Anda di halaman 1dari 28

DEFINISI PENGAJARAN MIKRO

Menurut Mok Soon Sang (2008), pengajaran mikro ialah suatu teknik pengajaran dalam masa di antara lima hingga lima belas minit untuk mengajar sesuatu kemahiran pelajaran bagi sekumpulan guru pelatih, biasanya terdiri daripada lima hingga sepuluh orang sahaja. Menurut Sharifah Alwiah (1986), pengajaran mikro merupakan satu teknik pengajaran untuk meningkatkan kemahiran pengajaran guru dalam aspek-aspek tertentu seperti set induksi atau motivasi,penyoalan,variasi rangsangan ,penggunaan papan kapur, alat bantuan mengajar,pengukuhan ,penutup dan lain-lain. Kesimpulannya, pengajaran mikro digunakan untuk memerihalkan teknik pengajaran untuk membolehkan pelatih atau pelajar menguasai, melatih atau memurnikan kemahiran pengajaran dalam situasi yang dikurangkan dari segi kesukarannya. Maka dalam melaksanakan pengajaran mikro, bilangan pelajar dan peruntukan masa dikurangkan.

Walaubagaimanapun, teknik ini hanya akan berkesan dan berjaya mencapai matlamat sebagaimana yang dirancangkan dalam pengajaran praktis jika ia difahami, dihayati dan digunakan dengan cara yang tepat. Teknik pengajaran jenis ini merupakan persediaan awal yang diberikan kepada bakal-bakal guru sebelum mereka menghadapi keadaan mengajar yang sebenarnya di dalam bilik darjah.

Rasional Pengajaran mikro diaplikasikan sepenuhnya dalam menghasilkan guru permulaan yang berkesan. Memandangkan betapa penting dan berfaedahnya pendekatan Bahagian Pendidikan Guru telah

pengajaran mikro dalam konteks Praktikum, menekankan

agar diaplikasikan teknik pengajaran mikro ini dalam kurikulum

dimaktab/institut perguruan di Malaysia. Tujuan

Menghasilkan pelajar meminati profesyen perguruan, dan merangsang keinginan untuk membaiki diri sendiri.

Membolehkan guru pelatih menguasai kemahiran mengajar dengan cepat dan menyeronokkan.

Membentuk pelajar membaiki kelemahan praktikum dengan cepat dan berkesan melalui proses yang boleh memberikan maklumbalas segera dan meyakinkan serta latihan ulangan pembetulan selanjutnya.

Agar pelajar dapat menghasilkan pengajaran yang lebih menarik dan berkesan. Mengurangkan ketegangan yang dialami oleh guru pelatih apabila menghadapi kelas sebenar semasa praktikum nanti.

Pendahuluan Guru dalam bilik darjah menggunakan berbagai teknik dan kaedah untuk membolehkan murid melakukan proses pembelajaran. seperti set induksi, penerangan, penyoalan, tunjukcara, Aktiviti pembelajaran variasi rangsangan,

peneguhan, penggunaan gerak-geri , gerak-isyarat, sikap(gesture) dan perlakuan bukan lisan seperti senyum , anggukan kepala dan gerakan tangan dan sebagainya akan menentukan keberkesan guru. Guru yang berkesan akan memilih kemahiran-kemahiran yang sesuai dengan umur dan kebolehan murid serta objektif pelajaran, juga perlu memikirkan organisasi dan disiplin bilik darjah. Pengajaran mikro membolehkan guru pelatih melatih diri dengan satu kemahiran pada satu masa, dan apabila satu kemahiran itu telah dikuasai, barulah dapat digabungjalinkan kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam pengajaran mereka. Pengajaran mikro juga dapat meningkatkan latihan perguruan dan kesedaran terhadap teknik pengajaran. Pengajaran Mikro Mengikut Micheel J. Wallace Pengajaran mikro adalah penemuan pengajaran yang dimudahkan. Pengertian itu membawa makna iaitu satu situasi pengajaran yang

telah dikurangkan skopnya, iaitu tugas guru dipermudahkan, mata pelajaran dipendekkan dan bilangan murid dikecilkan. Pengajaran Mikro diaplikasikan

Tidak banyak penulis tentang pengajaran mikro mengusulkannya sebagai ganti Praktikum di sekolah, malah kebanyakan daripada mereka berpendapat, pengajaran mikro sebagai tambahan kepada teknik-teknik latihan perguruan yang ada,alasan yang diberikan adalah kerana, 1. Membolehkan pelajar menumpukan perhatian kepada tugasan mengajar tanpa gangguan masalah pengurusan bilik darjah, yang biasa terdapat dalam praktikum disekolah. 2. Pelajar dapat menumpukan perhatian kepada satu kemahiran mengajar pada satu masa. 3. Membolehkan pelajar meneliti pengajarannya dengan cara yang sistematik, dan mendapat maklumbalas dengan segera dan kemudiannya membuat perubahan untuk membaikinya di mana yang difikirkan perlu. 4. Dengan menekankan penganalisaan pengajaran kepada kemahiran-kemahiran komponennya, pengajaran mikro meletakkan asas bagi pendekatan saintifik yang sebenarnya dalam latihan perguruan. 5. Pendekatan pengajaran mikro adalah mudahubah dan boleh digunakan dalam berbagai situasi seperti persediaan untuk praktikum di sekolah, langkah diagnosis semasa atau selepas praktikum, dan kajian keatas proses pengajaran dan pembelajaran.

