Anda di halaman 1dari 16

Ertinya:

Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid.


Katakanlah: "Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan
mudarat". Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan
(jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan
janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci.
Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan
yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi
orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa
mensucikan diri. (Surah Al-Baqarah ayat 222)
Pengertian bersuci:
Pada Bahasa: Membersihkan diri atau sesuatu daripada sebarang kekotoran.
Sama ada benda itu najis ataupun tidak. Benda-benda najis seperti darah,
bangkai, tahi dan sebagainya. Benda-benda yang kotor tetapi tidak najis seperti
air ludah, hingus dan lain-lain.
Erti pada Syarak: Menghilangkan halangan beribadat kerana ada hadas atau
najis atau menghilangkan halangan memakan sesuatu benda disebabkan
terkena najis.
Iman Al-Ghazali menegaskan dalam kitab Ihya Ulumuddin bersuci itu terbahagi
kepada empat tingkat iaitu:
1. Mensucikan anggota-anggota lahir daripada hadas-hadas, anasir-anasir
jahat dan kelebihan-kelebihan yang tidak perlu.
2. Mensucikan anggota-anggota badan dari perbuatan-perbuatan salah dan
dosa.
3. Mensuci kan hati dari akhlak yang terkeji dan kelakuan-kelakuan yang
dibenci dan terkutuk.
4. Mensucikan kebatinan dari semua perkara selain daripada Allah Subhanahu
wa Ta'ala, dan ini adalah cara bersuci para Nabi salawatullahi-alaihim dan juga
pada Siddiqin.
Taharah zahir dan batin.
Taharah yang bersifat batin ialah mensucikan jiwa daripada kekotoran dosa dan
maksiat. Caranya ialah dengan bertaubat dengan sebenar-benarnya taubat.
Dengan membersihkan hati daripada kotoran syirik, ragu-ragu, hasad, dengki,
menipu dan dosa besar, juga daripada ujub, riya. Perkara ini dilakukan dengan

ikhlas, yakin, mencintai kebaikan, bersabar, jujur dan rendah diri. Serta sentiasa
mengharapkan memperoleh keredaan Allah dengan niat dan amalan soleh.
Taharah yang bersifat lahiriah pula ialah dengan membersihkan kotoran dan
hadas . membersihkan kotoran dengan cara menghilangkan najis dengan air
yang suci lagi menyucikan dari badan, tempat, dan pakaian untuk mengerjakan
solat.

Jenis-Jenis bersuci.
1. Menyuci badan daripada hadas kecil:
Iaitu menyuci badan daripada hadas kecil dengan berwuduk atau bertayamum.
Orang-orang yang berhadas kecil diharamkan mengerjakan solat dan menyentuh
Al-Quran.
2. Menyuci badan daripada hadas besar.
Orang yang berjunub atau berhadas besar hendaklah membersihkan dirinya
dengan mandi.Orang yang berhadas besar diharamkan mengerjakan solat,
mengerjakan haji, duduk di dalam masjid, menyentuh dan membaca Al-quran.
3. Istinjak.
Iaitu bersuci selepas keluarnya kotoran daripada dua jalan iaitu air kencing atau
tahi.
4. Menyucikan pakaian, alatan dapur (pinggan , mangkuk) dan masjid.
Pakaian hendaklah dibersihkan daripada segala najis. antara Syarat sah solat
ialah pakaian dan tempat solat mestilah bersih daripada najis.
Istinjak
Istinjak Ialah menghilangkan najis kecil atau besar dari tempat keluarnya dengan
sesuatu yang bersih seperti air, batu, kertas dan sebagainya sehingga kesan
najis itu dibersihkan.
Apabila keluar kotoran dari salah satu, iaitu dari qubur atau dubur, wajib istinjak
dengan menggunakan air atau dengan tiga ketul batu.
Hukum Istinjak
Beristinjak adalah hukumnya wajib berdasarkan Sabda Rasulullah s.a.w yang
bermaksud;

