Anda di halaman 1dari 91

Universiti Islam Telegram Online

Hak Cipta:
Buku ini adalah waqaf pihak UiTO
kepada seluruh umat Islam.

Dianjurkan untuk menyebarkannya, dan


mencetaknya dengan sebarang alat percetakan.

Dilarang plagiat, dan dilarang meniagakannya


tanpa izin bertulis daripada penulis.

KANDUNGAN

Pendahuluan . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Fiqh Politik . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

10

Soal-Jawab . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

24

Rumusan Panel . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

83

Rujukan . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

85

Siapakah THTL . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

89

PENDAHULUAN

" ! #


0
.
!

&
1
3
& & ' &
*, - . &


> &45 67 89 . 68 . 45 : ;

?@
0 A A A B0
3- C ' . B 0

Amma ba`d
POLITIK!
Satu perkataan yang tidak asing lagi buat kita semua.
Satu perkataan yang boleh didengari di mana-mana
sahaja.
Satu perkataan yang sering diucapkan oleh segenap
lapisan masyarakat.
7

Islam, sebagai sebuah agama yang syumul


(sempurna), sudah pasti akan menyentuh tentang
kehidupan berpolitik; sama ada melalui Kitabullah
ataupun Sunnah Rasul-Nya.
Namun, tidak dapat kita nafikan, setelah 1400 tahun,
suasana politik umat Islam hari ini sangat jauh
berbeza dengan suasana politik pada zaman
Rasulullah , sehinggakan menimbulkan pelbagai
persoalan.
Wujudkah kerajaan yang paling menghampiri manhaj
politik menurut Al-Qur'an & As-Sunnah setelah
kewafatan baginda ?
Bagaimana sikap ketika berhadapan dengan
pemerintah yang zalim? Adakah wujud rukhsah
terhadap ketaatan kepada pemerintah?
Apa hukumnya kaum Muslimin memilih pemerintah
daripada kalangan kuffar? Perlukah kita mentaati
mereka?
Adakah demokrasi yang diamalkan kini sesuai
dengan Islam? Salahkah menjatuhkan kerajaan atau
pemerintah sedia ada melalui peti undi?
8

Satu wacana telah diadakan oleh Pihak UiTO pada 30


Mei 2015 untuk menjawab soalan-soalan tersebut.
Panel jemputan untuk wacana tersebut adalah Tuan
Hassan Tuan Lah (lebih dikenali sebagai THTL).
Wacana tersebut akhirnya dibukukan menjadi risalah
ringkas ini. Diharapkan risalah ini akan memberikan
manfaat sebanyak mungkin kepada para pembaca.
Penyusun:
Mohd Adli bin Abd Khalim

FIQH POLITIK
Fiqh politik atau siyasah syar`iyyah adalah tajuk yang
taboo di kalangan umat, dan kitabnya tidak banyak
yang dikarang secara khusus.
Antara sebab utama ia tidak dikarang adalah kerana
suasana politik pada zaman dahulu tidak terbuka
seperti zaman moden, di mana IPTA hari ini sudah
menawarkan bidang pengajian dalam bidang Sains
Politik.
Sejak itu, barulah politik ni dipelajari secara terbuka
tanpa rasa takut kepada pihak penguasa.
Dari segi istilah, Fiqh bererti ilmu amali agama, dan
Politik pula bererti mengurus atau memimpin
rakyat. Maka, Fiqh Politik ialah ilmu untuk mengurus
dan mentadbir rakyat untuk kesejahteraan mereka.
Sedangkan dalam Islam, Fiqh Politik ialah ilmu untuk
mengurus tadbir negara dalam rangka mentaati Allah
.

11

ISU PERTAMA:
Adakah politik merupakan isu `aqidah atau
isu mu`amalat?
Di `Arab Saudi, politik adalah isu `aqidah dan usul
sunnah, manakala jumhur `ulama' menganggap
politik sebagai isu mu`amalat, yakni hubungan
manusia dengan manusia, dan manusia dengan
penguasa.
Isu sama ada politik merupakan usul `aqidah atau
mu`amalat telah melahirkan kelompok salafi yang
syadid[1], yang mana mereka amat keras dalam isu ini
kerana menganggapnya sama dengan tauhid. Ini
adalah satu kesilapan.
Manakala dalam Ikhwan[2], melalui pengalaman saya
dengan mereka, politik adalah usul dalam fikrah
sahaja. Ikhwan menetapkan usul pertama dalam
fikrah adalah Islam itu syumul, termasuk politik dan
kenegaraaan.

Salafi syadid, yakni salafi berjalur keras.


Ikhwan, yakni Ikhwan Al-Muslimin (selanjutnya akan
diringkaskan menjadi IM).

12

Manakala, PAS juga meletakkan politik sebagai isu


usul agama dan menjadikan politik Islami sebagai
teras perjuangannya.
Oleh itu, bagaimana untuk kita keluar daripada isu
ini; adakah politik merupakan usul `aqidah ataupun
termasuk dalam sebahagian fiqh mu`amalat Islam?
Sekiranya kita kembali kepada susunan agama kita,
politik bukan usul `aqidah. Namun, kita tetap
menghormati khilaf ini.

ISU KEDUA:
Apakah rahsia Nabi
tidak menunjukkan
sistem politik kepada umatnya?
Baginda
wafat dengan meninggalkan ruang
kosong dalam politik, yakni fiqh mengganti baginda
sebagai ketua kerajaan. Kenapa baginda senyap tanpa
menyebutnya?
Menurut Al-Qaradhawi, ini adalah petanda bahawa
politik adalah mu`amalat Islam, dan terbuka kepada
ijtihad sepenuhnya, dan bukannya usul `aqidah.
Apabila Nabi
wafat, tiada wasiat atau petunjuk
yang jelas, namun para salaf (yakni para sahabat)
13

meninggalkan jenazah baginda


pengganti.

untuk melantik

Ini menunjukkan bahawa ia adalah suatu mu`amalat


yang amat penting. Mereka meninggalkan jenazah
Nabi
selama 3 hari kerana sibuk dengan urusan
politik, melantik pengganti Nabi
. Baginda wafat
pada hari Isnin, dan hanya dimakamkan pada hari
Rabu.
Syi`ah antara yang keluar daripada isu ini. Mereka
mendakwa bahawa politik adalah sistem warisan dan
Nubuwwah, yakni politik adalah penerusan daripada
ahlil bayt[3] secara wahyu dan kemaksuman. Maka,
Syi`ah telah sesat dalam politik, dan ini merupakan
firqah pertama yang sesat kerana politik, kerana
mereka mengaitkan politik dengan `aqidah dan
Nubuwwah.
Manakala Khawarij adalah kelompok kedua selepas
Syi`ah yang sesat kerana mereka amat keras dalam
politik, dan mudah keluar daripada ketaatan. Aliran
Khawarij dihidupkan oleh Hizbu Tahrir (selanjutnya
akan diringkaskan menjadi HT).

Ahlil Bayt ialah keluarga Rasulullah

.
14

Daripada kewafatan Nabi


tanpa wasiat dan
sistem politik, maka perlantikan Abu Bakar
radhiyallahu `anhu sebagai pemimpin pertama itu
adalah asas politik Islam yang dinamakan Sistem
Khalifah.
Khalifah adalah pengganti Nabi
dan ketua
kerajaan umat Islam yang dipilih oleh rakyat, dibai`ah
100%, dan pemimpin itu adalah yang terbaik
daripada semua manusia pada saat itu. Ini adalah
asas suatu sistem politik yang baru, yang tidak
dikenali sebelum itu.
Kemudian Abu Bakar radhiyallahu `anhu memilih
`Umar sebagai putera mahkota secara lantikan terus,
dan ini juga satu cara politik Islam. Seterusnya
`Utsman radhiyallahu `anhu dipilih oleh satu panel
calon, dan mereka mengundi secara rahsia, dan ini
juga sistem politik Islam.
Sedangkan `Ali radhiyallahu `anhu agak kontroversi,
kerana beliau mengambil alih kepimpinan
berdasarkan ijtihadnya sendiri, dan ini juga satu
metode dalam politik Islam.
Maka, khulafa' ar-rasyidin yang 4 membentuk sistem
politik Islam yang ideal, namun Amir Al-Mu'minin
15

Mu`awiyah memutuskan bahawa cara itu tidak stabil.


Maka,
beliau
berijtihad
dengan
kembali
menggunakan sistem lama, iaitu kerajaan dinasti
kaum atau kabilah.
Kata Syah Waliyullah Ad-Dihlawi: Khalifah ArRasyidin itu hanya sekali sahaja berlaku, dan ia tidak
akan berlaku lagi kerana ia memiliki ciri divine atau
kewalian. Abu Bakar dan `Umar merupakan bapa
mertua Nabi
, `Utsman pula menantu Nabi
kepada dua orang puteri baginda, manakala `Ali juga
merupakan menantu baginda. Hubungan melalui
perkahwinan ini menjadikan 4 khalifah ini tidak lagi
dapat wujud sampai bila-bila.

ISU KETIGA:
Adakah politik mempunyai banyak nas
syara`?
Jawapannya: tidak banyak, melainkan Islam hanya
meletakkan dasar-dasar politik sahaja seperti
keadilan, menghapuskan kezaliman, dan menetapkan
hukum pidana.
Khalifah yang empat dilantik melalui 4 proses juga
menunjukkan bahawa politik Islam tiada cara yang
khusus untuk melantik ketua. Ini terbukti apabila
16

Nabi
memberikan flexibility kepada umatnya
dalam politik.
Berbeza dengan `aqidah dan ibadah yang mana Nabi
amat ketat sehinggakan adab di dalam tandas
pun diajarkan oleh baginda. Namun dalam politik,
walaupun penting, Nabi
menyerahkan urusan
tersebut kepada umatnya.
Ini adalah hujah kepada Syi`ah, iaitu tiada wasiat
yang menyatakan bahawa `Ali telah dilantik, namun
sahabat-sahabat besar telah menghapuskan wasiat
tersebut dengan teori konspirasi sahabat.
Ini juga menjadi hujah kepada HT bahawa sistem
khalifah atas minhaj Nubuwwah itu hanya wujud
selama 30 tahun sahaja dengan berakhirnya zaman
pemerintahan `Ali, sedangkan sistem selepas itu
adalah sistem biasa sahaja, yakni monarki.