Bagaimana Mengendalikan Pengajaran Mikro

Pengajaran mikro sebagai sampingan praktikum di sekolah, langkah persediaan sebelum praktikum, langkah diagnosis semasa atau selepas praktikum atau langkah peneguhan pengajaran mata pelajaran di sekolah. Perinsip asas pengendalian pengajaran mikro ialah; 1. Pelajar mengajar satu pelajaran yang pendek antara 5 hingga 10 minit sahaja. 2. Mengajar pelajaran itu kepada satu kumpulan murid atau rakannya antara 4 hingga 6 orang sahaja.

3. Apabila pelajaran itu tamat, murid atau rakannya keluar, dan ia membincangkan pengajarannya itu dengan penyelianya. 4. Selepas membuat perubahan di mana yang diperlukan ke atas pendekatannya yang lalu, ia mengajar pelajaran itu kepada satu set murid atau rakannya yang lain.

Perkara yang penting dalam pengajaran mikro

1. Pelajar yang telah menguasai kemahiran pengajaran tidak perlu ulang latihan pengajarannya. 2. Pelajar yang belum menguasai kemahiran pengajarannya perlu mengulangi pengajarn mikronya. 3. Jika penggunaan perakam video panduan penilaian dan penaksiran tidak perlu digunakan. 4. Pengajaran mikro boleh dibuat di maktab/intitut dengan murid-murid sekolah dibawa ke maktab/institut, atau dijalankan di sekolah dengan pelajar dan penyelianya pergi ke sekolah. 5. Maklumbalas perlakuannya. 6. Perkembangan kemahiran pengajaran mikro tidak boleh dibuat berasingan dengan isi pelajaran. 7. Perakam vedeo mempunyai kelebihan, mengandungi unsur komunikasi lisan dan bukan lisan. 8. Walaupun panduan penilaian dan penaksiran tidak perlu jika penggunaan perakam video, tetapi ia boleh digunakan bersama kerana ia dapat yang segera dan tepat membolehkan pelajar mengubah

menambahkan keberkesanan latihan dari segi panduan pemerhatian dan maklumbalas yang bertulis.

Kemahiran Pengajaran Mikro

Pengajaran mikro tidak memberi semua kemahiran yang diperlukan oleh pelajar dalam profesyen perguruannya. Ia berkaitan hanya dengan kemahiran-kemahiran

yang digunakan oleh guru dalam perhubungan persemukaan di bilik darjah. Dengan

itu, kemahiran pengajaran mikro adalah perlakuan bilik darjah yang tertentu, boleh dilihat, ditakrifkan, ditunjukkan perkaitan dengan pembelajaran murid. Pengajaran mikro adalah melatih diri sendiri, pelajar dilatih pengajarannya dari segi kemahiran mengajar yang boleh diukur, dinyatakan, dilihat dan dikawal, membantu pelajar bersiap sedia untuk membuat latihan pengajaran mikro dengan berkesan. Kemahiran-kemahiran berikut adalah komunikasi dua hala guru-murid dalam bidang pengajaran dan pengajaran seperti kemahiran:

Set induksi Tunjuk cara Variasi rangsangan Peneguhan Penyoalan Mengilustrasi dengan menggunakan contoh Penerangan Aprisiasi Penggunaan Bahan Sumber Pengajaran & Pembelajaran Penutup

KEMAHIRAN SET INDUKSI

Kemahiran ini ada kaitan dengan cara guru memperkenal atau memulakan sesuatu pelajaran atau satu unit tertentu sesuatu pelajaran. Pada setiap epesod pengajaran, guru hendaklah menegaskan kepada muridnya tugasan yang akan dibuat. Guru

perlu mengekalkan dan menarik perhatian muridnya serta menggerakkan mereka untuk membuat aktiviti, berfikir dan belajar. Memandu muridnya kearah manakah

tujuannya, membina perkaitan yang jelas dengan pengalaman lalu/sedia ada. 1. Menarik perhatian

Guru boleh menggunakan suara, gerakgeri dan pandangan mata untuk menarik perhatian murid kearah pelajaran yang diajar. Ia juga boleh menggunakan bahan

bantu mengajar atau alat bantu mengajar dan pelbagai intraksi yang lain. 2. Menimbulkan pergerakan Guru boleh menggerakkan muridnya dengan menunjukkan kemesraan dan menunjukkan semangat serta kesungguhan perkara yang diajarnya. Guru boleh

juga menggerakkan muridnya dengan merangsang naluri ingin tahu atau menarik minat murid dengan bercerita atau memulakan aktiviti. 3. Struktur Guru menentukan hal bagi tugasan yang diberikan kepada muridnya, seperti

