Anda di halaman 1dari 23

PENGURUSAN TINGKAH LAKU

BERMASALAH DALAM BILIK DARJAH

Disediakan oleh:Abdullah Azam


Anis Nurizzati
Athirah Sufiah
• Pengurusan bilik darjah mementingkan perancangan,
organisasi dan kawalan pelajar; proses pembelajaran,
termasuk tujuan pembelajaran dan strategi yang
digunakan untuk mencapainya dan ruang belajar
yang merangkumi perabot dan sumber daya
pengaturan fizikal dan sikap emosi dan dinamika
sosial peserta.
• Semua guru menghadapi cabaran dengan pengurusan bilik darjah
dan disiplin dan dari masa ke masa mengembangkan strategi
untuk bertindak balas terhadap situasi ini. Sekolah biasanya
mempunyai dasar yang menetapkan garis panduan umum untuk
kesejahteraan dan disiplin pengurusan pelajar.
• Sebilangan besar kesukaran disiplin yang dihadapi oleh guru di
bilik darjah melibatkan gangguan kecil seperti bercakap yang tidak
perlu, tidak perhatian dan tidak taat. Tingkah laku serius, seperti
kekerasan fizikal jarang berlaku.
• Prosedur untuk menangani tingkah laku mengganggu di dalam kelas telah
berubah dari masa ke masa, dari penggunaan hukuman mati secara meluas ke
fokus yang lebih besar pada kurikulum dan pelbagai pilihan berdasarkan kelas,
termasuk penggantungan dan pengecualian sebagai pilihan terakhir
• Guru kelas perlu mengenal pasti kepercayaan mereka sendiri tentang
bagaimana kanak-kanak belajar dan bagaimana bilik darjah harus diuruskan
• Falsafah yang boleh diikuti oleh guru merangkumi model pengajaran
intervensi, interaksionis dan bukan intervensi. Masing-masing melibatkan
tahap kawalan yang berbeza yang dilakukan oleh guru di atas kelas
DISIPLIN & TINGKAH LAKU BERMASALAH
• Disiplin adalah berkaitan dengan tingkah laku seseorang
• Boleh ditafsirkan sebagai latihan yang bertujuan
membentuk tingkah laku yang dikehendaki
• Kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengurus tingkah
laku dikenali sebagai disiplin atau pengurusan tingkah laku
• Boleh dikaitkan dengan kepatuhan.cth:kepatuhan kepada
peraturan yang telah ditetapkan
Menguruskan konflik dan tingkah laku masalah

• Buli, yang melibatkan penyalahgunaan kuasa adalah bentuk tingkah


laku tidak wajar yang serius di sekolah
• Buli secara amnya lebih kerap berlaku di kalangan kanak-kanak
lelaki, dan pada kanak-kanak berumur sekitar 8-9 tahun, seperti di
kalangan kumpulan umur yang lain. Ia menurun dalam frekuensi
hingga tahun-tahun menengah
• Strategi yang digunakan untuk memerangi buli merangkumi latihan
ketegasan pengurusan kemarahan penyelesaian konflik dan
mediasi rakan sebaya.
PUNCA MASALAH DISIPLIN&TINGKAH LAKU BERMASALAH DALAM
BILIK DARJAH

DIRI MURID
 Perkembangan kognitif,emosi,sosial,dan fizikal murid berlaku pada kadar berbeza
 Maka setiap murid dalam sesebuah bilik darjah mempunyai tahap kemahiran berbeza
 Manusia memerlukan keperluan fisiologi.sekiranya keperluan tersebut tidak dipenuhi,murid akan
berusaha memenuhi keperluannya
 Dalam pada itu,mereka mungkin akan menimbulkan masalah dalam bilik darjah
 Murid sekolah rendah-mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi serta keinginan mencuba sesuatu baru
 Percubaan gaya baru ini mungkin menganggu proses pdp atau melanggar peraturan bilik darjah
 Kebosanan dengan aktiviti kelas-mendorong murid melanggar peraturan atau mengganggu rakan lain
 Masalah emosi-boleh bersifat dalaman/tidak jelas kepada guru
Cth:mengasingkan diri,tiada kawan,kerap tidak hadir ke sekolah,atau menunjukkan sikap afektif yg kurang
sesuai seperti menangis,perasaan sering berubah,malu & tidak cergas
 Ada juga masalah emosi yg dijelmakan melalui tingkah laku kurang sesuai
Cth:agresif,tidak mengendahkan amaran guru,sering ponteng sekolah,membuli
GURU

