Anda di halaman 1dari 13

‫السيرة النبوية‬

SIRAH NABAWIYYAH
Definisi dan Kepentingan Mempelajarinya

Oleh : Tengku Ibrahim Helmi bin Tengku Mohammad

1
Pendahuluan.

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi kita Muhammad
s.a.w, keluarga serta para sahabat baginda.

Tidak syak lagi bahawa nabi Muhammad s.a.w adalah merupakan sebaik-sebaik manusia di
atas muka bumi ini. Pengiktirafan ini bukan datang daripada kalangan orang Islam sahaja,
bahkan yang turut bersama dalam pengiktirafan ini daripada kalangan bukan Islam seperti
Thomas Carlil, Bernard Shaw, Michael H. Hart dan lain-lain. Oleh itu, Allah taala menjadikan
sirah rasulNya sebagai contoh teladan kepada setiap mukmin dalam semua aspek kehidupan
mereka ; kecil dan besar. Syariat yang dibawa Baginda juga adalah penyudah segala syariat.
Demikianlah, Allah menjadikan risalah Baginda sebagai risalah yang paling sempurna,
memenuhi keperluan manusia dalam pelbagai suasana dan zaman.

Setiap individu Islam mahupun para pendakwah hendaklah meneliti dan mempelajari sirah
Baginda s.a.w, supaya mereka memperolehi kemuliaan, lantaran mengambil teladan
daripada Rasulullah s.a.w. Mudah-mudahan, kita semua mendapat kemuliaan berada
bersama Rasulullah s.a.w di dalam syurga yang kekal abadi. Sesungguhnya Allah s.w.t
berfirman:

             

1   

Maksudnya : “Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, nescaya Allah
memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai, sedang mereka
kekal di dalamnya; dan Itulah kemenangan yang besar”.

Tulisan ini hanyalah sekadar catatan nota ringkas berkaitan sirah nabawiyyah; definisi &
kepentingan mempelajarinya.

Saya memohon maaf atas segala kekurangan. Mudah-mudahan, Allah menerima usaha kecil
saya ini dan menjadikannya antara amalan kebaikan yang menjadi sebab kepada
keampunan dan keredhaanNya. Wallahu a’lam.

Al-Faqir ila-Allah :

Tengku Ibrahim Helmi b Tengku Mohammad,

16 Februari 2016

1
Surah an-Nisa’ ayat 13
2
Ta’rif Sirah Nabawiyyah.

Sirah Nabawiyyah berasal daripada kalimah Arab, iaitu (‫)السيرج النثىيح‬. As-Sirah (‫ )السيرج‬daripada
segi bahasa bermaksud sunnah, jalan, perilaku2 dan keadaan atau peristiwa yang berlaku ke
atas diri seorang manusia atau selainnya. Manakala as-Sirah an-Nabawiyyah (‫ )السيرج النثىيح‬dan
kutub as-Sirah (‫)كتة السيرج‬, diambil daripada perkataan as-Sirah dengan makna : jalan hidup,
termasuk di dalamnya pelbagai peristiwa seperti peperangan dan lain-lain. Dikatakan, ”aku
telah membaca sirah si fulan, bererti, sejarah atau riwayat hidupnya”.

Sirah Nabawiyyah merangkumi3 :

1. Riwayat hidup baginda Nabi Muhammad s.a.w bermula daripada kelahirannya


sehinggalah kepada kewafatan baginda.
2. Riwayat hidup para sahabat Nabi s.a.w ; yang mana mereka telah berjuang
bersamanya dan membenarkan apa yang telah dijanjikan Allah ke atas mereka.
3. Sejarah penyebaran agama Islam ; bermula daripada turunnya wahyu pertama
dengan kalimah iqra’ (‫ )اقرأ‬di dalam gua Hira’ yang telah disampaikan oleh al-Amin
(malaikat Jibril a.s.) kepada al-Amin (Muhammad s.a.w), sehinggalah tersebarnya
Islam ke seluruh kepulauan Arab, dan seterusnya peristiwa manusia memeluk agama
Islam secara beramai-ramai.