ISU KEEMPAT:
Adakah negara Islam atau daulah itu
mempunyai definisi yang khusus?
Jawapannya: Tiada! Negara Islam adalah Negara yang
didiami oleh orang Islam, pemimpinnya Islam, dan

17

mereka mengerjakan rukun Islam yang 5 dengan


aman (Al-Albani).
Manakala PAS, HT, dan IM, mendefinisikan daulah
Islam sebagai daulah hakimiyyah, iaitu mesti
mempunyai khilafah, Amir Al-Mu'minin, kepimpinan
`ulama', dan tertegakknya hudud. Ini adalah suatu
definisi yang diada-adakan.

ISU KELIMA:
Adakah sistem yang wujud pada hari ini
menepati politik Islam?
Apa juga sistem pemerintahan adalah harus, kerana
sejak purbakala manusia hanya tahu sistem Diraja,
iaitu sistem paling kuno.
Namun, Islam tidak mengkritik sistem Diraja, dan ia
kekal sampai sekarang. Begitu juga sistem monarki
yang berdasarkan kabilah juga diterima oleh Islam,
seperti Kerajaan Saudi, Kerajaan Hasyimiyyah di
Jordan, dan Kesultanan Brunei dan Emirate di GCC.
Sistem Kesultanan tidak banyak yang dikritik, namun
yang dikritik hebat adalah sistem demokrasi. HT, AlMaududi dan `ulama' Saudi mengharamkan sistem

18

demokrasi secara total, namun tidak mengkritik


sistem Diraja dan monarki.
Manakala `ulama' yang menghalalkan sistem
demokrasi adalah Dr. Muhammad Imarah, Mustafa
Az-Zarqa', dan Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, dan mereka
menganggapnya inilah yang terbaik buat masa kini di
mana manusia memilih pemimpin yang disukai
melalui undian.
Demokrasi yang dimaksudkan oleh Al-Qaradhawi
adalah demokrasi terpimpin, dan bukannya liberal
demokrasi yang dianuti di Barat. Al-Qaradhawi
menganggap demokrasi adalah bai`ah rakyat secara
automatik kepada pemimpin dan parti untuk
membentuk kerajaan, dan ia adalah jalan selamat
daripada proses menukar kerajaan dengan senjata
yang diamalkan di negara `Arab.
Cuma kritikan beliau, demokrasi tidak dapat
dilaksanakan di negara Islam kerana wujudnya
penipuan daripada SPR dan pemimpin sedia ada, itu
adalah musuh demokrasi.

19

ISU KEENAM:
Isu demonstrasi
Terdapat dua aliran dalam isu ini;
(1) Salafi yang tidak menyukai dan mencela
demonstrasi, dan
(2) Gerakan Islam dan HT yang menganggap ia
adalah hak kebebasan dalam Islam.
Pendapat yang shahih adalah demonstrasi hukumnya
harus, dan dilihat kepada tujuan dan cara ia
dilaksanakan; adakah wujud unsur keganasan,
merosakkan harta benda, dan menyusahkan banyak
pihak?
Demo yang pertama berlaku dalam sejarah adalah
apabila Nabi
menyuruh sahabat yang
mengerjakan thawaf membuka bahu kanan ketika
thawaf, dan ia kekal sehingga kini sebagai demo
kepada kaum Quraisy tentang kekuatan Islam.
Antara contoh demo yang lain adalah demo yang
berlaku di kediaman `Utsman radhiyallahu `anhu, di
mana `Utsman tidak melarangnya. Ketika `Ali, Hasan,
dan Husin masuk menemuinya untuk meminta izin
menyuraikan demo tersebut, `Utsman berkata:

20

"Biarkan kerana aku tidak melakukan kesilapan, dan


aku telah menjawab semua soalan mereka."
Begitu juga dengan demo Khawarij di Kufah seramai
12 ribu kerana membantah Tahkim. `Ali menghantar
Ibn `Abbas untuk berdialog. Demo `A'isyah, Talhah
dan Az-Zubair di Makkah kepada pembunuhan
`Utsman, dan demo Mu`awiyah di Siffin menuntut
darah `Utsman.
Maka, demo ini ada asasnya dalam Islam sejak zaman
salaf.

ISU KETUJUH:
Fiqh nasihat kepada penguasa
Apabila berlaku salah guna kuasa oleh pemimpin,
maka politik Islam tiada cara yang jelas tentang
bagaimana untuk membuat koreksi kepada
pemimpin.
Cara salafiyyah: fiqh nasihat secara rahsia dengan
menarik tangannya dan memberi nasihat secara
secara tersembunyi, dan haram menegur pemimpin
secara terbuka.

21

Cara Khawarij dan HT: semua perilaku penguasa


hendaklah ditegur secara terbuka kerana salaf
menegur khalifah secara terbuka.
Menurut Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, fiqh nasihat
menarik tangan tidak lagi releven kerana penguasa
yang wujud sekarang tidak lagi sama dengan
penguasa di zaman salaf (penguasa zaman salaf
mendengar nasihat `ulama').
Jadi, isu ini khilaf, dan bukannya mutlak harus
menarik tangan dan memberi nasihat. Ia melihat
kepada `uruf dan keberkesanan.

ISU KELAPAN:
Fiqh taat
Terdapat dua pendapat yang ketara.
Fiqh salafiyyah: fiqh taat adalah usul iman atau
`aqidah. Sesiapa yang tidak taat, maka terjejas
`aqidahnya kerana ketaatan kepada pemimpin adalah
sebahagian daripada dasar tauhid (syaikh Barjas,
KSA, Mu`amalat Al-Hukkam).
Manakala menurut pendapat jumhur: ketaatan
kepada ketua bukan isu `aqidah dan tauhid. Ketaatan
22

kepada ketua adalah ketaatan bersyarat, selagi dalam


perkara makruf sahaja. Isu ini menjadi masalah
apabila ketaatan dianggap `aqidah. Maka, sesiapa
yang berada dalam parti pembangkang, automatik
mereka tidak lagi taat.

ISU KESEMBILAN:
Kedudukan Hizbiyah atau parti politik dalam
demokrasi
Terdapat dua pendapat dalam masalah ini:
(1) Salafiyyah tidak membenarkan parti politik
kerana ia akan membiakkan fahaman khawarij.
Dan ini terbukti di Saudi, tiada langsung parti
politik dan NGO politik.
(2) Menurut Al-Qaradhawi, parti politik adalah
harus sebagaimana penubuhan mazhab dan
tareqat jika mereka mengikuti lunas agama dan
peraturan negara dalam berpolitik.

23

SOAL-JAWAB

Soalan ( 01 )
Apakah definisi politik? Adakah Nabi
pernah berpolitik?
Jawapan THTL:
Secara bahasa, politik Islam atau siyasah berasal
daripada kata sa-sa yang bererti mengatur,
mengurus, memerintah, memimpin, mengarahkan,
dan mengendalikan sesuatu.
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu `anhu, Nabi
pernah bersabda:

" ! # !

/ 0 1 2 , ! - 3 * ) (' + + , ! -


< 2 ( = 2 : 5 789 #2 : 4 5

"Dahulu politik Bani Isra'il selalu dipimpin oleh para


Nabi. Setiap seorang Nabi meningggal, maka akan
digantikan oleh Nabi berikutnya. Sesungguhnya tiada
Nabi lagi sesudahku. Dan akan ada para khalifah lalu
mereka menjadi ramai." Sahabat bertanya: "Lalu, apa
25

perintahmu kepada kami?" Baginda menjawab:


"Penuhilah ba`iah khalifah yang pertama, lalu
khalifah yang pertama.(1)"
Adakah Nabi pernah berpolitik? Susah tentu, bahkan
seluruh orientalis mengakui bahawa Nabi
adalah seorang Nabi dan ahli politik.
Bukti kecekapan politik baginda terbukti dalam
menyatukan suku `Aus dan Khazraj menjadi kaum
Ansar, dan disatukan pula dengan Muhajirin.
Baginda membangunkan piagam Madinah, mengawal
dan menghapuskan Yahudi di `Arab, memimpin
peperangan sebanyak 18 kali, bijak dalam perjanjian
dan kerjasama, MOU dengan King Negus dan kabilahkabilah `Arab, bijak dalam perjanjian Hudaibiyyah,
penguasaan muktamad atas Makkah dan Hijaz, dan
memberi ampun amnesty adalah kemahiran politik
Nabi yang amat tinggi.
Firman Allah



> ? @ A = C

/ LM N N - P

HI 1 4 ' J 4

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari (3455), Muslim (1842).


26

"Sesungguhnya pada diri Rasulullah ada teladan yang


baik bagimu, iaitu bagi orang yang mengharap Allah
dan hari akhir serta banyak berzikir kepada Allah.(2)"
Politik termasuk dalam teladan yang ada pada Nabi
.
Rujukan: Dr. Dhiya'uddin Rais, Nazhariyat AsSiyasiyat Al-Islamiyyah.

Soalan ( 02 )
Apakah manhaj politik Islam?
Jawapan THTL:
"As-Siyasah" (politik), inilah hakikat Islam, kerana
makna
siyasah
sendiri
adalah
mengatur
kemaslahatan umat dengan hal-hal yang tidak
bertentangan dengan kitabullah dan Sunnah RasulNya.
Dalam merealisasikannya, diperlukan suatu manhaj,
ilmu ataupun orang-orang yang faham kemaslahatan
umat.

Surah Al-Ahzab (33), ayat 31.


27

Para `ulama' Islam telah mengarang pelbagai macam


literatur siyasah syar`iyyah (politik dalam syari`at
Islam) antaranya:
(1) Al-Ahkam As-Sulthaniyyah karya Al-Imam AlMawardi,
(2) As-Siyasah As-Syar`iyyah karya Ibn Taimiyyah
dan Abu Ya`la Al-Musili, dan
(3) Aht-Thuruq Al-Hukmiyyah karya Ibn Al-Qayyim,
dan sebagainya.
Keseluruhannya menerangkan bahawa Islam
memiliki manhaj politik. Islam merupakan agama
seluruh nas atau sunnah.
Manhaj politik Islam: Islam adalah satu sistem yang
menyeluruh yang mengandungi semua aspek
kehidupan.
Politik Islam harus mengandungi fiqh siyasah sebagai
berikut:
(1) Siyasah Qadhai'yyah; kehakiman.
(2) Siyasah Idariyyah; jentera pentadbiran.
(3) Siyasah Maliyyah, dan
(4) Siyasah Dauliyyah/Siyasah Kharijiyyah.
Rujukan: Ibn Taimiyyah, Siyasah Syar`iyah, tahqiq Ibn
`Utsaimin.

