Anda di halaman 1dari 11

Perbandingan Wuduk 4 Mazhab

Hukum wuduk adalah WAJIB untuk menunaikan solat. Hukum ini mula diwajibkan di Madinah.

Firman Allah swt :


"Wahai orang-orang yang beriman ! Apabila kamu hendak melaksanakan solat, maka basuhlah
wajahmu, dan tanganmu sampai ke siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kedua kakimu sampai ke
kedua mata kaki..." (al-Maa'idah)

Sabda Nabi SAW :


"Allah tidak akan menerima solat seseorang di antara kamu yang telah berhadas hingga dia berwudhu."
(Riwayat asy-Syaikhan)

HUKUM WUDUK

Mazhab Hanafi

Ada 5 bahagian :

1. Fardhu bila ingin melakukan


• Solat fardhu atau sunat, solat sempurna atau tidak seperti solat jenazah dan sujud tilawah.
• Pegang Quran, walau hanya sepotong ayat atas kertas, atau wang.
• Firman Allah, "Tidak ada yang menyentuhnya selain hamba-hamba yang disucikan." (al-Waaqi'ah: 79)
• Sabda Rasulullah saw: "Al-Quran tidak boleh disentuh kecuali oleh orang yang suci dari hadas."(hadis
ini dhaif, tetapi Ibnu Hajar berkata hadis ini diterima (Nailul Authar, Jilid 1, hIm.204)

2. Wajib jika ingin


• Tawaf
• Mengelilingi Ka'bah. Jumhur selain Hanafi kata fardhu.
• Nabi saw bersabda ; "Thawaf di Baitullah itu merupakan solat, hanya saja Allah membolehkan
percakapan di dalamnya. Oleh sebab itu, barangsiapa bercakap di dalam tawaf, maka hendaklah dia
hanya mengucapkan perkara yang baik." (HR. at-Tirmidzi dari Ibnu Abbas)

3. Sunat wuduk bila ;


• Setiap kali Hendak solat. Nabi saw bersabda, "Jika tidak kerana dikhawatirkan aku menyusahkan umat
ku, tentu aku menyuruh mereka berwudhu pada setiap hendak melaksanakan solat dan setiap wudhu
juga hendaklah disertai dengan bersiwak." (HR Ahmad dengan isnad yang SAHIH dari Abu Hurairah)
• Sentuh buku agama. Tapi jika dalam buku tu ayat Quran lebih banyak dari tafsirnya, maka haram tanpa
wudhu.
• Wuduk ketika hendak tidur dan setelah bangun
• Sebelum Hendak mandi Junub
• Sesudah marah
• Untuk baca Quran, mengkaji dan riwayat hadis, baca buku agama
• Hendak azan, iqamah
• Setelah buat salah seperti mengumpat, bohong, hasad
• Setelah ketawa terbahak-bahak
• Sesudah memandi dan hantar mayat.

4. Makruh
Ulangi wuduk sebelum melaksanakan solat.

5. Haram
Berwuduk dengan air rampasan dan wuduk dengan air milik ank yatim.

MAZHAB MALIKI
Ada bahagian 5

1. Wajib
• Untuk solat fardhu, sunnah,
• Untuk sujud sajdah
• Solat jenazah
• Sentuh quran
• Tawaf
2. Sunat
Orang junub (hadas besar) ketika ingin tidur.

3. Mustahab
Wuduk yang dilakukan setiap kali Hendak solat bagi perempuan yang istihadah dan orang berpenyakit
lemah kawalan pundi kencing.

4. Mubah (Harus)
Berwuduk untuk membersih diri dan sejukkan badan

5. Makruh
Wuduk yang diperbaharui, sedang ia belum melakukan ibadah apa pun dengan wudhu pertama.

MAZHAB SYAFI'I dan HAMBALI

1. Memiliki pendapat sama dengan ulama mazhab Hanafi dan Maliki.


2. Menurut mazhab Syafie sunat berwuduk setelah :
• bekam
• hidung berdarah
• sewaktu mengantuk
• setelah tidur punggung rapat
• setelah ketawa terbahak-bahak ketika akan solat
• setelah makan sesuatu dalamasak dengan api
• makan daging unta
• ketika ragu-ragu hadas
• ketika ziarah ke kubur
• hantar dan ziarah mayat.

