembangan tersebut. Mereka tetap
terpengaruh meskipun mempunyai pelbagai aliran kepartaian dan pemikiran, sama
ada mereka berpegang dengan Islam atau masih berada dalam jahiliyyah. Para duat
Islam yang hidup di zaman tertentu akan berkongsi memiliki mentaliti tertentu yang
sama. Bahan yang menjadi perhatian mereka juga hampir sama. Begitu juga dengan
167

kecenderungan dan perasaan mereka, bahkan mungkin istilah-istilah yang mereka
gunakan dan cara mereka mengungkapkan sesuatu juga adalah hampir sama. Generasi
zaman revolusi Algeria tidak sama dengan generasi yang datang kemudian. Generasi
sebelum rampasan kuasa 23 Julai dan 14 Tammuz (Julai) tidak sama dengan generasi-
generasi yang hidup sekarang di Mesir dan Iraq. Generasi yang hidup dalam
kesenangan dan sedikit sebanyak kebebasan tidak sama dengan generasi yang hidup
dalam kesulitan zaman sosialis dan pelarian di Syria. Banyak berlaku di negara-
negara Arab bahawa generasi yang hidup sebelum peristiwa hitam 1968 tidak sama
dengan generasi yang hidup selepasnya. Bahkan peringkat-peringkat akhir ini menjadi
lebih sempit, hinggakan beberapa tahun sahaja sudah dianggap sebagai satu fasa atau
peringkat yang mempunyai impak-impaknya yang tersendiri. Perbezaan-perbezaan ini
juga dianggap sebagai antara faktor-faktor yang negatif.
Marhalah-marhalah dakwah di setiap negara telah memberikan celupan tertentu dan
tersendiri kepada generasi-generasi dakwahnya melalui tabiat dan bentuk perjalanan
hidup yang khusus. Generasi perintis dan pengasas tidak sama dengan generasi yang
datang selepas mereka. Generasi marhalah kerahsiaan (al-sirriyyah) tidak sama
dengan generasi marhalah keterbukaan (al-infitah al-alaniyy). Generasi yang
berhadapan dengan fitnah sebaik sahaja memahami dakwah tidak sama dengan
generasi yang merupakan hasil semaian zaman proses kasih sayang dan kesucian. Ini
merupakan faktor ketiga yang boleh mencederakan dan menumpulkan kesatuan
(wihdah).
Oleh kerana ketiga-tiga sebab inilah, maka suatu usaha kolektif hendaklah dijalanlan
bagi melakukan suatu proses dalaman berterusan yang bermatlamatkan pendekatan
mustawa (tahap) tarbiah bagi para duat. Ini adalah satu proses yang bercabang-
cabang, asasnya ialah menentukan elemen-elemen utama yang sepatutnya dimiliki
oleh seseorang peribadi dai muslim, serta elemen-elemen tambahan yang lebih
mengindahkan lagi. Kedua-duanya hendaklah dijadikan neraca umum yang diperbaiki
dan ditambah senantiasa. Segala pelampauan, kebengkakan dan pengada-adaan dalam
pemikiran, kejiwaan dan perasaan hendaklah diperbetulkan. Bahkan dalam bidang
bahasa, istilah dan cara membuat ungkapan. Semua ini dapat dilakukan pertamanya
melalui manhaj tarbiah, kemudian melalui penghayatan dan pergaulan bersama.
Bagi melakukan penyatuan melalui proses penyelamatan pada peringkat pertama
hendaklah dimulakan dengan menjauhkan daripada berlaku ijtihad-ijtihad peribadi
dalam membentuk sesuatu perancangan dan uslub. Manakala peringkat kedua pula
hendaklah berdasarkan kepada menjauhkan kecenderungan peribadi yang mempunyai
pelampauan dalam hal-hal tertentu, sebagaimana peringkat ini juga menuntut agar
penyempurnaan kepada pelbagai bentuk kekurangan dilakukan.
Sesetengah duat mungkin tidak melihat perbezaan seumpama ini di beberapa negara,
lalu mereka menafikan kemungkinan berlakunya. Tetapi realiti tidak sebagaimana
168

yang mereka sangkakan. Kerana pada hakikatnya para qiadah telah melakukan proses
penyatuan secara berterusan lalu kelihatan para duat saling berhampiran yang
menatijahkan banyak hasil-hasil yang positif. Xxx seperti seorang buta huruf yang
mewarisi kertas-kertas ilmu dan syair yang tidak ternilai daripada ayahnya. Oleh
kerana dia tidak mengetahui nilai sebenar kertas-kertas tersebut, dia tidak
menghiraukannya lalu menyebabkan kertas-kertas tersebut musnah. Mungkin dia
menjualnya dengan harga yang murah kepada seseorang yang kelihatannya baik yang
berniat untuk mencuri kertas-kertas itu daripadanya. Bahkan mungkin dia menjualnya
kepada pekedai runcit bagi dijadikan kertas pembungkus kepada barang-barang yang
dijualnya. Sedangkan ayahnya telah berpenat lelah menulis kertas-kertas tersebut dan
terpaksa berjaga malam selama beberapa ketika.
Mungkin antara faktor terpenting yang boleh memelihara kehampiran di antara
mustawa-mustawa (tahap) duat ialah berkekalan di atas kebiasaan yang diwarisi di
dalam menyusun kumpulan para duat berdasarkan tempat tinggal mereka di suatu
kawasan tertentu tanpa memisah-misahkan mereka kepada penyusunan-penyusunan
takhassus (specialization) berdasarkan profesional masing-masing, atau menyusun
mereka berdasarkan generasi dan umur mereka. Contohnya seperti mengadakan
susunan para pegawai terasing daripada susunan para pelajar dan golongan lain.
Pembahagian dan pengasingan ini akan menghalang kebaikan, keilmuan dan
pemikiran golongan veteren daripada terlimpah kepada golongan muda. Jika keadaan
ini berterusan, ia akan menebalkan lagi perbezaan antara golongan-golongan duat
yang mempunyai pelbagai mustawa itu di samping masing-masing akan terus
berkeras berpegang dengan perasaan dan jalan tersendiri.
51

Peranan Universiti Untuk Menyatukan Mustawa (Tahap)
Secara tabiinya, kumpulan Islam yang berada di universiti-universiti yang terdapat di
setiap negara layak untuk berperanan memberikan saham yang serius dalam proses
penyatuan tarbawi ini. Peranan ini dapat dilakukan dalam keadaan yang tabii tanpa
tanda-tanda yang menunjukkan ia terlalu mengada-ngada. Ini adalah disebabkan oleh
dua faktor. Pertama, kerana di universiti terdapat ramai para pemuda yang datang
sama ada dari ibu negara, kawasan bandar dan juga kawasan kampung serta desa.
Antara pegawai universiti juga adalah para pensyarah yang terdiri daripada generasi
duat terdahulu yang bergaul setiap hari dengan generasi duat dari kalangan pelajar.
Pergaulan tersebut berlaku dengan cara yang biasa dan lancar serta spontan yang
memberikan kesan dan pengaruh yang jauh lebih besar jika dibandingkan dengan
pengaruh serta kesan yang diakibatkan oleh hubungan-hubungan rasmi lain yang
diada-adakan.

51
Sila rujuk pengertian integrasi generasi dan pengkhususan dalam fasal (Faktor-faktor Keseriusan
Jamaiyy) dan hubungan perkara tersebut dengan alasan-alasan (Teori Generasi Qiadah) yang terdapat
dalam buku ini.
169

Pergaulan yang berlaku antara pelajar-pelajar dari kampung dan bandar-bandar kecil
dengan pelajar-pelajar dari ibunegara atau bandar-bandar besar, kemudian mereka
semua bergaul pula dengan generasi para pensyarah, sudah tentu akan membuka
peluang kepada bertukar-tukar pengalaman, pandangan dan tersebarnya akhlak-akhlak
yang murni. Setiap orang akan melimpahkan kebaikan yang ada pada dirinya kepada
orang lain. Akhlak-akhlak yang baik biasanya akan memberikan pengaruh yang besar,
amat jarang ia terpengaruh dengan akhlak-akhlak yang tidak baik. Ini adalah kerana
akhlak yang baik mempunyai kekuatan semulajadi, mempunyai keindahan dan
kecantikan.
Jika hasil proses ini hanya terbatas kepada saling bertukar pengalaman, pandangan
dan melebar luaskan akhlak-akhlak yang baik sahaja, nescaya kesannya adalah terhad.
Tetapi kesannya boleh melebar dengan amat luas apabila para pelajar yang datang
dari kawasan kampung dan bandar-bandar kecil pulang ke tempat mereka semasa cuti,
atau setelah mereka menjawat jawatan di kawasan berhampiran dengan keluarga
mereka selepas lulus daripada universiti. Kerana mereka akan mencernakan segala
kesan baik yang diperolehi mereka itu kepada para duat yang lain melalui mereka.
Pengenalpastian keistimewaan yang unik ini bagi amal Islamiyy di universiti-
universiti mewajibkan pihak qiadah agar menggandakan keprihatinan mereka
terhadapnya. Pihak qiadah juga hendaklah menyedia dan menugaskan mereka yang
layak bagi menanganinya. Ini perlu dilakukan agar mereka dapat memainkan peranan
mereka dengan berkesan serta menjadi faktor ketiga dalam proses menyatukan
mustawa (tahap). Adalah tidak betul jika kita menganggap bahawa sektor universiti
hanya sebagai sektor sampingan sahaja daripada sektor amal yang perlu diberikan
perhatian kerana para duat hanya berada pada peringkat universiti untuk suatu
tempoh yang pendek sahaja. Antara paksi yang perlu diberikan perhatian serius oleh
pihak qiadah ialah: Membentuk suatu jentera khusus yang tetap dari kalangan para
masul yang berkebolehan dalam bidang pengurusan dan murabbi yang layak untuk
melakukan pemantauan secara berterusan. Kerana jika kita hanya bergantung kepada
para pelajar sendiri dalam bidang pengurusan, situasi ini akan melahirkan suasana
tidak stabil dan kacau bilau, kerana para pelajar tersebut akan keluar dari universiti
apabila mereka lulus lalu digantikan oleh para pelajar yang baru. Bahkan kita hanya
boleh mengambil bantuan daripada mereka mengikut kadar tertentu sahaja dan
dengan tujuan untuk memberikan latihan kepada mereka.
Antara perkara yang perlu diberikan perhatian juga oleh pihak qiadah dalam perkara
ini ialah: Mengadakan penyelesaian yang sesuai bagi segala perkara negatif yang
melekat pada kehidupan seseorang mahasiswa universiti dan tabiat suasana di
universiti. Seperti terpaksa berada dalam suasana yang banyak berlaku pendedahan
aurat oleh kaum wanita, banyaknya peperiksaan yang menghabiskan kebanyakan
masa para mahasiswa, kurang mendapat kerehatan jika mereka tinggal di asrama,
kepenatan kerana banyak melakukan ulangkaji bagi menjamin mereka diterima untuk
170

tinggal di asrama, jauhnya mereka daripada perpustakaan peribadi seseorang dai,
tidak berkumpul bersama-sama semasa cuti pada musim panas dan lain-lain perkara
negatif yang hanya diketahui oleh orang-orang yang pernah mengalaminya.
Persidangan Harian Di Barat
Sebagaimana sektor universiti boleh menghampir dan menyatukan antara mustawa,
maka kumpulan-kumpulan duat yang dihantar melanjutkan pelajaran ke negara-
negara Eropah dan Amerika di samping mereka yang memang tinggal di sana, juga
mempunyai peluang dan kebolehan untuk melakukan proses pendekatan dan
penyatuan. Mereka boleh melakukan proses yang penting ini dengan menggabungkan
antara ijtihad dan mustawa para duat yang datang dari pelbagai negara.
Ini adalah kerana tabiat kehidupan berpolitik, bentuk susunan sosial, tahap kemajuan,
bentuk-bentuk hubungan ekonomi dan susur galur aliran serta keturunan, semuanya
mempunyai celupannya yang tersendiri bagi setiap negara. Sudah pasti, faktor ini
akan memberikan kesan kepada cara hidup, akhlak, kebiasaan, keaktifan dan
kefahaman para duat tersebut. Perbezaan-perbezaan ini dapat dilihat dengan jelas
pada kumpulan-kumpulan duat yang bergaul itu walaupun dalam tempoh yang
singkat.
Kecairan semua duat yang dagang itu di dalam satu amal membuka peluang kepada
mereka untuk saling pengaruh mempengaruhi sesama mereka. Kemungkinan
pertukaran kesan dan pengaruh yang berlaku secara tidak sengaja, tanpa perancangan
dan secara spontan ini sama kesannya atau lebih besar kesannya daripada kesan yang
dihasilkan oleh program-program bersama. Ini akan menyebabkan sifat pelampauan
akan terdidik dan terkawal. Pengalaman-pengalaman dapat dikongsi bersama secara
umum. Setiap dai akan mendapat pengajaran yang akan meluaskan ufuk kesedaran
harakinya. Dia tidak lagi akan terkurung dalam batasan sempadan negerinya yang
sempit itu.
Tetapi perlu dinyatakan bahawa pemanfaatan ini hanya boleh diperolehi jika jiwa
yang terbuka dan berlapang dada wujud pada setiap dai yang menyertai proses
pendekatan tersebut. Dai itu juga hendaklah memahami bahawa kebenaran dalam
kebanyakan perkara yang berdasarkan kepada pengambil kiraan realiti adalah bersifat
relatif, tidak mutlak. Sebagaimana dia juga hendaklah menyedari bahawa kesan-kesan
yang dibentuk oleh suasana juga akan mewujudkan pelbagai perancangan dan
pendirian. Dia tidak boleh mendakwa bahawa dirinya atau qiadah di negaranya sahaja
yang benar dalam segala tindakan yang diambil.
Lantaran faedah besar yang diperolehi daripada kehidupan bersama kumpulan-
kumpulan duat yang tinggal di Barat itu, maka adalah baik atau adalah menjadi
kewajipan kepada para qiadah untuk mengambil berat tentang mereka. Caranya ialah
dengan menyusun agar para fuqahak dapat selalu menziarahi mereka untuk
171

memberikan nasihat, tunjuk ajar dan juga untuk memutuskan atau menyelesaikan
pertembungan kefahaman ketika mereka mempunyai sudut pandangan yang berbeza.
Kritiklah Masa Lalu... Masa Depan Pasti Akan Bergemerlapan
Kedua-dua proses penyelamatan ini hanyalah sebahagian sahaja daripada proses
melihat semula yang wajib dilakukan, atau kedua-duanya merupakan paksi
utamanya. Suatu seminar hendaklah diadakan setiap lima tahun sekali atau pada
penghujung setiap penggal tertentu politik di sesebuah negara, atau selepas selesai
sesuatu fasa perancangan yang dilalui oleh dakwah, sebagaimana yang telah saya
nyakan sebelum ini. Perbahasan yang dilakukan di dalam seminar ini hendaklah
tertumpu kepada melihat semula, menganalisis, menilai dan mengkritik amal dakwah
yang telah dilakukan dalam tempoh sebelumnya dalam segenap lapangan. Cara ini
sahaja akan menjamin pembongkaran fenomena-fenomena negatif, penentuan sebab-
sebabnya dan mencadangkan rawatan-rawatan tertentu. Seminar ini akan
mengembalikan ingatan kepada peranan rawatan-rawatan tersebut yang akan
menghasilkan hasil-hasil yang positif.
Faktor-faktor Kesungguhan Dalam Jamaah
Yang saya maksudkan dengan kesungguhan atau keseriusan di sini ialah: Satu
keadaan kesedaran berterusan yang memberi peluang untuk melakukan
pengeksploitasian meluas terhadap tenaga kumpulan para duat bagi memenuhi segala
keperluan dan menggunakan segala keperluan tanpa membiarkan setiap peluang yang
ada terlepas.
Gambaran ini menuntut agar kita tidak hanya berpada dengan kebolehan peribadi
yang terhad, tetapi kita hendaklah berusaha melakukan pelbagai pengarahan,
pengumpulan dan penyelarasan antara kebolehan dan kemampuan itu, yang akan
menjamin kesuburan dan perkembangannya.
Syarat penerusan kesungguhan ini ialah mengambilnya tanpa melampau, kerana
mengambil sesuatu dengan melampau akan mempercepatkan kepenatan. Oleh itu,
Rasulullah saw menjadikan sebaik-baik amal ialah yang berterusan walaupun sedikit.
Al-Rafiiyy menegaskan:

Maksudnya: Ruh untuk bekerja secara berterusan berlaku pada sesuatu yang
mempunyai sedikit kesukaran, tetapi tidaklah mencapai tahap terlalu sukar atau sulit.
Sebagaimana ruh untuk bekerja secara berterusan juga berlaku pada sesuatu yang
172

mempunyai sedikit kesenangan, tetapi tidaklah mencapai tahap memalas dan
melalaikan.
52

Jika ada orang yang menyangka bahawa syarahan-syarahan semangat boleh
membangkitkan kesungguhan ini maka dia adakan seorang yang naif. Kerana
manfaatnya adalah berbentuk sementara. Ia hanya berfaedah untuk seketika sahaja.
Tetapi kesungguhan ini boleh berkembang di bawah naungan beberapa langkah
penjagaan umum daripada pihak qiadah di samping terdapat beberapa suasana yang
membantu. Suasana yang membantu itu akan menjadikan seseorang dai yang baru
melangkahkan kakinya ke dalam jamaah merasakan bahang kesungguhan itu secara
automatik dan kendiri, kerana dia terselamat daripada birokrasi tanzim yang
berleluasa berlaku melalui simpton-simpton negatif dan ketakhirauan.
Bagi seseorang yang berpengalaman, dia melihat terdapat sepuluh faktor yang boleh
menjadi suasana yang sesuai bagi meningkatkan kesungguhan atau keseriusan
kumpulan duat yang bekerja. Di samping itu, faktor-faktor ini juga mempunyai
keuntungan lain terhadap percambahan benih-benih kebaikan Islam di serata tempat.
Faktor Pertama: Kejelasan Fikrah Islam Dalam Diri Dai
Kejelasan ini akan menyebabkan seseorang dai merasakan bahawa dia sedang
memikul suatu Islam yang tidak sama dengan prinsip dan dasar lain yang didokong
oleh partai-partai sekular. Perasaan ini akan menatijahkan suatu kefahaman tentang
keperluan untuk membebaskan diri daripada cengkaman sesuatu yang bukan Islam
dan melakukan mufasalah (menjauhkan diri) daripada musuh. Dia juga merasakan
peranan dan tanggungjawabnya adalah penting bagi memelihara dan mempertahankan
Islam melalui usaha-usaha berterusan bagi menghadapi fikrah dan dasar yang
bertentangan. Dia juga akan yakin terhadap keperluan untuk bertindak melalui suatu
susunan jamaah yang harakiyy jika pertarungan hendak dilakukan dengan baik.
Untuk memahami dengan lebih lanjut tentang kepentingan kejelasan ini, saya akan
membuat suatu perumpamaan: Seorang lelaki mahu membeli cenderahati. Dia akan
mencari cenderahati yang mempunyai mutu buatan yang paling teliti dan yang paling
indah bentuknya. Kerana fitrahnya yang sejahtera mendorongnya untuk membuat
pilihan seumpama itu. Dia terjumpa satu ukiran kraftangan penuh seni yang dibuat di
atas kayu jenis ebony yang amat jarang ditemui. Dia juga terjumpa ukiran-ukiran
kasar yang berjumlah ribuan banyaknya diperbuat oleh mesin daripada bahan plastik
bercampur kimia. Jika dia dapat memiliki ukiran yang pertama, dia akan bertambah
kagum terhadapnya setelah berlalunya masa dan hari. Dia akan menjaganya dengan
cermat daripada disentuh oleh tangan-tangan yang tidak keruan. Dia akan
menyimpannya di dalam sebuah peti atau jauh daripada dapat dicapai oleh pencuri

