Anda di halaman 1dari 16

1|P a g e

ISI KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN HALAMAN

1 1.0 PENGENALAN

2 2.0 DEFINISI

3 3.0 HUKUM

4 4.0 DALIL

5 5.0 SYARAT-SYARAT SAH SOLAT

6 6.0 RUKUN SOLAT

7 7.0 LARANGAN DI DALAM SOLAT

8 8.0 PENUTUP

9 9.0 RUJUKAN

1.0 PENGENALAN
2|P a g e

Selepas syahadah , solat adalah paksi utama yang menjadi tonggak keimanan
seorang Mukmin. Ini kerana, siapa sahaja boleh bersaksi dengan kalimah syahadah untuk
menjadi seorang Muslim, tetapi hanya orang beriman sanggup patuh kepada perintah
Allah untuk mengerjakan solat semata-mata untuk-Nya. Kaitan iman dan mengerjakan
solat ini dapat dilihat dengan jelas dalam firman Allah yang menyamakan perbuatan
beriman dan perbuatan soleh dengan mendirikan solat .

Firman Allah SWT dari Surah Al-Baqarah ayat 277 :

Maksudnya: Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal soleh dan


mengerjakan solat serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala disisi Tuhan mereka
dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka
pula tidak akan berdukacita.

Berdasarkan firman Allah SWT ini dapat kita fahami bahawa hanya orang yang
beriman dan soleh sahaja yang mendirikan solat . Tanpa iman, mustahil seorang itu
sanggup bersusah payah mengerjakan kewajipan yang maha berat ini.

2.0 DEFINISI

Bahasa : Asalnya, perkataan ‘solat’ dalam bahasa Arab bermaksud doa atau
mengemukakan permohonan sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Al-Taubah
ayat 103:

‫وصل عليهم إن صلوتك سكن لهم‬

Maksudnya: Dan doakanlah untuk mereka,kerana sesungguhnya doamu itu menjadi


ketenteraman bagi mereka.

Syarak : Solat ialah perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang dimulakan


dengan takbiratulihram dan diakhiri dengan salam,dengan syarat-syarat yang khusus.
3|P a g e

Perkataan , perbuatan dan pekerjaan hati yang merupakan rukun dalam solat.

Perkataan Perbuatan Pekerjaan hati

1. Takbiratulihram 1. Berdiri tegak jika mampu 1. Niat, iaitu perbuatan hati

2. Membaca Al-Fatihah 2. Rukuk

3. Tasyahud akhir 3. Iktidal

4. Selawat ke atas Nabi 4. Sujud

5. Salam yang pertama 5. Duduk antara dua sujud

6. Duduk pada rakaat akhir

7. Tertib

3.0 HUKUM

Solat lima waktu ini adalah kewajipan ke atas semua yang mukalaf. Sesiapa yang
menyatakan ia tidak wajib,dia dihukum sebagai kafir. Sebaliknya sesiapa yang mengakui
dan mengetahui kewajipannya tetapi meninggalkannyakerana malas , dia berdosa dan
fasiq.

4.0 DALIL

Berdasarkan Al-Quran :

Firman Allah SWT :

Maksudnya: Oleh itu,dirikanlah solat dan tunaikan zakat, serta berpegang teguhlah
kamu kepada Allah! Dialah pelindung kamu. Maka(Allah yang demikian sifat-Nya)Dialah
sahaja sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan.

(Surah Al-Hajj 22:78)


4|P a g e

Berdasarkan Al-Hadis :

Rasulullah SAW sendiri menceritakan kefardhuan solat lima waktu yang diberikan
kepada Baginda sebagaimana yang dilaporkan Anas Bin Malik R.A katanya :

Maksudnya : Diwajibkan ke atas Nabi SAW pada malam Israk solat 50 waktu.
Kemudian dikurangkan sehingga menjadi lima waktu. Setelah itu diseru,’Wahai
Muhammad dia tidak mengubah arahan di sisiku bagimu pada solat lima waktu ini
pahala 50 waktu .

(Riwayat Tirmizi dalam Sunan al-Tirmizi, kitab Solat)

5.0 SYARAT-SYARAT SAH SOLAT

Persediaan menghadapi sesuatu yang besar atau istimewa memerlukan persediaan


yang rapi dan sempurna. Begitu juga halnya dalam seseorang hendak mengadap Allah
SWT. Solat adalah saat paling istimewa bagi setiap hamba untuk bertemu dengan
Penciptanya,waktu untuk merintih memohon keampunan daripada-Nya dan merayu
pertolongan-Nya.

