Anda di halaman 1dari 20

BAB 1

1.1 Pendahuluan

Setiap Mu'min yang mempercayai Al-Qur’an, mempunyai kewajiban dan tanggungjawab


terhadap Kitab Sucinya itu. Di antara kewajiban dan tanggungjawab itu ialah
mempelajarinya dan mengajarkannya. Belajar dan mengajarkan Al-Qur’an adalah
kewajiban suci dan mulia. Rasulullah s.a.w. telah bersabda : " Yang sebaik-baik kamu
ialah orang yang mempelajari Al- Qur’an dan mengajarkannya." Dalam hadits lain
Rasulullah besabda :" Sesungguhnya seseorang yang berpagi-pagi pergi mempelajari
ayat-ayat dalam Kitabullah lebih baik yang seperti itu daripada mengerjakan
sembahyang sunat 100 rakaat." Dari hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas ,
Rasululah juga bersabda :

"Barangsiapa yang mempelajari Kitabullah, kemudian diamalkannya isi yang


terkandung di dalamnya, Allah akan menunjukinya dari kesesatan dan akan
dipeliharanya pada hari kiamat dari siksa yang berat."

Jadi belajar Al Quran itu merupakan kewajiban yang utama bagi setiap mu'min,
begitu juga mengajarkannya. Belajar Al-Qur’an itu dapat dibahagi kepada beberapa
tingkatan, iaitu belajar membacanya sampai lancar dan baik, menuruti kaedah-kaedah
yang berlaku dalam qiraat dan tajwid belajar erti dan maksudnya sampai mengerti akan
maksud-maksud yang terkandung di dalamnya dan terakhir, belajar menghafalnya,
sebagaimana yang diajarkan oleh para sahabat pada masa Rasulullah, demikian pula pada
masa sekarang dibeberapa negeri Islam.

Belajar Al-Qur’an itu hendaklah dari sejak kecil, sebaiknya semenjak berumur 5
atau 6 tahun. Sebab, umur 7 tahun sudah disuruh mengerjakan sembahyang. Rasulullah
sudah bersabda: " Suruhlah anak-anakmu mengerjakan sembahyang, bila sudah berumur
7 tahun dan pukullah (marahilah) bila dia tidak mengerjakan sembahyang kalau sudah
berumur 10 tahun." Menjadikan anak-anak dapat belajar Al –Qur’an mulai semenjak
kecil itu, adalah kewajiban orang tuanya masing-masing. Berdosalah orang tua yang
mempunyai anak-anak, tetapi anak-anaknya tidak pandai membaca Al Quran. Tidak ada
malu yang paling besar di hadapan Allah nantinya, bila mana anak-anaknya tidak pandai
membaca Al-Qur’an. Sebaliknya, tidak ada kegembiraan yang lebih memuncak nanti,
bilamana orang tua dapat menjadikan anaknya pandai membaca Al-Qur’an. Rasulullah
s.a.w. telah mengatakan : " Tidak ada suatu keuntungan bagi seorang yang telah
menjadikan anaknya pandai membaca Al Quran , kecuali baginya nanti pada hari kiamat
akan diberikan suatu mahkota dari dalam syurga."

Menurut Surur Shihabuddin an-Nadawi dalam buku “Ilmu Tajwid Menurut


Riwayat Hafs ‘An ‘Asim melalui Tariq Asy-Syatibiyyah, ilmu Tajwid ialah ilmu yang
membicarakan asas-asas kaedah dan hukum sebutan huruf-huruf al-Qur’an seperti yang
diwarisi sebutan tersebut dari Rasulullah s.a.w. Ilmu Tajwid itu biasanya disusun sesuai
dengan Qiraat sesuatu bacaan. Mempelajari ilmu Tajwid adalah fardhu kifayah manakala
mempraktikkannya dalam bacaan adalah fardhu ain. Mempelajari ilmu Tajwid adalah
fardhu kifayah dengan erti kata, mestilah ada dalam sesuatu tempat itu seseorang atau
beberapa orang yang mengetahui ilmu Tajwid dan boleh menjadi rujukan ilmu Tajwid
bagi masyarakat setempat. Jika tiada seorang pun dalam sesuatu bandar, prang yang
mahir dalam ilmu Tajwid dan menjalankan kewajiban mengajarkannya kepada penduduk
bandarnya, maka kesemua penduduk bandar tersebut adalah berdosa.