Kepentingan mempelajari Sirah Nabawiyyah.

Prof. Dr. Zaid bin Abdul Karim4 menyebut bahawa sirah nabawiyyah merupakan sebahagian
daripada agama. Sebagaimana firman Allah s.w.t di dalam al-Quran5 :

          

Maksudnya : “ dan tidaklah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemahuan hawa
nafsunya[3]. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya[4]”.

Firman Allah swt lagi di dalam kitabNya6 :

         

2
Mu’jam al-Qomus al-Muhit (2005), al-Fairuz Abadi, Beirut-Lebanon : Dar al-Ma’rifah, no 4637 [‫]سير‬, Hal. 658
3
Fiqh as-Sirah an-Nabawiyyah, Munir al-Ghodban, al-Maktabah asy- Syamilah,
http://shamela.ws/browse.php/book-14326/page-9, 13 Februari 2016. Lihat juga Fiqh as-Sirah an-Nabawiyyah
(1992M/1413H), Munir Muhammad Ghodban, Makkah al-Mukarramah : Jamiah Ummu al-Quro, Cet. 2, Hal. 13
4
Beliau merupakan seorang pensyarah di Sekolah Tinggi Kehakiman dalam bidang Fiqh Perbandingan.
5
Surah an-Najm ayat 3-4.
6
Surah an-Nahl ayat 44.
3
Maksudnya : “dan Kami turunkan kepadamu Al Quran, agar kamu menerangkan pada umat
manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka”.

Beliau kemudiannya berhujah bahawa al-bayan (‫ )الثيان‬iaitu melalui sama ada perkataan,
perbuatan atau ikrar daripada Nabi s.a.w. Sirah Nabawiyyah merupakan cerminan praktikal
Nabi s.a.w terhadap al-Quran al-Karim. Oleh sebab itu, mempelajari Sirah Nabawiyyah
penting dan sangat di tuntut dalam agama kita.7

Kepentingan mempelajari sirah nabi sangat banyak. Saya banyak merujuk kepada dua
tulisan yang utama iaitu Fiqh as-Sirah oleh Prof. Dr. Zaid bin Abdul Karim dan as-Sirah an-
Nabawiyyah oleh Dr. Mustafa as-Syibaie. Daripada dua buku tersebut, dapat saya
ringkaskan kepentingan mempelajari sirah Nabi s.a.w kepada berikut :

1. Allah s.w.t sendiri telah memerintahkan di dalam al-Quran supaya sirah Nabi
Muhammad s.a.w dan sunnah-sunnahnya ditulis, melalui firmanNya8 :

       

Maksudnya : “Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah saw itu suri teladan
yang baik bagimu”.

Tidak mungkin kita dapat mengambil teladan dan mencontohi Nabi Muhammad
s.a.w melainkan dengan mengetahui sirah dan petunjuknya. Ilmu pengetahuan
tentang Nabi s.a.w pula tidak akan dapat diketahui melainkan melalui penulisan
sirahnya, periwayatan hadis sunnah-sunnahnya dan petunjuknya ; sama ada
perkataan, perbuatan atau ikrar daripada Nabi s.a.w. Kemudian, daripada
pengetahuan tersebut, kita dapat mengeluarkan faedah yang boleh kita teladani dan
ambil iktibar daripadanya.9

2. Kita mempelajari sirah nabi Muhammad s.a.w kerana baginda merupakan semulia-
mulia manusia di atas muka bumi ini.10 Justeru, mempelajari sirah baginda bermakna
kita mempelajari sirah semulia-mulia manusia.

