Anda di halaman 1dari 14

ABSTRAK

Al-Quran merupakan kalamullah yang diturunkan oleh Allah kepada nabi Muhammad
S.A.W. Kemahiran membaca Al-Quran merupakan salah satu bidang yang amat penting
dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Bacaan Al Quran pula mempunyai peraturan dan
kaedah yang mesti diikuti dengan betul dan tepat. Maka mengetahui ilmu tajwid itu adalah
ilmu yang penting dalam memperelokkan bacaan Al-Quran. Sehubungan dengan itu, satu
kajian telah dijalankan ke atas pelajar-pelajar Tahun Enam bagi melihat mutu bacaan Al
Quran dengan bertajwid di kalangan mereka dan mengenal pasti apakah kekuatan dan
kelemahan mereka dalam membaca Al Quran dengan bertajwid serta kaedah yang betul.
Kajian tersebut telah dijalankan ke atas para pelajar seramai 30 orang iaitu 14 orang pelajar
lelaki dan 16 orang pelajar perempuan. Mereka merupakan para pelajar Tahun Enam dari
Sekolah Kebangsaan St. Anne, W.P Labuan.

Antara objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti sejauh manakah
mutu bacaan Al-Quran dengan bertajwid di kalangan para pelajar berkenaan serta
membudayakan dikalangan pelajar supaya membaca Al-Quran dengan fasih, lancar dan betul.
Bagi melaksanakan kajian ini, dua surah telah dipilih sebagai modul ujian bacaan iaitu Surah
Al Alaq dan Surah Al Aadiyat . Bacaan pelajar dinilai berdasarkan lima aspek iaitu
ketepatan makhraj dalam menyebut huruf, kesempurnaan ketika mendatangkan sifat huruf,
kesempurnaan dalam hukum nun sakinah dan tanwin, kesempurnaan hukum Mad dan
menyempurnakan Waqaf dan Ibtidak dalam bacaan.

Metodologi kajian yang dijalankan adalah menggunakan kaedah talaqqi musyafahah


bagi kedua-dua surah yang telah dipilih. Selain itu, kaedah soal jawab juga dilaksanakan ke
atas para pelajar berkenaan dengan hukum tajwid untuk mengetahui tahap penguasaan
mereka terhadap ilmu tajwid ini. Soal jawab yang dilaksanakan adalah berkisar tentang
hukum-hukum asas ilmu tajwid seperti pengertian Ilmu Tajwid serta kepentingannya, hukum
nun sakinah dan tanwin serta hukum bacaan Mad. Justeru itu, diharapkan agar dapatan kajian
ini sedikit sebanyak boleh dijadikan sebagai penanda aras kepada tahap penguasaan murid-
murid sekolah rendah yang bakal meneruskan pembelajaran mereka ke sekolah menengah
dalam keupayaan mereka membaca Al Quran dengan bertajwid.