RUKUN-RUKUN WUDHU

Rukun Yang Disepakati Oleh Semua Ulama

1. Membasuh muka:
Firman Allah swt :
"...maka basuh lah wajahmu..." (al-Maa'idah : 6)

Membasuh semua bahagian luar muka dengan sekali basuhan saja.


Dari Ibnu Abbas ra, dia berkata,
"Rasulullah saw berwuduk dengan membasuh sekali-sekali."
(Riwayat al-Jamaah kecuali Imam Muslim-Nailul Authar, Jilid I, hlm. 172)

Maksudnya meratakan air pada satu anggota tubuh hingga air tersebut menitis
Sekurang-kurangnya 2 titisan. Membasuh 3 kali, hukumnya sunat.

Muka:
i. Ukuran panjangnya adalah antara tempat tumbuhnya rambut kepala -- dalam keadaan normal --
hingga ke bahagian akhir dagu (bawah dagu).
ii. Dagu = tempat tumbuhnya janggut
iii. Lebar muka adalah bahagian di antara dua aHendak telinga.
iv. Mazhab Hanafi dan Syafi'i - bahagian kosong antara hujung pipi dan telinga termasuk anggota muka
v. Mazhab Maliki dan Hambali - ia termasuk anggota muka.

Mulut dan hidung


Mazhab Hambali pendapat wajib berkumuh dan bersihkan hidung.

Bismillah
Mazhab Hambali mewajibkan bismillah ketika wuduk.

2. Membasuh kedua tangan hingga ke siku dengan sekali basuhan

Firman Allah swt:


"...maka basuhlah wajahmu dan tanganmu sampai ke siku..." (al-Maa'idah: 6)

Cara Wudhu Rasulullah saw ;


"Bahawa Nabi Muhammad saw berwudhu, kemudian baginda membasuh muka. Maka, sempurnalah
wudhunya. Setelah itu, baginda membasuh tangan kanan hingga ke bahagian atas tangan (siku),
kemudian Rasul membasuh tangan kiri hingga ke bahagian atas tangan (siku)." (Nailul Authar, Jilid 1,
hlm. 152)
Ad-Daruquthni meriwayatkan dari Jabir berkata,
"Jika Nabi Muhammad saw berwudhu, maka baginda mengalirkan air ke atas dua sikunya." (Ibid..)

Wajib basuh celah jari dan bahagian yang tertutup di bawah kuku yang panjang yang menutupi ujung
jari.

Mazhab Maliki berpendapat wajib mengisipi celah-celah jari tangan dan kaki.

Cincin
Jumhur, wajib gerakkan cincin yang ketat,
Mazhab Maliki - tak wajib walaupun cincin tu ketat dan air tak tepat masuk tanahnya,

3. Mengusap Kepala
Firman Allah swt: "Dan usaplah kepala kamu." (al-Maa'idah: 6)

Imam Muslim meriwayatkan,


"Sesungguhnya Nabi Muhammad saw telah mengusap ubun-ubun dan serbannya."

Mengusap = ialah pergerakan tangan yang basah di atas suatu anggota badan.
Kepala = ia bermula dari bahagian atas dahi hingga lubang tengkuk di bahagian belakang.

Mazhab Hanafi - wajib usap seperempat kepala dengan satu usapan.


Hadis diriwayatkan oleh Abu Dawud dari Anas,
"Saya telah melihat Rasulullah saw berwudhu, iaitu pada waktu baginda memakai serban Qhatriyyah
(serban yang dibuat di Qatar).Baginda memasukkan tangan ke bawah serbannya dan mengusap
bahagian depan kepala tanpa menanggalkan serban tersebut." (Nailul Authar, Jilid 1, hlm. 157, 167 )

Tindakan Rasulullah itu dianggap sebagai penjelasan kerana ubun-ubun merupakan seperempat kepala
saja.