7
Fiqh as-Sirah, Prof. Dr. Zaid bin Abdul Karim az-Zaid, Dar at-Tadmuriyyah, Hal. 16.
8
Surah al-Ahzab ayat 21
9
Op.Cit.
10
Ibid
4
Sabda nabi Muhammad s.a.w :

11
‫أان سيد ولد آدم يوم القيامة‬
Maksudnya : “Aku adalah pemimpin anak Adam pada hari kiamat kelak”.

Allah s.w.t telah memuliakan Nabi s.a.w dengan risalahNya. Kehidupan Baginda tidak
disertakan dengan cerita -cerita dongeng, juga tidak ditokok tambah dengan sifat
ketuhanan, sama ada sedikit mahupun banyak. Apabila kita bandingkan hal ini
dengan cerita-cerita yang diriwayatkan oleh orang Kristian tentang perjalanan hidup
nabi Isa a.s., penganut Buddha tentang Gauthama Buddha, penyembah berhala
tentang tuhan sembahan mereka, jelas kepada kita, perbezaan nyata antara sirah
baginda s.a.w dan sirah mereka. Lantaran perbezaan ini, ia memberi kesan jangka
panjang kepada tingkah Iaku kemanusiaan dan kemasyarakatan setiap daripada
pengikut-pengikut mereka. Dakwaan ketuhanan nabi Isa a.s. dan Gauthama Buddha
menyebabkan mereka berdua tidak boleh menjadi contoh teladan kepada manusia
dalam kehidupan peribadi dan kemasyarakatannya. Sebaliknya, Muhammad s.a.w
akan terus menjadi model manusia yang kamil dan sempurna kepada sesiapa yang
ingin hidup bahagia dan mulia daripada segi diri, keluarga dan suasana
persekitarannya.12

3. Selain daripada itu, kita juga mempelajari sirah Nabi untuk memahami ayat-ayat al-
Quran dengan maknanya yang sebenar dan tepat.13 Hal ini kerana, kebanyakan ayat-
ayat al-Quran turun disebabkan (‫)أسثاب النزول‬14 oleh peristiwa yang berlaku; sama ada
ayat tersebut menjawab persoalan yang ditanyakan kepada Nabi, atau menerangkan
sesuatu hukum tentang kejadian (peristiwa) yang berlaku, dan lain-lain. Selepas
turunnya ayat-ayat berkenaan, Nabi Muhammad s.a.w akan menerangkan dan
mengajarkan kepada para sahabat, kefahaman dan cara yang betul bagaimana mahu
beramal dengannya (ayat-ayat tersebut).

11
Lihat Kitab al-Fadhoil, Bab tafdhil an-Nabiyyina ‘ala jami’ al-Kholaiq, Sahih Muslim (2013M/1434H), al-Imam
Abi al-Husain Muslim bin al-Hajjaj, Damascus-Syria : Muassasah ar-Risalah Nasyirun, No. 5940, Hal. 961.
12
As-Sirah an-Nabawiyyah (1985M/1405H), Dr. Mustafa as-Syibaie, Beirut : al-Maktab al-Islami, Hal. 18. Lihat
juga Sirah Nabi Muhammad saw Pengajaran dan Pedoman (terj.), Dr. Mustafa as-Syibaie, Hal. 6,
http://www.ikram.org.my/images/pdf/bahan_usrah/Sirah%20Nabawiyah-%20Mustafa%20As-Sibaie.pdf, 14
Februari 2016.
13
Fiqh as-Sirah, Prof. Dr. Zaid bin Abdul Karim az-Zaid, Dar at-Tadmuriyyah, Hal. 17.
14
Bagi mengetahui faedah mengetahui asbab an-Nuzul (sebab-sebab penurunan) boleh merujuk Usul fi at-
Tafsir (1436H), Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin, Cet. 5, Saudi : Dar ibn al-Jauzi, Hal. 16-18
5
Contohnya, firman Allah taala15 :

              

            

Maksudnya : “Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebahagian daripada syi'ar


Allah. Maka barangsiapa yang menunaikan ibadah haji ke Baitullah atau
menunaikan umrah, Maka tidak ada dosa baginya mengerjakan sa'i antara
keduanya. dan barangsiapa yang mengerjakan suatu kebajikan dengan kerelaan hati,
Maka, sesungguhnya Allah Maha Mensyukuri kebaikan lagi Maha Mengetahui”.