Tengah hari ini kita akan melihat beberapa keping gambar dan kemudian kita akan bincangkannya. Selepas perbincangan itu kamu akan menulis ceritanya. Guru

menolong muridnya dengan mencandangkan beberapa cara menulis cerita itu. 4. Membuat perkaitan

Guru boleh membuat perbandingan dan perbezaan, seperti membandingkan papan tanda berlampu yang terdapat di Semenanjung Malaysia dengan yang terdapat di Sabah atau Sarawak. perhatian. Set induksi yang berkesan ialah, 1. Set induksi hendaklah bermakna kepada murid dari segi umur, kebolehan dan minat. 2. Set induksi hendaklah berkait dengan isi pelajaran dan objektif pelajaran. 3. Pelajaran baru hendaklah dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada murid, belajar daripada yang telah diketahui kepada yang akan diketuhui. Guru merujuk kepada situasi semasa untuk menarik

KEMAHIRAN VARIASI RANGSANGAN

Kemahiran

ini

meliputi

aktiviti

yang

boleh

digunakan

oleh

pelajar

untuk

mempelbagaikan kaedah dan teknik penyampaian. Latihan dalam kemahiran ini dapat menolong pelajar mengajar dengan berkesan dan menarik minat murid kepada pelajaran yang diajarnya. 1. Pergerakan Pergerakan guru dalam kelas seperti beberapa langkah di sepenjang bahagian hadapan atau di antara barisan-barisan murid boleh menolong murid sentiasa bersedia dan menumpukan perhatian kepada pelajaran. Elakkan pergerakan ke

hadapan dan ke belakang yang resah akan mengganggu tumpuan murid kepada pelajaran. 2. Gerakgeri semulajadi guru (gesture) Penggunaan pergerakan badan, tangan dan muka yang semulajadi untuk menguatkan perkataan yang dituturkan dapat menarik perhatian murid. Sebaliknya pergerakan tubuh badan semulajadi yang tidak bermakna seperti mengejepkan mata atau mengelengkan kepala atau melambungkan sesuatu akan menghalang tumpuan kepada pelajaran. 3. Mengubah nada pertuturan Mengubah intonasi, nada suara dan kelajuan perkataan dapat mengekal minat murid terhadap pelajaran. Suara yang mendadak, sentiasa tinggi dan kuat menimbulkan

rasa kebimbangan, sebaliknya suara yang mendatar, kurang kuat dan kurang bertenaga menimbulkan rasa bosan terhadap pelajaran.

4. Penglibatan murid secara lisan Soalan, perbincangan murid dan peluang diberi kepada murid untuk melahirkan pendapat menggalakkan murid melibatkan diri secara lisan dalam pelajaran. akan memberikan rasa seronok kepada murid. 5. Penggunaan Pancaindera Guru yang mengubah-ubah aktivitinya dan melibatkan pancaindera seperti penggunaan gambar atau model, dapat menambah tarikan dan minat murid kepada pelajaran, juga menambah kesan penyampaian maklumat kepada muridnya. Ini

5. Aktiviti Fizikal Guru yang memberi peluang kepada murid membuat aktivi yang pelbagai akan menyeronokkan murid semasa mereka belajar. Variasi Rangsangan yang berkesan ialah:1. Matlamat guru hendaklah jelas tentang tujuan perubahan-perubahan dalam aktiviti yang digunakan dan ada perkaitan dengan isi pelajaran. 2. Guru hendaklah menjalankan variasi rangsangan dengan licin agar tidak mengganggu perjalanan pelajaran. 3. Guru hendaklah merancang dengan teliti, jika hendak menggunakan bahan bantu mengajar dan alat bantu mengajar. 4. Guru perlu mengubah variasi rangsangan untuk memberi rangsangan kepada tindak balas murid.

KEMAHIRAN PENEGUHAN

Melibatkan satu teknik mengajar yang boleh mengubah perlakuan murid dalam beberapa cara yang positif seperti guru memberi peneguhan dengan senyuman, angguk kepala, memuji murid kerana memberi jawapan yang baik, menggalakkan murid yang lambat belajar supaya terus tekun belajar, a tau menulis syabas dalam buku murid kerana kerja yang telah disempurnakan. Peneguhan seperti ini akan

membawa kepada perulangan perlakuan yang baik dan seterusnya akan membina sikap yang positif . Peneguhan ini boleh diberikan kepada individu, kumpulan atau

seluruh kelas. Bidang utama dalam peneguhan ialah;-

1. Peneguhan lisan Guru boleh menggalakkan murid belajar dengan menggunakan perkataan seperti baik, ia, betul, itu jawapan yang tepat, bijak, pandai, bagus, kerja kamu sempurna, itu adalah cadangan yang baik, dan lain-lain peneguahn yang positif. 2. Peneguhan gerakgeri

