Anda di halaman 1dari 9

2019202340080 PIMK3033

Soalan Struktur

1a) Maksud Sirah Nabawiyyah

Daripada segi bahasa bermaksud sunnah, jalan dan keadaan. Dari segi Istilah
merupakan catatan perjalanan baginda Nabi Muhammad S.A.W bermula dari
kelahiran baginda hingga baginda wafat. Sirah Nabawiyyah ini diturunkan secara
bergenerasi dan dibukukan oleh pakar ulama sejarah.

Sirah Nabawiyyah juga merangkumi riwayat hidup baginda Nabi Muhammad s.a.w
bermula daripada kelahirannya sehinggalah kewafatan baginda serta sejarah
penyebaran agama Islam, bermula daripada turunnya wahyu pertama sehinggalah
tersebarnya Islam ke seluruh kepulauan Arab, dan seterusnya peristiwa manusia
memeluk agama Islam secara beramai-ramai.

1b)
Antara kepentingan Ilmu Sirah Nabawiyyah adalah dapat membantu pengkaji
memahami dan menghayati pensyariatan hukum-hukum syarak dengan lebih
mendalam.

Ilmu Sirah dapat memberikan pengkaji petunjuk, iktibar dan pengajaran daripada
tauladan dan contoh Nabi Muhammad S.A.W. Hal ini akan meningkatkan lagi
keyakinan kerana dalam mempelajari sirah, pengkaji dapat mengenali sifat nabi
yang terpuji dan mustahil bagi semulia insan ini berkata bohong dan secara tidak
langsung menangkis sikap tidak percaya kepada hadis seperti golongan anti hadis.
Dengan mempelajari perjalanan semulia-mulia manusia juga dapat memingkatkan
lagi amalan Sunnah yang dilakukan baginda serta berusaha berakhlak dengan
akhlak Rasulullah.

Allah SWT berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: “Sesungguhnya pada diri
Rasulullah ada teladan yang baik bagimu, iaitu bagi orang yang mengharap Allah
dan hari akhir serta banyak berzikir kepada Allah.” (Surah al-Ahzab, ayat 21)

Seterusnya, melalui ilmu sirah Nabawiyyah juga kita dapat memahami ayat-
ayat al Quran deangan makna yang sebenar dan tepat kerana kebanyakkan ayat
yang terkandung di dalam al Quran mempunyai Asbabun Nuzul yang berkait rapat
dengan keadaan, masa dan tempat pada ketika itu. Hal ini akan meningkatkan lagi
2019202340080 PIMK3033

kefahaman ayat-ayat al Quran dan melalui Hadis Rasulullah juga dapat


menerangkan ayat al Quran yang mujmal. Seperti ayat perintah untuk menunaikan
solat di dalam al Quran dan diterangkan cara pelaksanaannya melalui hadis
Rasulullah.

Disamping itu, ilmu sirah ini juga dapat menjelaskan lagi wurud sesebuah
hadis. Setiap perlakuan, perbuatan, lafaz, takrir dan sifat baginda merupakan al
Hadis. Oleh hal yang demikian, pengkaji dapat mengenalpasti hadis yang sahih dan
hadis palsu serta dapat melabelkan pangkat sesebuah hadis sama ada sahih atau
dhoif. Ilmu sirah Nabawiyyah juga merupakan ilmu yang menjadi sumber bagi ilmu
lain seperti aqidah, akhlak dan cara berdakwah. Hal ini juga dapat membolehkan
para pendakwah memperolehi kaedah tarbiyah dan ta’lim yang terbaik untuk
disesuaikan dengan zaman sekarang

Baginda juga adalah seorang insan yang bijak mengatur strategi dalam
pelbagai aspek seperti berperang, ekonomi dan berdakwah. Melihat kepada corak
perniagaan yang diamalkan oleh baginda juga akan meningkatkan lagi kemahiran
ilmu berniaga dan tidak mengamalkan unsur penipuan seperti riba. Selain itu juga
dapat mengetahui hukum hakam dalam sesuatu amal dalam kehidupan.
2019202340080 PIMK3033