Sekiranya kita melihat pada makna zahir ayat pada firmanNya : (‫)فال جناح عليه‬, kita
akan memahami bahawa tujuan atau suruhan as-Sa’ie di antara Safa dan Marwah
termasuk dalam perkara harus. Dalam Sahih al-Bukhari16 daripada ‘Asim bin
Sulaiman, beliau berkata : “Aku telah bertanya kepada Anas bin Malik r.a. tentang
Safa dan Marwah”. Katanya : “Sesungguhnya kami melihat kedua-duanya (Safa dan
Marwah) sebahagian daripada amalan Jahiliyyah. Apabila kami memeluk agama
Islam, kami menahan diri kami daripada melakukannya.” Ia merupakan sebab
mengapa Allah ta’ala menurunkan ayat 158 daripada surah al-Baqarah.

Kemudian, diketahuilah bahawa (‫ )الجناح‬bukanlah yang dimaksudkan dalam ayat


berkenaan bagi menerangkan tentang asal hukum sa’ie tetapi sebenarnya ayat
berkenaan kembali kepada peristiwa mereka menahan diri daripada melakukan sa’ie
kerana beranggapan ianya adalah amalan Jahiliyyah. Sesungguhnya asal hukum sa’ie
telah diterangkan melalui firman Allah taala : (‫[ )مه شعآئر هللا‬al-Baqarah : 158]17

4. Sirah Nabawiyyah merupakan usul yang wajib ke atas setiap muslim untuk
mengetahuinya; iaitu mengenali Nabi selepas mengenal Allah dan agama Islam.
Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab (Wafat 1206H) meletakkannya dalam
matannya sebagai usul ketiga yang wajib diketahui dan dipelajari oleh setiap
manusia iaitu mengenali nabi Muhammad s.a.w selepas dua usul yang terutama;

15
Surah al-Baqarah ayat 158
16
Lihat Kitab al-Haj, Bab Ma Jaa fi as-Sa’yi baina as-Safa wa al-Marwah, Sahih al-Bukhari (2012M/1433H), al-
Imam Abi Abdillah Muhammad bin Ismail al-Bukhari, Damascus-Syria : Muassasah ar-Risalah Nasyirun, No.
1648, Hal. 516. Lihat juga Kitab al-Haj, Bab bayan anna as-Sa’ya baina as-Safa wa al-Marwah ruknun la yasih al-
Haj illa bih, Sahih Muslim (2013M/1434H), al-Imam Abi al-Husain Muslim bin al-Hajjaj, Damascus-Syria :
Muassasah ar-Risalah Nasyirun, Hal. 524.
17
Usul fi at-Tafsir (1436H), Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin, Cet. 5, Saudi : Dar ibn al-Jauzi, Hal. 18.
6
mengetahui Allah serta mengeesakanNya, dan mengetahui agama Islam dengan dalil
(al-Quran dan Sunnah)18

Mengenali nabi Muhammad s.a.w merangkumi 5 perkara19 :