52
Wahy al-Qalam, jil. 2, hlm. 7.
173

atau kanak-kanak. Jika ada sesiapa yang menziarahinya, bahan bualannya adalah
berkenaan kelebihan ukirannya itu. Semuanya ini adalah disebabkan dia telah melihat
ketelitian dan keindahan ukiran tersebut, setelah dia melihat berbagai-bagai ukiran
lain yang kasar, hodoh dan murah harganya.
Demikianlah, jika seseorang dai memang benar-benar merasakan tentang ketelitian
Allah swt dalam hukum hakam Islam yang ditetapkannya, dan dia merasa nikmat
dengan keindahannya serta dapat menyelami kepentingan yang tersembunyi di
dalamnya, maka pada ketika itu dia akan merasakan bahawa Islamnya adalah satu
agama yang mulia, tidak sama dengan agama atau falsafah lain. Secara automatik dia
akan terdorong untuk memelihara dan mempertahankannya. Dia juga akan sentiasa
berbicara tentangnya bersama dengan sesiapa sahaja.
Tetapi perlu dinyatakan bahawa kejelasan fikrah ini adalah suatu yang mudah untuk
diimpikan. Untuk merealisasikannya, memerlukan satu usaha kolektif yang intensif
bagi memberikan pengetahuan dan kefahaman kepada para duat tentang hukum
hakam syariat dan fadhilat keimanan. Ini hendaklah dilakukan melalui proses tarbiah
pendidikan yang panjang dan juga melalui penelaahan yang bermanhaj (bersistem).
Setelah ini dilaksanakan, gambaran sempurna tentang keindahan Islam jelas
terpampang di dalam jiwa mereka. Tetapi jika hanya melalui beberapa makalah yang
memuji Islam dan menegaskan tentang keadilannya, maka makalah-makalah tersebut
hanya mampu melahirkan kesungguhan yang cepat pudar dan segera padam.
Hakikat ini memperlihatkan kepada anda bahawa faktor-faktor kesungguhan untuk
beramal secara jamaiyy ini terikat dengan seluruh amal dakwah yang pelbagai itu.
Hubungannya dengan sudut pengetahuan menjadi dalil yang menunjukkan bahawa
kejayaan dalam mana-mana sudut perancangan menyeluruh akan menambah dan
mengembangkan lagi kesungguhan dan keseriusan seluruh jamaah. Ini meyakinkan
kita bahawa jika kita mahu mengguna dan mengeksploitasi seluruh tenaga yang ada,
maka kita hendaklah melebihkan usaha meningkatkan taraf tarbiah secara umum,
bukan hanya sekadar kita memberikan galakan dan gesaan kepada para duat secara
sendirian.
Antara pengajaran yang boleh diambil daripada perumpamaan yang saya bawa di atas
ialah: bahawa antara perkara yang menyempurnakan lagi kejelasan fikrah ialah
dengan kita memperlihatkan kepada daii tentang keburukan dan kebobrokan falsafah
dan fikrah serta pegangan pihak-pihak lain. Tetapi ini hendaklah dilakukan dengan
langkah yang tertib dan tenang, agar dai yang baru tidak terkeliru atau menjadi
kesamaran.

Faktor Kedua: Program Fardiyy (Individual) Dan Jamaiyy
174

Kita hendaklah mengajar seseorang dai bagaimana dia memprogramkan kehidupan
hariannya. Kita hendaklah membataskan aktivitinya pada beberapa hari dalam
seminggu. Kita tidak membiarkannya lepas bebas begitu sahaja. Kita hendaklah
mengajarnya bagaimana dia menyusun waktunya. Tetapi adalah perlu juga kita
membiarkannya menguruskan sendiri hari-harinya yang lain tanpa diperhatikan,
kerana jiwa akan merasa jemu jika sentiasa diselia dan diperhatikan.
Kita hendaklah mengajar bagaimana dia memprogramkan minggunya. Beberapa hari
tertentu hendaklah dikhususkan untuk membuat pekerjaan atau aktiviti tertentu.
Tetapi perlu diberikan perhatian bahawa satu hari khusus hendaklah diberikan
kepadanya sebagai rehat, meskipun keperluan amat mendesak, kerana kerahakan
(kepenatan) akan melahirkan kejemuan dan seterusnya menghilangkan kesungguhan.
Membuat program bulanan dan seterusnya musim atau tahunannya adalah lebih perlu
diberikan perhatian. Kita hendaklah mengajar dai bagaimana dia pada musim sejuk
lagi sudah membuat jadual untuk melakukan perkara-perkara sekian pada musim
panas akan datang. Dia juga hendaklah menyusun bahawa dia akan membaca buku-
buku sekian dalam tempoh satu tahun. Dia tidak boleh membiarkan dirinya hanya
digerakkan oleh semangat dan kebetulan sahaja, atau ketika teringat sahaja setelah
terlupa, atau dia hanya membaca buku-buku yang terpandang oleh matanya tanpa
memilih manakah buku yang lebih bermanfaat dan penting. Bahkan kita hendaklah
memaksanya membuat jadual dan mengambil langkah-langkah tertentu yang telah
dibuat kajian terlebih dahulu.
Program-program yang dibuat ini tidak hanya menghalang seseorang daripada
terlepas atau melarikan diri (daripada terus terikat dengan jamaah) sahaja, tetapi ia
juga memberikan kesan kejiwaan yang besar, kerana seseorang yang mempunyai
perancangan dan program akan dapat melaksanakan rancangannya itu dengan penuh
teliti. Di samping itu, dia akan sentiasa berfikir tentang perkara yang akan
dilaksanakannya selepas beberapa ketika nanti. Dia juga sentiasa memburu lintasan-
lintasan hati yang terlintas di dalam hatinya tentang perkara yang akan dilaksanakan
itu. Apabila waktu untuk melaksanakan perkara tersebut, dia sudah bersedia dengan
mempunyai gambaran yang jelas. Tetapi jika dia melaksanakan perkara itu hanya
sekejap setelah ia terbetik di dalam hatinya, maka gambaran tentang perkara yang
akan dilaksanakannya itu masih berada dalam keadaan kekurangan, lantaran
pendeknya waktu yang digunakan bagi memikirkan tentangnya. Dia mungkin terlupa
terhadap beberapa faedah kerana kekurangan persediaan dan tabiat kegopohan itu
sendiri.
Setelah seseorang dai memprogramkan aktiviti secara individu, jamaah juga
hendaklah mengatur program untuk dirinya. Di samping itu, segala perancangan
perlaksanaan hendaklah melengkap dan menyempurnakan kekurangan yang mungkin
berlaku pada program individu. Jamaah hendaklah mengarah dan menyelaraskan
175

peluang-peluang yang boleh digunakan untuk mengambil faedah daripada pelbagai
kebolehan dan persediaan yang ada. Perancangan ini sama dengan perancangan
pembangunan yang dibuat oleh Kementerian Perancangan yang ada di setiap negara.
Jadual kerja terperinci juga boleh diadakan, sebagaimana perancangan yang
mempunyai tabiat perlaksanaan juga boleh dibahagikan kepada beberapa cawangan
yang berbagai-bagai. Tetapi yang dimaksudkan dengan perancangan di sini ialah
bukan perancangan yang menentukan pencapaian objektif dan polisi luar serta polisi
dalam negara bagi jamaah, dan yang pada kebiasaannya ialah yang dimaksudkan
dengan istilah perancangan.
Kejayaan kebanyakan pemimpin tentera dikatakan berpunca daripada kemampuan
dan kebolehan mereka mengeluarkan arahan terperinci dan jelas kepada setiap
pegawai tentera yang berada di bawah arahan mereka. Setiap arahan yang diberikan
adalah sesuai dengan jenis dan kedudukan setiap askar di medan perang. Para qiadah
di kawasan dan sektor-sektor tertentu jamaah boleh meningkatkan tahap kesungguhan
anggota bagi melaksanakan arahan jika pihak qiadah berjaya menterjemahkan
perancangan umum yang dibuat oleh pimpinan tertinggi jamaah kepada beberapa
perancangan berbentuk perlaksanaan yang menjelaskan tentang wasilah, himpunan
aktiviti dan kewajipan secara terperinci.
Jika lajnah-lajnah yang terdapat dalam jamaah mampu membuat program-program
secara tahunan, maka komitmen penuhnya terhadap program-program tersebut akan
mewujudkan sesuatu yang boleh kita katakan sebagai memori jamaiyy umum yang
tampil sebagai faktor utama untuk membangkitkan kesungguhan. Saya tidak
menafikan bahawa untuk membuat program-program seumpama ini pasti akan
memerlukan usaha-usaha yang intensif, namun kepentingan dan manfaat yang
diperolehi menunjukkan bahawa adalah berbaloi untuk mencurahkan usaha yang
besar untuk tujuan tersebut.
Faktor Ketiga: Pengkhususan Dan Pembahagian Kerja
Pengkhususan dan pembahagian kerja adalah penting kerana setiap dai mempunyai
tabiat dan hobi tersendiri. Sepatutnya pihak qiadah mempunyai maklumat lengkap
tentang ciri-ciri orang-orang yang bekerja dengan mereka, iaitu maklumat yang
hampir menyerupai proses perangkaan yang lahir daripada kebersamaan berturut-turut
ketika melaksanakan kerja-kerja pentadbiran. Dengan itu, para qiadah barulah mampu
untuk merealisasikan kata-kata benar yang biasa didengar, iaitu seseorang hendaklah
diletakkan pada tempatnya yang sesuai. Di sini, saya menambah, bahawa seseorang
bukan sahaja diletakkan di tempat yang sesuai, dia juga hendaklah diletakkan bersama
dengan kumpulan yang sesuai dengannya dan mempunyai sifat-sifat yang hampir
sama dengannya. Kemudian akan terbentuklah kumpulan-kumpulan pengkhususan
dan berbagai-bagai jawatankuasa pengkhususan serta cawangan-cawangannya.
176

Hubungan pengkhususan dengan kesungguhan kerja adalah jelas, kerana seseorang
pakar dan berpengalaman akan bekerja dalam suasana atau bersama-sama dengan
ketua serta rakan-rakan penolong yang memahami dirinya. Mereka boleh berbual
dengannya dan dia boleh berbual dengan mereka dalam keadaan mereka faham dan
tahu. Di samping itu, mereka mempunyai bentuk pemikiran dan pendapat yang
hampir sama. Jika dia betul di dalam tindakan atau pendapatnya, mereka
menjadikannya merasai kepentingannya, lalu dia akan terus berusaha untuk
mempertingkatkannya lagi. Dia merasa gembira lantaran kebaikan yang mengalir
melalui kedua-dua belah tangannya. Jika dia melakukan kesalahan, mereka
menunjukkan kesalahan tersebut. Dia juga gembira dengan kefahaman yang
diperolehinya daripada rakan-rakannya yang memberikan tunjuk ajar secara baik
tanpa perlu menyerang dan mengkritiknya dengan keras. Dengan itu, satu pintu
kreativiti yang berterusan terbuka dengan luas. Pintu ini tidak terbuka kepada
seseorang yang mempunyai kemampuan, tetapi berada di kalangan sahabat-sahabat
yang tidak mengetahui kelebihan dan bidang pengkhususannya. Kesungguhan tidak
mempunyai matlamat yang lebih jauh daripada kreativiti.
Segala aktiviti di seluruh dunia dan parti-parti pada hari ini adalah didasarkan kepada
penyertaan bersama. Hingga dalam bidang sains pun, seperti fizik dan kimia, ia tidak
lagi menjadi lapangan yang luas bagi penemuan-penemuan berbentuk individu sahaja,
tetapi ia lebih berbentuk penemuan yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan saintis.
Demikian juga dengan amal jamai Islamiyy yang memerlukan antaranya
pembahagian pengkhususan dan tugas terhadap kumpulan-kumpulan yang saling
bertolong bantu, sama ada dalam kajian politik, perancangan, membuat hubungan
dengan pembesar-pembesar, kerja-kerja kewartawanan dan lain-lain lagi. Dengan itu,
para pendakwah akan bekerja dengan rasa kebersamaan (perkumpulan) yang sentiasa
memberikan semangat kepadanya.
Anda perlu perhatikan di sini bahawa kita pada peringkat awalnya hanya mahu
memperolehi kemampuan dan kebolehan yang dimiliki oleh para pendakwah secara
fitrah semulajadi, ketika kita mahu membahagikan mereka kepada beberapa
jawatankuasa yang mempunyai pengkhususan tertentu. Pengkhususan pekerjaan dan
kelulusan tidak menjadi syaratnya, kerana kadang-kadang seorang pakar dalam
bidang politik dan kewartawanan adalah seorang doktor, atau jurutera yang
memperolehi pengalaman yang tidak diperolehi oleh seseorang yang memang
berkelulusan dalam bidang politik dan kewartawanan.
Berusaha Untuk Mendapat Kedudukan Yang Boleh Memberikan
Pengaruh Terhadap Fikrah Dan Tarbiah
Jika pengkhususan adalah penting ketika melaksanakan amal dalam binaan tanzim,
maka ia sewajibnya disokong oleh pengkhususan lain dalam bidang pekerjaan luaran
yang dilaksanakan oleh para pendakwah di dalam badan-badan kerajaan dan
infrastuktur masyarakat. Pekerjaan dan jawatan adalah berbeza dari segi kehampiran
177

atau kejauhannya dari bidang pemikiran dan politik yang menjadi medan perhatian
kita. Sepatutnya kita memberikan perhatian untuk berada di tempat-tempat yang
memberikan kita peluang untuk mentarbiah orang lain, atau memperdengarkan suara
kita, atau menjadikan kita mempunyai kehebatan yang lebih besar. Ia hampir sama
dengan kerja yang dilakukan oleh musuh Islam untuk menguasai infrastruktur yang
penting dan membentuk generasi sasterawan, pengamal undang-undang dan para
pendidik, yang dengan orang-orang seperti ini, mereka (musuh-musuh Islam) mampu
menterbalikkan neraca dan menukarkan arah kehidupan agar memberikan keuntungan
kepada jahiliyyah. Mereka amat berjaya dalam bidang ini sehingga kita tidak
berpeluang untuk melakukan perkara yang sama, melainkan jika kita berusaha untuk
mengambil tindak balas yang dapat mengimbangkan kedudukan.
Proses kerja kita hendaklah bermula dengan kita meletakkan keseimbangan pada arah
yang dilalui oleh para pelajar kita yang terdiri daripada para pendakwah yang baru.
Kita meletakkan mereka semenjak di sekolah-sekolah menengah atas lagi antara
cabang-cabang sastera dan sains, yang akan menentukan bidang pengkhususan
mereka nanti. Kita menggalakkan para pendakwah yang masih muda dan juga orang-
orang yang menyokong kita untuk memasuki cabang sastera, kemudian fakulti-fakulti
undang-undang, sastera, kemasyarakatan, pendidikan, pengurusan, ekonomi dan sains
politik. Kemudian kita menggalakkan sesetengah mereka untuk memperolehi ijazah
kedoktoran dalam bidang-bidang ini, serta terus melakukan pengkajian dalam bidang
yang sama selepas memperolehi ijazah tersebut. Jika ada di kalangan mereka yang
tidak mempunyai kemampuan dari sudut material dan tidak mendapat biasiswa
kerajaan, dakwah hendaklah menghantarnya belajar dengan belanja daripada jamaah
jika mampu berbuat demikian. Di samping itu, jamaah hendaklah memberikan
pengarahan kepada semua pelajar itu untuk membuat pemilihan yang bijak terhadap
tajuk-tajuk yang akan menjadi bidang pengkajian mereka, agar kajiannya itu nanti
akan meluaskan ilmu para pendakwah lain, bukan hanya sekadar kajian yang
dilakukan untuk memperolehi sijil semata-mata.
Doktor, farmasis, geologis, ahli kimia dan lain-lain yang seumpama mereka, mereka
hanya boleh memberikan manfaat kepada dakwah dengan kebolehan peribadi mereka
sahaja. Kedudukan perjawatan mereka mempunyai hubungan yang lemah dengan
bidang-bidang yang menjadi perhatian kita. Bahkan mereka pada waktu petang
terlibat dalam bidang pembukaan klinik-klinik dan pejabat-pejabat swasta yang
menyebabkan amal dakwah mereka menjadi semakin terhimpit. Keadaan sebaliknya
berlaku kepada pegawai biasa dari kalangan pengamal undang-undang, guru atau
orang-orang yang seumpama mereka. Sehingga anda dapati bahawa seorang
pendakwah yang memasuki fakulti perubatan atau kejuruteraan yang terpaksa
menghabiskan kebanyakan masanya untuk melakukan pembedahan atau melukis
garisan-garisan, adalah lebih penat daripada seorang pelajar di fakulti sastera atau
undang-undang.
178

Tetapi jika kita hanya ingin memperolehi salah satu jenis daripada dua jenis
pengkhususan tersebut, itu adalah satu tindakan yang melampau dan menunjukkan
kemampuan pentadbiran yang rendah. Jika anda dapati bahawa saya menyeru agar
ramai para pendakwah memasuki fakulti pengajian kemanusiaan, maka itu adalah
disebabkan kerana saya melihat tidak ada orang yang mahu memasukinya. Tindakan
yang betul ialah melakukan penyeimbangan antara semua pengkhususan tersebut,
dengan memberikan sedikit keutamaan kepada pengkajian undang-undang, ekonomi
dan sastera, kerana ia dituntut dalam tabiat pergerakan kita. Kebiasaannya, mereka
yang mempelajarinya mampu untuk meyakinkan seseorang doktor dan jurutera, lalu
menggabungkannya ke dalam saf kita. Amat jarang berlaku sebaliknya, tetapi saya
tidak menafikan kewujudannya. Kita sekarang bercakap tentang kebiasaan yang
berlaku. Yang saya maksudkan dengan keseimbangan di sini ialah keseimbangan
dalam mengarahkan orang yang mempunyai kepintaran dan kesungguhan belajar
kepada pengkhususan-pengkhususan ini. Bukan hanya berpada dengan keterpaksaan
orang-orang yang mempunyai markah yang rendah dan semangat belajar yang lemah
untuk memasuki fakulti undang-undang atau sastera. Itu akan hanya memperlihatkan
keseimbangan secara zahir sahaja, tidak bertepatan dengan apa yang saya maksudkan.
Semangat berterus terang yang ada pada kita, memberikan saya peluang untuk
menjelaskan tentang resapan perasaan takabbur dan meninggi diri yang diberikan oleh
masyarakat kita kepada golongan doktor dan jurutera, yang saya saksikan di sisi
kebanyakan para pendakwah. Kita hanya mengikut manusia tanpa mengambil berat
tentang masa depan dakwah. Satu kempen tahunan secara besar-besaran bahkan
pentarbiahan berterusan mestilah dilakukan kepada para pendakwah untuk
menggalakkan mereka kepada penyeimbangan ini, seterusnya kepada pengkhususan
tertentu. Sepatutnya setiap orang yang bekerja untuk Islam mestilah memiliki
keazaman, himmah dan kesabaran yang tinggi, dengan mengorbankan perbezaan gaji
dan peluang-peluang kehidupan serta ganjaran kebendaan yang terdapat antara dua
golongan tersebut, jika dia terpaksa terus tidak mempunyai sijil yang menyamakan
kedudukannya dengan orang lain.
Tawadhuk.. Dan Kesetiaan
Oleh kerana kita telah terlajak membicarakan tentang perkara ini, menyebabkan pintu
tazkirah (peringatan) ukhawiyyah (persahabatan) terbuka. Saya suka untuk
menujukannya kepada para pendakwah yang telah memasuki bidang pengkhususan
masing-masing. Saya teragak-agak untuk menyebutkan peringatan ini dalam
sempena-sempena yang lain. Saya suka untuk mengingatkan mereka tentang
kebarangkalian bahawa perasaan terpedaya, ujub dan takabbur akan melanda diri
mereka, kerana bidang pengkhususan dan pengajian pada bidang kedoktoran
mempunyai campuran makna keduniaan. Ia tidak dapat dibezakan melainkan oleh
orang-orang yang diberikan limpahan cahaya keimanan.
179

