Anda di halaman 1dari 6

Kaedah penyiasatan Sains adalah segala apa yang ada disekeliling kita.

Hampir segala-galanya di dalam kehidupan kita adalah berkait rapat dengan sains.Sains (science) bermaksud 'tahu/untuk mengetahui' (to know) dalam bahasa Latin. Tujuan penyelidikan saintifik (scientific investigation) dan penyiasatan dilakukan adalah untuk mengetahui tentang bagaimana sesuatu kejadian itu berlaku berdasarkan pemahaman yang berasaskan bukti (evidence-based understanding) yang nyata. Pengetahuan saintifik membantu kita dalam membuat banyak penemuan yang telah mengubah cara hidup kita.Para saintis akan sentiasa tertanya-tanya tentang perkara-perkara atau kejadian yang berlaku dalam alam semula jadi ini. Mereka memerhatikannya dan bertanyakan soalan tentang perkara-perkara atau kejadian tersebut. Seterusnya mereka mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut. Salah satu cara untuk mendapatkan jawapan tersebut adalah dengan untuk menjalankan penyiasatan dan penyelidikan saintifik. Dengan cara ini, mereka akan mendapat jawapan kepada segala persoalan-persoalan yang ingin diketahui, serta meningkatkan lagi ilmu pengetahuan mereka tentang sains. Kaedah ini juga digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran sains untuk pelajar. Antara langkah-langkah yang dijalankan semasa menggunakan kaedah penyiasatan ialah: 1. Buat pemerhatian (making observation) tentang sesuatu kejadian / masalah / persoalan. 2. Mengenal pasti masalah tersebut (identifying the problem). 3. Mengenal pasti sebarang kemungkinan yang menyumbang kepada permasalahan tersebut (identifying the variables). 4. Membuat hipotesis (making a hypothesis). 5. Membuat perancangan penyelidikan/penyiasatan investigation). 6. Menjalankan penyelidikan/penyiasatan (carrying out the investigation). 7. Mengumpul data (collecting data). 8. Menganalisis dan mentafsir data (analysing and interpreting data). 9. Membuat kesimpulan (making a conclusion). 10. Menulis laporan (writing a report) tentang penyelidikan saintifik yang dijalankan. (planning the the

Kaedah eksperimen Kaedah eksperimen merupakan aktiviti merancang, memanipulasi pembolehubah, dan menguji keputusan. Mengeksperimen adalah aktiviti yang menggabungkan semua kemahiran proses sains. Ianya bermula dengan merancang penyiasatan, bermula dengan membina hipotesis dan menyatakan pembolehubah yang dimanipulasi, bergerak balas, dan malar. Seterusnya membentuk kaedaha mengumpul maklumat diikuti dengan pelaksanaan mengumpul data, mantafsir maklumat, menerangkan hasil eksperimen dan membuat kesimpulan atau keputusan. Salah satu kedah penyelidikan yang digunakan secara meluas dalam bidang pendidikan ialah kaedah eksperimen. Ianya mula digunakan dalam pertanian dan perubatan untuk menguji keberkesanan jenis rawatan seperti ubatan,kaedah dan prosedur terhadap pesakit dan tumbuhan. Eksperimen dijalankan dalam keadaan penyelidik memerhati fenomena yang wujud akibat sesuatu tindakan dalam situasi terkawal( Kerlinger 1973). Contohnya penggunaan kaedah inkuiri dalam matapelajaran pendidikan kesihatan di kalangan murid sekolah rendah dan sejauh mana ia dipertingkatkan pada pemikiran aras tinggi. Eksperimen direka khusus untuk melihat kesan sesuatu tindakan atau rawatan yang diperkenalkan dan fenomena yang wujud seperti markah ujian, atau tingkah laku pelajar di dalam kelas. Pemerhatian dibuat dalam situasi yang terkawal iaitu faktor-faktor yang mungkin mempengaruhi fenomena yang wujud di singkirkan. Hasil eksperimen akan disebarkan melalui laporan amali yang mengandungi maklumat seperti berikut: Penyataan masalah atau kajian Penyataan hipotesis yang diuji Penyataan tentang pembolehubah Penerangan langkah-langkah eksperimen Jadual merekod maklumat Graf berkaitan Penyataan yang menghubung kait antara pembolehubah Perbandingan antara dapatan eksperimen dengan hipotesis untuk kenalpasti hipotesis diterima atau disangkal.