2 a) Faktor penentangan musyrikin Makkah terhadap dakwah

Antara faktor penetangan musyrikin Makkah terhadap dakwah baginda Nabi


Muhammad S.A.W adalah faktor agama. Ajaran Islam yang dibawa oleh baginda
dilihat betentangan dengan ajaran menyembah berhala. Hal ini kerana dari sudut
akidah, Islam menekankan tauhid iaitu percayakan Allah yang Maha Esa dan
menentang amalan syirik seperti menyembah berhala. Bagi golongan musyrikin
Makkah, amalan dan apa yang diwarisi oleh nenek moyang mereka adalah perkara
yang perlu dipertahankan sedangkan apa yang diikuti itu adalah perkara yang jahil.
Firman Allah dalam surah al Baqarah ayat 170:

‫ٓاؤ ُه مۡ اَل يَ ۡعِقلُ ۡوَن‬ ٰ ِ ِ


ُ َ‫َواذَا ق ۡي َل هَلُ ُم اتَّبِعُ ۡاو َمٓا اَ ۡنَز َل اللّهُ قَالُ ۡاو بَ ۡلنَـتَّبِ ُع َمٓا اَ لَف ۡينَا َعلَ ۡيِه اٰبَٓاءَنَا ؕ اََولَ ۡو َكا َن اٰب‬
ۡ

‫َش ۡيـئًـا َّواَل يَ ۡهتَ ُد ۡوَن‬

Dan apabila dikatakan kepada mereka” Turutlah akan apa yang telah diturunkan
oleh Allah” mereka menjawab: “(Tidak), bahkan kami (hanya) menurut apa yang
kami dapati datuk nenek kami melakukannya”. Patutkah (mereka menurutnya)
sekalipun datuk neneknya itu tidak faham sesuatu (apa pun tentang perkara-perkara
ugama), dan tidak pula mendapat petunjuk hidayah (dari Allah)?

Menerusi ayat di atas, dapat dilihat bahawa orang musyrikin Makkah


menentang Nabi Muhammad kerana baginda membawa kehancuran kepada adat
dan tradisi masyarakat arab jahiliyah yang diwarisi dari nenek moyang mereka

Selain itu, agama Islam yang disampaikan Nabi Muhammad s.aw. ialah
agama tauhid yang menyeru kepada keadilan sosial dan persamaan taraf manusia.
Hal ini dilihat bertentangan dengan taraf sosial mereka yang meletakkan sebagai
golongan bangsawan berada di atas dan golongan hamba dilayan dengan teruk.
Jika penduduk Makkah menerima Islam, maka kedudukan orang bangsawan
Quraisy akan berada pada taraf yang sama dengan hamba. Harta, pangkat, dan
2019202340080 PIMK3033

keturunan bukan pengukur keistimewaan di sisi Allah. Firman Allah SWT dalam al-
Quran bermaksud:

“…Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih


takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya
(akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah al-Hujurat, ayat 13)

2 b) Perbezaan Hijrah ke Habsyah kali pertama dan kedua

Penindasan terhadap umat Islam bermula pada pertengahan atau penghujung tahun
keempat kenabian. Hal ini menyebabkan orang Islam di Makkah merasa tidak
selamat. Setelah itu Rasulullah S.A.W memerintahkan orang-orang Islam supaya
berpindah ke Habsyah untuk mengelakkan daripada seksaan orang-orang Quraisy.
Rasulullah(s.a.w.) memilih Habsyah kerana baginda mengetahui bahawa Ashamah
al-Najashi merupakan raja yang adil dan baik.

Hijrah pertama ke Habsyah berlaku pada tahun kelima kenabian iaitu bersamaan
615 masihi manakala hijrah kedua ke Habsyah pula berlaku pada tahun ketujuh
kenabian iaitu bersamaan dengan 617 masihi.

Pada Hijrah ke Habsyah yang pertama disertai seramai 16 orang yang terdiri
daripada 12 lelaki dan 4 perempuan yang diketuai oleh Uthman bin Affan r.a dan
bersamanya Ruqayyah, puteri Rasulullah. Manakala bagi hijrah kali yang kedua pula
disertai sengan lebih ramai iaitu seramai 83 lelaki dan 28 atau 29 perempuan. Al-
Allamah Muhammad Sulayman al-Mansurfuri berpegang kepada 28 orang.

