Anda di halaman 1dari 24

Isi Kandungan

Isi Kandungan

Pengenalan

Pengertian

Nabi Muhammad S.A.W Jalani Pembedahan

Buraq Kenderaan Untuk Isra

Di Sepanjang Perjalanan Isra

6-9

Nabi Diganggu Dengan Panggilan Pelbagai Jenis Orang


Peristiwa Di Baitul Maqdis

10 - 11
12

Di Sepanjang Perjalanan Miraj

13 - 15

Peristiwa Di Baitul Makmur

16

Peristiwa Di Sidratul Muntaha

17

Peristiwa Di Arasy

18 - 19

Turun Semula Ke Dunia

20

Tiba Di Masjidil Aqsa Sebelum Balik ke Mekah

21

Allah Bantu Buktikan Isra

22

Penutup

23

Rujukan

24

Pengenalan

Assalammualaikum w.b.t sebagai pembuka bicara sebelum hujah berkata kata , kami
memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi , kerana memberi kami kesempatan untuk
meneruskan kehidupan sebagai seorang hamba yang masih mempunyai kesilapan dan amalan
yang tidak mencukupi .
Sebelum kami memulakan penerangan dalam tajuk tugasan ini , marilah kita bersama
sama sedekahkan al-fatihah ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W dan para
sahabat beliau . Tidak lupa juga kepada para pejuang Islam yang telah syahid di medan
perang untuk menegakkan dan mempertahankan syiar Islam di atas muka bumi ini.
Tajuk tugasan yang telah diberikan kepada kami ialah Kronologi Isra dan Miraj .
Kami amat berbesar hati dapat melaksanakan tugasan yang telah diberikan serta menerima
tajuk tugasan yang telah diberikan dengan penuh rasa bangga kerana dapat mengkaji dan
menghuraikan serta memahami lebih lanjut mengenai salah satu sejarah terpenting dalam
islam .
Terima kasih kami ucapkan kepada pensyarah yang penuh berdedikasi Encik Zulkefli
Ahmad kerana telah sedikit sebanyak membantu kami dan memberi tunjuk ajar bagi
melancarkan proses melaksanakan tugasan ini dengan sempurna dan jayanya .
Sebagai umat islam yang patuh kepada yang Maha Esa , kita perlu mengetahui dan
memahami sejarah mengenai Islam . Sejarah yang paling penting dalam islam ialah peristiwa
berlakunya Isra Dan Miraj . Secara amnya , kita mengetahui bahawa peristiwa ini berlaku
hanya pada satu malam . Buku ini akan mengulas dan menerangkan lebih lanjut mengenai
Kronologi Isra Dan Miraj .
Kami berharap dengan adanya buku ini dapat memberi info yang dapat menerangkan
bagaimananya berlaku peristiwa Isra dan Miraj dan menceritakan pelbagai kisah yang
berlaku hanya pada satu malam sahaja .

Pengertian
1 | Page

Isra dan Miraj adalah satu daripada beberapa mukjizat terbesar Nabi Muhammad s.a.w.
Perjalanan ini diperlakukan dengan menunggang Buraq , binatang seperti kuda yang Allah
ciptakan untuk kenderaan malaikat dan para Nabi .
Kebenaran telah berlakunya Isra ini ada disebutkan di dalam al-Quran pada surah Al Isra
ayat 1 .1
Ertinya :
Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya (Nabi Muhammad) pada
suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa , yang kami berkati sekelilingnya ,
untuk Kami perlihatkan kepadanya tanda-tanda Kami . Sesungguhnya Allah-lah Yang
Maha Mendengar dan Maha Melihat. Al-Isra : 1

Seputar Isra dan Miraj


Secara ringkasnya pengertian Isra dari segi bahasa perjalanan pada sebahagian malam.
Manakala Miraj adalah tingkatan atau tangga berbelah lapisan langit hingga sampai ke
Sidaratul Muntaha seterusnya Bait al-Mamur untuk berjumpa Allah , dengan menaiki
bintang yang bernama Buraq .
Berkisar tentang penetapan tarikh peristiwa ini berlaku , terdapat 17 pendapat berbeza
para ulama tentang nya . Yang masyhur adalah dalam bulan Rejab , cuma sebagai penanda ,
ia berlaku selepas baginda diutuskan dan setelah kewafatan isteri baginda yang pertama iaitu
Saidatina Khadijah .
Peristiwa Isra dan Miraj ini , juga sebagai ubat duka Nabi Muhammad s.a.w oleh
Allah S.W.T setelah peristiwa kematian bapa saudaranya Abu Talib dan isterinya yang
tercinta Saidatina Khadijah.2