28

Soalan ( 03 )
Wujudkah konsep "transperancy" dan "check
and balance" dalam politik Islam?
Jawapan THTL:
Pertama: sistem syura itu sendiri adalah menjamin
check and balance, di mana ketua negara diimbangi
oleh majlis syura. Firman Allah :

HI " R
7

"Maka bermusyawarahlah dengan mereka dalam


urusan itu.(3)"
Anggota majlis syura dilantik daripada kalangan
pemimpin,
ahli
ilmu,
dan
mereka
yang
berpengalaman dalam bidangnya.
Kedua: negara Islam perlu mewujudkan sistem
Hisbah atau badan pengawas melalui:
Malis Fatwa Negara.
Mufti Negara.
SPRM
(Suruhanjaya
Pencegahan
Rasuah
Malaysia).
SPR (Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia).
3

Surah Ali `Imran (3), ayat 159.


29

SKMM
(Suruhanjaya
Komunikasi
Multimedia).
PAC (Public Account Committee).
Jabatan Audit Negara.

dan

Soalan ( 04 )
Apakah sistem pemerintahan yang paling
ideal menurut Al-Qur'an dan As-Sunnah?
Jawapan THTL:
Tiada! Yang ideal adalah sistem pemerintahan yang
menggunakan sistem syura, sebagaimana firman
Allah :

7 5
R " 7 TU4

J , ? " 5

[4
VX 4 Y Z ?@

# 7 V ]

"Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi)


seruan Rabb-nya dan mendirikan solat, sedangkan
urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarah
antara mereka; dan mereka menafkahkan sebahagian
daripada rezeki yang Kami berikan kepada
mereka.(4)"

Surah Asy-Syura (42), ayat 38.


30

Nabi
tidak memberikan apa-apa petunjuk
tentang siapakah pengganti baginda, dan Nabi tidak
mengajarkan cara melantik pengganti (successor)
baginda. Ini menunjukkan bahawa tiada sistem
politik yang ideal dalam Islam.
Abu Bakar Ash-Shiddiq dipilih melalui sistem
syura antara Muhajirin dan Ansar (dua kaum
utama negara Islam).
`Umar Al-Khathab dipilih melalui pelantikan terus
oleh pemimpin yang masih memerintah.
`Utsman bin `Affan dipilih daripada satu panel
calon presiden.
`Ali bin Abi Thalib diberi bai`ah oleh penduduk
Madinah, mewakili seluruh empayar atau
commonwealth.
Mu`awiyah bin Abi Sufyan menggunakan sistem
kabilah sebagai parti yang memerintah. Pemimpin
mestilah berasal daripada kabilah. Ini diamalkan
di `Arab Saudi; pemimpin daripada kabilah AsSa`ud.

Soalan ( 05 )
Bagaimana yang dikatakan sistem khalifah
akan muncul kembali di akhir zaman?

31

Jawapan THTL:
Daripada Hudzaifah radhiyallahu `anhu, Nabi
pernah bersabda:

R 7 1 2 ` 4 39"
( 2 ? a 39

` 4 V ] 7 cde =2T- 39 a ( 2 ? R


R ( 2 ? a 39 R 7 3Z2
f

R 7 3 2 g e 3!7 39 a (2 ?



3!7 39 a ( 2 ? R ( 2 ? a 3?
R 7 3 Z 2 = ?/h >
R ( 2 ? a 3 9

a " ` 4 V ] 7 cd e = 2 T - 3 9 a ( 2 ?

"Kenabian akan menyertai kalian selama Allah


menghendakinya, kemudian Allah mengangkat
kenabian itu apabila Dia menghendakinya. Kemudian
akan datang khilafah atas manhaj Nubuwwah dalam
waktu Allah menghendakinya. Kemudian Allah
mengangkatnya apabila menghendakinya. Kemudian
akan datang kerajaan yang menggigit dalam waktu
yang
Allah
kehendaki.
Kemudian
Allah
mengangkatnya apabila menghendakinya dan diganti
dengan kerajaan yang memaksakan kehendaknya.

32

Kemudian akan datang khilafah sesuai dengan jalan


kenabian." Lalu Nabi
diam(5).
Status hadits: hasan di sisi muta'akhirin, antaranya
Al-Albani dan Syu`aib Al-Arna'uth, namun dha`if di
sisi mutaqaddimun dengan kalimah: "Dalam
sanadnya harus berhati-hati dengan perawi Habib
bin Salim," menurut Al-Bukhari, Ibn `Adiy, dan Al`Uqaili.
Sistem khalifah tidak lagi muncul kerana dinyatakan
oleh Nabi
ada 5 fasa kepimpinan:
(1) Nubuwwah,
(2) Khulafa' Ar-Rasyidin,
(3) Dinasti,
(4) Kezaliman, dan
(5) Khilafah muncul kembali.
Kata Ibn Rajab (Jami` Al-`Ulum wa Al-Hikam), fasa
kelima itu sudah berlalu, yakni zaman `Umar `Abd Al`Aziz rahimahullah.

Diriwayatkan oleh Ahmad (4/273).


33

Soalan ( 06 )
Kenapa ijtihad `Ali untuk mengambil alih
pimpinan dianggap kontroversi?
Jawapan THTL:
`Ali dibai`ah oleh penduduk Madinah sebaik sahaja
`Utsman terbunuh, dan `Ali dengan berat hati
menerimanya. Cara `Ali dibai`ah dinamakan bai`ah
satu bandar mewakili semua bandar lain, Syria dan
`Iraq.

Soalan ( 07 )
Wujudkah politik Islam tanpa negara Islam?
Jawapan THTL:
Negara Islam adalah sebuah negara ideologi yang
ditegakkan dengan berpandukan kepada asas `aqidah
Islam.
Di samping itu, negara Islam atau "Dar Al-Islam"
sebagai negara yang melaksanakan undang-undang
dan hukum-hukum Islam serta berada di bawah
kekuasaan dan pemerintahan orang Islam.

34

Ini termasuklah menjamin wilayah yang bebas dan


selamat untuk seluruh rakyatnya.
Oleh itu, pemerintahan adalah satu cara yang terbaik
dalam menyempurnakan ajaran agama dan
menerapkan syariah kepada penduduknya. [`Abd AlKarim Zaidan, Majmu`ah Buhuts Fiqhiyyah].
Maka, politik Islam, penyudahnya mestilah ada
negara Islam. Tidak dapat ditegakkan agama dengan
sempurna melainkan dengan mendirikan sebuah
kerajaan atau negara Islam. [Ibn Taimiyyah, Siyasah
Syar`iyyah, tahqiq Ibn `Utsaimin].

Soalan ( 08 )
Ada golongan yang berpendapat bahawa
politik tidak penting, asalkan negara kita
aman dan kita boleh beribadah dengan bebas.
Bagaimana tuan melihat sudut ini?
Jawapan THTL:
Politik adalah sebahagian daripada komponen
penting Islam. Tanpanya, Islam menjadi tidak syumul
dan kamil. Islam bukan sahaja menjalin hubungan
antara manusia dengan Tuhan, tetapi juga mengatur
35

hubungan sesama manusia. Maka, di sinilah perlunya


politik.
Politik adalah penting dan dalilnya Nabi
menguasai bumi bernama Madinah yang asalnya
Yatsrib, lalu menjadi Nabi dan ketua negara. Ini
adalah pendapat majoriti `ulama'.
Politik tidak penting dan terpisah daripada agama, ini
adalah ajaran sekularisme. Ini adalah pendapat Dr.
`Ali `Abd Ar-Raziq, Dr. Husin Haykal, dan Dr. Thaha
Husin.
Pendapat yang shahih adalah politik penting dan ia
berada dalam fiqh mu`amalah. Fiman Allah :

jg k# ( l 1 ! e # # 9 1 ? 1 4 ! # N 4

? T m 14

"Pada hari ini, telah Aku sempurnakan untuk kalian


agama kalian, dan telah Aku cukupkan kepada kalian
nikmat-Ku, dan telah Aku redhai Islam sebagai agama
bagi kalian.(6)"
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu `anhu, Nabi
pernah bersabda:

Surah Al-Ma'idah (5), ayat 3.


36

" ! # !

/ 0 1 2 , ! - 3 * ) (' + + , ! -


< 2 ( = 2 : 5 789 #2 : 4 5
"Dahulu politik Bani Isra'il selalu dipimpin oleh para
Nabi. Setiap seorang Nabi meningggal, maka akan
digantikan oleh Nabi berikutnya. Sesungguhnya tiada
Nabi lagi sesudahku. Dan akan ada para khalifah lalu
mereka menjadi ramai." Sahabat bertanya: "Lalu, apa
perintahmu kepada kami?" Baginda menjawab:
"Penuhilah ba`iah khalifah yang pertama, lalu
khalifah yang pertama.(7)"
Maksudnya, jika Yahudi menyerahkan urusan politik
kepada para anbiya' kerana pentingnya politik, maka
bagaimana umat Islam meremehkan isu politik?

Soalan ( 09 )
Adakah wujud rukhsah terhadap ketaatan
kepada pemerintah? Adakah dikira sebagai
khawarij sekiranya tidak mentaati
pemerintah?

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari (3455), Muslim (1842).


37

Jawapan THTL:
Yang benar adalah isu ketaatan kepada pemerintah
adalah maslahah siyasiyyah (kemaslahatan politik)
atau rule of thumb, hukum cause and effect.
Manakala, fiqh politik di sisi salafiyyah menetapkan
ketaatan kepada penguasa adalah wajib dan mutlak,
walaupun penguasa zalim dan menggigit, dan bersifat
usul `aqidah / tauhid.
"Memasukkan ke dalam tauhid perkara-perkara yang
bukan daripadanya, tujuan untuk membesarkannya
pada mata orang awam seperti masalah khilafiyyah,
tentang keluar menentang penguasa, mengenai
mengikut salah satu imam mazhab yang empat"
[Muhammad Tahir ibn `Asyur, Alaisa As-Subh bi
Qarib, 186. Tunisia: Dar Suhnun].
Ia akan membawa kepada kekecohan iaitu kafirmengkafir, atau pun sesat-menyesatkan kerana
politik. Hal yang sama berlaku kepada golongan yang
menjadikan penyertaan kepada parti politik mereka
termasuk dalam isu `aqidah, lantas mereka
mengkafirkan atau pun memandang sesat sesiapa
yang tidak menyokong parti tertentu. Sejarah hitam
kafir-mengkafirkan di Malaysia ini adalah hasil

38

daripada nas-nas agama ditafsirkan


kehendak politik kepartian. [drmaza.com]

menurut

Ia bukan isu rukhsah, kerana rukhsah dalam isu lain.


