Anda di halaman 1dari 12

1.0 Pengenalan Pengajaran mikro diasaskan di Universiti Stanford pada tahun 1963.

Pada tahun 1969, Allen dan Ryan memantapkan konsep dan menjadikannya satu teknik latihan. Pengajaran mikro diaplikasikan sepenuhnya dalam menghasilkan guru permulaan yang berkesan. Memandangkan betapa penting dan berfaedahnya pendekatan pengajaran mikro dalam konteks Praktikum, Bahagian Pendidikan Guru telah menekankan agar diaplikasikan teknik pengajaran mikro ini dalam kurikulum di Institut Pendidikan Guru di Malaysia.

2.0 Definisi Pengajaran Mikro Terdapat beberapa definisi tentang pengajaran mikro (micro teaching) yang boleh dikemukakan, diantaranya adalah: Cooper dan Allen (1971), mendefinisikan "pengajaran mikro (micro-teaching) adalah suatu situasi pengajaran yang dilaksanakan dalam masa dan jumlah pelajar yang terhad, iaitu selama 5-20 minit dengan jumlah pelajar sebanyak 3-10 orang ".. Waskito (1977) mendefinisikan " micro teaching adalah suatu kaedah belajar

mengajar atas dasar performance yang tekniknya dengan cara mengisolasikan komponen komponen proses belajar mengajar sehingga calon guru dapat menguasai setiap komponen satu per satu dalam situasi yang disedrhanakan atau dikecilkan " Menurut Mok Soon Sang (2008), pengajaran mikro ialah suatu teknik pengajaran dalam masa di antara lima hingga lima belas minit untuk mengajar sesuatu kemahiran pelajaran bagi sekumpulan guru pelatih, biasanya terdiri daripada lima hingga sepuluh orang sahaja. Menurut Sharifah Alwiah (1986), pengajaran mikro merupakan satu teknik

pengajaran untuk meningkatkan kemahiran pengajaran guru dalam aspek-aspek tertentu seperti set induksi atau motivasi,penyoalan,variasi rangsangan ,penggunaan papan kapur, alat bantuan mengajar,pengukuhan ,penutup dan lain-lain. Berdasarkan beberapa pengertian di atas, dapat disimpulkan bahawa microteaching atau pengajaran mikro adalah, " salah satu model latihan praktik mengajar dalam lingkungan terhad (mikro) untuk mengembangkan kemahiran asas mengajar (base teaching skill) yang dilaksanakan secara terpencil dan dalam situasi yang mudah atau dikecilkan ".

Walaubagaimanapun, teknik ini hanya akan berkesan dan berjaya mencapai matlamat sebagaimana yang dirancangkan dalam pengajaran praktis jika ia difahami, dihayati dan digunakan dengan cara yang tepat. Teknik pengajaran jenis ini merupakan persediaan awal yang diberikan kepada bakal-bakal guru sebelum mereka menghadapi keadaan mengajar yang sebenarnya di dalam bilik darjah.

3.0 Konsep Pengajaran Mikro Pengajaran kependidikan mikro (micro-teaching) merupakan ataupun latihan salah satu bentuk yang model amalan mengajar