Selain itu, antara faktor atau sebab berlaku Hijrah pertama ke Habsyah
adalah orang Islam di Makkah ditindas dan mendapat tentangan yang hebat dari
orang Musyrikin. Manakala bagi Hijrah kedua, faktor yang menjadi sebab utama
adalah orang Islam di Makkah diseksa hingga ada yang syahid dan dibunuh serta
bertujuan untuk menyebarkan dakwah Islamiyyah yang melihatkan Ja'afar bin Abi
Talib bertemu Raja An-Najasyi dan menerangkan tentang ajaran Islam
2019202340080 PIMK3033

Antara kesan dari Hijrah pertama adalah keselamatan umat Islam yang
berhijrah terbela dan mendapat naungan dari Raja Habsyah dan kesan dari Hijrah
kedua adalah dakwah Islam tersebar luar dari kota Makkah dan membawa kepada
pengislaman Raja Najashi.

Soalan Esei

1)

Rasulullah merupakan insan yang terpilih dari Allah S.W.T sebagai penyampai
risalah Islam dan contoh teladan kepada umat Islam akhir zaman. Baginda juga
merupakan contoh teladan di dalam semua aspek kehidupan termasuk aspek
pendidikan. Allah berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat ke-21 :

‫ُس َوةٌ َح َسنَةٌ لِ َم ْن َكا َن َي ْر ُجو اللَّهَ َوالَْي ْو َم اآْل ِخَر َوذَ َكَر اللَّهَ َكثِ ًريا‬ ِ ِ
ْ ‫لََق ْد َكا َن لَ ُك ْم يِف َر ُسول اللَّه أ‬

Yang bermaksud : “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu
contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan)
Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah
banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)

Strategi Rasulullah dalam menyebarkan ilmu agama itu sangat indah dan sebagai
umat Islam khususnya para pendidik perlu mencontohi dan mengagumi akhlak
baginda tersebut untuk menjadikan lapangan pendidikan dan profesion keguruan
lebih mantap dan berketrampilan.

Rasulullah menyebarkan ilmu agama bukan secara berseorangan, tetepi


dibantu oleh para sahabat yang selalu menyokong baginda. Hal ini dapat dilihat
menerusi tindakan Rasulullah melantik para sahabatnya sebagai guru agama untuk
dihantarkan ke daerah-daerah tertentu bagi mengajarkan dan menyebarkan agama
Islam. Hal ini juga dapat dikaitkan dengan guru pada zaman sekarang. Guru pada
masa kini seharusnya mempunyai kolaborasi yang kuat diantara Guru Besar, ketua
panitia, rakan kerja, dan murid. Pepatah bersatu teguh, bercerai roboh perlu
diterapkan kerana guru sekarang perlulah bergerak sebagai satu organisasi yang
teratur bagi mewujudkan suasana yang harmoni dan pengurusan yang teratur
sekaligus dapat mencapai apa yang ditetapkan. Tidak dilupakan juga peranan ibu
bapa dalam sistem pendidikan sekarang. Menerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru
2019202340080 PIMK3033

(PIBG), guru dapat mengenalpasti latar belakang murid dan tahap pencapaian murid
di rumah sama ada dari sudut penguasaan ilmu pengetahuan mahu pun ilmu agama
seperti tahap penguasaan dalam membaca al Quran. Peristiwa Nabi Muhammad
menggunakan beberapa orang tawanan perang Badar yang memiliki kemahiran
dalam menulis dan membaca untuk mengajar anak orang Islam. Oleh hal yang
demikian, kolaborasi dua hala serta pengurusan diri yang ditunjukkan dalam sirah
Nabawiyyah dilihat perlu diamalkan oleh guru bagi meningkatkan pencapaian murid.

Selain itu, antara fasa Rasulullah dalam menyampaikan risalah Islam


terbahagi kepada dua iaitu dakwah secara rahsia pada fasa permulaan islam dan
dakwah secara terang-terangan. Kaedah berperingkat dan beransur-ansur telah
digunakan oleh baginda dalam menyebarkan agama Islam dengan berkesan dan
sampai kedalam hati umat Islam. Baginda sangat menitik beratkan konsep beransur-
ansur di dalam sesi pengajaran dan sentiasa mendahulukan hal yang lebih penting.
Hal ini dilihat pada fasa awal perkembangan Islam di Mekah, Rasulullah
menekankan perkara yang melibatkan pengukuhan aqidah dan tauhid terlebih
dahulu dan perkara yang melibatkan pembentukkan akhlak menyusul kemudian.
Melihat kepada keadaan ini juga, guru pada zaman kini perlulah menerapkan teknik
mengajar secara beransur-ansur dan sentiasa mendahulukan perkara yang lebih
penting iaitu mengajarkan perkara yang asas terlebih dahulu. Contohnya,
mengajarkan perihal hukum tajwid dahulu sebelum mengajarkan kepada murid cara
membaca dan melagukan bacaan al Quran.