Ulama Maliki dan salah satu riwayat yang rajih (kuat) di kalangan ulama Hambali - wajib usap semua
bahagian kepala, tak boleh hanya usap rambut.

Pendapat yang zahir dari ulama mazhab Hambali, kewajiban mengusap seluruh bahagian kepala
hanyalah khusus bagi lelaki. Naman wanita, cukup dengan usap bahagian depan kepala saja kerana
Aisyah usap depan saja. Juga wajib usap kedua cuping telinga bahagian luar dan dalam kerana kedua
anggota itu termasuk kepala.

Hadis di riwayat oleh Ibnu Majah, "Dua telinga adalah sebahagian dari kepala."

Dari Ibnu Abbas, ia berkata,


"Nabi Muhammad saw mengusap kepalanya, kedua telinga sebelah luar dan juga dalamnya." (HR at-
Tirmidzi dan dia mengatakan sebagai SAHIH) -Naulul Authar, Jilid 1, hlm. 162.

Usapan hanya sekali. Tak sunnah ulangi usapan. At-Tirmidzi dan Abu Dawud mengatakan pendapat ini
jadi pegangan majoriti ahli ilmu. Kerana Rasulullah saw hanya usap kepala satu kali saja. Dalam riwayat
itu, mereka juga menyebut bahawa pada wudhu Rasulullah saw (ketika membasuh bahagian) yang lain,
baginda basuh sebanyak tiga kali.

Usap Seluruh kepala


Abdullah bin Zaid meriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah mengusap kepalanya dengan kedua
tangannya. iaitu, mengusap ke depan dan ke belakang dengan memulakan pada bahagian depan kepala,
kemudian baginda menurunkannya hingga ke bahagian tengkuk. Setelah itu Rasul kembali memulai dari
tempat baginda memulai mengusap. (Riwayat al-Jama'ah : hadis Hasan)

Ulama sepakat ini hanya sunnah, seperti diterangkan oleh an-Nawawi.

Ulama mazhab Syafi'i - wajib usap sebahagian kepala saja, meskipun hanya menyentuh sehelai rambut
yang ada pada atas kepala, iaitu gigi tidak keluar dari kepala jika ditarik ke bawah. Membasuh kepala
hukumnya harus, kerana perbuatan itu sudah memenuhi perbuatan mengusap. letak tangan atas kepala
meskipun tanpa menariknya juga harus.

Ulama Hambali - basuh kepala tanpa gerak tangan tidak mencukupi.

Dalil ulama Syafie :


Hadis diriwayatkan oleh asy-Syaikhan. Hadis tersebut menyatakan bahawa Rasulullah saw mengusap
ubun-ubunnya dan juga mengusap serban di bahagian atas. Oleh sebab itu, mengusap sebahagian
kepala saja adalah mencukupi, kerana apa yang diperintahkan adalah perbuatan mengusap saja, dan ia
telah terlaksana dengan usap sebahagiannya.

Usap 3 helai rambut?


Perbuatan itu tidak dapat disebut sebagai mengusap.

4. Membasuh Kedua Kaki Hingga Kedua Mata Kaki.

Firman Allah swt:


"...dan (basuh) kedua kakimu sampai ke kedua mata kaki... " (al-Maa'idah : 6)

Hadis diriwayatkan oleh Amru bin Absah dan diceritakan oleh Imam Ahmad,
"Kemudian Rasulullah mengusap kepalanya seperti yang diperintahkan Allah. Setelah itu baginda
membasuh kedua kaki hingga kedua mata kaki seperti yang diperintahkan Allah."

Hadis riwayat oleh Abdullah bin Zaid dan hadis Abu Hurairah:
Dua mata kaki adalah dua tulang yang timbul di kedua belah kaki, iaitu pada sendi kaki.