mengajar. Dalam

konteks

sebenar,

mengandungi banyak tindakan seperti teknik penyampaian, penggunaan kaedah, penggunaan media, memberi bimbingan, memberi motivasi, mengendalikan kelas dan memberikan penilaian. Dengan kata lain, amalan mengajar itu sangatlah kompleks. Oleh yang demikian, dalam usaha untuk menguasai kemahiran asas mengajar, calon guru atau pensyarah perlu mengajar satu konsep dengan menggunakan satu atau dua kemahiran asas mengajar sahaja, iaitu setiap komponen kemahiran asas mengajar itu perlu dikuasai secara terpisah-pisah (isolated). Latihan untuk menguasai kemahiran asas mengajar seperti ini yang dinamakan micro-teaching (pengajaran mikro). Pengajaran mikro (micro-teaching) merupakan suatu situasi pengajaran yang dilaksanakan dalam masa dan jumlah pelajar yang terhad, iaitu selama 5-20 minit dengan jumlah pelajar sebanyak 3-10 orang. Bentuk pengajaran adalah mudah, di mana calon guru atau pensyarah berada dalam suatu persekitaran kelas yang terhad dan terkawal. Hanya mengajar satu konsep dengan menggunakan satu atau dua kemahiran asas mengajar. Konsep pengajaran mikro (micro-teaching) adalah berdasarkan idea-idea utama seperti berikut: i. Pengajaran yang nyata iaitu dilaksanakan dalam bentuk yang sebenarnya tetapi berkonsep skala yang kecil. ii. Latihan berpusat pada kemahiran asas mengajar, menggunakan maklumat dan pengetahuan tentang tahap belajar pelajar sebagai maklum balas terhadap kemampuan calon guru / pensyarah. iii. Pengajaran dilaksanakan bagi para pelajar dengan latar belakang yang berbeza-beza dan berdasarkan pada kemampuan intelektual kumpulan usia tertentu. iv. Kawalan secara ketat terhadap persekitaran latihan yang diadakan dalam makmal micro - teaching.

v.

Perolehan low-threat-situation untuk memudahkan calon guru / pensyarah mempelajari kemahiran mengajar.

vi.

Penyediaan

low-risk-situation

yang

membolehkan

pelajar

mengambil

bahagian aktif dalam pengajaran, vii. Penyediaan peluang latihan semula dan tatacara pengedaran latihan dalam jangka waktu tertentu.

4.0 Kemahiran-Kemahiran Pengajaran Mikro Pengajaran mikro tidak memberi semua kemahiran yang diperlukan oleh pelajar dalam profesyen perguruannya. Ia berkaitan hanya dengan kemahiran-kemahiran yang digunakan oleh guru dalam perhubungan persemukaan di bilik darjah. Dengan itu, kemahiran pengajaran mikro adalah perlakuan bilik darjah yang tertentu, boleh dilihat, ditakrifkan, ditunjukkan perkaitan dengan pembelajaran murid. Pengajaran mikro adalah melatih diri sendiri, pelajar dilatih pengajarannya dari segi kemahiran mengajar yang boleh diukur, dinyatakan, dilihat dan dikawal,membantu pelajar bersiap sedia untuk membuat latihan pengajaran mikro dengan berkesan. Kemahiran-kemahiran berikut adalah komunikasi dua hala guru-murid dalam bidang pengajaran dan pengajaran seperti : i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Kemahiran Set Induksi Kemahiran Menggunakan Papan Tulis Kemahiran Variasi Rangsangan Kemahiran Menyoal Kemahiran Menggunakan Pengukuhan Kemahiran Menerang Kemahiran Penutup