Syarat-syarat sah solat yang digariskan ulama bertujuan menyiapkan diri seseorang
Muslim untuk bersolat. Kewajipan membersihkan tubuh badan, pakaian dan tempat
solat daripada najis yang menghalang sah solatnya, menunjukkan kepentingan
kebersihan dalam ibadah. Orang yang hendak bersolat juga wajib berilmu, kerana dia
perlu mengetahui arah kiblat, waktu-waktu solat dan batasan aurat. Semua ini tidak
mungkin diketahui tanpa belajar dan beramal.

Syarat 1 : Suci .

1.Suci daripada hadas.

Suci tubuh badan daripada hadas besar dan kecil dengan berwuduk,mandi atau
tayamum. Berdasarkan sabda Rasulullah SAW :
5|P a g e

Maksudnya : ‘Tidak diterima solat yang (didirikan) dalam keadaan tidak suci.

(Riwayat Muslim dalam Sahih Muslim,Kitab Thaharah)

2.Suci tubuh daripada najis.

Tubuh hendaklah bersih daripada sebarang najis. Ini berdasarkan sabda


Rasulullah SAW kepada Fatimah binti Abu Qubaish r.ha.:

Maksudnya: ‘Apabila datang haid,tinggalkanlah solat dan jika telah tamat


tempohnya,mandilah,’

(Riwayat al-Nasa’i dalam Sunan al-Nasa’i,kitab Thaharah)

3.Suci pakaian daripada najis.

Suci pakaian yang hendak digunakan untuk bersolat daripada sebarang najis.
Berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah al-Muddaththir,ayat 4:

‫وثيابك فطهر‬

Maksudnya : Dan pakaianmu, bersihkanlah .

4.Suci tempat solat daripada najis.

Tempat yang dimaksudkan disini ialah kawasan tempat berdiri dan sujud. Iaitu
tempat yang dipijak oleh kedua-dua kaki,tempat untuk duduk, tempat untuk
meletakkan dua lutut, dua tapak tangan dan dahi. Kawasan-kawasan ini hendaklah
bersih daripada najis.

Berdasarkan kepada perintah Rasulullah SAW supaya dicurahkan air keatas tempat
kencing lelaki Badwi yang membuang air kecil di dalam masjid. Ia juga dikiaskan
dengan pakaian, kerana tempat solat sama dengan pakaian yang menyentuh tubuh
orang yang bersolat.

Syarat 2 : Mengetahui Masuknya Waktu Solat.


6|P a g e

Setiap orang yang bersolat wajib mengetahui dengan yakin bahawa waktu solat
yang dilakukannya telah masuk. Tidak sah solat seseorang yang tidak tahu atau tidak
yakin masuknya waktu solat. Seperti seseorang bersolat isyak dalam keadaan dia
tidak pasti sama ada waktu Maghrib sudah tamat atau tidak, solatnya tidak sah.
Walaupun kebetulan dia solat pada waktu yang tepat. Ini berdasarkan kepada firman
Allah SWT :

‫إن الصلوة كانت على المؤمنين كتبا موقوتا‬

Maksudnya : Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas
orang yang beriman,yang tertentu waktunya.

(Surah al-Nisa’ 4:103)

Syarat 3 : Menutup Aurat

Aurat ialah apa yang wajib ditutup daripada pandangan orang lain dan haram
melihatnya. Jumhur ulama berpendapat bahawa wajib orang yang bersolat menutup
aurat sama ada dia bersolat di tengah khalayak atau seorang diri di dalam satu bilik
atau tempat yang gelap. Tidak sah bersolat seorang diri di dalam tempat yang
tertutup dalam keadaan tidak menutup aurat ,sedangkan dia mempunyai pakaian
yang bersih. Dalil yang mewajibkan penutupan aurat ini ialah firman Allah SWT
dalam Surah al-A’raf:

Maksudnya : Wahai anak-anak Adam ! Pakailah pakaian kamu yang indah pada
tiap-tiap kali kamu ke masjid (atau mengerjakan solat).

Sabda Rasulullah SAW :

Maksudnya : Allah tidak menerima solat perempuan yang telah datang haid
(baligh) melainkan dia memakai tutup kepala.