Bahawa Nabi (s.a.w) melalui dua buah kubur, ketika itu baginda berkata; 'keduadua orang ini (yang ada dalam kubur itu) diseksa oleh Allah . Yang seorang
diseksa kerana mengumpat-gumpat orang dan yang seorang lagi diseksa
kerana tidak beristinjak selepas buang air kecil.
(Hadis Riwayat; Bukhari dan Muslim)
Syarat Istinjak
1. Menghilangkan rasanya.
2. Menghilangkan baunya.
3. Menghilangkan warnanya.
Rukun Istinjak.
1. Seorang Islam.
2. Alat untuk istinjak.Dengan menggunakan air, batu, kertas atau
seumpamanya.
3. Tempat yang diistinja iaitu qubul dan dubur.
4. Yang diistinjakkan itu sesuatu yang keluar daripada dua jalan iaitu qubur
atau dubur.
Cara mengerjakan Istinjak.
1. Istinjak itu 3 kali dan kalau masih belum suci, boleh diulang lagi sehingga
suci.
2. Alat dibuat istinjak itu mestilah melingkupi tempat yang disapu itu.
3. Beristinjak itu mestilah dapat membersihkan tempat najis yang keluar.
Cara beristinjak dengan Air (Air Mutlak).
1.

Tuangkan air dengan menggunakan tangan kanan di atas tempat najis.

2.

Gosok tempat najis dengan menggunakan jari tengah tangan kiri.

3.

Makruh memasukkan jari ke dalam dubur.

4.
Bagi perempuan yang dara semasa beristinjak hendaklah membasuh
benda yang zahir pada farajnya ketika ia duduk mencangkung dengan
memasukkan sedikit ruas jarinya.*
5.
Mendahulukan istinjak pada qubul daripada dubur supaya tidak terpercik
najis padanya ketika membasuh dubur.

6.
Sunat selepas intinjak menggosak tangan ke tanah sebelum membasuh
tangan.
7.

Sunat ketika intinjak membaca doa :

Ertinya ; "Ya Allah, sucikanlah hatiku daripada sifat nifak dan peliharakanlah
kemaluan aku daripada kejahatan."
8.

Tidak sunat mencium tangan selepas istinjak.

9.
Hendaklah hilang ain najis, warna dan rasanya (rasa di tangan). Jika sukar
menghilangkan baunya atau warnanya selepas digosak dan dibasuh beberapa
kali maka ianya dimaafkan. Bagi memastikan najis telah suci memadai bila
merasai kesat pada kulit dubur lelaki dan licin bagi perempuan.*

Cara yang baik dilakukan istinjak ialah dengan menggunakan air, tetapi harus
juga dilakukan dengan benda-benda kesat yang suci dengan syarat.
1. Benda itu mesti kering sama ada kayu, batu, daun dan lain-lain. Kalau ia
basah, maka tidak boleh digunakan.
2. Benda itu mesti kesat. Kalau kering tetapi licin maka tidak sah untuk
istinjak seperti kertas atau plastik atau belakang buluh.
3. Benda itu bukan benda yang dihormati seperti makanan, pakaian, tulang
atau seumpamanya.
4. Bukan benda-benda yang bertulis dengan ayat-ayat al-quran, hadis dan
seumpamanya. Sekiranya ada , berdosa menggunakannya.
5. Najis yang keluar tidak melecer ke tempat lain. Sekiranya ia melecer ke
tempat lain maka air diperlukan untuk beristinjak.
6. Hendaklah dihilangkan najis itu sekurang-kurangnya dengan tiga ketul
batu ataupun dengan sebiji batu tiga persegi. kiranya masih tidak suci,
hendaklah ditambah batu sehingga suci.
Cara Beristinjak dengan menggunakan batu pada dubur.
1. Sunat dimulai dengan menyapu yang pertama pada bahagian hadapan papan
punggung yang kanan lalu diedarkan pada tempat permulaan sapuan.
2. Kemudian mulakan sapuan yang kedua pada bahagian hadapan papan
punggung kiri lalu diedarkan kepada tempat permulaan yang disapu.
3. Sapuan yang ketiga pada hujung dubur atau qubur.
4. Sunat ketika menyapu dimulai pada tempat yang suci ke tempat yang ada
najis secara perlahan-lahan.