4.1 Kemahiran Set Induksi 4.2 Kemahiran Menggunakan Papan Tulis 4.3 Kemahiran Variasi Rangsangan

KOMPENAN-KOMPENAN VARIASI RANGSANGAN

Perubahan pergerakan langkah guru

Kiri < > kanan Depan < > belakang

Perubahan pergerakan anggota guru

Tangan < > kepala Tangan < > hentian

G U R U

Perubahan nada suara

Mendatar < > lantang Lantang < > senyap

Perubahan fokus deria

Mendengar < > menonton Melihat < > merasa

Perubahan bentuk lisan murid

Menyoal < > menjawab Bertutur < > membaca Bercerita < > berbincang

M U R I D

Perubahan bentuk fizikal murid

Menulis < > melukis Duduk < > berdiri Demmonstrasi < > lakonan

4.4 Kemahiran Menyoal

Teknik menyoal merupakan teknik yang penting dalam aktiviti pengajaran guru. Hampir semua proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan penggunaan teknik menyoal. Misalnya, di dalam set induksi, kemahiran menyoal digunakan untuk menolong pelajar mengingat kembali ilmu pengetahuan lepas yang berkaitan. Di dalam peringkat perkembangan, kemahiran menyoal digunakan untuk mencungkil fikiran pelajar untuk membantu mereka mengikuti pelajaran dengan lebih berkesan. Di peringkat penutup, kemahiran menyoal digunakan untuk menilai pencapaian objektif pelajaran. Kaedah Socrates adalah satu kaedah yang menggunakan satu siri soalan untuk membimbing pelajar menemui sesuatu kesimpulan. 4.4.1 Panduan Penggunaan Kemahiran Menyoal (a) Pembentukan soalan Aras soalan hendaklah sesuai dengan pelajar mengikut umur, kebolehan dan pengalaman masing-masing. Sebelum aktiviti pengajaran dimulakan, guru haruslah merancang jenis-jenis soalan yang berkaitan. Untuk memastikan soalan mudah difahami oleh pelajar-pelajar, perkataan dan istilah yang digunakan haruslah mudah dan telah dipelajari oleh mereka. Untuk menarik minat pelajar, bentuk soalan hendaklah diubah dari semasa ke semasa. Soalan yang dibentuk harus boleh mendorong pelajar berfikir. Elakkan soalan yang mengandungi jawapan sendiri seperti "Bumi kita adalah suatu sfera yang besar, betulkah?" Bentuk soalan haruslah ringkas, tepat dan jelas.

(b) Teknik Mengemukakan Soalan Untuk mengelakkan setiap pelajar dalam bilik darjah memikirkan jawapan, guru haruslah mengemukakan soalan terlebih dahulu, berhenti sekejap untuk memberi masa pelajar berfikir, kemudian menyebut namanya supaya menjawab soalan itu. Soalan-soalan yang dikemukakan haruslah ditujukan kepada seluruh kelas dan bukan hanya pelajar cerdas sahaja diberi peluang menjawab soalan-soalan guru. Guru juga harus mengelakkan daripada memberi soalan-soalan mengikut susunan tempat duduk pelajar dalam kelas.

Untuk memastikan semua pelajar mengambil perhatian terhadap jawapan yang diberi oleh pelajar, guru kadangkala boleh memanggil seorang pelajar yang lain mengulang jawapan pelajar itu.

Untuk menarik perhatian pelajar, guru hanya menyebutkan soalan sekali sahaja, dengan syarat sebutan guru cukup lantang dan jelas didengar oleh semua pelajar. Pastikan semua pelajar telah bersedia mendengar soalan guru.

(c) Penerimaan Jawapan Pelajar Untuk menggalakkan pelajar berusaha memberi jawapan dengan baik, pujian hendaklah diberikan kepada pelajar yang telah memberi jawapan yang betul. Guru hendaklah mengelakkan amalan mengulangi jawapan pelajar kerana cara ini secara tidak langsung akan menggalakkan pelajar-pelajar yang lain tidak memperdulikan jawapan yang diberi oleh pelajar, dan hanya menunggu guru mengulangi jawapan itu. Jika jawapan yang diberikan adalah baik dan penting, guru boleh meminta pelajar yang lain mengulangi jawapan itu. Jika jawapan yang diberikan kurang lengkap, guru boleh meminta pelajar yang lain melengkapkannya atau guru sendiri boleh menambahkan maklumatmaklumat kepada jawapannya. Jika pelajar tidak boleh menjawab, guru hendaklah membantunya menjawab denagn mengubah aras soalan ke peringkat yang lebih rendah atau memberi petua-petua yang berkaitan. Melarang pelajar-pelajar memberi jawapan secara beramai-ramai kerana ianya bukanlah tujuan menyoal. Untuk mendorong pelajar supaya sentiasa berusaha dan cuba menjawab soalan guru, guru haruslah mengelakkan diri daripada mengejek pelajar yang memberi jawapan yang salah atau jawapan yang bersifat bodoh. 4.5 Kemahiran Menggunakan Pengukuhan