 Mengetahui keturunan (nasab) nabi s.a.w, bahawa ianya semulia-mulia


keturunan.
 Mengetahui tarikh, tempat kelahiran dan kewafatannya, bilakah baginda
mula berhijrah ke Madinah dan lain-lain.
 Mengetahui riwayat hidup nabi s.a.w iaitu selama 23 tahun (bermula
daripada baginda diutuskan menjadi rasul sehinggalah wafat)
 Dengan apa baginda menjadi nabi dan rasul? Syeikh Muhammad bin Soleh
al-Uthaimin ketika mensyarahkan matan Usul Thalathah menyebutkan
bahawa nabi Muhammad s.a.w mula diutuskan menjadi nabi dengan
turunnya ayat 1-5 daripada surah al-‘Alaq, dan dilantik menjadi rasul dengan
turunnya ayat 1-7 surah al-Muddassir.
 Dengan apa baginda s.a.w diutuskan dan kenapa? Sesungguhnya nabi
Muhammad s.a.w telah diutuskan untuk mentauhidkan Allah ta’ala dan
membawa syariatNya. Baginda juga diutuskan sebagai (‫ )رحمح للعالميه‬rahmat
untuk sekelian alam; bagi mengeluarkan manusia daripada kegelapan syirik,
kufur dan jahil, kepada cahaya ilmu, iman dan tauhid, sehinggalah
memperoleh keampunan Allah dan keredhaanNya, dan dijauhkan daripada
seksaan dan kemurkaanNya.

Selain itu, mengenali Rasul pula merangkumi beberapa perkara yang berikut20 :

 Dengan mengenali Nabi Muhammad s.a.w, akan menjadikan kita semakin


cinta dan hormat kepada baginda. Selain itu, ia juga akan menjadikan
kecintaan kita kepada nabi saw atas dasar ilmu (kita tahu kenapa perlu
mencintai nabi) dan bukannya atas dasar semata-mata mengikut (tanpa
sebab). Mencintai nabi atas dasar ilmu merupakan kecintaan yang dituntut
oleh syarak.

 Apabila kita mengetahui bahawasanya Muhammad itu adalah rasul; pesuruh


Allah, maka, kita tahu bahawa kita diperintahkan untuk mengikuti baginda.

18
Hasyiyah Thalathah al-Usul li asy-Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab (2005M/1426H), Abdur Rahman bin
Muhammad bin Qasim al-Hanbali an-Najdi, Cet. 8, (tidak dinyatakan penerbit), Hal. 11 dan 75.
19
Syarhu Thalathah al-Usul (2005M/1426H), Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin, Cet. 2, Riyadh : Dar ath-
Thurayya, Hal. 122-123.
20
Fiqh as-Sirah, Prof. Dr. Zaid bin Abdul Karim az-Zaid, Dar at-Tadmuriyyah, Hal. 18
7
Firman Allah taala21 :

           

     

Maksudnya : “Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah saw itu suri
teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah
dan (kedatangan) hari kiamat dan Dia banyak menyebut nama Allah”.

Allah s.w.t telah menjadikan kecintaan kepada nabi Muhammad s.a.w


sebagai bukti kasih sayang Allah kepadanya.

Firman Allah taala22 :

         

 

Maksudnya : Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah


Aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu."

Mereka yang mengikuti Nabi s.a.w akan mendapat kasih sayang Allah dan
keampunan daripadaNya. Justeru, tidak akan mungkin kita dapat meneladani
Nabi s.a.w kecuali dengan mengetahui dan mempelajari sirahnya. Kaedah
(Fiqh) ada menyebutkan, bahawa sesuatu kewajipan yang tidak dapat
disempurnakan melainkan dengannya, maka ianya menjadi wajib.23

5. Ilmu Sirah Nabawiyyah merupakan satu ilmu yang sangat luas. Di dalamnya
terkandung pelbagai jenis ilmu yang kita dapat ambil faedah daripadanya. Melalui
sirah nabi, dapat kita pelajari dan ketahui beberapa perkara yang berikut :

21
Surah al-Ahzab ayat 21
22
Surah Ali Imran ayat 31
23
‫ما ال يتم الىاجة إال ته فهى واجة‬
8
 Akidah.

Soal akidah dan mentauhidkan Allah s.w.t dalam pembelajaran sirah


nabawiyyah sangat penting, kerana sekiranya kita meneliti perjalanan sirah
nabi Muhammad s.a.w, kita akan mendapati betapa nabi s.a.w sangat
menekankan serta mengambil berat akan soal akidah dalam dakwah baginda.
Lihatlah dan pelajarilah bagaimana nabi memulakan dakwahnya (dengan
tauhid) dan menyibukkan diri dengan mengajak manusia kepada
mentauhidkan Allah dalam kehidupan sehariannya.

