Anda di halaman 1dari 10

KOMPONEN

DALAM RPH
1. TEMA/TOPIK
• Topik dan tema yang hendak disampaikan dalam
proses pengajaran dan kemahirannya haruslah
mengikut kurikulum yang dipilih daripada buku teks
atau dskp yang disediakan.
• Guru juga perlu tahu topik serta subtopik yang akan
diajar serta aktiviti yang berkaitan dengan topik
tersebut supaya guru dapat merancang kesesuaian
tempoh masa, strategi pengajaran, sumber atau alat
bantuan mengajar yang berkaitan
2. KEMAHIRAN/FOKUS

• Guru perlulah memilih kemahiran-kemahiran dan isi pelajaran yang sesuai.


• Guru harus memastikan apa yang perlu dikuasai oleh murid agar apa yang
dikehendaki nanti dapat di aplikasikan dan tumpuan sepenuhnya dapat
diberikan oleh murid-murid.
• Guru perlu menentukan strategi pengajaran yang sesuai dengan peringkat,
kebolehan dan minat pelajar.
• Guru juga perlu menyatakan panduan tunjuk arah kepada murid dan
menyampaikan arahan serta pesanan dengan intonasi yang betul dan
bersopan.
3. PENGETAHUAN SEDIA ADA
• Menentukan kebolehan sedia ada murid dalam pengajaran adalah sangat
penting khasnya digunakan untuk merancang strategi pengajaran yang
berkesan.
• Pengetahuan sedia ada merujuk kepada pengalaman, pengetahuan dan
kebolehan yang sudah ada pada murid sebelum pelajaran baru yang dirancang
oleh guru. pengetahuan ini boleh merujuk kepada topik-topik yang sudah
disampaikan kepada murid sebelum ini, mungkin melalui mata pelajaran yang
berlainan atau tahun yang berlainan, dan juga pengalaman murid sendiri.
• pengetahuan sedia ada murid akan membantu guru mengaitkannya dengan
pelajaran baru (biasanya dalam set induksi), dalam menentukan objektif
pengajaran dan pembelajaran, memilih bahan atau sumber pengajaran dan
memilih strategi dan kaedah yang sesuai
4. STANDARD KANDUNGAN
• Merupakan penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui
dan boleh lakukan dalam satu tempoh persekolahan merangkumi aspek
pengetahuan, kemahiran dan nilai.
6. OBJEKTIF PEMBELAJARAN
• Sebelum seseorang guru itu menyampaikan sesuatu pengajaran, dia
mestilah mengetahui apa yang ingin dicapainya dalam pelajaran itu. Taraf
pencapaian ini dapat ditunjukkan dengan jelas sekiranya keputusan dan
kesan pengajaran itu dinyatakan mengikut perlakuan dan prestasi murid
selepas pengajaran itu.
• penentuan objektif pengajaran biasanya berdasarkan kemahiran yang
dihuraikan dalam sukatan pelajaran serta kebolehan murid yang sedia
ada. Isi pelajaran yang kemudian dipilih dan dirancang untuk disampaikan
akan berdasarkan kepada objektif pengajaran yang telah ditentukan.
• Objektif pengajaran ialah suatu keterangan mengenai kemahiran yang
perlu ditunjukkan oleh pelajar sebelum dianggap berupaya (compotent).
• Objektif juga perlu dipelbagaikan bagi kelas yang muridnya mempunyai
pelbagai keupayaan
7. PENTAKSIRAN BERASASKAN
SEKOLAH
• Pentaksiran Berasaskan Sekolah merupakan kaedah pentaksiran yang
mencorakkan hala tuju sistem pentaksiran yang bersifat holistik iaitu
menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani), psikomotor
(jasmani) dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
terarah kepada proses pembentukan personaliti murid secara menyeluruh,
berterusan, fleksibel, autentik, dan pelbagai situasi.
9. ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

• Perentasan kurikulum bermaksud pelajaran bahasa yang diajar itu


merentasi atau merangkumi isi kandungan mata pelajaran lain.
• Contohnya seperti sains, muzik, pendidikan seni, keusahawanan, TMK dan
kerativiti dan inovasi.
10. PENERAPAN NILAI

• Guru perlu menyatakan nilai-nilai murni yang berkaitan (yang hendak


diterapkan) dengan isi kandungan yang hendak disampaikan.
• Sebagai contoh nilai estetika, kerjasama.
• Guru boleh memilih mana-mana nilai murni yang hendak diterapkan
sesuai dengan aktiviti pengajaran dan pembelajarannya.
• Sebagai contoh, apabila guru mengadakan aktiviti berkumpulan dan
selepas itu meminta pelajar ke depan membentangkan hasil kerja
mereka, maka guru telah menerapkan nilai kerjasama dan juga nilai
keberanian (apabila pelajar ke depan kelas untuk bercakap).
11. SUMBER/BAHAN BANTU
MENGAJAR
• Pemilihan sumber dalam proses penyampaian merujuk kepada
penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai.
• Penggunaan bahan bantu mengajar memainkan peranan yang penting
dalam usaha membentuk konsep yang tepat daripada isi pelajaran yang
sedang disampaikan dengan menggunakan prinsip pengajaran daripada
konkrit kepada abstrak.
• Perlu diingatkan bahawa sumber pelajaran tidak terhad kepada buku
teks, kapur dan papan tulis sahaja.
• Sumber pelajar juga boleh termasuklah carta, gambarajah, bahan-bahan
konkrit, tv, model, spesimen dan sebagainya.
• Dengan pemilihan sumber yang sesuai aktiviti pengajaran dan
pembelajaran akan menjadi lebih seronok dan berkesan .

Anda mungkin juga menyukai