Kaedah demonstrasi Demonstrasi merupakan satu cara untuk melatih pelajar untuk memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur. Demonstrasi melibatkan guru atau seseorang individu menunjuk cara di hadapan kelas untuk menunjukkan sesuatu cara atau langkah. Pelajar akan memerhati, mendengar penerangan dan melihat sebelum aktiviti yang sama dilakukan oleh mereka. Dalam proses demonstrasi terdapat komunikasi lisan yang lansung tentang maklumat daripada guru kepada pelajar. Biasanya teknik ini adalah interaktif kerana guru dan pelajar sama-sama terlibat dalam persekitaran pembelajaran kolaboratif. Ianya juga satu kaedah pengajaran yang bertujuan memberikan peluang kepada pelajar agar benar-benar memahami perkara yang hendak dipelajari setelah melihat prosedur yang ditunjukkan. Setelah memerhati pelajar akan melibatkan diri dengan mencontohi perlakuan. Dengan ini penguasaan konsep dan prinsip akan lebih mudah. Di samping itu juga ia dapat meningkatkan ingatan pelajar terhadap langkah-langkah sesuatu pelaksanaan atau eksperimen. Demonstrasi boleh digunakan untuk menunjukkan sesuatu isi atau prosedur secara berkesan, menimbulkan minat dalam sesuatu topik, menyediakan model kemahiran mengajar dan mengubah kadar pembelajaran pelajar. Untuk menjalankan demonstrasi dengan berkesan, guru seharusnya merancang objektif dan kandungan demontrasi tersebut dengan teliti. Penerangan yang jelas semasa tentang demonstrasi perlu untuk supaya pelajar dapar memerhati apa-apa yang ditunjukkan. Oleh itu bahan dan radas hendaklah disediakan sebelum aktiviti dilakukan. Semasa aktiviti guru harus memastikan pelajar menumpukan perhatian dan mengajukan soalan-soalan bagi memperoleh maklum balas tentang pemahaman mereka terhadap aktiviti yang dijalankan. Selepas aktiviti praktis dilakukan, perbincangan tentang perkara-perkara penting dilakukan. Guru membantu pelajar membuat rumusan tentang demonstrasi yang dilakukan. Kaedah demonstrasi ini sesuai untuk pengajaran tarian, lukisan, gimnastik, olahraga, permainan dan menjalankan uji kaji sains.

