Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN KEMAHIRAN PENGAJARAN MIKRO Menurut Mok Soon Sang (2008), pengajaran mikro ialah suatu teknik pengajaran

dalam masa di antara sepuluh hingga lima belas minit untuk mengajar sesuatu kemahiran pelajaran bagi sekumpulan guru pelatih, biasanya terdiri daripada lima hingga sepuluh orang sahaja. Tetapi Sharifah Alwiah (1986)

mendefinisikan pengajaran mikro ialah satu teknik pengajaran untuk meningkatkan kemahiran pengajaran guru dalam aspek-aspek tertentu seperti set induksi atau motivasi,penyoalan,variasi rangsangan ,penggunaan papan kapur, alat bantuan mengajar,pengukuhan ,penutup dan lain-lain. Pendedahan kemahiran mikro adalah penting kerana pengalaman ini amat berguna dan dapat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Kemahiran mikro membolehkan guru menguasai pengajarannya secara beransuransur, iaitu berperingkat-peringkat. Kemahiran mikro memberi peluang kepada guru pelatih untuk mempraktikkan atau mencubakan teori-teori pembelajaran. Selain itu, ia melatih kecekapan guru pelatih dalam bertutur,menulis dan menyesuaikan diri dengan situasi kelas sebelum memasuki kelas sebenar. Dengan adanya, pengajaran mikro ini guru pelatih boleh mengetahui kekuatan dan kelemahan pengajaran mereka melalui melalui rakaman atau tayangan video yang diambil semasa proses pengajan dan pembelajaran dilaksanakan. Di samping itu, pengajaran mikro ini meningkatkan keyakinan diri guru pelatih untuk menghadapi situasi sebenar. Guru dalam bilik darjah menggunakan berbagai teknik dan kaedah untuk membolehkan murid melakukan proses pembelajaran. Aktiviti pembelajaran

seperti set induksi, penerangan, penyoalan, tunjuk cara, variasi rangsangan, peneguhan, penggunaan gerak-geri , gerak-isyarat, sikap(gesture) dan perlakuan bukan lisan seperti senyum , anggukan kepala dan gerakan tangan dan sebagainya akan menentukan keberkesanan guru. Pengajarn ini melatih diri seseorang guru dengan satu kemahiran pada satu masa, dan apabila satu kemahiran itu telah dikuasai, barulah dapat digabungjalinkan kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam pengajaran mereka.

Pengajaran mikro adalah melatih diri sendiri, pelajar dilatih pengajarannya dari segi kemahiran mengajar yang boleh diukur, dinyatakan, dilihat dan dikawal, membantu pelajar bersiap sedia untuk membuat latihan pengajaran mikro dengan berkesan. Kemahiran-kemahiran berikut adalah komunikasi dua hala guru-murid dalam bidang pengajaran dan pengajaran seperti set induksi, penerangan,

penyoalan, peneguhan, penggunaan sumber, bahan bantu mengajar, variasi rangsangan dan penutup. Set induksi adalah salah satu daripada kemahiran mikro yang yang dijalankan di peringkat permulaan proses pengajaran dan pembelajaran. Set induksi ialah kemahiran yang berkaitan dengan cara untuk menyediak murid anda untuk mengikuti sesi pengajaran. Ini merupakan bahagian pra pengajaran. Set induksi dilaksanakan untuk menyediakan murid dari segi mental, fizikal, emosi dan sosial. Set induksi dilaksanakan untuk membina aliran fikiran murid. Di sini guru akan menyampaikan idea kepada murid melalui penyampaian maklumat awal yang berkaitan dengan pelajaran yang akan disampaikan. Ini memudahkan murid memahami pelajaran yang bakal diikuti oleh mereka. Guru perlu mengekalkan dan menarik perhatian muridnya serta menggerakkan mereka untuk membuat aktiviti, berfikir dan belajar. Dalam set induksi guru bertanggungjawab dalam memandu muridnya ke arah manakah tujuannya, membina perkaitan yang jelas dengan pengalaman lalu dan sedia ada. Aspek kedua yang dititikberatkan ialah kemahiran menerang.