Diriwayat oleh Abu Hurairah,


"Kemudian baginda membasuh kaki kanannya hingga ke betis, setelah itu membasuh kaki kirinya hingga
ke betis." Kemudian dia berkata "Begitulah saya melihat Rasulullah saw berwudhu." (HR. Muslim (Nailul
Authar, Jilid 1, hlm 152)
Basuh atau usap ?
Menurut pendapat jumhur, wajib membasuh kedua kaki dengan kedua rata kakinya. Tak cukup hanya
mengusap . Rasulullah saw bersabda, "Celakalah bagi tumit-tumit kaki yang akan dalamkan api neraka."

Riwayat Imam Ahmad dan asy- Syaikhan dari Abdullah bin Umar, dia berkata,
"Kami tertinggal di belakang dalam suatu perjalanan bersama Rasulullah. Kemudian kami dapat
mengejarnya dan waktu Asar pun masuk. Lalu kami mengambil wudhu dan mengusap kaki kami. Rasul
kemudian berseru dengan kuat, "Celakalah bagi tumit-tumit kaki yang akan dalamakan api neraka."
Rasul mengucapkan kalimah ini sebanyak dua atau tiga kali (Nailul Authar. Jilid 1, hlm 167)

Kesimpulan : rukun-rukun wudhu yang telah disepakati semua ulama ada 4 :


1. membasuh muka
2, 3. membasuh kedua tangan, dan kedua kaki dengan sekali basuhan
4. usap kepala dengan satu kali usapan
Membasuh atau mengusap tiga kali, adalah sunat.

Rukun Wudhu Yang Diperselisihkan

Antaranya hukum wajibnya niat, tertib, muwalah (berturut- turut dan gosok anggota wudhu.

• Ulama selain Mazhab Hanafi mengatakan → niat adalah fardhu (rukun)


• Ulama mazhab Maliki dan Hambali mengatakan → muwalah (berturut-turut) adalah wajib.
• Ulama mazhab Syafie dan Hambali mengatakan → tertib adalah wajib dan termasuk rukun wudhu.
• Hanya ulama mazhab Maliki mengatakan → gosok anggota wudhu adalah wajib.

Niat

• Jumhur fuqaha, selain ulama mazhab Hanafi berpendapat → niat adalah fardhu (rukun) dalam wudhu,
supaya sahnya ibadah.
• Jadi solat dianggap tidak sah jika wudhunya diniatkan untuk kerjakan perbuatan lain selain ibadah,
seperti berwuduk dengan niat ingin makan, minum dan lain-lain.
• Mazhab Hanafi mengaanggap niat itu sunnah.

Rasulullah saw bersabda ;


'Sesungguhnya setiap perbuatan itu berdasarkan kepada niatnya, dan setiap orang berhak mendapatkan
apa yang telah diniatkannya." (Muttafaq'alaih)

Tertib
Basuhan satu demi satu secara urutan seperti dalam nash al-Quran.

Ulama Mazhab Hanafi dan Maliki mengatakan → sunnah mu'akkad, bukan termasuk fardhu. Imam Ali ra
berkata, "Saya tidak peduli dengan anggota mana yang telah saya mulakan."
Ulama Mazhab Syafi'i dan Hambali mengatakan → tertib adalah fardhu dalam wudhu dan tidak wajib
dalam mandi. Wuduk tidak sah jika tidak tertib. Nabi saw bersabda;
"Mulakan seperti yang telah dalamulakan oleh Allah." (Hadis Riwayatan-Nasa'i-sanad SAHIH)

Tak wajib tertib bagi dua anggota kanan dan kiri→ tangan dan kaki, namun tertib adalah sunnah.

Berturut-turut (Muwalah)
Amalan wuduk hendaklah dilakukan secara berterusan, tidak ada ruang masa sebagai pemisah di antara
satu perbuatan dengan yang lainnya.

Ulama mazhab Hanafi dan Syafi'i berpendapat → sunnah bukan wajib


Diriwayatkan, Nabi saw pernah wuduk di dalam sebuah pasar. Baginda membasuh muka dan kedua
tangannya, serta mengusap kepala. Setelah itu, baginda dalaminta untuk melaksanakan solat jenazah,
kemudian baginda datang ke masjid sambil mengusap dua khuf-nya dan melaksanakan solat jenazah
tersebut. " (Hadis Sahih, riwayat Imam Malik)

Ulama mazhab Maliki dan Hambali mengatakan → muwalah adalah fardhu (rukun) wudhu, namun ia
bukan rukun dalam mandi.