Guru boleh memberi peneguhan dengan menunjukkan perasaan pada mukanya seperti senyuman, ketawa yang menyukakan, atau menggunakan gerakgeri tubuh badan sebagai isyarat persetujuan, seperti menganggukkkan kepala, mengangkat tangan, angkat bahu, menepuk tangan dan sebagainya. 3. Peneguhan dampingan Guru boleh menunjukkan minat atas prestasi muridnya dengan mendekatinya, berdiri di sebelahnya dan duduk di sisi muridnya. 4. Peneguhan sentuhan Guru boleh menunjukkan persetujuan dengan menepuk bahu atau belakang muridnya (sama jantina). 5. Peneguhan aktiviti Guru melakukan aktiviti yang boleh menyukakan muridnya kerana murid

menghasilkan kerja yang baik. 6. Peneguhan ganjaran Guru menulis kata pujian atau memberi markah yang tinggi dalam buku kerja murid kerana telah menghasilkan kerja yang baik. Bagi murid sekolah kebangsaan guru

boleh memberi hadiah seperti pensil, gula-gula dan sebagainya untuk menggalakkan murid maju dalam pelajaranya.

Peneguhan yang berkesan ialah:1. Kemesraan dan semangat Kemesraan, semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh guru terhadap perlakuan dan pencapaian murid adalah aspek penting dalam kemahiran peneguhan. 2. Mempelbagaikan penggunaan peneguhan

Guru hendaklah mempelbagaikan peneguhan, peneguhan perkataan atau gerak-geri yang selalu diulang akan hilang maknanya. 3. Peneguhan positif Kajian telah menunjukkan bahawa peneguhan positif seperti pujian untuk jawapan yang belum selesai adalah lebih berkesan daripada peneguhan negatif seperti itu salah atau jawapan kamu tidak tepat. 4. Kefahaman murid tentang peneguhan Peneguhan yang berkesan, murid hendaklah mengetahui perkaitan antara Guru hendaklah

peneguhan dengan perlakuan dan pencapaian mereka. memikirkan faktor umur, jantina dan kumpulan sosial murid.

KEMAHIRAN PENYOALAN Kemahiran penyoalan ialah kemahiran yang sangat kompleks berbanding dengan kemahiran yang lain. Kemahiran ini tidak diberi penilaian dan tempat yang Ada bukti yang menunjukkkan

sewajarnya oleh guru semasa ia mengajar.

kemahiran ini tidak digunakan dengan sepenuhnya dan soalan-soalan yang ditanya adalah dari jenis soalan aras rendah yang tidak memerlukan poemikiran yang kritis dan membina aras kognatif aras tinggi. Penggunaan kemahiran penyoalan dapat meningkat tahap pencapaian murid dan dapat mewujudkan suasana pembelajaran sosial yang berkesan.

Penyoalan yang mudah atau asas Pembentukan soalan - Guru hendaklah membuat soalan bentuk pendek, padat dan menggunakan perkataan yang mudah difahami oleh murid. Fokus - Guru hendaklah menyoal soalan yang umum supaya dapat melibatkan ramai murid , hendaklah difokuskan kepada satu tugasan sahaja, sementara maklumat yang diperlukan mula mendapat idea, guru bolehlah menyoal soalan yang lebih khusus. Arah Guru mengemukan soalan kepada semua murid dalam kelas, selepas berhenti sejenak, tujukan soalan itu kepada murid tertentu dengan memanggil

nama murid itu, atau menunjuk dengan tangan atau menganggukkkan kepala kearah murid yang hendak disoal. Penyebaran - Guru hendaklah menyebarkan soalannya secara rawak supaya dapat menyoal semua kumpulan dalam kelasnya. Pemberitahuan - Guru hendaklah membuat tanda dalam soalannya yang boleh menunjujkkan skop atau jenis jawapan yang ia perlukan. mungkin juga boleh membawa kepada jawapan kepada soalan itu. Tanda itu

Penyoalan yang kompleks PERTAMA Mempelbagaikan peringkat soalan Guru menyoal soalan yang berbeza aras kesukarannya, dan meminta aras pemikiran yang berbeza. Ingat semula Penyoalan yang memerlukan murid mengingat semula maklumatmaklumat yang mereka telah pelajari, kemudian guru bolehlah menyoal soalan yang lebih kompleks. Kefahaman Soalan yang menguji kefahaman murid mengenai sesuatu perkara. Aplikasi Soalan yang memberi peluang kepada murid agar dapat menggunakan pengetahuan yang lalu. Analisis Guru menyoal murid yang membolehkan murid memeriksa bukti-bukti dan kemudian membuat rumusan yang membolehkan mereka mengurus dan melahirkan pemikiran mereka. Sintisis Guru melibatkan seorang murid atau beberapa orang murid dalam aktiviti kreatif mengenai sesuatu situasi atau kejadian yang memerlukan penyatuan beberapa idea. Penilaian

Guru menyoal murid soalan yang memerlukan mereka membuat anggapan mengenai idea-idea atau nilai-nilai, dan kemudiannya memberi sebab-sebab untuk menyokong anggapan itu. KEDUA Penyungkilan Guru menyoal murid soalan yang membolehkan murid memikirkan jawapan yang lebih baik daripada jawapan yang sebelumnya. Soalan penjelasan Guru meminta jawapan yang lebih jelas dan padat. Soalan Penyokongan Guru bertanyakan sebab mengapa jawapan tertentu itu diberikan oleh muridnya. Soalan Persetujuan Guru menanya muridnya adakah mereka setuju atau tidak dengan jawapan yang telah diberikan sebentar tadi. Soalan Contoh Guru mengarahkan muridnya memberi contoh-contoh yang

menunjukkan maksud jawapan yang lalu.