1 Peristiwa Isra dan Miraj


2 Biografi Muhammad bin Abdullah
2 | Page

Nabi Muhammad S.A.W Jalani Pembedahan


Sebelum berlakunya Isra , Malaikat Jibril yang ditemani Malaikat Mikail membawa baginda
ke Telaga Zamzam . Di situ , baginda dibedah oleh Malaikat Jibril dan dibantu oleh Malaikat
Mikail . Dada baginda dibedah dan dikeluarkan hatinya lalu dicucikan hatinya dan dan
seluruh organ-organ isi dada baginda dengan air zamzam .
Selain itu , Malaikat Jibril mengisikan iman dan hikmah ke dalam dada Baginda yang
dibawa oleh Malaikat Mikail . Selesai diisi dengan iman dan hikmah , dada Baginda
ditangkupkan semula . Tiada setitik darah pun yang terkeluar semasa pembedahan dijalankan
dan Baginda tidak merasa sakit walaupun dada Baginda dibelah .
Pembedahan ini dilakukan bukan lah bererti hati dan dada Baginda kotor , tetapi ia
perlu di sucikan sesuci-cucinya sebelum Baginda akan menghadap Allah Yang Maha Suci .3

3 Isra dan Miraj Antara Yang Tersurat dan Tersirat


3 | Page

Buraq Kenderaan Untuk Isra


Selesai sahaja pembedahan yang penuh menakjubkan itu selesai , binatang yang bernama
Buraq tersedia untuk tunggangan Nabi Muhammad s.a.w melakukan Isra dan Miraj .
Ciri-ciri Buraq :

Berwarna putih
Saiznya lebih kecil dari kuda dan lebih besar dari keldai
Lariannya sepantas kilat

Sifat-sifat Buraq ini ada disebutkan dalam hadis riwayat Muslim yang menyatakan bahawa
Rasulullah s.a.w telah bersabda .
Ertinya :
.telah didatangkan kepadaku seekor Buraq dan itulah seekor binatang yang putih
rupanya , panjang (tinggi) melebihi keldai kurang daripada bighal, ia melangkahkan
kakinya cepatnya sejauh penghabisan mata memandang.
Menurut Said bin Musayyib dan riwayat-riwayat lainnya :
Buraq ini ialah kenderaan Nabi Ibrahim a.s. Ia biasa digunakan untuk pergi ke Baitul Haram (
Mekah ) .
Setelah siap segalanya , terbanglah Baginda sambil didampingi oleh Malaikat Jibril di
sebelah kanan dan Malaikat Mikail di sebelah kiri . Sepanjang perjalanan banyak peristiwa
yang menakjubkan dan mengerikan .4

Di Sepanjang Perjalanan Isra


4 Isra dan Miraj Antara yang Tersurat dan Tersirat
4 | Page

Singgah di Taibah : Tempat Nabi Muhammad s.a.w bakal berhijrah


Tempat pertama disinggahi dalam perjalanan itu ialah satu kawasan dipenuhi kurma-kurma
yang hidup subur . Disini malaikat Jibril a.s meminta Nabi Muhammad s.a.w. turun
melakukan sembahyang sunat dua raka`at, selepas itu Nabi Muhammad menerusan pejalanan
menaiki Buraq. Dalam perjalanan menuju ke destinasi seterusnya , Jibril a.s bertanya kepada
Nabi Muhammad s.a.w :
Tahukah tuan , di mana tuan bersembahyang tadi?
Tidak jawab Nabi Muhammad s.a.w
Itulah Negeri Taibah (Madinah), tempat tuan berhijrah kelak Jawab Jibril
Terbukti benar lah khabar penghijrahan yang disampaikan oleh Jibril kerana setahun selepas
peristiwa Isra dan Miraj itu , Nabi Muhammad s.a.w berhijrah ke Taibah atas perintah Allah
S.W.T. Hijrah ini dilakukan atas sebab wahyu demi mempertahankan keselamatan dirinya dan
Islam .

Singgah di Madyan : Tempat pohon Nabi Musa


Buraq meneruskan lariannya dengan kencang dan turun lagi di satu tempat. Jibril a.s
mempersilakan Nabi s.a.w. turun dan melakukan solat dua raka`at disitu, sesudah
sembahyang mereka meneruskan lagi perjalanan. Jibril bertanya kepada Nabi Muhammad
s.a.w :
Tahukah tuan di mana tuan sembahyang tadi ?
Tidak
Itulah Negeri Madyan , tempat pohon Nabi Musa
Pohon Nabi Musa ialah tempat Nabi Musa berteduh melepaskan lelah sewaktu melarikan diri
dari Mesir kerana diburu oleh Firaun .