 Hukum-hakam.

Sepertimana yang telah diketahui, apabila kita membaca sirah Nabi s.a.w,
akan kita dapati banyak persoalan yang ditanyakan kepada nabi. Kita
mengetahui dan memahami makna ayat al-Quran (dengan maknanya yang
dikehendaki oleh syarak) melalui soalan-soalan tersebut. Juga mengetahui
hukum-hakam sesuatu perkara melaluinya. Selain daripada itu, peristiwa atau
kisah yang direkodkan di dalam sirah nabi Muhammad s.a.w juga
menerangkan hukum sesuatu perkara tersebut sama ada harus, dilarang,
wajib, sunat dan lain-lain.

 Akhlak dan suluk.

Kita mengetahui bahawa akhlak merupakan suatu perkara yang sangat


penting dan dituntut dalam Islam. Melalui sirah, kita dapat teladani dan
pelajari bagaimana akhlak nabi Muhammad s.a.w bersama para sahabatnya,
isteri-isterinya, pembantu-pembantunya dan seluruh anggota masharakat.
Sabda nabi Muhammad s.a.w :

‫ِإَمَّنِّمَتا ُب ِإْث ُب ُبِّمَتِإ ِّمَتم ِّمَت ِإ‬


‫ااِّمَتم ا ِّمَت ْث ِإال‬ ‫ِّمَت‬
24

Maksudnya : “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak


yang mulia”

24
Lihat komen Syeikh al-Bani di dalam Silsilah al-Ahadis as-Sohihah wa syai’ min fiqhiha wa fawaidiha, Syeikh
Muhammad Nasir-ud-Dīn al-Bani, al-Maktabah asy-Syamilah, Bab 46, Jil. 1, Hal. 112. Lihat Mausu’ah al-Hadis,
Maktabah Islamweb.net,
https://library.islamweb.net/hadith/display_hbook.php?hflag=1&bk_no=1849&pid=908677, 15 Februari 2016.
9
 Dakwah kepada agama Allah s.w.t

Di dalam sirah nabawiyyah, terdapat satu perkara yang sangat penting iaitu
berkaitan dengan dakwah, uslub dakwah dan kesabaran dalam berdakwah.
Sudah semestinya, bagi seorang pendakwah yang menyeru di jalan Allah
untuk mengetahui perkara-perkara berikut. Belajarlah bagaimana baginda
s.a.w dan para sahabatnya bersusah payah dalam menempuh perjuangan
memastikan agama Islam sampai kepada kita hari ini.

6. Sirah nabi s.a.w merupakan sirah istimewa lantaran ia merupakan sirah, yang
menceritakan sejarah nabi utusan Allah, yang paling sahih. Sirah Rasulullah s.a.w
telah kita terima melalui susur galur ilmiah yang paling tepat dan paling pasti. Susur
galur ilmiah ini tidak memberi ruang untuk kita meragui kebenaran peristiwa besar
yang berlaku. Ia juga memudahkan kita untuk mengesan peristiwa dan mukjizat yang
ditokok-tambah oleh akal yang jahil serta gemar menambahkan sifat-sifat berlebihan
kepada Rasulullah s.a.w pada zaman-zaman terkemudian. Mereka menyangka tokok-
tambah ini boleh menunjukkan kemuliaan kedudukan, kesucian risalah dan
keagungan perjalanan hidup baginda s.a.w, tetapi sebenarnya tidak. Bahkan ia
dilarang di dalam agama.