5. Sunat istinjak dengan batu, dahulukan istinjak pada dubur kerana najis pada
dubur lebih dahulu kering daripada qubur. Jika najis telah kering, wajib
menggunakan air.
Cara Istinjak Dengan Batu Pada Qubur ( Zakar atau Faraj).
Disapu di tiga tempat pada batu besar atau tiga ketul batu. Jika diulang-ulang di
tempat yang sama dengan satu batu, maka wajib beristinjak dengan
menggunakan air.
Hal-hal yang perlu diperhatikan ketika insinjak
1. Jangan bersuci dengan tulang, makanan atau tahi kering.
2. Jangan bersuci dengan menggunakan tangan kanan atau memegang
zakar dengan tangan kanan.
3. Hendaklah bersuci dengan batu dalam bilangan ganjil, seperti tiga ketul
batu, lima ketul batu dan sebagainya..
4. Bila bersuci dengan air dan batu, hendaklah menggunakan batu terlebih
dahulu, kemudian dengan air, bila memilih salah satu, pilihlah air kerana
air lebih baik digunakan untuk bersuci.
Qada Hajat atau Buang Air terbahagi kepada tiga hukum:
1. Cara yang haram.
2. Cara yang makruh.
3. Cara yang sunat.
Cara Qada Hajat yang diharamkan.
1. Membawa bersama sesuatu yang bertulis ayat-ayat quran, hadis atau namanama para rasul ketika qada hajat.
2. Menghadap atau membelakangkan kiblat ketika qada hajat di tempat lapang.
Sekiranya qada hajat di tempat yang berdinding maka tidaklah diharamkan.
3. Membuang air besar atau kecil dalam lubang yang diketahui di dalamnya ada
haiwan.
4. Qada hajat di atas kubur.
5. Membuang air di tempat ibadah seperti di surau, masjid, musalla dan
sebagainya.
6. Membuang air di atas kitab-kitab agama .

7. Membuang air di atas makanan.


8. Membuang air di tempat perhentian orang ramai atau di jalan raya.

Cara Qada Hajat Yang Dimakruhkan.


1. Membuang air sambil berdiri kecuali dengan keuzuran atau darurat yang
tidak membolehkan seseorang itu duduk seperti disebabkan sakit.
2. Bercakap-cakap ketika buang air pada perkara yang tidak penting, kecuali
dalam keadaan darurat.
3. Membuang air di dalam lubang yang tidak diketahui di dalamnya ada
binatang atau tidak.
4. Membuang air di bawah pokok buah-buahan
5. Membuang air dalam air tenang yang tidak mengalir.
6. Membuang air berhampiran dengan kawasan perkuburan.

Cara-cara Qada Hajat Yang disunatkan.


1. Membuang air di tempat terselindung dari orang ramai seperti di dalam
tandas atau di sebalik batu.
2. Memulakan masuk ke dalam taandas dengan menggunakan kaki kiri.
3. Ketika hendak masuk, baca doa ini:
Ertinya : "wahai tuhanku, aku berlindung padaMu dari kejahatan syaitan jantan
dan betina."
4. Memakai alas kaki seperti selipar dan kasut ketika masuk tandas.
5. Memakai penutup kepala seperti tudung, semutar dan sebagainya ketika
qada hajat.
6. Beristibak, iaitu berdehem-dehem supaya najis habis keluar.
7. Ketika keluar dari tandas, mulai langkah kaki kanan dahulu.

8. Ketika keluar dari tandas, membaca doa ini.


Ertinya: "Wahai tuhanku, hilangkan dariku segala kekotoran dan beri kesihatan
kepadaku."

Hal-hal yang harus dilakukan sebelum buang air.


1. Hendaklah mencari tempat sunyi dan jauh daripandangan orang (kiranya
tidak menggunakan tandas).
2. Jangan memasuki tandas atau tempat buang air dengan membawa sesuatu
yang ada kalimah Allah.
3. Jangan membuka pakaian sebelum berada dekat tempat buang air, ini
adalah bagi mempastikan agar aurat tetap terjaga sesuai dengan apa yang
diperintahkan oleh hukum syariat.
4. Mendahulukan kaki kiri waktu masuk ke tandas dan disunatkan berdoa:
"ya Allah , hamba berlindung padamu dari segala yang kotor dan keji"
5. Janganlah buang air dengan menghadap ke arah kiblat
membelakanginya jika sekiranya di tempat-tempat yang tidak berdinding..

atau

6. Jangan membuang air besar atau air kecil (berak atau kencing) di tempat
orang biasa berteduh, di jalan-jalan, di tempat mandian atau di bawah pokok
yang berbuah.
7. Janganlah bercakap-cakap sewaktu buang air.

Adab buang air


1. Sunat mendahulukan kaki kiri ketika masuk ke tandas, dan mendahulukan
kaki kanan ketika keluar.
2. Jangan membawa sesuatu kalimat Al-Quran, atau hadis atau zikrullah ke
dalam tandas.
3. Hendak memakai sepatu atau terompah atau seumpamanya.
4. hendaklah jauh dari orang sehingga bau kotoran tidak sampai kepadanya.
5. Janganlah berkata-kata selama dalam tandas itu, kecuali apabila ada
keperluan yang sangat penting yang tidak dapat ditangguhkan.
6. Jangan buang air di air yang tenang, kecuali jika air tenang itu terbentang
luas seperti tasik yang luas atau laut.

7. Jangan buang air di lubang tanah, kerana kemungkinan ada binatang


yang mendapat kesakitan di dalam lubang itu.
8. Jangan membuang air di atas kubur.
9. Jangan membuang air besar atau kecil di tempat-tempat beribadat seperti
masjid, surau dan sebagainya (Kecuali di tandas-tandas yang telah
disediakan di tempat-tempat ibadat tersebut).
10. Jangan membuang air di atas kitab-kitab agama atau di atas makanan.
11. jangan buang air di mana-mana tempat perhentian.
Hikmah-Hikmah Bersuci
1. Dapat menjauhkan diri daripada jangkitan penyakit
2. Amalan-amalan tertentu tidak diterima Allah tanpa bersuci.
3. Kebersihan lahir juga membawa kepada kebersihan jiwa seseorang.
4. Amalan kebersihan yang dilakukan itu menjadi syiar dan identiti umat Islam di
dalam kehidupan manusia, agar dengan itu umat Islam menjadi contoh dan
teladan kepada manusia seluruhnya.
5. Kebersihan dapat mencerminkan keperibadian seseorang.
Najis ialah suatu benda yang kotor dan jijik . Najis menurut pengertian syarak
ialah segala yang kotor yang membatalkan solat seperti tahi, nanah, darah dan
sebagainya.
Bagaimanapun benda yang jijik tapi pada syariat tidak membatalkan solat seperti
kahak, hingus dan lain-lain tidak dikira sebagai najis.

Menurut hukum aslinya sesuatu benda itu adalah suci selama tak ada dalil
yang menunjukkan bahawa benda itu najis.

Benda-benda Najis
1. Bangkai haiwan darat yang berdarah. (kecuali mayat manusia tidak najis)
bahagian-bahagian bangkai seperti daging, kulit, urat, tulang, bulu dan
sebagainya semuanya adalah najis.
2. Air kencing.
3. Tahi.

4. Darah. Semua jenis darah kecuali hati dan limpa.


5. Nanah. Segala macam nanah adalah najis sama ada ainya berbentuk kental
atau cair.
6. Muntah.
7. Mazi. Iaitu air putih yang keluar dari kemaluan ketika memuncak syahwat. Ia
hanya terdapat pada lelaki dan perempuan. Tetapi lebih banyak pada kaum
perempuan.
8. Wadi. Iaitu air putih kental yang keluar dari kemaluan mengiringi kencing atau
kerana letih.
9. Arak atau tuak ( masam) . Setiap minuman keras yang memabukkan.
10. Anjing dan babi serta keturunannya.
Segala najis tidak dapat disucikan kecuali arak dan kulit bangkai binatang.
Arak apabila sudah menjadi cuka dengan sendirinya ia menjadi suci. Begitu juga
dengan kulit bangkai dapat disucikan dengan cara disamak.

PEMBAHAGIAN NAJIS.
1. Najis Mughallazah. (tebal) iaitu anjing dan babi. Benda yang terkena najis ini
hendaklah dibasuh tujuh kali, sekali daripadanya hendaklah dicampur dengan
tanah.
Sabda Rasullullah (SAW)
cara mencuci bejana seseorang kamu, apabila dijilat anjing hendaklah dibasuh
tujuh kali, air pertama hendaklah dicampur dengan tanah." (Riwayat Muslim).
2. Najis Mukhaffafah. (Ringan). seperti kencing kanak-kanak lelaki yang belum
makan makanan selain daripada susu ibu. Untuk mensuci benda yang terkena
najis ini, memadai dengan memercikkan air atas benda itu meskipun tidak
mengalir. Adapun kencing kanak-kanak perempuan yang belum makan selain
susu hendaklah dibasuh sampai mengalir air di atas benda yang kena najis itu
dan hilang zat dan sifat-sifat nya sebagaimana mensuci kencing orang dewasa.
3. Najis Mutawassitah. (Pertengahan) iaitu najis yang lain daripada dua macam
tersebut di atas. Najis pertengahan ini terbahagi kepada dua bahagian.

3.1 Najis Hukmiah. - iaitu najis yang diyakini adanya tetapi tidak nyata
zatnya, baunya , rasanya serta warnanya. seperti kencing yang sudah lama
kering, sehingga sifat-sifatnya sudah hilang. cara mensuci najis ini cukup dengan
mengalirkan air di atas benda yang kena itu.
3.2 Najis Ainiah. Najis yang nampak dan kelihatan najisnya seperti tahi,
darah dan lain-lain.

Cara Menyuci Najis Mughallazah (Najis Berat)


* Anjing dan babi serta keturunan salah satu daripadanya. - termasuk dagingnya,
lemak, tulang, darah, liur, tahi, kulit serta bulunya serta seluruh bahagian
badannya.
Peringatan.
1. Tersentuh anjing yang kering dengan tangan yang kering tidaklah dikirakan
najis. Sekiranya salah satu di antara keduanya basah atau kedua-duanya basah,
maka dikira najis dan ianya wajib disamak.
2. Menyentuh babi yang kering ataupun basah adalah dikira najis (Wajib
disamak).
Cara Menyucinya.
Hilangkan najis itu terlebih dahulu kiranya najis haiwan itu yang tersentuh.
Basuhan pertama menggunakan air lumpur (Selut).
Kemudian dijirus dengan enam kali air mutlak. Basuhan ini hendaklah
menghilangkan bau, rasa dan ainnya.
Cara menyucikan Najis Mutawasitah (Pertengahan).
1. Najis Ainiyah.
i. Buangkan najis itu terlebih dahulu.
ii. Basuh bekas itu sehingga hilang bau, warna dan rasa dengan air mutlak.
2. Najis Hukmiyah.
i. Memadai dengan mengalirkan (Menjirus) air mutlak pada tempat yang
terkena najis.

Cara menyucikan Najis Mukhaffafah (ringan).