Negara perlukan pemerintah dan pemerintah
perlukan ketaatan (loyalty) untuk berfungsi, seperti
kereta perlukan gearbox. Kalau tidak, enjin tiada
makna walaupun 800 HP. Kerajaan yang kuat
memerlukan simple majority rakyat yang taat untuk
mampu menjalankan pemerintahan.
Isu Khawarij berbeza lagi, ia adalah suatu aliran
kekerasan terhadap pemerintah. Mereka keluar
menentang dengan kekuatan ketenteraan, dan
kerajaan diharuskan menghancurkan mereka dengan
kekerasan.
Maka, garis pemisahan antara khawarij dan
ketidaktaatan adalah penggunaan senjata terhadap
pemerintah yang sah.

Soalan ( 10 )
Apa hukum kaum Muslimin memilih
pemerintah daripada kalangan kuffar?
Perlukah kaum Muslimin taat kepada
mereka?
39

Jawapan THTL:
Islam tidak membenarkan kaum muslimin melantik
orang kafir sebagai ketua negara, atau ketua tentera
dalam sesebuah kerajaan Islam (post yang "top"
seperti Perdana Menteri, mestilah Islam). Ini kerana
dibimbangi rahsia negara seperti kewangan dan
pertahanan umat Islam akan diketahui mereka.
Dalam ayat yang lain, dilarang menjadikan orang
kafir sebagai penyimpan rahsia. Firman Allah :

[4 V q?
1 @ 7 = n [o Z 9 * 7?@

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kalian


mengambil orang-orang yang bukan daripada
kalangan kalian menjadi orang yang dipercayai(8)"
Walau bagaimanapun, kaum muslimin pada zaman
dahulu (zaman selepas kewafatan Rasulullah
)
pernah melantik orang-orang ahli zimmah menjadi
menteri atau penguatkuasa, terutama pada zaman
khilafah `Abbasiyyah, dan tiada seorang pun `alim
`ulama' yang mengingkari perkara tersebut.
Kecualilah jika para menteri / penguatkuasa nonmuslim itu bersikap sewenang-wenangnya terhadap

Surah Ali `Imran (3), ayat 118.


40

kaum muslim. [Fiqh Ad-Daulah, Dr. Yusuf AlQaradhawi].


Dalilnya adalah firman Allah

HI N ! 9 J ? 4 @?
[4@ e
N V ] ? *
4 '?@ 4

Vr 4 n J 9 "
/ h 9 N @ ? 7 N > o ?

Ln J A s t?

"Allah tidak melarang kalian untuk berbuat baik dan


berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak
memerangi kalian kerana agama dan tidak (pula)
mengusir kalian dari negeri kalian. Sesungguhnya
Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.(9)"
Jika Muslim sebagai puak minoriti dalam negara
bukan Islam, memang kena taat sekadar makruf.

Soalan ( 11 )
Bolehkah ahli politik Non-Muslim
menggunakan nas daripada Al-Qur'an dan AsSunnah untuk kepentingan manifesto
mereka? Begitu juga sebaliknya, adakah
Muslim yang liberal boleh menukilkan
9

Surah Al-Mumtahanah (60), ayat 8.


41

daripada kitab mereka (Bible, Veda) untuk


kaitkan dengan isu-isu mu`amalat?
Jawapan THTL:
Isu orang kafir menggunakan Al-Qur'an dan AsSunnah untuk dijadikan manifesto parti, ini adalah
tugas JAKIM untuk melihat sama ada ayat tersebut
betul tafsirannya seperti yang ada dalam tafsir utama
kita (contohnya Tafsir Ibn Katsir).
Jika tafsirannya betul dan mereka bertujuan
memuliakan dan mengangkat kebenaran Al-Qur'an,
maka tiada salahnya.
Manakala hadits, harus dilihat adakah mereka
memilih hadits yang shahih, dan adakah ia sesuai
dengan takwilannya.
Isu Muslim JIL atau Liberal memetik daripada Bible
dan kitab musyrikin. Memang nama pun Liberal,
tetapi kalau ia menyentuh sensitiviti umat Islam,
hendaklah dimaklumkan kepada JAKIM. Jika
kenyataan tersebut benar dan logik, maka tiada
salahnya untuk memetik ayat dalam Bible, Veda,
kata-kata Gandhi, Confucius.

42

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu


Rasulullah
pernah bersabda:

`anhu,




V X w C 2 " ' > x t 2 @ 7 y A= 4 g
=#1u v= #! 34

"Hikmah adalah barang yang hilang daripada orang


mu'min.(10)"

Soalan ( 12 )
Bagaimana keadaan mereka yang belum
memeluk Islam mendapat tempat di negara
Islam? Adakah mereka diberi hak yang sama
seperti mereka yang beragama Islam?
Jawapan THTL:
Isu ini khilaf. Majoriti ahli fiqh menetapkan bahawa
warganegara bukan Islam mendapat hak yang sama
seperti Muslim, cuma dalam isu jawatan penting
seperti ketua kerajaan dan timbalannya. Antaranya
Al-Maududi, Dr. `Abd Al-Karim Zaidan, dan Dr. Yusuf
Al-Qaradhawi.
Apa yang diamalkan di Malaysia adalah menepati
pendapat tersebut dan non-Muslim memang
memegang jawatan menteri kabinet dan wakil rakyat.
10 Diriwayatkan oleh Ibn Majah (4169), At-Tirmidzi (2687). Dha`if
menurut At-Tirmidzi, wujud penguat menurut Ibn Qayyim Al-Jauziyyah.

43

Dalil yang menjadi punca khilaf adalah firman Allah


:

[4
' e
! #e 1 7 7?@
u v U4


[4{
! ` 5 @ 7 @?
!oZ #N

HI V],! oZ j4

' ( ) @ 7 V ] 4' ` 4 4 ~ 9 [ 4 V ]? 4 1 # 4

' ( ) , N @ 7 j R ( ` ' * 7 2

J , 4 " 482 4

"Allah telah menjanjikan kepada orang-orang


beriman antara kalian dan mengerjakan amal shalih,
bahawa Dia akan menjadikan mereka berkuasa di
bumi sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang
sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan
meneguhkan bagi mereka agama yang telah Dia
redhai (yakni Islam). Dan Dia benar-benar akan
mengubah (keadaan) mereka, setelah berada dalam
ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap
menyembahku-Ku dengan tidak mempersekutukanKu dengan sesuatu pun. Tetapi sesiapa yang (tetap)
kafir setelah (janji) itu, maka mereka itulah orangorang yang fasik.(11)"

11

Surah An-Nur (24), ayat 55.


44

Maka, jika kekuasaan berada di tangan Islam, maka


hendaklah digubal dasar dan sistem yang menepati
kehendak agama, bahawa kepimpinan hendaklah di
tangan orang Islam.

Soalan ( 13 )
Adakah demokrasi yang diamalkan kini
sesuai dengan Islam?
Jawapan THTL:
Ada tiga sistem sahaja di dunia sekarang:
(1) Monarki: sistem satu pemerintah yang tertua
dan bersifat absolute, baik sistem diktator, raja
atau amir. Kuasa milik mutlak satu orang atau
sesebuah keluarga.
(2) Demokrasi, ini sistem paling popular, sudah
wujud sejak abad ke-5 SM. Slogannya: "Daripada
rakyat, kepada rakyat." Rakyat memilih
penguasa dan perwakilan rakyat, dan mereka
memperhambakan diri kepada rakyat
(3) Islam adalah antara kedua-duanya: tidak
monarki dan tidak demokrasi, pemimpin diberi
bai`ah oleh rakyat.
Namun sistem politik Islam ini tidak berkembang
kerana selepas 30 tahun, umat Islam menyaksikan
45

sistem politik kembali kepada sistem monarki.


Setelah begitu lama berada dalam sistem monarki,
demokrasi mula mendapat tempat dalam negara OIC.
Sikap `ulama' terhadap demokrasi:
Haram secara mutlak, seperti `Arab Saudi dan
kebanyakan salafiyyah dan Maulana Al-Maududi.
Harus bersyarat, seperti Al-Qaradhawi.
Harus secara mutlak, seperti Islam Liberal.
Maka demokrasi yang diamalkan di Malaysia masih
belum disahkan oleh fuqaha' demokrasi bersyarat
atau demokrasi yang mutlak. Belum ada kajian rasmi
setakat ini.

Soalan ( 14 )
Salahkah menjatuhkan kerajaan atau
pemerintah sedia ada melalui peti undi?
Jawapan THTL:
Tidak, kerana itulah tujuan demokrasi, pergiliran
kerajaan secara sah tanpa pertumpahan darah.
Adakah Malaysia dapat menyaksikan proses
pergiliran kuasa melalui PRU, masih belum dapat
disaksikan.

46

Namun, di negara seperti Indonesia, ia sudah mula


berlaku. Yang salah adalah menjatuhkan dengan
revolusi dan keganasan.

Soalan ( 15 )
Apabila seorang mufti berkata haram
menjatuhkan kerajaan, adakah ini bererti
beliau menganggapnya sebagai `aqidah?
Jawapan THTL:
Dalam demokrasi, peluang untuk menjatuhkan
kerajaan adalah harus setiap 5 tahun. Maksud mufti
tersebut adalah haram menjatuhkan kerajaan selain
daripada melalui peti undi.

Soalan ( 16 )
Yang manakah lebih menjadi keutamaan;
mengundi mengikut parti atau mengundi
mengikut calon?
Jawapan THTL:
Tiada formula atau kaedah yang muktamad kepada
pengundi. Ia bergantung kepada banyak isu, misalnya
di Kelantan, penduduknya 98% Muslim, maka
47

mereka mengutamakan parti untuk menjaga


kepentingan orang Islam di negeri tersebut.
Rakyat muslim di Pulau Pinang dan Singapura
mungkin mengutamakan calon, kerana mereka tahu
yang menjadi ketua mereka adalah bukan Islam. Jadi,
ini isu ijtihad masing-masing dan maslahat umat
Islam di sesuatu negeri.
Yang utama adalah parti kerana parti akan
membentuk kerajaan. Parti dilihat kepada track
record mereka, sama ada mereka ada ciri amanah dan
kekuatan dasar dan wawasan yang betul. Selepas itu,
barulah calon.

