Anda di halaman 1dari 15

3/27/2019 Jom Ketahui Tujuan Konsep Perkahwinan Dalam Islam ­ Bidadari.

My

K E LU A R G A

Jom Ketahui Tujuan


Konsep Perkahwinan
Dalam Islam
OLEH ANIUNA

231 SHARES
 Share  Tweet  Mail

Perkahwinan adalah suatu ikatan yang menghalalkan perhubungan antara lelaki


dan perempuan yang bukan mahram. Perkahwinan juga disebut sebagai akad
nikah dalam Bahasa Arab.

Pengertian Nikah

https://www.bidadari.my/perkahwinan­dalam­islam/ 1/15
3/27/2019 Jom Ketahui Tujuan Konsep Perkahwinan Dalam Islam ­ Bidadari.My

Imej via islamituindah

Nikah mempunyai dua pengertian. Pertama dengan makna bahasa iaitu


berkumpul dan berhimpun. Manakala, kedua dengan makna syar’i, iaitu akad
yang mengandungi rukun dan syarat yang menghalalkan perhubungan intim
antara lelaki dan wanita.

Perkahwinan Menurut Islam


Pembentukan institusi keluarga Islam bertitik tolak daripada perkahwinan.
Malah, dalam Islam sendiri, perkahwinan itu adalah sangat-sangat dianjurkan.
Terdapat banyak dalil dari al-Quran dan hadis yang menyarankan agar umat
Islam bernikah.
https://www.bidadari.my/perkahwinan­dalam­islam/ 2/15
3/27/2019 Jom Ketahui Tujuan Konsep Perkahwinan Dalam Islam ­ Bidadari.My

Firman Allah swt:


Iklan

RM30 rebate online

SIGN UP

‫ﻉ ۖ ﻓَ ِﺈ ْﻥ ِﺧ ْﻔﺘ ُ ْﻢ ﺃ َ ﱠﻻ‬ َ ‫ﺎء َﻣﺜْﻨَ ٰﻰ َﻭﺛ ُ َﻼ‬


َ ‫ﺙ َﻭ ُﺭﺑَﺎ‬ ِ ‫ﺴ‬ َ ‫ﻓَﺎ ْﻧ ِﻜﺤُﻮﺍ َﻣﺎ َﻁ‬
َ ّ‫ﺎﺏ ﻟَ ُﻜ ْﻢ ِﻣ َﻦ ﺍﻟ ِﻨ‬
ً‫ﺍﺣﺪَﺓ‬
ِ ‫ﺗ َ ْﻌ ِﺪﻟُﻮﺍ ﻓَ َﻮ‬
Maksudnya, “…Maka kahwinlah kamu mana-mana yang baik bagi kamu daripada
wanita dua, tiga atau empat. Maka sekiranya kamu khuatir bahawa kamu tidak
dapat berlaku adil maka cukuplah seorang sahaja…” (Surah an-Nisa’, Ayat 3)

Dari Anas bin Malik ra berkata: “Rasulullah saw memerintahkan kami untuk
menikah dan melarang membujang dengan larangan yang keras.” Nabi saw
bersabda;

‫ ﻓَ ِﺈ ِﻧّﻲ ُﻣﻜَﺎ ِﺛ ٌﺮ ِﺑ ُﻜ ُﻢ ﺍْﻷ َ ْﻧ ِﺒﻴَﺎ َء ﻳَﻮْ َﻡ ْﺍﻟ ِﻘﻴَﺎ َﻣ ِﺔ‬،َ‫ﺗ َ َﺰﻭﱠ ﺟُﻮﺍ ْﺍﻟ َﻮﺩُﻭْ ﺩَ ْﺍﻟ َﻮﻟُﻮْ ﺩ‬
Maksudnya, “Kahwinlah kamu dan beranak pinaklah kamu kerana sesungguhnya
aku berbangga kerana banyak bilangan kamu pada hari kiamat kelak.” (HR Imam
Ahmad)

https://www.bidadari.my/perkahwinan­dalam­islam/ 3/15
3/27/2019 Jom Ketahui Tujuan Konsep Perkahwinan Dalam Islam ­ Bidadari.My