Singgah di Bukit Tursina : Tempat Nabi Musa menerima wahyu

5 | Page

Mereka meneruskan lagi perjalanan dan turun lagi disatu tempat. Disini Malaikat Jibril
a.s juga menyuruh Nabi Muhammad s.a.w. bersembahyang dua raka`at. Selepas itu mereka
pun meneruskan perjalanan.
Dalam perjalanan seterusnya Jibril a.s bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w akan tempat
yang baru mereka singgah dan memberikan jawapannya bahawa tempat itu ialah Bukit
Tursina , tempat Allah S.W.T menyampaikan wahyu-Nya , mengangkat Musa a.s menjadi
Nabi .
Singgah di Syam : Negeri tempat Nabi Isa a.s Dilahirkan
Dari Bukit Tursina, Nabi Muhammad s.a.w. bersama Jibril a.s dan Mikail a.s kini
sampai ke suatu tempat yang dari jauhnya sudah Nampak deretan mahligai mahligai yang
tersergam indah.disini Jibril meminta Nabi solat sunat dua raka`at.
Jibril a.s memberitahu baginda bahawa tempat yang baru mereka singgah ialah Negeri Syam
(Palestin) di mana tempat Nabi Isa a.s dilahirkan.
Obor Terus Mengejar
Setiap kali Nabi Muhammad s.a.w menoleh kebelakang semenjak beredar dari Negeri
Syam , baginda mesti terlihat satu obor-obor yang mengejar baginda . Obor ini sebenarnya
dibawa oleh Jin Ifrit , jin ini mahu menghalang Nabi Muhammad s.a.w daripada meneruskan
Isra dan Miraj.
Melihat reaksi Nabi Muhammad s.a.w berulang kali melihat obor itu , Jibril a.s menawarkan
kepada Nabi Muhammad s.a.w akan ayat yang jika dibacakan boleh membunuh jin .
Demikian ayat tersebut :
Ertinya :
Aku berlindung kepada Tuhan yang Maha Mulia dengan firman-firman-Nya yang
cukup sempurna yang tidak boleh dilanggar oleh orang yang soleh mahupun oleh
orang yang derhaka, daripada bahaya yang akan menimpa yang turun dari langit
mahupun yang naik, daripada bahaya makhluk Allah yang melata di bumi mahupun
yang keluar dari bumi, daripada bahaya godaan malam dan siang, kecuali yang
datang membawa rahmat. Perkenankanlah ya Allah , Tuhan Yang Maha Pemurah!

6 | Page

Selesai sahaja Nabi Muhammad s.a.w membacakan ayat ini , maka terjatuh tersungkurlah
Ifrit ke bumi dan padamlah obornya . Tiada lagi obor yang mengejar Nabi Muhammad s.a.w
lagi .
Sepanjang perjalanan Isra ini , pelbagai peristiwa telah dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w
seperti tanaman berbuah tidak henti-henti , tercium bau-bauan yang harum semerbak.
Peristiwa ini semua merupakan perumpamaan kepada kejadian yang berlaku di muka bumi .
Tanaman berbuah tanpa henti ini merupakan perumpamaan untuk pejuang-pejuang yang
berjihad di jalan Allah . Ini bersesuaian dengan Firman Allah S.W. T di dalam al-Quran :
Ertinya :
Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan
hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh
butir; pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi sesiapa
yang Dia kehendaki . Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui
Al-Baqarah : 261
Selepas Nabi Muhammad s.a.w melihat kejadian ini , baginda meneruskan perjalanan .
Semasa sedang meneruskan perjalan Nabi Muhammad s.a.w tercium bau-bauan yang harum
semerbak . Lalu Nabi Muhammad s.a.w menanyakan kepada Jibril a.s dan Jibril a.s
menjawab .
Inilah kewangian juru sisir Puteri Firaun , Masyitah dan keluarganya
Jibril a.s menceritakan kisah Masyitah dan keluarganya lebih lanjut .
Selain peristiwa yang enak ini dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w , terdapat juga peristiwa
dimana manusia pukul kepala sendiri dengan batu sehingga pecah , manusia bercawat
berkeadaan seperti binatang , daging masak dibiarkan dan daging busuk dimakan , kayu
melintang di tengah jalan , menambah beban yang sudah tidak terangkat , dan akhir sekali
lidah dan bibir digunting berkali-kali .
Peristiwa ini menggambarkan balasan yang akan diterima kepada orang islam yang
menangguhkan solat , tidak mengeluarkan zakat dan tidak suka menderma , suka melepak
tanpa tujuan , tidak menunaikan amanah yang diterima , dan suka memfitnah .

7 | Page

Perumpamaan ini juga ada di dalam ayat al-quran antaranya:


Ertinya :
Maka kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang; yang keadaan mereka
lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya- Al-Maauun: 4-5
Ertinya :
.dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya
pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka,(bahawa mereka akan
mendapat) siksa yang pedih At Taubah: 34
Ertinya :
Dan janganlah kamu duduk di tiap-tiap jalan dengan menakut-nakuti dan
menghalang-halangi orang yang beriman daripada jalan Allah, dan menginginkan
agar jalan Allah itu menjadi bengkok al-Aaraf: 86
Ertinya :
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak
menerimanya. - An-Nisa: 58
Ertinya :
amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu memperkatakan sesuatu yang kamu
tidak melakukannya As-Saf:35

5 Peristiwa Isra dan Miraj


8 | Page

Nabi diganggu dengan panggilan pelbagai jenis orang


Panggilan Pertama : Daripada Bangsa Yahudi
Muhammad ! Tunggulah aku , tunggulah dulu ! Aku hendak bertanya , kata suara yang
memanggilnya Nabi Muhammad s.a.w tidak menghiraukannya.
Siapa itu ya Jibril ? tanya Rasulullah s.a.w
Dia adalah orang daripada bangsa Yahudi . Mujur engkau tidak menjawabnya . Kalau
engkau menjawabnya , semua umatmu akan menjadi yahudi kata Jibril a.s