Soalan ( 17 )
Adakah konsep "less evil" boleh diterima
pakai dalam memilih pemerintah?
Jawapan THTL:
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu
Rasulullah
pernah bersabda:

`anhu,

4 > 4 @?
' " [y 4

'4
>
,

48

"Sesungguhnya Allah akan menguatkan Din ini


dengan lelaki fajir.(12)"
`Ali bin Abi Thalib radhiyallahu `anhu mengatakan:
"Tidak akan baik keadaan manusia (rakyat)
melainkan dengan adanya amir (pemimpin), sama
ada ia pemimpin yang baik atau pun fajir (buruk atau
jahat)." Orang ramai bertanya: "Wahai Amir AlMu'minin! Sekiranya pemimpin tersebut baik (maka
ia adalah wajar atau boleh diterima akal), tetapi
bagaimana sekiranya pemimpin tersebut fajir?" `Ali
menjawab: "Sebenarnya Allah menjaga keamanan
sesuatu kawasan melalui perantara pemimpin
walaupun ia jahat (fajir), jihad melawan musuh
agama mesti dilaksanakan, hal-ehwal perundangan
dan jenayah dilaksanakan (hudud), haji berjalan, dan
umat Islam masih boleh beribadah kepada Allah
sehingga ajalnya." [Al-Baihaqi, Syu`abul Iman, 6/64]

Soalan ( 18 )
Sekiranya terdapat 2 orang calon pemimpin;
(1) alim dari segi ilmu agama tetapi ilmu
politiknya agak tidak mengikuti
perkembangan semasa, dan (2) ilmu
12

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari (3062), Muslim (111)


49

agamanya tidaklah sedalam mana tetapi tahu


halal haram manakala ilmu politiknya selaras
dengan perkembangan semasa. Yang mana
lebih aula untuk disokong?
Jawapan THTL:
Firman Allah

L 7 J 4 > 8Z @ 7 / L -

"Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu


ambil untuk bekerja adalah yang kuat lagi
amanah.(13)"
Jika ada dua ciri ini, hendaklah diutamakan walaupun
parti tersebut tidak Islamik sepenuhnya.
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu
Rasulullah
pernah bersabda:

`anhu,

' " [
y 4

> ,4 > 4 @?'4

"Sesungguhnya Allah akan menguatkan Din ini


dengan lelaki fajir.(14)"

13
14

Surah Al-Qashash (28), ayat 26.


Diriwayatkan oleh Al-Bukhari (3062), Muslim (111)
50

Contohnya, Hajjaj bin Yusuf, seorang yang zalim


tetapi banyak membantu Islam. Atau orang Monggol
yang ganas, tetapi akhirnya memeluk Islam.

Soalan ( 19 )
Adakah pengundi akan mendapat pahala
sekiranya mengundi calon yang adil dan tidak
melakukan kezaliman?
Jawapan THTL:
Ya, dalilnya adalah firman Allah


J M7 # ( @ 7 ? * / L - J M7 # ( @ # 2

? f R

"Sesiapa yang melakukan kebaikan walaupun sebesar


zarah, tetap dihitung. Manakala sesiapa yang
melakukan kejahatan sebesar zarah, juga tetap
dihitung.(15)"
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu `anhu, Nabi
pernah bersabda:

15

Surah Az-Zalzalah (99), ayat 7-8.


51


2 = 7 ( g
{

V e g
N
:

=
e
4

?
Z 2 + ! " / L c 7 ' : 5

=e 4
"Jika amanah telah disia-siakan, tunggu sahaja
kehancuran terjadi." Ada sahabat bertanya:
"Bagaimana maksud amanah disia-siakan, wahai
Rasulullah?" Baginda menjawab: "Jika urusan
diserahkan bukan kepada ahlinya, maka tunggulah
kehancuran itu.(16)"
Maka, untuk mengelakkan
pengundi harus bijak.

kehancuran,

maka

Soalan ( 20 )
Apakah ciri-ciri pemerintah yang zalim?
Jawapan THTL:
Apa maksud zalim? Segala sesuatu tindakan atau
perbuatan yang melampaui batas, yang tidak lagi
sesuai dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh
Allah . Firman Allah :

A 4 " 4 82 + !4
'C '(Z? @7

16

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari (6496).


52

"Dan sesiapa yang melanggar hukum-hukum Allah,


mereka itulah orang-orang yang zalim.(17)"
Firman Allah


* > 7 ! +

"Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat


bodoh.(18)"
Semakin zalim dirinya, maka semakin tinggilah
kebodohannya. Firman Allah :

( ) L A 4
` 1? #
() H
4 [N

"Dan demikianlah Kami menempatkan orang zalim


sebagai wali kepada orang zalim sepertinya, sebagai
hasil kerja-kerja yang mereka lakukan.(19)"
Penguasa yang zalim lantaran ia banyak
penyimpangan dan pelanggaran, fasiq, korup,
autoriter, kesesatan, kufur, menentang hukum Allah
.
Penguasa seperti ini selalu ada sejak pasca masamasa khulafa' ar-rasyidin sehingga sekarang. Mereka
memusuhi `ulama' dan para da`i Islam, bahkan
Surah Al-Baqarah (2), ayat 229.
Surah Al-Ahzab (33), ayat 72.
19 Surah Al-An`am (6), ayat 129.
17
18

53

mengejar, mengirim mata-mata, memenjarakan dan


membunuhnya, namun ada pula yang justeru "dibeli"
untuk kepentingan status quonya.
Jika rakyat ingin bebas daripada penguasa yang
zalim, hendaklah mereka meninggalkan kezaliman
yang mereka lakukan. [Tafsir At-Tahrir wat-Tanwir
karya Ibnu Asyur, 8: 74]

Soalan ( 21 )
Wujudkah hadits yang menyebutkan bahawa
sesiapa yang menyokong pemerintah yang
pembohong dan zalim tidak akan diakui
sebagai umat Rasulullah
?
Jawapan THTL:
Daripada Hudzaifah radhiyallahu `anhu, Nabi
pernah bersabda:

@ # 2 # ! [ 1 ? 7 3 Z V
5 '

j!2 #! cd e V e VX[1
V ] 7 4 7



4 VX [ 1 5' U? 4 @7 uv Hde * ?

54

H de / L + 7 7 2 # ! cde V ] (
u v

"Akan wujud (akan datang) para pemerintah yang


berbohong dan berlaku zalim. Sesiapa yang
membenarkan pembohongan mereka dan membantu
atas kezaliman mereka, maka (mereka) bukan
daripada (golongan) kami dan aku bukan daripada
(golongan) mereka, dan dia tidak akan menemuiku di
haudh (telaga kautsar di Akhirat kelak). Sesiapa yang
tidak membenarkan pembohongan mereka dan tidak
membantu atas kezaliman mereka, maka dia
daripada
(golongan)ku
dan
aku
daripada
(golongan)nya dan dia akan bertemuku di haudh.(20)"

Soalan (22)
Sekiranya pemerintah di sesebuah negara itu
zahir kezalimannya, namun untuk
menumbangkanya mengikut sistem
demokrasi agak susah di mana pemerintah
menggunakan segala kuasa yang ada untuk
kekal di tampuk pemerintahan, apakah

20 Diriwayatkan oleh Ahmad. Kata Syu`aib Al-Arna'uth: Sanad hadits ini


shahih berdasarkan syarat Al-Bukhari dan Muslim.

55

seharusnya kita sebagai rakyat perlu


lakukan?
Jawapan THTL:
Harus bersabar. Daripada Usaid bin Hudhair
radhiyallahu `anhu, Rasulullah
pernah bersabda:


cde l J!9 ~kC /h 2 a )( ' J!Z 1
u v

"Sesungguhnya kalian nanti akan menemui atsarah


(iaitu pemerintah yang tidak memenuhi hak rakyat).
Maka bersabarlah sehingga kalian menemuiku di
Haudh.(21)"
Cara lain adalah memberi nasihat, sebagaimana yang
diriwayatkan daripada Tamim Ad-Dari radhiyallahu
`anhu, bahawa Nabi
pernah bersabda:

+ Z 1 4 + !4 " : 5 " @A " : !5 "=t U 4'? @ 4 "

" V 7 e L # ! A = # < + 4 4

"Agama adalah nasihat." Para sahabat bertanya:


"Untuk siapa wahai Rasulullah?" Maka antara
jawapan baginda: "Untuk para pemimpin kaum
muslimin.(22)"

21
22

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari (3792), Muslim (1845).


Diriwayatkan oleh Muslim (55).
56

"Amar ma`ruf dan nahi munkar kepada pemerintah


adalah dengan penjelasan dan peringatan (nasihat
yang mendidik). Adapun ucapan yang pedas dan
menyakitkan seperti: "Wahai orang zalim", "Wahai
orang yang tidak takut kepada Allah", apabila dapat
menyebabkan
timbulnya
keburukan
atau
menyusahkan orang lain, maka ia tidak dibenarkan.
Dan sekiranya tidak dibimbangi melainkan terhadap
dirinya sendiri sahaja, maka ia dibolehkan
berdasarkan jumhur `ulama'." [Ibn Muflih Al-Maqdisi
Al-Hanbali, Al-Adab Asy-Syar`iyyah, 1/222].

Soalan ( 23 )
Apakah hukum mengundi dalam pilihanraya?
Apakah pula hukum orang yang tidak mahu
mengundi?
Jawapan THTL:
Malaysia adalah negara demokrasi dan proses
memilih ketua ke parlimen adalah melalui peti undi
atau PRU (pilihanraya umum).
Ini sudah ditentukan oleh pendiri atau pengasas
Malaysia moden sejak 1957. Maka, tidak perlu lagi
membahaskan adakah demokrasi halal atau haram.
57

Kerana ia akan merugikan masa depan Islam dan


umatnya, memandangkan umat Islam di Malaysia
hanya memiliki majoriti yang tipis.
Hukum keluar mengundi banyak dijelaskan oleh
Syaikh Al-Qaradhawi, antara `ulama' yang paling
banyak menulis dalam isu demokrasi dan PRU. Beliau
mengatakan hukum mengundi adalah wajib, kerana
daripada undi itulah seseorang memilih dan memberi
bai`ah kepada pemimpin atau wakil rakyat ke
parlimen.
Dalilnya, firman Allah

L 7 J 4 > 8Z @ 7 / L -

"Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu


ambil untuk bekerja adalah yang kuat lagi
amanah.(23)"
"Bekerja" maksudnya bekerja untuk rakyat. Maka,
undi itu adalah untuk memenangkan calon atau parti
yang kuat dan amanah untuk memimpin negara dan
berkhidmat untuk rakyat. [Al-Qaradhawi, Min Fiqh
Ad-Daulah fi Al-Islam].

23

Surah Al-Qashash (28), ayat 26.