Kemahiran penyoalan dalan Pengajaran mikro

1. Sebagai peraturan am, soalan dikemukakan kepada seluruh kelas dengan peruntukan masa diberi kepada murid untuk berfikir. 2. Guru hendaklah sesuaikan soalan dengan umur dan kebolehan yang berbeza dalam kumpulan kelas itu. 3. Guru perlu merancang soalan utama sebelum pengajaran itu dimulakan. 4. Guru hendaklah berhati-hati mengemukakan soalan dan teliti jawapan murid.

KEMAHIRAN MENGILUSTRASI DENGAN CONTOH

Kemahiran ini memudahkan guru menyampaikan idea dan konsep yang abstrak. Guru meminta contoh daripada murid dan menyemak idea dan konsep itu telah difahami atau tidak. Contoh yang baik dalam kemahiran ini ialah contoh yang

biasa kepada murid.

Dengan mengaitkan contoh dan idea atau konsep, guru telah

mengajar daripada perkara yang diketahui kepada perkara yang akan diketahui. Dengan menggunakan contoh dalam kehidupan seharian, guru boleh menarik perhatian dan menimbulkan minat terhadap pelajarannya. Pendekatan induktif dan deduktif dalam penggunaan contoh-contoh

Dua jenis pendekatan boleh digunakan dalam latihan kemahiran ini, iaitu pendekatan induktif : contoh diikuti dengan peraturan, dan pendekatan deduktif: peraturan diikuti dengan contoh, soalan digunakan untuk mendapatkan contoh; 1) Contoh mudah Guru menggunakan contoh mudah, dinyatakan dengan jelas dan boleh dikaitkan dengan pengetahuan yang lalu. 2) Contoh yang berkait dengan peraturan atau konsep Menggunakan contoh di mana peraturan atau konsep boleh digunakan.

3) Contoh ingin tahu Menggunakan contoh yang boleh membangkitkan naluri ingin tahu dan minat murid. 4) Media yang sesuai Menggunakan media yang sesuai dengan kebolehan , umur dan pelajaran yang diajar. 5) Pendekatan Memilih pendekatan yang sesuai dengan peringkat umur dan

kebolehan murid dan pelajaran yang diajar. 6) Penglibatan murid Murid dilibatkan secara lisan, seperti menjawab atau menyoal, atau bukan lisan, seperti menulis di papan hitam atau menunjukcara dengan menggunakan contoh atau model KEMAHIRAN PENERANGAN Penerangan ialah satu proses memberi kefahaman kepada orang lain, kemahirannya ialah menentukan yang penerangan itu difahami. dan

Kemahiran

memberi penerangan dengan tepat dan berkesan salah satu kemahiran yang mesti

ada pada guru.

Oleh itu ada banyak peringkat dan bentuk kefahaman, juga

banyak peringkat penerangan, a. b. c. Pentarifan Penerangan Sebab menjelaskan sesuatu isu menerangkan proses, struktur dan langkah-langkah. pemberian alasan

Penerangan berstruktur (a) Penggunaan keutamaan - guru nyatakan dengan jelas, tepat dan padat

fakta utama yang terlibat. (b) Penggunaan contoh - perkara yang dititik beratkan ialah mudah, berkait,

penggunaan media yang sesuai dan menimbulkan minat. (c) Penyimpulan - guru menyatakan perkara utama dalam penerangannya. Dr.

G.A. Brown, berkesan.

Penerangan ringkas sangat penting untuk penerangan yang

Penerangan Penyampaian (a) Penggunaan penyampaian yang jelas - guru menerangkan sesuatu aspek

pada satu masa, dan memfokuskan semula dengan menggunakan ringkasan atau ilastrasi. Ia hendaklah menggunakan bahasa yang sesuai dan berhenti sejenak

sebelum sesuatu aspek penting diterangkan. (b) Penggunaan penekanan variasi rangsangan - guru hendaklah menggunakan

peringkat, nada dan intonasi suara yang boleh menyampaikan kepentingan yang berkaitan dengan sesuatu. dengan sewajarnya. (c) Penggunaan penekanan petunjuk dan perkaitan dan keutamaan Gerak geri dan pergerakan hendaklah digunakan

menggunakan perkataan atau rangkai kata yang boleh membawa kepada sesuatu yang penting dalam penerangannya - contoh: Petunjuk Tiga bidang utama.