Panggilan Kedua : Daripada Orang Nasrani


Kemudian Rasulullah s.a.w mendengar pula suara memanggilnya daripada arah kiri. Seperti
tadi, suara itu meminta baginda berhenti kerana dia mahu bertanya , tetapi Nabi Muhammad
s.a.w tidak menghiraukan dan teruskan perjalanan .
Siapa pula itu yang memanggilku , Jibril ? Nabi Muhammad s.a.w bertanya
Dia adalah orang Nasrani . Jika engkau menyahutnya tadi , semua umatmu akan menjadi
Nasrani kata Jibril a.s

Panggilan Ketiga : Daripada Wanita Cantik


Kemudian Rasulullah s.a.w terdengar pula sayup-sayup suara lemah-lembut daripada satu
arah yang jauh .
Siapakah wanita itu Jibril? tanya Nabi Muhammad s.a.w
Itulah Dunia. Andainya engkau jawab tadi , pasti umatmu semuanya akan memilih dunia
dan tidak memilih akhirat terang Jibril .

Panggilan Keempat : Daripada Seorang Tua


Setelah itu seorang tua pula menghadang perjalan Nabi dan berseru Muhammad,
Muhammad! Mari dulu , turunlah !

9 | Page

Terus sahaja , jangan hiraukan, Malaikat Jibril mengingatkan


Siapa dia itu dan kenapa dia berbuat begitu? tanya Nabi
Itulah Iblis musuh Allah. Ia berusaha memujuk engkau supaya engkau memihak kepadanya
kata Jibril a.s
Panggilan Kelima : Daripada Nenek Tua
Seterusnya Nabi Muhammad s.a.w melihat seorang nenek tua berdiri di pinggir jalan dan
berteriak Aku hendak bertanya. Tunggulah aku Muhammad!
Nabi tidak memperdulikannya , sebaliknya bertanya kepada Jibril a.s Siapa nenek itu?
Itulah gambaran usia dunia kita ini. Sisa umur dunia ini samalah dengan baki umur nenek
itu kata Jibril a.s6

6 Isra dan Miraj Antara yang Tersurat dan Tersirat


10 | P a g e

Peristiwa Di Baitul Maqdis


Nabi Imami Sembahyang Para Nabi
Nabi Muhammad s.a.w dan Jibril a.s masuk dari ke dalam masjid masjid melalui pintu
sebelah barat. Seperti biasa , nabi akan sembahyang dua rakaat terlebih dahulu . Ketika
selesai sahaja sembahyang sunat , ruang masjid telah dipenuhi oleh para nabi terdahulu .
Selepas itu , bangun seorang nabi melaungkan iqamat lalu Nabi Muhammad s.a.w menjadi
imam kepada solat tersebut . Betapa tingginya darjat Nabi Muhammad s.a.w sehingga
menjadi imam kepada semua Nabi.
Nabi Pilih Minuman Susu
Setelah selesainya solat berjemaah , Nabi Muhammad s.a.w menyatakan bahawa
Baginda dahaga kepada Jibril a.s . Lalu Jibril a.s pun mengambilkan minuman segelas arak
dan susu , dan baginda memilih susu untuk menghilangkan dahaganya .7

7 Peristiwa Israk dan Mikraj


11 | P a g e

Di sepanjang perjalanan Miraj


Di langit pertama disambut oleh Nabi adam a.s
Dengan Miraj ini maka naiklah Nabi Muhammad s.a.w ke langit diiringi malaikat Jibril.
kelajuan Miraj itu terbang hanya Allah saja yang yang tahu.
di pintu kangit yang pertama bernama babulhafadhah ada seorang malaikat bernama ismail.
itulah pengawal langit dunia yang tetap tinggal di langit.dia tidak pernah naik ke langit keatas
juga turun ke bumi kecuali pada hari kewafatan baginda rasullullah.
Di langit pertama itu Malaikat Ismail ditemani 70,000 malaikat dan setiap malaikat ini
mempunyai bala tentera yang berjumlah 70,000 malaikat pula . Kedatangan Nabi Muhammad
s.a.w disambut oleh Malaikat Ismail dengan penuh hormat takzim .
Di langit pertama , Nabi Muhammad s.a.w telah berjumpa dengan Nabi Adam a.s , bapa
sekalian manusia . Disini , Nabi Adam a.s telah memberitahu kepada Nabi Muhammad s.a.w.
terdapatnya Syurga dan Neraka iaitu , Syurga Illiyyin dan Neraka Sijjin .
Di Langit Kedua Disambut oleh Nabi Isa Dan Nabi Zakaria a.s
Nabi Muhammad meneruskan perjalanan menaiki semula Miraj untuk naik ke langit
kedua . Setibanya di pintu langit kedua , Malaikat Jibril a.s mengetuk pintu itu dan pengawal
langit kedua bertanya kepada Jibril a.s sebagaimana berlaku di langit pertama .
Malaikat pengawal membuka pintu langit kedua , dan mempersilakan Nabi Muhammad s.a.w
dan Jibril a.s masuk sambil mengucapkan salam . Di sini , Nabi Muhammad s.a.w bertemu
dengan Nabi Isa bin Maryam dan Nabi Yahya bin Zakaria . Nabi Muhammad s.a.w member
salam kepada kedua-dua Nabi . Manakala Nabi Isa dan Yahya mengucapkan selamat
berbahagia dan berdoa untuk Nabi Muhammad s.a.w .
Di Langit Ketiga Disambut oleh Nabi Yusuf a.s
Seterusnya , Nabi Muhammad s.a.w meneruskan lagi perjalanan dengan menaiki
semula Miraj ditemani oleh Jibril a.s . Jibril a.s pun mengetuk pintu langit ketiga dan
memohon masuk .
Malaikat pengawal langit ketiga bertanya :
Siapa itu?