Dalil yang mewajibkan mempraktikkan ilmu Tajwid ketika membaca al-Qur’an


adalah berdasarkan firman Allah dalam surah al-Muzammil ayat 4 :

      

Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".


Berhubung dengan makna ‘Tartil’, Saidina Ali telah menjelaskan bahawa ia bermaksud
mengelokkan sebutan huruf disamping menjaga huruf bacaan iaitu hukum Tajwid. Selain
daripada itu, dalil wajib mempraktikkan hukum Tajwid ketika membaca al-Qur’an juga
adalah berdasarkan sabda Rasulullah yang bermaksud :

"Ketahuilah bahawa Baginda s.a.w. solat kemudian tidur yang lamanya sama
seperti ketika beliau solat tadi, kemudian Baginda kembali solat yang lamanya
sama seperti ketika beliau tidur tadi, kemudian tidur lagi yang lamanya sama
seperti ketika beliau solat tadi hingga menjelang subuh. Kemudian dia (Ummu
Salamah) mencontohkan cara bacaan Rasulullah s.a.w. dengan menunjukkan
satu bacaan yang menjelaskan sebutan huruf-hurufnya satu persatu."

Berdasarkan dalil-dalil tersebut, jelaslah bahawa Islam menyuruh umatnya membaca


al-Qur’an dengan bacaan yang betul dan bertartil. Oleh itu, sebagai umat Islam kita
hendaklah mempelajari ilmu Tajwid untuk dipraktikkan ketika membaca al-Qur’an dan
mengejarkannya kepada orang lain. Disebabkan itu, kajian ini adalah penting untuk
mengetahui sama ada pelajar sekarang mengetahui ilmu Tajwid ataupun tidak dan untuk
menilai sejauh mana tahap penguasaan mereka dalam ilmu Tajwid.

1.2 Latar Belakang Kajian

Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mengetahui tahap penguasaan pelajar
tingkatan 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist dalam ilmu Tajwid. Hal ini
kerana, ilmu Tajwid merupakan ilmu yang penting bagi setiap individu yang bergelar
muslim untuk membaca al-Qur’an mengikut cara yang telah disyariatkan, mengetahui
ilmu Tajwid adalah penting.

Oleh itu, para guru pendidikan Islam memainkan peranan yang penting dalam
mendidik pelajar untuk menguasai ilmu ini. Antara tujuan kajian ini dilakukan untuk
mengetahui sejauh mana keberkesanan pengajaran guru dalam membantu pelajar
menguasai ilmu Tajwid di samping dipengaruhi oleh aspek-aspek yang lain.

1.3 Penyataan Masalah

Penyataan masalah merupakan sebab sesuatu kajian dijalankan. Penyataan masalah bagi
kajian ini adalah :

1. Keberkesanan guru Pendidikan Islam mengajar ilmu Tajwid.

2. Pengetahuan dan penguasaan pelajar terhadap ilmu yang dipelajari.

1.4 Objektif

Kajian ini dilaksanakan untuk :


1. Mengetahui sejauh mana tahap penguasaan ilmu Tajwid dalam kalangan pelajar
tingkatan 4.
2. Mengenal pasti tahap penguasaan pelajar terhadap ilmu Tajwid berdasarkan
jantina.
3. Kenal pasti kaitan antara tahap kefahaman ilmu Tajwid pelajar dengan cara
pengajaran dan pembelajaran guru Pendidikan Islam.
4. Cadangan penambahbaikan terhadap penguasaan ilmu Tajwid.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan bagi sesuatu kajian suatu aspek yang ingin diketahui jawapannya dengan
menjalankan kajian. Persoalan bagi kajian ini adalah :

1. Adakah pelajar perempuan lebih menguasai ilmu Tajwid berbanding pelajar


lelaki?
2. Adakah pelajar yang mempunyai latar belakang keluarga yang bekerja dengan
kerajaan lebih menguasai ilmu Tajwid berbanding pelajar yang
berlatarbelakangkan keluarga yang tidak bekerja dengan kerajaan?
3. Adakah cara pengajaran guru mempengaruhi tahap penguasaan pelajar tehadap
ilmu Tajwid?