Tanda terselamatnya seseorang pendakwah daripada perasaan terpedaya ini ialah
dengan dia sentiasa berkeyakinan bahawa segala kelebihan ilmu dan pengalaman
yang ada padanya adalah datang daripada Allah semata-mata. Dia juga hendaklah
berkeyakinan bahawa dakwah dan para amilin lain memainkan peranan yang besar
sehingga dia berada pada tahap tersebut, kerana mereka memberikannya peluang
untuk belajar dan memberikan tunjuk ajar kepadanya bagaimana dia boleh berkhidmat
untuk dakwah melalalui jalan pengkhususannya itu. Mereka juga menjadi sumber
ketenangan kepadanya ketika dia melalui jalan yang gelap, sehingga dia tidak merasai
kesunyian sepanjang perjalanan, atau dihinggapi rasa takut dan kecewa. Begitu juga,
dia hendaklah meyakini bahawa sijil sahaja tidak bermakna bahawa dia sudah
memiliki ilmu dan pengalaman secukupnya, kerana kemungkinan ada di kalangan
para pendakwah lain mempunyai ilmu yang lebih banyak daripadanya dalam bidang
yang sama, hasil daripada telaah, kajian dan pertemuan dengan ulama, walaupun dia
tidak memiliki sijil. Dia juga hendaklah memberikan ketaatan sebagai seorang
mukmin yang sedar, jika dia diletakkan oleh jamaah di bawah pertanggungjawaban
orang tersebut, sekalipun orang itu tidak memiliki pengkhususan atau sijil sepertinya.
Dalam hal ini, kita berpandukan kepada syarat-syarat yang ditentukan oleh harakah,
bukan syarat-syarat pekerjaan dan jawatan.
Antara tanda-tanda kefahaman seseorang yang pakar (berpengkhususan) terhadap
keperluan-keperluan dakwah ialah bahawa dia adalah seorang yang melaksanakan
kewajipan-kewajipan yang ditaklifkan kepadanya ketika belajar terhadap para
penyokong dan simpatisan dakwah. Dia juga akan memberikan ketaatan penuh
apabila jamaah menghalangnya daripada bermusafir untuk menyambungkan
pelajaran, setelah dia meminta izin untuk berbuat demikian, atau ketika jamaah
menangguhkan keizinan memandangkan kemudaratan yang akan menimpa jamaah
jika dia meninggalkan tugasnya pada waktu yang tidak sesuai. Janganlah hatinya
sentiasa mengharap-harapkan dapat melakukan apa yang dicita-citakannya itu. Kerana
ini akan menyebabkan aktiviti dan amalnya menjadi lemah. Keadaan akan menjadi
bertambah runcing, jika ada anggota lain yang meminta izin lalu dibenarkan, hanya
dia seorang sahaja yang tidak diberikan keizinan. Dalam keadaan demikian, syaitan
mengambil peluang dengan mencampakkan perasaan hasad yang buruk itu ke dalam
hatinya. Dia tidak akan terselamat daripada kebinasaan melainkan jika dia memiliki
kefahaman yang mendalam dan keimanan yang teguh, serta menganggap bahawa
pengkhususan ini adalah kewajipan dan tugas yang perlu dilaksanakan. Ia bukanlah
sumber untuk memperolehi kebanggaan dan kemuliaan kedudukan. Kemegahan dan
kemuliaan sebenarnya adalah terletak pada taqwa dan bercita-cita untuk membawa
kebaikan kepada ummat Islam. Tidak kira dengan apa cara sekalipun, asalkan
kebaikan itu terlaksana. Sudah memadai baginya, jika dia menjadi antara orang yang
menunjukkan kepada kebaikan, kerana dia juga akan memperolehi ganjaran
sebagaimana orang yang melakukannya.
180

Di samping para pimpinan mengambil berat tentang perlaksanaan rancangan
pengkhususan, ia juga hendaklah mengambil berat untuk memelihara dan
mengekalkan jamaah sebagai sebuah gerakan yang mempunyai kekuatan
perlaksanaan dan kebolehan untuk terus berkembang. Para pimpinan sentiasa
berwaspada agar jamaah tidak bertukar menjadi akademi ilmu dan wacana falsafah.
Oleh itu, ia berhak untuk menghalang sesetengah anggotanya daripada membuat
pengkhususan di dalam pengajiannya, serta membenarkannya kepada sesetengah yang
lain. Keputusan ini diambil bukanlah berdasarkan kepada hawa nafsu dan pilih kasih.
Airmata Murabbi!
Wahai saudara-saudaraku! Kemungkinan perkataan yang akan diungkapkan di sini
adalah satu perkataan yang keras. Namun di sini, saya berhak untuk memetik kata-
kata benar yang pernah diucapkan oleh Sufyan al-Thawriyy (rahimahullah). Pada
suatu hari, beliau kelihatan sedih. Lalu beliau ditanya: Kenapakah engkau
bersedih?
Saya telah menjadi gedung perniagaan bagi penuntut-penuntut dunia. Mereka
sentiasa duduk dengan saya (untuk belajar), setelah pandai mereka menjawat jawatan
qadhi atau gabenor.
53

Inilah satu kenyataan yang menyedihkan dalam kehidupan kebanyakan para
pendakwah.
Dakwah mengajar mereka tentang fasahah (kefasihan) dan kehebatan yang
memungkinkan mereka untuk memperolehi banyak peluang yang baik. Tetapi apabila
memperolehinya, mereka menjadi lemah. Atau dakwah membuka pintu baginya untuk
meneruskan pengajian di peringkat tinggi. Sebelum dia memperolehi peluang tersebut
kemungkinan beberapa orang sahabatnya berusaha memujuk pihak bertanggungjawab
dalam kerajaan agar dia memperolehi biasiswa kerajaan atau skim zamalah dan
sebagainya. Atau kemungkinan sehingga mereka membantunya dari sudut kewangan
juga. Manakala sahabat-sahabatnya di tempat pengajian pula membantunya
menghilangkan perasaan kerinduan kerana berjauhan dengan keluarga semasa
pengajiannya. Mereka menjaganya daripada ditimpa fitnah dan sebagai ganti kepada
kaum keluarga. Tetapi apabila lulus dan kembali, dia menjadi lemah dan berfikir
untuk mencipta keuzuran yang boleh melepaskan dirinya daripada bekerja dan
melakukan tugasnya.
Kadang-kadang dakwah menjadi gedung perniagaan kepada penuntut-penuntut dunia.
Mereka berdamping dengannya untuk suatu tempoh tertentu, sehingga apabila telah

53
Ihya Ulum al-Din, jil. 1, hlm. 57.
181

menjadi pegawai besar, pensyarah universiti atau pakar dalam bidang tertentu, mereka
meninggalkan dakwah dan sibuk membina masa depannya sendiri.
Ini adalah perkataan pahit yang wajib diterima oleh para pendakwah. Bahu dakwah
ini sudah banyak kali mengeluh kerana menanggung beban ramai orang yang tidak
tahu membalas jasanya.
Wahai saudara-saudaraku! Teguhkanlah keazaman untuk memberikan kesetiaan dan
membalas jasa dakwah yang diberkati ini. Jadikanlah sijil-sijil yang tinggi atau
perniagaan atau pangkat kedudukan untuk memberikan khidmat kepada dakwah,
bukan untuk bermegah-megah. Jika anda tidak melakukan demikian, maka situasi
akan menjadi sebagaimana yang diucapkan oleh sesetengah golongan salaf:
Amat sedikit orang yang mempermudahkan pangkat dan kemegahan kepada dirinya
akan dapat terlepas keluar daripadanya.
Yakni, dia akan terjauh ke dalam dosa takabbur yang mengiringi kemegahan, serta
meninggalkan perasaan tawadhuk.
Kepentingan Jawatankuasa Perancangan
Mungkin ada di kalangan para pendakwah yang tertanya-tanya; kenapa perlaksanaan
cita-cita pengkhususan dan pembahagian kerja-kerja harakah ini tidak dilaksanakan di
sesetengah negara?
Saya yakin, jawapannya boleh disimpulkan kepada dua sebab:
Kekurangan tenaga yang ada di sisi gerakan yang baru ditubuhkan. Maka ia berada
dalam keadaan teragak-agak, sama ada mahu menghimpunkan segala kekuatannya
untuk memberikan tumpuan sepenuhnya kepada bidang tajmi (pengumpulan
anggota) dan pentarbiahan mereka yang menjadi keperluan pada masa itu; atau mahu
membahagi-bahagikan tugas dan pengkususan kerana mengambil kira tentang
kepentingan masa depan, serta sebagai langkah untuk menjadikan amal dakwahnya
sebagai suatu yang bersepadu. Tidak mengapa kita melambatkan sedikit pembahagian
tugas dan pengkhususan jika peluang untuk tajmi terbuka luas dengan baiknya, dan
situasi yang ada menunjukkan bahawa tindakan melepaskan peluang itu adalah salah,
kerana kemungkinan peluang itu tidak akan berulang lagi dengan mudah pada masa
hadapan. Tetapi kelambatan ini hendaklah diiringi oleh keyakinan sempurna bahawa
pemalingan beberapa orang al-akh yang bekemampuan daripada melakukan amal
tajmi bukanlah suatu kerugian sementara kepada usaha-usaha mereka, kerana hasil
daripada kerja pengkhususan mereka yang baru ini akan meningkatkan kadar
kesungguhan secara keseluruhan. Pada ketika itu, keyakinan ini akan bertukar
menjadi prinsip yang mendorong kepada perlaksanaan perancangan pengkhususan
berbentuk haraki dan pekerjaan rasmi pada peluang pertama yang diperolehi tanpa
182

ditangguh lagi. Atau ia menjadi prinsip yang mendorong ia dilakukan lebih awal
sedikit bagi mengimbangi kelambatan tersebut, yang memberikan peluang kepada
ikhwah yang berpengkhususan itu untuk berlatih sebelum mereka dapat memberikan
penghasilan daripada pengkhususan mereka itu.
(Tolong check betul-betul perenggan di atas. Betul ke?)
Ketiadaan jawatankuasa perancangan juga menjadi sebab kedua dalam perkara ini.
Kerana tugas-tugas harian yang dihadapi oleh qiadah kadang-kadang mengalpakan
mereka daripada melakukan pemantauan terhadap rancangan pengkhususan.
Sedangkan jika jawatankuasa perancangan ini wujud, ia lebih mampu dan mempunyai
waktu yang lebih, terutamanya ia juga mampu untuk melihat semua cadangan yang
dikemukakan oleh para pendakwah yang senior, sama ada melalui muktamar-
muktamar yang ia anjurkan sendiri, atau ia menghadiri muktamar yang dianjurkan
oleh pihak lain. Di samping itu, bentuk susunan jawatankuasa itu juga memberikan
peluang kepadanya untuk bebas bergerak ke seluruh negara bagi mengenal pasti
ciptaan baru yang dilakukan oleh cawangan-cawangan gerakan dalam hal ini, serta
pengenalpastian penyelesaian-penyelesaian yang sesuai bagi menghadapi masalah
pengkhususan. Oleh itu, jawatankuasa ini boleh mengambil manfaat daripada
keadaan-keadaan tersebut. Manakala pihak qiadah umum, yang sentiasa tertekan dan
tenggelam kerana memantau tugas-tugas lain, serta tanggungjawab menyelia sektor-
sektor dan cawangan-cawangan seluruh negara, semua itu menghalang mereka untuk
bebas bergerak ke sana ke mari.
Isu Tanzim Eksklusif
Meskipun perancangan untuk mewujudkan pengkhususan ini ada, tetapi tidaklah
bermakna kita mahu mendirikan tanzim kita berdasarkan pengkhususan kerja para
pendakwah. Yang lebih baik, tanzim kita hendaklah tanzim yang bercampur. Setiap
unit yang terdapat di mana-mana kawasan kediaman, hendaklah dianggotai oleh
semua para pendakwah yang tinggal di situ, tidak kira apa jenis pekerjaan mereka. Di
samping itu, tiada halangan untuk mewujudkan jawatankuasa-jawatankuasa kecil
yang membantu tanzim di kawasan tersebut untuk mempergunakan kebolehan
kepekerjaan mereka, pada waktu-waktu pekerjaan mereka, atau ketika mereka berada
di kalangan masyarakat mereka tersendiri yang terdiri daripada para sahabat sekerja
mereka. Seperti mewujudkan jawatankuasa buruh, yang menyelaraskan kerja-kerja
yang harus dilakukan oleh para pendakwah yang terdiri dari kalangan buruh di
tempat-tempat kerja mereka dan juga di dalam persatuan-persatuan mereka. Atau
mewujudkan jawatankuasa lain yang menyelaraskan aktiviti untuk para guru di
sekolah-sekolah dan di dalam persatuan-persatuan guru.
Sesetengah pihak menyeru kepada keperluan mewujudkan satu kumpulan untuk ahli
undang-undang, satu kumpulan lagi untuk ahli-ahli ekonomi, satu kumpulan lagi
untuk para jurutera dan begitulah seterusnya. Kesemua kumpulan ini dianggotai oleh
183

para pendakwah yang paling bermutu dalam bidang pengkhususan masing-masing.
Setiap kumpulan pula dianggap sebagai tanzim asasi bagi para pendakwah yang
mengganggotainya. Semua kumpulan ini juga tunduk kepada satu qiadah yang
mewakili kesemua perkumpulan-perkumpulan itu. Kewajipan setiap kumpulan ialah
melakukan kajian-kajian yang mendalam dalam bidang masing-masing, kemudian
menyebarkan hasilnya kepada orang ramai untuk menjadi asas bagaimana kita
meyakinkan mereka untuk menerima dakwah ini, bukan hanya sekadar berpada
dengan nas-nas syarak sahaja. Manakala tanzim-tanzim yang berbentuk wilayah dan
kawasan tempat tinggal, hanya disertai oleh orang-orang yang tidak dapat
memberikan apa-apa faedah dan manfaat dalam kumpulan-kumpulan itu.
Namun kerana bangkangan daripada barisan qiadah, serta penulisan-penulisan Sayyid
Qutb (rahimahullah) di dalam al-Zilal, memaksa pihak yang mencadangkan perkara
ini agar membentangkannya dalam bentuk yang sederhana. Mereka mengambil jalan
tengah dengan berpada untuk menyeru kepada pembentukan tanzim-tanzim eksklusif
ini dalam rangka umum tanzim haraki.
Pandangan yang sudah diubahsuai ini ada kebenarannya, tetapi nampaknya kebenaran
itu menyebabkan mereka melakukan pelampauan. Pendapat yang saya pegang ialah
bahawa kita cukup hanya berpada dengan mewujudkan jawatankuasa-jawatankuasa
kecil sahaja. Atau mewujudkan tanzim-tanzim sampingan tertentu yang memenuhi
masa kerja para pendakwah semasa mereka berada di tempat-tempat kerja, sekolah,
pejabat-pejabat kerajaan dan sebagainya. Manakala pengumpulan semua ahli-ahli
yang mempunyai kepakaran tertentu atau yang terbaik di kalangan mereka di dalam
satu tanzim, maka ia adalah suatu pembaziran ketika mengeksploitasi pendapat
tersebut yang mengandungi kebenaran itu.
Pada masa sekarang, harakah merasa prihatian untuk mewujudkan beberapa orang
pendakwah di setiap negeri yang mempunyai bidang pengkhususan dalam setiap
cabang kepakaran. Mereka boleh berbincang, berbahas dan melakukan pengkajian
sesama mereka. Manakala majoriti pendakwah yang lain, hendaklah mereka terus
melakukan tajmi, tarbiah dan penyiapan saf melalui tanzim-tanzim yang terbentuk di
sesuatu wilayah atau kawasan. Kumpulan pengkhususan yang sedikit itu mampu
untuk mengembangkan kemampuannya dan mempertingkatkannya hingga mencapai
taraf antarabangsa. Dengan itu, ia boleh melakukan kerjasama dengan kumpulan-
kumpulan seumpamanya di negeri atau negara lain, melalui persidangan, dialog,
pertukaran pengalaman, pengkajian, perangkaan dan dokumen-dokumen yang
ditemui.
Saya boleh membawa beberapa sebab yang menyokong pendapat saya berkenaan
dengan tanzim eksklusif ini. Antaranya:
1. Mana-mana kebengkakan pada bentuk tanzim eksklusif ini akan mendedahkannya
kepada mengambil jalan yang bertentangan bagi perancangan menyeluruh yang telah
184

ditetapkan oleh qiadah tertinggi. Ini adalah kerana setiap orang al-akh yang pakar
dalam bidang tertentu, hanya melihat dari sudut pandangan yang sempit, juga melalui
semangatnya terhadap pengkhususannya, yang kadang-kadang perkara itu berlaku
tanpa disedarinya. Kemungkinan dalam persepsinya, dia memberikan kedudukan
yang lebih tinggi kepada kerja-kerja kepakarannya agar harakah Islamiyyah
menghayatinya dalam fasa semasa, sedangkan kedudukan yang diberikannya itu
adalah lebih tinggi daripada keperluan kerja yang sebenar. Semua itu mungkin akan
mengakibatkan berlaku perbezaan manhaj tarbiah di kalangan tanzim-tanzim
eksklusif lalu menghilangkan ciri kesatuan pentarbiahan sama sekali. Permasalahan
tarbiah sebenarnya lebih digerakkan oleh keyakinan, kefahaman dan corak bekerja
yang lahir melalui pertukaran sudut pandangan serta dialog yang berterusan, daripada
digerakkan oleh perintah dan arahan qiadah atau fasal-fasal yang tertulis di dalam
perlembagaan.
2. Kemungkinan pertindihan amal juga menjadi satu lagi sebab yang meyakinkan para
pendakwah yang berpengalaman. Kewujudan banyak tanzim yang mempunyai tugas
hampir sama dan kedudukan tanzim yang terpisah, menjadikan kemungkinan berlaku
pertindihan itu wujud, kerana masyarakat yang menjadi sasaran tanzim-tanzim itu
satu sahaja. Sebagai contoh, perhatikan seorang sasaran madu yang bekerja sebagai
jurutera akan dihampiri oleh seorang pendakwah yang juga bekerja sebagai jurutera.
Dalam masa yang sama, madu itu juga dihampiri oleh jirannya atau pendakwah
yang bersembahyang bersamanya di dalam satu masjid, sedangkan tiada sebarang
perbincangan dan hubungan di antara kedua-dua dai itu.
3. Antara sudut negatif pembahagian pengkhususan ini ialah tidak mengeksploitasi
sepenuhnya sebahagian waktu para pendakwah dan membazirkannya begitu sahaja.
Untuk meminta pendakwah melakukan kerja dakwah dengan pergi ke sana ke mari
dan bertemu dengan orang ramai sepanjang siang dan malam adalah sesuatu yang
tidak mungkin, seperti tentera yang sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga dan
bersiap siaga. Tetapi seseorang pendakwah lebih banyak menghabiskan masa di
rumah dan di masjid berdekatan dengan rumahnya. Juga bersama dengan jiran-
jirannya di kedai-kedai kopi yang berada di kawasannya. Demikianlah apa yang
dilakukannya, tanpa berpura-pura dan mengada-ngada. Jika tanzim berbentuk
eksklusif, ini bermakna masa-masa tersebut tidak dapat dipergunakan.
4. Kemungkinan sebab yang mendorong sesetengah pendakwah agar membesar-
besarkan isu tanzim eksklusif ini lahir kerana mereka melihat kepada cara kerja parti-
parti politik Barat, tanpa mengambil kira nisbah dan melihat perbezaan yang terdapat
di antara masyarakat kita dengan masyarakat Barat. Individu di sana hanya
digerakkan oleh kepentingan peribadi diri semata-mata. Oleh kerana itu, parti-parti
politik pembangkang amat prihatin untuk mengemukakan kajian-kajian ekonomi dan
politik yang mengkritik perancangan parti-parti pemerintah dan menjanjikan
penyelesaian-penyelesaian alternatif. Seperti pendirian terhadap pasaran bersama
185