Penerangan ialah satu proses memberi kefahaman kepada orang lain, dan kemahirannya ialah menentukan yang penerangan itu difahami. Kemahiran memberi penerangan dengan tepat dan berkesan salah satu kemahiran yang mesti ada pada guru. Oleh itu ada banyak peringkat dan bentuk kefahaman, juga banyak peringkat penerangan, iaitu, pentarifan bermaksud menjelaskan sesuatu isu, keduanya penerangan iaitu menerangkan proses, struktur dan langkah-langkah dan akhirnya sebab iaitu pemberian alasan. Justeru itu, kemahiran yang perlu ada pada seseorang guru ialah kemahiran penyoalan. Kemahiran penyoalan ialah kemahiran yang sangat kompleks berbanding dengan kemahiran yang lain. Kemahiran ini tidak diberi

penilaian dan tempat yang sewajarnya oleh guru semasa ia mengajar. Penggunaan kemahiran penyoalan dapat meningkat tahap pencapaian murid dan dapat

mewujudkan suasana pembelajaran sosial yang berkesan. Kemahiran seterusnya ialah kemahiran variasi rangsangan. Kemahiran ini meliputi aktiviti yang boleh digunakan oleh pelajar untuk mempelbagaikan kaedah dan teknik penyampaian. Latihan dalam kemahiran ini dapat menolong pelajar mengajar dengan berkesan dan menarik minat murid kepada pelajaran yang diajarnya. Kemahiran peneguhan ialah suatu teknik mengajar yang boleh mengubah perlakuan murid dalam beberapa cara yang positif seperti guru memberi peneguhan dengan senyuman, angguk kepala, memuji murid kerana memberi jawapan yang baik, menggalakkan murid yang lambat belajar supaya terus tekun belajar, atau menulis syabas dalam buku murid kerana kerja yang telah disempurnakan. perlakuan yang Peneguhan seperti ini akan membawa kepada perulangan baik dan seterusnya akan membina sikap yang positif .

Peneguhan ini boleh diberikan kepada individu, kumpulan atau seluruh kelas. Justeru itu, mari kita lihat tentang kemahiran penutup. Ia merupakan bahagian akhir sesuatu pelajaran. Untuk menentukan bahawa pengajaran guru itu berkesan dan berjalan lancar, kemahiran penutup pelajaran sama juga pentingnya dengan kaedah memulakan pengajaran. Penutupan pengajaran yang baik akan meninggalkan kesan yang berkesan dilubuk hati para pelajar. Oleh itu, guru boleh menggunakan bahagian ini untuk membantu pelajar-pelajar mengukuhkan konsep atau kemahiran yang baru sahaja dipelajari dengan merumuskan semua isi penting atau memberikan aktiviti susulan kepada mereka. Di samping itu, guru juga boleh menggunakan bahagian penutup ini untuk menilai pencapaian objektif serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan. Saya telah menjalankan pengajaran mikro untuk subjek

Pendidikan Moral. Sesi pengajaran mikro itu dibuat di IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan. Saya memilih peringkat permulaan sesi pengajaran iaitu set induksi untuk pengajaran mikro saya. Aktiviti set induksi yang saya rancang telah berjaya membimbing murid mengemukakan tajuk pembelajaran hari ini. Saya menggunakan kaedah demokrasi dalam permulaan pengajaran untuk merangsang minat murid

belajar sesuatu yang baru. Melalui kaedah ini, saya telah berjaya menimbulkan naluri ingin tahu pada murid lalu dapat menarik perhatian para murid terhadap pembelajaran hari ini. Dalam set induksi, saya menunjukkan persembahan power point tentang aktiviti gotong royong di sebuah kawasan kejiranan. Saya mengadakan sesu soal jawab dengan murid-murid mengenai perisian power point. Di sini, guru mencatat setiap jawapan yang diberikan oleh murid di papan hitam. Guru membuat pengukuhan tentang setiap jawapan murid dan menjelaskan betapa pentingnya sikap saling bekerjasama dalam sesebuah kawasan kejiranan. Akhirnya dalam aktiviti set induksi, guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran iaitu Kempen gotong royong membersihkan kawasan kejiranan. Oleh kerana guru memainkan peranan yang penting untuk merentasi kurikulum teknologi maklumat, saya mempelajari cara menggunakan perisian power point untuk menyediakan bahan bantu mengajar saya supaya dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran saya. Saya menggunakan