Syarat 4 : Menghadap Kiblat


7|P a g e

Para ulama sepakat menetapkan menghadap ke arah kiblat adalah syarat sah solat ,
berdasarkan kepada firman Allah SWT :

Maksudnya : Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan solat)
maka hadapkanlah mukamu ke arah masjidilharam(kaabah); dan di mana sahaja
kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya.

(Surah al-Baqarah 2:150)

6.0 Tatacara Solat Berkualiti

Ibadah adalah saat seorang hamba bersujud di hadapan Penciptanya sebagai


perakuan taat setia dan tunduknya kepada Tuhan yang menghidupkannya. Pada detik
inilah manusia berusaha membersihkan jiwa dan roh mereka melalui perantaraan
ibadah.

Tatacara 1 : Berwudu’.

Wudu’ disyariatkan di Makkah pada malam Isra’ dan Mikhraj bersama dengan
kewajipan solat.

Berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah al-Ma’idah 5:6 :

Maksudnya : Wahai orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan


solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwudu’lah) iaitu basuhlah muka kamu,
dan kedua-dua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian daripada
kepala kamu, dan basuhlah kedua-dua belah kaki kamu meliputi siku lali.

Tatacara 2 : Menghadap Kiblat.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah 2:149 :

Maksudnya : Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan


sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjid al-Haram(kaabah); dan
sesungguhnya perintah berkiblat ke Kaabah itu adalah benar daripada Tuhanmu.
Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan.
8|P a g e

Tatacara 3 : Meletakkan Penghadang Di Hadapan Ketika Solat.

Meletakkan penghadang ini adalah salah satu sunnah Nabi Muhammad SAW
dan wajar untuk diikuti oleh umat islam walaupun ia tidak sampai ketahap wajib
menurut sebahagian ulama. Ia merupakan satu bentuk perkara sunat yang dituntut.
Ia bertujuan untuk memusatkan pemikiran orang yang sedang bersolat kepada
ibadah solatnya tanpa diganggu dengan lalu-lalang orang ramai. Selain itu,ia juga
bertujuan membezakan antara orang yang sedang bersolat dengan orang di luar
solat ,agar tidak diganggu oleh unsur-unsur luar.

Tatacara 4 : Berdiri Tegak (Bagi Yang Berkemampuan)

Para ulama 4 mazhab telah bersepakat dalam mewajibkan berdiri tegak ketika
solat fardhu bagi individu yang berkemampuan. Walau bagaiamanapun, tidak wajib
berdiri kerana solat sunat walaupun dalam keadaan berkemampuan, kerana
kerangka asas solat sunat dibina dia atas dasar keringanan. Keperluan dan kewajipan
berdiri bagi solat fardhu akan berubah jika seseorang ditimpa kecederaan dan
kesulitan yang tidak dapat dielakkan.

Tatacara 5 : Niat

Suatu keazaman dalam hati untuk melaksanakan solat dengan ikhlas, yang
merupakan arahan Allah. Ia merupakan syarat sah solat menurut Hanafi, Hanbali,
Maliki dan Syafi’i menganggap ia adalah rukun solat. Perkara terpenting yang wajib
dibuat semasa niat solat fardhu ialah al-qasad, at-ta’ridh dan at-ta’yin. Iaitu
mengehadkan jenis solat, seperti fardhu, sunat atau qada. Ketiga-tiga unsur ini
adalah wajib semasa berniat bagi mazhab Syafi’i. Manakala meniatkan solat fardhu
sebagai fardhu pula ialah wajib juga menurut pendapat yang paling sahih dalam
mazhab Syafi’ dan beberapa mazhab lain.

Adapun menisbahkan solat itu adalah ‘kerana Allah’, ‘bilangan rakaat’ dan
‘tunai’ bukan merupakan asas utama di dalam niat. Justeru jika ia tertinggal atau
ditinggalkan , ia tidak memberikan kesan kepada niat.
9|P a g e

Tatacara 6 : Takbiratulihram

Apabila kita berdiri tegak sambil menghadap ke arah kiblat, maka mulailah kita
melakukan takbir, yakni dengan mengangkat kedua-dua belah tangan separas bahu
dengan jari-jari terbuka agak rapat antara satu sama lain kecuali ibu jari
berdampingan dengan telinga dihadapkan ke arah kiblat sambil mengucapkan
“Allahu Akbar” yang disertakan dengan niat. Niat ini adalah perbuatan hati .