Menggosok Secara Perlahan dengan Tangan

Jumhur ulama selain ulama mazhab Maliki mengatakan → menggosok adalah sunnah. Tidak wajib. Ia
tidak disebut dalam sifat wuduk nabi
Ulama mazhab Maliki mengatakan → gosok dengan tapak tangan bukan belakang. Hukum nya wajib
meskipun air sudah sampai ke kulit.
Hadis bermaksud , "Basahkan lah rambut dan bersihkan kulit." (Nailul Authar, Jilid 1)
ini hadis sahih yang menunjukkan wajibnya menggosok, kerana membersih sesuatu tidak hanya sekadar
mengucurkan air keatasnya.

Menurut pendapat Dr Wahbah, gosak adalah sunnah. Ia tidak wajib kerana hadis yang menceritakan
basuhan dilakukan oleh Nabi, tidak menunjukkan nabi menggosok.

Sunnah-Sunnah Wuduk

1.Niat
Mazhab Hanafi - ia sunnah.
Jumhur Ulama - ia fardhu
lafaz niat - sunnah

2.Basuh kedua tangan hingga pergelangan tangan sebanyak 3 kali


Nabi saw bersabda;
"Apabila salah satu di antara kamu bangun dari tidur, maka hendaklah ia mencuci tangannya sebelum ia
memasukkan ke dalam tempat air. Kerana, tidak ada orang yang tahu dalamaHendakah ia meletakkan
tangannya pada waktu tidur."
(HR al-A'immah as-sittah dalam kitab mereka dari Abu Hurairah)
• basuh 3 kali- sunnah
• pendapat rajih- satu kali basuhan
• Mazhab Hambali - basuh 3kali →sunnah bagi orang bangun tidur selain tidur malam.

3. Membaca " bismillah" pada permulaan wudhu - masa basuh dua pergelangan tangan

Bacaan seperti diriwayatkan oleh ath-Thabrani dari Abu Hurairah dengan sanad hasan;
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Agung dan segala puji bagi-Nya atas nikeranaat agama
Islam."

Pendapat lain, afdal adalah ;


"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."
ini berdasarkan hadis;

"Setiap perkara yang penting yang tidak dalamulai dengan membaca bismillah maka ia terputus." (Hadis
lemah)

Mazhab Maliki -ia kelebihan wudhu


Mazhab Hambali -wajib bacanya
Sabda Rasul saw;
"Tidaklah sah solat seseorang yang tidak berwuduk, dan tidaklah sah wudhuk seseorang yang tidak
menyebut nama Allah." (hadis sahih dari abu Hurairah diriwayatkan oleh Abu Dawud)

- wudhu dan tidak menafikan sahnya wudhu. Alasan mereka kerana ayat wudhu yang menjelaskan
perkara-perkara wajib tidak menyebutnya.

4. Berkumuh dan bersihkan hidung


Jumhur Ulama - sunnah muakkad selain Mazhab Hambali.
Para fuqaha bersepakat sunnahnya madhmadhah (berkumur) dan istintsar secara berlebihan/ keras bagi
orang Tidak puasa.

Sabda Rasul saw. diriwayat dengan sanadnya disahkan oleh Ibnul Qaththan,
"Apabila kamu berwudhu, hendaklah berlebihan ketika bermadhmadhah (berkumur) dan beristinsyaq
(masukkan air dalam hidung) selama kamu tidak berpuasa."

Sebuah hadis yang lain riwayat Laqith bin Sabrah menyebutkan ;


"Sempurnakanlah wudhu, gosoklah celah-celah jari dan lebihkan istinsyaq (masukkan air dalam hidung)
kecuali jika kamu berpuasa." (Hadis Sahih )

Sunnah masukkan jari tangan kiri ke bahagian-bahagian tersebut.