persembahan power point yang telah disediakan oleh saya untuk memulakan pembelajaran hari ini. Saya dapat mengesan bahawa minat dan tumpuan para murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran telah meningkat dengan adanya persembahan power point itu. Para murid tertarik dengan animasi yang bergerak, visual bunyi, corak persembahan dan gambar-gambar yang berwarna-warni dalam persembahan power point saya. Mereka berasa sangat seronok apabila melihat animasi-animasi dalam slaid show itu boleh bergerak dan dapat mendengar bunyi yang berbeza-beza. Kaedah pembelajaran ini bukan sahaja tidak membosankan murid, ia juga dapat mewujudkan keadaan yang kondusif semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, perjalanan dan kelancaran menguruskan dan mengajar set induksi saya diperhatikan dan dinilai oleh rakan sebaya dan pensyarah saya. Penilaian memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian dilakukan untuk mengenal pasti status semasa dan seterusnya bagi tujuan perancangan dan penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran.

Pada akhir proses pengajaran mikro, pensyarah dan rakan sebaya telah menyatakan kekuatan dan kelemahan. Penilaian ini memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengekal dan penambahbaik kekuatan. Sementara itu, guru pelatih juga dapat memperbaiki segala kelemahan yang terdapat dalam pengajaran. Pensyarah saya yang berwibawa, telah memberi komen tentang pengajaran mikro saya ialah bahan sumber pengajaran iaitu perisian powerpoint sesuai dengan tajuk pengajaran. Sumber ini dapat berinteraksi dengan murid dan dapat menarik perhatian murid. Kesannya, murid memberi tumpuan dan sesi pengajaran aktif dan mereka sedaya upaya untuk memberitahu tajuk isi pelajaran yang akan dipelajari dalam aktiviti seterusnya. Selain itu, kaedah yang digunakan oleh saya telah tertarik minat dan perhatian pernsyarah saya. Beliau mengatakan kaedah yang digunakan saya ialah interaktif ada interaksi tiga hala iaitu guru-murid, murid-murid dan sumber dan murid. Tunjuk cara sedemikian ini membantu saya dalam menambahbaik proses dan aktiviti pengajaran saya. Selain itu, ia member peluang yang sistematik untuk memperkembangkan kemahiran pengajarannya. Justeru itu, rakan saya yang menyelia pengajaran mikro saya telah mengenal pasti kelemahan saya dan member tunjuk ajar untuk memperbaiki kesilapan supaya saya dapat menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan padi hari kelak nanti. Kelemahannya ialah suara saya terlalu perlahan dan tidak dapat didengari murid-murid terutama yang duduk di bahagaian belakang kelas. Selain itu, mereka menasihati jika keadaan ini terjadi, murid akan mula bermain atau mengusik rakan-rakan yang lain dan ini boeh menyebabkan hasil pembelajaran murid tidak tercapai. Kekuatan dan kelemahan dalam pengajaran mikro ini, membantu guru untuk meningkatakan keberkesanan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai guru pelatih yang berada dalam proses menimbailmu tentang profesion keguruan, teguran dan komen orang lain iatu rakan dan pensyarah harus siterima secara positif kerana kita sukar untuk melihat kelemahan kita tetapi kita boleh bercerita tentang kehebatan kita. Oleh yang demikan, segala kekuatan dan kelemahan guru pelatih perlu tindakan susulannya. Tuntasnya, kemahiran mikro membantu memperbaiki kaedah pengajaran serta meningkatkan kemahiran mengajar yang khusus seperti penyoalan,

penggunaan variasi rangsangan untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, kemahiran pengurusan aktiviti pengukuhan serta set induksi dan penutup pengajaran yang berkesan. Sebagai kesimpulannya, pengajaran mikro amatlah berkesan dalam melatih guru pelatih untuk mengenali proses pengajaran yang dilakukan oleh guru didalam kelas semasa situasi sebenar pengajaran dan pembelajaran. Ternyata situasi sebenar adalah lebih sukar kerana mengawal murid-murid sekolah rendah adalah lebih sukar daripada mengawal rakan-rakan yang berlakon sebagai murid sekolah. Murid-murid sekolah rendah mempunyai kerenah yang pelbagai dan personaliti yang berbeza. Guru memerlukan masa yang panjang untuk mengenali setiap murid didalam kelas.

Anda mungkin juga menyukai