BAB I
1
PENDAHULUAN

Al-Quran adalah Kalam atau firman Allah yang diturunkan oleh Allah S.W.T.
kepada Nabi akhir zaman Muhammad SAW dan merupakan wahyu yang terakhir
sekaligus juga sebagai penutup agama Samawi.
Ilmu Tajwid adalah merupakan satu cabang ilmu dalam mempelajari Al Quran
malahan terdapat sesetengah ulama al Quran menyatakan bahawa ilmu Tajwid adalah asas
bagi segala ilmu yang terkandung dalam Al Quran. Pengertian tajwid dari segi bahasa ialah
memperelokkan atau mencantikkan. Dari segi istilah pula, tajwid bermaksud sesuatu ilmu
untuk melafaz huruf-huruf Al-Quran dengan betul. Sesetengah ulama' mentafsirkan tajwid
ialah menunaikan hak huruf seperti menunaikan apa yang sepatutnya bagi makhraj sesuatu
huruf, sifat-sifatnya, dengungnya, panjangnya(mad), tebal dan tipisnya sesuatu dan lain-lain
hukum tajwid. Firman Allah s.w.t dalam surah al-muzammil ayat 4 yang bermaksud "bacalah
Al-Quran itu dengan tartil (bertajwid)".
Membaca Al Quran dengan sempurna adalah tuntutan Allah dan tidak mungkin
datang kesempurnaan itu melainkan dengan mempelajari hukum-hukum tajwidnya.
Berdasarkan kenyataan inilah maka sesetengah ulama' menghukumkan wajib bagi setiap
mukallaf untuk mempelajari Al Quran dan membacanya dengan sempurna. Takrifan ilmu
tajwid itu sendiri dari sudut bahasa ialah memperelokkan, mempercantikkan atau
memperbaguskan. Manakala dari segi istilahnya ialah memberi setiap huruf akan hak dan
mustahaknya dari sudut sifat-sifat huruf, tempat keluar huruf atau makhraj huruf,
menyempurnakan dengung, memperjelaskan hamzah, memanjangkan mad, meringankan
bacaan huruf yang ringan dan sebagainya. Sekiranya dinilai dari sudut-sudut tersebut, maka
jelaslah bahawa ilmu tajwid merangkumi segenap cara bacaan Al Quran ke arah
memperelokkan dan menyempurnakan bacaannya. Maka dengan itu, pengajian ilmu tajwid
amat dititik beratkan dan diperturunkan dari generasi ke generasi agar ianya tidak hilang
ditelan arus kemodenan hari ini yang tentunya lebih mementingkan ilmu-ilmu keduniaan
dalam mengejar kemajuan dunia.

Ibnu al Jazari ketika memberi takrif kepada Ilmu Tajwid berkata:

Tajwid ialah memberi kepada huruf akan haqnya iaitu sifatnya dan mustahaqnya iaitu
menyebut dengan sama dengan sifatnya. Inilah periwayatan yang digunakan sebagai

2
panduan penyusunan Ilmu Tajwid di Malaysia. Secara ringkasnya, perkembangan Ilmu
Tajwid di Malaysia adalah diriwayatkan dari sumber- sumber sahih dari tokoh-tokoh yang
pakar tentang Ilmu Tajwid, di buat secara keseluruhan dan bersepadu, lalu dihasilkan bahan-
bahan cetakan dan bahan bacaan untuk digunakan bagi tujuan mengajar generasi-generasi
baru dengan kaedah yang sentiasa dipermudah atau disesuaikan dengan perubahan zaman.

Tidak dinafikan, bagi masyarakat Malaysia sememangnya sudah terdedah dengan


pembacaan Al Quran sedari peringkat awal kanak-kanak lagi melalui pelbagai kaedah bacaan
seperti kaedah Iqra, Hattawiyah, Baghdadiah dan sebagainya. Bagi pengajaran formal,ilmu
tajwid telah diajar oleh guru-guru di sekolah sama ada sekolah rendah atau menengah dengan
sukatan-sukatan tertentu. Walaubagaimanapun waktu yang ada kini adalah amat terhad
kerana waktu pengajaran Pendidikan Islam terpaksa di bahagikan kepada bidang-bidang lain
seperti bidang Ulum Syariah, Akhlak, Adab dan sebagainya. Tiada waktu khusus dalam
bidang Tajwid diperuntukkan dalam sukatan Pendidikan Islam di sekolah khasnya sekolah
rendah. Oleh yang demikian, pihak Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia perlu
membuat perancangan khusus ke arah memastikan ilmu tajwid tidak ketinggalan berbanding
bidang ilmu lainnya dengan memperuntukkan waktu khusus bagi murid mempelajari Al-
Quran dan Tajwid.

Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya Allah Taala


menyukai hambaNya yang membaca Al Quran bertepatan sebagaimana ia diturunkan. Kata
Imam Ibnu Al Jazari dan beramal dengan tajwid itu satu kewajipan, sesiapa yang tidak
mentajwidkan akan Al Quran, maka ia berdosa kerana Alah telah menurunkan Al Quran
dengannya (tajwid) dan demikian jugalah ia sampai kepada kita.