Mazhab Hambali - madhmadhah (berkumur) dan istinsyaq (masukkan air dalam hidung) adalah wajib.
Rasulullah tidak pernah tinggalkan keduanya. HR oleh Imam Ali yang menyatakan bahawa, "Jika Rasul
berwudhu, baginda berMadhmadhah, baristinsyaq, (masukkan air dalam hidung) dan beristintsar
(mengeluarkan air dari hidung) dengan tangan kirinya. Baginda melakukan hal itu sebanyak tiga kali."
setelah itu baginda bersabda, "Inilah cara bersuci Nabi Allah saw.. "(Diriwayat oleh Ahmad dari Ali -
Nailul Authar)

Sebahagian dari ulama mazhab Syafi'i dan ulama yang lain mengakui kelemahan dalil pendapat tidak
wajib madhmadhah, istintsar dan istinsyaq.

5. Bersiwak
Hukumnya sunnah disepakati ulama kecuali ulama mazhab Maliki yang anggap satu perbuatan baik.

6. Menyela-ngelai janggut, jari tangan, dan jari kaki.


Sunnah menyela janggut
Sunnah menyela jari tangan dan jari kaki -sepakat Fuqaha.

Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi, dan dia anggap sebagai Hadis Sahih bahawa Rasul telah menyela
janggutnya. Selain itu, terdapat Hadis lain Diriwayat Abu Dawud yang menyatakan bahawa jika Rasul
hendak Wudhu, baginda mengambil seceduk air, lalu mengarahkannya ke bawah dagu dan baginda
menyela janggutnya. Setelah itu baginda bersabda, "Beginilah Tuhanku menyuruh aku melakukannya."
( Nail al-Authar Jilid 1, hlm. 148)

Hadis Riwayat Ibnu Abbas menyatakan Rasul saw bersabda,


"Apabila kamu berwudhu, maka seIailah jari kedua tangan dan juga jari kedua kakimu." ( HR Ahmad -Nail
al-Authar)

7. Membasuh sebanyak 3 kali.


para fuqaha sepakat - sunnah 3 kali
Ulama madzhab Maliki - perbuatan baik

Amru bin Syu'aib menjelaskan bahawa Rasul membasuh dua telapak tangan, muka dan kedua lengannya
sebanyak tiga kali.

(HR Abu Dawud. Pada bahagian akhirnya disebut, "Demikianlah wudhu. Siapa yang menambah atau
menguranginya , maka dia telah melakukan kesalahan dan zalim, atau zalim dan melakukan kesalahan."
- Nashbur Rayah, Jilid I)

Ia tidak diwajibkan, kerana Rasulullah saw pada satu waktu berwuduk dengan sekali basuh saja. Lalu
baginda bersabda, "Inilah amalan yang diterima oleh Allah."

Pada waktu yang lain, Rasul berwudhu dengan membasuh sebanyak dua kali. Setelah itu baginda
bersabda, "Allah akan menggandakan pahalanya sebanyak dua kali."
Pada waktu yang lain, Rasulullah berwudhu dengan membasuh sebanyak tiga kali. Setelah itu baginda
bersabda, "Inilah wudhuku dan juga wudhu para Nabi sebelumku." (HR ad-Daruquthni dari Abu
Hurairah, tapi dalam sanadnya terdapat seorang perawi yang lemah, ibid..)

Para Ulama dan majoriti sahabat - tak sunnah ulang usap kepala 3 kali
Hadis riwayat Abdullah tentang wudhu nabi ; "Baginda mengusap kepala dengan satu kali usap saja."
(muttafaq'alaih)

Ulama mazhab syafie - sunnah usap tiga kali.


Hadis diriwayatkan dari Anas,"Mengulang sebanyak tiga kali adalah perbuatan yang lebih afdal."

Hadis lain riwayat Sayaqiq bin Salamah menurut catatan Abu Dawud, dia berkata,
"Saya melihat Utsman bin Affan membasuh dua lengannya sebanyak tiga kal, kemudian dia berkata,
'Saya melihat Rasulullah saw melakukan hal yang seperti ini."