Seterusnya, kaedah dialog dan perbincangan dalam proses penyebaran


dakwah Rasulullah dilihat memberikan kesan yang amat mendalam dalam
mejayakan penyebaran Islam. Baginda berdialog dengan pelbagai lapiasan umur
ketika menyampaikan dakwah. Teknik dan cara yang betul dipraktikkan dalam setiap
penyampaian itulah yang penting dalam menarik minat orang awam terhadap Islam.
Tambahan pula, baginda bukan sahaja menyeru agar melakukan kebaikan tetapi
baginda juga turut serta menunjukkan teladan yang baik dalam melaksanakannya.
Mafhum daripada Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim:

Saidatina Aisyah R.A berkata: “Nabi SAW menunaikan solat malam hingga bengkak
kedua-dua telapak kaki baginda, lalu aku katakan kepada baginda, ‘Mengapakah
engkau melakukan seperti ini, ya Rasulullah, padahal dosamu yang lalu mahupun
2019202340080 PIMK3033

yang akan datang telah diampunkan oleh Allah? ‘Baginda menjawab, Adakah aku
tidak boleh menjadi hamba Allah yang bersyukur?”

Menerusi hadis di atas, baginda bukan sahaja menyeru umat islam menunaikan
solat sunat tahajud menerusi surah al Muzammil ayat 1 hingga 4 tetapi baginda
adalah insan yang terlebih dahulu kuat beramal. Konsep perbincangan yang
dilakukan seperti musyawarah pada zaman Rasulullah juga boleh diterapkan di
dalam kelas ketika sesi PdPc berlaku. Menggalakkan aktiviti perbincangan secara
tidak langsung akan menimbulkan banyak persoalan dan meningkatkan lagi daya
pemikiran murid. Seperti mana dalam surah Jaathiyah ayat 13 :

‫ات لَِّق ْوٍم َيَت َف َّك ُرو َن‬


ٍ ‫ك آَل ي‬ِٰ ِ
َ َ ‫ض مَج ًيعا ِّمْنهُ ۚ إ َّن يِف ذَل‬ ْ
ِ َّ ‫وس َّخر لَ ُكم َّما يِف‬
ِ ِ ‫ات وما يِف اأْل َر‬
َ َ ‫الس َم َاو‬ َ ََ
Bermaksud : Dan Dia telah menundukkan untukmu apa yang di langit dan apa yang
di bumi semuanya, (sebagai rahmat) daripadaNya. Sesungguhnya pada yang
demikian itu benar benar terdapat tanda tanda ( kekuasaan Allah) bagi kaum yang
berfikir.

Disamping itu, sifat penyayang yang dilihat pada Rasulullah merupakan sifat
yang wajib ada pada seseorang pendidik. Hal ini kerana, pembentukkan manusia
tidak boleh dibentuk menggunakan kekerasan termasuk dalam hal mendidik.
Rasulullah ketika menyampaikan dakwah islamiah, baginda tidak pernah
menggunakan kekerasan untuk menerima dakwah baginda. Malah jika dakwah
baginda ditentang dengan keras, baginda tidak membalas dengan kekerasan seperti
peristiwa baginda di baling batu kerana masyarakat disitu tidak menerima dakwah
baginda saat berdakwah di Taif. Sebaliknya, baginda mendoakan agar diberikan
hidayah kepada penduduk di situ. Junaid Al- Baghdadi dalam buku susunannya juga
ada menceritakan bahawa baginda juga memanggil kanak-kanak dengan nama-
nama yang baik yang mana mereka suka mendengarnya. Kebaikan budi pekerti
Rasulullah merupakan titik penting yang memukau dan memikat khalayak ramai
untuk menerima ajaran Islam. Penggunaan kata-kata kesat dan kasar kepada anak
murid seperti kes yang dilaporkan di dalam akhbar online Mstar 18 Julai 2013 dilihat
menjejaskan perkembangan emosi dan kognitif murid. Oleh hal yang demikian,
sebagai seorang guru sepatutnya tidak boleh merendahkan semangat anak murid
2019202340080 PIMK3033

untuk belajar dan memarahi kerana kurang bijak. Sebaliknya, gunakan konsep kasih
sayang dalam mendidik sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah.