Perkaitan Keutamaan (d)

Ini membawa kepada Dengan ini. Elakkan

Jauhkan kekaburan - ini ada kaitan dengan penerangan yang jelas.

menggunakan perkataan .. dan lain-lain, . dan sebagainya.. dan yang sama sepertinya. (e) Sekuens - guru boleh menggunakn pendekatan induktif atau deduktif, pelbagai

rangsangan dan kaitan untuk menunjukkkan penerangan ke arah yang betul. (f) Maklumat balas - penerangan guru janganlah panjang lebar, beri peluang

murid menjelaskan kefahaman, sikap dan minat dan memberi peluang mendapat maklum balas. Guru hendaklah mengawal penyampaian, kelancaran, bahasa dan bilangan contoh yang digunakan. KEMAHIRAN PENUTUP Kaitkan penutup dengan minat, pengalaman dan reaksi murid;1. Menegaskan semula perkara-perkara penting. 2. Penilaian, peneguhan pembelajaran murid (Melibatkan kognetif). 3. Kaitan pelajaran dengan kehidupan sosial. 4. Cadangan aktiviti i. Menegaskan semula :- Menegaskan perkara utama, fakta penting, ingat semula dan kaji Semula ( boleh melibatkan murid ) (a) Menegaskan semula melalui ringkasan teguran akhir,

ringkasan perkara penting dan mengaitkan semula dijalankan. (b)

aktiviti yang telah

Menegaskan semula sebagai satu aspek kemahiran variasi Guru merumus isi pelajaran hasil maklumat murid.

Rangsangan ii. Penilaian

Penilaian dalam aktiviti mengesan pencapaian objektif pembelajaran, adakah murid telah memahami isi pelajaran hari ini, kognetif. rumusan

1.Kaitan kehidupan social Mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan seharian murid.

2. Cadangan aktiviti (a) Kaitkan dengan kognitif Membuat latihan,membuat projek baru dan

menjalankan kajian. (b) Perkaitan sosial Menimbulkan perasaan kejayaan dengan peneguhan dan

menyatakan peringkat kejayaan murid, menggalakkan murid mencuba kejayaan yang lebih tinggi. (c) Galakan motivasi Kemesraan dan semangat untuk mengekalkan minat.

Penutup yang berkesan ialah;1. Penutup hendaklah bermakna dari segi umur, kebolehan dan minat murid. 2. Penutup hendaklah berkait dengan isi dan objektif pelajaran. 3. Membina perkaitan perkara yang diketahui dan perkara yang dialami. 4. Mengaitkan aspek penting sesuatu topik yang dibicarakan. 5. Mengukur pembelajaran murid. 6. Mencadangkan aktiviti berkaitan.

PENGAJARAN MAKRO Definisi Makro Makro bermaksud awalan yang banyak Pengajaran makro merangkumi segala proses pengajaran,sekurang-kurangya satu unit kemahiran,dlm sesuatu waktu pelajaran. Di dalam proses makro meliputi tiga peringkat pemulaan pengajaran,perkembangan dan penutup Merupakan simulasi satu pengajaran yang lengkap kpd satu kelas biasa.simulasi boleh dilakukan di dalam bilik darjah,makmal atau bilik previu Pengajaran makro merupakan kesepaduan teknik-teknik pengajaran mikro yg disokong oleh perancangan pengajaran pembelajaran yg sekian lama dipelajari.

Objektif Pengajaran Makro Menyediakan suatu kemahiran lengkap kepada semua guru pelatih. Mempraktikana suatu suasana sebenar apabila mengajar Memperbaiki kelemahan-kelemahan mengukuhkan kelebihan mengajar pengajara yang berlaku di samping

Kepentingan Pengajaran makro Memberi peluang kpd guru pelatih mempraktikkan kemahiran mengajar satu demi satu dalam situasi yg terancang . Mengurangkan pelbagai masalah dlm pengajaran biasa disekolah Meningkatkan keberkesanan kurikulum dan keadah baru kpd beberapa org pelajar Membolehkan guru menjalankan amali sebenar- benarnya sebagai melatih diri utk mejadi guru

Matlamat makro Melahirkan guru-guru yg mempunyai keyakinan yg tinggi apabila mula menjalankan tugas kelak Menjadi lebih berkaliber dan kreatif semasa menagajar Pendedahan yg dipelajari semasa dimaktab menjadi satu kayu pengukur dalam menjalankan pengajaran

Mengetahui setiap persediaan yg perlu dibuat apabila memulakan tuigas mengajar

Perancangan Kejayaan bergantung kpd perancangan yg rapi. Komponen persediaan;- tarikh/masa/mata pelajaran/kelas/bil pelajar dan tajuk Kemahiran:-nombor kemahiarn /isinya Pengetahuan sedia ada Objektif pelajaran (kognitif/psikomotor/afektif) Sumber P&P Penerapan Nilai murni Penggabungjalinan kemahiran

Komponen Penyampian Set induk si Perkembangan- langkah pengajaran. Strategi pengajaran

Langkah pengajaran makro Set Induksi Perkembangan Penutup

Pedagogi ialah

kajian

mengenai

pengajaran,

khususnya

pengajaran

dalam

pendidikan formal. Dengan kata lain, ia adalah sains dan seni mengenai cara mengajar di sekolah. Secara umumnya pedagogi merupakan mata pelajaran yang wajib bagi mereka yang ingin menjadi guru di sekolah. Sebagai satu bidang kajian yang luas, pedagogi melibatkkan kajian mengenai proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah dan juga interaksi gurupelajar. Dari segi etimologinya, perkataan Pedagogi datangnya daripada bahasa Yunani paidagogos, hamba yang menghantar dan mengambil budak-budak pergi balik dari sekolah. Perkataan paida merujuk kepada kanak-kanak, yang

menjadikan sebab kenapa sebahagian orang cenderung membezakan antara pedagogi (mengajar kanak-kanak) dan andragogi (mengajar orang dewasa).