12 | P a g e

Jibril
Dengan siapa anda?
Dengan Muhammad
Apakah dia sudah diperintahkan?
Benar
Sesudah itu , Malaikat pengawal pun membuka pintu dan mempersilakan Nabi Muhammad
s.a.w dan Jibril a.s masuk . Di langit ketiga ini , Nabi Muhammad s.a.w bertemu dengan Nabi
Yusuf a.s yang ditemani beberapa orang Nabi . Nabi Muhammad s.a.w pun memberi salam ,
dan setelah salam dijawab oleh Nabi Yusuf a.s . Nabi Yusuf mempersilakan Nabi Muhammad
s.a.w masuk dan mendoakan kesejahteraan untuk Baginda .
Di Langit Keempat Disambut Oleh Nabi Idris a.s
Dari langit ketiga , Nabi Muhammad s.a.w dan Malaikat Jibril a.s menaiki miraj dan
terus ke langit keempat pula sebagaimana di langit-langit sebelumnya , malaikat pengawal
langit keempat melakukan soal-siasat apabila Jibril a.s mengetuk pintu untuk masuk .
Di sini Rasulullah s.a.w bertemu dengan Nabi Idris a.s , dan Nabi Idris mendoakan
kesejahteraan untuk Nabi Muhammad s.a.w setelah mempersilakan Nabi Muhammad s.a.w
masuk ke langit keempat.
Di Langit Kelima Di Sambut Oleh Nabi Harun a.s
Di langit kelima Nabi Muhammad s.a.w bertemu dengan Nabi Harun a.s. yang
berjanggut hitam bercampur putih. Panjang janggutnya hingga ke pusat. Ketika itu Nabi
Harun a.s sedang bercerita dikelilingi teman-temannya daripada Bani Israil .
Nabi Muhammad s.a.w memberi salam kepada Nabi Harun a.s walaupun belum mengenali
orang yang ditemui itu . Nabi Harun a.s mempersilakan Nabi Muhammad s.a.w masuk dan
mendoakan kesejahteraan untuknya .
Apabila ditanya oleh Rasulullah s.a.w siapakah orang yang baru ditemui , Malaikat Jibril pun
memberitahu bahawa itulah Nabi Harun bin Imran , orang yang amat disegani oleh kaumnya .
Setelah itu , Nabi Muhammad s.a.w bersama Jibril meneruskan perjalanan ke langit keenam.

13 | P a g e

Di langit keenam disambut oleh Nabi musa a.s


Selepas melakui proses Tanya jawab dengan malaikat pengawal,rasullullah s.a.w.
diizinkan masuk ke langit keenam.disini Nabi s.a.w. mendapati ada ramai Nabi.ada Nabi
yang disertai beberapa Nabi.masing-masingdiiringi sekelompok pengikutnya.
Nabi s.a.w. bertanya kepada Jibril a.s.:siapakah mereka ituitulah Nabi musa bersama
kaumnyaterang Jibril a.s. dan menyambung katadan cuba angkat kepalamu dan lihatlah ke
atas
Nabi pun mengangkat kepala keatas dan dilihatnya ramai manusia yang tak tekira jumlahnya
disana sini tidak terkira jumlahnya di ruang angkasa.itulah umatmu,selain daripada mereka
ada lagi daripada umatnya yang akan masuk syurga tanpa hisab iaitu seramai 70,000 orang

Di langit ketujuh di sambut oleh Nabi Ibrahim Khalilullah


Setelah bertemu dengan Nabi musa a.s.,Nabi Muhammad s.a.w meneruskan mikrajnya
menuju menuju ke langit ketujuh.
Setelah mengetuk pintu langit ketujuh dan dipersilakan masuk oleh malaikat pengawal,Nabi
s.a.w. bertemu dengan Nabi Ibrahim khalilullah yang sedang bersandar di kerusi emas di
muka pintu syurga Nabi Ibrahim menghadap kea rah baitul makmur(tempat ibadat para
malaikat)ditemani beberapa orang disisinya
Nabi Muhammad s.a.w. member salam dan Nabi Ibrahim a.s menjawab salam diikuti dengan
ucapan selamat dating untuk Nabi s.a.w.8

8 Isra dan Miraj Antara yang Tersurat dan Tersirat


14 | P a g e

Peristiwa Di Baitul Makmur


Nabi Muhammad s.a.w memasuki Baitul Makmur ditemani orang-orang yang berbaju putih ,
manakala yang berbaju kelabu tunggu di luar Baitul Makmur . Tetapi , mereka juga tergolong
dalam orang yang selamat dan bahagia .
Di Baitul Makmur tidak putus-putus malaikat yang berkunjung tidak kurang dari 70,000
orang sehari sehingga kiamat . Baitul Makmur terletak tepat diatas Kaabah.9

