Anda di halaman 1dari 26

TOPIK PERBINCANGAN

Takrif Ulumul Hadis


Sejarah Ulumul Hadis
Kepentingan Ulumul Hadis
Istilah-istilah penting Ulumul Hadis :-




Maksud Ulum adalah jama kepada ilmu.
Hadis dari sudut bahasa :-
Bermaksud baru
Dari sudut istilah :-
Perkataan, perbuatan, taqrir dan sifat yang disandarkan
kepada Nabi Muhammad SAW.
Ulumul Hadis, menurut Imam Izzuddin mentakrifkannya
sebagai satu ilmu yang disusun dengan beberapa cara dan
peraturan untuk mengenali keadaan sanad dan matan
sesebuah hadis.
Ia meliputi perkara yang berkaitan dengan sanad dan
matan dari aspek kesinambungan periwayatannya
hinggalah kepada menentukan darjat dan martabat
sesebuah hadis Nabi.
Ilmu ini dikenali sebagai Ilmu Mustolahul Hadis.



Zaman Rasulullah SAW :-
Selepas kewafatan Rasulullah SAW, kerajaan Islam
telah berpindah kepada Khulafa Baginda dan muncullah
musuh dalam selimut Islam. Ibnu Sirin berkata, sebelum
ini mereka tidak bertanyakan tentang sanad. Ketika
mana berlakunya fitnah, mereka berkata sebutkan nama
perawi hadis yang kamu riwayatkan ini. Sekiaranya
perawi itu dr golongan sunni, maka hadisnya diambil,
dan sekiranya dari golongan bidah, maka hadisnya
ditolak. Ini adalah kerana Rasulullah SAW bersabda
Barang siapa menipu atas namaku, maka tersedialah
tempatnya di dalam api neraka. Berdasarkan perkara
itu, para ulama berjaga-jaga dgn menyelidiki sifat-sifat
perawi. Maka muncullah ilmu Jarah wa Tadil.

Ilmu Rijal
Imam Ibn As-Syihabi
(Pengumpul Hadis Pertama)
Ilmu Mustolah Al-Hadis
Ilmu Ilal Al-Hadis
Al-Masanid
Kitab Hadis Pertama (Al-Muwatto)
Imam Malik
Ummahat Al-Kutub Al-Hadisiah
Ilmu Mukhtalaf Hadis
Ilmu Takhrij
Ilmu Ghorib Al-Hadis
KEPENTINGAN ULUMUL HADIS
Memelihara semua hadis daripada
bercampur aduk dengan bahan-
bahan yang bukan hadis yang
sengaja direka oleh musuh Islam.
Untuk membezakan darjat-darjat
hadis bagi penetapan hukum
berdasarkan hadis atau sunnah.
Membersihkan fikiran umat Islam
daripada segala macam bentuk
kepercayaan dan amalan khurafat
melului penelitian setiap hadis Nabi.
Menurut Abu Al-Baqa, Hadis bermaksud pemberitahuan
atau perkhabaran atau laporan atau cerita atau berita
atau perkataan.
Firman Allah Taala dalam Surah At-Thur, ayat 34 :-



Maksudnya :
34. (kalau tidak) maka hendaklah mereka
membuat dan mendatangkan kata-kata (yang
fasih dan indah) seperti Al-Quran itu, jika betul
mereka orang-orang Yang benar dakwaannya.


Firman Allah Taala dalam Surah An-Nisa ayat 87 :-



Maksudnya :-
87. Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah)
melainkan dia. Sesungguhnya ia akan
menghimpunkan kamu pada hari kiamat, (hari)
Yang tidak ada syak padanya. dan siapakah pula
Yang lebih benar perkataannya daripada Allah?