Eropah, isu tenaga, inflasi, pencemaran dan penghijrahan. Manakala masyarakat kita
di negara-negara Islam masih terdapat sedikit sebanyak kebaikan. Masih terdapat
golongan yang beriman dengan iman semulajadi yang tidak memerlukan pengkajian-
pengkajian yang banyak dan mendalam. Jika anda membangkitkan himmah golongan
ini, serta menyusun dan menyedarkannya, anda mampu untuk mengembalikan semula
pemerintahan Islam yang hilang itu, tanpa memerlukan terlalu banyak uslub dan seni
kerja yang berlebih-lebihan. Di samping itu, sifat kesederhanaan yang terdapat pada
diri kebanyakan manusia yang sentiasa memberikan bantuan kepada dakwah dari
kalangan mereka yang mempunyai fitrah yang masih suci dan dorongan kendiri, tidak
memerlukan kepada yang demikian juga.
Terdapat perbezaan asasi yang membezakan antara corak kerja kita dengan corak
kerja parti-parti politik Barat. Ini adalah kerana pihak kerajaan di negara-negara Barat
mempunyai kedudukan yang amat kukuh. Manakala aktiviti parti-parti di sana hanya
berbentuk persaingan, yang tidak bertujuan melakukan perubahan total. Ia juga tidak
berbentuk akidah, kecuali parti-parti yang mempunyai ideologi komunis. Oleh kerana
itu, parti-parti itu lebih bergantung kepada suara yang memilih mereka di dalam
pilihanraya, daripada bergantung kepada keanggotaan kekal dan pentarbiahan
dalaman. Ini tidak menjadi keprihatinan mereka ketika mereka mahu merealisasikan
kesatuan di dalam parti.
Sedangkan kerja kita adalah berbentuk merubah, akidah dan haraki. Kita bekerja di
dalam suasana sukar yang sentiasa mendedahkan kita kepada mihnah. Oleh kerana
itu, kita memerlukan kepada keteguhan kesatuan di dalam tanzim. Saya berpendapat
bahawa kewujudan banyak tanzim eksklusif ini akan memudaratkan kesatuan yang
dicita-citakan itu. Ia juga akan membuka pintu perselisihan dan fitnah. Kemungkinan
tanzim eksklusif itu akan menyeleweng seluruhnya, jika orang-orang yang
bertanggungjawab ke atasnya melakukan penyelewengan di sebabkan perpecahan
yang berlaku, kerana ketertutupan dan keterbatasan kehidupan seharian mereka
daripada bergaul dengan para pendakwah lain. Juga mungkin kerana mereka terlalu
banyak berahsia serta ketertutupan mereka daripada melihat kepentingan cawangan
tanzim yang lain. Antara tabiat hati ialah sentiasa berbolak balik. Oleh kerana itu,
sikap berhati-hati dan ihtiyat (berjaga-jaga) hendaklah diutamakan.
Walaupun ketika berada dalam fasa pertembungan yang memerlukan banyak
kenyataan dikeluarkan dengan nama jamaah berkenaan dengan isu-isu semasa tentang
ekonomi, politik dan perlembagaan, kita tidak membenarkan sifat melampau-lampau
menggambarkan kenyataan-kenyataan tersebut dengan pembentukan tanzim-tanzim
eksklusif. Kerana kesatuan tanzim dan keteguhan saf dalaman menjadi satu keperluan
besar, dari dua sudut: Pertama kerana penimbunan kerja-kerja harian, yang
menyebabkan kemungkinan berlaku banyak perselisihan sudut pandangan di antara
amilin. Oleh itu, para pendakwah hendaklah dikebalkan agar perbezaan pandangan
itu tidak berkembang hingga menyebabkan perbezaan hati yang menatijahkan fitnah.
186

Sudut kedua pula berhubung dengan tabiat menyerang yang dihadapi oleh semua
kerja harakah Islam. Ciri ini menuntut agar harakah Islam lebih berdisiplin dan
mempunyai qiadah yang dapat mengawal keadaan, sebagaimana yang diperlukan oleh
pasukan tentera yang melakukan serangan. Kerja secara senyap ketika melakukan
tajmi dan tarbiah juga memerlukan kedua-dua sudut itu, namun nisbah keperluannya
tidaklah sama dengan situasi di atas.
Antara perkara ganjil yang berlaku ialah Parti Komunis Soviet dapat mengesan
kesan-kesan buruk pembahagian keterikatan anggota-anggota yang berada di sebuah
kawasan walaupun lima puluh tahun genap selepas Revolusi Oktober. Pimpinan parti
tersebut masih meyakini selepas kematian Khroshof dengan logika seperti ini: Iaitu
menyusun semua anggota Parti Komunis yang berada di satu kawasan di dalam satu
unit yang tidak terpisah.
Tetapi sesetengah harakah (Islam) menyangka bahawa ia mampu untuk
menyelamatkan dirinya daripada kemudharatan dan perkara-perkara negatif tersebut
jika dia menjadikan semua para pegawai yang mempunyai berbagai-bagai kepakaran
ini bersatu di dalam satu tanzim. Manakala pelajar pula mempunyai tanzim yang
tersendiri.
Saya juga tidak nampak kebenaran pada pendapat ini. Keempat-empat sebab yang
baru disebutkan menunjukkan kebimbangan terhadap pandangan ini juga. Di samping
itu, wujud lagi beberapa sebab lain:
5. Kepentingan mencampurkan golongan pendakwah senior dengan junior, generasi
perintis dengan generasi pewaris, agar berlaku keseimbangan dan pertukaran kebaikan
dari satu tangan kepada tangan yang lain, sebagaimana yang telah saya isyaratkan
kepadanya ketika berbicara tentang penyatuan berbagai-bagai tahap tarbiah.
6. Di dalam perbincangan saya yang hampir akan menemui anda di dalam bab ini
selepas ini, iaitu berkenaan dengan fenomena integrasi generasi, akan terdapat alasan
yang akan menambahkan keyakinan anda untuk mengakui dan menerima pendapat
saya yang mengatakan tentang kewajipan percampuran semua para pendakwah di
dalam satu tanzim. Kehidupan seharian mereka juga hendaklah satu, tidak terpisah.
Saya tidak menemui seorang pun yang membangkang keadaan ini dengan berkata
bahawa mereka boleh hidup sebagai generasi yang integrated (bersepadu) walaupun
berada di dalam tanzim yang berlainan. Alasan ini tidak boleh digunakan kerana
hubungan tanzim yang berlainan akan menjadikan mereka berada di dalam dunia
yang berlainan, meskipun sering bertemu setiap hari.
7. Di penghujung perjalanan kita ini, saya akan mewajibkan pihak qiadah juga turut
disertai oleh generasi muda sebagaimana ia disertai oleh generasi tua yang
berpengalaman. Pandangan ini adalah releven sama ada terhadap qiadah tertinggi
jamaah, atau qiadah bagi sesuatu wilayah, juga bagi setiap kumpulan kerja yang kecil.
187

Selagimana tidak terdapat seluruh jenis, qudwah dan generasi pendakwah di dalam
satu-satu peringkat, maka beberapa jenis kekurangan pasti akan berlaku.
Demikianlah dengan terkumpulnya tujuh sebab di atas, menjelaskan mengapa
tanzim eksklusif atau membina tanzim berasingan bagi generasi muda dan tua,
hendaklah dizuhudkan daripada berlaku. Ketujuh-tujuh sebab tu ialah:
* Kemungkinan berlaku perancangan dan plan tindakan yang berbeza-beza dan
mencederakan kesatuan tarbiah.
* Pertindihan tugas tanzim eksklusif ini dengan tugas tanzim wilayah.
* Pensia-siaan terhadap waktu dan tenaga pendakwah yang mengganggotainya.
* Perbezaan cara bekerja kita dengan cara kerja parti-parti politik Barat.
* Kecelaruan proses menyatukan semua peringkat pendakwah.
* Gangguan proses integrasi generasi-generasi pendakwah.
* Kehilangan peluang bagi proses integrasi pimpinan.
Tetapi saya membolehkan keterasingan para pegawai yang berada di dalam
gerakan yang baru hidup jika bilangan mereka tidak besar. Kemungkinan
seseorang yang bekerja sebagai pegawai di sesuatu kawasan tidak mempunyai
teman atau rakan di kawasan tersebut, jadi untuk membuat satu tanzim yang
hanya dianggotai oleh para pegawai sahaja adalah sesuatu yang boleh diterima.
Tetapi dalam keadaan para pendakwah di kawasan tersebut mempunyai
bilangan yang besar, maka adalah lebih baik penyusunan mereka dilakukan di
dalam tanzim berdasarkan tempat kediaman mereka, bercampur juga dengan
para pelajar, buruh dan lain-lain, atau pelajar dan para buruh itu berada di
dalam beberapa halaqah dan unit tanzim yang terasing, tetapi di bawah
pengawasan masul kawasan tersebut. Di samping itu, mereka yang berada di
dalam halaqah dan unit tanzim yang berasingan itu hendaklah turut bersama
dengan tanzim am kawasan dalam aktiviti-aktiviti umum.
Saya tidak menghalang kewujudan satu tanzim terasing untuk para pegawai dan
golongan veteren. Iaitu tanzim yang menggabungkan mereka yang tidak dapat
memberikan khidmat dakwah kepada kawasan tersebut, jika maslahah dakwah
menuntut mereka disusun demikian. Pandangan ini adalah bertentangan dengan
pandangan sahabat-sahabat saya yang menyeru kepada pembentukan tanzim-tanzim
eksklusif dan mencari para pendakwah yang paling layak untuk dimasukkan ke
dalam tanzim tersebut. Semasa membincangkan tentang fiqh al-istifa (fiqh
pemilihan), saya telah menyetujui pendapat yang mahu mewujudkan sudut-sudut
188

tanzim tertentu khusus bagi mereka yang kurang cemerlang dengan menganggap
sudut-sudut tanzim itu sebagai stor simpanan jamaah.
Faktor Kesungguhan Keempat: Menghalang Penghijrahan Bagi Menjamin
Penyempurnaan Pusingan Peranan Duat Pada Setiap Generasi
Fenomena keseimbangan sosial terus menjadi suatu rahsia pergerakan kehidupan ini
yang mengisytiharkan tentang kebijaksanaan Allah swt sebagai Pencipta Maha
Mengetahui yang menjalankan kehidupan ini. Namun fenomena ini mungkin tidak
dapat disaksikan oleh seseorang yang terlalu sibuk menghadapi hari-harinya lalu tidak
berkesempatan untuk membuat pemerhatian yang tenang dan teliti. Tetapi seseorang
yang berfikir tentang sebahagian hakikat ilmu dan seseorang yang menerawangkan
pandangannya kepada tabiat hidup sesuatu bangsa akan dapat melihat fenomena ini
dengan jelas.
Terdapat puluhan contoh yang menunjukkan bagaimana kadar kepanasan dan
kelembapan serta angin memberikan kesan terhadap keseimbangan kehidupan
tumbuhan, penyebaran atau pertumbuhan biji benihnya, atau pembiakan binatang.
Di sini saya akan menyebutkannya secara ringkas sahaja. Marilah kita melihat kepada
satu fenomena kehidupan yang paling besar dan agung yang tercerna melalui
pemeliharaan kehidupan manusia melalui kadar tetap bagi perkembangan kaum lelaki
jika dibandingkan dengan kaum wanita. Bagi setiap sepuluh orang yang dilahirkan
atau hidup di atas muka bumi ini, empat orang daripada mereka adalah lelaki dan
enam daripadanya adalah wanita. Ini berlaku di setiap negara, di setiap masyarakat,
sama ada di negara panas atau sejuk, sama ada masyarakat yang berkulit putih atau
hitam. Ia juga berlaku sama ada di tengah-tengah hutan Afrika dan Amazon
sebagaimana ia juga turut berlaku di Cina dan hujung Siberia. Kalaupun nisbah ini
tidak berlaku ketika percantuman berlaku antara benih lelaki dan wanita, iaitu ketika
di dalam rahim wanita, maka kadar tersebut akan kembali kepada kadar asal (iaitu
4:6) dalam tempoh mengandung dengan berlaku keguguran. Sekali lagi kalaupun
nisbah ini tidak berlaku ketika kelahiran, maka kadar tersebut akan kembali kepada
kadar asal semasa proses kelahiran dengan sebab penyakit-penyakit tertentu yang
menyebabkan kematian. Semua ini berlaku bagi memastikan agar nisbah empat orang
kanak-kanak lelaki dibandingkan dengan enam orang kanak-kanak perempuan tetap
berlaku, walaupun rahim adalah berbeza dan telur (ovium) wanita telah didatangi oleh
jutaan sperma dari pihak lelaki. Ini semua memaksa anda agar beriman dan percaya
terhadap kebijaksanaan Allah swt yang mengatur agar wujud keseimbangan tersebut.
Hakikat ini telah ditemui oleh seorang pakar kelahiran di Kuwait iaitu Dr. Hassan
Hathut. Hasil penemuannya itu telah disiarkan di dalam satu makalah ilmiah yang
ditulis dalam Majallah al-Arabiyy al-Kuwaitiyyah.
189

Seseorang yang melihat kepada golongan yang memiliki pekerjaan yang rendah
tarafnya dan hanya mendatangkan pendapatan yang sedikit di negara-negara Timur
menyangka bahawa golongan pekerja tersebut merupakan mangsa kepada
kemunduran negara dan kesilapan pemimpinnya dalam urusan pentadbiran. Dia juga
menyangka bahawa para pekerja tersebut lebih layak untuk menjadi para pekerja pada
sektor teknikal. Sebahagian daripada sangkaannya adalah benar, tetapi sebahagian
yang lain adalah tidak benar. Kerana setelah dia melihat dan bercampur dengan
berbagai-bagai bangsa di dunia, dia juga akan melihat golongan pekerja bawahan
seperti yang didapatinya di negara-negara Timur juga terdapat di sana, iaitu di Eropah
Barat bahkan di negara-negara yang paling maju sekalipun seperti di Britain dan
Jerman. Dengan itu, dia mengetahui bahawa Allah mencipta kecerdikan dan himmah
dalam beberapa martabat dan darjat pada setiap bangsa agar setiap golongan
menyempurnakan jenis pekerjaan dan kepentingan kehidupan yang termampu
dilaksanakan olehnya, yang akhirnya dapat menjamin penerusan kehidupan dalam
keadaan yang sempurna. Keadaan ini juga membenarkan firman Allah yang
mengatakan bahawa Dia telah melebihkan sesetengah golongan daripada sesetengah
golongan lain dalam masalah pemberian rezeki. Jika dia pergi ke negara-negara
komunis di Eropah Timur atau lainnya, lalu di sana juga dia dapat melihat golongan
pekerja bawahan seperti yang dilihatnya di negara-negara Timur tadi, dia akan
bertambah yakin tentang hakikat ini dan hikmat yang ada di sebaliknya. Dia juga akan
mengetahui bahawa fenomena tersebut bukan hanya berlaku kepada negara-negara
yang menganut fahaman kapitalis sahaja, bahkan ia adalah fenomena keseimbangan
umum yang terdapat pada setiap bangsa yang menjamin kesempurnaan penerusan
kehidupan. Jika keseimbangan ini mengalami kecacatan, nescaya kehidupan manusia
akan ditimpa pelbagai kesukaran dan kesulitan, kerana bukan setiap negara
mempunyai kewangan yang kukuh bagi mengimpot golongan pekerja bawahan ketika
rakyatnya sendiri enggan lagi terlibat dalam sektor pekerjaan tersebut yang hanya
memberikan pulangan yang sedikit.
Saling Bertolong Bantu, Kepelbagaian Hubungan Dan Keserasian Peranan
Dalam Kehidupan Para Duat
Kedua-dua pendahuluan (muqaddimah) ini sudah memadai bagi melahirkan
kemampuan untuk melihat kebijaksanaan Allah yang tercerna melalui fenomena
kemasyarakatan ketiga yang dengannya generasi duat di setiap bandar kelihatan
saling sempurna menyempurnakan di antara satu sama lain secara sendiri.
Penghasilan yang dilakukan oleh amal dan juga tarbiah yang dilaksanakan telah
membuahkan hasil yang seimbang secara automatik. Dengannya peranan-peranan
indidivu duat dapat diagih-agihkan tanpa susah payah agar mereka keseluruhannya
dapat melaksanakan amal dakwah yang menyeluruh dengan didorong oleh semangat
jamaiyy yang tinggi. Anda akan dapati pada setiap generasi duat terdapat individu
yang sesuai menjadi qiadah dan sesuai menjadi pelaksana. Anda juga akan dapati di
kalangan mereka yang sesuai menjadi murabbi, penulis, dan contoh ikutan dalam
190

