Anda di halaman 1dari 3

PENGENALAN

Bagi memenuhi kehendak tugasan, saya telah menyediakan satu penulisan


persediaan pengajaran yang merangkumi kesemua aspek penting dalam penulisan
persediaan pengajaran. Ia merangkumi aspek dalam memilih strategi, kaedah dan
teknik pengajaran yang sesuai dengan tahap kebolehan pelajar berdasarkan model
pengajaran dalam pengajaran dan pembelajaran.

Saya telah memilih untuk merangka penulisan persediaan pengajaran bagi


subjek Shariah tingkatan 5SK. Tajuk sembelihan menjadi pilihan saya bagi
pengajaran saya pada 24 Mac 2019 pada jam 11.00 -12.00 am. Bagi memastikan
perjalanan proses pengajaran berjalan lancar, saya harus bersedia dan
mempersiapkan diri dengan merangka penulisan persediaan pengajaran.

“Rancangan kerja harian merupakan susunan perancangan aktiviti dan


tindakan yang akan dilaksanakan guru, dengan bantuan bahan dan peralatan yang
sesuai, dalam proses penyampaian sesuatu unit pelajaran. Ringkasnya, persediaan
mengajar merupakan rancangan mengenai apa yang perlu dilakukan oleh guru dan
murid dalam satu atau dua waktu pengajaran”(Hj Zulkafli, 2009)

Penulisan persediaan pengajaran yang baik perlu mempunyai kesemua


maklumat yang penting. Antaranya butiran am, tajuk pelajaran, objektif, kemahiran
serta bahan bantu mengajar. Saya telah memasukkan butiran-butiran ini ke dalam
penulisan persediaan pengajaran sebelum proses pengajaran itu berlansung. Saya
telah menggunakan beberapa teknik dan pendekatan yang bersesuaian untuk
proses pengajaran yang akan berlangsung selama 45 minit nanti. Teknik dan
pendekatan yang di pilih adalah bersesuaian dengan tahap pengetahuan sedia ada
pelajar.

KEKUATAN

Sepanjang menjalankan pengajaran mikro, saya dapati terdapat beberapa kekuatan


dan kelemahan yang terhasil. Antara kekuatan yang dapat saya kenalpasti adalah
komponen perancangan pengajaran yang baik, pelaksanaan pengajaran dan
sahsiah.

Kekuatan komponen perancangan pengajaran saya terhasil apabila saya


telah menyusun dan merangka teknik pengajaran yang relevan dan bersesuaian

1
dengan tahap kognitif pelajar. Mengenalpasti tahap kemampuan pelajar amatla
penting bagi mengelakkan masalah ketinggalan pelajar yang sederhana atau lemah.

Semasa proses pengajaran mikro dijalankan, saya telah menggunakan teknik


berpusatkan murid dimana murid terlibat secara aktif dalam pembelajaran dan
dibantu oleh bimbingan guru. Selain itu, penerapan nilai murni juga menjadi fakor
kekuatan pengajaran saya. Antara nilai yang berjaya diterapkan ke dalam diri para
pelajar adalah nilai kasih sayang, bekerjasama, amanah dan keberanian.

Selain itu, pengenalan set induksi juga menjadi faktor kekuatan kepada
pengajaran mikro saya. Set induksi saya berupa kepingan-kepingan gambar
membuatkan pelajar teruja untuk mengikuti proses pengajaran secara berterusan. Ia
membuatkan pelajar memberi sepenuh perhatian terhadap pelajaran.

Kekuatan-keukuatan yang diperolehi diatas menjadi bukti bahawa saya


mendapat beberapa kemahiran dalam merancang dan menlaksanakan proses
pengajaran secara berkesan.

PENGALAMAN

Antara kemahiran dan pengalaman yang saya perolehi adalah kemahiran dalam
merancang struktur persediaan pengajaran. Saya merangka dan merancang butiran
am, tajuk pelajaran, objektif, kemahiran serta bahan bantu mengajar yang berkesan
sesuai dengan tahap penguasaan pelajar.

Disamping itu juga, saya dapat menimba ilmu pengetahuan yang baru
berkaitan dengan teknik dan kaedah pengajaran dan model pengajaran. Buktinya
saya telah menggunakan teknik pengajaran berpusatkan pelajar dengan cara
mengadakan pembelajaran melalui permainan iaitu permainan berbentuk manipulatif
dan pembelajaran dalam bentuk perbincangan dalam kumpulan. Model pengajaran
yang digunakan adalah model SIM.

Pengajaran mikro yang dijalankan juga dapat meningkatkan motivasi murid


dalam pembelajaran. Ini kerana penerapan ilmu dan penerapan nilai-nilai murni
kepada para pelajar tidak dilupakan semasa proses pengajan dan pembelajaran
berlansung. Nilai-nilai murni seperti kerjasama, kerajinan, keberanian dan amanah
diterapkan melalui aktiviti yang dijalankan.

2
KELEMAHAN

Kelemahan yang dikenalpasti berlaku dalam pengajaran mikro adalah pelajar


tidak dapat menyelesaikan aktiviti dan tugasan mengikut masa yang ditetapkan
disebabkan kekurangan pengetahuan tentang tajuk yang diajarkan. Tempoh masa
yang diberikan tidak mencukupi untuk menyiapkan tugasan. Namun begitu, ia tidak
menjejaskan keseluruhan proses pengajaran mikro.

LANGKAH PENAMBAHBAIKAN

Antara proses penambahbaikan dalam pengajaran berdasarkan teori-teori


pembelajaran, saya menggunakan teori pembelajaran kognitif. Teori kognitif adalah
teori yang berkaitan dengan proses mental yang melibatkan pengamatan,
pengetahuan dan pemahaman. Ahli-ahli psikologis yang terkenal seperti Kohler,
Koffa, Piaget, Brunner, Ausuble,dan Gagne. Mereka semua berpendapat proses
pembelajaran adalah satu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran yang
tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia.

Menurut teori ini, pelajar memproses maklumat menggunakan struktur


dalaman kognitif dari pelbagai peringkat umur dan kebolehan diri sendiri. Semua
maklumat yang diterima dipadankan dengan makluamat yang sedia ada,
diubahsuai dan disusun semula seterusnya menghasilkan sesuatu maklumat yang
baru.

Peranan teori kognitif dapat diaplikasikan dengan cara; Bahan–bahan


pembelajaran di susun daripada mudah ke susah, memahami pembelajaran lebih
baik daripada menghafaz, pengetahuan sedia ada murid digunapakai dan
disesuaikan dengan pembelajaran yang baru, Isi pelajaran perlu disusun mengikut
pola-pola yang tertentu supaya murid lebih mengingati dan setiap murid mempunyai
perkembangan individu yang berbeza.

PENUTUP

Kesimpulannya, sebagai seorang guru, saya hendaklah peka terhadap setiap


kekuatan dan kelemahan yang terdapat dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Ia penting untuk menambah baik kualiti dan mutu pengajaran yang akan datang. Di
samping itu, teknik dan kaedah pengajaran perlulah diubah suai mengikut
kesesuaian tahap kognitif pelajar.

Anda mungkin juga menyukai