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini dilakukan adalah penting kerana untuk melihat perkaitan antara pengajaran dan
suasana sekeliling termasuk latar belakang keluarga terhadap pencapaian dan penguasaan
ilmu Tajwid dikalangan pelajar. Selain itu, melalui kajian ini dapat mengenalpasti akan
kelemahan dan kekuatan yang terdapat dalam sistem pengajaran dan pengajaran ilmu
Tajwid. Oleh itu, dapat memudahkan proses analisa perkembangan pelajar terhadap ilmu
Tajwid pada masa sekarang. Selain itu, kajian ini dapat memberikan penambahbaikan
dan cadangan terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran ilmu Tajwid agar
sentiasa dapat perhatian para pelajar dan memudahkan pengajaran para guru dan
memberi tambah nilai subjek Pendididkan Islam itu sendiri.
1.7 Batasan Kajian

Kajian yang dilakukan ini hanya di Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist, Tanjong
Malim, Perak Darul Ridzuan dan tertumpu kepada tingkatan 4 yang beragama Islam
sahaja.

2.0 Metodologi

Metodologi kajian merupakan suatu proses, suatu set perkakasan bagi melaksanakan
suatu penyelidikan dan perolehan maklumat, serta suatu seni dalam menjalankan sesuatu
pengkajian. Perancangan yang teliti dapat membantu memudahkan data serta maklumat
penyelidikan dikumpulkan, dianalisa dan seterusnya dinilai Melalui metodologi ini
penyelidik mampu untuk memperolehi segala maklumat dengan teratur dan tepat malah
memudahkan penyelidik menyusun maklumat yang diperlukan.

BAB 2

2.1 Rekabentuk Kajian

Reka bentuk kajian merupakan langkah atau teknik yang digunapakai untuk mendapatkan
maklumat yang diperlukan bagi menyelesaikan masalah. Kajian yang akan dijalankan ini
berbentuk kuantitatif, iaitu menggambarkan sesuatu fenomena yang berlaku. Kajian yang
dijalankan ini adalah berbentuk kajian lapangan. Dalam kajian lapangan, penyelidikan
dilakukan dalam persekitaran semulajadi dan suasana yang realistik

Dalam kajian ini tiga pembolehubah bebas iaitu kecerdasan, pengaruh pengajaran
dan pembelajaran serta demografi pelajar di lihat mempengaruhi pemboleh ubah terikat
iaitu kemampuan penguasaan pelajar dalam ilmu Tajwid. Berdasarkan kerangka
teoritikal, ia dibuat untuk mengenalpasti sama ada wujud perbezaan yang signifikan tahap
kecerdasan intelek dan pengaruh pengajaran dan pembelajaran dengan demografi pelajar.
Seterusnya untuk melihat wujudnya korelasi yang signifikan antara pembolehubah bebas
seperti kecerdasan intelek dan pengaruh pengajaran dan pembelajaran pelajar. Seiring
dengan itu kajian ini dijalankan untuk melihat kekuatan hubungan antara pembolehubah
bebas dengan pembolehubah terikat.

2.2 Tempat

Kajian ini dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist. Visi sekolah ini
adalah untuk ‘Berusaha ke arah menjadikan SMK Methodist (MES) Tanjong Malim,
Sekolah ’Primier’ terbilang di Negeri Perak Menjelang 2010. Moto sekolah ini pula
adalah ‘MES : Magnanimous, Efficient, Significant’. Skop kajian hanyalah tertumpu
kepada pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist Tanjong Malim.

2.3 Populasi dan Sampel Kajian

2.3.1 Populasi

Kajian ini akan dijalankan ke atas para pelajar Tingkatan Empat di Sekolah Menengah
Kebangsaan Methodist. Seramai 32 orang pelajar yang dipilih dalam kajian ini daripada
keseluruhan pelajar yang ada di sekolah.