Dalam Sahih Bukhari, Kitab Ar-Riqaq, No. 51, Abu Hurairah
RA datang bertemu dengan Rasulullah SAW dan bertanya
tentang orang yang paling bertuah mendapat syafaat
Baginda pada hari kiamat, maka Baginda pun menjawab :-


Sesungguhnya sedia maklum bahawa tidak ada
seorang pun yang akan bertanya berhubung
dengan hadis ini lebih awal daripada Abu Hurairah
kerana kesungguhan Beliau mempelajari Hadis.
Manakala Ayub Bin Musa Al-Husaini Al-Qorini Al-Kufi atau Abu
Al-Baqa pula berpendapat, Hadis ialah satu istilah bercerita
atau menghabarkan atau juga memberitahu apa yang
disandarkan kepada Rasulullah dari segi perkataan, perbuatan
dan juga ikrarnya.
Menurut Zamakhsyari, ia dinamakan sebagai Hadis kerana
ketika meriwatkan Hadis, seseorang itu mengatakan :-

( )

Sebahagian ulama menterjemahkan Hadis sebagai


baharu iaitu lawan bagi qodim yang bererti sedia ada
(Al-Quran).
Kata Ibnu Hajar As-Qalani melalui Kitab Fathul Bahri,
hadis bermaksud apa sahaja yang dinisbahkan kepada
Rasulullah SAW. Ini bermakna, apa yang dimaksudkan
kepada Hadis adalah berlawanan dengan Al-Quran
kerana ia adalah qodim (sedia ada).
Huraian ini menggambarkan kebanyakan ulama
mengambil sikap yang lebih wara sehingga tidak mahu
menyandarkan istilah Hadis kepada kitab Allah dan tidak
mahu menggantikan kitab Allah dengan Hadis Nabi.
Dalam Sunan Ibnu Majah, ada satu riwayat hadis yang
diriwayatkan oleh Abdullah B. Masud, bahawa
Rasulullah SAW bersabda :-



Sesungguhnya kedua-duanya ialah kata-kata
(kalam) dan petunjuk maka sebaik-baik kalam
ialah kalam Allah dan sebaik-baik petunjuk ialah
petunjuk Muhammad
Sedangkan kebanyakan kitab-kitab Sunnah meriwayat
hadis tersebut dengan lafaz

Sesungguhnya sebaik-baik hadis ialah Kitab Allah



Terdapat Ulama yang keberatan untuk menyandarkan
perkataan Hadis kepada Kitab Allah yang qodim itu.
Sunnah dari sudut bahasa ialah perjalanan sirah sama ada
yang baik atau jahat.




Barang siapa yg membuat suatu jln kebajikan maka
baginya pahala dan pahala orang yang
melakukannya selepasnya tanda mengurangkan sedikit
pun drpd pahalanya. Brg siapa yg membina jln
kejahatan baginya dosa dan jg bagi org yang
melakukannya tanpa mengurangkan sedikit pun
daripada dosa-dosanya.
Sekiranya dirujuk kpd Nabi Muhammad SAW, sunnah
ialah kebiasaan atau amalan Nabi Muhammad SAW
lawannya adalah bidah.
Sunnah ialah apa-apa yang dihubungkaitkan dengan diri
Rasulullah SAW sama ada perintah, larangan atau
keizinannya sepanjang hidup baginda.
Para Ulama usul membahagikan Sunnah kepada 2
bahagian :-
1. Sunnah Al-Huda - Perjalanan hidup Rasulullah yg
bbentuk ibadat atau syariat yg jika tidak dilakukan akn
merosakkan Sunnah atau syiar Islam spt solat jemaah,
azan, iqamat dan sbgainya.
2) Sunnah Az-Zawaid bererti perjalanan hidup yang
berupa amalan tambahan bertujuan untuk
menyempurnakan atau mengelokkan syiar Islam spt cara
makan, berpakaian, berjalan, duduk dan sebagainya.
Ahli Hadis menyatakan bhw Sunnah adalah segala yg
disandarkan kpd Rasulullah SAW sama ada perkataan,
perbuatan, atau taqrir sebelum kebangkitan Nabi atau
sesudahnya. Ahli Hadis menyamakan pengertian Sunnah
dengan pengertian hadis.
Menurut Ulama Feqah, Sunnah ialah apa2 yg diberi
pahala kerana menunaikannya dan tdk mendapat apa2
sekiranya diringgalkan.

