Anda di halaman 1dari 2

105

6.0 PENUTUP
Melaksanakan sesuatu perkara itu bukanlah mudah. Lagi-lagi apabila seorang
bakal guru perlu belajar bagaimana menyediakan Rancangan Pengajaran Harian
(RPH). Hal ini bukanlah hal yang boleh dianggap mudah. Apabila
melaksanakannya barulah tahu betapa susahnya hendak menyediakan RPH
yang bertujuan membantu guru merancang pengajaran dan pembelajaran yang
akan berlaku.
Apabila membuat RPH sudah tentulah akan adanya satu pengajaran.
Pengajaran terbahagi kepada dua jenis iaitu pengajaran mikro dan pengajaran
makro. Pengajaran mikro hanya melibatkan pengajaran kepada terus topik kecil
manakala pengajaran makro melibatkan pengajaran daripada mula hingga
akhirnya. Mengajar seseorang murid itu besar tanggungjawabnya. Jadi, kita
perlulah berusaha mengajar dengan ikhlas dan terbaik.
Seorang guru yang kreatif perlu menyediakan strategi, pendekatan,
kaedah dan teknik pengajaran yang berbeza setiap kali waktu pengajaran. Hal ini
bertujuan supaya anak didik tidak akan berasa bosan dengan cara seseorang
guru itu mengajar dan dengan cara ini juga dapat memberikan kefahaman
kepada murid terhadap sesuatu topik. Kesemua perkara ini melibatkan
kehidupan harian kita. Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik merupakan
perkara yang berbeza yang perlu digunakan ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran.
Selain itu, dalam huraian sukatan pelajaran, terdapat satu komponen yang
penting perlu diberi perhatian. Komponen tersebut ialah komponen kemahiran
bernilai tambah. Dalam kompenan bernilai tambah ini terdapat tujuh pecahan
kemahiran yang perlu diberi perhatian. Kemahiran-kemahiran yang terdapat
dalam kemahiran bernilai tambah ialah kemahiran berfikir, belajar cara belajar,
kajian masa depan, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran
konstruktivisme, kemahiran kontekstual dan kecerdasan pelbagai. Kemahiran-
106

kemahiran ini akan diserapkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Kemahiran ini amat penting untuk diaplikasikan dalam sesi pengajaran.
Secara kesimpulannya, dalam kaedah pengajaran bahasa Melayu
pelbagai perkara perlu diberi perhatian oleh seorang guru. Dari perkara yang
kecil sehingga besar. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas,
pelbagai kemahiran dan strategi yang perlu digunakan agar apa yang
disampaikan oleh seorang guru di hadapan kelas berjaya difahami oleh murid-
murid. Rancangan Pengajaran Harian begitu penting dalam diri seorang yang
bergelar guru sebagai persediaan sebelum mengajar.

Anda mungkin juga menyukai