BAB II

PENGENALAN SKOP DAN TEMPAT KAJIAN

3
Skop kajian

Kajian ini telah dijalankan ke atas pelajar-pelajar Tahun Enam dari Sekolah
Kebangsaan St. Anne, W.P Labuan. Seramai 30 orang pelajar telah terlibat dalam kajian ini
iaitu 14 orang pelajar lelaki dan 16 orang pelajar perempuan. Kesemua mereka dipilih
berdasarkan keupayaan mereka dalam membaca Al-Quran.

Kaedah talaqqi musyafahah digunakan bagi mengetahui mutu bacaan Al Quran secara
bertajwid di kalangan pelajar-pelajar ini. Sebanyak dua surah telah dijadikan sebagai modul
ujian bacaan iaitu Surah Al Alaq dan Surah Al Aadiyat. Setiap pelajar yang diuji, dinilai
bacaannya daripada lima aspek iaitu ketepatan makhraj dalam menyebut huruf,
kesempurnaan ketika mendatangkan sifat huruf, kesempurnaan dalam hukum nun sakinah
dan tanwin, kesempurnaan hukum Mad dan menyempurnakan Waqaf dan Ibtidak dalam
bacaan.

Di samping itu, pelaksanaan kaedah soal jawab juga dijalankan keatas pelajar-pelajar
ini bagi mengetahui sejauh manakah pengetahuan dan kefahaman pelajar terhadap beberapa
perkara asas dan hukum-hukum yang berkaitan dalam Ilmu tajwid. Untuk mengecilkan lagi
skop kajian ini, penulis telah menetapkan beberapa aspek yang akan dijadikan sebagai
instrumen dalam usaha untuk mendapatkan hasil kajian. Beberapa soalan berkaitan dengan
kepentingan akan diketengahkan dalam kajian ini. Di samping itu juga, para pelajar akan
ditanya dengan soalan-soalan berkaitan hukum nun sakinah, mim sakinah, nun dan mim
syaddah, hukum mad dan bacaan qalqalah. Ini akan membantu penulis untuk menilai sejauh
manakah pengetahuan dan kefahaman mereka dalam Ilmu Tajwid. Perkara-perkara yang telah
ditentukan ini sememangnya penting kerana ia merangkumi semua maklumat berkaitan Asas
Ilmu Tajwid.

Bagi menilai bacaan para pelajar terhadap dua surah yang dipilih iaitu surah Al Alaq
dan Surah Al Aadiyaat berdasarkan lima aspek yang telah dinyatakan sebelum ini, penulis
telah mengkategorikan bacaan mereka kepada tiga peringkat iaitu lemah(L), sederhana(S)
dan baik(B). Pencapaian murid dicatat dalam senarai semak mengikut peringkat.

Setelah menjalankan ujian bacaan dan soal jawab tersebut, segala maklumat akan
dikumpul dan segala maklum balas daripada pelajar akan dianalisis dan dikaji bagi
melengkapkan tugasan ini. Kajian ini juga dilakukan dengan merujuk kepada beberapa bahan
rujukan seperti modul, buku-buku rujukan serta soal jawab yang dijalankan. Selain itu,
4
maklumat juga diperolehi daripada pemerhatian dan temubual bersama dengan para pelajar
dan guru-guru Pendidikan Islam dan j-QAF di sekolah. Hasil kajian ini telah dianalisis
dengan menggunakan analisis peratusan. Demikianlah cara yang dilaksanakan oleh penulis
terhadap kajian yang dijalankan.

Tempat Kajian

Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan St.Anne, W.P Labuan. Seramai 30 orang
pelajar Tahun 6 iaitu 14 orang pelajar lelaki dan 16 orang pelajar perempuan dijadikan
sebagai responden.