Sesungguhnya keistimewaan ini tidak terdapat pada kitab sirah nabi-nabi terdahulu,
sebagaimana sirah nabi Musa a.s. yang dahulunya sahih, kini telah bercampur aduk
dengan kisah-kisah palsu dan pindaan daripada Yahudi. Kesannya, kita tidak dapat
lagi merujuk kepada Taurat yang ada kini untuk memahami sirah Musa a.s. yang
sebenar.

Perkara yang sama terjadi kepada sirah nabi Isa a.s. Terdapat beratus-ratus jenis
kitab Injil. Bahkan terdapat ramai penulis bagi setiap Injil berkenaan. Apatah lagi,
hubung kait Injil-injil ini dengan penulisnya tidak disahkan melalui susur galur ilmiah
yang memuaskan. la tidak diriwayatkan dengan sanad yang bersambung hingga
kepada penulisnya. Para pengkritik Barat juga berselisih mengenai sesetengah nama
penulis tersebut, siapakah mereka? Pada zaman manakah mereka hidup?

Berbeza dengan al-Quran. Al-Quran telah diriwayatkan secara mutawatir bacaannya


bersambung sanadnya sehingga kepada Rasulullah saw. Al-Quran merupakan salah
satu sumber yang terutama dalam sirah nabawiyyah. Maka sudah pastilah bahawa

10
sirah yang paling sahih dan paling diterima pakai tanpa syak lagi adalah sirah nabi
Muhammad s.a.w.25

7. Kehidupan Rasulullah s.a.w. pada setiap peringkat hidupnya amat jelas; bermula
sejak perkahwinan ibu bapa baginda s.a.w sehinggalah wafatnya baginda. Kita
mengetahui banyak perkara mengenai riwayat hidup nabi seperti kelahiran, zaman
kanak-kanak, zaman remaja, sumber pencarian baginda sebelum kenabian dan
pengembaraan-pengembaraannya ke luar Makkah, sehinggalah Allah
mengutuskannya sebagai Rasul yang mulia. Kita juga mengetahui secara lebih
terperinci, jelas dan sempurna, setiap hal ehwal baginda selepas perutusan tersebut
daripada semasa ke semasa. Sama ada perkara tersebut kecil mahupun besar. Ini
menjadikan sirah baginda s.a.w jelas dan terang seumpama matahari.26

Fenomena seperti ini tidak kita dapati atau temui di dalam mana-mana sirah rasul
yang terdahulu, mahupun riwayat tokoh-tokoh yang lain. Jika ada pun, hanyalah
sekadar cerita-cerita ringkas ataupun hikayat tetapi tidak diceritakan secara
terperinci sebagaimana sirah baginda s.a.w.

Penutup.

Sirah nabawiyyah tidak dapat dinafikan lagi akan kepentingan untuk mempelajarinya.
Sebagai seorang Muslim yang beriman dengan Allah dan RasulNya, kita sepatutnya
menjadikan sirah perjalanan hidup baginda s.a.w sebagai ikutan dan petunjuk dalam setiap
perkara dalam hidup ini. Selain itu, amat tidak patut sekiranya kita mengambil berat akan
riwayat hidup tokoh lain lebih daripada kekasih kita, baginda Muhammad s.a.w, kerana
pada diri baginda itu pasti ada teladan dan ikutan yang mesti kita ikuti dan contohi.
Sebagaimana firman Allah taala27 :

25
Untuk penerangan lebih terperinci lihat, As-Sirah an-Nabawiyyah (1985M/1405H), Dr. Mustafa as-Syibaie,
Beirut : al-Maktab al-Islami, Hal. 15-17. Sila lihat juga Sirah Nabi Muhammad saw Pengajaran dan Pedoman
(terj.), Dr. Mustafa as-Syibaie, Hal. 5-6,
http://www.ikram.org.my/images/pdf/bahan_usrah/Sirah%20Nabawiyah-%20Mustafa%20As-Sibaie.pdf, 15
Februari 2016.
26
Ibid, 17-18.
Sila lihat juga Sirah Nabi Muhammad saw Pengajaran dan Pedoman (terj.), Dr. Mustafa as-Syibaie, Hal. 6,
http://www.ikram.org.my/images/pdf/bahan_usrah/Sirah%20Nabawiyah-%20Mustafa%20As-Sibaie.pdf, 15
Februari 2016.
27
Surah al-Ahzab ayat 21
11
           

     

Maksudnya : “Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah saw itu suri teladan yang baik
bagimu iaitu bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan
Dia banyak menyebut nama Allah”.