2.3.2 Persempelan

Terdapat dua kriteria dalam menentukan sesuatu sampel itu baik yakni perwakilan dan
kecukupan. Perwakilan bermakna sampel yang dipilih mestilah mewakili populasi kajian.
Bagi mendapatkan jumlah bilangan sampel minimum yang digunakan dalam kajian ini,
penyelidik melihat nisbah dan keseimbangan jumlah pelajar dengan bilangan yang perlu
disampelkan. Maka seramai 32 orang pelajar yang terdiri daripada lelaki dan perempuan
terpilih sebagai responden dalam kajian ini.

2.4 Instrumen dan Alat Kajian

Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan dan melibatkan kajian mengkaji pengaruh
antara satu faktor dengan faktor yang lain. Dalam kajian ini, penyelidik mengkaji
hubungan penguasaan ilmu Tajwid dengan perkaitan pengaruh pembelajaran dan
pengajaran serta faktor latar belakang pelajar. Sampel kajian terdiri daripada pelajar
Tingkatan Empat di Sekolah Menengah Methodist Tanjong Malim.

Instrumen kajian adalah satu set soal selidik yang dibuat yang cuba mengaitkan antara
tahap penguasaan ilmu Tajwid pelajar dengan pengajaran dan pengajaran di dalam kelas
serta latar belakang pelajar itu sendiri. Pengkajian ini juga ingin melihat sejauh mana
perkaitan antara perkara tersebut dalam penguasaan ilmu Tajwid dikalangan pelajar.

Kajian yang menggunakan soal selidik telah dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:

1. Bahagian I : Mengandungi item-item berkaitan latar belakang responden.


Ini termasuklah umur, jantina, pekerjaan ibu bapa dan tahap pencapaian
akademik yang tertinggi.
2. Bahagian II : Mengandungi item-item mengenai penguasaan pelajar terhadap
ilmu tajwid sebanyak 17 soalan secara aneka pilihan.
3. Bahagian III : Mengandungi item-item mengenai 5 soalan secara subjektif.

Penyelidik akan mengikut prosedur untuk mendapatkan kebenaran menjalankankan


kajian dan mengedarkan soal selodik. . Penyelidik sendiri yang akan memberi
penerangan kepada para pelajar yang terlibat dengan kajian mengenai tatacara menjawab
soal selidik yang akan diberikan dengan penuh tanggungjawab dan jujur.

2.5 Analisa Data

Data yang diperolehi dikumpulkan dengan menggunakan program SPSS (Statistic


Package for Social Science). Dua kaedah penganalisaan adalah seperti berikut:

2.5.1 Analisis Deskreptif

Analisis Deskriptif dilakukan untuk melihat taburan kekerapan dan peratusan data yakni
melibatkan penghuraian secara menyeluruh berkaitan dengan pembolehubah-
pembolehubah yang dikaji.dalam bentuk graf, histogram, carta pie dan sebagainya.
2.5.2 Analisis Inferensi

Analisis inferensi digunakan untuk melihat perkaitan yang wujud di antara pembolehubah
yang dikaji iaitu pembolehubah bebas dan pembolehubah terikat.

BAB 3

3.0 Analisis Data dan Keputusan

Setelah membuat pengkajian melalui soal selidik di sekolah, maka perlu pula membuat
analisis ke atas soal selidik bagi memperolehi keputusan yang dikehendaki. Kesemua
data-data yang diperoleh akan dianalisis melalui kaedah tertentu seperti peratus, min dan
lain-lain lagi.

3.1. Responden
Terdiri daripada lelaki dan perempuan. Sebanyak 16 orang pe;ajar lelaki dan 16
orang pelajar perempuan tingkatan 4 dikehendaki mengisi borang kaji selidik
tersebut. Berikut merupakan carta bagi respondan.

Jantina
Pelajar Lelaki Pelajar Perempuan

50% 50%
Responden secara keseluruhannya berumur 16 tahun.

Umur
16 Tahun

100%

Tempat kediaman responden pula terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bandar,
pinggir bandar dan luar bandar. Peratusan mengikut kawasan kediaman
ditunjukkan dalam carta berikut :

Kawasan Kediaman
Bandar Pinggir bandar Luar Bandar

3%
6%

91%
Didapati kebanyakan pelajar diam dalam kawasan bandar iaitu sebanyak 29 orang
bersamaan 91 peratus. Kawasan pinggir bandar pula adalah seramai dua orang
bersamaan 6 peratus manakala dikawasan luar bandar paling sedikit iaitu hany
seorang sahaja bersamaan 3 peratus.