4.6 Kemahiran Menerang Kemahiran menerangkan merupakan suatu kemahiran memberi kefahaman kepada pelajar.Keupayaan menyampaikan secara logik dan jelas penting bagi seseorang guru. Kebimbangan guru ialah cara yang terbaik memberi kefahaman kepada pelajar. Kemahiran menerangkan selalunya digunakan untuk menyampaikan maklumat, konsep atau isi kandungan pelajaran kepada pelajar, biasanya dalam peringkat perkembangan. Semasa menggunakan kemahiran menerangkan, guru memberi

penerangan tentang sesuatu isi pelajaran dengan menggunakan contoh, ilustrasi atau sumber pelajaran, misalnya: i. Guru menerangkan pengertian najis serta memberikan beberapa contoh tentang najis. ii. Guru menerangkan sambil mendemonstrasikan; contoh cara cara berwudhu dengan betul. iii. iv. Guru menerangkan riwayat hidup dengan menggunakan gambar gambar. Guru menerangkan dan menghuraikan isi pelajaran dengan merujukkan buku teks. Dalam peringkat penerangan ini, guru juga boleh menggunakan papan tulis untuk menulis isi penting atau menggunakan slaid sebagai bahan bantu mengajar supaya pelajar boleh memahami dan merekodkannya dalam buku nota mereka. Kemahiran menerang mempunyai beberapa prinsip yang perlu diikuti supaya penggunaan kemahiran ini lebih berkesan. Antaranya ialah : i. Guru hendaklah merancang aktiviti pengajaran denganmemilih cara dan bentuk penerangan yang sesuai. ii. Contoh-contoh, ilustrasi atau sumber pelajaran mestilah ditentukan dan disediakan terlebih dahulu. iii. iv. Masa yang diperuntukkan untuk kemahiran menerang hendaklah singkat Penerangan yang melebihi daripada satu minit mestilah diselitkan dengan kemahiran variasi rangsangan bagi mengekalkan minat murid. v. Perbendaharaan kata yang digunakan mestilah bersesuaian dengan pengalaman dan pengetahuan sedia ada murid. vi. Penerangan haruslah berdasarkan pengalaman serta pengetahuan sedia ada murid supaya ia mudah difahami dan bermakna.

Kompenan-Komponen Kemahiran Menerangkan

Penerangan guru Menarik dan mengekalkan perhatian 1 ARAS PERMULAAN Membangkitkan kesediaan murid untuk belajar. Jelas, ringkas dan tepat. murid.

Penggunaan contoh.sumber pelajaran KEMAHIRAN ILUSTRASI Contoh/sumber sesuai. Contoh/sumber jelas dan menarik. Contoh/ sumber mencukupi.

Pengurusan kemahiran menerangkan Idea dikembangkan secara teratur. Variasi rangsangan berjaya digunakan. Penerangan lisan jelas dan tepat.

PENYUSUNAN IDEA

Rumusan/kesimpulan 4 PENUTUP Isi-isi penting dinyatakan secara bertulis. Isi-isi disusun secara teratur.

Penyataan penutup ringkas, tepat dan jelas.

4.7 Kemahiran Penutup Penutup pengajaran adalah suatu aksi atau penyataan dari guru yang direka khas untuk menandakan guru akan membawa sesuatu persembahan kepada satu kesimpulan yang sesuai. Proses penutup merupakan satu usaha guru secara sedar atau disengajakan untuk membantu pelajar menyusun semula maklumat yang telah dipersembahkan kepada mereka dan akhirnya dapat melihat kaitan antara maklumat tersebut. Penutup kepada sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran mencakup aspek : Melengkapkan sesuatu aksi pengajaran. Menerangkan makna pembelajaran yang telah dilaksanakan. Menjawab persoalan penting kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang baru berlalu Bagaimanakah guru menamatkan pelajaran supaya murid-murid mengetahui arah yang dituju dan objektif-objektif pengajaran? Guru boleh mengukuhkan apa yang mereka telah pelajari dengan menumpukan perhatian kepada butir-butir utama atau mengemukakan soalan-soalan untuk difikirkan. Soalan-soalan tersebut tidak semestinya memerlukan jawapan yang tertentu. Adalah memadai jika soalan-soalan itu berjaya menjolok fikiran murid-murid untuk melanjutkan pemahaman mereka tentang perkara-perkara yang baru dipelajari. Penutup haruslah sesuai dengan objektif dan aktiviti pelajaran yang telah disampaikan. Semasa penutup ini aktiviti susulan juga harus dirancang dengan teliti dan ada kesinambungan dengan pelajaran akan datang.

