Anda di halaman 1dari 20

FIQH ISLAMI

KONSEP IBADAH DALAM ISLAM


PENGENALAN

Konsep ibadah dalam islam bukan hanya terbatas kepada soal-soal ta’abbudi
seperti solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya. Malah ia meliputi pengertian yang
sangat luas dan mendalam. Ibadah merupakan pengabdian diri sepenuhnya
kepada Allah SWT kerana segala urusan dunia dan Akhirat bersumberkan petunjuk
dan ajaran Allah semata-mata. Selain itu, ibadah juga berfungsi menjalinkan
hubungan dengan Allah Ta’ala dalam segala hal. Hubungan inilah sebenarnya yang
menjadi pokok pangkal dan asas utama pendidikan Islam keseluruhannya.
PENGERTIAN IBADAH
Abu Al-Ala Al-Maududi telah mentarifkan ibadah daripada segi bahasa dan istilah di dalam
bukunya. Asas-asas Islam seperti berikut :

Bahasa : ‫ عبد – ي عبد – عبادة‬Merendah diri, tunduk, patuh dan taat


Istilah : Taat, tunduk, patuh dan merendah diri kepada Allah SWT

Jelasnya, ibadah ialah pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah SWT

Al-Quran menjelaskan bahawa ibadah sebagai ubudiyyah dan ketaatan. Firman Allah:

Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda benda yang baik (yang halal) yang
telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya
beribadat kepadanya. (Al-Baqarah; 2:172)
HUBUNGAN ANTARA AQIDAH DAN IBADAH
Bila seseorang itu mempunyai aqidah yang kukuh maka;
• Hidupnya hanyalah untuk beribadah kepada Allah
sebagaimana firman Allah ;

“Dan tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu.” (Adz-Dzariyat:56)

Perintah dalam ayat ini adalah perintah untuk beribadat kepada Allah SWT semata-mata, menghambakan diri
dengan sepenuhnya kepada Allah dan hikmah diciptakan jin dan manusia.
• Menolak segala kepatuhan & ketaatan yang selain daripada ketaatan kepada Allah SWT
Firman Allah ;

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan Rasul pada tiap-tiap umat(untuk menyerukan): Sembahlah
Allah dan jauhilah thoghut.” (Al-Nahl:36)
KEISTIMEWAAN IBADAH DALAM ISLAM
• Bebas daripada perantaraan
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Zumar ayat 3;

“Ingatlah! (hak Yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah Segala Ibadat dan bawaan Yang
suci bersih (dari Segala rupa syirik) dan orang-orang musyrik Yang mengambil selain dari Allah
untuk menjadi Pelindung dan Penolong (sambil berkata): “Kami tidak menyembah atau memujanya
melainkan supaya mereka mendampingkan Kami kepada Allah sehampir-hampirnya”, -
Sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah
tidak memberi hidayah dan petunjuk kepada orang-orang Yang tetap berdusta (mengatakan Yang
bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik)”
• Tidak membebankan
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 286;

“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala
kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya.
(Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan Kami salah
jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai tuhan kami! Jangan Engkau bebankan kepada Kami
bebanan yang berat sebagaimana Yang telah engkau bebankan kepada orang-orang yang
terdahulu kepada kami. Wahai Tuhan kami! Jangan Engkau pikulkan kepada kami apa yang Kami
tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan
berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai
kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir”
• Tidak terikat dengan masa atau tempat
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;

“Seluruh muka bumi ini adalah dijadikan masjid”


-Riwayat Abu Daud-

Islam juga tidak membataskan tempat atau waktu untuk umatnya beribadat kepada Allah SWT. Di
mana sahaja manusia boleh beribadah sebagai contoh di dalam bilik kuliah, pejabat, gerai jualan
dan sebagainya selama mana menepati syarat-syarat yang ditetapkan oleh Islam. Begitu juga
dengan masa yang diperuntukkan selama 24 jam sehari semalam boleh digunakan untuk beribadah
tanpa keterbatasan waktu.