58

Soalan ( 24 )
Apakah hukumnya jika kita mengambil jalan
"berlepas diri" dalam politik (dalam erti kata
lain tidak mengundi)?
Jawapan THTL:
Itu adalah hak individu. Semasa krisis antara `Ali dan
Mu`awiyah, ramai sahabat Nabi
(antaranya,
Sa`ad bin Abi Waqqash) yang duduk di rumah
masing-masing.
Ini kerana fitnah terbunuhnya `Utsman radhiyallahu
`anhu adalah suatu fitnah besar dan tidak dijangka,
sehinggakan `Ali bertanya kepada `Utsman: "Perlukah
aku
menghantar
tentera
untuk
mengusir
pemberontak?" `Utsman menjawab, "Biarkan,"
kerana beliau tidak menjangkakan pemberontak akan
membunuhnya.
Pembunuhan ini menyebabkan krisis politik yang
besar dengan meletus dua peperangan;
(1) Peperangan Jamal antara `Ali dan `A'isyah, dan
(2) Peperangan Siffin, `Iraq, antara Mu`awiyah dan
`Ali.

59

Oleh itu, apabila krisis politik pertama kali terjadi,


maka harus seseorang mengucil diri dan
bersendirian. Namun, jika krisis dan fitnahnya tidak
besar, maka orang Islam tidak boleh meninggalkan
politik kerana ia adalah fiqh mu`amalat.

Soalan ( 25 )
Adakah debat untuk memilih pemimpin
dibenarkan dalam Islam?
Jawapan THTL:
Debat perdana di kaca TV adalah agenda wajib di
negara maju seperti USA dan UK, di mana mereka
akan muncul di kaca TV untuk menjelaskan manifesto
parti dan dasar-dasar, polisi-polisi, dan agenda utama
mereka jika parti mereka diberi mandat untuk
membentuk kerajaan selama 5 tahun akan datang.
Ini tiada masalah dalam Islam kerana ia adalah
pentas terbaik buat rakyat mendengar secara
langsung daripada presiden parti yang akan
bertanding.
Yang ditegah adalah Jaddal alami atau debat yang
tiada faedah, manakala debat dua pemimpin parti

60

utama sesebuah negara adalah debat yang memberi


manfaat kepada rakyat.

Soalan ( 26 )
Adakah "politicking" dibenarkan dalam Islam?
Jika dibenarkan, apakah syarat dan hadnya?
Jawapan THTL:
Politiking adalah aktiviti untuk meraih kuasa. Ini
adalah keperluan dalam demokrasi di mana parti
bertanding akan berkempen, mengemukakan calon
yang terbaik untuk PRU, dan disokong oleh manifesto
yang jelas menawarkan butiran apa yang ia akan
lakukan jika parti tersebut berkuasa.
Maka, politicking dibenarkan sekiranya mengikut
lunas-lunas yang digariskan oleh SPR. Yang dilarang
adalah rasuah politik, manipulasi media, tuduhan
palsu, dan sebagainya.

Soalan ( 27 )
Adakah demonstrasi salah menurut syara`?

61

Jawapan THTL:
Demonstrasi atau muzhaharah ( ) adalah
menzahirkan perasaan terhadap sesuatu kepada
pemerintah, sama ada isteri kepada suaminya,
pekerja kepada majikannya, dan rakyat jelata kepada
pemerintahnya.
Demo ibarat pisau di dapur; boleh digunakan untuk
kebaikan (memotong sayur, buah) dan juga
kemusnahan (mencederakan, membunuh).
Daripada Abu Sa`id Al-Khudri radhiyallahu `anhu,
Rasulullah
pernah bersabda:


/L 7 > n! ' e ' e =#! v 2

>

"Seutama-utamanya jihad adalah perkataan yang


benar terhadap penguasa atau amir yang zalim.(24)"
Allah

juga berfirman:


@ 7 14 7 4 1 # Z 2 # ! @?
[ 4 c N 9 *

U
9 * a 4 @ 7

"Dan janganlah kalian cenderung kepada orang yang


zalim, yang menyebabkan kalian disentuh oleh api
Diriwayatkan oleh Abu Dawud (4344), Ibn Majah (4011), At-Tirmidzi
(2174). Shahih menurut Al-Albani.

24

62

neraka, sedangkan kalian tidak mempunyai penolong


seorang pun selain Allah, sehingga kalian tidak akan
diberi pertolongan.(25)"
Kesimpulan: Demo yang fasid adalah demo yang
bersifat merosak keamanan. Demo yang baik adalah
sekiranya itulah caranya untuk menyampaikan mesej
kepada penguasa yang zalim.

Soalan ( 28 )
Boleh jelaskan tentang konsep bertahaluf
secara jelas?
Jawapan THTL:
Tahaluf ialah kerjasama yang strategik. Isu ini khilaf
di kalangan `ulama' politik. Menurut Prof Muhammad
Qutb, hukumnya adalah haram. Sedangkan menurut
Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dan Dr. Munir Ghadban,
hukumnya adalah harus.
Tahaluf siyasi bermaksud "kerjasama politik", di
mana gerakan Islam memilih untuk bekerjasama
dengan organisasi lain untuk membina sebuah
kerajaan.
25

Surah Hud (11), ayat 113.


63

Idea tahaluf siyasi dikemukakan oleh Sayyid


Muhammad Rasyid Ridha yang mengeluarkan kaedah
tahaluf siyasi: "Kita bekerjasama dalam hal-hal yang
disepakati dan berselisih dalam hal-hal yang tidak
disepakati."
Idea ini kemudian dijadikan suatu strategi oleh Ustaz
Hasan Al-Banna dalam mengembangkan dakwahnya
di Mesir.
Perkongsian kuasa adalah perkongsian dalam
memerintah sesebuah negara jika parti yang
memenangi kuasa tidak mampu mentadbir sesuatu
negara kerana kekurangan sokongan majoriti (2/3
majoriti) dalam sistem demokrasi.
Tahaluf siyasi yang dibenarkan oleh syara` adalah
kerjasama yang tidak menggadaikan prinsip-prinsip
utama syara`. Contohnya `aqidah dan perundangan
(hudud). Dalilnya: Nabi
banyak membuat
pakatan kerjasama dengan bani-bani `Arab untuk
menguatkan kerajaaan Madinah dalam menghadapi
ancaman berterusan daripada Musyrikin Quraisy.
Perkongsian kuasa yang berlaku sekarang adalah apa
yang diamalkan oleh BN, di mana UMNO bergabung
64

dengan parti-parti lain untuk membentuk kerajaan


dan menguasai 2/3 majoriti dalam parlimen.
Manakala tahaluf siyasi dilakukan oleh PAS dengan
menjalin kerjasama dengan parti-parti alternatif
untuk mendapatkan kuasa politik.
Rujukan:
Dr. Munir Muhammad Al-Ghahdban, At-Tahaluf
As-Siyasi fi Al-Islam, (m/s 114-116).
Majalah As-Syari`ah wa Ad-Dirasat Al-Islamiyah,
tajuk: Al-Isti`anah bi al-kuffar, Dr. Muhammad
`Utsman Shubair, m/s 242,cetakan Universiti
Kuwait, tahun: 1407H/1987M.
Syarh Risalah Ta`alim oleh Sa`id Hawa.
Fiqh Sirah oleh Syaikh Muhammad Al-Ghazali.
Fiqh Sirah oleh TG Hj Abd Hadi Awang.

Soalan ( 29 )
Apakah keutamaan dalam Al-Qur'an dan AsSunnah apabila sebuah parti Islam & pakatan
mesra Islam membentuk kerajaan?

65

Jawapan THTL:
Syarat-syarat tahaluf:
Hendaklah kafir itu boleh dipercayai untuk
merealisasikan tujuan yang dimaksudkan.
Mungkin dengan perjanjian, perbincangan, dan
sebagainya.
Janganlah kerjasama itu berisiko yang boleh
mengakibatkan prinsip Islam atau dasarnya
tergadai atau terpaksa dikesampingkan.
Janganlah kerjasama itu terdapat unsur bermukamuka, hipokrit dengan orang kafir.
Janganlah kerjasama itu mengakibatkan amar
makruf nahi mungkar terabai.
Janganlah di sebalik kerjasama itu akan
menyebabkan penguasaan orang kafir ke atas
Islam, atau menyebabkan Islam redha dengan
agama mereka, atau membenarkan serta
mengiyakan kesyirikan yang berlaku.
Dasar daripada sunnah:
Nabi
bersama Abu Thalib.

Nabi
bekerjasama dengan King Negus
Ethiopia.
Kerjasama dengan beberapa kabilah untuk
mengukuhkan negara Madinah daripada serangan
Quraisy, antaranya kabilah Bani Bakar.

66

Soalan ( 30 )
Apakah ciri-ciri sistem pemerintahan yang
boleh menjadi sekular?
Jawapan THTL:
Sekular, berasal daripada perkatan Latin: sekularis,
bermaksud keduniaan, fokus kepada keduniaan dan
mengecilkan peranan ketuhanan.
Atheis (menolak kewujudan Tuhan secara total)
adalah subset dalam sekularisma atau sekular yang
ekstrim. Sekular mengambil konsep pembuat jam
atau watchmaker, selepas membuat jam, maka
pembuat jam akan dipisahkan daripada jamnya.
Juga kata-kata Aristotle, "Tuhan tidak mengawal
dunia dan tidak mengerti bagaimana dunia
berfungsi." Makudnya selepas mencipta alam, maka
Tuhan melepaskan dunia ini secara lepas bebas.
Maka pemerintahan sekular atau negara sekular
adalah negara yang menolak agama menjadi
sebahagian daripada pemerintahan. Suatu usaha
memisahkan politik daripada agama.

67

Ciri-ciri negara sekular:


Negara nasional sebagai institusi mutlak dan juga
perlembagaan negara nasional menjadi hukum
tertinggi.
Semua warga negara 1 nasional memiliki hak
yang sama dalam semua aspek.
Ilmu pengetahuan moden lebih dominan daripada
ilmu agama.
Islam hanya terhad kepada isu moral dan hukum
kekeluargaan sahaja.
Model contoh negara sekular adalah Turki.
Rujukan: Al-Qaradhawi, Al-Hulul Al-Mustawradah wa
Kayfa Ja'at `ala Ummatina (Bagaimana Solusi yang
Diimpot Merosakkan umat Islam), ms 113-114.

Soalan ( 31 )
Bagaimanakah penyelesaian dalam konteks
Malaysia, untuk mengembalikan sistem
pemerintahan berdasarkan Al-Qur'an dan AsSunnah? Adakah dengan revolusi, demokrasi,
evolusi atau lainnya?