Pekerjaan ibu bapa pula di bahagikan kepada tiga bahagian iaitu bekerja dengan
kerajaan, swasta ataupun bekerja sendiri atau pun tidak bekerja. Berikut
merupakan hasil daripada borang kaji selidik.

Bapa
Kerajaan Swasta Tidak Bekerja

3%

38%

59%

Hasil analisis menunjukkan kebanyakan bapa pelajar adalah bekerja dengan pihak
swasta atau pun bekerja sendiri iaitu sebanyak 19 orang bapa pelajar bersamaan
59 peratus daripada keseluruhan pelajar. Bapa pelajar yang bekerja dengan
kerajaan pula hanya seramai 12 orang bersamaan dengan 38 peratus manakala
bapa pelajar yang tidak bekerja hanya seorang bersamaan dengan 3 peratus
daripada jumlah keseluruhan.
Bagi ibu pula kebanyakan adalah tidak bekerja iaitu seramai 22 orang bersamaan
dengan 69 peratus daripada jumlah keseluruhan. Seramai 5 orang ibu daripada
respondan yang bekerja dengan kerajaan dan baki daripadanya adalah bekerja
dengan swasta.

Ibu
Kerajaan Swasta Tidak Bekerja

16%

16%

69%

3.2 Pengetahuan Responden Tentang Ilmu Tajwid

3.2.1 Mengetahui sejauh mana tahap penguasaan ilmu Tajwid dalam kalangan
pelajar tingkatan 4.

Berdasarkan kajian yang dilakukan terhadap soal selidik, hasil mendapati bahawa
secara majoritinya dikalangan responden (lelaki dan perempuan) mereka tidak pasti
terhadap penguasaan ilmu Tajwid pada diri mereka (60%). Ini diikuti pula responden
yang bersetuju terhadap penguasaan mereka dalam ilmu Tajwid sebanyak 21.7% .
Seterusnya disusuli pula oleh responden yang sangat bersetuju mereka menguasai
ilmu Tajwid sebanyak 7.3%. Sebanyak 10.8 % daripada responden yang tidak
bersetuju dan sangat tidak bersetuju tentang penguasaan mereka dalam ilmu Tajwid.
Bagi memudahkan melihat kedudukan boleh melihat gambarajah 6
Tahap Penguasaan Tajwid
70

60

50

40
Series 1
30

20

10

0
Sangat Tidak Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju
Setuju

Gambarajah 6

3.3 Mengenal Pasti Tahap Penguasaan Pelajar Terhadap Ilmu Tajwid


Berdasarkan Jantina

Bagi penguasaan ilmu Tajwid berdasarkan jantina pula, responden daripada


pelajar lelaki lebih mendominasi penguasaan ilmu Tajwid berbanding responden
pelajar perempuan. Responden lelaki mencatatkan keputusan sebanyak 10.8 %
yang menguasai ilmu Tajwid berbanding pelajar perempuan sebanyak 4.5 %
sahaja. Untuk lebih jelas sila lihat gambarajah 7.

Tahap Penguasaan Ilmu Tajwid


23%

Lelaki
Perempuan

77%
3.4 Hubung kaitan antara tahap kefahaman ilmu Tajwid pelajar dengan cara
pengajaran dan pembelajaran guru Pendidikan Islam.

Berdasarkan soalan kaji selidik yang ke 13 iaitu ‘Guru mengajar ilmu tajwid dengan cara
yang mudah difahami’, hanya seorang pelajar sangat tidak setuju dan tidak setuju dengan
soalan tersebut. Seramai 6 orang pelajar tidak pasti sama ada guru mengajar ilmu tajwid
dengan cara yang mudah difahami manakala 18 orang setuju dan 6 orang sangat setuju.
Berikut merupakan carta yang menunjukkan hasil soal selidik pada soalan ke 13 :

Soalan 13
Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti
Setuju Sangat Setuju
3% 3%

19%
19%

56%

Hasil daripada carta tersebut menunjukkan bahawa cara pengajaran guru adalah mudah
untuk difahami dalam mengajar ilmu tajwid. Ianya juga menunjukkan bahawa pengajaran
guru yang mudah difahami dapat membantu pelajar agar mudah memahami ilmu tajwid.