• Skop ibadah sangat luas


Keluasan ibadah di dalam Islam merangkumi hubungan manusia dengan Allah, sesama manusia dan
alam sekitar dengan syarat ia dilakukan dengan ikhlas kerana-Nya dan menepati syarat-syarat yang
lain. Ini berbeza dengan agama atau kepercayaan yang lain iaitu mereka telah memisahkan antara
ibadah dengan urusan kehidupan.
PEMBAHAGIAN IBADAH
Untuk memudahkan bahasan dan perbincangan kita berhubung dengan ibadah ini, ulama’-ulama’
Islam membahagikan ibadah kepada dua bahagian;

• Ibadah Khusus
• Ibadah Umum

1. Ibadah Khusus
Ibadah khusus atau formal adalah ibadah yang struktur, sistem dan peraturan-peraturan
mengenainya telah ditentukan oleh syariat Islam yang lengkap dan terperinci serta mesti dipenuhi
dengan sempurna. Bentuk ibadah ini tidak boleh direka dan dicipta sendiri seperti solat, puasa,
zakat dan haji. Ibadah ini juga dikira sebagai fardu ain.
2. Ibadah Umum
Ibadah umum ialah pengabdian diri secara tidak langsung kepada Allah SWT seperti segala perbuatan manusia
serta gerak-geri dalam kegiatan hidup mereka yang memenuhi syarat-syarat berikut;

1) Amalan yang dikerjakan itu diakui oleh syarak dan sesuai dengan Islam.
2) Amalan tersebut tidak bercanggah dengan syariat, tidak zalim, khianat dan sebagainya
3) Amalan tersebut dikerjakan dengan niat ikhlas semata-mata kerana Allah SWT.

Antara amalan tersebut ialah aktiviti atau amalan manusia di ladang, di kilang, di pejabat dan di mana-mana
sahaja dan pada bila-bila masa tanpa terikat dengan satu jangka masa yang tertentu.

Firman Allah swt;

“Lelaki yang tidak dilalaikan mereka oleh perniagaan atau jual beli dari mengingati Allah, mendirikan sembahyang
dan mengeluarkan zakat mereka takut kepada suatu hari yang (di hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang”.
(An-Nur: 37)
SYARAT PENERIMAAN IBADAH
• Beriman kepada Allah SWT
Iman merupakan neraca bagi setiap amalan. Tanpanya tiada suatu amalan akan diterima Allah SWT.
Contohnya, sebanyak mana pun wang yang diderma oleh seseorang yang tidak beriman kepada
Allah, tidak akan dinilai-Nya sebagai ibadah walaupun perbuatan tersebut amat mulia disisi Islam.

• Ikhlas kerana Allah SWT


Setiap amalan yang tidak diniatkan ikhlas kerana Allah semata-mata tidak dikira sebagai ibadah
walaupun perbuatannya nampak cantik di mata manusia. Contohnya seseorang yang mengerjakan
ibadat haji supaya dilihat oleh manusia sebagai seorang yang warak dan zuhud sedangkan niatnya
bukan kerana Allah maka amalannya tertolak di sisi Allah.
• Ittiba’
Beribadah tanpa mencontohi Rasulullah SAW juga tidak diterima di sisi Allah SWT. Sebagai contoh,
kisah beberapa orang sahabat yang dating menemui Rasulullah SAW untuk mengetahui cara ibadah
Baginda. Ada di antara mereka yang tidak mahu berkahwin, tidak mahu makan daging, tidak mahu
tidur di waktu malam untuk beribadah lalu ditempelak oleh Rasulullah SAW. Baginda menyatakan
bahawa Baginda sendiri berkahwin dan bekeluarga, Baginda makan daging dan Baginda juga tidur di
waktu malam.