68

Jawapan THTL:
Revolusi adalah apa yang berlaku di Syria, Iraq, Libya,
Algeria, Tunisia, Mesir dan Yaman dengan apa yang
dinamakan sebagai Arab Spring atau Revolusi
Kebangkitan Rakyat `Arab. Negara-negara tersebut
hancur dan ia memerlukan 50-100 tahun untuk
kembali ke tahap asal.
Demokrasi adalah landasan terbaik kerana rakyat
juga boleh secara revolusi peti undi menukar
kerajaan tanpa ada pertumpahan darah seperti yang
berlalu di tanah `Arab.
Nikmat keamanan adalah terlalu mahal untuk ditukar
ganti dengan pertukaran kerajaan secara kekerasan.
Rasa aman untuk keluar ke masjid, ke pasar, serta
melakukan kenduri-kendara.
Firman Allah


{
( * ,
! 3? *

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai


dengan kesanggupannya.(26)"
Maksudnya, kita tidak dituntut melebihi kemampuan
kita, apatah lagi keluar untuk melakukan revolusi
26

Surah Al-Baqarah (2), ayat 286.


69

massa menentang kerajaan yang memiliki kekuatan


yang ampuh.
Firman Allah


wZ @ ? 7
* x C @ 7 + 5 > * o7 + 4 ( Y ?

+` C 2 cd e Z ? @ 7 s t ?

"Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, Dia pasti akan


mengadakan baginya jalan keluar, dan Dia akan
memberikannya rezeki dari arah yang tidak
disangka-sangka. Dan sesiapa yang bertawakal
kepada Allah, pasti Allah akan mencukupkan
(keperluannya).(27)"
Maksudnya, apa jua kemelut politik Malaysia, pasti
ada jalan aman untuk menyelesaikannya. Harus
dijauhi apa jua cara yang akan menghancurkan
keamanan yang sedang dinikmati. Apabila keamanan
ini hilang, maka ia perlu masa yang lama untuk
memulihkannya.

Soalan ( 32 )
Dalam mutakhir ni khususnya pasca
muktamar PAS, terbahagi 2 golongan yang
27

Surah Ath-Thalq (65), ayat 2-3.


70

berijtihad. Golongan pertama: Hardliners,


iaitu kumpulan yang melihat hukum jinayat
atau hudud lebih utama ditegakkan
berbanding hak-hak lain. Golongan kedua:
Golongan progresif, yang juga menerima
hakikat hudud adalah hukum Allah yang
wajib diterima, cuma keutamaan diberikan
kepada hak-hak lain, umpamanya hak
kebajikan & menumbangkan taghut yang
memegang kuasa pusat. Menurut Al-Qur'an
dan As-Sunnah, yang manakah yang lebih
aula?
Jawapan THTL:
Isu ini bermula pada peperangan Siffin, di mana
perang saudara meletus antara Mu`awiyah dan `Ali.
Pada asalnya, ini adalah isu `Utsman, maka menjadi
isu khilafah atau kuasa. Siapa yang layak antara `Ali
atau Mu`awiyah.
Maka muncullah kumpulan hardliner pertama, yang
dinamakan Khawarij, di mana mereka kata `Ali sesat
kerana tidak berhukum dengan hukum Allah, yakni
dia adalah pihak yang benar.

71

Khawarij juga menghukumkan Mu`awiyah kafir


kerana memberontak terhadap khalifah yang sah.
Maka dari sini, kumpulan hardliner ini wujud
sehingga kini.
Maka isu dalaman PAS, antara hardliner vs. moderat
atau progresif adalah kerana Tuan Presiden sendiri
dengan fatwa Banggul Peradong, Amanat Hadi. Maka
daripada amanat ini, lahirlah unsur hardliners dalam
PAS dan mereka mendominasi PAS kerana dasar
parti adalah Kepimpinan `Ulama'.
Dasar ini berlawanan dengan dasar Ummayyah,
`Abbasiyyah, dan `Utsmaniyyah, di mana kepimpinan
Umara' (administrators) diungguli ke atas
kepimpinan `Ulama'.
Maka, aliran dominan itu akan merumitkan PAS
dalam perjuangannya. Sepatutnya, PAS harus
meletakkan Umara' di atas `Ulama', maka baru ada
progresif.

Soalan ( 33 )
Adakah kita yang tahu tentang perjuangan
PAS wajib menyertai parti itu kerana PAS

72

dikatakan jama`ah Islam di Malaysia yang


mempunyai dasar perjuangan yang lengkap?
Jawapan THTL:
Dalam parti politik, tiada parti Islam dan parti kufur
di kalangan parti-parti umat Islam. Ia sama dengan
hakikat mazhab dalam fiqh.
Demikian ulasan Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, tidak boleh
sesuatu parti mengatakan parti X adalah (mewakili)
Islam, dan Islam adalah parti X.
Tidak boleh parti X mewajibkan umat Islam
menyertainya atau mengundinya. Itu konsep dalam
berparti dan berhizib dalam negara yang
mengamalkan demokrasi.
Jama`ah atau harakah pun sama, tidak boleh
harakah/jama`ah Y mendakwa dia adalah Islam dan
Islam adalah harakah/jama`ah Y.
Yang shahih menurut Dr. Yusuf Al-Qardhawi, mereka
adalah salah satu parti Islam dan salah satu
harakah/jama`ah Islam, dan masyarakat tidak
dipaksa menyertai mana-mana parti dan jama`ah,
kerana hukum asal manusia adalah bebas, dan

73

mereka hakikatnya berada dalam jama`ah yang besar


dan parti terbesar iaitu umat Islam.
Dalam politik, umat Islam bebas memilih parti dan
calon mana-mana parti umat Islam dengan melihat
kekuatan dan kemampuan parti tersebut dalam
menawarkan dasar, calon-calon yang kuat dan
beramanah. Ini bukan urusan iman dan kufur.

Soalan ( 34 )
Adakah memang wujud atau perlu majlis
syura, dan kita lihat di Malaysia, PAS pernah
mengadakan dasar pandang ke Iran secara
tidak rasmi, lantas memperkenalkan
kepimpinan `ulama' walaupun kita tahu
Syi`ah tersesat?
Jawapan THTL:
Syura memang wujud dalam syari`at kita. Ibn Al`Arabi
Al-Maliki
mendefinisikannya
sebagai
berkumpul untuk meminta pendapat (dalam suatu
permasalahan) yang mana peserta syura saling
mengeluarkan pendapat yang dimiliki [Ahkam AlQur'an 1/297].

74

Firman Allah

7 5
R " 7 TU4

J , ? " 5

[4
VX 4 Y Z ?@

# 7 V ]

"Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi)


seruan Rabb-nya dan mendirikan solat, sedangkan
urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarah
antara mereka; dan mereka menafkahkan sebahagian
daripada rezeki yang Kami berikan kepada
mereka.(28)"
Wujudkah konsep kepimpinan `ulama'? Ya, tetapi
hanya dalam urusan agama, tidak dalam urusan
kepimpinan negara.
Firman Allah

[4 V q?
H 4 (
( 7?@

1 7 7

"Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan


taatilah Rasul (Muhammad), dan uli al-amr antara
kalian.(29)"
`Ulama' berselisih pendapat tentang siapakah uli alamr di kalangan kalian. Ada tiga pendapat:
28
29

Surah Asy-Syura (42), ayat 38.


Surah An-Nisa' (4), ayat 59.
75

(1) Uli al-amr adalah pemerintah negara, ini


merupakan pendapat majoriti termasuk Imam
Asy-Syafi`i.
(2) Uli al-amr adalah `ulama', ini merupakan
pendapat Mujahid dan Hasan Al-Basri.
(3) Uli al-amr adalah umara' dan `ulama'
(pemerintah dan `ulama'). Ini merupakan
pendapat Ibn Taimiyyah, Ibn Al-Qayyim. (Ibn
Hajar, Fathul Bari, jilid 9).
Pendapat Ibn Al-Qayyim ini digunapakai oleh
Muhammad `Abdul Wahhab dan dilaksanakan di
`Arab Saudi. Ia juga pendapat Syaikh Rasyid Ridha
dalam Tafsir Al-Manar.
Maka kepimpinan `ulama' ini memang ada asas,
bukan Syi`ah sahaja. Syi`ah mengamalkan konsep
wilayah al-faqih, bermaksud kepimpinan `ulama'
yang melampaui batas, yakni `ulama' yang divine atau
ada unsur kesaktian, maksum dan masih menerima
wahyu daripada Allah .
Maka, PAS tidak mengamalkan konsep tersebut
melainkan mereka amal pendapat Mujahid dan Hasan
Al-Basri.

76

Soalan ( 35 )
Yang manakah lebih diutamakan;
mendapatkan kuasa pemerintahan atau
melaksanakan syari`at Allah (dalam konteks
bermasyarakat sepertinya hudud)?
Jawapan THTL:
Yang utama atau awlawiyat adalah mengekalkan
kuasa di tangan umat Islam, kerana ini ciri utama
negara umat Islam atau negara OIC, iaitu kuasa
politik di tangan orang Islam. Selepas itu, barulah isu
yang lain seperti hudud.
Oleh sebab kemerdekaan Malaysia ditentukan oleh
British, maka soal hudud menjadi rumit kerana
perlembagaan negara adalah mengikut acuan British,
yakni hukum tertinggi adalah "Perlembagaan
Persekutuan" dan bukannya Al-Qur'an dan Sunnah.
Perubahan seterusnya kepada pelaksanaan hudud
bergantung kepada rakyat Islam. Firman Allah :

8 7 / L ~ k C J 7 / L *

,

77

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan


sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan
yang ada pada diri mereka sendiri.(30)"
Majoriti belum mengetahui fiqh wudhu', fiqh
thaharah, fiqh solat, fiqh puasa, fiqh umrah dan haji,
maka bagaimana mereka ingin melaksanakan hudud?
Maka, harus diselesaikan yang utama terlebih dahulu.

Soalan ( 36 )
Cara menasihati pemerintah; secara tertutup
atau terbuka? Bagaimana cara kaum salaf
menasihati pemimpin yang zalim ataupun
yang menindas rakyat?
Jawapan THTL:
Daripada Tamim Ad-Dari radhiyallahu `anhu, Nabi
pernah bersabda:

'4 "
+ Z 1 4 + !4 " : 5 " @A " : !5 "=t U 4?@

" V 7 e L # ! A = # < + 4 4

"Agama adalah nasihat." Para sahabat bertanya:


"Untuk siapa wahai Rasulullah?" Maka antara

30

Surah Ar-Ra`d (13), ayat 11.