Tatacara 7 : Mendakap tangan ketika berdiri

Selepas kita melakukan takbiratulihram, kedua-dua belah tangan hendaklah


didakapkan. Bagaimanapun, para ulama telah bersepakat bahawa tiada sebarang
dalil yang mewajibkan kedudukan tangan seumpama ini, dan ia bukanlah rukun
mahupun syarat sah solat. Ia hanyalah sunat sahaja menurut beberapa mazhab.

Tatacara 8 : Membaca doa Iftitah

Tatacara 9 : Membaca Surah Al-Fatihah

Selepas membaca doa iftitah, diteruskan dengan membaca surah al-fatihah.


Hadis Baginda SAW menyebutkan : Maksudnya: Barang siapa yang bersolat, lalu
tidak membaca Ummul Quran di dalamnya, maka solatnya adalah kurang, solatnya
adalah kurang, solatnya adalah kurang.

Sunat jika menjadi imam bagi solat berjemaah untuk saktah(berhenti sebentar)
sebelum dan selepas membaca al-fatihah dan sebelum memulakan bacaan surah. Ia
adalah ijtihad mazhab Syafi’i dan Hambali.

Tatacara 10 : Membaca surah-surah yang pendek

Selepas membaca surah Al-Fatihah, teruskan dengan membaca surah-surah al-


Quran yang pendek bagi solat berjemaah. Terutama jika menjadi imam untuk
jemaah orang tua atau kawasan orang yang sibuk bekerja. Bagi yang solat sendirian,
disunatkan membaca surah-surah yang panjang.

Tatacara 11 : Rukuk
10 | P a g e

Setelah selesai membaca surah-surah pendek, kemudian lakukan rukuk, iaitu


dengan mengangkat tangan setinggi telinga atau bahu sambil membaca “Allahu
akbar”. Kemudian diteruskan dengan badannya membongkok,tangan memegang
lutut dan ditekankan supaya antara punggung dan kepala rata.

Menjadi kewajipan menurut majoriti mazhab untuk seseorang yang rukuk


supaya berhenti sekejap dalam rukuknya, paling minimum adalah dengan kadar
tasbih. Jari-jari pula hendaklah diletakkan di atas lutut dan direnggankan. Bagi
memastikan rukun ini dilaksanakan dengan sempurna, kedudukan belakang semasa
rukuk adalah amat penting.

Tatacara 12 : Iktidal

Apabila selesai melakukan rukuk, diteruskan pula iktidal, iaitu bangkit berdiri
tegak dengan mengangkat kedua-dua tangan hingga sampai ke bahu atau telinga
dengan jari-jari terbuka sedikit seperti ketika takbiratulihram seraya membaca
tasmi’.

‫سمع هللا لمن حمده‬

Maksudnya : Allah Maha Mendengar sesiapa yang memuji-Nya.

Bacaan ketika berdiri : ‫ربنا ولك الحمد‬

Maksudnya : Wahai Tuhan kami, dan kepada-Mu segala pujian.

Tatacara 13 : Sujud

Selepas melakukan iktidal serta selesai membaca bacaan-bacaannya,kemudian


kita melakukan sujud. Ia merupakan salah satu rukun solat yang terpenting. Ia
disepakati sebagai rukun dengan nas dan ijmak. Ulama bersepakat bahawa sujud
yang sempurna mestilah dilakukan di atas tujuh anggota. Majoriti mazhab iaitu
Hanafi, Maliki dan Syafi’i berpendapat yang wajib hanyalah dahi. Kewajipan untuk
sujud di atas tujuh anggota ini berdasarkan hadis Ibn Abbas R.A yang sahih :

Maksudnya : Aku diarahkan untuk sujud di atas tujuh tulang(anggota sujud): di


11 | P a g e

atas dahi dan Baginda mengisyaratkan dengan tangannya ke atas hidungnya - kedua-
dua belah tangan, dan kedua-dua lutut dan kedua-dua hujung kaki.

(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Bacaan ketika sujud : ‫سبحان ربي األعلى‬

Maksudnya : Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi

Tatacara 14 : Duduk Antara Dua Sujud

Setelah sujud, kita mengangkat kepala sambil mengucapkan takbir intiqal Allahu
Akbar, kemudian terus duduk dengan tenang. Duduk ini dinamakan duduk antara
dua sujud, sebab masih ada duduk yang lain lagi. Ketika duduk seperti ini kita
membaca seperti apa yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas r.a :

‫اللهم اغفرلي وارحمني وارفعني واجبرني وارزقني واهدني وعافني واعف عني‬

Maksudnya : Ya Allah, Ampunilah dosaku, belas kasihanilah aku, dan angkatlah


darjatku dan cukupkanlah segala kekuranganku dan berilah rezeki kepadaku, dan
berilah aku petunjuk dan sejahterakanlah aku dan berilah keampunan kepadaku.