• Tidak lalai daripada menunaikan tanggungjawab yang wajib


Dalam melaksanakan tugas seharian, manusia tidak harus mengabaikan tanggungjawabnya kepada
Allah SWT. Contohnya seseorang peniaga yang berniaga atas alasan ingin mencontohi Rasulullah
SAW tetapi lalai daripada menunaikan solat fardu, tidak menunaikan zakat maka ia tetap tidak dikira
sebagai ibadah di sisi Allah SWT.
ASAS ASAS IBADAH
• Ketundukkan
Menurut, mengikut dan mendekatkan diri dengan segala perintah Allah yang disyariatkan Allah.
Ketundukan ini berasaskan kepada perasaan sedar terhadap keesaan Allah dan kekuasaanNya di
atas segala sesuatu dibandingkan dengan kedaifan dan kekerdilan diri sendiri.
• Kecintaan
Kepatuhan ini hendaklah juga lahir dari rasa cinta kepada Allah. Ia berdasarkan kesedaran
manusia terhadap limpah kurnia Allah, nikmat-nikmat dan rahmatNya. Kesedaran ini juga lahir
daripada rasa kagum terhadap kemuliaan dan kesempurnaan Allah.
SALAH FAHAM TERHADAP PENGERTIAN IBADAH
• Ibadah dalam Islam adalah berlainan sama sekali dengan konsep dan amalan agama-agama lain
atau kepercayaan-kepercayaan lain. Ianya bukan perbuatan mengasingkan diri, ianya juga tidak
terbatas kepada tempat-tempat tertentu sahaja atau hanya dilakukan melalui perantaraan orang-
orang tertentu.

• Konsep-konsep ini tidak wujud di dalam syariat Islam. Namun demikian pengaruh konsep asing ini
telah dapat juga meresap ke dalam kehidupan sebahagian besar daripada masyarakat Islam. Oleh
itu timbullah pelbagai tanggapan terhadap ibadah.

• Ada yang menganggap ibadah ini tertumpu kepada solat,puasa,zakat dan haji sahaja. Terdapat
juga kalangan umat Islam yang mengaku beribadah kepada Allah SWT tetapi tindak-tanduknya
menunjukkan bahawa ia melaksanakan ubudiyyah kepada seseuatu yang lain daripada Allah.
Ada yang berpendapat bahawa ruang likup ibadah itu tidak ada kaitan dengan urusan mayarakat,
terutamanya dalam politik dan pemerintahan. Semua ini adalah tanggapan yang salah.
KESAN PENERIMAAN IBADAH

 Hidup akan diberkati Allah SWT


 Hidup dalam ketenangan
 Dimurahkan rezeki
 Menambahkan ketaqwaan kepada Allah
 Keimanan diri akan bertambah
 Amal Maaruf Nahi Mungkar
 Badan cergas otak cerdas
 Beristiqomah
HIKMAH DAN FALSAFAH
IBADAH SOLAT, PUASA, ZAKAT & HAJI
• Solat
⁻ Dalam solat jelas tergambar ibadah lisan dengan membaca ayat-ayat Al-Quran, bertakbir, bertasbih
dan berdoa. Terdapat ibadah hati dengan ikhlas, khusyuk mencintai dan merasakan Allah sentiasa memerhati
dan mengamati amal hamba-Nya.
⁻ Solat mnjadikan seseorang itu tentang kedudukannya sebagai hamba Allah. Selain itu , mnyebabkan rasa
takut dan berharap kepada Allah yang ditanam oleh ibadah solat akan memimpin di dalam seluruh hidupnya
hinggakan seluruh tindak-tanduknya dipengaruhi oleh sifat-sifat yang terkandung didalam solat tersebut.

• Zakat
- Zakat beerti kesucian dan kebersihan. Ini beerti kesucian jiwa seseorang mukmin tidak dapat dicapai
terhadap harta bendanya melalui zakat. Oleh itu zakat adalah salah satu asas persaudaraan Islam, ia
melenyapkan sikap mementingkan diri yang selalu menjadi punca kelemahan sesuatu masyarakat.
- Zakat adalah asas penting bagi penubuhan sebuah masyarakat Islam yang bertaqwa.
• Puasa
⁻ Matlamat puasa ialah supaya kita menjadi orang yang bertaqwa kepada Allah SWT, sebagaimana firman Allah ;

‘’Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-
orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.’’

⁻ Dalam ibadah puasa, orang-orang beriman dilatih supaya bersedia untuk berkorban demi untuk kepentingan
Islam melalui menanggung kesusahan,kelaparan,kedahagaan dan keletihan. Puasa yang disyariatkan
bertujuan untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT.