78

jawapan baginda: "Untuk para pemimpin kaum


muslimin.(31)"
Daripada `Iyadh radhiyallahu `anhu, Nabi
pernah bersabda:

@14 = T e + 4 '` ? T 2 7 8 n ! 4
? @ 7

[2 + 7 `5 2 + ! o 2 [ '- 8 4
*





+4 + !e [4' 5

"Sesiapa yang hendak menasihati pemerintah tentang


sesuatu, janganlah dia lakukan dengan terangterangan. Akan tetapi, hendaknya dia ajak dan
menyendiri dengannya. Jika diterima, itulah yang
diharapkan. Jika tidak, sungguh ia telah menunaikan
apa yang menjadi kewajibannya.(32)"
Daripada Abu Sa`id Al-Khudri radhiyallahu `anhu,
Rasulullah
pernah bersabda:





/L 7 > n! ' e ' e =# ! v
2

>

"Seutama-utamanya jihad adalah perkataan yang


benar terhadap penguasa atau amir yang zalim.(33)"
Diriwayatkan oleh Muslim (55).
Diriwayatkan oleh Ahmad. Shahih menurut Al-Albani.
33 Diriwayatkan oleh Abu Dawud (4344), Ibn Majah (4011), At-Tirmidzi
(2174). Shahih menurut Al-Albani.
31
32

79

Cara terbuka atau tertutup, hendaklah dilihat kepada


`uruf, namun tidak boleh melampaui dan
mengaibkan.
Ada pun `ulama' salaf, cara mereka bermacammacam. Tetapi kebanyakannya secara tertutup.
Namun, penduduk Madinah secara terbuka tidak
suka kepada Yazid bin Mu`awiyah, lalu mereka
enggan membai`ahnya.
Kebanyakan `ulama' salaf amat tegas dengan khalifah,
dan langsung tidak takut. "Seutama-utama jihad
adalah perkataan yang benar terhadap penguasa atau
amir yang zalim." Mereka akan berkata-kata secara
terbuka.

Soalan ( 37 )
Apakah kesilapan besar jama`ah Hizbut
Tahrir (HT) yang ingin menegakkan sistem
pemerintahan khilafah?
Jawapan THTL:
HT (atau Parti Pembebasan) yang diasaskan di
Palestine oleh Syaikh Taqiyyudin An-Nabhani (wafat

80

pada tahun 1977), alumni Al-Azhar, di Jurusalem


pada tahun 1953.
Visi utama HT berbeza daripada yang lain, iaitu
Khalifah adalah fardhu `ain, dan siapa yang tidak
menegakkannya adalah kafir.
Dalil mereka adalah apa yang difirmankan oleh Allah
:

2 3 4 " 4 8 2
# 1 t ? 4 @ 7

"Sesiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang


diturunkan Allah, mereka itu adalah orang-orang
yang kafir.(34)"
Ini juga tema pegangan semua aliran Khawarij
supaya ditegakkan syari`at atau hudud. Cuma, HT
menukarkan kepada wajibnya khalifah Islam.
Kesalahan HT:
(1) Wajibnya khalifah berdasarkan ayat 44 surah
An-Nisa'. Ini adalah satu kesalahan. Ayat itu
ditujukan khusus kepada Yahudi, dan bukan
mendirikan khalifah.
(2) Bagaimana cara melantik khalifah sekarang,
kerana Nabi
tidak menunjukkan jalan
34

Surah Al-Ma'idah (5), ayat 44.


81

untuk berbuat demikian. Ini kerana Nabi


wafat dalam keadaan tiada sebarang wasiat
untuk jawatan khalifah. Jawatan pun tidak
disebutkan oleh Nabi apakah gelarannya.
(3) Tidak wujud sistem pemerintahan ala khalifah.
Yang disyari`atkan adalah sistem syura. Sistem
syura bererti urusan negara diputuskan oleh
gabungan amir dan senat atau majlis syura.
(4) Mereka menggunakan hadits Ahmad, akhir
zaman akan wujud khilafah atas minhaj
kenabian. Itu tidak benar kerana tafsiran yang
shahih menurut Ibn Rajab adalah fasa kelima
minhaj atas nubuwwah itu adalah zaman
khilafah `Umar bin `Abd Al-`Aziz.

Soalan ( 38 )
Adakah pemerintahan cara ISIS boleh
dijadikan ikutan?
Jawapan THTL:
ISIS tidak dikenali siapa yang berada di belakangnya,
kemungkinan Al-Qaedah. Seluruh negara `Arab
menolak ISIS termasuk Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, YDP
Majlis `Ulama' sedunia dan Majlis Fatwa KSA.

82

RUMUSAN PANEL
Syaikh Muhammad `Abduh, mantan Mufti Kerajaan
Mesir (wafat 1905):

Takutilah kamu akan fitnah politik,


dan berhati-hatilah dengan ahli politik.

84

RUJUKAN
1. Al-Ahkam As-Sulthaniyyah (

), oleh
Abu Hasan Al-Mawardi.
2. As-Siyasah Asy-Syar`iyah (

), oleh Ibn
Taimiyyah.
3. Ath-Thuruq Al-Hukmiyyah fi As-Siyasah AsySyar`iyah (

) , oleh Ibn
Qayyim Al-Jauziyyah.
4. Ash-Shahwah Islamiyyah (

), oleh
Muhammad bin Shalih Al-`Utsaimin.
5. Al-Muntaqa min Fatawa ( " # $%"& ), oleh
Syaikh Shalih bin Fauzan Al-Fauzan.
6. Haqiqatul Amr bi Al-Ma`ruf wa An-Nahy `an AlMunkar ( & # *& ) (
% % ), oleh Dr.
Hamd bin Nasir Al-`Ammar.
7. Muraja`at fi Fiqh Al-Waqi` As-Siyasi wa Al-Fikri
( ,
-. /%
( 1) , oleh Syaikh Bin
Baz, Syaikh Al-Fauzan, dan Syaikh Shalih Sadlan.
8. Min Fiqh Ad-Daulah fi Al-Islam (
2 /% #

), oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi.


9. Al-Hulul Al-Mustawradah wa Kayfa Jaat `Ala
Ummatina ( &" $ 4&1 5 6) " , oleh
Dr. Yusuf Al-Qaradhawi.

86

10. Malamih
Al-Mujtama`
Al-Muslim
Allazi
Nansyuduhu (2 & = <- "> ) ? , oleh Dr.
Yusuf Al-Qaradawi.
11. Nazhariyat As-Siyasiyat Al-Islamiyyah ( @ A&

), oleh Dr. Dhiya'uddin Rais.


12. Ad-Demokrathiyyah ( % @2 ), oleh Maulana AlMaududi.
13. Islam & Politics, oleh Prof. Muhammad Asad aka
Leopold Weis.
14. At-Tahaluf As-Siyasi fi Al-Islam (
5 "

), oleh Dr. Munir Muhammad Al-Ghadhban.


15. Majalah As-Syari`ah wa Ad-Dirasat Al-Islamiyah,
tajuk: Al-Isti`anah bi al-kuffar ( , )
(" ),
tulisan Dr. Muhammad `Utsman Shubair, cetakan
Universiti Kuwait, tahun: 1407H / 1987M.
16. Syarh Risalah Ta`alim (= ("
D), oleh Sa`id
Hawa.
17. Fiqh As-Sirah ( /% ), oleh Muhammad AlGhazali.
18. Fiqh Sirah, oleh TG Hj Abd Hadi Awang.
19. Khamsah Qawa`id Islami, oleh Dr. Muhammad
`Imarah.
20. Usul Dakwah ( 2 E), oleh Dr. `Abd Al-Karim
Zaidan.
21. Alaisa As-Subh bi Qarib (F@ %) ?G H ), oleh
Muhammad Thahir bin `Asyur.
22. Risalah Ta`alim (= ("
), oleh Hasan Al-Banna.

87

23. At-Tahrir wa At-Tanwir ( @ &" ) " @ , oleh


Muhammad Thahir bin `Asyur.
24. Fath Al-Bari ( G ) "? , oleh Al-Hafiz Ibn Hajar Al`Asqalani.
25. Ahkam Al-Qur'an ( % ) , oleh Ibn Al-`Arabi.
26. Siyasah Al-Islamiyyah, oleh Taqiyudin AnNabhani.
27. Al-Adab Asy-Syar`iyyah (
L), oleh Ibn
Muflih Al-Maqdisi Al-Hanbali.

88

SIAPAKAH THTL?
Nama: Tuan Hassan Tuan Lah @ Abdullah, akronim:
Abu Syaima' dan thtl al-jazani
Asal: Peringat, Kelantan Darul Naim
Pendidikan:
SDAR Seremban
Dip. (UiTM) Plantation Mgmt
BBA (Mgmt)(USA:Michigan)
MBA (USA: Iowa) Mgmt.
Pekerjaan: Juruperunding Pembangunan Akademik
(Kualiti dan Akreditasi) dengan Universiti Jazan, Arab
Saudi bermula sejak 2012.
Guru-guru beliau:
1. Dato' Kaya Bakti Ustaz Dahlan Muhammad
Zain (Ahli Majlis Fatwa Perlis).
2. Ustaz Ahmad bin Jusoh (Ahli Majlis Agama
Islam Perlis).
3. Ustaz Abdul Hadi Othman (Ahli Majlis Fatwa
Perlis).
4. Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Mufti Kerajaan
Negeri Perlis).
90

5. Dr. Tareq Shweiden, Kuwait.


6. Dr. Muhammad Al-Khudary, `Arab Saudi.
7. Syaikh Zaid Al-Madkhali (Darul Hadith
Samthah, Jizan).
8. Ustaz Adlan Abdul Aziz.
9. Ustaz Anwarudin Abdul Wahab.
10. Datuk Dr. Mujahif Yusuf Rawa (MP Parit
Buntar).
11. Ustaz Ahmad Zainal Abidin (pensyarah MMU,
Melaka).
Testimoni:
1. Imam & Khatib, Masjid ITM Arau.
2. Imam, Masjid Kalamazoo Islamic Centre,
Michigan, USA.
3. Imam & Khatib, Des Moines Islamic Centre,
Iowa, USA.
4. Imam & Khatib, Masjid MMU, Melaka.
5. Imam & Khatib, Masjid Telekom Taiping.
Sumbangan di alam cyber:
1. Panel Fiqh bagi msm-net, Islah-net.
2. Panel Fiqh al-Ahkam.net (AAN).
3. Panel Fiqh al-Fikrah.net (AFN).
4. CEO bagi Forum Bersama THTL.
5. Panel U.i.T.O.

91

Anda mungkin juga menyukai