(Riwayat at-Tirmizi,no 284 dan Abu Daud, no 850. Al-Hakim)

Tatacara 15 : Sujud Kedua

Setelah kita duduk antara dua sujud, kita sujud pula untuk kali kedua seperti
sujud yang pertama dengan mengucapkan takbir intiqal “Allahu Akbar” dan
membaca tasbih seperti sujud yang pertama. Semua keadaanya adalah sama seperti
sujud pertama tadi.

Tatacara 16 : Duduk Tasyahud/Tahiyat Awal

Dalam solat fardhu yang mempunyai jumlah rakaatnya tiga atau empat, maka
ketika dalam rakaat kedua kita duduk untuk membaca tasyahud. Disebut tasyahud
kerana pada bacaan tahiyat ada dua kalimah syahadah. Manakala disebut tahiyat
kerana dimulai dengan kata-kata “attahiyyatu”, yang beerti penghormatan.
12 | P a g e

Kalangan para ulama dan mazhab telah sepakat bahawa, duduk tasyahud awal
dan membaca bacaanya hanyalah sunat sahaja.

Bacaan tasyahud awal :

‫ السالم علينا‬. ‫ السالم عليك أيها النبي ورحمة هللا وبركته‬. ‫التحيات المباركات الصلوات الطيبات هلل‬
‫ و أشهد أن محمدا عبده ورسله‬. ‫ أشهاد أن ال إله إال هللا‬. ‫وعلى عباد هللا الصالحين‬

Setelah meneliti perbincangan dan hhujag para ulamak silam dan kotemporari
sekadar yang termampu, penulis cenderung kepada pandangan jumhur untuk
menaikkan jari telunjuk tanpa menggoyangkannya. Yang penting ia bukanlah termasuk
dalam bab rukun dan wajib solat. Sunat untuk melihat jari telunjuk semasa menaikkan
jari ketika tasyahhud berdasarkan hadis di atas.

Tasyahud 17 : Tasyahud Akhir

Selepas tasyahud awal, Nabi SAW akan bangkit dengan bertakbir dan mengangkat
tangan sebagaimana terangkan sebelum ini.

‫ السالم علينا وعلى عباد هللا‬. ‫ السالم عليك أيها النبي ورحمة هللا وبركته‬. ‫التحيات المباركات الصلوات الطيبات هلل‬
‫ كما صليت على آل‬، ‫ وعلى آل محمد‬، ‫ اللهم صلى محمد‬.‫ و أشهد أن محمدا رسول هللا‬. ‫ أشهاد أن ال إله إال هللا‬. ‫الصالحين‬

‫ كما باركت على إبراهيم وعلى آل إبراهيم في العالمين إنك حميد مجيد‬،‫ وبارك على محمد وعلى آل محمد‬.‫إبراهيم‬.

Tatacara 18: Salam

i. Setelah selesai membaca tahiyat akhir dan berdoa dengan berdoa dengan baik,
sampailah masanya untuk menamatkan solat dengan melafazkan salam. Hukum salam
yang pertama adalah wajib dan yang kedua adalah sunat. Demikian menurut
pandangan jumhur ulama’. Pergerakan ketika salam adalah dengan memalingkan kepala
ke kanan sehingga ke pipi kanan nampak seluruhnya daripada arah belakang sambil
mengucapkan kata salam, iaitu ‫ السالم عليكم ورحمة هللا‬. Menurut perbincangan para ulama
fiqh dan hadis, terdapat individu yang ingin beramal dengan beberapa amalan sapu
muka sebelum tamat solat. Antaranya :

i . Untuk melakukan perlakuan yang sama seperti yang disebut dalam hadis daif. Iaitu
13 | P a g e

menyapu dahi dengan tangan kanandan baca doa yang disebut dalam hadis tersebut.

ii. Tidak beriktikad bahawa amalan ini adalah sunnah Rasulullah SAW, kerana disiplin
bagi memakai hadis daif adalah dengan tidak meyakini nasbahnya kepada
Rasulullah.

iii. Tidak menjadikan ia setanding atau seperti ibadat khusus, malah perlu disedari
bahawa ia perbuatan yang mustaqil(terasing) daripada pergerakan asal solat.
Ringkasnya, bolehlah dianggap ia sebagai satu pergerakan yang dibuat di luar solat.