9 Peristiwa Isra dan Miraj


15 | P a g e

Peristiwa Di Sidratul Muntaha


Dari langit ketujuh ini , Baginda dibawa pula naik ke Sidratul Muntaha . Disini lah tempat
pahala amal manusia yang naik dari bumi berhenti . Pemandangan disini Maha indah
berbanding di Bumi .
Wajah Malaikat Jibril
Di sini , Baginda telah melihat wajah dan rupa bentuk sebenar Malaikat Jibril a.s .
Dalam satu riwayat , Baginda menyatakan Jibril a.s memiliki 600 sayap . Setiap sayap boleh
menutupi ruang angkasa dan daripada sayap-sayap inilah jatuhnya permata mutu manikam
yang indah tak terperi .
Memberi Hutang Banyak Pahala
Pada salah satu pintu syurga , Nabi Muhammad s.a.w melihat satu tulisan yang
berbunyi Satu Sedekah Dibalas Sepuluh Kali Ganda . Lalu baginda bertanya kepada Jibril
a.s .
Mengapakah memberi hutang lebih baik daripada member sedekah?
Lalu Jibril menjawab Sebabnya ialah kerana orang yang meminta sedekah , dia masih
mempunyai sesuatu, tetapi orang yang berhutang memang kerana amat memerlukan, memang
tidak memiliki apa-apa lagi dan malu pula untukl meminta-minta sahaja
Keindahan Syurga
Rasulullah s.a.w berjalan di dalam syurga , didapatinya ada beberapa sungai . Sungai
air susu yang lazat , sungai arak yang menyegarkan peminumnya dan sungai madu yang
jernih dan manisnya . Sesungguhnya , syurga amat sukar untuk diungkapkan kerana ia amat
maha cantik tak terperi .
Nabi Melihat Neraka Amat Dasyhat
Setelah itu , Nabi Muhammad s.a.w diperlihatkan pula akan neraka jahanam tempat
manusia dicampakkan yang timbangan dosa nya lebih berat dari pahala . Di situ Nabi
Muhammad s.a.w bertemu Malaikat Malik a.s , malaikat penjaga neraka yang sentiasa masam
mukanya dan memberungut.

16 | P a g e

Peristiwa Di Arasy
Perintah Sembahyang Fardhu
Di sinilah Nabi Muhammad s.a.w menghadap Allah sw.t. Baginda bersujud dihadapan
Allah dan Allah s.w.t menanyakan kepada Nabi Muhammad s.a.w tentang kemahuannya.
Tetapi Nabi Muhammad s.a.w tidak terus memohon tetapi menceritakan anugerah-anugerah
kepada nabi-nabi sebelumnya. Nabi Muhammad s.a.w telah menceritakan mengenai Nabi
Ibrahim , Musa , Daud , Sulaiman , Isa .
Lalu Allah s.w.t menjawab aku telah jadikan kau sebagai kekasih-Ku .
Aku telah kurniai engkau Telaga Kauthar. Dan kau telah Ku anugerahi delapan bahagian
iaitu Islam , Hijrah , Jihad , Siddiq , Puasa di bulan ramadhan , Amar Makruf , Nahi Mungkar,
dan yang terakhir ialah bahawa sejak Aku ciptakan langit dan bumi ini telah Kuwajibkan
kepadamu dan umatmu 50 kali sembahyang , hendaknya ditepati sebagaimana mestinya .
Nabi Muhammad s.a.w turun semula ke Sidratul Muntaha sebaik tamat Allah s.w.t.
berfirman.
Nabi Musa Suruh Nabi Muhammad s.a.w Minta Kurangkan Sembahyang Fardhu
Dari Sidratul Muntaha Jibril a.s membawa Nabi Muhammad s.a.w untuk turun semula
ke dunia . Dalam perjalanan Nabi Muhammad s.a.w bertemu semula Nabi Ibrahim tetapi
Nabi Ibrahim tidak berkata apa-apa . Tetapi ketika Nabi Muhammad s.a.w berjumpa Nabi
Musa , Nabi Musa telah bertanyakan tentang perbualan yang telah berlaku antara Nabi
Muhammad s.a.w dengan Allah s.w.t . Lalu Nabi Muhammad s.a.w menjawab , selesai sahaja
Nabi Muhammad s.a.w menjawab , Nabi Musa pun menyuruh Nabi Muhammad s.a.w naik
semula ke Arasy untuk memohon dikurangkan solat . Ini kerana , Nabi Musa juga telah
menguji kaum yang terdahulu , kaum yang lebih gagah , lebih besar , hatinya lebih besar dari
umat Nabi Muhammad s.a.w tetapi mereka tidak dapat melaksanakannya. Lalu Nabi
Muhammad s.a.w pun naik ke Arasy dan meminta Allah s.w.t kurangkan jumlah solat
fardhu. Allah s.w.t memperkenankan permintaan Nabi Muhammad s.a.w dan solat fardhu
hanya 45 kali sahaja. Tetapi Nabi Musa menyuruh Nabi Muhammad s.a.w naik semula untuk
dikurangkan lagi .