masalah ibadat. Ada juga di kalangan yang bersedia membiayai keperluan saudara-
saudaranya dengan memberikan pinjaman, yang bersedia mencarikan jodoh buat
saudara-saudaranya yang memerlukan dan yang bersedia menjadi pengganti saudara-
saudaranya kepada keluarga mereka, ketika mereka berpergian bagi sesuatu urusan.
Ada juga di kalangan mereka yang sesuai menjadi penyelesai kepada masalah-
masalah kekeluargaan yang timbul. Ada juga di kalangan mereka yang mendorong,
mengingatkan dan membawa saudara-saudaranya bersama untuk melaksanakan
tanggungjawab sosial seperti memberikan tahniah atau takziah. Ada juga di kalangan
mereka bersedia menerima pesanan untuk membeli barangan keperluan mereka atau
bersedia untuk menunjukkan di manakah barangan yang baik dan murah boleh dibeli
atau diperolehi. Ada juga di kalangan mereka yang boleh memberikan rekomen atau
membantu saudara-saudara mereka untuk mendapatkan rawatan. Dan banyak lagi
contoh-contoh lain yang boleh disebutkan di sini. Kesemua bidang-bidang ini
menyebabkan kepentingan dan keperluan mereka dapat disempurnakan dengan
sebaiknya. Kadang-kadang kita dapati golongan yang mempunyai minda pak turut
lebih inovatif ketika melaksanakan sesuatu yang ditugaskan dan lebih sabar
menghadapi kesulitannya. Jika tempatnya digantikan oleh seorang pimpinan yang
sudah mencapai tahap mujtahid, nescaya si mujtahid ini tidak dapat melakukan
inovasi yang tinggi ketika melaksanakan tugas itu dan dia akan cepat merasa jemu.
Atau jika ditakdirkan sesuatu generasi duat tidak mempunyai seorang individu yang
kuat beribadat, nescaya hati mereka cepat dihinggapi kekerasan dan diselubungi
kealpaan meskipun mempunyai manhaj tarbiah yang amat berkualiti. Atau jika
mereka tidak mempunyai seseorang yang sanggup menguruskan hal ehwal
perkahwinan mereka, nescaya pasti ada di kalangan mereka yang akan tersilap
langkah ketika memilih calon isteri. Ada yang mungkin berakhir dengan perceraian
yang memenatkan dan mungkin ada yang akan meninggalkan dakwah kerana menurut
segala kemahuan isteri.
Ini adalah hubungan-hubungan yang pelbagai. Setiap generasi menyesuaikan dirinya
menurut keperluan. Hubungan-hubungan ini akan terus mantap dengan berlalunya
masa. Hinggakan beberapa baris ayat berbentuk nasihat yang diutarakan oleh salah
seorang daripada mereka kepada rakan-rakannya dalam generasi tersebut yang selalu
mendengar perkataan-perkataannya sudah memadai jika hendak dibandingkan dengan
satu makalah yang ditulis oleh orang lain. Kadang-kadang suatu lintasan hati yang
diluahkan oleh salah seorang daripada mereka kepada saudara-saudaranya
mempunyai kesan yang lebih mendalam jika dibandingkan dengan perancangan
menyeluruh yang dilakukan di salam satu musim lamanya. Ini adalah disebabkan oleh
kebersamaan yang dimilikinya bersama mereka dari sudut sejarah. Ini juga
melahirkan kesamaan kejiwaan yang sebati di dalam jiwa mereka.
Keseimbangan ini berlaku melalui hikmat kebijaksanaan tuhan dan juga melalui
takdir yang tersembunyi. Fenomena zahir daripada takdir itu tersembunyi melalui
proses pentarbiahan yang saling pengaruh mempengaruhi dengan pengertiannya yang
191

luas. Pengaruh tarbiah yang bukan hanya berlaku daripada murabbi tertinggi kepada
anak-anak muridnya yang di bawah sahaja, tetapi juga merupakan pengaruh tarbiah
yang mengalir di antara sesama rakan sebaya, yang dihasilkan oleh tabiat, hobi dan
kecenderungan masing-masing. Mereka memang memberikan ketaatan dan mengasihi
seseorang masul mereka, tetapi dalam masa yang sama mereka juga merujuk kepada
orang lain (dari kalangan rakan-rakan mereka) berkenaan hal ehwal kehidupan harian
mereka, seperti masalah-masalah yang berkaitan dengan perkahwinan, perceraian,
perniagaan, pekerjaan dan pembelian. Rakan yang dirujuk itu akan memberikan
pendapat dan pandangan terbaik dalam masalah-masalah tersebut, lalu pendapat
mereka dituruti. Perkahwinan yang berkemungkinan menemui kegagalan kembali
bertaut, perceraian yang hampir terjadi tidak jadi diteruskan, atau urusan perniagaan
yang merugikan tidak jadi dilaksanakan. Dengan itu, mereka terhindar daripada
terjerumus ke lembah permasalahan-permasalahan yang boleh mematikan semangat
dan keazaman. Kehidupan seharian mereka juga menjadi terselaras, bukan sahaja
kehidupan bertanzim mereka. Hubungan-hubungan yang diadakan berjalan dengan
baik dan stabil tanpa sebarang gangguan dan halangan. Mereka diselubungi oleh
kebahagiaan dan kegembiraan yang memudahkan mereka untuk terus memelihara
sikap bersungguh-sungguh dan serius bagi meneruskan amal dakwah.
Fenomena ini akan kelihatan dengan lebih jelas dalam skop profesion tertentu. Dalam
profesion kewartawanan misalnya, individu-individu yang terlibat di dalamnya
hampir-hampir akan menjadi kumpulan yang mempunyai sifat-sifat yang hampir
sama dengan berlalunya suatu tempoh tertentu. Mereka tahu tentang istilah-istilah
yang lebih sesuai digunakan. Mereka juga tahu tentang ayat, ungkapan dan pengertian
yang disukai oleh para duat dan difahami oleh orang ramai, serta dalam masa yang
sama tidak menarik perhatian pihak perisikan. Oleh itu, jika individu-individu di
dalam sektor ini bertukar ganti, maka ia terpaksa melakukan semula pengalaman-
pengalaman yang telah ditimba dan terpaksa juga mengulangi kesalahan-kesalahan
yang telah dilalui sebelum ini.
Kerana keprihatinan kita agar generasi duat tetap wujud dalam keadaan yang
bersepadu, maka hakikat ini mewajibkan kita agar melarang penghijrahan ke luar
negara kecuali dalam keadaan darurat atau kerana sesuatu maslahah yang hanya boleh
ditentukan oleh pihak qiadah. Kesukaran dan kesulitan yang dihadapi oleh amal
Islamiyy di Mesir, Syria dan beberapa negara lain adalah disebabkan oleh ketidak
seimbangan kesepaduan ini dan berleluasanya penghijrahan para duat ke negara-
negara Teluk dan Barat. Kesan buruknya hampir-hampir menjadi lebih besar daripada
kesan buruk yang ditinggalkan oleh mihnah dan ujian pemenjaraan. Kerana seseorang
individu yang dipenjarakan boleh meniupkan semangat juang yang mantap kepada
saudara-saudaranya agar mereka terus thabat (teguh pendirian) dan setia terhadap
dakwah. Tetapi penghijrahan yang berlaku boleh menyebabkan kesan sebaliknya,
kerana mungkin ia akan membangkitkan persaingan keduniaan di antara rakan-rakan
sebaya, di samping itu ia juga akan menyebabkan berlakunya kecacatan
192

keseimbangan serta lahirnya situasi yang memudahkan berlakunya fitnah kepada
jamaah atau pun individu.
Bahkan tragedi yang disaksikan oleh bangsa Mesir seluruhnya bukanlah disebabkan
oleh krisis ekonomi sebagaimana yang mereka dakwakan. Tragedi itu juga bukan
disebabkan oleh peperangan yang sentiasa berlaku. Tetapi lebih dari itu, tragedi itu
disebabkan oleh penghijrahan yang dilakukan oleh anak bangsa Mesir yang
berkebolehan tinggi dalam segala lapangan. Ramai dari kalangan anak bangsa Mesir
yang terdiri daripada para ulama dalam bidang syariah atau dalam bidang-bidang
yang lain yang terdiri daripada para sasterawan, pendidik, hakim, pahlawan, para
doktor dan jurutera yang tidak ternama serta kalangan pemuka dan pimpinannya telah
berhijrah ke negara-negara Teluk, Arab Saudi, Eropah, Amerika dan Australia hasil
tekanan politik atau kerana menyahut keperluan kebendaan. Sehingga tiada lagi
individu yang baik dan pakar serta berkebolehan di Mesir dengan jumlah yang
mencukupi untuk menjadi penyeimbang kepada penerusan kehidupan sosial yang
sempurna. Yang ramai adalah golongan jahil, awam dan pengecut yang
bermaharajalela di atas pentas. Mereka memaksa saki baki golongan baik, pakar dan
berkebolehan untuk mendiamkan diri dan berundur daripada memberikan saham di
dalam kehidupan.
193

Pengertian Zuhud Menurut Dimensi Dakwah
Kita tidak menafikan kesulitan hidup yang dihadapi oleh sesetengah duat telah
memaksa mereka untuk berhijrah. Mencari kekayaan dan kesenangan merupakan
suatu tuntutan naluri. Tetapi pentarbiahan kita bertanggungjawab untuk menjadikan
para duat meneguhkan pendirian dan mengambil keazaman serta bersabar terhadap
kemiskinan dan kesempitan hidup. Tarbiah kita juga bertanggungjawab untuk
menjadikan mereka merasa kemanisan balasan akhirat dan kelazatannya ketika
mereka berjaya merealisasikan pengaruh pemikiran dan akhlak Islam di kalangan
masyarakat.
Mungkin antara perkataan bersahaja yang diungkapkan oleh sesetengah orang ialah
dengan mereka berkata bahawa negara-negara yang menjadi tempat hijrah oleh para
duat, sebenarnya telah menjadi kubur buat mereka. Di sana para duat yang berhijrah
itu tidak bernilai apa-apa, seperti angka kosong yang terdapat di sebelah kiri angka,
bukan di sebelah kanannya. Xxx. Seseorang yang aktif akan tetap aktif di mana sahaja
dia berada, tetapi sahutan masyarakat yang asing baginya amat lemah terhadap
dakwahnya. Kemungkinan akhirnya dia akan menjadi jemu. Walau bagaimanapun,
jika pemerhatian yang teliti dilakukan, anda tetap akan dapat melihat beberapa faedah
yang diberikan oleh mereka yang berhijrah. Tetapi saya menyeru kepada
penyeimbangan maslahah dan kepentingan dari sudut kuantiti. Kita tidak akan
menemui kesukaran yang banyak untuk melihat bagaimana seseorang dai yang
berada di negerinya sendiri di samping rakan-rakan dan kaum keluargnyanya akan
memberikan manfaat yang lebih besar jika dibandingkan dengan dakwah yang
dilakukannya di luar negerinya. Menyedari tentang hakikat inilah, seorang perisik
Amerika berpesan kepada ketua-ketuanya agar memaksa negara-negara pengeluar
minyak supaya menyediakan peluang-peluang pekerjaan yang baik kepada para duat.
Ia adalah satu pesanan masyhur yang dibongkar oleh majalah al-Dawah melalui satu
dokumen rahsia.
Tetapi Tiada Sesiapa Yang Menangisi Pemergian Hamzah
Bahkan kebanyakan mereka yang berhijrah sebenarnya menjadi mangsa kepada
gambaran silap yang dibentuk oleh mereka sendiri sebelum mereka berhijrah keluar.
Penghijrahan yang mereka lakukan sebenarnya hanyalah proses menggantikan
keperluan-keperluan kebendaan mereka dengan kesulitan-kesulitan lain yang amat
menyukarkan kehidupan mereka.
Jika seseorang yang berhijrah itu melakukan sesuatu kebaikan, maka masyarakat yang
asing baginya itu tidak akan mensyukurinya. Tetapi jika dia melakukan kesalahan,
maka mereka tidak akan memaafkannya. Dia terus hidup dalam keadaan terasing di
negara tersebut. Dia juga terus hidup dalam keadaan persaingan dengan orang-orang
lain yang berhijrah. Dia terus akan dituduh dengan pelbagai tuduhan jika berlaku
sedikit perselisihan atau silap faham tanpa mendapat pembelaan daripada sesiapa
194

yang akan melindunginya. Setiap urusan rumahtangganya terpaksa ditanggungnya
sendiri tanpa mendapat bantuan daripada kaum kerabat atau sahabat handai. Tekanan
jiwa akan dirasai olehnya, isteri dan anak-anaknya. Dia akan terkenang kembali
kehidupan kemuliaan yang dialami di negerinya sendiri di kalangan rakan dan
kenalannya, walaupun ditindas oleh golongan zalim dan hidup dalam kepapaan. Di
negeri orang, dia dapat merasa rakyat negeri tersebut memberikan layanan yang sama
diberikan kepada golongan samseng hanya kerana dia dengan mereka datang dari
negara yang sama. Dia akan merasa kehilangan hari-hari kehidupannya dahulu yang
dipenuhi dengan kebanggaan terhadap sejarah, keturunan dan nama baik keluarganya,
kerana semua itu tidak akan dipandang lagi bahkan tidak diketahui oleh masyarakat di
negara tersebut, bahkan mereka melayannya seolah-olah dia hanya dilahirkan pada
saat itu, tanpa mempunyai apa-apa sejarah dan latar belakang yang membanggakan.
Hakikat-hakikat ini menjadikan halangan dan tegahan berhijrah sebagai satu faktor
penting antara faktor yang dapat memelihara kesungguhan dalam melakukan amal
jamaiyy. Kecualilah penghijrahan yang terpaksa dilakukan demi menyelamatkan
nyawa atau dirinya akan dipenjarakan dalam tempoh yang panjang atau dirinya akan
dipaksa membongkarkan rahsia melalui proses penyeksaan yang memedihkan. Atau
penghijrahan juga boleh dilakukan oleh pelajar-pelajar yang dihantar untuk
menambahkan ilmu pengetahuan ke negara-negara luar dalam suatu tempoh yang
sementara atau hijrah yang dilakukan oleh seseorang qiadah bagi tujuan tarbiah dan
perancangan.
Perancangan Memerlukan Kelembutan Dan Penjagaan
Faktor Kelima: Menyediakan persediaan-persediaan awal dan suasana yang
membantu serta mengekalkan momentum bagi setiap aktiviti penting atau ketika
berlaku sedikit penyelewengan perancangan.
Amal atau aktiviti harakiyy kepartaian dari sesetengah sudutnya sama dengan amal
atau aktiviti peperangan. Kemenangan di dalam peperangan tidak boleh hanya
diperolehi melalui orang-orang yang berperang sahaja, bahkan juga diperolehi melalui
para perisik dan tentera peninjau yang membongkar kekuatan sebenar pihak musuh
dan tempat persembunyian mereka. Kemenangan juga dicapai melalui mobilisasi
semangat rakyat agar mereka memberikan sokongan yang padu. Di samping itu
perang saraf terhadap pihak musuh juga digunakan sepenuhnya. Maka begitu juga
dengan amal yang kita lakukan. Ia mestilah dibantu dan disokong oleh usaha-usaha
lain yang membantu dan mempunyai latar belakang yang menjadi paksi.
Teori mewujudkan suasana dan iklim yang sesuai masih menjadi rukun utama untuk
mengekalkan kesungguhan di dalam sesuatu aktiviti yang dilakukan. Sama ada
aktiviti tersebut berbentuk politik atau tarbawiyy, sama ada ia berbentuk Islamiyy atau
jahiliyy.
195

Pewujudan suasana dan iklim yang sesuai itu mempunyai tiga fasa:
Fasa persediaan awal: iaitu sebelum melakukan sesuatu amal. Ia mungkin
merangkumi penyediaan jiwa dengan memberikan kefahaman yang baik tentang
dimensi amal yang hendak dilaksanakan. Pemahaman itu dilakukan melalui kajian-
kajian deskriptif, huraian dan penghujjahan yang meyakinkan tentang sebab dan
faedah yang akan diperolehi. Atau melalui penyediaan bahan-bahan yang diperlukan,
seperti penyediaan fail-fail arkib ketika mahu melaksanakan sesuatu tugas
kewartawanan. Termasuk dalam pengertian ini juga ialah uslub al-tadarruj
(berperingkat) ketika melaksanakan sesuatu tugas. Uslub ini diperlukan agar duat
yang melaksanakan tugas tersebut merasa selesa dan menghalang daripada mereka
terasa terlalu membebankan. Ibaratnya adalah seperti sebuah bekas kaca yang masih
berada dalam keadaan sejuk, maka kita tidak boleh mengisinya dengan air panas
sekaligus kerana ini akan menyebabkan bekas tersebut pecah. Tetapi kita hendaklah
melanjutkan hayat bekas tersebut dengan mengisinya dengan air panas itu secara
berperingkat. Jiwa manusia juga begitu. Jika kita meletakkan mereka di dalam suatu
tugas yang tiba-tiba menjadi amat berat ke atas mereka secara sekaligus, maka jiwa
mereka akan pecah, sebagaimana bekas kaca yang pecah akibat diisi dengan air panas
secara sekaligus.
Kajian-kajian lapangan yang dilakukan memainkan peranan yang besar bagi
menjamin penyediaan yang rapi. Ia memberikan kesan yang jelas dalam membongkar
penyelesaian-penyelesaian menasabah bagi banyak permasalahan tarbawi dan
kesulitan tanzimi. Kerana melalui kajian-kajian lapangan itu, keadaan realiti dapat
dikenalpasti dan dikaji dengan penuh teliti. Ini memberikan peluang kepada strategis
dalam jamaah untuk melakukan diagnosa yang tepat. Hasil-hasil penemuan kajian ini
boleh dianggap sebagai firasat perkiraan jamaah yang mengembang dan memodenkan
firasat seseorang mukmin yang pintar. Seseorang yang memiliki hati yang hidup akan
dapat melakukan agakan dan telahan yang betul jika dia tahu tentang duluan yang
telah berlaku dan mampu menimbang segala perkara dengan neraca Islam, sehingga
orang yang jahil menyangka bahawa dia mengetahui tentang sebahagian daripada
perkara ghaib. Inilah yang diisyaratkan oleh Iqbal ketika beliau menyebut tentang
tersembunyinya perkara ghaib daripada pengetahuan manusia, tetapi selepas itu beliau
menjelaskan:

Maksudnya:
Tetapi terdapat sebilangan hati (manusia), yang menyaksikan perkara ghaib.
Di sisi penyair lain, orang yang mempunyai hati seperti ini disifatkan sebagai:

