Anda di halaman 1dari 8

1.

Ciri-ciri khusus agama islam


Inqilabiyyah
• menegakkan Islam di atas keruntuhan jahiliyyah.
• Ini bermakna Islam tidak boleh berkompromi dengan
jahiliyyah atau kufur.
– Sebagai contoh, walaupun Rasulullah boleh menerima
tawaran sebagai raja dengan syarat meninggalkan dakwah,
baginda menolak dan berusaha menghapuskan
kemungkaran itu terlebih dahulu.
• Namun dalam keadaan tertentu, tidak perlu
keruntuhan kufur atau jahiiyyah terlebih dahulu
sebelum menegakkan Islam,
– contohnya suasana sekeliling yang diselubungi
kemungkaran, perlu diterapkan nilai-nilai Islam walaupun
bukan di bawah pemerintahan Islam.
Ijtihad dalam Islam
• Bahasa:
– ijtihad berasal dari bahasa Arab, yang kata
kerjanya “jahada” yang artinya berusaha dengan
sungguh-sungguh.
• Istilah:
– ijtihad bererti mengerahkan tenaga dan fikiran
dengan sungguh-sungguh untuk menyelidiki dan
mengeluarkan (meng-istinbat-kan) hukum-hukum
yang terkandung didalam Al-Quran dan hadis
dengan syarat-syarat tertentu.
Kedudukan ijtihad dalam islam
• Ijtihad menempati kedudukan sebagai sumber
hukum Islam setelah Al-Quran dan Hadis.
• Allah SWT berfirman:
Ertinya: “Dan dari mana saja kamu keluar maka
palingkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram
dan di mana saja kamu (sekalian) berada maka
palingkanlah wajahmu ke arahnya.”
(Q.S.Al-Baqarah,2:150)
• Namun demikian, hukum yang dihasilkan dari
ijtihad tidak boleh bertentangan dengan al-Quran
ataupun hadis.
Fungsi Ijtihad
• Untuk menetapkan hukum sesuatu,yang tidak ditemukan
dalil hukumnya secara pasti di dalam Al-Qur’an dan Hadis
• Ijtihad merupakan sarana untuk menyelesaikan persoalan-
persoalan baru yang muncul dengan tetap berpegang pada
Al Quran dan sunah.
• Berfungsi sebagai suatu cara yang disyariatkan untuk
menyesuaikan perubahan- perubahan sosial dengan ajaran-
ajaran Islam.
• Ijtihad berfungsi sebagai wadah pencurahan pemikiran
orang Islam dalam mencari jawapan dari masalah-masalah
seperti:
– Masalah asasi iaitu hal-hal yang berkaitan dengan ajaran Islam
seperti masalah-masalah di bidang akidah dan muamalat.
– Masalah berkaitan program pembangunan negara dan bangsa.
– Masalah berkaitan isu-isu yang berkembang dalam masyarakat.
Prinsip hukum tauhid
Harus
• Sesuatu yang diterima oleh pikiran untuk
terjadi dan tidak terjadi
• suatu perkara yang jika dikerjakan oleh
seorang muslim mukallaf dia tidak akan
mendapat dosa dan tidak pula akan mendapat
pahala.
– Contoh : makan dan minum, berziarah dan
belanja, berhibur, dan sebagainya.
Mustahil
• Mustahil bermaksud, akal tidak boleh menentukan dan tidak boleh
menghukumkan bahawa sesuatu itu begitu.
• Hukum mustahil dalam Ilmu Tauhid ini ditentukan oleh akal dengan serta
merta tanpa memerlukan penyelidikan dan dalil.
– Contohnya :
• Cth 1 : Mustahil RM 50 lebih dari RM 100.
• Cth 2 : Mustahil si ayah lebih muda dari si anak.
• Akal tidak boleh menerima dan tidak boleh bersetuju RM 50 lebih banyak
dari RM 100. Juga akal tidak boleh menerima dan tidak boleh bersetuju
serta menghukumkan , si ayah lebih muda dari si anak.
• Hukum mustahil juga ada yang ditentukan dengan memerlukan
penyelidikan yang rapi dan cukup kuat.
– Contohnya :
• Cth 1 : Mustahil bumi ini tiga segi. Sebelum akal dapat menghukum bahawa mustahil
bumi ini segi tiga, perkara tersebut hendaklah diselidik dengan rapi dan berhajatkan dalil.
• Cth 2 : Mustahil Tuhan boleh mati. Sebelum akal dapat menghukum bahawa mustahil
Tuhan boleh mati dan dibunuh sebagaimana kepercayaan Kristian terhadap Jesus, maka
perkara tersebut hendaklah diselidik dan berhajatkan dalil.

Anda mungkin juga menyukai