Allah Kurangkan Hingga Tinggal Lima Waktu Sahaja


17 | P a g e

Nabi Muhammad s.a.w naik dan turun Arasy sebanyak 9 kali , dan setiap permintaan
Baginda untuk dikurangkan jumlah solat fardhu diperkenankan sehingga jumlah solat fardhu
cuma sebanyak 5 kali sehari semalam sahaja . Tetapi setelah Baginda turun dari Arasy ,
Baginda berjumpa dengan Nabi Musa dan menyatakan apa yang berlaku . Nabi Musa tetap
menyuruh Nabi Muhammad s.a.w berjumpa Allah s.w.t untuk dikurangkan , tetapi Baginda
malu kerana sudah banyak kali dia berulang alik dan memohon kepada Allah s.w.t . Nabi
Muhammad s.a.w telah menerimanya dengan redha .
Dalam keadaan demikian , terdengarlah satu suara Aku telah tugaskan satu kewajipan dan
cukup sudah Aku ringankan tugas itu kepada hamba-hamba Ku
Mendengar sahaja suara itu , Nabi Musa pun mempersilakan Nabi Muhammad s.a.w turun .
Rasulullah pun turunlah diiringi Jibril a.s 10

10 Peristiwa Isra dan Miraj


18 | P a g e

Turun Semula Ke Dunia


Pesan Malaikat Supaya Berbekam
Dalam perjalanan turun itu , setiap kali Nabi Muhammad s.a.w bertemu dengan malaikat .
Nabi Muhammad s.a.w disambut dengan penuh hormat dan mereka berpesan kepada Nabi
supaya suka berbekam .
Mengapa Malaikat Malik Tidak Ketawa
Dalam perjalanan turun seterusnya Nabi Muhammad s.a.w bertanya kepada Jibril a.s
kenapa Malaikat Malik menjawab salam dengan hormat , menyambut dengan baik tetapi
kenapa tidak ketawa . Lalu , Jibril a.s menjawab Itulah Malaikat penjaga neraka. Memang
dia tidak pernah ketawa sedikitpun semenjak dijadikan Tuhan . Seandainya dia akan ketawa
kepada seseorang , tentu kepadamu dia akan ketawa.
Asap Berkepul, Suara Bergaduh
Setibanya di langit dunia , Nabi terlihat asap berkepul-kepul nun jauh di bawah diikuti
dengan suara bergaduh beramai-ramai lalu Baginda pun bertanya kepada Jibril apa yang
berlaku . Jibril a.s pun menjawab Itulah syaitan-syaitan yang sedang berkerumun pada
pelupuk mata manusia sehingga manusia buta tidak dapat memikirkan kebesaran dan
keajaiban Allah s.w.t di langit dan di bumi. Jika tidak demikian , tentu manusia akan dapat
melihat keajaiban-keajaiban dan keanehan ciptaan Allah.11

11 Peristiwa Isra dan Miraj


19 | P a g e

Tiba di Masjidil Aqsa Sebelum Balik ke Mekah


Kafilah , Unta Patah Kaki Dan Unta Hilang
Nabi Muhammad s.a.w bersama Malaikat Jibril a.s tiba Baitul Maqdis menjelang subuh,
ketibaan mereka disambut dengan laungan azan subuh dan para nabi telahpun berkumpul di
situ .Nabi Muhammad s.a.w pun menjadi imam seperti sebelum di Miraj kan . Selasai sahaja
sembahyang , Rasulullah s.a.w. menaiki semula Buraq berangkat ke Mekah
Dalam perjalanan, Nabi s.a.w. bertemu dengan kafilah (kumpulan unta berjalan beriringan)
kepunyaan suku kaum Quraisy. Seekor daripada unta itu membawa dua pundi-pundi satu
putih dan satu lagi hitam. Sebaik Nabi s.a.w. memintasnya, unta itu terkejut lalu tersungkur
sehingga patah kakinya.
Selepas itu Nabi s.a.w. bertemu pula kafilah lain yang kehilangan seekor unta. Rasulullah
memberi salam kepada pengembala kafilah ini. Mereka bercakap antara satu sama Ini
seperti suara Muhammad, ujar mereka.