BAB III

HASIL KAJIAN (ANALISIS MUTU BACAAN PELAJAR SURAH AL ALAQ DAN


SURAH AL ADIYAAT)

5
Berikut adalah data-data yang diperolehi dan dianalisis hasil daripada kajian yang
telah dijajalankan keatas para pelajar secara individu melalui bacaan secara talaqqi
musyafahah surah Al-'Alaq dan surah Al-'Adiyat kemudian diikuti dengan soal jawab
berkaitan Ilmu Tajwid dan hukum-hukumnya. Hasil ujian tersebut adalah sepertimana yang
ditunjukkan dalam jadual yang disediakan di bawah.

Surah Al Alaq.

Pencapaian Murid
Lemah Sederhana Baik
Bil Item
Bil Peratus Bil Peratus Bil Peratus
1. Ketepatan makhraj dalam menyebut 8 23.52 7 26.5 15 50
huruf
2. Kesempurnaan ketika mendatangkan 5 16.6 8 26.8 17 56.6
sifat huruf
3. Kesempurnaan dalam hukum Nun 6 20.0 4 13.4 20 66.6
Sakinah dan Tanwin
4. Kesempurnaan dalam hukum Mad 5 16.6 6 20.0 19 63.4

5. Menyempurnakan Waqaf dan Ibtidak 0 0 0 0 30 100


dalam bacaan

Jadual 1

Bagi item pertama, separuh daripada pelajar yang diuji bacaannya telah dapat membaca
dan menyebut huruf dengan betul. Selebihnya menunjukkan seramai 7 orang pelajar
membaca dengan agak baik (sederhana), hanya melakukan satu atau dua kesalahan sahaja
semasa menyebut huruf, manakala 8 orang pelajar lagi berada di tahap lemah. Kebanyakan
yang melakukan kesalahan apabila menyebut huruf , , , dan . Contohnya pada
kalimah dan .

Begitu juga dengan item kedua, ia menunjukkan sebanyak 56.6% pelajar dapat
menyempurnakan sifat bagi huruf-huruf yang disebut dan dibaca. 8 orang pelajar pada tahap
sederhana dan selebihnya berada di tahap lemah. Kebanyakan yang lemah apabila menyebut
sifat istilak bagi huruf , , , dan .

Bagi item ketiga pula menunjukkan lebih daripada separuh iaitu 20 pelajar telah dapat
membaca kalimah yang mengandungi nun sakinah dan tanwin dengan betul. Dalam surah Al
6
Alaq ini terdapat sepuluh kalimah yang mengandungi nun sakinah dan hanya empat kalimah
yang mengandungi tanwin. 4 orang pelajar berada pada kedudukan sederhana, sementara 6
orang lagi pada tahap lemah. Kebanyakan yang lemah adalah semasa mendengungkan bacaan
ikhfak haqiqi dimana dengungnya ada yang tidak cukup 2 harakat, juga terdapat cara
dengung yang kurang tepat. Contohnya berlaku pada kalimah . Kesilapan dengung
juga berlaku pada hukum Iqlab iaitu pada kalimah .

Item keempat pula iaitu kesempurnaan dalam hukum mad menunjukkan 19 orang pelajar
telah dapat membaca dengan menjaga hukum mad dengan baik. 6 orang berada pada tahap
sederhana, manakala 5 orang lainnya berada pada tahap lemah. Kebanyakan yang lemah
melakukan kesilapan pada hukum mad jaiz munfasil di mana bilangan harakatnya yang tidak
mencukupi dan tidak sama di antara satu kalimah yang mengandungi mad jaiz munfasil
dengan kalimah lain yang sama hukum. Terdapat 8 tempat mad jaiz munfasil apabila dibaca
secara wasal. Jika dibaca secara waqaf pada setiap ayat, mad jaiz munfasil ini hanya berlaku
pada satu kalimah sahaja iaitu pada ayat 6.

Bagi item yang terakhir, menunjukkan kesemua pelajar dapat membaca dengan waqaf
dan ibtidak yang betul. Pengkaji membuat kesimpulan bahawa pencapaian baik ini berlaku
adalah disebabkan semua ayat dalam surah ini, bermula ayat pertama hingga yang terakhir
merupakan ayat yang pendek-pendek. Oleh itu, tidak berlaku pelajar berhenti di pertengahan
ayat kerana terputus nafas dan sebagainya. Untuk gambaran yang lebih jelas lagi terhadap
pencapaian pelajar bagi surah Al Alaq ini, sila rujuk graf di bawah.