4.7.1 Kaedah Menutup Sesi Pengajaran Aktiviti menutup pengajaran termasuk :

Memperuntukan masa yang cukup untuk membuat penutup. Langkah dalam membuat penutup perlu dirancang supaya pengajaran kita tidaklah sampai ke detik terakhir masa kelas tersebut dan kita gagal melaksanakan aktiviti penutup.

Memastikan

pelajar

tahu

bahawa

pengajaran

anda

telah

tamat

dengan

menggunakan ungkapan seperti sekian sahaja kelas kita ataupun anda boleh tutup buku sekarang atau dengan berkata kita akan tamatkan kelas dalam masa tiga minit lagi Mengulang kaji isi-isi penting dalam pengajaran. Meminta pelajar membuat rumusan tentang apa yang telah dipelajari. Bertanya pelajar soalan seperti apa yang anda telah belajar, apa yang anda ingin tahu lagi?, dan adakah perkara yang anda tidak faham atau masih keliru tentang kuliah hari ini?, Bagaimana anda boleh gunakan maklumat pelajaran hari ini?. Memuji pelajar tentang apa yang mereka lakukan dalam kelas seperti: Saya bangga melihat anda semua aktif dalam kerja kumpulan hari ini. Menggunakan teknik ritual seperti membaca doa, menutup pelajaran dengan lagu, dan ada yang membuat bulatan dan berkongsi idea tentang apa yang telah di pelajari. Penilaian Kemahiran Menutup Pengajaran Aspek Guru memperuntukan masa untuk penutup Terdapat penglibatan pelajar dalam membuat rumusan. Pelajar dapat memberi makna kepada isi pelajaran dan dapat mengaitkan kegunaannya. Guru prihatin dengan penglibatan pelajar dalam kelas dan memberi pujian atau teguran 1 2 3 4 5

Skala: 1 = amat lemah, 2. = lemah, 3 = kurang baik, 4 = baik, 5 = sangat baik

4.7.2 Komponen Penutup Komponen penutup terbahagi kepada dua iaitu: 1) Perkaitan kognitif

Mengulangi isi-isi penting Menjalankan aktiviti penilaian Mencadangkan aktiviti susulan Menjalankan aktiviti pengukuhan

2) Perkaitan sosial Menimbulkan perasaan pencapaian pelajar Memberi peneguhan positif -Mewujudkan perasaan ingin tahu Memotivasikan perasan ingin tahu Mengaitkan dengan pelajaran yang akan datang.

Senarai Semak Kemahiran Penutup Komponen Kemahiran Penutup Berkait Kognitif Membuat rumusan Mengulang isi penting Aktiviti penilaian Aktiviti susulan Aktiviti pengukuhan Menimbulkan perasaan Memberi peneguhan Perasaan ingin tahu Motivasi Mengaitkan pelajaran akan datang Catatan

Guru perlu menilai pembelajaran murid, sama ada secara langsung atau tidak langsung, di sepanjang proses pengajaran. Melalui penilaian yang konsisten dan berterusan, guru dapat mengesan sebarang masalah pembelajran yang dihadapi murid, seterusnya mengambil tindakan segera untuk mengatasinya. Di samping menilai pemahaman murid, guru perlu

Berkait Sosial

menganalisis dan menilai keberkesanan perancangan dan pengajarannya (iaitu, refleksi kendiri), sebaik sahaja sesuatu pengajaran tamat.

Anda mungkin juga menyukai