196

Maksudnya:
Amat melihat tentang akibat-akibat segala peristiwa dengan matanya,
Seolah-olah dia memiliki mata hari ini yang melihat kepada esok hari.
Qiadah yang seumpama ini juga memiliki firasat jamaiyy melalui kajian-kajian
lapangan yang diadakan. Melalui kajian-kajian tersebut, dia dapat melihat apa yang
berlaku kepada dakwah, hari ini atau esoknya dengan jelas.
Kedua ialah fasa pembentukan situasi yang membantu ketika melaksanakan sesuatu
tugas atau amal. Biasanya kita memang dituntut untuk mewujudkan situasi
sedemikian. Seperti menerbitkan kajian-kajian fiqh dalam masalah siyasah syariyyah
dan undang-undang perbandingan yang menyokong gerakan kita yang menuntut
sebuah perlembagaan Islam. Atau berusaha untuk memperolehi kenyataan-kenyataan
yang menyokong pendirian kita daripada para hakim yang besar. Termasuk dalam
pengertian ini juga ialah pengeksploitasian suasana baik yang terbentuk sendiri tanpa
usaha dari pihak kita.
Kemudian fasa seterusnya ialah bagi melahirkan kekuatan momentum yang akan
mengekalkan usaha-usaha awal yang telah dilakukan serta mengembang dan
memajukannya lagi serta mengelakkan daripada berlaku kekenduran. Ini dilakukan
dengan meletakkan seorang penyelia khusus yang akan memantau tugas atau amal
yang sedang dilaksanakan itu. Atau diadakan satu seminar untuk membuat penilaian
terhadap hasil-hasil awal daripada perlaksanaan yang dilakukan pada peringkat awal
itu.
Mendatangkan contoh-contoh yang boleh menghuraikan lagi fasa-fasa ini, sama ada
fasa penyediaan sebelum tugas dilaksanakan, atau fasa semasa dan fasa selepasnya,
tidak mungkin dapat dibataskan. Adalah menjadi kewajipan kepada setiap qiadah
untuk bertanya dirinya sendiri tentang perkara tersebut sebelum ia memulakan mana-
mana tugas besar yang akan dilaksanakannya. Qiadah tidak akan bersusah payah
untuk menjawab persoalan-persoalan tersebut, kerana antara kesempurnaan amal ialah
ia akan memaksa agar dilakukan pemikiran yang mendalam sebelum ia dilaksanakan.
Peranan Kesan Tarbawi
Lihatlah bagaimana golongan batil mengeksploitasi teori ini bagi melariskan
kekeliruan mereka dan bandingkan dengan apa yang kita lakukan yang mengaku
berjuang untuk pembinaan masyarakat dan kebaikannya. Ambillah satu contoh yang
terdapat dalam bidang kewartawanan. Kita melihat bagaimana negara-negara besar
menggunakan akhbar untuk menanam dan menyemai fahaman, impresi dan gambaran
tertentu kepada penduduk dunia sebagai langkah permulaan sebelum sesuatu tindakan
politik diambil. Bahkan kadang-kadang sampai kepada peringkat pembersihan minda
197

(brain wash) sebagaimana yang dilakukan oleh akhbar-akhbar Mesir bagi
menjustifikasi usaha-usaha perdamaian dengan pihak Yahudi.
Keadaan ini juga berlaku dalam bidang ekonomi. Contohnya ialah bagaimana
golongan peniaga dan pemegang modal yang besar di negara-negara pengguna
berlumba-lumba menubuhkan syarikat-syarikat akhbar setelah berlaku kenaikan harga
yang melampau pada pertengahan tahun-tahun 70an. Akhbar-akhbar tersebut
dipergunakan untuk meyakinkan pengguna dan rakyat bahawa peniaga-peniaga
tempatan tidak mengeksploitasi kenaikan harga yang berlaku pada peringkat
antarabangsa itu untuk menaikkan harga barangan mereka berganda-ganda, tetapi
mereka juga sebenarnya adalah mangsa keadaan, sama seperti para pengguna juga.
Melalui akhbar-akhbar tersebut, minda pembaca disogok secara berperingkat dengan
menggunakan analisa-analisa yang ditulis dengan penuh hati-hati di samping berita-
berita politik lain yang disiarkan. Ini semua untuk membuktikan bahawa mereka dan
para pengguna yang segera menuding jari kepada mereka, sebenarnya berada dalam
situasi yang sama.
Contoh-contoh yang saya kemukakan ini ialah untuk memahamkan anda tentang
peranan keyakinan dan proses penyediaan yang mesti dilakukan sebelum sesuatu amal
dilaksanakan. Bukanlah tujuan saya untuk menceritakan tentang perbuatan golongan
batil yang durjana itu.
Keterlupaan Hak-hak, Melahirkan Penderhakaan
Faktor Keenam: Menentukan Hak Dan Kewajipan Duat Melalui Peraturan Dalaman
Yang Jelas
Membiarkan hubungan-hubungan antara individu duat berjalan mengikut kebiasaan
sahaja akan menjadikannya lemah dan tidak putus serta tiada kejelasan padanya. Ini
akan mewujudkan atau membuka peluang atau jurang yang akan menyebabkan
berlakunya perbezaan pentafsiran atau pembolotan sesuatu pihak, sama ada pihak
qiadah atau pengikut.
Kepentingan kebebasan di dalam jamaah sama dengan kepentingan kebebasan di
dalam masyarakat. Ia juga menjadi sebab yang membebas, menggalak dan
mengembangkan segala tenaga dan kuasa yang ada pada setiap duat. Ia juga menjadi
asas pertanggungjawaban. Sebaliknya, jika jamaah dikuasai oleh seorang diktator,
potensi yang ada akan terbunuh bahkan memaksanya untuk bersembunyi dan
beruzlah, atau untuk berhijrah. Qiadah yang diktator juga akan menyebabkan
kesetiaan mengecil di dalam jiwa para pengikutnya dan mengecut hingga ke peringkat
yang paling bawah. Jika terdapat qiadah yang tidak melaksanakan syura, melakukan
pelampauan dan tidak senang dengan kritikan, maka fenomena al-najwa (bisik-
bisikan) akan berkembang, pandangan dan pendapat yang bernas hanya terkurung di
198

dalam hati. Pandangan dan pendapat ini akan mencari-cari lubang bagi melepaskan
tempiasnya.
Kita tidak menafikan bahawa sesetengah individu yang berkepentingan atau anggota
baru yang belum mempunyai kesedaran yang matang mungkin akan mempergunakan
kebebasan di dalam jamaah Islam ini bagi sesuatu tujuan yang boleh mendatangkan
keburukan kepada jamaah. Tetapi maslahah yang terdapat di dalam kebebasan ini
adalah lebih kuat. Setiap perkara positif pasti ada negatifnya. Setiap kejernihan pasti
diselaputi oleh kekeruhan sedikit sebanyak. Apa yang perlu, segala keburukan dan
penyelewengan hendaklah ditangani dengan cara yang sesuai dengannya.
Sesetengah fasa atau sesetengah sektor tanzim memerlukan ketegasan yang lebih
dengan menyempitkan sedikit kebebasan tersebut. Tetapi penyempitan itu hanya
boleh dilakukan jika diperlukan, contohnya seperti keadaan yang memaksa.
Penyempitan itu pula hendaklah berlangsung dalam tempoh yang singkat atau dalam
bidang yang terbatas sahaja. Sementara hari-hari lain, segala aktiviti hendaklah
dibiarkan berlangsung dalam tabiatnya yang asal, iaitu dengan penuh kebebasan dan
sentiasa dipenuhi dengan syura.
Nampaknya membuka luas kebebasan untuk mengemukakan pandangan adalah ciri
paling menonjol di dalam hak-hak yang sepatutnya diperolehi oleh para duat. Ia
tercerna melalui dua gambaran penting seperti berikut:
Pertama: Pihak qiadah hendaklah mempunyai nafas panjang untuk mendengar
pandangan yang bertentangan, mengadakan pertemuan dan menjangkakan pandangan
itu juga berkemungkinan benar. Pihak qiadah juga hendaklah berazam untuk
merendah diri dan menerima kebenaran jika pandangan yang bertentangan dengan
pandangan qiadah itu diperteguhkan dengan alasan atau hujah yang meyakinkan.
Qiadah hendaklah terus berlapang dada dan mempunyai nafas yang panjang
selagimana pihak yang mempunyai pandangan yang berbeza itu beriltizam dengan
adab-adab yang baik ketika menyampaikan pandangannya itu, berpegang dengan sifat
dirinya sebagai seorang jundi, beradab, tidak mencabar dan jauh daripada terlibat
dalam klik-klik tertentu.
Kedua: Tercerna melalui seminar-seminar yang diadakan dengan persediaan yang
baik dan agenda tersusun yang mengutip segala cadangan dengan cara meminta setiap
duat yang akan menghadirinya agar mengeluarkan pandangan masing-masing. Ini
adalah kerana seminar merupakan medan paling baik bagi bertukar-tukar pandangan,
membuat alasan kepada pendirian-pendirian yang diambil dan bagi menerangkan
sebab di sebalik setiap langkah yang diambil. Bukan menjadi medan untuk
menyalahkan orang lain dan memperlihatkan perselisihan. Qiadah yang kuat mampu
untuk menjadikan pandangannya sebagai suara yang tertinggi dengan meyakinkan
orang lain, bukan dengan memaksa. Tetapi qiadah yang lemah akan mengambil
199

pendirian mempertahankan diri sejak mula lagi ketika berhadapan dengan kritikan
para duat.
Mungkin antara batu tanda dalaman yang terpenting bagi tanzim ialah menetapkan
waktu tertentu bagi sesuatu baiah diberikan dan membataskan tempoh masa seperti
beberapa tahun tertentu untuk sesuatu qiadah memiliki kuasa eksekutifnya. Tempoh
itu pula hendaklah diberikan beberapa syarat yang ditetapkan oleh tabiat marhalah
yang sedang dilalui oleh dakwah dan juga keperibadian seseorang qiadah yang telah
disepakati bersama sebelum pemilihan dilakukan. Ini adalah kerana pembatasan masa
tersebut serta pensyaratan beberapa syarat tertentu menjadi jaminan agar proses
penukaran kepimpinan ketika kepimpinan tidak lagi mampu menjalankan tugasnya
atau ketika berlaku pertentangan pandangannya dengan pandangan para pengikutnya
menjadi suatu proses yang biasa. Semua orang menunggu berakhirnya tempoh
tersebut tanpa perlu melakukan penderhakaan.
Pada pandangan saya, baiah yang dilakukan secara terbuka atau sepanjang hidup
merupakan pemansuhan kepada peranan akal para duat bagi suatu tempoh yang
panjang. Hanya Allah yang mengetahui tentang perubahan pemikiran dan ijtihad
golongan amilin ketika tempoh tersebut. Baiah yang dilakukan secara terbuka yang
diberikan kepada para al-khulafa al-rashidin tidaklah sedikitpun mengikat kita.
Kerana itu adalah apa yang dicapai oleh ijtihad mereka dalam bidang politik atau
kerana mereka mengikut kebiasaan ummat dan bangsa lain pada ketika itu.
Apakah perlunya untuk melakukan baiah secara mutlak (terbuka) jika kita boleh
melakukan pemilihan semula dengan memilih seorang qaid yang berjaya dan
memuaskan lalu kita memperbaharui baiah kita kepadanya?
Pendapat yang mengatakan bahawa memberi baiah kepada seseorang qaid
sepanjang umur atau secara terbuka adalah dibolehkan dengan alasan bahawa qaid
itu boleh dipecat ketika dia tidak lagi berkemampuan. Tetapi alasan ini tetap tidak
boleh menjadi alasan fiqh yang logik lagi mencukupi bagi menjustifikasikan baiah
yang hendak diberikan secara terbuka itu. Ini adalah kerana pemecatan tersebut tidak
akan berlaku melainkan ketika qaid tadi telah terjatuh ke lembah keruntuhan yang
total. Jika si qaid itu hanya mengalami sedikit kelemahan dan mempunyai pandangan
yang berbeza, maka kedua-dua situasi tersebut tidak boleh menyebabkan pemecatan
tersebut, meskipun ahl al-hall wa al-aqd dari kalangan duat berpendapat bahawa
adalah lebih baik pemimpin lain yang lebih sesuai dan lebih mampu dicari bagi
menggantikannya. Melakukan perubahan pimpinan ketika tiba masanya iaitu ketika
berakhir penggal sesuatu kepimpinan melalui cara tabii, automatik dan penuh kasih
sayang adalah lebih baik. Tetapi konflik yang pasti lahir jika pemecatan dilakukan,
sebagaimana pemecatan itu juga menunjukkan ia mengandung cabaran terhadap
kewibawaan pimpinan dan proses pemecatan itu sendiri yang merupakan jalan
terakhir yang diambil, menjadikan para duat jarang mahu menggunakan cara
200

tersebut, walaupun mereka yakin bahawa maslahah menuntut agar pemimpin baru
hendaklah dicari.
Faktor Ketujuh: Qiadah Mengambil Langkah Berjaga-Jaga Bagi Menolak Fitnah
Banyak tanzim-tanzim yang baru belum lagi matang. Maka sesiapa yang berada di
dalamnya merasakan bahawa mereka adalah kalangan amilin yang masih baru. Oleh
itu mereka melakukan proses tarbiah dengan baik, lalu fenomena perselisihan,
pelampauan dan keguguran di kalangan sahabat-sahabat mereka berkurangan.
xxx. Permulaan yang betul bagi sesuatu tanzim pasti tidak akan diperselisihkan
tentang selok belok perancangan awalnya yang asas oleh sesiapa pun. Pada
kebiasaannya, tidak ramai orang yang mahu menjadi ketua dalam suatu jamaah yang
sedikit jumlahnya. Xxx.
Tetapi jika sesuatu tanzim itu telah melayari suatu tempoh masa yang lama, dan ia
telah memiliki sedikit kekuatan, maka ia telah mula memasuki zaman remaja yang
sukar. Kerana ketika itu, ia terpaksa mempunyai pendirian-pendirian tertentu terhadap
peristiwa-peristiwa yang berlaku, terhadap kerajaan dan pihak-pihak yang wujud di
arena. Oleh itu, ia terpaksa melakukan berbagai-bagai ijtihad yang memungkinkan
berlakunya pelbagai perselisihan. Peluasaan dimensi jamaah juga akan menonjolkan
beberapa individu yang mempunyai ketokohan untuk menjadi pimpinan hasil
daripada kedudukannya dari sudut tanzim atau dari sudut kebolehan dan
kemampuannya untuk menarik jumlah pengikut yang banyak bilangannya.
Kepelbagaian ini juga mungkin akan membawa kepada kepelbagaian perselisihan lain
yang berpunca daripada perbezaan ijtihad atau perasaan takbur atau perasaan untuk
menjadi pemimpin. Xxx.
Rawatan situasi ini ialah dengan pihak qiadah telah menjangkakan keadaan ini sejak
permulaan lagi. Oleh itu, qiadah hendaklah memandang serius tentang perkara ini
dengan tidak mempermudah-mudahkannya sejak tahun-tahun pertama amal dakwah
dijalankan lagi. Qiadah hendaklah terus melakukan pentarbiahan bagi mengurangkan
perselisihan yang bakal terjadi serta menyedarkan tentang perkara ini lalu dapat
melemahkan sebab-sebabnya. Manakala untuk menghapuskan langsung perselisihan
ini serta punca-puncanya merupakan satu perkara yang mustahil pada pendapat saya.
Seolah-olah sebab fitnah ini terbahagi kepada dua tabiat:
Pertama: Tabiat semulajadi jiwa manusia yang mempunyai sifat-sifat takbur,
sombong, ingin menjadi pemimpin, suka berdebat dan menurut hawa nafsu. Nasihat-
nasihat serta muhasabah boleh digunakan bagi menghindarkan sebab-sebab ini.
Kemungkinan seruan yang dilaungkan agar halangan-halangan (al-Awaiq) dapat
dilepasi sudah dapat menghindarkan jiwa daripada terjerumus ke lembah yang
membinasakan itu. Manakala nasihat dan muhasabah yang mendahului atau yang
datang selepasnya juga terdapat keberkatan padanya.
201

Kedua: Tabiat peraturan-peraturan yang menentukan bentuk-bentuk hubungan
tanzimi. Sepatutnya kita cuba menjauhkan peraturan-peraturan ini daripada bersifat
jumud (beku) tetapi bersifat anjal yang mengizinkan pihak qiadah melakukan sedikit
ubahsuai demi untuk memberi peluang kepada individu yang mempunyai pandangan
yang berbeza agar terus berada di dalam tanzim sebagai seorang jundi yang taat, atau
sekurang-kurangnya berada dalam lingkungan orang-orang yang masih memiliki hak
ukhuwwah.
Kita tidak boleh membataskan jenis-jenis peraturan yang boleh menolak fitnah
tersebut, tetapi renungan terhadap sejarah jamaah serta graf perjalanan beberapa orang
duat menunjukkan kepada kita beberapa contoh daripadanya. Walau bagaimanapun
tiada dalil yang boleh menunjukkan kewajipan peraturan-peraturan tersebut kecuali
gerak rasa hati dan firasat.
Antaranya ialah: Menerima perletakan jawatan seseorang masul jika dia memohon
agar dikecualikan daripada masuliyyah (tanggungjawab) yang
dipertanggungjawabkan kepadanya. Kerana jika kita terus memaksanya memikul
tanggungjawab itu, akan menyebabkannya berfikir untuk melakukan penderhakaan.
Ramai orang bertanya apakah hukum syarak tentang meletakkan jawatan dalam amal
harakiyy. Adakah ia boleh (halal) atau tidak (haram)?
Sebenarnya saya tidak menjumpai dalil yang menunjukkan haram secara jelas. Pada
pandangan saya, masalah ini hendaklah dilihat daripada dua aspek:
Pertama: Aspek seseorang dai itu sendiri. Dia hendaklah bersabar kerana menjaga
maruahnya, bukan kerana ia adalah suatu yang fardhu. Dia juga hendaklah
menghiaskan dirinya dengan akhlak keimanan yang tinggi. Dia hendaklah
memandang tinggi keperluan amal yang dilakukannya itu dengan penuh dedikasi. Dia
hendaklah berazam untuk terus beramal meskipun menghadapi kepenatan dan
kesulitan serta situasi kekeluargaan dan pekerjaan yang menyukarkan. Maka dia
janganlah memohon perletakan jawatan melainkan setelah dia yakin bahawa dia amat
perlu berbuat demikian, kerana dia akan ditimpa kesukaran dan kesulitan yang besar
jika tidak berbuat demikian.
Kedua: Aspek qiadah. Janganlah pihak qiadah memberikan satu jawapan sahaja
kepada setiap orang yang mengemukakan permohonan perletakan jawatan, iaitu
dengan menyampaikan keengganannya yang putus untuk menerima sebarang
perletakan jawatan. Kerana ini bertentangan dengan keadilan yang mereka diberikan
tanggungjawab untuk melaksanakannya. Bahkan pihak qiadah hendaklah mendengar
terlebih dahulu apakah alasan-alasan permohonan itu. Qiadah hendaklah berdialog
dengan lemah lembut dengan orang yang memohon meletakkan jawatan itu dan
mengingatkannya tentang kelebihan-kelebihan yang bakal mendatang. Qiadah juga
janganlah menolak permintaannya, kecuali jika qiadah tidak menjumpai alasan-alasan
202

