Anda di halaman 1dari 4

Pesanan Abdullah Nasih Ulwan Kepada Belia-Belia Dakwah Dan Pejuang-Pejuang Islam

Anda semua kini merupakan harapan kepada kebangkitan Islam dalam membina kembali keangungan Islam, pemerintahan Islam dan penyatuan Islam. Kalianlah di zaman ini menjadi harapan muslimin sebagai pejuang yang rela mengembalikan khilafah rasyidah di muka bumi ini, menjadi harapan untuk mengembalikan kemuliaan dan keagungan Islam yang telah hilang kepada alam ini. Kalianlah orang-orang yang ditunggu-tunggu di segenap tempat sebagi pejuang-pejuang pembebasan, sebagai para daei pendukung kebenaran dan sebagai pembawa obor hidayah. Justeru itu tunjukkanlah bukti-buktinya wahai belia dalam segenap bidang. Berilah contoh ikutan dengan penglibatan kamu terhadap prinsip-prinsip ukhuwah Islamiah. Tunjukkanlah contoh bagaimana kamu menyelami roh dan pengertian ukhuwah islamiah. Tunjukkanlah contoh bagaimana kamu melaksanakan tugas-tugasnya. Tunjukkanlah contoh yang boleh kamu jadikan bandingan baik dengan sikap dan perilaku kamu terhadap ukhuwah Islamiah. Tunjukkanlah contoh bagaimana kesan dari ukhuwah boleh berpanjangan dan bagaimana buahnya boleh dihasilkan. Sesungguhnya tidak ada jalan yang lebih besar kesannya kepada sama ada peribadi atau ummah selain dari uswah. Sejarah telah menjelaskan wahai para belia dengan bangga dan megahnya bahawa Islam telah sampai hingga ke selatan India, ke Sri Lanka. ke Pulauan Laccadive dan Maldive di tengah-tengah Samudra Hindi, sampai ke Tebet, ke Persisiran Benua China, ke Philipina ke gugusan kepulauan Indonesia dan Semenanjung Tanah Melayudi sebelah baratnya sampai ke tengah-tengah benua Afrika, iaitu Senegal, Nigeria, Somalia, Tanzania. Madagaskar, Zanzibar dan banyak lagi yang tidak sempat disebut. Sampainya serta bertapaknya Islam pada bangsa-bangsa tersebut itu adalah dengan qudwah atau contoh yang menjadi ikutan, contoh-contoh yang dibawa oleh pedagang-pedagang dalam sikap dan perilaku mereka. Mereka yang merupakan para daei yang menunjukkan contoh dalam semua gerakgeri mereka, malah merekalah muslimin yang menunjukkan contoh dalam semua gerakgeri mereka. Malah mereka muslimin yang menunjukkan contoh pada persaudaraan mereka yang tulen, pada perilaku dan budi pekerti mereka. Kemudian barulah disusuli dengan kalimah tayyibah dan maueizah hasanah serta dakwah yang berhikmahbarulah manusia-manusia dari bangsa-bangsa tersebut masuk berduyun-duyun , berbondong-bondong ke dalam agama Allah ini dan mereka beriman dengan rela hati dan penuh keyakinan. Kalaulah para pedagang tersebut tidak menunjukkan sikap baik mereka, para daei tersebut tidak membuktikan ukhuwah sejati mereka, dan angkatan muslimin tersebut tidak bersikap dengan akhlak dan perangai mulia mereka, maka tentulah berjuta-juta manusia tidak menganut Islam, mereka tidak masuk ke dalam keadilan dan belas kasihan Islam .

Para pejuang dakwah Islamiah, dari para daeinya , malah dari setiap orang yang ada hubungannya dengan dakwah Islamiah , begitu mudah sekali didapati belia-belia yang mukmin yang berukhuwah , yang memiliki kesedaran dan bersatu , yang menghayati prinsip-prinsip Islam dalam cara hidup, yang menghidupkan fikrah atau pemikiran Islam dalam setiap individu, malah gerak dan diam mereka menjelaskan keutamaan pada dakwah Islamiah. Dan apabila harakah Islamiah di zaman moden ini mengemukakan beberapa contoh melalui peribadi-peribadi yang boleh diikuti dan ditauladani perilaku dan akhlak mereka, juga melalui para daei yang berbeza, dari orang lain kerana sifat ukhuwah dan taqwa mereka, juga melalui beribu-ribu belia yang dapat mempengaruhi menusia dengan bahasa , sikap dan perilaku yang mereka tunjukkan lebih dulu daripada bahasa lisan dan tutur katadengan yang demikian itulah gerakan Islam telah berjaya mendapat hasil dalam medan perjuangan dakwah kepada Allah, berjaya menawan beribu-ribu kelompok manusia dan dibawanya mereka beriman dan percaya bahawa Allah sahaja sebagai tuhan, Islam sebagai agama, Al Quran sebagai imam dan nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam sebagai nabi dan rasulmalah harakah Islamiah telah mendapat hasil dari tanamannnya yang berupa penyebaran Islam itu banyak buah-buah yang enak lazat untuk dimakan. DENGAN APA NABI MUHAMMAD SAW MENAWAN DUNIA??? Muhammad saw telah berjaya seperti yang dikatakan oleh Al syahid Sayyid Qutb bahawa baginda mendidik dan membentuk para sahabatnya radiyallahu anhum menjadi rupa iman yang benar-benar hidup, yang memakan makanan , yang berjalanjalan di pasar, malah para sahabatsahabat tersebut merupakan al quran yang melata dan merayap di bumi, malah mereka dididik dan dibentuk oleh baginda menjadi contoh atau model yang lengkap untuk Islam, bila melihat mereka bererti sudah melihat Islam!! Adapun Nas, tidak ada faedahnya kalau ia dibiarkan bersendirian , tidak dilakukan sesuatu, juga Al quran itu sendiri kalau dibiarkan tidak dibentuk hingga terbentuk seorang lelaki, dan segala prinsip Islam kalau hanya tinggal prinsip, ia tidak berfaedah malah tidak bernyawa kalau ia tidak dijadikan panduan atau cara hidup. Di situlah Muhammad saw menjadikan matlamat pertamanya iaitu membentuk para pahlawan Islam sebenarnya, bukan hanya sekadar memberi ceramah dan pelajaran, baginda mengukir Islam di jiwa bukan hanya memperdengarkan seni khutbah atau pidato, baginda membina ummah bukan sekadar menegakkan falsafah . adapun fikrah Islamiah itu sendiri Al quran yang bertanggungjawab melindunginya. Maka tugas Muhammad saw ialah semata-mata mengubah fikrah Islam menjadi bentuk para lelaki yang boleh disentuh dengan tangan dan boleh dilihat dengan mata kasar!!

Muhammad saw telah mendapat kemenangan dengan membentuk fikrah Islamiah menjadi peribadi-peribadi dengan mengubah kepercayaan mereka terhadap Islam kepada amalan-amalan yang dipraktikkan, dengan mencetak puluhan buah mashaf (Al Quran), kemudian berikutnya mencetak ratusan malah ribuan Al Quran, Al Quran itu bukan dicetak dengan tinta ke atas kertas, tetapi dicetak dengan nur di atas lembaran-lembaran hati sanubari, kemudian Al Quran itu dilepaskan bergerak, bergaul dengan manusia, ia sendiri bersifat manusia, mengambil dan memberi, ia bertutur dengan bahasa, sikap dan tingkah laku dalam menyatakan Islam yang dibawa oleh Muhammad saw dari pihak Allah. Tetapi sebaliknya, betapa songsangnya harakah Islamiah hingga menanggung derita. Jelas kelihatan kecewanya harakah Islamiah disebabkan oleh anggota-anggota serta para daeinya melahirkan sifat-sifat ego, dengki dan cemburu. Betapa lembabnya perkembangan dakwah Islamiah dalam mesyarakat Islam sendiri, lebih-lebih lagi dalam bangsabangsa yang bukan Islam sama ada di dunia Barat maupun di Timur.disebabkan oleh gerakan Islam yang ada hanya berkisar di sekitar ruang yang sungguh sempit, di samping berpenyakit dengan penyakit dengki, iri hati dan permusuhan!!!! Justeru itu, suasana dan kedudukan harakah atau jamaah yang saling bermusuhan dan bercakaran itu tetap goyang dan lemah, seperti yang dibayangkan oleh syair arab ini : Tiada bantahan dari saya juga anda, Kecuali percakaran dan pecah belah dalam kumpulan, Anda lihat mereka punya cita-cita, menjalankan usaha, Tetapi tidak pernah sejalan walau dua kumpulan di samping anda, Anehnya setiap jamaah di kalangan kita ada panduannya, Tetapi sebenarnya semuanya tidak berpanduan. Pada perhitungan saya dan perhitungan kebanyakan para daei yang matlamatnya untuk membentuk fikrah Islamiah, juga para pejuang untuk pemulihan, kalaulah anggota-anggota harakah atau anggota-anggota jamaah tersebut berjalan dengan berpandukan manhaj Islam dalam mendidik para daei, dalam menyediakan dan melengkapkan peribadiperibadi muslim, malah dalam membentuk ummah, kalaulah mereka bergerak mengikut prinsip-prinsip syariah dalam menunaikan hak-hak ukhuwah, menyelami roh ukhuwah sedalam-dalamnya, melaksanakan segala kewajibannya dan patuh kepada etika ukhuwah, sudah pasti sejak awal dulu lagi mereka telah mendapat kemenangan ke atas musuh sebenarnya. Sudah pasti mereka dapat memusnahkan perdurhakaan terhadap Allah, mereka dapat membasmikan kezaliman dan ilhadsudah pasti mereka dapat menegakkan Daulah Islamiah di negara-negara kepunyaan orangorang Islamsudah pasti mereka dapat menyebarkan agama Allah di segenap pelusuk bumi, malah di mana-mana sahaja di dunia ini.! Adalah silap wahai belia-belia Islam kalau anda beranggapan bahawa abad-abad permulaan Islam dulu sama ada di zaman para sahabat atau generasi-

generasi yang menyusuli para sahabat dapat menegakkan keagungan dan kecemerlangan Islam yang luas melebar itumereka dapat membina kekuatan dan kehebatan Islam yang begitu terkenal, mereka Berjaya mengasaskan pemerintahan Al Quran yang begitu besar, tanpa ukhuwah yang tulen, tanpa kasih sayang yang sebenarnya , tanpa pertalian dan tambatan hati yang jinak dan mesra. Adalah salah jika anda menyangka bahawa Islam ini tersebar di timur dan di barat, di kawasan-kawasan bumi yang ramai penduduknya, tanpa ikatan hubungan yang kukuh, tanpa pegangan kepada tali Allah yang kuat. Adalah salah jika anda menyangka bahawa ratusan juta manusia masuk ke dalam Islam dengan pilihan dan kerelaan mereka begitu sahaja, tanpa ikutan dan teladan yang dibawa dan ditunjukkan oleh para daei, tanpa contoh dari mukminin yang mereka kenali. Tidak betul jika anda menyangka bahawa tapak pembinaan yang di atasnya didirikan Daulah Islamiah, kemudian dari situlah tersebarnya risalah dan mesej Muhammad saw itu tidak pernah ada persaudaraaan, tidak pernah ada saling sayang menyayangi antara satu sama lain. Adakah anda telah baca dalam sejarah wahai belia-belia Islam bahawa pemimpin dan Pembina keagungan Islam Muhammad saw tidak mengasaskan pemerintahan Islam yang pertama di madinah melainkan setelah mempersaudarakan muhajirin dengan Ansar, menjinak dan merapatkan kembali antara suku kaum Aus dan Khazraj.supaya semua muslimin menuju ke arah satu haluan, bersatu di bawah panji-panji dan berpegang-teguhlah kamu dengan tali Allah, dan janganlah kamu berpecahbelah di bawahslogan Sesungguhnya ini umat kamu, umat yang satu, dan akulah tuhan kamu, maka bertaqwalah kamu kepada-Nya PESANAN AKHIR KEPADA BELIA-BELIA ISLAM. Wahai saudara-saudara para belia, perkukuhkanlah ukhuwah dan penghayatan kamu, berukhuwahlah kamu dengan semangat kerana Allah, ubatilah jiwa dan diri kamu dengan ikhlas dan bertaubatlah, bezakan diri kamu dari manusia-manusia lain dengan akhlak dan tingkah laku yang baik, tunaikanlah hak-hak ukhuwah kepada saudara-saudara kamu dan kepada orang-orang yang berlindung dengan kamu, berjalanlah di atas manhaj dan landasan Islam dalam mengukuhkan kasih sayang kamu, dan berpandulah dengan pimpinan Al Quran dalam menjalani kasih sayang kamu.

Anda mungkin juga menyukai