• Haji
⁻ Seseorang mukmin yang telah melalui proses haji akan kekal bersama-sama pengalaman melaksanakan
ibadah tersebut. Malahan hatinya akan sentiasa rindu untuk terus berkunjung semula ke Tanah Suci demi
mencurahkan rasa kecintaanya kepada Allah SWT di Baitullah.
KEPENTINGAN IBADAH DALAM MEMBINA
UMMAH
Tiang-tiang ibadah mengembangkan kebaikannya kepada seluruh ruang lingkup kehidupan manusia sehingga
manusia dibanjiri dengan kebaikan dan manfaatnya.

• Solat
⁻ Solat yang benar-benar khusyuk akan mempengaruhi seluruh kehidupan sesorang itu hingga merasakan jijik
untuk melakukan kejahatan atau kemungkaran. Sebagaimana firman Allah SWT ;

‘’Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran dan
dirikanlah sembahyang (dengan tekun) ; sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji
dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan
(ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.’’
(Al-Ankabut:45)
• Zakat
⁻ Sistem zakat pula mengembangkan daya kerja yang tinggi di kalangan orang-orang yang beriman. Orang yang
benar-benar beriman menganggap bekerja dan menambah rezeki adalah dengan satu tujuan sahaja iaitu
mendapatkan keredhaan Allah dengan mengeluarkan sebahagiaan daripada pendapatan yang diperolehi ke
jalan Allah iaitu memberi sedekah dan membayar zakat dan jihad fisabilillah.
• Puasa
⁻ Tujuan utama puasa pula ialah mewujudkan taqwa kepada para mukmin. Puasa yang
mengukuhkan sifat taqwa di dalam jiwa mukmin akan menjadikan seseorang itu ikhlas dengan
sepenuh hatinya dalam melaksanakan segala perintah Allah, sanggup melakukan tugas-tugas yang
berat dalam mentaati Allah dan lebih mengutamakan kepentingan ummat Islam daripada
kepentingan peribadinya.

• Haji
⁻ Manfaat haji yang besar adalah dorongan bagi seluruh ummat Islam mengukuhkan kesatuan
Islam. Kesatuan ummat Islam merupakan tunjang kekuatan yang paling utama yang dapat
memimpin ummat Islam manusia.
KESIMPULAN

• Konsep ibadah dalam islam adalah amat luas dan menyeluruh, merangkumi tingkah laku dan
amalan manusia seluruhnya yang dikerjakan menurut ajaran islam. Ibadah mempunyai kaitan
yang rapat dengan akhlak. Menerusi abadah yang betul melahirkan kelakuan yang baik dan
bersopan dan berakhlak mulia. Nilai akhlak berpunca daripada agama ditetapkan oleh Al-Quran
dan Al-Sunnah. Setiap amalan yang memenuhi syarat-syarat berkenaan boleh menjadi ibadah.
Oleh itu ibadah dalam Islam bukanlah terhad kepada amalan-amalan ibadah yang ritual semata-
mata seperti sembahyang, zikir, puasa, haji dan sebagainya yang disebut sebagai ibadah khusus,
tetapi ibadah merangkumi, kerja-kerja kemasyarakatan dan sosial, mencari rezki, sahinggalah
kepada mengurus dan mentadbir negara; semuanya itu akan menjadi ibadah sekiranya ia
dilakukan menurut cara dan kehendak Islam serta niat dari hati yang ikhlas semata-mata kerana
Allah SWT.
RUJUKAN

• Al-Quran dan Hadis.


• Burhanuddin Hilmi. (ibadah dalam islam)
http://www.slideboom.com/presentations/317274/BURHANUDDIN-HILMI%28ibadah-dalam-i
slam%29

• Cadiejacadier. Ibadah dalam islam . http://belajaribadat.blogspot.my/

• Dr. Sulaiman Al-Asyqar. 2008. Sukses dengan ibadah. Mesir. Jasmin Enterprise.

• Mohammad Zaini Yahaya et al. 2014. Tafsir Mudhu’iy Ibadah. Dewan Bahasa dan Pustaka.

• Rujukan buku Lecturer.

Anda mungkin juga menyukai