Selain daripada itu nabi Muhammad s.a.w juga merupakan rahmatan lil ‘alamin (rahmat
bagi semesta alam), sebagaimana firman Allah taala di dalam al-Quran28 :

     

Maksudnya : “ dan tidaklah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi
semesta alam”.

Wallahua’lam.

28
Surah al-Anbiya’ ayat 107
12
Bibliografi.

Buku-buku.

1. Mu’jam al-Qomus al-Muhit (2005), al-Fairuz Abadi, Beirut-Lebanon : Dar al-Ma’rifah.


2. Sahih al-Bukhari (2012M/1433H), al-Imam Abi Abdillah Muhammad bin Ismail al-
Bukhari, Damascus-Syria : Muassasah ar-Risalah Nasyirun.
3. Sahih Muslim (2013M/1434H), al-Imam Abi al-Husain Muslim bin al-Hajjaj,
Damascus-Syria : Muassasah ar-Risalah Nasyirun.
4. Silsilah al-Ahadis as-Sohihah wa syai’ min fiqhiha wa fawaidiha, Syeikh Muhammad
Nasir-ud-Dīn al-Bani, al-Maktabah asy-Syamilah
5. Usul fi at-Tafsir (1436H), Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin, Cet. 5, Saudi : Dar
ibn al-Jauzi.
6. Fiqh as-Sirah an-Nabawiyyah (1992M/1413H), Munir Muhammad Ghodban, Makkah
al-Mukarramah : Jamiah Ummu al-Quro.
7. Fiqh as-Sirah, Prof. Dr. Zaid bin Abdul Karim az-Zaid, Dar at-Tadmuriyyah.
8. As-Sirah an-Nabawiyyah (1985M/1405H), Dr. Mustafa as-Syibaie, Beirut : al-Maktab
al-Islami.
9. Syarhu Thalathah al-Usul (2005M/1426H), Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin,
Cet. 2, Riyadh : Dar ath-Thurayya.
10. Hasyiyah Thalathah al-Usul li asy-Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab
(2005M/1426H), Abdur Rahman bin Muhammad bin Qasim al-Hanbali an-Najdi, Cet.
8, (tidak dinyatakan penerbit).

Laman web.

1. Fiqh as-Sirah an-Nabawiyyah, Munir al-Ghodban, al-Maktabah asy- Syamilah,


http://shamela.ws/browse.php/book-14326/page-9, 13 Februari 2016.
2. Sirah Nabi Muhammad saw Pengajaran dan Pedoman (terj.), Dr. Mustafa as-Syibaie,
Hal. 6, http://www.ikram.org.my/images/pdf/bahan_usrah/Sirah%20Nabawiyah-
%20Mustafa%20As-Sibaie.pdf, 14 Februari 2016.
3. Mausu’ah al-Hadis, Maktabah Islamweb.net,
https://library.islamweb.net/hadith/display_hbook.php?hflag=1&bk_no=1849&pid=
908677, 15 Februari 2016.
4. Sirah Nabi Muhammad saw Pengajaran dan Pedoman (terj.), Dr. Mustafa as-Syibaie,
Hal. 5-6, http://www.ikram.org.my/images/pdf/bahan_usrah/Sirah%20Nabawiyah-
%20Mustafa%20As-Sibaie.pdf, 15 Februari 2016.

13

Anda mungkin juga menyukai