Pada soalan yang ke 14 pula, ‘Guru memberikan contoh yang senang difahami untuk
menerangkan sesuatu hukum tajwid tersebut’, sebanyak 9 orang pelajar tidak pasti, 16
orang pelajar setuju dan 7 orang pelajar sangat setuju. Berikut merupakan carta pai yang
menunjukkan peratusan yang mewakili pandangan pelajar pada soalan tersebut.
Soalan 14
Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju

5%

34%

61%

Berdasarkan carta tersebut, peratusan yang paling tinggi adalah pelajar setuju bahawa
guru memberikan contoh yang senang difahami untuk menerangkan sesuatu hukum
tajwid tersebut. Ini menunjukkan bahawa pelajar faham dengan pengajaran guru. Ianya
juga menunjukkan bahawa cara pengajaran guru mempengaruhi tahap pemahaman
pelajar dalam ilmu tajwid.

Pada soalan yang ke 15, ‘Guru mengajar sesuatu hukum tajwid tersebut sehingga semua
pelajar faham’ hanya seorang pelajar sangat tidak setuju. Seramai 7 orang pelajar tidak
pasti, 17 orang pelajar setuju dan 6 orang pelajar sangat setuju. Berikut merupakan carta
pai tersebut :
Soalan 15
Sangat Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju

5% 4%

27%

65%

Berdasarkan peratusan yang ditunjukkan, peratusan yang tinggi menunjukkan bahawa


pelajar setuju guru mengajar sesuatu hukum tajwid tersebut sehingga semua pelajar
faham. Ini menunjukkan bahawa pelajar faham dengan pengajaran guru. Ianya juga
menunjukkan bahawa cara pengajaran guru mempengaruhi tahap pemahaman pelajar
dalam ilmu tajwid.
BAB 4

4.0 Perbincangan
Dalam bab ini, segala data yang diperoleh melalui borang kaji selidik yang telag
dijawab dan dinalisis oleh para pelajar yang dijalankan di SMK Methodis Tg.
Malim Perak. Kajian yang telah dijalankan telah mencapai objektif dan persoalan
kajian yang ingin dikaji oleh pengkaji. Daripada dapatan kajian menunjukkan
pelajar terdiri daripada lelaki dan perempuan. Sebanyak 16 orang pe;ajar lelaki
dan 16 orang pelajar perempuan tingkatan 4 dikehendaki mengisi borang kaji
selidik tersebut.
Manakala dari segi Tempat kediaman responden pula terbahagi kepada
tiga bahagian iaitu bandar, pinggir bandar dan luar bandar. Peratusan mengikut
kawasan kediaman dalam kawasan bandar iaitu sebanyak 29 orang bersamaan 91
peratus. Kawasan pinggir bandar pula adalah seramai dua orang bersamaan 6
peratus manakala dikawasan luar bandar paling sedikit iaitu hany seorang sahaja
bersamaan 3 peratus.
Dalam kajian seterusnya pekerjaan ibu bapa pula di bahagikan kepada tiga
bahagian iaitu bekerja dengan kerajaan, swasta ataupun bekerja sendiri atau pun
tidak bekerja
Hasil analisis menunjukkan kebanyakan bapa pelajar adalah bekerja
dengan pihak swasta atau pun bekerja sendiri iaitu sebanyak 19 orang bapa pelajar
bersamaan 59 peratus daripada keseluruhan pelajar. Bapa pelajar yang bekerja
dengan kerajaan pula hanya seramai 12 orang bersamaan dengan 38 peratus
manakala bapa pelajar yang tidak bekerja hanya seorang bersamaan dengan 3
peratus daripada jumlah keseluruhan.
Bagi ibu pula kebanyakan adalah tidak bekerja iaitu seramai 22 orang
bersamaan dengan 69 peratus daripada jumlah keseluruhan. Seramai 5 orang ibu
daripada respondan yang bekerja dengan kerajaan dan baki daripadanya adalah
bekerja dengan swasta.
Pengkaji dapat menilai bahawa tahap pengusaan ilmu tajwid pelajar pada
masa kini sangat rendah tahap kefahamannya berbanding tahap tidak faham
dengan ilmu tajwid, tahap tidak pasti ini mempunyai peningkatan yang tinggi
dalam bab tajwid.
Berdasarkan contoh Berdasarkan kajian yang dilakukan terhadap soal
selidik, hasil mendapati bahawa secara majoritinya dikalangan responden (lelaki
dan perempuan) mereka tidak pasti terhadap penguasaan ilmu Tajwid pada diri
mereka (60%). Ini diikuti pula responden yang bersetuju terhadap penguasaan
mereka dalam ilmu Tajwid sebanyak 21.7% .
Seterusnya disusuli pula oleh responden yang sangat bersetuju mereka
menguasai ilmu Tajwid sebanyak 7.3%. Sebanyak 10.8 % daripada responden
yang tidak bersetuju dan sangat tidak bersetuju tentang penguasaan mereka dalam
ilmu Tajwid.
Selain itu, bagi penguasaan ilmu Tajwid berdasarkan jantina pula,
responden daripada pelajar lelaki lebih mendominasi penguasaan ilmu Tajwid
berbanding responden pelajar perempuan. Responden lelaki mencatatkan
keputusan sebanyak 10.8 % yang menguasai ilmu Tajwid berbanding pelajar
perempuan sebanyak 4.5 %
Dalam peratus yang boleh diambil diatas menunjukkan bahawa
kebanyakan tahap tidak pasti ini memberikan peratusan yang tinggi dan manakala
penguasaan ilmu tajwid pula di pelajar lelaki menunjukkan peratusan yang tinggi
berbanding perempuan.
Manakala tahap kefahaman pelajar juga boleh diukur dengan peratusan
yang diperolehi, berdasarkan soalan kaji selidik yang ke 13 iaitu ‘Guru mengajar
ilmu tajwid dengan cara yang mudah difahami’, hanya seorang pelajar sangat
tidak setuju dan tidak setuju dengan soalan tersebut. Seramai 6 orang pelajar tidak
pasti sama ada guru mengajar ilmu tajwid dengan cara yang mudah difahami
manakala 18 orang setuju dan 6 orang sangat setuju.
Hasil daripada carta tersebut menunjukkan bahawa cara pengajaran guru
adalah mudah untuk difahami dalam mengajar ilmu tajwid. Ianya juga
menunjukkan bahawa pengajaran guru yang mudah difahami dapat membantu
pelajar agar mudah memahami ilmu tajwid.
Pada soalan yang ke 14 pula, ‘Guru memberikan contoh yang senang
difahami untuk menerangkan sesuatu hukum tajwid tersebut’, sebanyak 9 orang
pelajar tidak pasti, 16 orang pelajar setuju dan 7 orang pelajar sangat setuju.
Berdasarkan carta yang diperolehi, peratusan yang paling tinggi adalah
pelajar setuju bahawa guru memberikan contoh yang senang difahami untuk
menerangkan sesuatu hukum tajwid tersebut. Ini menunjukkan bahawa pelajar
faham dengan pengajaran guru. Ianya juga menunjukkan bahawa cara pengajaran
guru mempengaruhi tahap pemahaman pelajar dalam ilmu tajwid.
Pada soalan yang ke 15, ‘Guru mengajar sesuatu hukum tajwid tersebut
sehingga semua pelajar faham’ hanya seorang pelajar sangat tidak setuju. Seramai
7 orang pelajar tidak pasti, 17 orang pelajar setuju dan 6 orang pelajar sangat
setuju.
Berdasarkan peratusan yang ditunjukkan, peratusan yang tinggi menunjukkan
bahawa pelajar setuju guru mengajar sesuatu hukum tajwid tersebut sehingga
semua pelajar faham. Ini menunjukkan bahawa pelajar faham dengan pengajaran
guru. Ianya juga menunjukkan bahawa cara pengajaran guru mempengaruhi tahap
pemahaman pelajar dalam ilmu tajwid.
Daripada keputusan yang ditunjukkan oleh pelajar tadi menunjukkan
bahawa kesemua peratusan yang telah diperolehi boleh dipercayai dan dianalisis
dengan mengikut kehendak objektif yang asal, walau bagaimanapun, tahap
kefahaman ilmu tajwid kepada pelajar perlu ditekankan agar peratusan yang dikaji
boleh dibanggakan.
BAB 5

5.1 CADANGAN

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan di sekolah tersebut, pihak sekolah boleh
agi pengajaran agama dengan mengadakan lebih banyak lagi program-program
yang berkaitan dengan al-Quran termasuk bengkel ilmu tajwid. Sememangnya
program seperti ini telah ada dianjurkan di sekolah tersebut akan tetapi sebolehya
program seperti ini boleh dianjurkan dengan lebih kerap lagi agar dapat menarik
minat pelajar-pelajar dan mendedahkan mereka dengan al-Quran.

Selain itu, pengajaran al-Quran bukan hanya perlu dilakukan di sekolah


sahaja akan tetapi ibu bapa para pelajar ataupun ibu bapa kepada anak-anak yang
masih kecil dan mampu dilentur lagi perlulah memberikan pendedahan tentang al-
Quran kepada anak-anak mereka. Bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari
rebungnya”. Anak-anak yang kecil umpama rebung yang masih mudah diajar
berbanding dengan anak-anak yang sudah meningkat dewasa.

5.2 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, kemahiran Ilmu Tajwid ini adalah merupakan sesuatu


bidang yang haruslah diwajibkan dalam mempelajarinya. Di mana dalam kajian
yang telah kami jalankan di SMK Methodis ini telah menampakkan sedikit
sebanyak senario yang berkaitan dengan Ilmu Tajwid. Kesan-kesan yang nampak
daripada pelajar amatlah mengagumkan, iaitu melalui program-program yang
telah dilaksanakan telah meningkatkan pengetahuan serta minat pelajar dalam
bidang ini. Pendedahan-pendedahan berkaitan bidang ini banyak membantu
pelajar di sekolah ini sehingga mencapai tahap yang memuaskan. Akan tetapi
pendedahan ini haruslah di teruskan ke peringkat yang seterusnya iaitu ke
peringkat yang yang lebih tinggi dan tidak tertumpu kepada satu aspek sahaja.

Secara umumnya juga, pengajian al-Qur’an di Malaysia telah berjaya


mencapai tahap yang memuaskan. Apa yang menjadi masalah ialah pelaksanaan
terhadap apa yang dirancangkan haruslah dengan sepadu dan jitu. Perlu juga ada
perubahan sikap samada guru, pelajar atau ibu bapa untuk memandang
kepentingan pengajian al-Qur’an sebagai wahana untuk pendidik jiwa dan
berdisiplin dalam hidup. Bertitik tolak dari itu, bagi mereka yang merasakan
kurang mahir tidak tahu membaca al-Qur’an, adalah menjadi kewajipan untuk
mereka mempelajarinya. Dengan tertubuhnya pelbagai peringkat dan tempat yang
menawarkan pengajian al-Qur’an sepatutnya menjadi sumber dan tempat untuk
mereka mempelajari dan mendalami al-Qur’an.

Jadi, pekerjaan mengajarkan Al-Qur’an merupakan tugas yang sangat


mulia di sisi Allah. Di dalam tugas mengajarkan Al-Qur’an itu tergantung tiga
kemuliaan iaitu, kemuliaan mengajar yang merupakan warisan tugas Nabi,
kemuliaan membaca Al-Quran sementara mengajar dan kemulian memperdalam
maksud yang terkandung di dalamnya. Dengan mengajar terus menerus, ia akan
menjadi orang yang mahir memahami Al-Qur’an. Dari hadits yang diriwayatkan
oleh Bukhari dan Muslim yang berasal dari Siti Aisyah r.a. Rasulullah bersabda:
"Orang yang membaca Al Quran, lagi pula ia mahir, kelak mendapat tempat
dalam syurga bersama-sama dengan rasul-rasul yang mulia lagi baik; dan orang
yang membaca Al Quran, tetapi tidak mahir, membacanya tertegun-tegun dan
tampak agak berat lidahnya (belum lancar) ia akan mendapat dua pahala.

Anda mungkin juga menyukai