Pernah suatu ketika, tiga orang Sahabat ra datang bertanya kepada isteri-isteri
Nabi saw tentang peribadatan Baginda. Kemudian setelah diterangkan, masing-
masing ingin meningkatkan ibadah mereka. Salah seorang dari mereka berkata:
“Maka saya akan puasa sepanjang masa tanpa putus.” Sahabat yang lain
berkata: “Maka saya akan solat malam selama-lamanya.” Manakala, yang lain
berkata, “Sungguh saya akan menjauhi wanita, saya tidak akan nikah selama-
lamanya.” Ketika hal itu didengari oleh Nabi saw, Baginda keluar seraya
bersabda:

‫ َﻭﻟَ ِﻜ ِﻨّﻲ‬،ُ‫ﺃ َ ْﻧﺘ ُ ُﻢ ﺍﻟﱠ ِﺬ ْﻳ َﻦ ﻗُ ْﻠﺘ ُ ْﻢ َﻛﺬَﺍ َﻭ َﻛﺬَﺍ؟ ﺃ َ َﻣﺎ َﻭﷲِ ِﺇ ِﻧّﻲ َﻷ َ ْﺧﺸَﺎ ُﻛ ْﻢ ِ�៻ِ َﻭﺃَﺗْﻘَﺎ ُﻛ ْﻢ ﻟَﻪ‬
‫ﺳﻨﱠ ِﺘﻲ‬ ُ ‫ﺐ ﻋ َْﻦ‬ َ ‫ ﻓَ َﻤ ْﻦ َﺭ ِﻏ‬،‫ﺴﺎ َء‬ َ ّ‫ﺝ ﺍﻟ ِﻨ‬ َ ُ ‫ﺃَﺻُﻮْ ُﻡ َﻭﺃ ُ ْﻓ ِﻄ ُﺮ َﻭﺃ‬
ُ ‫ﺻ ِﻠّﻰ َﻭﺃ َ ْﺭﻗُﺪُ َﻭﺃَﺗ َ َﺰﻭﱠ‬
‫ﺲ ِﻣ ِﻨّﻲ‬ َ ‫ﻓَﻠَ ْﻴ‬
Maksudnya “Benarkah kalian telah berkata begini dan begitu? Demi Allah,
sesungguhnya akulah yang paling takut kepada Allah dan paling taqwa
kepadaNya di antara kalian. Akan tetapi aku berpuasa dan aku berbuka, aku solat
dan aku pun tidur, dan aku juga menikahi wanita. Maka, barangsiapa yang tidak
menyukai Sunnahku, ia tidak termasuk golonganku.” (HR Bukhari, Muslim dan
Ahmad)

Berkahwin bukan sahaja menjadi sunnah Nabi saw. Tetapi ia juga adalah cara
halal yang Allah syariatkan kepada manusia untuk memenuhi fitrah serta
keperluan zahir dan batin manusia. Namun begitu, perkahwinan dalam Islam
dilandasi dengan panduan serta hukum yang jelas agar perkahwinan itu menjadi
suatu ikatan yang memberi kebahagian, bukannya kemudharatan.

Hukum Nikah
https://www.bidadari.my/perkahwinan­dalam­islam/ 4/15
3/27/2019 Jom Ketahui Tujuan Konsep Perkahwinan Dalam Islam ­ Bidadari.My

Hukum Nikah

Imej via pengajianislam

Walaupun pernikahan adalah suatu yang perbuatan yang mengikut sunnah Nabi
saw. Namun terdapat beberapa hukum bagi nikah bergantung kepada keadaan
setiap individu.

i) Wajib

Wajib bernikah apabila seseorang telah berkemampuan dan mempunyai


keinginan (nafsu syahwat) yang tidak boleh dikawal. Sekiranya tidak berkahwin
dibimbangi ia akan melakukan zina dan terjerumus kepada kebinasaan.

ii) Sunat
https://www.bidadari.my/perkahwinan­dalam­islam/ 5/15
3/27/2019 Jom Ketahui Tujuan Konsep Perkahwinan Dalam Islam ­ Bidadari.My

Hukum sunat bernikah jatuh kepada seseorang berkemampuan (zahir dan


batin), mempunyai keinginan (nafsu syahwat) tetapi masih dapat mengawalnya
dan menjaga diri jika tidak berkahwin.

Lelaki ahli ibadah disunatkan berkahwin demi mengawal agama, keturunan dan
mencari kebaikan. Disunatkan juga bagi perempuan yang ingin berkahwin sama
ada kerana keinginannya sendiri ataupun keperluan nafkah hidup atau takut
kepada ancaman orang jahat atau kerana dia bukan ahli ibadat, tetapi dengan
perkahwinan dia dapat mengawal keagamaannya serta kehormatannya.

Menurut Imam Hanafi pula adalah lebih afdal berkahwin daripada amalan
ibadah sekiranya ada padanya syahwat yang dikhuatiri menjerumuskan dirinya
kepada bahaya (zina).

iii) Makruh

Makruh, berkahwin jika seseorang itu mempunyai keinginan (nafsu syahwat)


tetapi tidak berkemampuan dari segi kewangan.

Begitu juga hukum makruh berkahwin jika seseorang itu takut atau khuatir akan
menzalimi bakal pasangan dalam pergaulan, kalau dia berkahwin. Menurut
Imam Syafi’e, makruh juga sekiranya tidak berhajat untuk berkahwin sedangkan
dia sakit, tidak berkemampuan dari segi nafkah, mahar dan sebagainya.

iv) Harus

Harus pada syara’ iaitu tidak mendatangkan dosa mahupun pahala jika
seseorang itu tidak berkahwin. Ini adalah asal hukum nikah kahwin.

https://www.bidadari.my/perkahwinan­dalam­islam/ 6/15
3/27/2019 Jom Ketahui Tujuan Konsep Perkahwinan Dalam Islam ­ Bidadari.My

Begitu juga harus berkahwin bagi mereka yang tidak ada halangan untuk
berkahwin dan tidak ada pula sesuatu perkara yang mendorongnya untuk
berkahwin.

Demikian menurut Imam Syafi’e dengan menambah, adalah harus hukumnya


berkahwin tetapi beribadat adalah lebih afdal bagi orang yang tidak berhajat
berkahwin seperti disebabkan dia tidak berkeinginan melakukan persetubuhan
tetapi mampu dari segi perbelanjaan dan tidak berpenyakit.

Menurut pendapat Imam Nawawi, jika dia bukan ahli ibadah adalah lebih utama
baginya berkahwin supaya tidak mendatangkan keburukan pada masa
lapangnya. Imam Hanafi pula menambah, jika tiada padanya syahwat atau ada
padanya syahwat namun sudah tua atau sakit dan sebagainya maka di situ ada
dua pendapat iaitu, digalakkan berkahwin dan kedua beribadah adalah lebih
baik baginya.

v) Haram

Haram berkahwin bagi orang yang berkeyakinan tidak akan dapat


melaksanakan kewajipan sebagai seorang suami. Sekiranya ia berkahwin ia akan
melakukan kezaliman kepada isterinya.

Misalnya seorang lelaki mengahwini wanita untuk dijadikan pelacur bagi


mendapatkan sumber kewangan. Begitu juga orang yang dihinggapi penyakit
jika dia belum berubat.

Seterusnya haram berkahwin bagi lelaki yang sudah beristeri serta mempunyai
beberapa orang anak sedang dia sendiri sakit dan tidak dapat mencari nafkah
dan haram jika lelaki itu Muslim tetapi bakal isterinya kafir musyrik yang
menyembah berhala kecuali wanita itu menganut Islam ataupun ahli kitab.
https://www.bidadari.my/perkahwinan­dalam­islam/ 7/15
3/27/2019 Jom Ketahui Tujuan Konsep Perkahwinan Dalam Islam ­ Bidadari.My

Imej via bharian

Akad nikah dalam Islam juga tertakluk kepada rukun serta syarat sah pernikahan
tersebut. Rukun dan syarat sah nikah boleh dirujuk pada artikel Rukun Nikah.

Objektif Pernikahan Dalam Islam


1) Memelihara keturunan dan menjamin berkekalan zuriat umat manusia yang
beriman mengikut landasan yang betul.

2) Memenuhi dan menyempurnakan tuntutan hawa nafsu mengikut jalan yang


diredhai Allah swt serta menyelamatkan manusia daripada kejahatan nafsu
syahwat dan memelihara manusia dari perkara yang haram.

https://www.bidadari.my/perkahwinan­dalam­islam/ 8/15
3/27/2019 Jom Ketahui Tujuan Konsep Perkahwinan Dalam Islam ­ Bidadari.My

3) Mewujudkan satu ikatan kekeluargaan yang kukuh, mantap dan berkekalan


berasaskan kasih sayang dan kerahmatan Allah swt. Keluarga yang sakinah,
mawaddah dan rahmah adalah impian bagi setiap keluarga Islam.

4) Mewujudkan dan melaksanakan satu sistem pengurusan dan tanggungjawab


serta metode berinteraksi di dalam keluarga dan masyarakat, melalui kerjasama
yang menguatkan hubungan kekeluargaan dan masyarakat.

Keluarga adalah unit-unit asas dalam sebuah masyarakat. Malah, keluarga


hanya terwujud dengan adanya ikatan pernikahan.

Oleh sebab itu, pernikahan dalam Islam sangat penting peranannya. Ia bukan
sahaja untuk menjaga diri sendiri daripada kerosakan syahwat, tetapi juga
menjaga keturunan, serta keharmonian masyarakat dengan panduan
pendidikan Islam yang diterapkan dalam sesebuah keluarga.

Rujukan:
1. Pengajian Islam
2. Universiti Malaya
3. Islam Grid
4. Islamik
5. Al-Manhaj

Artikel Menarik Lain

https://www.bidadari.my/perkahwinan­dalam­islam/ 9/15
3/27/2019 Jom Ketahui Tujuan Konsep Perkahwinan Dalam Islam ­ Bidadari.My

Bagaimana dengan artikel berkenaan Perkahwinan Dalam Islam yang


dikongsikan? Anda dapat manfaat? Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain
artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:

• Hantaran Perkahwinan
• Checklist Kahwin
• Tanggungjawab Isteri Kepada Suami

Thermal Insulated Lunch Box


Ada ruang dalam setiap kontena - Membolehkan
lebih drpd satu jenis makanan 30% nipis

Iklan

KONGSIKAN ARTIKEL INI

  

  

https://www.bidadari.my/perkahwinan­dalam­islam/ 10/15
3/27/2019 Jom Ketahui Tujuan Konsep Perkahwinan Dalam Islam ­ Bidadari.My

Apabila kita menyebarkan kebaikkan walaupun satu ayat, kelak kebaikkan juga yang akan


datang kepada kita. Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah satu usaha untuk

menyebarkan kebaikkan. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Penulis: Aniuna

Seorang yang ingin memanfaatkan teknologi digital untuk berkongsi info dan ilmu
kepada masyarakat.

Tinggalkan Komen!

0 CommentsSort by  Oldest

Add a comment...

Facebook Comments Plugin

https://www.bidadari.my/perkahwinan­dalam­islam/ 11/15
3/27/2019 Jom Ketahui Tujuan Konsep Perkahwinan Dalam Islam ­ Bidadari.My

LANGGAN INFO KAMI

email@emailanda.com LANGGAN

BERKAITAN

Bilakah Masa Untuk Mengajar Anak Bertimbang-rasa?

https://www.bidadari.my/perkahwinan­dalam­islam/ 12/15
3/27/2019 Jom Ketahui Tujuan Konsep Perkahwinan Dalam Islam ­ Bidadari.My

Telatah : Chicken Rice Shop dan Kokok

8 Bahasa Lelaki yang Pelik

Ibu Susuan: Panduan Dan Tips Wajib Tahu Dan Jangan Ambil Ringan

   
Tentang Pengiklanan Hubungi Terma & Syarat
© BIDADARI.MY 2019. HAK CIPTA TERPELIHARA.

https://www.bidadari.my/perkahwinan­dalam­islam/ 13/15
3/27/2019 Jom Ketahui Tujuan Konsep Perkahwinan Dalam Islam ­ Bidadari.My

SAJI.MY / ILABUR.COM
.

https://www.bidadari.my/perkahwinan­dalam­islam/ 14/15
3/27/2019 Jom Ketahui Tujuan Konsep Perkahwinan Dalam Islam ­ Bidadari.My

https://www.bidadari.my/perkahwinan­dalam­islam/ 15/15

Anda mungkin juga menyukai