Anda di halaman 1dari 2

NAMA & KOD SUBJEK:

AKHLAK ISLAMIAH (KUD2313)

TAJUK:
DOA-DOA PARA NABI DALAM AL-QURAN AL-KARIM

NAMA & NO. MATRIK:


NUR SABRINA BINTI MOHD YAHYA (KTD190503049)

NAMA PENSYARAH:
DR. MOHD AZMAN BIN MOHSIN

DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN WAL QIRAAT


SEMESTER 5 (MEI – OKTOBER 2021)
KEPENTINGAN DOA DALAM KEHIDUPAN
Doa adalah penting dalam kehidupan. Janganlah berkata “Aku tidak memohon apa-
apa kepada Allah SWT kerana jika perkara yang aku mohon itu telah ditetapkan untukku,
maka ia pasti datang kepadaku, sama ada aku memintanya atau tidak. Jika perkara itu bukan
untukku maka perkara itu tidak akan berlaku.” Janganlah berkata demikian. Kita hendaklah
berdoa dan memohon kepada Allah SWT apa sahaja yang kita inginkan, terdiri daripada
perkara-perkara yang baik di dunia ini dan di akhirat. Janganlah meminta perkara yang haram
dan membahayakan. Hal ini karena Allah telah menyuruh kita untuk memohon kepada-Nya
di dalam firmanNya:

ِ ‫وقَ َال ربُّ ُكم ْٱدعوىِن ٓى َأستَ ِجب لَ ُكم ۚ ِإ َّن ٱلَّ ِذين يستَ ْكرِب و َن عن ِعبادتِى سي ْدخلُو َن جهن‬
َ ‫َّم َداخ ِر‬
‫ين‬ َ ََ ُ ََ َ َ ْ َ ُ ْ َ َ ْ ْ ْ ُ ُ َ َ
Ertinya: Allah SWT berfirman, "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa
permohonan kamu.
Surah Ghafir 40:60
Jika sesuatu perkara itu tidak ditetapkan kepada kita, maka Allah SWT akan memberikan
perasan cukup dan gembira kepada kita. (Syed Abdul Qodir Al-Jaelani)
Dalam pada itu, doa ialah tanda pengharapan untuk kita mendapat kebaikan daripada
Allah SWT. Kita disyariatkan berdoa untuk kebaikan diri, keluarga, sahabat, sesama Islam
hatta kepada bukan Islam sekalipun supaya mereka diberi taufik dan hidayah oleh Allah
SWT. Allah menyuruh setiap muslim berdoa dan memohon restu daripada-Nya. Allah
berjanji memperkenankan permohonan yang diminta oleh mereka. Imam Ahmad
meriwayatkan, daripada al-Nu’man ibn Basyir, bahawa Rasulullah saw telah bersabda:
“Sesungguhnya doa itu adalah ibadah.”
Begitu juga al-Bazzar ada meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,
''Persediaan dan berhati-hati tidak mampu untuk mengatasi takdir Allah, manakala doa
berguna untuk mengatasi apa yang ditakdir dan apa yang akan dilaksanakan, sesungguhnya
ujian Allah akan diturunkan dan akan berjumpa dengan doa yang telah diminta, lalu kedua-
dua saling bertarung sehingga hari Kiamat.''.
Tabrani dan al-Hakim
Hadis ini jelas menerangkan peranan doa dalam islam. Ia disyariatkan supaya kita
melakukannya dalam kehidupan harian kita. (Abdul Halim Abdullah)

Anda mungkin juga menyukai