Perkataan Yunani untuk pedagogi, pendidikan, adalah digunakan dengan lebih meluas, dan seringkali kedua-duanya boleh ditukar guna.

Taksonomi Bloom Pedagogi moden selalunya membahagikan fungsi pengajaran kepada tiga bidang, yakni apa yang dimaksudkan sebagai taksonomi Bloom. Menurut taksonomi bloom, pengajaran boleh terbahagi kepada: Bidang Kognitif

Berkenaan dengan aktiviti mental seperti kefahaman, pengetahuan dan analisa. Bidang Afektif

Berkenaan dengan sikap dan sahsiah diri. Bidang Psikomotor

Berkenaan dengan aktiviti fizikal seperti kemahiran hidup, pertukangan, dan sukan. Ketiga-tiga bidang ini nampaknya begitu tersendiri sifatnya, tetapi dalam keadaan pengajaran-pembelajaran semula jadi, pengasingan ketiga perkara ini selalunya tidak wujud. Contohnya, apabila seorang guru ingin mengajar seorang pelajar menulis, dia perlu mengajar pelajar itu cara memegang pencil(bidang psikomotor); bentuk huruf dan maknanya(bidang kognitif); dan juga harus memupuk minat untuk belajar menulis(bidang afektif).

Topik dalam pedagogi Pedagogi merupakan satu ilmu yang luas dan mendalam. Pembincangannya boleh dibahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu: Perkaedahan pengajaran Teori pembelajaran dan pengajaran

Pada lazimnya, seorang bakal guru akan menerusi kedua-dua bidang ini sebelum menjadi seorang guru. Tetapi bersamping itu, dia juga harus mempelajari perkaraperkara seperti pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah, kurikulum sekolah, Perlakuan Mengajar, Interaksi Guru-Pelajar dan sebagainya.

Maksud pendekatan:
Parera (1986) : Pendekatan merupakan satu latar belakang falsafah atau pandangan mengenai idea utama yang hendak dibahaskan dan merupakan satu aksioma (pernyataan yang diterima umum dan menjadi asas kepada sesuatu huraian). Kamarudin Hj. Husin (1988) : satu kumpulan andaian yang saling berkait tentang hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa dan hakikat pembelajaran bahasa

Jenis-jenis pendekatan. 1. Pendekatan Induktif 2. Pendekatan Deduktif 3. Pendekatan Eklektik 4. Pendekatan Komunikatif 5. Pendekatan Interaksional 6. Pendekatan Pengalaman Bahasa 7. Pendekatan Bersepadu

Maksud Kaedah
Mangantar Simanjuntak (1982) : satu rencana (prosedur) yang menyeluruh untuk mengajar sesuatu bahan bahasa, yang secara keseluruhannya mestilah didasarkan kepada pendekatan yang di gunakan. Parera (1986) : satu rancangan menyeluruh untuk menyampaikan secara teratur bahan-bahan bahasa, tidak ada bahagian-bahagiannya yang saling bertentangan dan semuanya berdasarkan kepada pendekatan Ishak Ramly (2006) : satu rancangan tentang apa yang akan dilaksanakan sesuai dengan situasi bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran.

1. Kaedah terus 2. Kaedah semulajadi 3. Kaedah askar atau tentera 4. Kaedah ajuk-hafaz 5. Kaedah linguistik 6. Kaedah oral-aural 7. Kaedah terjemahan 8. Kaedah psikologi 9. Kaedah kod-kognitif 10. Kaedah khusus

Kaedah Terus : Menurut Salleh Mohd Akib (1975), kaedah terus ini ialah kaedah pengajaran secara perbualan untuk memperkenalkan bahasa kedua kepada kanak-kanak. menurut Kamarudin Hj. Husin (1988), kaedah ini mengutamakan prinsip mengajar berdasarkan psikologi kanak-kanak. Kaedah ini disampaikan berdasarkan empat perkara asas iaitu: 1. Perhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda atau ayat dengan fikiran atau sebaliknya.

2. Pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman sedia ada. 3. timbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui soalansoalan yang telah dirancangkan. 4. mengutamakan bahasa lisan, tidak mempelajari undang-undang tentang bahasa yang hendak dipelajari, mengutamakan sebutan yang betul, ulangan dan pengukuhan harus dibanyakkan, dan mempelajari sesuatu yang mudah sebelum sesuatu yang kompleks. 2. Kaedah Semulajadi : hampir sama dengan kaedah Terus. Pengajaran dimulakan dengan soalan-soalan yang berhubung dengan objek dan gambar. Perkataanperkataan yang baru diterangkan dengan menggunakan perkataanperkataan yang telah diketahui oleh murid. Terjemahan tidak langsung digunakan. 3. Kaedah Oral-Aural : kaedah mendengar dan kemudiannya bertutur. menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan. Latih tubi dan dialog dijalankan dalam cara yang realistik memberi perhatian kepada intonasi yang betul. 4. Kaedah Linguistik : Kaedah ini membolehkan kanak-kanak menggunakan bahasa yang telah diketahuinya untuk mempelajari bahasa baru dari segi bunyi. memulakan aktiviti dengan latihan pendengaran kemudian diikuti oleh aktiviti menyebut. Pengajaran tatabahasa dilakukan mengikut

pendekatan Induktif (Kamarudin Hj. Husin,1988).

Maksud Teknik
Kamus Dewan (edisi ketiga) : kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Edward M. Anthony : satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz : pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Jenis jenis Teknik. 1. Teknik main peranan 2. Teknik permainan bahasa 3. Teknik latih tubi 4. Teknik bercerita 5. Teknik inkuiri 6. Teknik perbahasan 7. Teknik kuiz 8. Teknik sumbangsaran 9. Teknik soal jawab 10. Teknik simulasi 11. Teknik drama 12. Teknik perbincangan

1. Teknik berbincang teknik pengajaran yang berbentuk perbualan dan ia dilakukan di kalangan kanak-kanak di bawah penyeliaan dan kawalan guru. 2. Teknik brainstorming teknik yang berbentuk perbincangan Kanak-kanak digalakkan berfikir secara kreatif dan aktif untuk menghuraikan pendapatnya.

3. Teknik soal jawab teknik yang kerap digunakan oleh guru. Ia mewujudkan interaksi antara guru dengan kanak-kanak. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru bertanyakan soalan dan kanak-kanak akan menjawab soalan tersebut. Mempunyai aras kesukaran soalan . Teknik main peranan teknik yang melibatkan gambaran-gambaran murid terhadap sesuatu situasi atau keadaan dan melakonkannya tanpa sebarang bantuan skrip. pengalaman secara spontan. 5. Teknik bercerita Guru memilih cerita yang sesuai dengan kanak-kanak dan isi pengajaran yang hendak disampaikan. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa dan berikan penekanan kepada aspek-aspek bahasa yang hendap diajarkan. 6. Teknik tunjuk cara sesuai digunakan terutama dalam proses pengajaran yang memerlukan kanak-kanak bertutur dengan menggunakan ayat-ayat yang betul dan sempurna. Di samping menunjuk cara, kanak-kanak diminta untuk

menerangkannya melalui bahasa yang baik. Sebelum kanak-kanak menunjuk cara, guru perlulah menerangkan maksud tunjuk cara tersebut dan perkara-perkara yang harus dicakapkan. . Teknik penyelesaian masalah teknik pembelajaran yang dilaksanakan di bawah penyeliyaan guru. Kanak-kanak diberi masalah dan cuba menyelesaikan masalah tersebut. 8. Teknik latih tubi pengulangan fakta-fakta yang telah dipelajari. Tujuannya adalah untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran tersebut dan di samping itu, untuk menjamin kekekalannya. 9. Teknik permainan bahasa

guru

membentuk

satu

situasi

yang

memerlukan

kanak-kanak

menggunakan bahasa yang ada pada mereka untuk menyelesaikan tugas-tugas permainan yang diberi.

Secara

keseluruhannya,

pendekatan

adalah

bersifat

aksiomatik

dan

menggambarkan hakikat bahasa dan proses belajar bahasa yang dijadikan landasan untuk menyusun kaedah mengajar. Kaedah pula adalah bersifat prosedur dan teknik merupakan perlaksanaan kaedah dalam kelas.

Pendekatan Induktif

Pendekatan Deduktif

Pendekatan Eklektik

Pendekatan Komunikatif

o o o

Khusus umum Pengajaran

kepada

o o o

Umum khusus

kepada

Gabungan induktif deduktif dan

Bahasa sebagai satu komunikasi

Pengajaran berdasarkan hukum Kemukakan genelisasi o

mendapatkan hukum Banyak menggunakan contoh

Pengajaran mengikut kebolehan kemampuan kanak-kanak dan

Pengajaran lebih kepada dialog

Situasi yang menyerupai keadaan sebenar

Kaedah : 1. Terus atau

Kaedah : 1. Linguistik 2. Semulajadi 3. Terus

Kaedah : 1. Linguistik 2. Oral-aural 3. Semulajadi 4. Terus

Kaedah : 1. 2. 3. Linguistik Oral-aural Terus

semulajadi 2. Oral-aural 3. Linguistik 4. Fonetik Teknik : 1. Berbincang 2. Brainstorming 3. Soal jawab

Teknik : 1. Main peranan 2. Bercerita 3. Lakonan/ drama 4. Tunjuk cara

Teknik : 1. Penyelesaian masalah 1. Tunjuk cara 2. Latih tubi 3. Soal jawab

Teknik : 1. Bercerita 2. Brainstormin g 3. Soal jawab 4. Berbincang 5. Permainan bahasa