Anda di halaman 1dari 5

MOHD FUARD BIN KASRI ( 740926 01 7089)

SJH 3063E

Kuiz 3
Berikan penjelasan tentang pengajaran mikro.Fokus berkaitan rasional, ciri, objektif
dan kemahiran pengajaran mikro
PENGAJARAN MIKRO
Konsep Pengajaran Makro
Pengajaran Makro merupakan satu sesi pengajaran praktik yang lengkap bermula
dari pendahuluan, set induksi, perkembangan, penilaian dan penutup. Dalam erti kata lain,
pengajaran makro ialah satu sesi pengajaran yang lengkap bermula dari set induksi hingga
penutup. Pelaksanaannya perlulah mengandungi elemen-elemen berikut; dilakukan di kelas
yang besar, perlu murid sebenar, guru mengajar sepenuh waktu, tumpu kepada pelbagai
kemahiran mengajar dan situasi sebenar.Pengajaran makro juga merupakan kesepaduan
teknik-teknik pengajaran mikro yg disokong oleh perancangan pengajaran pembelajaran
yang sekian lama dipelajari.
Proses pengajaran makro yang dijalankan di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman
umpamanya, mesti dipraktikkan oleh guru pelatih dengan diperhatikan rakan pelatih yang
lain. Pengajaran makro tersebut berdasarkan masa pengajaran sebenar seperti yang
ditetapkan sama ada menggunakan masa 30 minit atau 40 minit. Ianya bertujuan membantu
guru pelatih membiasakan diri melaksanakan pelbagai kemahiran dalam satu sesi
pengajaran, di samping mereka dapat memperbaiki kelemahan sebelum mereka
menghadapi situasi pengajaran sebenar di bilik darjah di sekolah.

Prinsip Pengajaran Makro


Antara prinsip pengajaran makro ialah:
Objektif Pengajaran dan Pembelajaran
Dalam pengajaran makro, guru mempunyai objektif yang besar dan luas merangkumi aras
pengetahuan pelajar. Guru hendaklah menyatakan objektif secara tepat dan jelas bagi setiap
pengajaran yang dirancang berasaskan tajuk-tajuk yang dikenal pasti.

MOHD FUARD BIN KASRI ( 740926 01 7089)

SJH 3063E

Jumlah Pelajar
Jumlah pelajar yang terlibat jauh lebih ramai bergantung kepada bilangan pelajar di dalam
kelas sebenar. Pelajar yang terlibat adalah pelajar yang sebenar dan bukan dari lakonan
rakan-rakan. Justeru itu, pengajaran guru adalah mencabar dengan karenah para pelajar.
Strategi Pengajaran
Dalam pengajaran makro, guru perlu mempelbagaikan teknik dan strategi pengajaran
supaya sesi pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan menarik.
Jangka Masa Pengajaran
Jangka masa yang ditentukan dalam pengajaran makro adalah berdasarkan kepada jadual
waktu kelas yang memakan masa selama antara 30 hingga 40 minit satu masa. Ekoran itu,
guru perlu bijak merancang pengajaran dan pembelajaran dengan peruntukan masa yang
ditetapkan.
Bahan Pelajaran
Dalam pengajaran makro, guru perlu menyampaikan keseluruhan isi pengajaran yang telah
dirancang dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Oleh itu, guru perlu menguasai
sepenuhnya bahan yang hendak disampaikan dan tumpuan guru ketika menyampaikan
adalah menyeluruh.
Perbincangan dan Refleksi
Penilaian kendiri perlu dibuat selepas guru selesai melaksanakan pengajaran sebagai
refleksi atau muhasabah berkaitan pengajaran guru. Kekurangan dan kelemahan di dalam
pengajaran perlu diperbaiki dalam pelajaran akan datang. Antara perkara yang perlu dibuat
refleksi ialah objektif, disiplin kelas dan penglibatan murid di samping keazaman guru untuk
memperbaiki pengajarannya.
Pengajaran mikro diasaskan di Universiti Stanford pada tahun 1963. Pada tahun 1969, Allen
dan Ryan memantapkan konsep dan menjadikannya satu teknik latihan.Pengajaran mikro
bermaksud latihan pengajaran praktik yang dipermudah dari segi skop dan organisasinya.
Istilah mikro menggambarkan sesuatu yang kecil seperti microscope dan microwave.
Dalam pengajaran mikro tiga aspek diperkecil iaitu saiz kelas, masa mengajar, dan
kemahiran mengajar. Kesimpulannya, pengajaran mikro adalah satu peristiwa mengajar
yang kecil. Lawannya ialah pengajaran makro iaitu proses mengajar dalam kelas biasa.

MOHD FUARD BIN KASRI ( 740926 01 7089)

SJH 3063E

Kemahiran Set Induksi


Kemahiran Set Induksi adalah merupakan kemahiran yang perlu dimiliki oleh setiap
guru ketika ingin memulakan pengajaran. Harus diingat set induksi bertujuan untuk
menarik kesediaan pelajar untuk mengikuti pembelajaran hari itu.. Sekiranya guru
tidak berjaya menarik perhatian dan kesediaan keseluruhan pelajarnya.. bermakna
wujud pelajar yang tidak mengikuti pembelajaran hari itu walapun jasadnya berada di
dalam kelas namun pemikiran dan mindanya masih lagi di awangan yang perlu
diambil tindakan segera.
Set induksi adalah sebahagian permulaan sesuatu proses pengajaran dan
pembelajaran yang bertujuan untuk membina aliran fikiran pelajar serta menarik
minat mereka untuk lebih memberi tumpuan dan fokus kepada pengajaran dan
pembelajaran yang hendak disampaikan. Guru boleh menggunakan pelbagai kaedah
dan teknik yang sesuai untuk menyampaikan set induksi atau pemulaan pengajaran
dan pembelajaran seperti teknik penyoalan, alat bantu mengajar, bercerita, motivasi,
dan sebagainya. Masa yang diperuntukkan untuk set induksi adalah singkat,
biasanya tidak melebihi 5 minit dalam sesuatu waktu.
Prinsip Induksi Set
Bermakna
memulakan pengajaran dgn memberikan bahan yg bermakna serta dapat menarik minat
pelajar. Tarik perhatian pelajar kpd perkara yg berkaitan dhgn persekitaran pengetahuanya.
Berkaitan
dikaitkan dgn isi kandungan yg selari dgn objektif pengajaran. Memastikan permulaan
pengajaran yg perlu berkaitan dgn bahamn dan obj p&P
Pengetahuan Sedia Ada
membantu pelajar agar dapat menjadikan pelajaran lebih menarik serta membantu
meningkatkan sifat ingin meneroka pelajaran seterusnya.

MOHD FUARD BIN KASRI ( 740926 01 7089)

SJH 3063E

TUJUAN
Dapat menarik perhatian murid. Naluri kanak-kanak ingin mengetahui apa yang kita
cuba tunjulkan.
Murid mudah memahami kerana maklumat awal yang berkaitan dengan pelajaran
telah diajar. Ini berdasarkan pengalaman sedia ada pada mereka. Contohnya pernah
melihatnya dirumah, televisyen dan sebagainya.
Cuba melibatkan murid dan menambahkan minat untuk mengetahui / mempelajari
pelajaran tersebut.
Menimbulkan rasa ingin tahu yang tinggi.
Kemahiran Memberi Penerangan
Kemahiran menerang digunakan untuk menyampaikan maklumat, konsep atau isi
kandungan pelajaran kepada pelajar, biasanya dalam peringkat perkembangan. Semasa
menggunakan kemahiran menerang, guru memberi penerangan kepada pelajar tentang
sesuatu isi pelajaran dengan menggunakan contoh, ilustrasi atau sumber pelajaran
Objektif

Menyampaikan maklumat atau menjelaskan isi pelajaran dengan jelas


Memudahkan pelajar memahami konsep atau isi pelajaran dengan jelas.
Menghuraikan
sesuatu
proses
atau
prosedur
seperti

langkah menjalankan satu ujikaji atau menyelesaikan masalah matematik


Menjelaskan sebab- sebab berlakunya sesuatu peristiwa atau meramalkan

langkah-

kemungkinan berlakunya peristiwa tertentu


Komponen- Komponen Kemahiran Menerang

komponen aras permulaan ,


komponen kemahiran ilustrasi
komponen penyusunan idea dan
komponen penutup.

Kemahiran Menggunakan contoh


Penyampaian lebih menarik jika penerangan dilakukan disertai dgn contoh yg sesuai.
Contoh dlm btk cerita,ilustrasi @ bahan lain.
Contoh bermula dgn berbentuk konkrit kpd abstrak

Kemahiran Mengolah Isi Pelajaran

MOHD FUARD BIN KASRI ( 740926 01 7089)

SJH 3063E

Melibatkan kemahiran menyusun dan mengorganisasikan kandungan pelajaran

agar dapat disampaikan dgn baik.


Isi perlu disampaikan secara berperingka-peringkat.
Guru perlu merancang penggunaan bahan pengajaran dgn teratur

Kemahiran Variasi ransangan


o

Tujuannya utk membangkitkan perhatian pelajar dan memberikan fokus terhadap

o
o

fakta penting pelajaran.


Penggunaan ransangan yg pelbagai mengelakkan kebosanan pelajar.
Aspek yg perlu dikuasaialah pergerakan,perubahan pertuturan,perubahan fokus
deria,btk penglibatan lisan dan fizikal pelajar

Kemahiran Penyoalan

Penyoalan membantu pelajar berfikir


Guru perlu faham tentang cara merancang dan mengemukakan soalan dalam kelas
Memahami aspek domain soalan agar soalan yg dibina benar-benar menguji pelajar.
Pengetahuan,kefahaman,aplikasi,analisis,sintesis dan penilaian

Kemahiran Pengukuhan
Galakkan pelajar menjawab soalan,mengemukakan cadangan dan melibatkan diri
dalam perbincangan
Berikan peneguhan melalui pujian dl btk lisan,gred baik senyuman anggukan kepala.
Kemahiran Penutup

Kemahiran merumus,megulang peneguhana dan membuat penilaian tentang sama

ada objektif pengajaran yg disediakan tercapai atau tidak.


Penutup perlu sesuai dgn obj dan aktiviti pengajaran
Tujuan penutup menarik perhatian tentang perkara yg baru dipelajari,megukuhkan

konsep dan kemahiran baru.


Terdapat dua penutup iaitu kognitif dan sosial
Kognitif bertujuan mengukuhkan pelajaran dgn memeberikan perhatian terhadap

fakta yg dipelajari.
Penutup sosial menekakan perasaan yg dialami semasa prosese P&P

Anda mungkin juga menyukai