• Jika guru menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab,tidak mengawal diri atau tidak menghormati
murid,maka murid akan menunjukkan sikap sama terhadap guru
• Guru perlu berhati-hati dgn pertuturan dan Bahasa digunakan kerana ada murid yg akan meniru gaya
komunikasi
• Pembawaan seseorang guru,amalan atau tingkah lakunya boleh mempengaruhi sikap serta kelakuan murid
dalam kelas.
• Guru perlu:ambil berat dan menunjukkan minat agar murid merasakan diri mereka penting dan kehadiran
mereka dalam kelas bermakna kepada guru tersebut
• Jika tidak,murid mungkin menunjukkan sikap disruptif semata-mata untuk mendapat perhatian guru
• Guru mesti tunjukkan sikap yakin dengan kemampuannya,adil dan konsisten dlm segala keputusan yg
dibuat dlm bilik darjah
• Guru kurang keyakinan diri dalam bilik darjah boleh menjadi punca masalah disiplin dan tingkah laku
SEKOLAH
• Harapan sekolah yang tinggi,penumpuannya kepada aspek akademik dan peraturan terlalu ketat akan
mewujudkan suasana tegang dan tidak menyeronokkan kepada murid-mungkin
memberontak,mengasingkan diri atau tidak mengikut peraturan
• Sekolah perlu mewujudkan perasaan kemasyarakatan dalam kalangan muridnya
-murid mesti merasakan diri mereka sebahagian anggota yang dapat menyumbang ke arah pencapaian
matlamat sekolah
• Sekolah juga perlu ambil berat tentang prasarana yang perlu bagi murid-muridnya.
-tidak semestinya merujuk kpd kecantikan taman,atau kolam air terjun
• Pengambilan murid yang ramai menyebabkan bilik darjah sesak,keadaan panas,system pencahayaan
tidak mencukupi,silau pada papan putih,kebisingan dari bilik darjah
-menjadikan murid gelisah/tiada penumpuan dalam pembelajaran
• Tandas bersih/paip air berfungsi/kantin bersih,cukup meja,kerusi dan makanan
-elakkan murid berlari-lari dan tolak menolak
LATAR BELAKANG MURID
• Asuhan diterima,taraf ekonomi keluarga,bilangan ahli
keluarga,tempat tinggal,rakan sebaya dan media
massa mempengaruhi sikap dan tingkah laku murid
terhadap sekolah
KONSEP PENGURUAN TINGKAH LAKU BERMASALAH

• Menangani tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah merupakan peringkat pertama
dalam system pengurusan disiplin sekolah.terdapat strategi tertentu yang boleh diikuti
oleh guru untuk menangani masalah-masalah atau kesalahan-kesalahan kecil salah laku
dalam bilik darjah
TINDAKAN GURU DALAM PENGURUSAN DISIPLIN DAN TINGKAH LAKU
BERMASALAH
Perancangan awal yang perlu dilakukan oleh guru:
• Dapatkan maklumat awal berkaitan dgn kelas yang akan diajar-untuk mengenal pasti latar belakang
muridnya-dgn itu,dapat merangka perancangan pdp yg sesuai,merancang susunan bilik darjah serta
tetapkan peraturan dan rutin
• Mengadakan perjumpaan pertama pada hari pertama awal tahun-penting untuk menentukan
perkembanagn serta hala tuju kelas bagi tahun tersebut
-pada perjumpaan pertama ini,guru perlu menetapkan kepimpinan serta hubungannya dgn murid.peringkat
ini,murid akan menilai atau mencabar tindakan gurunya
• Oleh itu,guru perlu berikan perhatian kepada beberapa perkara antaranya:
i. Penampilan & Bahasa badan guru
ii. Sikap dan tingkah laku guru
• Cara guru menyampaikan gaya kepemimpinannya pada pertemuan pertama ini mempengaruhi
pembentukan suasana bilik darjah
• Untuk menetapkan jangkaan tingkah laku yg jelas kepada murid-guru perlu menetapkan peraturan dan
rutin terlebih dahulu
• Menetapkan kesan / akibat bagi tingkah laku murid
• Memperakukan tingkah laku murid-beri pengukuhan bg setiap tingkah laku yg tidakboleh diterima
• Cth kesalahan:tidak beri perhatian semasa pdp,berkelakuan tidak sopan,tingkah laku mengganggu
rakan
• Ianya boleh dikawal menggunakan teguran non verbal seperti
-mengalihkan tingkah laku
-menukar rentak aktiviti pdp.contohnya jika guru menggunakan strategi berpusatkan guru,dan mendapati
murid berasa bosan,guru boleh menukar kepada strategi berpusatkan murid utk menarik perhatian murid
-menukar tempat duduk murid.
-membuat kontak mata dgn murid yang menunjukkan kelakuan yg mengganggu atau menunjukkan isyarat
tertentu
• Dengan itu,murid akan faham bahawa guru tersebut mahu kelakuannya dihentikan
• Jika gagal,guru boleh mendekati murid dan menepuk bahunya untuk mendapatkan perhatian kerana
sesetengah murid tidak suka dimarahi dihadapan rakan sekelas
• Kesalahan-kesalahan yg melibatkan perawakan murid itu sendiri perlu
ditangani secara individu dengan murid tersebut.antara kesalahn
tersebut seperti:
-selekeh
-pengotor
-bersikap kasar
-ponteng kelas
• Caranya:guru boleh memanggil murid tersebut sebelum atau selepas
kelas,berbincang dan cuba jari jalan penyelesaian
Cadangan boleh digunakan untuk menangani masalah disiplin