Sebagaimana yang dijelaskan dalam kitab Al-Rahiq Al-Makhtum karangan


Safiyyu Al-Rahman Al-Mubarakfuri, Rasulullah s.a.w dalam menyebarkan dakwah
Islam, baginda diuji dengan ujian yang sangat hebat. Baginda pernah dibaling batu,
dijerut keher ketika solat dan dilempar najis. Antaranya juga Rasulullah pernah
dipulaukan oleh pemimpin Quraisy yang melibatkan sekatan ekonomi terhadapt
baginda dan Bani Hasyim selama 3 tahun. Namun baginda dan para pengikut tidak
pernah berputus asa dengan segala cabaran yang dihadapinya dan terus
menyebarkan dakwah dengan tidak putus asa. Begitu jugalah sebagai seorang
pendidik pada zaman sekarang yang perlu menempuh pelbagai cabaran seperti
kedegilan murid, sikap ibu bapa dan memuaskan hati pihak atasan. Nabi
Muhammad S.A.W mengajarkan kita apa itu kesabaran kerana baginda adalah
manusia yang paling penyabar dan dituntut didalam al Quran menerusi surah al
Ma’arij ayat 5:

‫صْبًرا مَجِ يال‬


َ ْ ‫اصرِب‬
ْ َ‫ف‬

“Maka bersabarlah kamu dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya.”

Oleh hal yang demikian, sebagai seorang pendidik haruslah mengajar dengan
penuh kesabaran di dalam diri. Sifat berlapang dada dan sentiasa berkorban masa,
tenaga dan wang ringgit perlu ditanam di dalam insan yang digelar guru. Ikhlaskan
setiap perkara yang dilakukan dan niatkan sebagai amal ibadat bagi meyakinkan diri
bahawa balasan duniawi bukan yang dihajiti, tetapi ganjaran di akhirat yang dicari.
Sebagai contoh, mengadakan kelas tambahan dan memberikan tumpuan yang lebih
kepada murid yang kurang faham terhadap pelajaran.

Rasulullah juga merupakan insan yang mengambil berat dan bertegas


dengan kebenaran dalam berkata-kata seperti mana yang dilakukan di dalam
dakwah baginda. Hal ini kerana baginda tidak menyatakan hal yang tidak penting
2019202340080 PIMK3033

dan setiap kata-kata baginda adalah bermanfaaat. Hal ini dapat dilihat menerusi
hadis riwayat Tarmizi, Saidina Hasan R.A pernah berkata:

Maksudnya : “Aku pelihara benar-benar akan apa yang aku ambil dari Rasulullah
s.a.w iaitu: “Tinggalkanlah segala apa yang membimbangkan kamu dan pergilah
kepada apa yang tidak membimbangkan kamu. Maka sesungguhnya sifat benar itu
merupakan ketenangan dan berdusta itu merupakan kebimbangan.”

Menerusi hadis di atas, dapat dilihat Rasulullah sangat menekankan ketegasan


dalam menyemai sifat benar dalam diri. Baginda juga menyampaikan sesuatu
perkara dan peringatan dengan penuh berhikmah. Hal ini dilihat, sifat
menyampaikan ilmu dengan kebijaksaan dengan berhikmah ini mencerminkan
bahawa islam ini menjaga sensitiviti individu dan bukanlah hanya menghukum. Guru
pada zaman sekaran haruslah menasihati murid mahupun masyarakat dengan
penuh berhikmah bagi mengelakkan kekerasan dan teguris hati yang akan
membawa kepada kesan yang buruk.

Tuntasnya, sebagai guru pada masa kini, perlulah menjadikan Rasulullah


sebagai role model yang utama. Sentiasa membaca dan mengkaji Sirah
Nabawiyyah untuk melihat bagaimana baginda meletakkan dirinya sebagai seorang
pendidik. Dengan itu, seorang guru dapat melihat strategi dan corak mendidik yang
berkesan seperti mana yang telah diaplikasikan oleh baginda. Tidak dilupakan juga
pengamalan sunnah Nabi dalam kehidupan seharian juga dapat meningkatkan
kecintaan kita kepada baginda serta membawa kepada keberkatan hidup.

Anda mungkin juga menyukai