Telah diriwayatkan hadis yang sama seperti diatas oleh beberapa sahabat Rasulullah saw seperti
Utsman, Ali, Ibnu Umar, Abu Hurairah, Abdullah bin Abi Aufa, ar-Rubayi, dan Ubay bin Ka'ab. Mereka
semua meriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah berwuduk dengan mengulang (perbuatan
wudhunga) sebanyak tiga kali.

Akan tetapi, jumhur ulama menolak pendapat ulama mazhab Syafi'i dengan menyatakan bahawa tidak
terdapat penjelasan yang terang dalam hadis yang jadi hujjah mereka.

Dengan ini, maka jelaslah bahawa pendapat jumhur menjadi bukti yang lebih kuat dari sunnah yang
sahih.

8. Mengusap seluruh kepala


Ulama Mazhab Syafi'i dan Hanafi - hukum sunnah
Ulama mazhab Hanafi -Sunnah dengan sekali usap saja. Hadis riwayat Amru bin Syu'aib terdapat lafaz,
"Kemudian Rasul mengusap kepalanya," tanpa menyebut jumlah Usapan."
Hadis di riwayatkan Abu Habbah yang menjelaskan cara wudhu Ali, "Dan beliau mengusap kepala
dengan sekali usap." ( HR at-Tirmidzi. beliau menetapkannya sahih)

Ulama mazhab syafie - sunnah dengan tiga kali usap


HR Abu Dawud dengan sanad hasan bahawa Uthman berwudhuk, lalu dia mengusap kepala sebanyak
tiga kali. Setelah itu dia berkata, "Saya melihat Rasulullah saw berwudhu dengan cara seperti itu."

Ulama mazhab Maliki dan Hambali -usap seluruh kepala adalah wajib

Ulama mazhab Syafi'i dan Hambali - boleh usap sebahagian kepala saja, dan selebihnya disempurnakan
dengan wap serban jika ia sukar untuk buka serban itu.

Nabi saw mengusap uban-uban di atas serban baginda dan juga mengusap ke atas kedua khuf-nya. (HR
muslim)
9. Mengusap kedua telinga pada bahagian luar dan bahagian dalam air yang baru.

Jumhur Ulama - hukumnya sunnah kerana nabi saw sewaktu berwudhuk, mengusap kepala & kedua
telinga serta baginda mengguHendakan air yang baru untuk kedua perbuatan tersebut.

Ulama mazhab Hambali - wajib asap dua telinga, kerana kedua-duanya termasuk anggota kepala. Hadis
menyebut ; "Dua telinga adalah sebagian dari kepala." (HR Ibnu Majah melalui beberapa sanad. Tapi ada
perawi yang di perselisihkan)

Pandangan Dr Wahbah az-Zuhaili - pendapat yang rajih adalah yang mengatakan bahawa kedua sunnah
mengusap kedua telinga kerana hadis yang mengatakan kedua telinga termasuk sebahagian dari kepala
tidak ada. Dan jika hadis tersebut ada, maka ia adalah sebuah hadis yang lemah sehingga Ibnush Shalah
berkata,
"Kelemahannya adalah banyak, sehingga tidak dapat ditutup dengan banyaknya jumlah sanad-nya."

Ulama Mazhab Syafii - sunnah usap telinga 3 kali.

Jumhur Ulama - sunnah satu kali.

10. Memulakan dengan anggota yang sebelah kanan ketika membasuh kedua tangan dan kedua kaki.

Ulama Mazhab Maliki - ia perbuatan yang baik saja.


Dalil sunnahnya adalah hadis riwayat Aisyah,
"Rasulullah saw sangat gemar untuk memulai dengan anggota kanan ketika memakai sepatu, menyisir
rambut dan ketika bersuci. Begitu juga dalam semua urusannya." (muttafaq'alaih)

Ulama mazhab Hanafi dan Syafi'i - sunnah mula dengan hujung jari dan bahagian atas kepala.

Ulama mazhab Syafi'i - sunnah mula basuh bahagian atas muka

Ulama mazhab Maliki - Sunnah mula pada bahagian depan tiap anggota.

Anda mungkin juga menyukai