MUTU BACAAN SURAH AL-'ALAQ

7
Surah Al Adiyaat

Pencapaian Murid
Lemah Sederhana Baik
Bil Item
Bil Peratus Bil Peratus Bil Peratus
1. Ketepatan makhraj dalam menyebut 5 15 7 20.6 18 65
huruf
2. Kesempurnaan ketika mendatangkan 5 15 10 35.3 15 50
sifat huruf
3. Kesempurnaan dalam hukum Nun 2 6 2 6 26 88.24
Sakinah dan Tanwin
4. Kesempurnaan dalam hukum Mad 4 12 4 12 22 76.5

5. Menyempurnakan Waqaf dan Ibtidak 0 0 0 0 30 100


dalam bacaan
Jadual 2

Pada item yang pertama surah Al-'Adiyat kebanyakan pelajar telah dapat membaca
dengan makhraj yang betul iaitu sebanyak 65%. Manakala 20.6% pada tahap sederhana dan
15% pada tahap lemah. Pelajar yang melakukan kesilapan dalam membunyikan huruf berlaku
pada huruf , , , , dan . Contohnya pada kalimah , dan . Murid
kurang berhati-hati menyebut makhraj terutama apabila ia berbaris di bawah atau di
hadapan. Contohnya semasa menyebut kalimah seolah-olah dibaca seperti .

Item kedua menunjukkan setengah daripada pelajar telah dapat menyempurnakan sifat
huruf semasa membaca surah Al Adiyaat ini. Bagi pelajar yang sederhana dan lemah,
kelemahan mereka adalah ketika mendatangkan sifat Hams ketika menyebut huruf , , ,
dan . Contohnya pada kalimah , , dan . Begitu juga kesalahan
dilakukan ketika mendatangkan sifat Al Syiddah iaitu pada kalimah serta sifat
Ithbaq ketika menyebut huruf , dan . Contohnya pada kalimah dan .

Bagi item ketiga pula iaitu kesempurnaan dalam nun sakinah dan tanwin, seramai 26
orang pelajar telah dapat membaca dengan menjaga hukum nun sakinah dan tanwin ini
dengan baik. Dua pelajar berada pada tahap sederhana dan lemah. Hukum nun sakinah dalam
surah ini hanya terdapat pada satu tempat sahaja iaitu . Begitu juga hukum tanwin,
hanya terdapat pada satu tempat iaitu . Walau bagaimanapun jika dibaca secara
wasal terdapat 8 tempat lagi hukum tanwin, antaranya , , dan

8
. Kesalahan yang dilakukan ialah kerana tidak membaca dengan dengung dan cara
dengung yang salah terutama pada hukum Ikhfak Haqiqi.

Item keempat iaitu kesempurnaan dalam hukum mad menunjukkan 76.5% daripada
murid yang diuji bacaannya telah dapat membaca surah Al Adiyaat ini dengan menjaga
hukum mad dengan baik. Pada tahap sederhana dan lemah pula masing-masing menunjukkan
4 orang pelajar iaitu sebanyak 20.6% yang melakukan kesalahan dalam menyempurnakan
hukum mad semasa membaca. Hukum mad yang terdapat dalam Surah Al Adiyaat ini ialah
mad asli pada 9 tempat, mad silah pada 5 tempat, mad lin pada 2 tempat, mad Iwadh pada 5
tempat dan mad Aridh Lissukun pada 6 tempat. Kesalahan dilakukan sebab panjang ataupun
harakat yang tidak cukup, ataupun terlebih sewaktu membaca. Terdapat juga panjang
harakatnya yang tidak sama seperti membaca hukum mad Aridh Lissukun yang tidak sama
panjangnya di antara satu kalimah dengan kalimah yang lain.