12

12 Peristiwa Isra dan Miraj


20 | P a g e

Allah Bantu Buktikan Israk


Pagi-pagi lagi Rasulullah s.a.w sudah sampai semula di Mekah . Baginda duduk termenung
seorang diri kerana hatinya gundah-gulana memikirkan bagaimana mahu menyampaikan
berita perjalannya malam tadi . Ketika sedang termenung , Abu Jahal datang dan menegur
Rasulullah s.aw dan menanyakan apa yang sedang ditenungkannya . Lalu Baginda
menceritakan kisah Baginda di Isra kan , tetapi Abu Jahal tidak percayakan kata-katanya .
Abu Jahal mengundang suku Kaab dan Luai , maka berceritalah Baginda seperti
sebelumnya . Masih ramai tidak mempercayainya , ada yang mentertawakan , bertepuk
tangan dan memegang kepala kehairanan . Tetapi hanya Saidina Abu Bakar As-Siddiq sahaja
yang mempercayai semua kata-kata Baginda . Sebahagian daripada umatnya menyatakan
soalan-soalan untuk mendapatkan kepastian , mereka bertanya kan gambaran Masjid Al-Aqsa
. Bagaimanapun Baginda tidak dapat menceritakan keadaan masjid itu dengan sempurna ,
tetapi Allah s.w.t Maha Mengetahui . Tiba-tiba Nabi Muhammad s.a.w nampak jelas
gambaran masjid Al-Aqsa dihapannya , dan berjaya menjawab soalan-soalan yang
dikemukan oleh umatnya yang tidak mempercayai Baginda . Akan tetapi , Baginda di minta
menceritakan tentang kafilah yang sedang dalam perjalanan ke Baitul Maqdis . Nabi
Muhammad s.a.w pun menceritakan tentang penemuan kafilah yang dimaksudkan . Orang
ramai yang tidak puas hati dan sengaja mencari kesalahan Baginda dan terus mengemukakan
pelbagai perkara mengenai Masjidil Aqsa dan kafilah kafilah yang ditemui dalam
perjalanannya . Dengan kuasa Allah , Nabi Muhammad s.a.w membuat perkiraan bahawa
kafilah kafilah yang diceritakan akan sampai pada waktu tersebut . Akhirnya , kafilah kafilah
yang diceritakan pun sampai mengikut perkiraan Baginda dan peristiwa-peristiwa yang
dihadapi oleh kafilah yang diceritakan oleh Nabi Muhammad s.a.w benar belaka apabila
diselidik oleh orang-orang yang tidak percaya kepada Nabi Muhammad s.a.w . Dengan
jawapan Rasulullah s.a.w yang tepat , maka orang-orang yang beriman kepada Allah s.w.t
bertambah kuat imannya dan yakin apa yang berlaku ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad s.a.w itu . 13

13 Peristiwa Isra dan Miraj


21 | P a g e

Penutup
Alhamdulillah , bersyukur kami ke hadrat Illahi atas keizinanNya dapat menyiapkan tugasan
ini dengan sempurna . Begitu juga kepada kedua ibubapa kami yang menyalurkan dana untuk
menyiapkan tugasan dan member kami semangat . Tidak lupa juga kepada pensyarah kami
Encik Zulkefli Bin Ahmad yang sudi membantu , membetulkan salah silap kami sepanjang
membuat tugasan dan mencurahkan ilmu-ilmu yang amat bermanfaat pada masa sekarang
dan juga akan datang .
Sesungguhnya , kami hanyalah insan yang tidak mempunyai ilmu yang luas . Dengan
menyiapkan tugasan ini , kami dapat menambah ilmu dan mengenali salah satu sejarah islam
yang penting . Melalui tugasan ini , kami baru sedar bahawa Islam ini agama yang mudah dan
tidak membebankan hambanya . Kami menyedari betapa besar pengorbanan junjungan besar
kita Nabi Muhammad s.a.w sanggup bersusah payah menahan malu meminta dikurangkan
dari pada 50 solat fardhu kepada 5 solat fardhu sehari semalam sahaja dihadapan Allah s.w.t .
Pengajaran daripada tugasan ini juga telah mengajar kami untuk sentiasa mengingati Allah
s.w.t sepanjang waktu walaupun dimana jua kita berada . Sepertimana , Baginda menunaikan
solat sunat dua rakaat di sepanjang tempat persinggahan Baginda ketika di Miraj kan .
Selain itu , kami juga dapat mengetahui doa membunuh jin Ifrit yang diajar Jibril
kepada Nabi Muhammad s.a.w . Melalui tugasan ini juga , kami dapat tahu bahawa dunia ini
sudah uzur dan kiamat semakin hampir . Oleh itu , kita perlulah mendekatkan dan
mengabdikan diri kepada Allah s.w.t dan memohon keampunan kepadaNya. Peristiwa
peristiwa sepanjang perjalanan Isra dan Miraj telah memberi teladan dan pengajaran yang
baik kepada kami .
Akhir kata daripada kami , kami ingin memohon maaf sekiranya sepanjang kami
menyiapkan tugasan ini terdapat kesilapan kerana sesungguhnya kami hanyalah hamba Allah
yang kerdil dan tidak sempurna . Yang baik itu datangnya daripada Allah , dan yang buruk itu
datangnya daripada kesilapan kami sendiri. Sesungguhnya hidup ini hanyalah sementara,
maka kita hendaklah memohon keampunan kepada Allah s.w.t kerana Nabi Muhammad s.a.w
yang maksum itu juga sentiasa bertaubat , melakukan solat sunat tanpa kira masa dan waktu
inikan kita hamba yang belum tentu sempurna amalannya dan tanpa kita sedar atau tidak
sedar .

22 | P a g e

Rujukan
Haji Hamidon Bahari , 2002 , Penerbitan Al-Jauhar , Peristiwa Israk & Mikraj
Azlan Abd Rahman , 2000 , Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. , Israk dan
Mikraj Antara Yang Tersurat dan Tersirat
Zulkifli Muhammad Yusoff , 2006 , PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. ,
Biografi Muhammad Bin Abdullah

23 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai