Anda di halaman 1dari 4

SOALAN 1

Kaedah Tradisional Teknik Hafazan Al-Quran yang Berkesan

Antara kaedah tradisional teknik untuk menghafaz al-Quran supaya lebih berkesan
yang pertama sekali adalah kita mestilah mulakan dahulu dengan aspek dalaman
iaitu niat.Setiap perkara haruslah dimulakan dengan niat sebagaimana dalam hadis
yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim

‫ئ َما‬ ٍ ‫ َوإِ َّن َما لِ ُكل ِّ ا ْم ِر‬،ِ‫ “إ َّن َما اأْل َ ْع َمال ُ ِبال ِّن َّيات‬:ُ‫سول َ هَّللا ِ َيقُول‬
ُ ‫سم ِْعت َر‬ َ :َ‫ب َقال‬ ِ ‫ص ُع َم َر ْب ِن ا ْل َخ َّطا‬ ٍ ‫ِير ا ْل ُم ْؤ ِمنِينَ أَ ِبي َح ْف‬
ِ ‫َعنْ أَم‬
‫ا‬+‫ َرأَ ٍة َي ْن ِك ُح َه‬+‫ي ُب َها أَ ْو ا ْم‬+‫ص‬
ِ ‫ ُد ْن َيا ُي‬+ِ‫ ُه ل‬+‫ا َنتْ ه ِْج َر ُت‬+‫ َو َمنْ َك‬،ِ‫ولِه‬+‫س‬ ُ ‫سولِ ِه َف ِه ْج َر ُت ُه إلَى هَّللا ِ َو َر‬ُ ‫ َف َمنْ َكا َنتْ ه ِْج َر ُت ُه إلَى هَّللا ِ َو َر‬،‫َن َوى‬
َ ‫” َف ِه ْج َر ُت ُه إلَى َما ه‬
‫َاج َر إلَ ْي ِه‬

Daripada Amirul Mu’minin Abu Hafs, Umar bin Al-Khattab Radhiallahu’anhu,


katanya: “Aku mendengar Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda:
‘Bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat, dan setiap orang mendapat
(pahala) berdasarkan apa yang dia niatkan. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah
dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu adalah bagi Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang
berhijrah kerana dunia yang dia ingin memperolehinya atau kerana seorang
perempuan yang dia ingin menikahinya, maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang
dia niatkan.’”

Didalam hadis,ia menyatakan jika seseorang itu berniat kerana Allah dan
Rasul,maka sesuatu perkara itu dibuat bagi Allah dan Rasul.Tetapi ,jika niatnya
adalah untuk perkara yang lain maka perkara itu yang dia akan dapat.Oleh
itu,seseorang yang ingin menghafaz agar lebih berkesan adalah daripada
niat.Kerana jika dia benar-benar berniat untuk menghafaz al-Quran, maka ia akan
meluruskan dengan menjadikan penghafalan dan perhatian hanya terhadap al-
Quran semata-mata semasa menghafaz.

Selain itu,seseorang yang ingin menghafaz al-Quran dengan lebih berkesan juga
adalah dia perlulah membetulkan terlebih dahulu dari segi pengucapan al-
Quran.Dengan cara mambacanya secara bertalaqqi iaitu mambacanya dihadapan
qari yang baik dan tidak hanya bersandar pada diri sendiri walaupun kita pandai
bahsa Arab dan kaedahnya.Ini kerana,apabila kita membaca al-Quran dihadapan
qari,segala kesalahan bacaan kita dari segi hukum serta makhraj dan
sebagainya,beliau dapat membetulkan secara terus kesalahan itu.Oleh
itu,pengucapan yang betul,akan lebih memberi kesan kepada ingatan.

Seterusnya,antara tekniknya juga adalah menghadkan kadar hafalan sama ada dari
segi ayat ,muka surat atau juzu’.Sebagai contoh,menghadkan dalam satu hari 5-10
ayat atau satu muka surat dan paling banyak satu juzu’ dalam satu hari.Dengan
ini,ia akan dapat membantu penghafalan supaya lebih berkesan dan tidak mudah
lupa.

Disamping itu,antaranya juga ialah sesuatu hafalan itu jangan lebih daripada kadar
yang telah ditentukan atau ditetapkan.Sebagai contoh,seseorang yang ingin hafaz
cepat atau ingin habis cepat sesuatu surah itu dia telah mengambil jalan mudah
dengan menambah kadar hafalan yang kebiasaanya dia baca kerana membaca
dengan laju tidak akan terkesan di dalam hati dan secara automatik seseorang itu
tidak akan dapat menggambarkan ayat hafazan.Dengan ini,ia akan dapat
melambatkan lagi penghafalannya itu.Oleh itu,tindakan untuk melebihkan kadar
hafalan sebenarnya bukannlah tindakan yang tepat untuk menghafaz dengan
berkesan.Jadi,ia tidak patut dilakukan oleh seseorang yang ingin menghafaz al-
Quran.

Kaedah seterusnya ialah dengan menetapkan hanya satu mashaf yang akan dibaca
iaitu hanya menggunakan satu al-Quran sahaja sebagai kitab hafalan.Sebagai
contoh tidak menggunakan lain-lain al-Quran semasa proses menghafaz kecuali al-
Quran yang kebiasaannya dibaca tertinggal atau sebagainya.Ini kerana,al-Quran
yang berlainan akan dapat mengganggu hafalan seseorang.Oleh itu,jika seseorang
ingin menghafaz al-Quran dengan lebih berkesan,dia tidak digalakkan menukar-
nukar mashaf yang dibaca kebiasannya kerana jika seseorang hanya menggunakan
satu itu sahaja,ia akan dapat membantu ingatannya secara visual.

Kaedahnya lagi,seseorang yang menghafaz al-Quran juga digalakkan untuk


memahami makna ayat yang dibaca atau yang ingin dihafal.Sebagai contoh
,mengetahui hubungkait antara sebahagian ayat dengan sebahagian ayat yang
lain.Ini kerana,apabila seseorang itu memahami makna bacaan dan mengetahui
hubungkaitnya ,dia akan dapat menggambarkan apakah ayat atau perkataan itu
dalam bahasa Arab serta dapat memberi kesan kedalam hati apabila membacanya
dan secara automatik dia akan fokus ketika membaca.
Selain itu,seseorang itu juga perlulah sentiasa memperdengarkan hafalan kepada
gurunya atau lebih dikenali sebagai tasmik.Sebagai contoh,murid akan
memperdengarkan bacaan kepada guru atau kawannya yang lain setiap kali selesai
menghafaz dan guru atau kawannya pula akan mengesahkan bacaan tersebut sama
ada betul atau salah.Dengan ini,dia akan dapat dibimbing secara berterusan semasa
sedang menghafaz dan akan mudah mengingati kesalahannya.Oleh itu,dia tidak
akan mengulangi kesalahan bacaan yang dibuat.

Seterusnya,para hafiz atau hafizah juga perlulah sentiasa mengulangi


hafalan.Sebagaimana yang dilakukan oleh pelajar Darul Quran yang akan
mengulang-ulang bacaannya sehingga 10 kali atau lebih.Ini kerana,al-Quran cepat
hilang dari ingatan sebagaimana sabda Rasulullah:

‫ال م َِن ال َّن َع ِم‬ ِ ‫ ُد‬D‫ص‬


ِ D‫ور الرِّ َج‬ ُ ْ‫يًا مِن‬D‫ص‬ َ ْ‫ر‬DDُ‫ َت ْذ ِكرُوا ْالق‬D‫اس‬
ِّ ‫ ُّد َت َف‬D‫و أَ َش‬Dَ D‫آن َفلَ ُه‬ ْ ‫ َي‬D‫و ُن ِّس‬Dَ D‫ْت َب ْل ُه‬ ُ ِ‫ِب ْئ َس َما ألَ َح ِد ِه ْم َيقُو ُل َنس‬
َ ‫يت آ َي َة َكي‬
َ ‫ْت َو َكي‬
‫ِب ُعقُلِ َها‬

Maksudnya: Celakalah bagi sesiapa yang berkata “aku lupa ayat al-Qur’an sekian-
sekian”, bahkan hendaklah dia berkata “aku telah dilupakan darinya”. Sentiasalah
membaca dan mengingati al-Qur’an, kerana ia lebih mudah terlepas daripada dada
dan ingatan manusia daripada unta terlepas daripada talinya.

Sahih Bukhari (5032) dan Sahih Muslim (790)

Oleh itu,seseorang yang ingin menghafaz al-Quran dengan lebih berkesan adalah
dia perlu mengulang ayat tersebut sehinggalah sempurna hafalannya atau dia betul-
betul ingat setiap ayat yang dihafalnya kerana pengulangan yang berterusan dapat
mengelakkan hafalan pudar daripada ingatan.

Kaedah yang seterusnya ialah seseorang itu perlulah memerhatikan ayat-ayat yang
serupa di dalam al-Quran.Ini kerana,terdapat banyak persamaan antara makna,lafaz
dan ayat dalam al-Quran.Jadi,ia akan dapat memberi kekeliruan dalam bacaan
ketika menghafaz.Oleh itu,Oleh itu,seorang hafiz itu perlulah peka kepada
persamaan lafaz supaya tidak wujud kekeliruan semasa menghafaz ayat yang
mempunyai perkataan yang sama.
Seterusnya,penggunaan nada suara ketika menghafaz juga merupakan salah satu
kaedah hafazan tradisional yang boleh diamalkan iaitu menghafaz dengan nada
suara yang kuat.Ini kerana,mengikut statistik yang diambil dari Darul Quran yang
juga merupakan pusat tahfiz,para hafiz lebih mudah untuk menghafal dengan nada
suara yang kuat berbanding membacanya di dalam hati.Oleh itu,para hafiz bolehlah
cuba untuk membaca al-Quran dengan nada suara yang kuat.

Seterusnya,antara kaedah yang boleh digunakan juga adalah memberi lebih


tumpuan bagi ayat hafazan yang sukar.Sebagai contoh,ayat yang mempunyai ayat
yang berbelit ketika membaca.Jadi sudah pasti ia sukar untuk dihafaz.Oleh itu,teknik
menumpukan hafalan bagi ayat yang sukar adalah sangat digalakkan supaya
hafalan menjadi lancar.

Akhir sekali,seseorang yang ingin menghafaz al-Quran juga di galakkan


menghafalnya ketika awal usia.Ini kerana,seseorang yang telah berumur pasti dia
akan mudah lupa jadi proses penghafalan akan menjadi sukar.Oleh itu,untuk
seseorang itu menghafaz al-Quran amatlah digalakkan pada usia kecil sehingga
remaja kerana sempadan usia yang berkesan dalam penghafalan al-Quran ialah
bermula pada usia lima tahun hingga sekitar dua puluh tiga tahun.

Anda mungkin juga menyukai