Bagi item yang terakhir iaitu menyempurnakan waqaf dan ibtidak dalam bacaan,
semua pelajar dapat membaca dengan waqaf dan ibtidak yang betul. Ini kerana ayat-ayat
dalam Surah Al Adiyaat ini adalah pendek-pendek. Oleh itu tidak berlaku pelajar yang
terputus bacaan ataupun yang waqf pada tengah-tengah ayat disebabkan tidak cukup nafas
dan sebagainya. Bagi item ini, pelajar dapat menguasainya seratus peratus.

Graf di bawah menunjukkan pencapaian pelajar terhadap kelima-lima item tersebut.

MUTU BACAAN SURAH AL-'ADIYAT

Soal Jawab Berkaitan Ilmu Tajwid

Pencapaian Murid
Lemah Sederhana Baik
Bil Item
Bil Peratus Bil Peratus Bil Peratus
1. Menyatakan pengertian Ilmu Tajwid 6 30 8 29.4 16 53

9
2. Menerangkan kepentingan mengetahui 4 12 8 29.4 18 59
Ilmu Tajwid
3. Menyatakan hukum nun sakinah dan 7 20.6 8 29.4 15 50
tanwin serta cara membacanya
4. Menyatakan hukum mim sakinah dan 6 23.52 15 50 9 26.5
cara membacanya.
5. Menyatakan cara bacaan nun dan mim 2 6 2 6 30 88.24
syaddah.
6. Menyatakan hukum-hukum mad dan cara 7 20.6 17 53 6 26.5
membacanya.
7. Menyatakan huruf qalqalah dan cara 7 20.6 8 29.4 15 50
membacanya.

Jadual 3

Jadual 3 menunjukkan pencapaian pelajar yang dijadikan responden dalam kajian ini
terhadap soal jawab yang berkaitan dengan Ilmu Tajwid dan hukum-hukumnya. Soal jawab
ini dijalankan pada semua pelajar selepas selesai membaca surah Al Alaq dan Surah Al
Adiyaat. Tujuan soal jawab ini adalah untuk melihat sejauh manakah pengetahuan dan
kefahaman pelajar terhadap perkara-perkara asas dalam Ilmu Tajwid ini. Sebanyak 7 item
yang dinilai, penilaian dibuat berdasarkan jawapan murid dan dilakukan secara lisan.

Graf di bawah menunjukkan pencapaian pelajar secara keseluruhannya terhadap soal


jawab yang telah dijalankan.

10
PENUTUP

Setelah menjalankan kajian ini, penulis mendapati bahawa para pelajar Tahun Enam
ini secara keseluruhannya faham dan sememangnya kebanyakan mereka beramal dengan
Ilmu Tajwid semasa membaca Al Quran. Walaupun terdapat bahagian-bahagian tertentu yang
menunjukkan kelemahan, penulis yakin kelemahan tersebut dapat diatasi dan diperbaiki agar
mutu bacaan Al Quran dengan bertajwid dan kefahaman pelajar terhadap hukum-hukum yang
berkaitan dengan lmu Tajwid ini dapat dipertingkatkan ke tahap yang lebih baik lagi.
Komitmen dan kerjasama daripada pihak ibu bapa, guru-guru, murid, sistem pendidikan dan
faktor persekitaran memainkan peranan yang sangat penting bagi meningkatkan lagi kualiti
bacaan dan penghayatan Ilmu Tajwid ini di kalangan para pelajar.

Kekurangan dan kelemahan yang ada pada mereka bukanlah bersifat kekal dan
berpanjangan. Minat, iltizam dan kesungguhan yang telah sedia ada dalam diri mereka
sebenarnya memudahkan tindakan dan usaha untuk menggilap kemahiran dan kebolehan
sedia ada mereka. Selain asuhan, didikan, bimbingan dan latihan dalam menentukan kejayaan
tindakan ini, galakan dan perhatian amat diperlukan. Di samping itu, tindakan susulan dan
kepelbagaian dalam tindakan untuk mengukuhkan lagi tindakan yang telah sedia ada perlu
direncana dan dilaksanakan untuk menjamin kelangsungan kejayaan yang digarap. Misalnya,

11
Pertandingan Ujian Tilawah Al-Quran, kelas bimbingan yang berterusan, galakan berupa
imbuhan, sokongan moral dan penghargaan boleh dilaksanakan bagi mencapai kualiti dan
hasil yang baik sebagaimana yang diharapkan.

Selain itu, beberapa langkah boleh diambil bagi melahirkan generasi pelajar dan anak-
anak yang celik tajwid. Antaranya ialah :

1. Ibu bapa haruslah memastikan anak-anak mengaji Al Quran dan mempelajari Ilmu Tajwid
dengan guru yang diyakini keilmuannya.

2. Membudayakan pembacaan Al Quran di rumah pada setiap hari bersama keluarga.

3. Menyediakan pengalaman belajar Al Quran dan Tawid yang mampu menarik minat anak-
anak, contohnya belajar dari CD, kaset dan sumber multimedia sama ada di rumah mahupun
di sekolah.

4. Guru-guru di sekolah yang mengajar Pendidikan Islam dan Kelas Al Quran dan Fadhu Ain
(KAFA) mestilah menitik beratkan bacaan Al Quran dengan tajwid yang betul semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

5. Anak-anak ataupun pelajar ini haruslah diberi peneguhan agar mereka terus berminat untuk
membaca dan mempelajari Al Quran dengan baik.

6. Melibatkan mereka dalam aktiviti yang berkaitan dengan Al Quran seperti pertandingan
Tilawah Al Quran, pertandingan menghafaz dan seumpamanya lagi.

Melalui penerangan hasil daripada kajian ini diharapkan dapat memberi ilmu dan
maklumat yang berguna untuk tatapan dan panduan kepada kita. Sesungguhnya Ilmu Tajwid
ini merupakan satu ilmu yang sangat penting untuk kita mempelajariya seterusnya dapat
diamalkan dalam kehidupan seharian kita melalui pembacaan ayat-ayat suci Al Quranul
karim.

Akhir sekali, penulis berharap kajian yang dijalankan ini sedikit sebanyak akan dapat
memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa pengetahuan berkenaan ilmu ini adalah
sangat penting kepada umat Islam. Usaha untuk menyebarkan kefahaman berkaitan Ilmu
Tajwid Al Quran ini hendaklah dilaksanakan dengan giat bagi memastikan ilmu berkenaan
tidak hilang dari masyarakat Islam seterusnya dapat melahirkan generasi yang celik Al Quran
dan celik Tajwid.

12
RUJUKAN

1. Al Quranul Karim.

2. Abdul Rahman bin Rokaini (1997). Pendidikan Tajwid Darjah Lima. Kuala
Lumpur: Synergymate Sdn. Bhd.

3. Azhari Ibrahim (1995). Kitab Pelajaran Tajwid. Kuala Lumpur: Darul Numan.

4. Ustaz Mahadi bin Dahlan dan Ustaz Azharuddin Sahil, Al-Quran Rasm Uthmani
Bertajwid dan disertai Makna,: Pustaka Haji Abdul Majid.

5. Ustaz Hassan Mahmud Al-Hafiz ( cetakan ke tiga 1998). Ilmu Tajwid Al-Quran.Kuala
Lumpur: Pustaka Al-Mizan

6. Surur Shiha buddin An-Nadawi ( Edisi 2007 Jilid 1 & 2), Ilmu Tajwid Menurut
Riwayat Hafs An Asim Melalui Toriq Asy-Syatibiah. Selangor: Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia, Gombak .

7. Ustaz Zamri b Mat Isa, Memahami dan Mempelajari Tajwid Al-Quran cara Mudah
dan Berkesan, ( Edisi Baru dan Lengkap Resam Usmani), Kota Bharu Kelantan:
O.M.I. Nasuha Enterprise.

8. AlAzahari.(1998).TajwidAlQuranRasmUthmani,KualaLumpur:Pustaka
13
Salam.h23.

14

Anda mungkin juga menyukai