i. Guru tidak boleh panik


ii. Elakkan daripada mencabar atau bertekak dengan
murid
iii. Semak semula cara pengajaran
iv. Berbincang dengan guru lain
PERANAN & TINDAKAN GURU SEMASA TANGANI
TINGKAH LAKU BERMASALAH DALAM BILIK DARJAH
Murid bermasalah
(ditangani guru bilik darjah)

Jika Berjaya ditangani,kes ditutup-guru rekodkan laporan tentang pengurusan yg


dibuat

Jika gagal,rujuk kepada kaunseling untuk membantu murid-guru bilik darjah masih
perlu memantau perkembangan murid tersebut

Sekiranya guru kaunseling Berjaya selesaikan masalah tersebut-kes ditutup dan


direkod oleh guru kaunseling dan bilik darjah

Jika tidak terkawal,guru boleh merujuk kepada jawatankuasa disiplin-langkah perlu


akan dilakukan utk menanganinya.kes serius akan dibawa kepada guru besar dan
guru besar akan memutuskan tindakan selanjutnya-melibatkan badan luar seperti
pihak polis/hospital
HALANGAN DALAM MENGURUSKAN MASALAH DISIPLIN & TINGKAH
LAKU BERMASALAH

• Sikap
• Pengalaman
• Kemahiran guru
• Rakan sebaya murid
• Ibu bapa
INTERVENSI MENANGANI
TINGKAH LAKU BERMASALAH
model pengajaran intervensi, interaksionis dan bukan intervensi

• Setiap kanak-kanak perlu diberi intervensi awal iaitu


satu program yang tersusun, berstruktur, dan
berperingkat.
Intervensi dalam menangani tingkah laku bermasalah

• Masalah-masalah tingkah laku dapat dikurangkan jika


guru mempunyai langkah-langkah intervensi untuk
mengawal masalah tersebut
• Terdapat beberapa bentuk intervensi boleh
digunakan dalam menangani masalah disiplin
Teknik modifikasi tingkah laku
• Menggunakan prinsip peneguhan
• Dalam teori peneguhan,tingkah laku murid ditentukan oleh
akibat yg bakal diterima selepas tingkah laku ditunjukkan
• Teknik ini bertindak berdasarkan tingkah laku yang tidak
diberikan ganjaran akan diulangi manakala yang tidak
diberikan ganjaran akan lupus
• Peneguhan positif (ganjaran) lebih berkesan berbanding
dendaan
Bimbingan & kaunseling
• Bimbingan
Satu proses yang dirancang dan digunakan oleh guru untuk membantu
murid-muridnya mengetahui dan menyedari tentang kebolehan dan
kelemahan diri serta membantu membuat penyesuaian dengan
persekitaran
• Kaunseling
Proses guru kaunselor membantu klien(murid) memahami dirinya
sebenar,kekuatan dan kelemahan diri supaya murid dapat mrmbuat
keputusan yang berkesan tentang pilihan-pilihan dalam hidupnya
Terapi kanak-kanak

• Merujuk kepada teknik dan kaedah digunakan utk membantu kanak-


kanak dan remaja yang mempunyai masalah emosi dan tingkah laku
• Terdapat banyak jenis terapi-utk membantu mengubah tingkah laku
dan memahami perasaan kanak-kanak
-terapi bermain
-terapi seni
-terapi muzik
-terapi bercerita

Anda mungkin juga menyukai