konkrit yang menunjukkan bahawa dia akan mengalami kesukaran dan kesulitan besar
jika tidak meletakkan jawatan.
Antara contoh lain berkenaan dengan langkah-langkah penjagaan yang mesti
diambil oleh pihak qiadah juga ialah: Qiadah memberikan keizinan kepada seseorang
yang telah berbaiah untuk membatalkan baiahnya dengan merelakannya berbuat
demikian dan melepaskannya daripada terikat dengan baiah itu lagi. Ini perlu
dilakukan jika individu itu telah meninggalkan kita dan mahu bersendirian atau mahu
menggabungkan dirinya ke dalam jamaah Islam lain. Ini adalah kerana keyakinan dan
ijtihad seseorang individu sering bertukar dan berubah. Hatinya juga sering berbolak
balik. Atau mungkin syaitan telah mencampakkan kekeliruan dan sangkaan buruk ke
dalam hatinya yang membuatkannya percaya bahawa dia perlu memboloskan dirinya
daripada baiah yang telah dilakukan. Oleh itu, jika kita berlembut dengannya dan kita
memudahkan jalan baginya untuk berundur, maka dia akan menganggap bahawa
tindakan kita itu adalah satu kelebihan yang kita berikan kepadanya serta
membantunya untuk mencapai matlamatnya. Dengan itu dia akan bertindak secara
tenang, tidak agresif, beradab dan memelihara ukhuwwah yang telah terbentuk.
Mungkin dia akan menarik balik keputusannya dan meminta maaf setelah dia melihat
dengan matanya sendiri bagaimana jalan baru yang ingin dirintisnya itu adalah
kosong dan jauh daripada ciri-ciri kesederhanaan. Tetapi jika kita menegah, melarang
dan menuduhnya mahu melarikan diri dan menyeleweng, maka dirinya akan dikuasai
oleh egonya. Dia akan berusaha sedaya upaya untuk melepasi juga sekatan kita itu
dengan melakukan berbagai-bagai fitnah yang lidah tergelincir dan terseleweng
menyebutkannya. Dengan itu, jalan untuk dia kembali semula kepada kita telah
tertutup jika ditakdirkan dia sedar kembali kemudiannya, kerana malu terhadap
pendustaan yang mungkin telah dilakukan.
Pembentangan contoh ketiga bagi langkah-langkah berjaga yang seharusnya
diambil oleh pihak qiadah ini menyeru kita agar tidak menganggap bahawa
ketidakpatuhan melaksanakan satu perintah sahaja sebagai pembatalan baiah, jika
seseorang individu itu mempunyai takwilan tertentu, meskipun takwilan itu adalah
salah. Lintasan-lintasan takwil mempunyai pengaruh yang amat kuat lagi
menakjubkan terhadap akal dan hati seseorang. Tiada siapa yang terselamat
daripadanya, kecuali seorang dai yang memiliki kefahaman yang mendalam. Tiada
seorangpun yang terselamat daripada terjerumus ke dalam kesilapan dalam
kehidupannya. Bahkan kadang-kadang kesilapan itu berlaku berulang kali. Jika ketika
kita berurusan dengan para duat kita mengandaikan bahawa mereka terselamat
daripada sebarang kesilapan, maka andaian kita itu tidak benar kecuali dalam
beberapa kes sahaja. Tetapi apa yang perlu ialah kita memberikan kemaafan,
bertoleransi dan memperbetulkan sebarang kesilapan yang terjadi.
Dengan sebab contoh-contoh yang dikemukakan ini, kemungkinan sesetengah orang
menyangka bahawa langkah-langkah berjaga yang diambil oleh pihak qiadah bagi
203

menolak fitnah yang bakal terjadi menuntut agar qiadah sentiasa memberikan
rukhsah dan bersifat anjal selamanya. Bukan ini yang saya maksudkan. Bahkan
sebaliknya, azimah juga hendaklah dilaksanakan dari sudut yang lain sebagai
langkah berjaga-jaga yang amat diperlukan juga.
Contoh paling baik bagi menjelaskan perkara ini ialah dengan pihak qiadah
melakukan penerangan jelas tentang bebanan berat yang diakibatkan oleh baiah yang
dilakukan kepada setiap dai yang baru. Penjelasan ini dilakukan melalui satu risalah
bertulis yang memberikan seseorang ilmu dan pengetahuan menyeluruh tentang
dimensi amal yang akan dilaluinya sebelum dia terjun ke dalamnya. Sesetengah duat
hanya mahu menangkap dan memburu mana-mana pemuda yang diperolehinya
sebagaimana pemburu menangkap kijang. Mereka terus mengambil baiah daripada
pemuda itu tanpa pemuda itu mengetahui maknanya dan tanggungjawabnya serta
akibatnya yang besar kerana dia mesti mengorbankan waktu, harta bahkan nyawanya
sebagai tebusan kepada dakwah. Pemuda itu terus berada dalam keadaan gembira
pada hari-hari permulaannya bersama dakwah kerana berdamping rapat dengan
sebaik-baik manusia, seronok di bawah naungan ukhuwwah yang indah. Tetapi
setelah situasi menjadi sukar dan kesulitan datang bertimpa-timpa, lalu dia diminta
bersabar, maka dia akan teragak-agak kerana dia tidak pernah menjangkakan situasi
sedemikian.
Oleh itu, kita janganlah lalai daripada tugas ini dengan menganggap bahawa
seseorang itu mungkin akan mendapat bekalan secukupnya melalui tarbiah yang akan
dilaluinya selepas itu. Bahkan kita hendaklah berterus terang dengannya sejelas-
jelasnya bukan melalui lisan, kerana ada di kalangan duat yang sukar membuat
penyampaian yang baik, tetapi melalui suatu risalah seragam yang dihantar oleh pihak
qiadah kepada setiap individu yang berniat mahu menggabungkan dirinya menjadi
anggota tanzim. Di dalam risalah tersebut, hendaklah dinyatakan tentang komitmen-
komitmen yang mesti diberikan pada masa akan datang. Risalah itu juga hendaklah
menceritakan tentang kisah pertarungan dalam kehidupan ini. Di samping itu,
kelebihan penggabungan dirinya di dalam tanzim ini juga hendaklah ditampilkan
bersama-sama dengan balasan pahala yang besar di akhirat yang sedang
menunggunya.
Mungkin sesetengah pemuda enggan meneruskan hasratnya untuk berbaiah jika
mereka mengetahui tentang perkara-perkara tersebut pada peringkat permulaan. Maka
bilangan yang mahu berbaiah tinggal sedikit sahaja. Tetapi sesiapa yang berbaiah
dan dia tetap teguh pendirian, maka dia pasti akan menyempurnakan baiahnya itu.
Dia juga lebih sanggup untuk berkorban apa saja dan pendiriannya lebih teguh.
Kesungguhan dan keseriusan akan berputik dengan mekar di kalangan generasi yang
tetap sanggup memberikan baiahnya meskipun dia mengetahui dan sedar tentang
hakikat baiahnya itu.
204

Faktor Kelapan: Kewujudan Kewangan Yang Kukuh Untuk Melaksanakan Segala
Perancangan
Fasa-fasa terakhir menuntut sandaran kewangan yang kukuh dalam banyak medan
amal, seperti pembayaran gaji para full timers, pekerja-pekerja dalam lajnah-lajnah
tertentu dan juga dalam bidang kewartawanan serta sains. Kewangan yang kukuh juga
diperlukan untuk menghantar delegasi-delegasi pelajar untuk membuat pengkhususan.
Sebagaimana ia juga diperlukan untuk memperluaskan langkah-langkah penerbitan
dan lain-lain bidang seumpama ini. Segala perancangan yang digariskan hanya akan
tinggal di atas kertas sahaja jika kewangan yang mencukupi tidak diperolehi.
Jika kita mahu benar-benar serius dan bersungguh-sungguh, maka kewangan akan
diperolehi. Derma yang dilakukan oleh orang-orang yang menderma dari kalangan
duat dan simpatisan adalah berkadar terus dengan perasaan mereka bahawa pihak
qiadah melaksanakan tugas mereka dengan bersungguh-sungguh dan teliti. Semangat
mereka untuk menderma akan meninggi jika tahap aktiviti-aktiviti yang dilakukan
juga tinggi. Berpada dengan bayaran isytirakat daripada anggota tidak berpadanan
dengan cita-cita kita yang tinggi itu. Oleh itu, adalah menjadi satu kewajipan untuk
menubuhkan institusi-institusi pelaburan yang menjamin pulangan keuntungan
dengan kadar yang sewajarnya. Tugas ini hendaklah diberikan kepada golongan duat
yang mempunyai minda perniagaan yang sentiasa progresif, meskipun mereka lemah
dari sudut kemahiran mentarbiah. Qiadah tidak boleh memantau sendiri institusi-
institusi ini kerana pihak qiadah tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian untuk
berfikir tentang urusan perniagaan dari satu sudut, kemudian dari sudut yang lain ini
akan mencacatkan nama baik qiadah sendiri, kerana sesetengah ahli fitnah tidak akan
segan silu lagi untuk menuduh pihak qiadah mempermain-mainkan harta yang ada
pada mereka. Kegagalan beberapa institusi tersebut pada masa lalu tidak seharusnya
menjadi penghalang untuk menimba pengalaman baru. Bahkan tidak mengambil
langkah-langkah penjagaan inilah yang menyebabkan kegagalan tersebut.
Mungkin antara kewajipan dakwah yang berada di negara-negara kaya yang
dilimpahkan oleh Allah dengan pelbagai nikmat ialah menghulurkan bantuan kepada
dakwah yang berada di negara-negara lain tanpa sebarang syarat. Antara perkara yang
mendukacitakan hati orang yang menerima sesuatu bantuan ialah apabila orang yang
memberi menuntut untuk memantau sendiri perbelanjaan yang dilakukan oleh orang
yang menerima. Sedangkan saling percaya mempercayai sepatutnya merupakan asas
yang menjadi landasan urusan di antara kedua-dua belah pihak. Qiadah disetiap negeri
juga lebih mengetahui tentang apa yang berlaku di negerinya.
Adalah penting juga agar situasi saling faham memahami wujud di antara pihak
qiadah dengan para pengikut tentang keperluan untuk membelanjakan wang yang
banyak bagi tujuan melaksanakan perancangan dan aktiviti harian yang telah
dirangka. Perbelanjaan ini akan xxx. Sesetengah qiadah hari ini mempunyai
kefahaman yang silap kerana menganggap wang yang ada padanya sama seperti wang
205

anak yatim yang berada pada tangan seorang penjaga. Ini adalah kerana para duat
telah memberikan wang mereka bukanlah anak yatim. Mereka gembira jika qiadah
merealisasikan segala impian mereka. Wang yang mereka berikan dengan penuh
kerelaan itu hanyalah untuk memperkuatkan lagi aktiviti-aktiviti yang diadakan.
Selayaknya para qiadah memandang wang yang ada pada tangan mereka sebagaimana
yang dilakukan oleh Sayyidina Umar bin al-Khattab. Beliau adalah seorang yang
sentiasa meluluskan untuk menghantar delegasi-delegasi keluar, memperbanyakkan
pemberian dan meluaskan imbuhan kepada golongan yang terdahulu memeluk Islam.
Faktor Kesembilan: Menyedari Bahaya Luaran Semakin Bertambah Yang
Melingkungi Dakwah
Musuh amat ramai. Mereka amat cergas dan melakukan tindakan secara amat
tersusun. Mereka dimotivasikan oleh berbagai-bagai sebab. Di samping itu mereka
disokong oleh gerakan antarabangsa. Kita pula hanya boleh mengambil sebab-sebab
yang termampu kemudian bertawakkal kepada Allah.
Kesedaran seseorang dai terhadap ancaman ini akan membangkitkan semangatnya
untuk mempertahankan Islam, diri, keluarga dan hartanya. Jika suasana untuk
berjihad masih belum terluang, maka kejelasan fikrah yang dimilikinya akan
mendorongnya untuk beramal dengan penuh pengharapan. Bahaya yang menimbun di
hadapan mata kepalanya menjadikannya terdorong melakukan amal kerana
bimbangkan keadaan bertukar menjadi lebih buruk. Oleh itu, dia akan terus berada
dalam keadaan bersedia, sedar dan berkorban.
Oleh itu, antara cara yang menyempurnakan kesungguhan kita dalam beramal ialah
dengan mengetahui bentuk kekuatan, perancangan dan cara penipuan pihak musuh.
Kita juga hendaklah menyeru rakan dan pengikut kita untuk sama-sama melihat berita
pihak musuh yang dapat kita bongkar dan dedahkan. Kerana ramai dari kalangan
rakan dan pengikut kita sedang tidur dengan nyenyak tanpa menyedari rangkakan dan
rayapan kekufuran yang sedang menuju ke arah mereka.
Tetapi sifat melampau dalam menilai kekuatan musuh ini mungkin akan menukarkan
peningkatan keadaan positif yang kita harapkan kepada keadaan negatif yang kita
ingin elakkan. Profesor Dr. Jafar Idris telah melakukan amaran daripada melampau
dalam perkara ini dengan baik.
54
Sayyid Qutb pula berulang kali menggesa dan
meminta ummat Islam agar bangkit menentang kebatilan walau bagaimana hebat pun
cengkaman kebatilan itu. Ini kerana faktor-faktor kelemahan tetap tersembunyi di
dalam diri kebatilan itu. Propaganda meluas yang dijalankannya secara dusta hanya
bertujuan untuk menggerunkan orang-orang yang tidak menyedari tentang kekuatan

54
Majallat al-Muslim al-Muasir.
206

kendiri yang wujud di dalam kebenaran (al-haq) meskipun ia mempunyai penyokong,
senjata dan harta yang sedikit. Inilah hasutan dan mainan syaitan.
Xxx ayat Quran.
Syaitanlah yang menggembar-gemburkan tentang kehebatan golongannya, dengan
menggambarkan seolah-olah mereka kuat dan berkuasa. Syaitanlah yang
mencampakkan di dalam hati manusia bahawa hanya golongannya sahaja mempunyai
segala kekuatan dan kekuasaan. Hanya mereka yang mampu memberikan manfaat
dan mudarat. Ini dilakukan dengan tujuan agar golongannya itu dapat melaksanakan
segala objektif dan matlamatnya. Agar mereka melakukan kejahatan dan kefasadan di
atas muka bumi. Agar tengkuk dan hati manusia tunduk patuh serta gerun terhadap
mereka. Agar tidak ada suara yang berani mengingkari segala perbuatan mereka. Agar
tiada seorang pun terfikir untuk menentang mereka dan menghancurkan kejahatan dan
kefasadan yang berlaku.
Syaitanlah yang akan mendapat manfaat daripada kebatilan yang tersebar luas dan
kejahatan yang membesar. Syaitan jugalah yang akan beruntung jika kebatilan dan
kejahatan itu kelihatan kuat, berkuasa, zalim, keras dan hebat. Syaitan jugalah yang
akan beruntung jika kebatilan dan kejahatan itu kelihatan tidak dapat ditewaskan.
Syaitanlah yang akan beruntung... Maka dengan mengeksploitasi kegerunan dan
ketakutan manusia, dengan cara ganas dan keras, golongannya di muka bumi
bertindak melakukan apa sahaja yang menyenangkan hatinya. Mereka menukar yang
makruf sehingga dianggap sebagai mungkar dan yang mungkar sebagai makruf.
Mereka menyebarluaskan kefasadan, kebatilan dan kesesatan. Mereka membenamkan
suara kebenaran, kewarasan dan keadilan. Mereka menjadikan diri mereka sebagai
tuhan yang memelihara kejahatan dan membunuh kebaikan, tanpa ada orang yang
berani menentang mereka, seterusnya menghalau mereka daripada terus memegang
tampuk pemerintahan. Bahkan tidak ada orang yang berani untuk mengatakan bahawa
apa yang mereka lariskan itu adalah kebatilan, sedangkan apa yang mereka ingin
timbuskan itu adalah kebenaran.
Syaitan amat pakar dalam bidang konspirasi, pengkhianatan dan penipuan. Dia
bersembunyi di belakang golongan-golongannya. Dia menyebarkan perasaan takut
terhadap golongannya ke dalam hati orang-orang yang tidak mengambil langkah-
langkah sepatutnya daripada terjerat di dalam perangkap was-was yang dipasangnya.
Dari sini Allah membongkar hakikat syaitan. Allah menelanjanginya sehingga
konspirasi dan makarnya tidak dapat disembunyikan lagi. Allah juga memberitahu
golongan mukminin tentang hakikat sebenar. Iaitu hakikat konspirasi dan was-was
yang dijalankan oleh syaitan, agar golongan mukminin sentiasa berwaspada. Dengan
itu mereka tidak perlu gerun dan takut lagi kepada golongan syaitan. Syaitan adalah
amat lemah. Oleh itu tidak sepatutnya digeruni oleh seseorang mukmin yang rapat
dengan tuhannya dan bersandarkan kepada kekuatanNya. Satu-satunya kekuatan yang
207

perlu digeruni dan ditakuti ialah kekuatan yang mampu memberikan manfaat dan
mudarat, iaitu kekuatan Allah. Inilah kekuatan yang ditakuti oleh golongan beriman
kepada Allah. Apabila mereka hanya takut kepada kekuatan ini sahaja, maka ketika
itu, mereka adalah orang yang paling kuat. Tidak ada kekuatan di dunia ini yang dapat
mengalahkan mereka. Tidak kekuatan syaitan dan tidak juga kekuatan golongan
syaitan.
55

Mungkin sesetengah orang menganggap bahawa perkataan-perkataan di atas hanya
sebagai kata-kata semangat sahaja. Tidak lebih dari itu. Oleh itu mereka boleh
berlambat-lambat daripada memenuhi tuntutannya. Atau mungkin mereka
menganggapnya sebagai bicara keimanan yang mereka tidak mampu untuk
menghadamkannya. Tetapi realiti yang dibuktikan oleh Revolusi Iran memperlihatkan
sesuatu yang tidak dapat dinafikan lagi. Peristiwa Revolusi Iran telah memberikan
pengajaran yang besar dan amat berkesan. Ia telah membogelkan kelemahan golongan
zalim. Melalui ramainya bilangan pencinta kebebasan yang gugur di jalanan, Revolusi
Iran memperlihatkan kadar harga yang perlu dibayar oleh rakyat bagi menjatuhkan si
zalim. Xxx
Faktor Kesepuluh: Meningkatkan Semangat Dan Menyebarkan Nasihat Hati
Demikianlah... Sekarang... hanya sekarang baru semangat datang, iaitu selepas
wujudnya kesemua faktor-faktor terdahulu. Ketika itulah baru semangat dapat
mengeksploitasi segala natijah kepada faktor-faktor terdahulu dan melaung... Tidak
sebelum itu. Sesetengah orang yang mahu menangani masalah futur (lemah semangat)
di dalam jamaah menyangka bahawa hanya satu-satunya rawatan yang boleh
dilakukan ialah membangkitkan semangat para anggota. Itulah sahaja perkara yang
terlintas di fikirannya.
Tidak. Bahkan ia adalah sebab terakhir dan faktor yang paling lemah. Tetapi adalah
diharapkan agar kesan sebab dan faktor tersebut akan menjadi berganda jika kita
mampu melepasi ungkapan-ungkapan semangat biasa kepada ungkapan-ungkapan
yang lebih tinggi dari sudut pengertian dan binaan. Di samping itu, ia turut disertai
dengan seni balaghah (retorik) yang pelbagai.
Jika kita dapat memperbaiki panca indera yang dapat merasakan keindahan syair di
sisi generasi para duat baru yang terputus daripada menghayatinya, mungkin
penanaman syair ke dalam jiwanya akan menjadi tangga dan alat amat berkesan yang
dapat mempertingkatkan semangatnya dan melembutkan hatinya. Mungkin pemuda
yang paling lalai dan hanya memenuhi kepentingan dirinya sahaja akan mendapat
pengajaran dengan sedikit tepukan di atas bahunya dan dengan sedikit nada bisikan

55
Fi Zilal al-Quran, jil. 4, hlm. 149.
208

yang rendah di telinganya tetapi mempunyai gema yang tinggi ketika anda
menasihatinya dengan berkata:

Maksudnya:
Betapa anda hanyut dalam kelalaian.
Betapa anda tenggelam dalam keangkuhan.
Betapa anda berlarian kepada permainan.
Seolah-olah mati tidak berdatangan.
Sampai bila anda akan terus melarikan diri?
Sampai bila anda akan terus menjauhkan diri?