Khabar dari segi bahasa bererti berita, perkhabaran atau
cerita.
Khabar ialah segala apa yg disandarkan kpd Nabi
Muhammad dalam segala aspek kehidupan dirinya yang
diceritakan daripada seorang kepada orang lain dan
drpd generasi ke generasi yang lain.
Para Ulama Hadis :- sesuatu yg
didatangkan/bersemberkan selain drpd diri Rasulullah
SAW. Mereka yg menceburkan diri dlm hadis dinamakan
sebagai Muhaddis dan yg menceburkan diri dlm bidang
tarikh atau seumpamanya dinamakan sebagai Akhbari.
Namun begitu, sebahagian besar Ahli Hadis
menyamakan Khabar dengan Hadis dari segi takrif
bahasanya mahupun dari segi sandarannya iaitu marfu,
mauquf, dan maqto.
Athar dari segi bahasa ialah kesan atau peninggalan.
Menurut Imam Nawawi, Athar ialah apa-apa yg
diriwayatkan sama ada dari Rasulullah, atau juga dari
sahabat.
Dalam pengertian yang lebih terbuka, Athar ialah
perkataan, perbuatan, sifat dan iqrar yang disandarkan
kepada Rasulullah SAW, para sahabat dan para tabien.
Sanad berasal dari kata dasar Sanada, Yasnudu yg
bermaksud sandaran, atau tempat bersandar atau
tempat berpegang atau yang dipercayai atau yang sah.
Menurut istilah :-

Sanad ialah satu rantaian para perawi yang
bersambung kepada matan hadis.
(Tasyir Mustolahul Hadis)

Berita tentang jalan matan.
Sanad ialah susunan atau rangkaian orang-orang yang
menyampaikan hadis sehingga sampai kepada
Rasulullah SAW.
Contohnya :-

Dari Ishaq b. Ibarahim, dari Muhammad b. Yahya b. Abi
Umar dan Muhammad b. Basyar, semuanya berasal dari
As-Thaqofi, katanya, Ibnu Abi Umar berkata Abdul
Wahab menceritakan kepada aku dari Ayub dari Abi
Qilabah, dari Anas, dari Nabi SAW, sabdanya...
Hadis Riwayat Muslim
Matan dari segi bahasa bermaksud tanah yang tinggi.
Matan menurut istilah ialah :-

Lafaz-lafaz hadis yang mengandungi makna-
makna tertentu. (Al-Ajjaj, Usulul Hadis, As-Suyuthi)


Suatu kalimat yg menjadi tempat berakhirnya
sanad.
Contohnya :-



Tidak sah solat seseorang yang tidak membaca
Surah Al-Fatehah.
(Hadis Riwayat Muslim)
Dari sdt bahasa : berasal drpd Isim Maful Asnad yang
bererti menyandarkan dan menisbahkan sesuatu padanya.
Dari sudut istilah, ada tiga, iaitu :-
- Kitab2 yg mengumpulkan riwayat2 sahabat secara
berasingan.
- Hadis Marfu muttasil (bersambung sanadnya)
- Mempunyai makna yg sama dengan sanad (Perkataan
Musnad adalah Masdar Mimi)



Seorang yang meriwayatkan hadis dengan bersanad sama
ada dia memahaminya atau tidak.
Merupakan gelaran yang ditujukan kepada mereka yang
menguasai ilmu dirayah dan riwayah, mendalami
kecacatan dan sanad sesuatu hadis dan juga menghafal
sekurang-kurangnya 100 buah hadis serta mengetahui
perawi hadis dan riwayat yg ada pd zamannya.



Menghafal hadis sekurang-kurangnya 100 000 hadis
beserta sanad dan matan.
Seorang yang lebih tinggi kedudukan daripada muhaddith
iaitu pengetahuannya terhadap riwayat dalam setiap tabaqat
lebih banyak daripada yang tidak diketahuinya.
Contoh Al-Hafiz :-
- Imam Al-Khatib Al-Baghdadi
- Ibnu Hajar Al-Asqolani
- Imam Az-Zahabi
- Al-Iraqi
- Ibnu Daqiqil

Anda mungkin juga menyukai