Memadai dengan merenjiskan air pada benda atau tempat yang terkena najis
sehingga rata.
Cara Menyucikan Kulit Bangkai
Binatang yang mati tidak disembelih adalah bangkai. Kulit bangkai kecuali
binatang laut dan sungai tidak boleh dipergunakan sebelum disuci.
Cara menyucinya ialah dengan dibersihkan menggunakan air bercampur daun
bidara atau juga biasa disebut samak. Sebelum disamak kulit bangkai itu adalah
najis.
Cara menyucikan cairan yang memabukkan.
Kiranya minuman yang memabukkan jatuh pada benda-benda cair, maka
buanglah semuanya. Tetapi jika minuman yang memabukkan jatuh pada bendabenda beku, cukuplah dibuang bahagian yang terkena dan kawasan
sekelilingnya.
Perkara yang tidak dikira sebagai najis.
Bagi haiwan yang mati tanpa disembelih hukumnya bangkai yang bernajis
kecuali yang berikut di bawah:
1. Mayat manusia sama ada Islam atau kafir.
2. Ikan sama ada besar atau kecil halal dimakan.
3. Belalang.
4. Ulat dalam buah-buahan atau seumpamanya yang ada dalam makanan.
Kalau diketahui ada ulat dalam buah-buahan dan dimakannya bersama , maka
hukumnya makruh.
5. Semua binatang yang darahnya tidak bersifat mengalir, maka air tidak
menjadi najis jika binatang berkenaan jatuh ke dalamnya. Tetapi memakannya
tetap dilarang.

Hukum Peluh dan air liur manusia dan binatang.


1. Air liur, kahak yang keluar daripada dada atau otak, air hidung, air mata,
peluh , mani, susu jika ia keluar dari:

i. Anjing dan babi atau keturunannya adalah haram kerana ianya adalah najis.
ii. Keluar daripada binatang atau manusia adalah suci semuanya. tapi benda itu
adalah dianggap jijik dan haram dimakan.
2. Tidak najis air liur kucing, jika pasti semasa itu ia tidak memakan benda najis
seperti cicak, tikus dan seumpamanya.
i. Selepas makan tikus lalu kucing itu menjilat air minuman, maka air yang dijilati
itu menjadi najis.
ii. Jika selepas makan tikus atau sebagainya, kesan darah di mulut kucing itu
telah hilang, kemudian kucing itu menjilat minuman. Air minuman itu tidak najis.
Air Liur Basi
Air yang keluar daripada mulut ketika seseorang tidur.
1. Jika air itu berwarna kuning atau busuk, maka iar liur basi itu najis kerana ia
keluar dari perut.
2. Jika air liur itu tidak berwarna dan tidak berbau busuk, maka iar liur itu tidak
najis kerana bukan keluar dari perut.
Hukum Madu
1. Halal meminum madu kerana madu keluar daripada mulut lebah.
2. Haram memakan anak lebah sekalipun belum bernyawa.
3. Tidak makruh meminum madu daripada lebah yang memakan najis.

Rasulullah s.a.w telah menjelaskan dalam


sabdanya yang bermaksud; Dari Abu
Hurairah, dari Nabi s.a.w sabdanya:
sekiranya
tidaklah
menjadi
suatu
bebanan kepada umatku nescaya aku
menyuruh mereka bersugi setiap kali
mereka
hendak
mengambil
wuduk
(Riwayat Ahmad, Malik dan al-NasaI)

Pengertian bersugi.
Bersugi adalah perbuatan membersihkan mulut dan gigi.

Alat-alat bersugi.

Berus gigi dan ubatnya yang suci.


Mayang kelapa.
Sabut.
Kayu.
Apa saja yang kesat yang boleh membersihkan gigi.

Hukum Bersugi.
Hukum bersugi adalah sunat sepanjang masa.
Waktu-waktu dituntut bersugi.

Ketika hendak membaca Al-quran.


Hendak mengerjakan solat.
Ketika perubahan bau mulut.
Bangun dari tidur.
Hendak tidur.
Gigi menjadi kuning.
Ketika hendak berwuduk.
Ketika hendak berzikir.
Ketika hendak memasuki kaabah.
Hendak masuk rumah selepas berjalan.
Ketika lapar dan dahaga.
Ketika hendak mati.
Hendak musafir atau balik dari musafir.

Makruh bersugi.
Orang yang berpuasa tak kira sama ada puasa fardu (Ramadan) atau puasa
sunat selepas gelincir matahari, iaitu selepas masuk waktu zuhur.
Cara-cara bersugi.

Menggunakan tangan kanan.


Memulakan daripada sebelah kanan mulut.
Gosok langit-langit mulut dengan perlahan-lahan.
Gosok bahagian gusi dan gigi dengan perlahan-lahan.
Hilangkan lendir-lendir yang ada pada lidah dengan menggunakan alatalat tertentu.

Kelebihan Bersugi.

Solat dengan bersugi lebih baik daripada 70 rakaat solat yang tidak
bersugi.

Menyucikan mulut dan gigi.


Mendapat keredaan Allah.
Mencergaskan otak.
Mencerahkan mata.
Melambatkan tumbuh uban.
Mengurangkan bongkok dan sakit buah pinggang.
Melipatgandakan pahala.
Mengingatkan dua kalimah shahadat ketika hampir mati.

Samak
Kulit-kulit bangkai binatang yang mati serta telah disamak boleh digunakan untuk
membuat peralatan seperti pakaian, kasut, tali pinggang, beg dan sebagainya.
Syarat sah penyucian.
1. Kulit binatang itu bukannya kulit anjing atau babi atau bukan kulit binatang
keturunan salah satu daripada keduanya. Kulit Binatang lain sama ada yang mati
secara disembelih atau tidak disembelih atau binatang itu haram dimakan
dagingnya jika disuci ianya boleh digunakan..
2. Hendaklah dibuang terlebih dahulu darah, lendir dan lemak yang ada pada
kulit itu. Kemudian disapu dengan benda-benda yang boleh menghilangkan
baunya seperti dengan kapur, tawas dan seumpamanya.
3. Setelah dibuang darah, lendir dan lemak pada kulit tersebut, maka hendaklah
dikeringkan kulit dengan cara menjemur dan setelah kering, basuh kulit itu
dengan air bersih sekali jirus sahaja.

PENGERTIAN BERSUCI
Firman Allah swt maksudnya, "Sesunguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubata dan yang suka
menyucikan diri " (Al Baqarah : 222)
Bersuci atau At Thaharah ialah suatu pekerjaan yang dilakukan bagi menghilangkan hadas atau najis yang
ada di badan, pakaian atau tempat tinggal kita. Ia mesti dibersihan supaya kita boleh melakukan ibadah.
Di dalam ajaran Islam bersuci adalah sesuatu yang WAJIB. Sebahagian dari bersuci adalah berwuduk,
mandi dan membersihkan najis dari badan.

JENIS-JENIS BERSUCI
Bersuci dari hadas kecil. Apabila kita berada dalam keadaan begini kita dilarang dari mengerjakan
sembahyang dan menyentuh Al Quran. Cara untuk menyucikan ialah dengan mengamil wuduk
ataupun bertayammum.

Bersuci dari hadas besar. Mereka yang berjimak, haid dan nifas adalah termasuk di dalam golongan
ini. Cara bersuci daripadanya ialah dengan mandi junub. Perkara yang ditegah dari melakukannya
seperti sembahyang, puasa, menunaikan haji, iktikaf di masjid dan menyentuh atau membaca Al
Quran.
Beristinjak. Ia bertujuan bagi menghilangkan najis yang keluar dari dua saluran iaitu qubul dan
dubur.

ISTINJAK
RUKUN ISTINJAK
Rukun istinjak ada 3 iaitu :
Islam
Menggunakan air, batu, kertas, daun dan benda keras yang suci
Najis itu mestilah keluar dari qubul dan dubur

SUNAT-SUNAT ISTINJAK
Haruslah dilakukan dengan bilangan yang ganjil seperti 3x, 5x atau 7x dan seterusnya.
Menggunakan tangan kiri

BERISTINJAK DENGAN BATU


Syarat-syarat menggunakan batu atau lain-lain benda yang keras ialah:

Pastikan benda tersebut tidak mengalir


Pastikan najis belum kering
Pastikan tempat keluar najis tersebut tidak terhalang oleh benda-banda lain

BERISTINJAK DENGAN AIR


Perlakuannya ialah lebih kurang sama dengan batu. Terlebih dahulu mestilah dibersihkan sehingga hilang
3 perkara iaitu bau, warna dan rasa. Apabila selesai disunatkan membaca doa.

BENDA-BENDA BERNAJIS
Antara benda-benda najis menurut Islam adalah seperti berikut :
Semua jenis bangkai binatang darat dan laut yang berdarah melainkan mayat manusia. Bianatang
darat dan laut yang tidak berdarah dianggap suci.
Darah kecuali hati dan limpa
Semua jenis benda yang keluar dari qubur dan dubur
Nanah kerana ia terhasil dari darah yang kotor

Arak dan semua jenis minuman yang memabukkan


Bahagian binatang yang diambil dari badannya semasa ia masih hidup

JENIS-JENIS NAJIS
Terdapat 2 jenis najis yang boleh diklasifikasikan dalam Islam iaitu:
NAJIS MUGHALLAZAH
Iaitu anjing dan babi serta segala anggota tubuh badannya. Cara menyucikannya ialah dengan
menyiram sekali air tanah atau lumpur dan 6 kali dengan air yang bersih
NAJIS MUKHAFFAFAH
Iaitu najis ringan seperti air kencing kanak-kanak lelaki yang berumur 2 tahun kebawah dan hanya
memakan susus ibunya sahaja. Cara menyucikannya ialah memadai dengan memercikkan air ke atas
benda yang terkena najis itu kemudian lapkannya
NAJIS MUTAWASSITAH
Iaitu najis pertengahan. Najis ini terbahagi kepada dua bahagian :
(a)
(b)

Hikmiah adalah najis yang kita yakini adanya tetapi tidak nyata zatnya seperti air kencing yang
sudah lama kering hinggakan sifatnya sudah hilang. Najis ini disucikan dengan mengalirkan ari
keatasnya
'Ainah adalah najis yang dicuci dengan menghilangkan dan membersihkan semua zatnya

JENIS-JENIS AIR
Terdapat 5 jenis air iaitu :
AIR MUTLAK
Sifatnya adalah suci lagi menyucika. Air ini boleh digunakan bagi menyucikan benda lain. Contohnya
air hujan, laut, perigi, air mata air, salji, sungai dan air embun
AIR MUQAYYAT
Sifatnya adalah suci tetapi tidak boleh menyucikan. Air ini tidak sah digunakan untuk menyucikan
benda lain seperti air kopi, teh, ar buah-buahan dan sebagainya.
AIR MUTANNAJJIS
Air ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:
(a)
(b)

Telah berubah salah satu sifatnya iaitu warna , bau dan rasa dengan najis. Air ini tidak boleh
digunakan lagi sama ada banyak ataupun sedikit.
Air bernajis tetapi tidak berubah sifatnya. Air ini jika kurang dari 2 kolah (lebih kurang 13 tin
minyak tanah) tidak boleh digunakan lagi tetapi jika 2 kolah atau lebih maka hukumnya suci
lagi menyucikan.

AIR MUSYAMMAS
Ialah air yang terjemur di tengah pancaran matahari dalam bekas selain dari bekas emas dan perak.
Ianya makruh digunakan untuk badan tetapi tidak untuk pakaian
AIR MUSTAGHMAL
Ialah air yang telah digunakan untuk menyucikan benda-benda lain dan sukatannya adalah kurang
dari 2 kolah. Air ini tidak sah digunakan untuk bersuci walaupun tidak berubah sifatnya.

Anda mungkin juga menyukai