Xxx
Bekalkanlah pada dirimu kebaikan.
Tinggalkanlah yang mendatangkan kemudratan.
Siapkanlah bahtera perjalanan.
Bimbangkanlah lautan yang dalam.
Di samping itu, syair-syair peringatan (al-raqaiq) juga boleh memutuskan hubungan
hati dengan perkara-perkara keduniaan, lalu akan menyebabkan seseorang itu
memberikan sepenuh masanya untuk kerja-kerja dakwah. Begitu juga dengan kisah-
kisah baik boleh juga berperanan demikian. Oleh itu, hendaklah bidang sastera kita
mengambil berat tentang perkara ini dengan meluas.
Mungkin ada sesetengah orang yang berpegang dengan pendapat-pendapat para imam
salaf mengambil pendirian tegas terhadap kisah-kisah ini. Ini adalah kerana terdapat
pendapat-pendapat yang menyebutkan peranan para penglipur lara yang telah mereka
cipta hadis-hadis palsu dan melalaikan orang ramai. Namun kesederhanaan
menuntutnya agar menerima para pencerita ini hanya menceritakan kisah-kisah yang
benar dan betul. Kerana para pencerita ini tidak dicela kerana nama tersebut
(pencerita) kerana Allah swt sendiri ada berfirman yang bermaksud: Kami ceritakan
kepada engkau sebaik-baik cerita. FirmanNya lagi yang bermaksud: Ceritakanlah
kisah-kisah... Tetapi mereka dicela kerana kebanyakan daripada mereka hanya
menceritakan kisah-kisah yang tidak mempunyai ilmu yang berfaedah. Kebanyakan
mereka juga mencampur adukkan tentang kisah yang diceritakan. Mungkin banyak
kisah yang dikemukakan adalah mustahil berlaku. Namun jika kisah-kisah itu adalah
benar dan mendatangkan manfaat serta kesedaran, maka ia adalah kisah yang terpuji.
209

Imam Ahmad bin Hanbal berkata: Alangkah perlunya manusia kepada pencerita
yang benar.
56

Saya mempunyai maksud yang lebih jauh lagi. Iaitu dengan menggunakan uslub
penceritaan sastera bagi kisah-kisah yang realiti atau mungkin berlaku yang
dapat menjadi tulang belakang bagi kesusasteraan yang membangkitkan
semangat. Pada pendapat saya, sesiapa yang mahu berkecimpung dalam bidang
ini (iaitu bercerita kepada para duat) agar melakukan pembaharuan. Kerana
berulang-ulang menceritakan kisah-kisah kepahlawanan silam pada zaman
Rasulullah saw mungkin akan menyebabkan kejemuan dan ketepuan. Oleh itu,
mereka diseru agar membongkar cerita-cerita tentang kepahlawanan dan
keberanian masa kini atau daripada sejarah moden dan pertengahan ummat
Islam. Ini sebagaimana yang dilakukan oleh al-Ustaz Abu al-Hasan al-Nadawiyy
yang telah menampilkan beberapa tokoh di India melalui bukunya I za habbat
Rih al-I man (Ketika Bayu Keimanan Bertiup). Sebagaimana juga kisah tentang
kepahlawanan Uthman Pasha xxx
Walau bagaimanapun, kewujudan qudwah tetap menjadi asas pentarbiahan dan
asas pembangkitan semangat pada diri orang lain. Ia mempunyai kesan
automatik berkekalan pada seluruh jamaah yang tidak dapat dilakukan oleh
nasihat-nasihat kosong.
Perancangan Mencetuskan Tenaga
Inilah sepuluh faktor yang pada pandangan saya percantumannya akan mencetuskan
kesungguhan di dalam jamaah.
Persaksikanlah dengan nama tuhanmu... Adakah kesungguhan bulat tidak wujud pada
sebuah generasi bersepadu yang terhimpun padanya segala sebab-sebab kesungguhan
itu? Seperti mempunyai kejelasan fikrah, program yang rapi, segala hak dipenuhi,
kewangan yang teguh, arif tentang tipudaya musuh, dipandu oleh pengkhususan,
jalan-jalan laluan yang tersedia, diganding dengan semangat kental dan segala lubang
fitnah telah berjaya ditutup?
Atau adakah anda boleh mengharapkan bahawa saudara anda akan menjadi seorang
dai kesukaan ramai sedangkan anda mengutusnya ke sesuatu kawasan bersendirian?
Atau adakah anda boleh menuduhnya tidak melakukan sesuatu sehingga dia tidak
dikenali di kalangan masyarakat sedangkan dia sebenarnya menjadi mangsa kepada
perancangan yang cacat?

56
Talbis Iblis, Ibn al-Jauziyy, hlm. 120.
210

Tidak, wahai saudaraku, sekali-kali tidak. Dalam kumpulan kita tidak ada orang yang
malas kerana kita telah mengutip mereka pada peringkat permulaan lagi dengan
penuh hati-hati. Kita sekali-kali tidak mengambil orang yang bodoh dan pengecut.
Tetapi apa yang berlaku ialah sama ada wujud perancangan berjaya yang mampu
mencetuskan tenaga-tenaga untuk bekerja, atau perancangan itu hanyut serta mensia-
siakan tenaga yang ada lalu terhasillah kejumudan.
Adalah memberikan faedah dan manfaat juga jika anda melihat kepada proses
penyelamatan dan penyempurnaan yang telah disebutkan sebelum ini melalui
hubungan kita dengan faktor-faktor yang menyebabkan kesungguhan dalam jamaah.
Pencairan pendapat peribadi dan penyatuan mustawa (tahap) tarbiah dianggap sebagai
dua faktor yang paling penting bagi mewujudkan kesungguhan.
Adalah tidak mungkin untuk seorang murabbi datang berjabat tangan dengan
saudaranya secara bersahaja dan berdoa baginya agar mendapat kejayaan. Seterusnya
murabbi itu hanya berpesan agar saudaranya menghafal hadis empat puluh Imam al-
Nawawiyy dan membaca beberapa kitab fiqh serta beberapa risalah dakwah. Murabbi
itu juga berpesan agar dia bersungguh-sungguh, serius dan berkorban. Sedangkan
dalam masa yang sama, dia sedang menghadapi masalah dalam pengajiannya di
universiti atau pandangan-pandangannya hanya terkurung di dalam dadanya tanpa
dapat disalurkan kepada ruang-ruang yang sepatutnya.
Janganlah anda mencela saudara anda. Janganlah anda terlalu berkeras dengannya.
Kerana dia tidak bersalah. Tetapi letakkanlah dia dalam aliran faktor-faktor yang
boleh membangkitkan kesungguhan dan keseriusannya dalam jamaah, nescaya
selepas itu anda akan dapatinya bertukar menjadi seorang yang ke hadapan dan
berani.
Pengubahsuaian Yang Anjal
Umat Islam yang lemah dikuasai oleh angan-angan yang panjang. Angan-angan
tersebut menjadikan mereka hanya terperuk melakukan perkara sunat yang
tersembunyi. Mereka hanya bertahlil secara tersembunyi. Mereka juga mengecilkan
pengertian takbir yang amat besar dan mempunyai matlamat yang jauh dengan
hanya mengurungnya di antara empat dinding. Mereka hanya melafazkannya dengan
suara yang rendah. Dengan berbuat demikian, mereka menyangka bahawa mereka
telah melalui jalan paling sukar untuk mentarbiah jiwa.
Perbuatan-perbuatan tersebut adalah baik. Memang Islam seseorang tidak sah
melainkan dengannya. Atau perbuatan-perbuatan tersebut akan menambah tasdiq
dan meneguhkan keyakinan. Tetapi syurga-syurga kelas pertama hanya disediakan
agar seruan dakwah dilakukan secara meluas dan besar-besaran, dengan pantulan
gemaan yang kuat bagi menghadapi kekufuran atau kezaliman. Dengan seruan itu,
kebengkokan kehidupan dapat diluruskan.
211

Bukanlah terlalu sukar untuk memisahkan jiwa buat beberapa ketika daripada adat
kebiasaannya untuk berzikir kepada Allah secara terasing dan melakukan taammul
(pemerhatian) secara tenang.
Hanya yang sukar ialah berhala-berhala itu dibesarkan
Dijaga dan perintahnya ditaati.
57

Dimaksudkan dengan takbir di sini ialah jeritan (seruan kuat) kepada tuhan-tuhan
manusia agar meninggalkan tampuk kekuasaan, sebagaimana ia juga adalah jeritan
yang menembusi perasaan jiwa-jiwa manusia yang terpedaya agar sedar dan kembali
waras.
Takbir yang kuat ini tidak mampu dilakukan melainkan oleh seorang mukmin yang
memandang rendah kehidupan duniawi, memandang lekeh orang-orang yang zalim
dan meyakini kelemahan mereka. Ia sukar dilakukan oleh orang yang tidak
mempunyai tawakkal yang teguh kerana dia takut mati lalu ketakutannya itu
menyebabkan dia membesar-besarkan kekuatan kebatilan. Dia juga tidak melihat dan
mengambil pengajaran daripada sejarah yang telah berlaku.
Antara tipudaya yang dijalankan oleh syaitan ialah dia menakut-nakutkan orang-orang
yang beriman dengan menampilkan penolong-penolongnya yang dipergunakan untuk
mempersembahkan kebatilan. Oleh itu, orang-orang yang beriman tidak berani untuk
berjihad, melakukan amar maruf dan nahi mungkar. Ini merupakan tipudaya paling
besar syaitan terhadap ahli iman. Perkara ini telah dikhabarkan oleh Allah swt melalui
firmanNya:

Maksudnya:

Makna ayat ini di sisi seluruh ulama mufassirin: Dia menakut-nakutkan kamu dengan
bantuan para penolongnya. Qatadah berkata: Syaitan menjadikan para penolongnya
kelihatan hebat pada pandangan kamu. Oleh itu Allah berkata: Janganlah kamu takut
kepada mereka tetapi takutlah kepadaKu jika benar kamu adalah orang-orang yang
beriman. Setiap kali iman seseorang hamba kuat, hilanglah daripada hatinya perasaan
takut kepada para penolong syaitan. Tetapi apabila imannya lemah, perasaan takut
kepada mereka menjadi besar.
58


57
Abdul Wahhab Azzam, Diwan al-Mathani, hlm. 79.
58
Ighathat al-Lahfan, Ibn al-Qayyim, jil. 1, hlm. 130.
212

Dari sini jelaslah bahawa kelemahan yang berlaku pada diri seseorang merupakan
dalil yang menunjukkan kelemahan pengertian Islam yang ada pada dirinya. Tetapi
kekuatan akan lahir apabila keindahan iman menjadi sebati di dalam hati. Ia menjadi
mukadimah sebelum sesuatu pergerakan berlaku. Ia adalah kecekalan, keberanian dan
inisiatif. Kemudian kekuatan itu menjadi matang untuk mengeluarkan hasil-hasil
kemuliaan. Ketika itu, kehidupan manusia memperolehi ketenangan khusus yang
mendorong jiwa-jiwa yang masih mempunyai fitrah yang sejahtera untuk melakukan
amal secara sederhana dan seimbang.
Hakikat dan sifat inilah yang menjadi sempadan gambaran yang dilakarkan oleh Iqbal
bagi pengambilan yang kuat bagi al-kitab yang tercerna melalui pemuda
kebebasan:
Agama bagi seorang pemuda yang merdeka ialah keberanian, keazaman
Perisytiharan kebenaran dan logik yang berani.
59

Di sisi Walid, perisytiharan kebenaran ini adalah lebih hampir kepada kesulitan dan
tanggungjawab sebagaimana disangkakan oleh seseorang yang lemah. Namun ia
adalah berita kegembiraan yang dinanti-nantikan oleh seluruh alam. Beliau juga
berpendapat bahawa kebangkitan adalah refleksi yang pasti. Dengannya, amal
Islami akan bersambungan dan berterusan secara automatik. Oleh itu, beliau (Walid)
menujukan perkataannya kepada seseorang muslim agar menjadikan kebangkitan
sebagai langkahnya yang pertama. Dia juga meminta agar si muslim itu
menghancurkan segala ikatan dan belenggu...
Hancurkan belenggu kehinaan dan angkatlah kedua tanganmu
Sebarkanlah cahaya yang menunjukmu di seluruh dunia
Dunia akan mengulang-ulang gemaan seruan dengan penuh kerinduan
Panji al-Quran pasti akan tertegak
Fajar sudah menyingsing dan kegelapan sudah lenyap
Panji al-Quran tetap berkibar walaupun dibenci oleh mereka.
60

Kebenaran firasat beliau dapat anda lihat melalui kesedaran dan kebangkitan yang
sedang berlaku sekarang di setiap negara Islam. Ribuan para pemuda dan pemudi
beriman yang belajar di sekolah, universiti dan yang sudah mempunyai jawatan di
tempat-tempat tertentu. Mereka tetap berpegang teguh dengan pemikiran Islam yang
tulin meskipun sedang berada dalam suasana penguasaan, kejahatan dan kezaliman
golongan penguasa.

59
Majallah al-Muslimun, jil. 1, hlm. 22.
60
Aghani al-Marakah, hlm. 109.
213

Ia adalah salah satu tanda yang menunjukkan kelurusan agama ini. Dada kita akan
merasa yakin dengan masa depan.
Sekumpulan besar para pemuda telah pun berkumpul sebelum ini di beberapa buah
negara. Tetapi ia didorong oleh perasaan dan semangat semata-mata. Mereka
kekurangan kesedaran. Oleh itu, dengan mudah mereka dapat ditekan dan ditindas
oleh golongan kuffar dan zalim yang berjaya melambat dan melengahkan perjalanan
mereka.
Tetapi kebangkitan hari ini merupakan kebangkitan dengan kesedaran. Bukan
kebangkitan semangat yang bersahaja. Kerana majoriti para duat yang masih muda ini
telah memperolehi banyak kesedaran yang tidak dimiliki oleh golongan pewaris
mereka sebelum ini. Mereka mempelajari dan mengambil pengajaran daripada apa
yang telah berlaku kepada golongan pewaris mereka yang suci. Oleh itu, cita-cita dan
pengharapan mereka menjadi lebih jelas jika dibandingkan dengan keadaan
sebelumnya.
Semasa kerinduannya terhadap fajar Islam yang hampir menyinsing, Mahmud
daripada keluarga Jafar amat fasih ketika menghuraikan tentang ciri-ciri keperibadian
baru bagi pejuang akidah yang melayakkannya untuk memperolehi kemenangan
dalam peperangan terkini menentang kebatilan. Xxx
Dia berjalan dengan dipandu oleh manhaj tuhannya
Merasa bangga dan bermegah dengan akidahnya
Menyusuri jalannya dengan penuh sedar dan kehebatan
Sentiasa menyelidik jalannya agar tidak tersesat
Dia berjalan sedang hati dan lidahnya dipenuhi kebenaran
Mempunyai pandangan bijaksana dan terus melangkah dengan hati-hati.
61

Kebanggaan dengan tauhid yang menjadi pegangan para duat Islam dan cabarannya
terhadap kekufuran tanpa teragak-agak dan segan memukau anda agar merasa bangga
dan mulia. Kemudian anda menjadi semakin percaya kepada dirinya, kepada
kelayakannya serta keteguhan perancangannya yang dilakukan dengan penuh
kesedaran, pemantauan dan sifatnya yang sentiasa berhati-hati.
Mungkin anda menyangka bahawa sifat berhati-hatilah yang menghimpun kesemua
sifat-sifat di atas. Namun terdapat sedikit sentuhan sifat negatif yang terdapat pada
sifat berhati-hati sebagaimana yang biasa difahami oleh kebanyakan orang. Oleh

61
Hanin ila al-Fajr, hlm. 39.
214

kerana perkataan berhati-hati terlalu kerap disebut di dalam kamus kesedaran,
maka maknanya yang sebenar menjadi terhakis. Maknanya yang luas telah
membenarkan kewujudan lompang yang dipergunakan oleh seseorang yang lemah
bagi menyelamatkan dirinya dan melarikan diri. Nama yang lebih layak dan sesuai
dalam bahasa dakwah ialah seni perhitungan yang relatif. Seni ini juga lebih masyhur
dalam mazhab ahli-ahli balaghah (rhetoric). Pandangan seseorang dai yang sedar
sebagaimana digambarkan oleh sebuah syair yang baik:
Pandangan yang bersilih ganti antara tenang dan segera.
Seseorang dai akan menunggu, berawas dan sentiasa memerhati jika menunggu itu
lebih utama.
Dia juga akan menerkam, mara dan menyerbu ketika tindakan segera lebih utama
untuk diambil.
Sebelum, di antara dan selepas kedua-dua situasi tersebut: sentiasa berlaku
pertimbangan dan perancangan. Dia sentiasa melihat segala keutamaan medan dan
bidang yang patut diceburi. Dia juga melihat keperluan untuk mengambil kira suasana
yang ada. Dalam masa yang sama dia tetap menekankan tentang integrasi yang
objektif. Keperluan-keperluan pada setiap fasa juga diambil kira. Jika ada kepentingan
yang bertentangan dia akan membuat pilihan dengan mengambil kira realiti dan
kemudahan serta tenaga yang ada tanpa terpengaruh dengan idealisme yang berangan
tinggi.
Jalan penganalisaan terhadap dimensi pelbagai hubungan yang mengikat antara realiti
dan matlamat ini menjadikan seluruh langkah dakwah pada peringkat tempatan di
setiap rantau terpandu atau terikat dengan beberapa kaedah yang dikawal oleh bentuk
dan tabiat perjalanan yang sedang dilalui oleh sesuatu marhalah. Kaedah itu juga
merupakan perlaksanaan yang relatif terhadap seni-seni amal yang umum. Oleh itu,
sentiasa berlaku penyesuaian yang anjal terhadap suasana sekeliling kepada kaedah
ini. Namun keaslian tetap terpelihara. Begitu juga, sentiasa berlaku pemisahan dan
pembezaan yang memutarkan tugas kita antara kewajipan dakwah, ijtihad fiqhiyy dan
melepaskan atau menyelamatkan diri daripada terkena pukulan yang akan
membongkarkan segala kerahsiaan. Kedudukan pandangan qiadah dan pengikut juga
dapat ditentukan serta sejauhmana pengaruh dan kekuasaan pandangan tersebut.




215

Anda mungkin juga menyukai