Kaedah bercerita Cerita merupakan satu susunan kejadian atau peristiwa sama ada benar-benar berlaku atau diciptakan. Bercerita merupakan satu cabang seni yang berperanan penting sebagai sumber hiburan di samping alat pendidikan moral dan nilai dalam kalangan masyarakat. Teknik bercerita bertujuan mencernakan daya kreatif dan imaginasi pelajar, selain melatih pelajar dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa terutamanya kemahiran lisan. Menggunakan teknik ini dapat mengalakkan pelajar berkomunikasi dengan berkesan dari segi sebutan, nada, intonasi dan ekspresi muka. Teknik bercerita untuk menyampaikan pelajaran bukanlah satu perkara baru, malahan cara ini pernah dilakukan oleh orang-orang kita sewaktu menyampaikan sesuatu pengajaran kepada anak-anak mereka. Teknik ini mudah menarik minat anak-anak itu. Keadaan yang sama juga boleh dilakukan semasa guru-guru menyampaikan pelajaran kepada murid-murid . Biasanya murid-murid akan lebih cepat menumpukan perhatian di samping menjadikan pembelajaran itu dalam keadaan yang menyeronokkan. Murid-murid, khususnya di sekolah-sekolah rendah, amat gemar mendengar cerita. Walaupun mereka masih kecil, tetapi apa yang diceritakan kepada mereka itu dapat segera difahami dan kadangkala dapat pula sekaligus memahami maksud cerita itu. Oleh yang demikian, jika murid-murid tadi diberi peluang belajar dalam suasana yang menyeronokkan, pasti proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan.Walau bagaimanapun, guru-guru mestilah sedar bahawa teknik bercerita dan pengajaran cerita adalah dua perkara yang berlainan. Janganlah oleh kerana terlalu seronok bercerita, objektif pengajaran yang sebenar yang hendak disampaikan ketika itu menjadi kabur. Guru perlu ingat, bercerita itu hanyalah sebagai alat untuk menyalurkan isi-isi pelajaran, sedangkan aspek-aspek yang hendak disampaikan itu adalah lebih penting dan seharusnya menjadi tumpuan utama.Cara melaksanakan teknik bercerita itu samalah seperti guru menjalankan pelajaran cerita, tetapi apa yang penting ialah aspek-aspek bahasa yang hendak diajarkan itu seharusnya ada dan terkandung di dalam cerita itu. Penekanan harus dilakukan kepada aspek-aspek tersebut semasa guru bercerita. berlaku

Refleksi Pada semester ini semua peserta kursus major Matematik dikehendaki mengikuti kursus Kurikulum Pedagogi Sains Sekolah Rendah. Dalam kursus ini didedahkan tentang teknik dan kaedah pengajaran Sains di peringkat sekolah rendah. Sepanjang mengikuti interaksi yang dijalankan, saya dan ahli kumpulan dikehendaki menyediakan satu penulisan tentang beberapa kaedah yang terdapat dalam pengajaran Sains iaitu penyiasatan ,eksperimen , demonstrasi dan bercerita. Saya dan ahli kumpulan telah membuat rujukan dari internet dan buku. Melalui rujukan dan pembacaan yang telah dibuat saya dapat mengetahui tentang kaedahkaedah yang digunakan untuk mengajar Sains. Ini sedikt sebanyak dapat menambah pengetahuan dan pengalaman sebagai seorang guru. Di samping itu juga saya dan ahli kumpulan ditugaskan untuk mereka dan menyediakan satu kit pengajaran dan pembelajaran berdasarkan konsep sains mengikut sukatan Sains sekolah rendah. Hasil dari perbincangan yang telah dibuat, kami memilih satu konsep Sains mengenai cahaya iaitu cahaya bergerak lurus. Kit ini bloeh digunakan untuk menerangkan konsep tersebut. Ianya mudah dibawa kemana-mana kerana menggunakan bahan yang mudah dan ringkas. Murid-murid akan dapat melihat dengan jelas tentang ujikaji untuk membuktikan konsep cahaya bergerak lurus. Melalui tugasan yang telah dibuat, diharap saya mendapat satu pengalaman baru di samping menambah pengetahuan tentang Sains memandangkan saya merupakan guru Matematik. Ilmu yang diperoleh akan dapat dimanfaatkan untuk murid-murid di sekolah.

RUJUKAN http://cikgunaza-sains45.blogspot.com/2011/11/kaedah-penyelidikan-saintifik.html http://shomad-shomad.blogspot.com/2010/01/kaedah-penyiasatan-saintifik.html http://peoplelearn.homestead.com/Penyelidikan2/Bab3Eksperimental.html http://kemahiran-sains.blogspot.com/ http://notapismp.blogspot.com/2010/09/teknik-bercerita.html Noriati,A.Rashid,Boon,P.Y,&Sharifah, Fakhriah Syed Ahmad(2009) Murid dan Alam Belajar(Siri Pendidikan Guru). Shah Alam: Oxford Fajar

Anda mungkin juga menyukai