7.0 LARANGAN-LARANGAN DALAM SOLAT

Rasulullah SAW melarang seseorang yang bersolat daripada menahan air kecil atau
besar, dan bersolat dengan menggunakan khouf yang sempit, sebab semuanya itu akan
mengganggu kekhusyukkan solat. Dilarang juga mendirikan solat bagi orang yang lapar
dan bersolat dengan menutup mulut dengan kain.

Maksud lapar itu bolehlah disamakan orang yang mempunyai keperluan yang sangat
penting. Jadi, bagi orang yang lapar henddaklah makan terlebih dahulu dan bagi mereka
yang berkeperluan hendaklah menyelesaikan dahulu. Mengenai larangan bersolat bagi
orang yang lapar, larangan ini diambil dari sabda Rasulullah SAW yang berbunyi:

Ertinya : “Apabila hidangan makan malam telah disediakan dan iqamat untuk
mendirikan solat telah diucapkan, maka mulakanlah dengan makan malam dahulu”

(Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim)

Adapun larangan menutup mulut dengan kain sewaktu solat, larangan itu diambil
dari hadis Rasulullah SAW yang berbunyi:

Ertinya : “Rasulullah SAW melarang seseorang itu menutup mulutnya di waktu


solat.” (Diriwayatkan oleh Hakim)

Dimakruhkan juga jika seseorang itu meniup-niup tanah sewaktu sujud atau
meratakan kedudukan batu-batu kecil dengan tangannya. Makruh menyandarkan badan
sewaktu berdiri.
14 | P a g e

8.0 PENUTUP

Perlu kita ketahui bahawa kekhusyukkan dalam solat itu seumpama manusia, roh
dan hidupnya. Oleh itu, kehadiran hati dan keikhlasan adalah seumpama roh kepada
manusia serta kehidupannya. Sementara itu, rukun-rukun solat itu pula adalah
merupakan hati,kepala dan jantungnya. Tanpa rukun-rukun itu, solat seakan-akan tiada,
sebagaimana manusia yang tiada berhati, berkepala dan berjantung.

Solat itu adalah suatu ibadat dan persembahan yang baik dan sempurna dapatlah
seseorang itu mendekatkan dirinya kepada Allah SWT.

Solat itu adalah persembahan yang akan dihadapkan kepada hadrat Allah SWT dan
selanjutnya akan dikembalikan semula dan dipertontonkan kepada orang yang
melakukannya esok(di akhirat kelak). Hendaklah kita melakukannya dengan sebaik-baik
dan seindah mungkin apa yang kita persembahkan itu pada hari pembalasan kelak.

Terserah kepada diri kita sendiri, apakah kita akan mempersembahkan sesuatu yang
baik atau yang buruk? Hal ini kerana, kalau baik, maka ia akan dikembalikan pada kita
sendiri dalam keadaan baik, dan kalau buruk, maka kita sendiri pula yang menanggung
akibatnya.
15 | P a g e

9.0 RUJUKAN

1. Abdullah bin Ahmad Al-’Allaf, 2012, Jangan Asal Solat, Selangor, Jasmin

Publications.

2. Al-Syeikh Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi Ad-Dimasqi,2009,Mutiara Ihya’


Ulumuddin,Ipoh Perak Darul Ridzuan, BukuBuku.

3. Doktor Zaharuddin Bin Abd Rahman, 2013, Formula Solat Sempurna,


Kuala Lumpur, Telaga Biru Sdn. Bhd .

4. Jom Solah Facebook Page https://facebook.com/jomsolah

5. Mohd Faiz Bin Mohd Shah Al-Hashimi, 2015, Fiqh Islam Mudah, Johor,

Perniagaan JAHABERSA.

6. Rohidzir Rais,Fuad Ismail & Mohd Wahid Abd.Hanif, 2011, Ensiklopedia Solat,
Kuala Lumpur, Telaga Biru Sdn.Bhd.

7. Syeikh Muhammad Mutawalli Sya’rawi, 2007, As-Sirah An-Nabawiyah, Selangor,

Berlian Publications Sdn Bhd.


16 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai