Anda di halaman 1dari 68

ISI KANDUNGAN

BIL

PERKARA

MUKA SURAT

Isi Kandungan

Pengenalan

Pengertian Ibadat

Konsep Ibadah

Hukum Meninggalkan Solat

21

Kaedah Penyembelihan Secara Moden

34

Refleksi

65

PENGENALAN
Konsep ibadah dalam Islam bukan hannya terbatas kepada soal-soal taabbudi seperti
solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya. Malah ia meliputi pengertian yang sangat luas
dan mendalam. Ibadah merupakan pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah
Subhanahu wa Taala, kerana segala urusan dunia dan Akhirat bersumberkan petunjuk
dan ajaran Allah semata-mata. Selain itu, ibadah juga berfungsi menjalinkan hubungan
yang berterusan antara hamba dengan Allah Taala dalam segala hal. Hubungan inilah
sebenarnya yang menjadi pokok pangkal dan asas utama pendidikan Islam
keseluruhannya.

Pengertian Ibadat.
Pengertian Ibadat;
Ibadat ialah memperhambakan diri atau mengabdikan diri kepada Allah melalui aktiviti
atau amalan yang diperintahNya dan meninggalkan yang dilarangNya dalam semua
aktiviti dan aspek kehidupan.
ATAU
Menurut istilah syarak: Taat, patuh dan merendahkan diri sepenuhnya kepada Allah.
mengikut peraturan dan suruhan Allah sebagaimana ditetapkan di dalam al-Quran dan
as.Sunnah Rasulullah s.a.w. Kepatuhan ini hendaklah dilakukan secara berterusan
setiap masa sehingga ke akhir hayat. Ia merangkumi makna tunduk dan cinta kepada
Allah.
Ibadat terbahagi kepada dua bahagian;Iaitu Ibadat Khusus (khas) dan Ibadat Umum
(am).
(1) Ibadat Khusus:
Ibadat Khusus terbahagi kepada dua bahagian iaitu wajib dan sunat.Ibadat wajib ialah
ibadat yang wajib ditunaikan atau wajib dilaksanakan kerana ia merupakan rukun Islam,
jika ditinggalkan hukumnya berdosa, ibadat-ibadat itu seperti mengucapkan dua
kalimah syahadah, solat fardu, puasa Ramadan, mengeluarkan zakat dan menunaikan
fardu Haji serta meninggalkan larangan Allah.
Manakala ibadat Sunat ialah ibadat yang digalakkan atau mendapat pahala berkali
ganda jika dilakuknya tetapi tidak berdosa jika ditinggalkan. seperti solat sunat, puasa
sunat, membaca al.Quran dan seumpamanya.

(2) Ibadat Umum:


Ibadat Umum ialah segala aktiviti atau amalan selain daripada ibadat khusus, di mana
aktiviti tersebut tidak bertentangan dengan perintah Allah, ibadat ini mempunyai banyak
pilihan seperti makan gaji, berniaga, bertani, menjadi nelayan dan seumpamanya.
Aktiviti ini tidak akan dikira ibadat sekiranya mengabaikan suruhan dan larangan Allah,
seperti berniaga melibatkan riba, kerja makan gaji tetapi ponteng atau curi tulang atau
mengamalkan rasuah dan seumpamanya.
Demikianlah huraian secara ringkas mengenai ibadat iaitu merangkumi ibadat khusus
dan ibadat umum, diharap penerangan yang ringkas ini dapat membantu individu
tertentu bagi meningkatkan kefahaman Islam dalam menuju ke arah Kehidupan Bersih.
Kerja Amal Kebajikan.
Kerja atau aktiviti yang dianggap atau dikira amal kebajikan atau yang mendapat pahala
ialah kerja atau aktiviti yang tidak melibatkan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.
Islam tidak menghalalkan cara. Sesuatu yang dianggap atau diakui baik ialah sesuatu
yang dilakukan itu sememangnya diiktiraf baik oleh Islam dan cara pelaksanaannya pun
baik iaitu menurut syariat Islam.
Mencuri atau menerima rasuah bertujuan untuk disedekahkan kepada orang fakir dan
miskin, tujuannya baik tetapi cara dan kaedahnya tidak baik. Maka Islam menilai
perbuatan itu adalah jahat atau maksiat, perbuatan seperti itu umpama mengorek di
sesuatu tempat untuk menutup lubang di tempat yang lain, akhirnya wujud lubang yang
baru, oleh itu tujuan hendak menyelesaikan masalah tidak berjaya dan sebaliknya
dalam waktu yang sama tanpa disedari mewujudkan pula masalah yang baru.
Ini menggambarkan akal manusia mempunyai kemampuan terhad, oleh itu akal
manusia perlu disepadukan dengan wahyu Allah yang dibawa oleh RasulNya.
sekiranya kita ingin menyelesaikan berbagai masalah masyarakat atau penyakit
masyarakat yang mana pada masa sekarang sedang dialami di mana-mana dan setiap
masa.

Konsep dan falsafah ibadat


Dari segi bahasa, ibadah, abdiyyah atau ubudiyyah bererti taat, tunduk, patuh,
merendah dan menyerah diri. Menurut ahli bahasa, ibadat dibezakan daripada perkara
lain berdasarkan darjat ketundukan dan ketaatan sesesorang kepada Allah s.w.t. Oleh
itu dari sudut istilah, ibadat ialah darjah ketaatan dan ketundukan yang tertinggi yang
hanya boleh diberikan kepada zat yang tertinggi iaitu Allah s.w.t.
Menurut Ibn Taymiyyah (1263 1328M), ibadat ialah nama yang mencakupi semua
perkara yang disukai dan diredai oleh Allah sama ada dalam bentuk perkataan serta
perbuatan yang zahir dan batin.
Dalam hal ini, ibadat perlu dibezakan daripada abdiyyah. Abdiyyah sekadar tunduk,
taat dan patuh di hadapan seseorang atau sesuatu. Sedangkan ubudiyyah dan ibadah
menuntut ketaatan, kepatuhan yang dipenuhi rasa cinta, kesyukuran, kemuliaan dan
pergantungan harapan yang tertinggi. Dengan itu, abdiyyah boleh diberikan kepada
makhluk tetapi ibadah dan ubudiyyah hanya untuk Allah s.w.t.
Muhammad Abduh (1849 1905M), seorang pakar Sejarah Islam mengatakan bahawa
ibadat itu dibezakan dari ketundukan dan kepatuhan berdasarkan motifnya jika
motifnya ialah perkara dan tujuan zahir seperti kerajaan dan kekuasaan maka itu tidak
dinamakan ibadah tetapi jika motifnya lahir dari keyakinan bahawa yang disembah itu
ialah zat tertinggi dan teragung maka itu dinamakan ibadah.

Matlamat ibadat
Menurut Iman Syathibi (1388M), ibadat dalam Islam mempunyai beberapa matlamat
yang jelas dan keutamaan yang tersendiri. Antara matlamat utama ibadat dalam Islam
adalah seperti berikut:
1. Mengingati Allah s.w.t.
Ibadat dapat menjadikan seseorang itu tunduk dan ingat kepada Allah s.w.t. dengan
ikhlas serta meletakkan dirinya sebagai hamba yang kerdil sesuai dengan firman Allah
s.w.t. yang bermaksud:
Dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.
(Surah Thaaha: 14)
Sesungguhnya solat itu mencegah kekejian dan kemungkaran dan mengingat Allah
Maha Agung.
(Surah al-Ankabut: 45)
Malah Rasulullah s.a.w. sendiri bersabda:
Tidak lain diwajibkan solat, diperintahkan haji dan disyariatkannya pelbagai ibadat itu
adalah untuk menegakkan sikap mengingat akan Allah Taala.
(HR. Abu Daud)
2. Bermunajat dengan Allah s.w.t.
Ibadat membolehkan anda berkomunikasi dengan Allah s.w.t. tanpa jurubicara dan
jurubahasa. Hubungan yang akrab antara hamba dan Pencipta Alam Semesta amat
indah sebagaimana yang diungkapkan oleh Nabi Muhammad s.a.w :
Solat itu membahagi antara-Ku dan antara hamba-Ku dua bahagian dan bagi hambaKu apa yang dia pinta. Maka apabila hamba itu membaca: Allhamdulillah Rabbil Alamin;
Allah s.w.t. menjawab: Hamba-Ku memuji-Ku. Apabila dia membaca Ar-Rahmanir
Rahim, Allah menjawab: Hamba-Ku menyanjung-Ku. Apabila dia membaca: Maliki
6

yuamiddin, Allah menjawab : Hamba-Ku memuliakan-Ku. Apabila dia membaca Iyyaka


Nabudu Wa Iyyaka Nastainu, Allah menjawab: Ini antara-Ku dan hamba-Ku dan bagi
hamba- Ku apa yang dia pinta. Apabila dia membaca: Ihdinash Sirathal Mustaaqim
Shirathal Ladzina An amta Alaihim Ghairil Maghdhubi Alaihim Waladh dhallin, Allah
menjawab: Ini untuk hamba-Ku dan bagi hamba-Ku apa yang dia pinta.
(HR. Muslim)
Begitulah bentuk ibadat langsung antara orang yang beribadat dengan Allah s.w.t. Anda
tidak memerlukan orang tengah untuk memohon pertolongan jika anda menghadapi
masalah dalam hidup. Kuasa ibadat dalam Islam ialah menghubungkan manusia terus
kepada Allah Yang Maha Perkasa.
Subhanallah, indah sungguh hubungan luar biasa ini.
3. Daya pencegah perbuatan keji dan mungkar
Untuk makluman anda, ibadat adalah daya pencegah maksiat dan penghapus dosa
yang amat mujarab untuk manusia. Hal ini kerana manusia tidak dapat lari daripada
melakukan kesilapan dan dosa. Maka ibadat seperti solat, puasa, haji dan perbuatan
yang diredai Allah s.w.t. dapat menolong seseorang daripada melakukan perbuatan keji
dan mungkar. Malah Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
Bacalah apa yang diwahyukan kepada-Mu iaitu al-Kitab (al-Quran) dan dirikanlah solat.
Sesungguh solat itu mencegah daripada perbuatan-perbuatan keji dan mungkar. Dan
mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaan) daripada ibadat-ibadat lain.
Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.
(Surah al-Ankabut: 45)

Jadi, matlamat ibadat adalah untuk membantu manusia agar sentiasa terpelihara
daripada dorongan dan hasutan yang jahat yang boleh menghancurkan kebahagiaan
hidup manusia.
4. Agar hidup penuh ketenangan dan kesyukuran
Ibadat juga dapat membina kehidupan yang tenang, aman dan damai serta menjadi
manusia sentiasa bersyukur kepada Allah s.w.t. Nabi s.a.w. bersabda:
Kami jadikan dia (solat) saat beristirahat, ya Bilal .
(HR. Daraqutni dan Abu Daud)
Aku jadikan kesejukan mataku dalam solat.
(HR. Ahmad, Nasaee, Hakim dan Baihaqi)
Ibadat dalam Islam bukan hanya niat kerana Allah semata-mata tetapi mesti dibuktikan
dengan pergerakan jasmani, tumpuan hati dan akal. Anda sendiri dapat lihat dalam
ibadat solat, jasmani, hati dan akal mampu berfungsi secara serentak.

KONSEP IBADAH
Ibadat dalam Islam mempunyai ciri-ciri yang tersendiri yang berbeza sama sekali
daripada konsep ibadah di dalam agama dan kepercayaan yang lain. Antara ciri-ciri
tersebut ialah tidak ada sebarang perantaraan di antara Allah dan manusia, dan ibadat
dalam Islam tidak terikat dengan sesuatu tempat atau masa yang tertentu. Rasulullah
SAW bersabda. ( Terjemahannya ):
Seluruh muka bumi ini adalah masjid untukku; Suci dan bersih.
Ibadat itu terdiri daripada berbagai bentuk, bukan satu macam sahaja sehingga
manusia merasa tidak jemu dalam menunaikan ibadatnya. Peningkatan ibadat itu pula
berbeza dan beraneka rupa sesuai dengan perangai, kecenderungan dan minat
manusia itu sendiri
Ibadat di dalam Islam merangkumi segala kegiatan manusia dari segi rohaniah dan
jasmaniah. Tiap-tiap seorang muslim boleh mencampurkan urusan dunia dan akhirat,
inilah kombinasi yang indah di dalam Islam yang tidak terdapat di dalam agama-agama
lain.
Pintu untuk membuat ibadat adalah terbuka di semua penjuru. Semua aktiviti manusia
sehingga makan dan minum pun boleh menjadi ibadat jika ia berniat untuk
mengumpulkan tenaga bagi memperjuangkan perkara-perkara yang baik seperti yang
disuruh oleh Islam.

RUANG LINGKUP IBADAH


Islam amat istimewa hingga menjadikan seluruh kegiatan manusia sebagai ibadah
apabila diniatkan dengan penuh ikhlas kerana Allah demi mencapai keredhaanNya
serta dikerjakan menurut cara-cara yang disyariatkan olehNya.
Islam tidak membataskan ruang lingkup ibadah kepada sudut-sudut tertentu sahaja.
Seluruh kehidupan manusia adalah medan amal dan persediaan bekalan bagi para
mukmin sebelum mereka kembali bertemu Allah di hari pembalasan nanti.
Hakikat ini ditegaskan oleh Allah di dalam Al-Quran:
Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan
menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan
Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang
yang bertaubat). (Al-Mulk:2)
Oleh itu ruang lingkup ibadah dalam Islam sangat luas. Ia adalah seluas tempoh hayat
seseorang Muslim dan kesanggupan serta kekuatannya untuk melakukan apa saja
amal yang diredhai oleh Allah dalam tempoh tersebut.

10

PENGERTIAN IBADAH
Abu Al-Ala Al-Maududi telah mentarifkan ibadah daripada segi bahasa dan istilah di
dalam bukunya Asas-asas Islam seperti berikut:
Bahasa: Merendah diri, tunduk, patuh dan taat
Istilah : Taat, tunduk, patuh dan merendah diri kepada Allah. Jelasnya, ibadah ialah
pengabdian dir sepenuhnya kepada Allah subhaanahu wa taaala.
Al-Quran menjelaskan bahawa ibadah sebagai ubudiyyah dan ketaatan. Firman Allah:
Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal)
yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu
hanya beribadat kepadanya. (Al-Baqarah:1-2)
Sementara itu banyak terdapat ayat al Quran dan al Hadis yang mewajibkan supaya
beribadat. Di antaranya:
Maksudnya :
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk mereka
menyembah dan beribadat kepadaKu.
(Az-Zaariyat : 56)
Firman Allah SWT lagi:
Maksudnya :
Wahai sekalian manusia beribadahlah kepada Tuhan kau yang telah menciptakan
kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu (menjadi orangorang yang) bertaqwa.
(Al-Baqarah : 21)

11

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :


Apakah dia Ihsan ? Jawab baginda: Ihsan bahawa kamu menyembah Allah seolaholah kamu melihatNya, maka jika kamu tidak melihatNya maka sesungguhnya Dia
melihat kamu.
Daripada ayat dan hadis di atas boleh dibuat kesimpulan berikut:
1. Allah SWT menciptakan umat manusia dan memerintah mereka supaya melakukan
ibadat serta menjunjung perintahNya dan meninggalkan larangan-laranganNya.
2. Tujuan sebenar Allah SWT menciptakan manusia ialah untuk beribadat. Manusia
diwajibkan beribadat kepada Allah SWT serta mengemukakan ibadah-ibadahnya,
hanya kepada Allah tanpa menyekutui Allah dengan sesuatu makhluk.
3. Mewajibkan dan tugas beribadat sentiasa dituntut hingga sampai menemui Allah,
seseorang itu tidak akan terlepas daripada tugas tersebut walaupun jiwanya telah
meningkat tinggi dan sentiasa dalam perhubungan yang kuat dengan tuhannya.
4. Setiap peribadatan hendaklah berdasarkan keikhlasan yang lahir daripada hati yang
redha, sebagai mengabdikan diri kepada Allah SWT.
SYARAT-SYARAT BAGI SESUATU AMALAN (ADAT) MENJADI IBADAH.
Yusuf Al-Qardhawi di dalam bukunya Ibadah Dalam Islam telah memberikan syaratsyarat supaya sesuatu itu mendapat status ibadah:
-amalan yang dikerjakan itu mestilah bersesuaian dengan hukum Islam dan
tidak bercanggah dengan hukum tersebut.
baik atau kerana Allah.
-eloknya bagi menepati oleh
Rasulullah:
Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang daripada kamu membuat sesuatu kerja
dengan memperelokkan kerjanya. (Muslim)
12

tersebut, hendaklah sentiasa menurut hukum-hukum syara


dan ketentuan batasnya, tidak menzalimi orang lain, tidak khianat, tidak menipu, tidak
menindas orang lain dan merampas hak-hak orang.
-ibadah khusus seperti solat, zakat, dan sebagainya
dengan melaksanakan ibadah-ibadah umum.
Ibadat Bergantung Kepada Niat.
Antara fungsi niat yang terpenting ialah:
Membezakan antara ibadah dengan adat. Contohnya mandi pada pagi Hari Raya,
akan jadi ibadah jika ada niat mandi sunat Hari Raya. Jika tiada niat akan jadi amalan
bangun pagi mandi mencuci diri.
Membezakan antara sesuatu ibadat dengan ibadat lain. Contohnya, niat puasa untuk
ibadah puasa dan niat solat untuk ibadah solat.
Membezakan antara fardhu dengan sunat dalam ibadah yang sama jenis. Contohnya,
niat menentukan sama ada hendak solat fardhu atau sunat kerana cara
perlaksanaannya adalah sama.
Membezakan antara fardhu dengan fardhu itu sendiri. Contohnya, jika seseorang itu
menanggung kewajipan berpuasa sebab qadha, nazar dan kifarah, niatnyalah yang
menentukan kewajipan mana yang hendak dilaksanakan.
Niat juga boleh menentukan sama ada boleh mendapat ganjaran pahala daripada
perbuatannya ataupun lagha sahaja, seperti duduk di dalam masjid dengan niat iktikaf
dan masuk masjid untuk berehat sahaja, maka yang niat iktikaf dapat pahala
sedangkan yang tidak berniat tidak mendapat apa-apa pahala.
Niat juga dapat menentukan sesuatu perbuatan yang dilaksanakan oleh seseorang
sama ada haram atau harus seperti seorang perempuan yang meninggalkan perhiasan
dan bauan kerana kematian seorang lelaki yang bukan suaminya lebih daripada tiga
hari. Jika ia berbuat demikian bukannya kerana berkabung di atas kematian itu maka
perbuatan itu adalah harus.
13

Niat juga dapat menjadi neraca atau penilaian di dalam menentukan sama ada
sesuatu perbuatan itu mendapat pahala atau mendapat seksa seperti seorang yang
menyimpan al Quran di rumahnya, sedangkan ia tidak membacanya, jika niat untuk
kebaikan akan mendapat pahala, tetapi jika ia menyimpan kerana perhiasan sematamata tidaklah mendapat apa-apa pahala. Begitu juga seorang yang makan hingga
kenyang, jika ia berniat mengikut nafsu adalah berdosa, tetapi jika dengan niat
bertaqwa., beribadat maka ia mendapat pahala.
Niat juga menjadi penentu kepada sesuatu perkara sama ada ia sabit hukum atau
tidak. Contohnya, membunuh dengan niat (sengaja membunuh) lebih berat daripada
membunuh tanpa niat (tidak sengaja).
Ketika Rasulullah SAW berserta sahabat pergi berperang ke Tabuk baginda bersabda
(terjemahannya):
Sesungguhnya ada beberapa kaum yang kita tinggalkan di Madinah, tiada menempuh
kita sekalian akan sesuatu lereng ataupun lembah, melainkan mereka itu bersamasama dengan kita juga. Jadi memperolehi pahala seperti yang berangkat untuk
berperang itu. Mereka itu terhalang oleh sesuatu keuzuran.
Yang dimaksudkan dengan mereka bersama-sama kita di atas itu ialah kebaikan niat
mereka, yakni andai kata ada bekalan pasti mereka mengikutnya.
Sabda Rasulullah lagi (terjemahannya):
Setiap hamba itu akan dibangkitkan menurut keadaan yang ia berniat mati untuknya.

14

PEMBAHAGIAN IBADAH .
Ibadah terbahagi kepada dua iaitu khusus dan umum:
1. Ibadah khusus
Merupakan perintah-perintah yang wajib dilakukan sebagaimana yang terkandung di
dalam Rukun Islam seperti solat, puasa, zakat, haji dan beberapa amalan khusus
seperti tilawah Al-Quran, zikir dan seumpamanya.
Ianya bersifat taufiqiyyah, iaitu dilaksanakan menurut garis-garis yang ditunjukkan oleh
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dan berhenti setakat sempadan yang telah
ditentukan oleh syara dan sebagaimana yang dilakukan sendiri oleh Rasulullah
sallallahu alaihi wasallam tanpa boleh ditambah atau dikurangkan atau membuat
sebarang perubahan terhadapnya. Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam:
Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku sembahyang.
(Sahih Bukhari)
2. Ibadah umum
Segala perkara atau amalan selain daripada kumpulan ibadah khusus di atas yang
dilakukan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. Ini termasuklah seluruh
perbuatan manusia dalam kehidupan sehariannya.
Ibadah umum dalam bentuk mengatur cara kehidupan seharian daripada pengurusan
keperluan peribadi sehinggalah kepada cara membina negara, perhubungan antara
bangsa, cara melaksanakan hukum dalam masa perang dan damai. Semuanya ada
peraturan-peraturan akhlak yang mulia daripada perspektif Islam yang boleh membuat
amalan-amalan kita itu menjadi ibadah.

15

MATLAMAT DAN KEPENTINGAN IBADAH DALAM PEMBENTUKAN JATI DIRI


MUSLIM
Tiang-tiang ibadah mengembangkan kebaikannya kepada seluruh ruang lingkup
kehidupan manusia sehingga manusia dibanjiri dengan kebaikan dan kemanfaatan
melaluinya. Solat yang benar-benar khusyu akan mempengaruhi seluruh kehidupan
seseorang itu sehingga ia merasakan jijik untuk dan benci untuk melakukan sebarang
kejahatan dan kemungkaran. Sebagaimana firman Allah:
Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari
Al-Quran dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu
mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah
adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan
apa yang kamu kerjakan. (Al-Ankabut:45)
Ruh yang dibawa oleh sistem zakat pula mengembangkan daya kerja yang tinggi di
kalangan orang-orang beriman. Orang yang benar-benar beriman menganggap bekerja
dan menambah rezeki adalah dengan satu tujuan sahaja iaitu untuk mendapatkan
keredhaan Allah dengan mengeluarkan sebahagian daripada pendapatan yang
diperolehi ke jalan Allah iaitu dengan memberikan sedekah dan membayar zakat dan
jihad fisabilillah.
Tujuan utama puasa pula ialah untuk mewujudkan taqwa kepada para mukmin. Puasa
yang mengukuhkan sifat taqwa di dalam jiwa mukmin akan menjadikan seseorang itu
ikhlas dengan sepenuh hatinya dalm melaksanakan segala perintah Allah, sanggup
melakukan tugas-tugas yang berat dalam mentaati Allah dan lebih mengutamakan
kepentingan ummat Islam daripada kepentingan peribadinya.
Manfaat haji yang besar adalah dorongan bagi seluruh ummat Islam mengukuhkan
kesatuan Muslim. Kesatuan ummat Islam merupakan tunjang kekuatan yang paling
utama yang dapat memimpin ummat manusia.

16

Kesimpulannya, setiap ibadah itu jika dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh akan


dapat melahirkan ummah yang kuat, bersatu dan diredhai oleh Allah subhaanahu wa
taala.

17

MEMAHAMI IBADAH DALAM ASPEK PEMAKANAN


(HALALAN THOYYIBA)
Konsep Makanan Halalan Thoyyiba
Halal - Bahasa : dibenarkan atau dibolehkan
- Istilah : segala sesuatu yang boleh dikerjakan atau dimakan atau dibenarkan oleh
syarak. Sesuatu yang tidak ditegah oleh syarak.
Thoyyiba : Bermaksud baik, bermutu dan berkualiti.
Makanan halalan thoyyiba bermaksud makanan yang halal lagi baik dan suci. Baik itu
juga bermakna bermutu, berkualiti dan lebih menekankan kepada kebersihan semasa
pengendalian dan pemprosesan.
Maksud Firman Allah SWT : Maka makanlah yang halal lagi baik dari rezeki yang telah
diberikan Allah kepadamu, dan bersyukurlah nikmat Allah, jika kamu hanya kepada-Nya
saja menyembah An-Nahl : 114
Ciri-Ciri Thoyyiba
1. Halal
2. Disembelih kerana Allah SWT (bagi haiwan darat kecuali belalang)
3. Mempunyai zat dan nutrien secukupnya unutk badan
4. Dimasak sehingga matang
5. Cara pengendalian dan pemprosesan yang bersih
6. Disimpan, Dihidang/dibungkus dengan baik
7. Kawasan persekitaran yang bersih dan tidak tercemar

18

Binatang yang haram dimakan


1. Daging babi, anjing dan keturunannya
2. Arak, alkohol, tuak dan segala yang memabukkan
3. Darah kecuali hati dan limpa
4. Binatang karnivor( makan daging)
5. Binatang yang disembelih bukan kerana Allah SWT
6. Binatang yang makan sampah seperti burung gagak
7. Sesuatu yang datang dari manusia seperti uri.
8. Sesuatu yang memudharatkan dan beracun jika dimakan.
Kenapa babi HARAM dimakan?
Terdapat kuman dan parasit yang merbahaya kepada kesihatan manusia seperti kuman
taenia solium, faciolopis buski, paragonimus, cloronorchis senesis, erysipelothorix
rhnsiphatiae, cacing pita, cacing gelang dan cacing kerawit. Penyakit yang mungkin
dihadapi sekiranya seseorang makan babi ialah:
1. Sering kekejangan urat
2. Kehilangan tumpuan
3. Kulit jadi kasar dan kemerahan ketika tua
4. Penyakit membunuh H1N1
5. Penyakit Japanese Encephalitis akibat gigitan nyamuk culex

19

Kenapa arak HARAM diminum?


Arak mengandungi alkohol yang boleh memabukkan dan menghilangkan kewarasan
akal fikiran. Kesan yang mungkin dihadapai oleh seseorang yang minum arak ialah:
1. Lemah jantung
2. Darah tinggi
3. Gangguan pelbagai komplikasi urat saraf
4. Rumahtangga retak dan hancur
5. Dibuang kerja/ ulang semester bagi pelajar kerana cuai dan tidak datang ke kelas.
Hikmah Pemakanan Halalan Thoyyiba

raka

-anak yang soleh dan solehah

20

HUKUM MENINGGALKAN SOLAT


Ibadah solat merupakan satu bentuk ibadah yang paling utama di sisi Allah Subhanahu
wa Ta'ala. Ianya merupakan rukun Islam yang kedua setelah mengucap dua kalimah
syahadah. Nabi Muhammad shalallahu 'alaihi wasallam pernah ditanya tentang apakah
Islam, lantas baginda menjawab:
Islam itu dibangunkan atas lima perkara, Syahadah bahawa tiada Tuhan kecuali Allah
dan bahawa Muhammad adalah Rasul Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat,
puasa di bulan Ramadhan dan haji ke rumah Allah (Baitullah). (Hadis riwayat Imam alBukhari no: 8)
Tidak seperti ibadah lain, kewajipan ibadah solat diwahyukan terus kepada Nabi
Muhammad shalallahu 'alaihi wasallam pada malam berlakunya peristiwa Isra Miraj
tanpa melalui perantaraan malaikat Jibril. Ini sebagaimana dijelaskan oleh Malik bin
Anas radhiallahuanh:
Pada malam Isra difardhukan kepada Nabi shalallahu 'alaihi wasallam solat sebanyak
lima puluh kali, kemudian dikurangkan hingga lima kali (sehari) kemudian diseru (oleh
Allah), Wahai Muhammad! Sesungguhnya ketetapan-Ku tidak akan diubah. Dan
bagimu dengan solat lima kali (sehari) akan mendapatkan pahala sebanyak solat lima
puluh kali. (Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi no: 197)
Ini menunjukkan keagungan dan keistimewaan ibadah solat yang melebihi ibadahibadah lain. Ibadah solat juga merupakan tiang yang asas bagi agama Islam dan
sekiranya tiang ini runtuh maka runtuhlah segala-galanya berkaitan dengan agama. Ini
sebagaimana sabda Nabi shalallahu 'alaihi wasallam:
Pangkal semua urusan agama adalah Islam, dan tiangnya adalah solat, dan puncak
tertingginya adalah jihad. (Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi no: 2541)
Beginilah tingginya martabat ibadah solat di sisi Islam. Maka tidaklah menghairankan
sekiranya perkara yang mula-mula dihisab ketika di hari akhirat nanti adalah ibadah
solat. Jika seseorang itu tidak bersolat maka sia-sialah segala amal ibadahnya yang
lain. Ini sebagaimana sabda Nabi shalallahu 'alaihi wasallam:
21

Sesungguhnya yang pertama kali di hisab bagi seseorang hamba di hari kiamat dari
amal-amalnya ialah solatnya, jikalau solatnya itu adalah baik maka dia termasuk dalam
orang yang bahagia lagi beruntung dan jikalau amal solatnya rosak maka dia termasuk
orang yang rugi dan tidak beruntung... (Hadith riwayat Imam al-Tirmidzi no: 378)

Oleh itu seharusnya seluruh umat Islam memberi perhatian yang tinggi terhadap
kesempurnaan ibadah solat ini kerana implikasi ibadah solat terhadap diri kita semua
sebagaimana yang telah saya paparkan di atas adalah begitu besar. Namun sayang
seribu kali sayang kerana masih ramai dari kalangan umat Islam yang melalaikan
ibadah solat. Insya-Allah melalui risalah ringkas ini penulis akan cuba membentangkan
tentang hukum meninggalkan solat secara sengaja tanpa uzur syari. Semoga risalah ini
akan dapat membuka hati mereka yang selama ini mengambil sikap acuh tak acuh
dalam melakukan solat untuk bertaubat dan kembali semula kepada jalan yang haq
(benar).

22

HUKUM BAGI MEREKA YANG MENINGGALKAN SOLAT DENGAN SENGAJA


Ulama telah berbeza pendapat tentang hukum mereka yang meninggalkan solat
secara sengaja. Kita boleh bahagikan pendapat ulama ini kepada dua iaitu:
a) Golongan pertama berpendapat bahawa meninggalkan solat secara sengaja kerana
malas atau lalai tanpa mengingkari akan kewajipannya maka mereka tergolong di
dalam golongan yang fasik (melakukan dosa besar) tetapi tidak kafir. Bagi mereka yang
meninggalkan solat secara sengaja dan menolak akan kewajipannya maka mereka
adalah kafir yang mengeluarkan mereka dari agama Islam. Golongan ini berpendapat
bahawa semua bentuk kesalahan di atas muka bumi ini masih boleh diampunkan oleh
Allah 'Azza wa Jalla kecuali dosa syirik. Ini sebagaimana firman-Nya:
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan
(syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut peraturan hukum-hukum-Nya);
dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka
sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh. (al-Nisaa (4) :116)
Mereka juga berpendapat bahawa sesiapa sahaja yang tidak mengsyirikkan Allah
Subhanahu wa Ta'ala (termasuk mereka yang lalai dalam solat) tetap layak untuk
menerima syafaat Nabi shallahu 'alaihi wasallam di hari akhirat kelak. Hanya mereka
yang masih Muslim sahaja yang boleh menerima syafaat baginda tersebut. Nabi
shallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Bagi setiap Nabi ada doa yang dimakbulkan Tuhan. Maka semua Nabi itu bersegera
mengajukan permohonannya. Tetapi saya menyimpan doa saya itu untuk memberi
syafaat kepada umatku di hari kiamat. Dan ia akan mencapai insya-Allah orang yang
mati tanpa mempersekutukan Allah dengan suatupun juga. (Hadis riwayat Imam Muslim
no: 199)

23

b) Golongan kedua berpendapat mereka yang meninggalkan solat secara sengaja


kerana malas atau lalai baik dia mengakui kewajipan solat atau tidak, kesemua mereka
ini termasuk di dalam golongan yang kafir dan terkeluar dari agama Islam. Mereka ini
hendaklah bertaubat serta mengucapkan dua kalimah syahadah semula. Dalil-dalil
yang menyokong pendapat kedua ini adalah begitu banyak dan lebih khusus
berbanding dengan dalil-dalil yang berbentuk umum yang diguna-pakai oleh golongan
pertama. Ayat-ayat al-Quran dan Hadis-hadis Nabi shallahu 'alaihi wasallam yang
sahih secara jelas menunjukkan bahawa ibadah solat adalah penentu keimanan
seseorang. Meninggalkan solat dengan sengaja boleh menyebabkan pelakunya gugur
keimanannya. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
Patutkah Kami (berlaku tidak adil, dengan) menjadikan orang-orang Islam (yang taat),
sama seperti orang-orang yang berdosa (yang kufur ingkar)? Apa sudah jadi kepada
akal kamu? Bagaimana kamu menetapkan hukum (yang terang-terang salahnya itu)?
Adakah kamu mempunyai sesebuah Kitab (dari Allah) yang kamu baca dan pelajari?
Bahawa di dalam Kitab itu membolehkan kamu mendapat apa sahaja yang kamu pilih?
Atau adakah kamu mendapat akuan-akuan yang ditegaskan dengan sumpah dari Kami,
yang tetap hingga hari kiamat, menentukan bahawa kamu dapat mencapai apa yang
kamu putuskan? Bertanyalah kepada mereka: "Siapakah orangnya di antara mereka
yang menjamin benarnya hukum: bahawa mereka akan mendapat di akhirat apa yang
didapati oleh orang Islam?" Atau adakah mereka mempunyai sekutu-sekutu (yang
sefaham dengan mereka? Kalau ada) maka hendaklah mereka membawanya, jika betul
mereka orang-orang yang benar. (Ingatkanlah orang-orang yang tidak beriman) akan
masa didedahkan kedahsyatan huru-hara (hari kiamat), dan mereka diseru supaya
sujud maka mereka tidak dapat melakukannya, Sambil pandangan mereka tunduk
malu, serta mereka diliputi kehinaan; dan sesungguhnya mereka (di dunia) dahulu
telahpun diseru supaya sujud (tetapi mereka enggan) sedang mereka dalam keadaan
sihat. (al-Qalam (68) : 35-43)

24

Allah Subhanahu wa Ta'ala memulakan ayat ini dengan menyanggah mereka yang
menyamakan taraf hamba-hamba-Nya yang taat kepada perintah-Nya dengan mereka
yang ingkar atau kafir. Kemudian Allah Subhanahu wa Ta'ala menggambarkan kedaan
huru-hara ketika di alam akhirat dan Allah Subhanahu wa Ta'ala memerintahkan
hamba-hamba-Nya supaya sujud menyembah-Nya. Namun bagi mereka yang
dahulunya di dunia tidak bersujud (bersolat) kepada Allah secara sengaja tanpa uzur,
mereka tidak mampu untuk bersujud kepada-Nya berserta orang-orang Islam yang lain.
Ini menunjukkan, bahawa mereka itu termasuk golongan orang-orang kafir dan munafik
yang mana ketika semua umat Islam bersujud kepada Allah 'Azza wa Jalla namun
mereka enggan kerana tidak mampu. Andaikata mereka masih termasuk di kalangan
orang-orang Islam tentu mereka mampu bersujud kepada-Nya di alam akhirat kelak.
Beginilah hinanya mereka yang tidak mengerjakan solat ketika kehidupan mereka di
dunia ini. Allah Subhanahu wa Ta'ala menghinakan mereka malah menyingkirkan
mereka dari barisan orang-orang Islam.
Allah Subhanahu wa Ta'ala juga menyamakan mereka yang tidak bersolat dengan
golongan Kufur Takzib iaitu mereka yang mendustakan ajaran yang di bawa oleh
Rasulullah shallahu 'alaihi wasallam. Kufur Takzib ini adalah termasuk di dalam kategori
Kafir Akbar iaitu satu bentuk kekafiran yang boleh menyebabkan pelakunya kekal di
dalam neraka selama-lamanya. Firman-Nya:
(Oleh sebab orang yang kufur ingkar tidak percayakan hari akhirat) maka ia tidak
mengakui kebenaran (yang diwajibkan meyakininya) dan dia tidak mengerjakan solat
(yang difardhukan mengerjakannya)! Akan tetapi dia mendustakan, dan berpaling
ingkar! (al-Qiyaamah (75) : 31-32)

25

Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang ingkar): "Taatlah dan kerjakanlah solat",
mereka enggan mengerjakannya. Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang
yang mendustakan (perintah-perintah Allah dan laranganNya)! (al-Mursalaat (77) : 4849)
Mereka yang tidak bersolat bukan sahaja dianggap sebagai tidak beriman dengan
perintah Allah 'Azza wa Jalla malah mereka juga adalah termasuk di kalangan golongan
Kafir iba wal Istikbar (keengganan dan kesombongan) yang juga sebahagian dari jenisjenis Kafir Akbar. Ini adalah kerana mereka yang sengaja meninggalkan solat bukannya
tidak mengetahui akan kerfardhuannya dan azab yang bakal mereka hadapi sekiranya
enggan mengerjakannya, namun mereka tetap ingkar disebabkan kesombongan yang
wujud di dalam jiwa mereka. Sikap ini adalah sakan-akan dengan kelakuan Iblis ketika
Allah Subhanahu wa Ta'ala memerintahkannya untuk sujud kepada Nabi Adam alaihi
al-Salam. Iblis tidak menafikan ketuhanan Allah 'Azza wa Jalla namun di sebabkan
kesombongannya yang menganggap dirinya lebih mulia dari Nabi Adam alaihi al-Salam
maka Iblis ingkar kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Hubungan antara mereka yang
meninggalkan solat dengan Kafir iba wal Istikbar adalah sebagaimana firman-Nya:
Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami
hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat
itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan
menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula
tidak bersikap sombong takbur. (al-Sajda (32) : 15)
Oleh itu bagi mereka yang enggan bersujud (bersolat) kepada Allah 'Azza wa Jalla
maka keimanannya telah lenyap dan terpalitlah sifat sombong serta takbur kepada
Allah 'Azza wa Jalla.

26

Ancaman tentang kafirnya mereka yang meninggalkan solat secara sengaja ini juga
pernah disuarakan oleh Nabi shalallahu 'alaihi wasallam sebagaimana sabdanya:
Perjanjian di antara kita (orang Islam) dan mereka (orang kafir) ialah solat, dan
barangsiapa meninggalkan solat sesungguhnya dia telah menjadi seorang kafir. (Hadis
riwayat Imam al-Tirmidzi no: 2545)
Dan sabdanya lagi :
Sesungguhnya yang memisahkan antara seseorang dengan kesyirikkan dan kekufuran
adalah dengan meninggalkan solat. (Hadis riwayat Imam Muslim no: 82)
Jelas kedua hadis di atas menunjukkan bahawa mereka yang meninggalkan solat telah
kafir atau gugur keimanannya. Di akhirat kelak mereka akan diletakkan bersama
dengan Qarun, Haman, Firaun dan Ubai bin Khalf laknatullah yang kafir. Ini
sebagaimana diperjelaskan di dalam hadis berikut ini.
Dari Nabi shallahu 'alaihi wasallam bahawa pada suatu hari baginda memperingatkan
tentang solat maka baginda bersabda: Barangsiapa yang memeliharanya (yakni solat),
maka dia akan memperolehi cahaya, bukti keterangan dan kebebasan di hari kiamat.
Dan bagi mereka yang tidak mengendahkannya (yakni solat), maka dia tidak akan
memperolehi cahaya, bukti keterangan dan kebebasan, sedang di hari kiamat dia akan
bersama Qarun, Firaun, Haman dan Ubai bin Khalf. (Hadis riwayat Imam Ahmad no:
6288)

27

Apa kaitannya Qarun, Haman, Firaun dan Ubai bin Khalf dengan mereka yang
meninggalkan solat? Kebiasaannya mereka yang meninggalkan solat terdiri dari
mereka yang terlalu sibuk menguruskan harta, kerajaan, kekuasaan dan
perniagaannya. Maka menurut Syaikh Sayyid Sabiq rahimahullah:
Maka orang yang bimbang dengan harta, dia akan senasib dengan Qarun, dan yang
sibuk menguruskan kerajaan, dia akan bersama Haman dan sesiapa yang terperdaya
oleh kebesaran dan urusan pemerintahan dia akan ditemankan oleh Firaun, sedangkan
orang yang bimbang menguruskan perniagaan maka dia akan berada bersama Ubai
bin Khalf. (Syaikh Sayyid Sabiq Fikih Sunnah (edisi Terjemahan oleh Mahyuddin Syaf,
Victory Agencie, Kuala Lumpur, 1990) jilid 1,ms. 198)
Tambahan lagi para sahabat radhiallahu 'anhum telah berpendapat bahawa perbuatan
meninggalkan solat boleh menjerumuskan seseorang itu kepada kekafiran. Dari
Abdullah bin Syaqiq al-Uqaili, dia berkata:
Tidak ada satu amalanpun yang dipandang oleh para sahabat Muhammad shallahu
'alaihi wasallam bahawa meninggalkannya dapat menjatuhkan kepada kekafiran kecuali
solat. (Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi no: 2546)
Umar al-Khaththab radhiallahu 'anh juga pernah berkata: Tidak beragama Islam bagi
orang yang meninggalkan solat. (Riwayat Imam Ibnu Syaibah dalam al-Iman: 34,
dinukil dari kitab Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin, Majmu Fatawa Solusi
Problematika Umat Islam Seputar Aqidah dan Ibadah : Bab Ibadah, (edisi Terjemahan
oleh Furqan Syuhada, Qosdi Ridwanullah dan Irwan Raihan, Pustaka Arafah, Solo,
2002) ms. 322. Selepas ini buku ini akan disebut sebagai Majmu Fatawa : Bab
Ibadah.)
Sekianlah perbahasan para ulama tentang hukum meninggalkan solat. Apa pun jua
para ulama telah sepakat bahawa meninggalkan solat merupakan satu bentuk dosa
yang besar dan diancam siksa yang amat perit oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Penulis lebih cenderung dengan pendapat golongan kedua kerana dalil-dalil yang
mereka gunakan adalah lebih khusus berbanding dengan pendapat golongan yang
pertama. Penulis juga tertanya-tanya adakah layak bagi mereka yang meninggalkan
28

solat secara terus-menerus secara sengaja masih termasuk di dalam kelompok


golongan yang beriman bahawa solat itu disyariatkan? Secara logiknya tak mungkin
bagi mereka yang benar-benar yakin bahawa solat lima waktu itu difardhukan oleh Allah
'Azza wa Jalla dan mereka yakin bahawa meninggalkan solat itu termasuk dosa yang
besar serta diancam dengan azab yang perit tetapi di masa yang sama masih tetap
melalaikannya secara terus-menerus. Menurut Ibnu Qayyim rahimahullah:
Tidak mungkin orang yang terus-menerus meninggalkannya (yakni solat) itu meyakini
(beriman) akan kewajipannya. Kerana keimanan itu memerintahkannya untuk
melaksanakannya. Maka jika di hatinya tidak terdetik keinginan untuk melaksanakannya
tentulah tidak ada sedikitpun iman di hatinya. (Dinukil dari kitab Syaikh Muhammad bin
Shalih al-Utsaimin, Majmu Fatawa : Bab Ibadah, ms. 322)

29

HUKUMAN BUNUH TERHADAP MEREKA YANG TIDAK BERSOLAT


Menurut Imam al-Syafii rahimahullah:
Barangsiapa yang meninggalkan solat wajib sementara dia Muslim, maka dia harus
ditanya: Mengapa kamu tidak bersolat? Kalau dia menjawab: Saya terlupa. Maka
katakanlah: Solatlah ketika engkau ketika telah ingat. Jika dia menjawab: Kerana
saya sakit. Maka katakanlah kepadanya: Solatlah semampumu; berdiri, duduk atau
berbaring atau dengan isyarat. Apabila dia menjawab: Saya mampu untuk bersolat,
tetapi saya tidak solat dan saya akui solat itu wajib hukumnya. Maka katakanlah
kepadanya: Solat itu adalah amal yang tidak boleh diwakilkan kepada yang lain. Ia
wajib dikerjakan oleh kamu oleh itu bertaubatlah! Jika tidak kami akan membunuhmu.
(Dinukil dari kitab Manhaj Aqidah Imam Asy-Syafii Rahimahullah Taala, karya Dr.
Muhammad A.W. al-Aqil (edisi terjemahan oleh H. Nabhani Idris, Pustaka Imam AsySyafii, Bogor, 2002) ms. 170)
Demikianlah pendapat Imam al-Syafii yang juga merupakan pendapat majoriti ahli fiqh
seperti Imam Malik, Imam Ahmad, Ibnu Baththah, Said bin Jubair, Amir al-Syabi,
Ibrahim al-Nakhai, Abu Amr al-Auzai, Ayyub al-Sakhtiyani, Abdullah bin al-Mubarak,
Ishaq bin Rahawaih, Abdul Malik bin Hubaib, Ibnu Qudamah dan Ibnu Hazm
rahimahumullah.
Namun begitu hukuman bunuh ini hanya boleh dilaksanakan oleh penguasa Muslim
yang sah di sesebuah negara melalui proses kehakiman. Beginilah seriusnya hukum
terhadap mereka yang meninggalkan solat secara sengaja.

30

KESIMPULAN
Oleh itu meninggalkan solat secara sengaja tanpa keuzuran yang dibenarkan oleh
syarak bukanlah satu perkara yang enteng atau remeh. Ianya membabitkan status
Islam atau Kafir, neraka atau syurga. Ketahuilah bahawa solat itu adalah wajib ain dan
tiada yang terkecuali darinya walaupun sebesar mana kedudukannya di dunia ini dan di
mata masyarakat. Mengabaikannya bermakna anda mengundang kecelakaan yang
amat buruk, maka berwaspadalah kalian semua.

31

KONSEP PENYEMBELIHAN BINATANG DAH HIKMAHNYA : SATU KAJIAN


PERBANDINGAN EMPAT MAZHAB
PENDAHULUAN
1.1 Latar Belakang Masalah
Islam adalah agama atau cara hidup yang disediakan dan ditentukan oleh Allah. Setiap
orang Islam hendaklah sentiasa akur dan taat terhadap semua hukum dan peraturan
yang telah ditetapkan oleh Allah termasuklah dalam hal yang berkaitan dengan
makanan, minuman dan penyediaannya. Panduan utama yang ditetapkan oleh Allah
ialah makan dan minum hanya yang halal. Sesuatu yang diharamkan oleh Allah, maka
hukumnya adalah haram kecuali jika dalam keadaan darurat.
Memandangkan hampir semua penyediaan makanan harian menggunakan bahan
mentah yang datangnya dari daging binatang seperti ayam, lembu, kerbau, dan
kambing, maka faktor penyembelihan adalah amat penting sama ada sesuatu masakan
atau produk boleh diambil atau sebaliknya mengikut syariat Islam. Penyembelihan yang
dilakukan secara tradisi atau manual yang diamalkan dalam masyarakat zamanberzaman tidak begitu menimbulkan kekeliruan. Ini kerana kerja penyembelihan hanya
melibatkan beberapa ekor binatang dan sekadar memerlukan seorang dua tenaga
manusia. Apabila penyembelihan yang melibatkan pengeluaran komersial, amalan
secara tradisi tidak lagi ekonomik, cepat dan tidak mampu menampung permintaan
masyarakat, negara malahan pengguna muslim antarabangsa.
Sungguhpun demikian keunggulan dan ketetapan syariat Islam wajib dipatuhi dan
dijaga. Masyarakat Islam dan pihak yang terlibat dalam industri produk halal tidak kira
sama ada muslim ataupun bukan muslim sekarang mempunyai kesedaran terhadap
sumber makanan yang halal.
Sehubungan dengan itu, konsep makanan yang tidak halal dalam Islam ialah apa jua
makanan yang diharamkan seperti anjing dan babi dan makanan-makanan yang halal
tetapi diperolehi dengan cara yang haram seperti mencuri, rasuah, menipu, hasil

32

perjudian dan lain-lain, termasuk juga dalam jenis makanan yang haram ialah daging
haiwan yang tidak disembelih atau disembelih tetapi tidak mengikut kehendak syarak.
Oleh itu, perkara-perkara yang dibincangkan dapat memberikan panduan dan
pengetahuan dalam menangani isu pemakanan yang halal khususnya mengenai
penyembelihan. Apa yang menarik dalam kajian ini, ialah isu yang disentuh adalah
menjadi topik utama dalam kemusykilan masyarakat masa kini. Tujuan kajian ini juga
untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai penyembelihan halal, yang
menepati syarak dan sebagai sumber makan yang bersih. Melalui sumber makanan
yang halal dapat membentuk peribadi yang berakhlak dan akhirnya membentuk sebuah
masyarakat yang harmoni.

33

DEFINISI KONSEP PENYEMBELIHAN


2.1 Pendahuluan
Penyembelihan halal atau zabihah adalah perkara yang amat penting dalam syariat
Islam. Aspek ini begitu ditekankan secara khusus dalam hadis Rasulullah S.A.W.,
malah ia sebagai penentu terhadap sesuatu produk makanan halal. Memandangkan
hampir semua penyediaan makanan harian menggunakan bahan mentah yang datang
dari daging binatang seperti ayam, lembu, kerbau, dan kambing, maka faktor
penyembelihan adalah amat penting sama ada sesuatu masakan atau produk boleh
diambil atau sebaliknya mengikut syariat Islam.
Penyembelihan yang dilakukan secara tradisi atau manual yang diamalkan dalam
masyarakat zaman-berzaman tidak begitu menimbulkan kekeliruan. Ini adalah kerana
kerja penyembelihan hanya melibatkan beberapa ekor binatang dan sekadar
memerlukan seorang dua tenaga manusia. Apabila penyembelihan yang melibatkan
pengeluaran komersial, amalan secara tradisi tidak lagi ekonomik, cepat dan tidak
mampu menampung permintaan masyarakat, negara malahan pengguna muslim
antarabangsa, sungguhpun demikian keunggulan dan ketetapan syariat Islam wajib
dipatuhi dan dijaga.
Masyarakat Islam dan pihak yang terlibat dalam industri produk halal tidak kira sama
ada muslim atau bukan muslim sekarang mempunyai kesedaran terhadap sumber
makanan yang halal. Sehubungan dengan itu, penulis akan membincangkan panduan
dan pengetahuan dalam menangani isu pemakanan yang halal khususnya mengenai
penyembelihan binatang. Penulis juga berharap dapat memberikan kesedaran kepada
orang ramai mengenai penyembelihan yang halal, yang menepati syarak dan sebagai
sumber makanan yang bersih. Melalui sumber makanan yang yang halal dapat
membentuk peribadi yang berakhlak dan akhirnya membentuk sebuah masyarakat
yang harmoni.

34

2.2 Pengertian Penyembelihan


Penyembelihan dari segi bahasa ialah potong atau belah bagi menghilangkan nyawa
binatang. Dari segi syarak pula ialah menyembelih binatang yang mampu dikuasai dan
harus dimakan dengan memutuskan urat halkum, urat mari dan dua urat darah di kiri
dan kanan leher binatang tersebut.[1]
Ini adalah berasas pada sabda Rasulullah S.A.W. :

Maksudnya :
Sembelihan adalah di antara pangkal dagu dan pangkal leher.
(Riwayat Ibnu Abbas)
2.3 Dalil Pensyariatan Penyembelihan
Kedatangan agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. adalah rahmat
kepada manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan bahkan rahmat kepada sekalian yang
wujud di alam ini. Firman Allah S.W.T.:
Maksudnya: dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan
untuk (menjadi) rahmat bagi sekalian alam.
(surah al_Anbiya : 107)
Cara Islam mengatur hubungan manusia sesama manusia, malah juga hubungan
manusia dengan binatang dan seluruh alam ini, adalah bukti kerahmatan itu. Ini
termasuklah cara melakukan penyembelihan binatang. Islam telah memberi garis
panduan yang lengkap bagaimana untuk melakukannya.

35

Menyembelih binatang dengan aturan yang ditetapkan oleh hukum syarak adalah satu
jalan yang menyebabkan daging binatang itu halal dimakan di samping memenuhi
syarat-syarat yang lain.[2] Hal ini digambarkan dalam firman Allah S.W.T.:[3]
Maksudnya: Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak
disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya),
dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati
tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang
mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu
sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang sembelih atas nama berhala.
(Surah Al-Maidah (6) : 3)
Dan firman Allah S.W.T. :
Maksudnya:Maka makanlah dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang disebut
nama Allah ketika menyembelihnya, jika betul kamu beriman kepada ayat-ayatNya.
(Surah Al-Anam, 6:118)
Dengan ini jelas bahawa binatang yang halal itu hendaklah disembelih jika tidak
disembelih menurut cara Islam, maka ianya tidak halal dimakan. Kecuali dua jenis
binatang yang halal dimakan tanpa disembelih iaitu ikan dan belalang.
Sabda Rasulullah S.A.W. :
.
Bermaksud :
Dihalalkan bagi kita dua macam bangkai dan dua macam darah. Adapun dua macam
bangkai adalah bangkai ikan dan belalang. Sedangkan dua macam darah adalah hati
dan limpa.[4]
(Riwayat Ibnu Umar )

36

2.4 Hukum Penyembelihan


Hukumnya adalah wajib bagi binatang-binatang yang dapat dikuasai dan harus
dimakan. Bagi binatang-binatang yang tidak dapat dikuasai boleh disembelih atau
ditikam pada mana-mana bahagian tubuhnya untuk dimatikan seperti dalam memburu.
Selain itu, menyembelih haiwan yang halal dimakan seperti ayam, lembu dan kambing
untuk dijadikan makanan kepada orang Islam adalah wajib sekiranya haiwan-haiwan
tersebut mati tanpa disembelih atau disembelih tetapi tidak mengikut kehendak syarak,
ia dinamakan bangkai. Memakan bangkai hukumnya haram kecuali bangkai ikan dan
belalang.Menurut hukum Islam haiwan-haiwan yang mati tidak kerana disembelih sama
hukumnya dengan bangkai, iaitu haram memakannya.
2.4.1 Hukum-hukum Berkaitan dalam Penyembelihan
2.4.1.1 Perkara-perkara Haram Dalam Penyembelihan
a. Sembelihan bukan kerana Allah, seperti kerana berhala, untuk pemujaan atau
seumpamanya. Haram perbuatan itu dan haram memakannya.
b. Jika menyembelih berkata-kata, sama ada menyebut secara umum atau bertujuan
untuk menyekutukannya atau perkataan Bismillah digabungkan dengan nama-nama
selain Allah. Haram memakannya dan perbuatan menyekutukan itu membawa kufur.
c. Haram memakan dan haram ke atas seseorang di dalam Ihram menyembelih
binatang perburuan darat yang liar.
Firman Allah S.W.T.:[8]
Maksudnya: dan jaganlah kamu membunuh binatang perburuan sedangkan kamu
dalam Ihram.
(Surah Al-Maidah (7): 95)
d. Haram memakan sembelihan yang menggunakan pisau yang tumpul, kerana alat
sembelihan disyaratkan dari jenis yang tajam.

37

2.4.1.2 Perkara-perkara Sunat Dalam Penyembelihan


a. Sunat membaca Bismillah .
Meningalkannya tidaklah menyebabkan penyembelihan itu menjadi tidak sah dan
haram dimakan. Lebih afdhal membaca
b. Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.
c. Sunat membaringkan binatang yang hendak disembelih di lambung (rusuk) sebelah
kiri, diikat dua tangan dan sebelah kakinya yang sebelah kiri bagi binatang yang berkaki
empat dan dilepaskan iaitu tidak diikat kaki sebelah kanannya. Baringkan dengan
perlahan-lahan.
d. Sunat menyembelih ikan besar atau belalang besar.
e. Dihadapkan binatang itu ke kiblat atau memalingkan muka binatang ke arah kiblat
iaitu menghalakan lehernya sahaja atau anggota sembelihan dan tidak dihalakan
mukanya. Ini membolehkan penyembelih juga dapat mengadap ke arah kiblat. Hal ini
juga membolehkan tangan kanan memegang pisau dengan kuat dan tangan kiri
memegang kepala binatang tersebut.
f. Binatang yang panjang lehernya sunat disembelih di pangkal lehernya supaya cepat
mati.
g. Sunat disembelih oleh orang yang sudah baligh.
h. Memutuskan kedua-dua urat yang di kiri kanan leher (urat wadajain). Iaitu urat yang
berada di atas papan tengkok yang mengelilingi halkum. Ini boleh mencepat dan
memudahkan keluarnya roh, dan ini merupakan perkara ihsan pada penyembelihn
i. Sunat tidak menyembelih dihadapan binatang-binatang yang lain untuk dibawa ke
tempat sembelih.

38

2.4.1.3 Perkara-perkara Makruh Dalam Penyembelihan


a. Menyembelih binatang sedangkan binatang lain melihatnya.
b. Mematahkan batang leher sebelum hilang roh dan diamnya.
c. Menyelinap dan melapah kulitnya sebelum mati.
d. Memotong anggota binatang sembelihan sebelum mati.
e. Mencabut bulu sebelum hilang rohnya.
f. Tidak menghalakan mukanya kearah kiblat.
g. Menyembelih sehingga putus kepala (mengikut pendapat Syeikh Al-Ramli) dan
penyembelihan oleh orang buta pada binatang yang berkuasa.
h. Memindahkan binatang yang telah disembelih sebelum keluar rohnya.
i. Penyembelih orang yang berhadas besar, haid atau junub.
j. Menajamkan pisau dihadapan binatang yang hendak disembelih.
k. Makruh membaringkan binatang di pihak kanan.
2.5 Rukun Penyembelihan
Adapun rukun sembelih empat perkara iaitu ; penyembelihan atau sembelihan,
penyembelih, haiwan yang disembelih dan alat penyembelih. Sehubungan dengan itu,
penyembelihan dianggap sah apabila dilakukan dengan sengaja dan putus saluran
pernafasan dan saluran makanan di leher haiwan yang disembelih.
Jika pisau terjatuh mengenai leher haiwan lalu putus saluran pernafasan dan saluran
makanan pada lehernya maka daging haiwan itu haram dimakan, kerana tidak
disembelih dengan sengaja.

39

2.5.1 Penjelasan Bagi Rukun Penyembelihan


2.5.1.1 Penyembelih
Penyembelih harus terdiri dari orang Islam atau ahli kitab (Yahudi dan Kristian) yang
tidak buta serta berpegang dengan kitab Allah S.W.T. Dengan demikian,
penyembelihan yang dilakukan oleh orang musyrik, penyembah berhala, penyembah
api atau matahari, dan lain-lainnya, adalah tidak sah kerana mereka bukan ahli kitab.
Sembelihan ahli kitab itu halal kita makan, berdasarkan firman Allah S.W.T :
Maksudnya : Pada masa ini dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) yang lazatlazat serta baik-baik. Dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu
adalah halal bagi kamu, dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka
(tidak salah kamu memberi makan kepada mereka.
(Surah Al-Maidah (6) : 5 )
Menurut riwayat Al-Hakim dan disahihkannya bahawa Ibnu Abbas menghalalkan
sembelihan mereka itu kerana mereka itu beriman kepada Taurat dan Injil. Kata Ibnu
Abbas :

Bermaksud: sesungguhnya dihalalkan sembelihan Yahudi dan Nasrani di pihak mana
(selagi mana) mereka beriman dengan kitab Al-Taurat dan Al-Injil.
(Riwayat Al-Hakim dan Sahih)
Penyembelih paling baik adalah lelaki kemudian wanita, jika kedua-duanya beragama
Islam dan berakal, kemudian anak lelaki yang mumayyiz, kemudian barulah ahli kitab
yang lelaki dan ahli kitab yang wanita. Sehubungan dengan itu, sembelihan orang buta,
kanak-kanak dan orang mabuk adalah makruh, kerana kemungkinan sembelihan
mereka kurang tepat mengenai sasaranya.

40

2.5.1.2 Alat Penyembelih


Disyaratkan alat menyembelih hendaklah dari benda yang tajam yang boleh
memutuskan halkum dan mari iaitu kedua-dua urat besar yang ada di kerongkong
binatang tersebut. Ianya hendaklah dibuat daripada besi seperti pedang, pisau, anak
panah dan tombak atau daripada timah atau tembaga atau emas, atau perak, atau
daripada kayu atau buluh (sembilu) yang tajam atau kaca, atau batu tajam.
Setiap benda yang boleh memotong urat-urat leher dan mengalirkan darah sama ada
berupa besi, batu, sembilu atau kaca dan seumpamanya adalah halal digunakan untuk
menyembelih kecuali kuku, tulang dan gigi kerana ia adalah juzuk dari anggota manusia
yang dihormati.
Penyembelihan dengan menggunakan gigi, kuku atau tulang tidaklah halal kerana ianya
tidak diakui sebagai alat yang boleh digunakan untuk melakukan sembelihan. Maka
diharamkan memakan daging haiwan yang disembelih dengan gigi dan kuku. Dalilnya
sabda Rasulullah S.A.W. :

Maksudnya: Gigi dan kuku (tidak boleh dijadikan sebagai alat penyembelih). Gigi dalah
tulang, manakala kuku pula adalah sebagai pengganti pisau dikalanagan orang
habsyah.
(Hadith Riwayat Al-Bukhari: 24488,2507,3075, Muslim: 1968, Ahmad: 15379,15386,
Abu Daud: 2821 dan selain mereka itu)

41

Dalam proses penyembelihan berteknologi tinggi, pisau masih digunakan secara biasa.
Oleh itu, penyembelih harus memastikan alat untuk sembelih seperti pisau hendaklah
sentiasa tajam untuk memudahkan penyembelihan memutus urat dengan tepat.
Ketajaman pisau hendaklah dikekalkan kerana setiap penyembelihan terpaksa
memutuskan halangan bulu-bulu binatang seperti ayam sebelum mata pisau mencecah
pada kulit binatang untuk dilukakan. Ini bermakna mata pisau tersebut perlu kerap
diasah kerana cepat menjadi tumpul disebabkan melalui halangan bulu-bulu yang
banyak. Pisau yang tumpul menyebabkan penyembelihan tidak sempurna kerana uraturat saluran tidak diputuskan dengan tepat. Sehubungan dengan itu, pisau hendaklah
sentiasa bersih dari berlumuran darah dengan membasuhnya. Kesan-kesan darah yang
melekat pada pisau tersebut hendaklah dihapuskan sama ada ketika menyembelih atau
menyimpan.
2.5.1.3 Cara Penyembelihan
Penyembelihan ke atas binatang yang kita berkuasa iaitu berkeupayaan untuk
menangkapnya dan menyembelihnya adalah dengan memutuskan halqum dan urat
marinya. Halqum ialah saluran pernafasan dan mari pula ialah saluran makanan dan
minuman ianya terletak di bawah halqum.
Bagi penyembelihan cara luar biasa, iaitu binatang yang sukar ditangkap sama ada
semasa perburuan atau binatang jinak yang lari dan sukar ditangkap atau binatang
yang tidak dapat disembelih dilehernya seperti terjatuh ke dalam perigi dan sukar
dikeluarkan, penyembelihannya hanya memadai dengan melukakan mana-mana
bahagian pada tubuhnya dan menyebabkan ia mati.

42

2.5.1.4 Binatang Sembelihan


1. Binatang mestilah yang halal dimakan. Binatang yang haram dimakan, tidak sah
penyembelihannya, bahkan tidak menjadi halal dengan sembelihan itu.
2. Binatang ini berada di dalam hayat Mustaqirrah iaitu hidup yang sempurna ketika
memulakan penyembelihan. Binatang yang tidak berada di dalam keadaan hayat
Mustaqirrah di awal penyembelihan, jika disembelih adalah dianggap bangkai.
Sehubungan dengan itu, binatang yang disembelih juga binatang yang dapat dikuasai
dan halal dimakan. Binatang yang tidak halal dimakan di bahagikan kepada dua
kumpulan iaitu:
a. Binatang darat iaitu binatang yang tidak disembelih mengikut hukum syarak, babi,
anjing dan binatang yang bertaring yang menggunakan kuku untuk mencakar dan
membunuh haiwan-haiwan lain seperti harimau, beruang, gajah dan seumpamanya
serta binatang-binatang yang diperintah oleh Islam untuk membunuhnya seperti tikus,
kala, burung helang, dan seumpamanya. Selain itu juga, binatang yang dilarang oleh
Islam membunuhnya iaitu seperti semut, lebah dan burung belatuk. Binatang yang
dipandang jijik (keji) oleh umum seperti kutu, lalat, ulat dan seumpamanya. Binatang
yang hidup di darat dan di air iaitu dua alam seperti katak, buaya dan seumpamanya.
b. Binatang air ialah binatang yang boleh hidup secara hakikinya di dalam air sahaja.
Ianya adalah halal dan boleh dimakan kecuali yang beracun, memabukkan dan
membahayakan kesihatan manusia.

43

2.6 Syarat Sah Penyembelihan


Syarat bagi menghalalkan sesuatu penyembelihan iaitu :
a. Niat untuk menyembelih seekor binatang yang tertentu atau jenis tertentu. Apabila
tidak ditujukan niat itu pada diri binatang atau jenisnya tidaklah halal hasil
penyembelihan itu. Sebagai contoh, apabila jatuh pisau dari tangan seseorang tiba-tiba
terkena leher seekor binatang, lalu mati, tidaklah halal binatang itu, kerana tidak ada
niat atau tujuan untuk menyembelihnya.
b. Menyegerakan keluar roh binatang dengan memutuskan halqum dan mari. Jika
seseorang memotong lehernya dan seorang yang lain mencabut tali perutnya atau
dicucuk rusuk sebelah atau pangkal paha lalu ia mati, tidaklah halal binatang tersebut.
Kerana sahnya sembelihan adalah dengan syarat ianya mati disebabkan oleh
sembelihan itu semata-mata bukan disertai dengan debab-sebab lain.
c. Masih ada hayat Mustaqirrah (hidup yang sempurna) sebelum disembelih. Hayat
Mustaqirrah dapat dipastikan apabila didapati padanya pergerakan yang kuat, atau
terpancarnya darah walaupun diyakini akan mati beberapa ketika lagi, dan sekiranya
tidak ada tanda-tanda ini, tidaklah halal kerana adanya sebab iaitu luka atau terjatuhnya
dari sesuatu tempat yang memungkinkan akan mati.
d. Binatang yang disembelih hendaklah daripada yang halal dimakan, tidak harus
menyembelih binatang yang tidak halal dimakan, walaupun untuk merehatkannya.
e. Menyembelih dengan alat yang tajam, kecuali gigi, kuku, dan tulang.
f. Dilakukan sembelihan dengan sekali potong. Jika dipotong halqum kemudian
berhenti, kemudian disambung semula bagi menyempurnakannya, jika perbuatan yang
kedua itu mengikut urufnya (kebiasaanya) dianggap terpisah (bercerai) dari perbuatan
yang pertama, maka disyaratkan binatang itu masih berada dalam hayat mustaqirrah
ketika menyambung sembelihan itu.

44

Sekiranya perbuatan kedua ini tidak bercerai daripada yang pertama mengikut uruf,
tidaklah disyaratkan binatang itu berada dalam keadaan hayat mustaqirrah. Hal ini
seperti terangkatnya pisau kemudian dikembalikan semula dengan segera, atau
dikembalikan pisau kerana ada yang tidak terpotong dan diambil oleh orang lain dengan
segera, atau terjatuh daripada leher binatang lalu dikembalikan semula atau diambil
oleh orang dengan cepat, atau mengubahnya dan dipotong apa yang masih tinggal,
contoh-contoh diatas adalah harus, dengan syarat tidak tercerai dengan pekerjaan yang
kedua pada kadar masa yang lama pada uruf, jika bercerai perbuatan yang kedua
dengan yang pertama tidaklah halal sembelihan tersebut.
g. Penyembelih tidak berada dalam Ihram.
h. Penyembelih hendaklah seorang Islam atau Ahli Kitab. Tidak sah sembelihan orang
Majusi, penyembah berhala dan orang Murtad. Tidak sah sembelihan orang gila, mabuk
dan kanak-kanak yang tidak mumayyiz, walaupun pada binatang yang tidak kuasa
atasnya ini mengikut pendapat yang rojih. Makruh sembelihan yang dilakukan oleh
orang buta, dan haram ketika berburu. Dan haram penyembelihan yang bukan kerana
Allah seperti menyembelih kerana keramat, kerana roh datuk nenek, kerana penunggu
dan sebagainya.

45

2.7 Jenis Penyembelihan


2.7.1 Penyembelihan Korban
Korban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah
dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada Allah. Perintah berkorban telah
disyariatkan oleh Allah kepada kita pada tahun ke 2 hijrah bersamaan dengan perintah
solat Aidil Adha dan zakat.
Menyembelih binatang korban merupakan ibadah agung yang dilakukan umat Islam
setiap tahun pada hari raya korban. Orang yang menyembelih binatang korban, boleh
memanfaatkannya untuk memakan sebahagian daging darinya, mensedekahkan
sebahagian darinya kepada orang-orang miskin, menyimpan sebahagian dagingnya,
dan memanfaatkan yang dapat dimanfaatkan, misalnya ; kulitnya untuk qirbah (bekas
air) dan sebagainya.
2.7.2 Penyembelihan Akikah
Penyembelihan binatang an'am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang
baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah.
Hukum akikah ialah sunat muakkad bagi orang yang menanggung sara hidup kanakkanak tersebut. Jika anak itu lelaki disunatkan menyembelih dua ekor kambing,
manakala jika anak itu perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing. Binatang
seperti lembu, kerbau atau unta boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.

46

2.8 Hikmah Penyembelihan


Untuk melepaskan nyawa binatang dengan jalan yang paling mudah, yang dapat
meringankan dan tidak menyakiti atau meyeksanya. Dengan ini disyaratkan alat yang
digunakan itu hendaklah tajam. Sehubungan dengan itu, hikmat diharamkan
menggunakan alat-alat penyembelihan yang di tegah adalah kerana ianya menyakitkan
binatang, sedangkan Islam menyuruh mematikan binatang secara baik dan sopan,
dengan ini akan melahirkan rasa ihsan ke atas binatang bagi memupuk jiwa yang baik.
Selain itu, membezakan cara penyembelihan yang sah dan cara penyembelihan yang
tidak sah serta perbezaan cara penyembelihan orang-orang bukan Islam. Ini
menunjukkan Islam itu satu sistem hidup yang sempurna dan tersusun rapi, disamping
itu melatih manusia supaya mematuhi suruhan Allah S.W.T. sewaktu mendapat
makanan.
Disyaratkan supaya disembelih di leher kerana penyembelihan yang dilakukan pada
leher adalah untuk mempercepatkan matinya haiwan sembelihan dan cepat keluar roh
(nyawa). Selain itu juga, Darah yang mengalir keluar semuanya tidak mendatangkan
bau busuk berbanding dengan yang tidak keluar darah kerana memakan bangkai dan
darah tak ubah seperti haiwan. Sebahagian darah di tubuh haiwan yang halal dimakan
harus dikeluarkan dan nyawa haiwan itu keluar secara beradab.
Sehubungan dengan itu juga, untuk memastikan bahawa makanan yang dimakan oleh
orang-orang Islam suci dan halal serta bagi memelihara akidah umat Islam kerana
penyembelihan yang dilakukan itu atas nama Allah S.W.T. dan sebagai tanda
penghormatan dan kesyukuran manusia terhadap salah satu daripada sumber nikmat
makanan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T.

47

2.9 Kesimpulan
Kesedaran masyarakat berkaitan isu halal perlu dipertingkatkan kerana bidang
pengeluaran makanan dan barang gunaan serta perkhidmatan semakin maju. Di
kalangan pengeluar berlumba-lumba mengeluarkan barangan dan perkhidmatan
dengan pelbagai kaedah menarik untuk tujuan pemasaran.
Hakikatnya ramai di kalangan kita hanya mengetahui sebahagian saja daripada status
halal, suci serta baik, barang makanan atau perkhidmatan yang dijual di pasaran. Masih
banyak barangan makanan dan gunaan serta perkhidmatan di pasaran yang kita tidak
diketahui status halalnya.
Oleh itu, Islam meletakkan garis panduan dalam penyembelihan binatang. Konsep
sembelihan dalam Islam tidak dilihat sebagai satu aktiviti yang menyeksa binatang
secara kejam berdasarkan pandangan masyarakat bukan Islam yang melihatnya.
Mengikut kaedah ujian saintifik hari ini membuktikan kaedah penyembelihan Islam
adalah terbaik. Seterusnya menunjukkan Islam amat mementingkan kebersihan serta
kesihatan. Pemilihan makanan yang halal dan bersih adalah penting dalam memastikan
tahap kesihatan sentiasa berada di tahap yang memuaskan agar memperoleh tenaga
yang secukupnya untuk beribadah. Oleh itu, orang Islam perlu menilai dan meneliti
sumber-sumber pemakanannya agar datang dari sumber yang halal bukan meragukan,
terutama disembelih secara Islam.

48

HUKUM PERBANDINGAN KONSEP PENYEMBELIHAN


3.1 Pendahuluan
Penyembelihan merupakan salah satu cara untuk memastikan kehalalan binatang dan
daging. Islam membezakan bentuk penyembelihan dan mengambilkira cara
pengambilan nyawa atau mematikan binatang. kehalusan kaedah penyembelihan ini
adalah sebagai melatih, mendidik jiwa setiap muslim bersifat ihsan, berdisiplin dan
penuh tanggungjawab .
Konsep penyembelihan di dalam Islam mestilah mengikut peraturan yang ditetapkan
dan hendaklah dilakukan oleh orang Islam itu sendiri yang berakal, kerana tidak sah
penyembelihan yang dilakukan oleh orang-orang kafir kecuali Ahli Kitab.
Sehubungan dengan itu, dalam bab ini penulis akan menghuraikan dan menerangkan
hukum-hukum perbandingan serta cara pelaksanaanya mengikut pandangan fuqaha
yang berkaitan dengan konsep penyembelihan binatang dalam melakukan
penyembelihan samada masalah isu-isu semasa mahupun penyembelihan bentuk
moden.
3.2 Pengertian Penyembelihan
Penyembelihan dari segi bahasa bermakna: potong, belah dan mencabut nyawa
binatang. Dari segi istilah pula mempunyai pelbagai pengertian mengikut perbezaan
pendapat ulama tentang yang mana wajib dipotong atau putus iaitu: [23]
3.2.1 Mazhab Hanafi dan Maliki
Ulama Hanafi dan Maliki memberi takrif sebagai memutuskan saluran urat. Urat-urat
yang perlu di putuskan adalah sebanyak empat urat iaitu urat halkum, urat mari dan
dua urat darah kiri kanan halkum. Tempat dilakukan pemotongan ini ialah di antara
pangkal leher dan pangkal dagu.

49

Maksud al-Nahar pula ialah, memotong urat darah. Tempat bagi melakukannya pula
ialah penghujung leher. Penyembelihan yang dibuat dalam keadaan darurat pula ialah
memotong dan melakukan mana-mana sahaja bahagian tubuhnya.
3.2.2 Mazhab Syafei dan Hambali
Mengikut pendapat ulama Syafei dan Hambali pula, al-zakah ialah penyembelihan
binatang yang mampu dikuasai dan harus dimakan dengan memutuskan halkum dan
urat mari. Tempatnya ialah di bahagian atas leher (al-halq) ataupun di bahagian bawah
leher dan di namakan al-Nahar, ataupun tikaman yang mematikan binatang di manamana bahagian tubuhnya, sewaktu tidak boleh disembelih.
Kesimpulan yang disepakati oleh semua mazhab ialah sembelihan adalah dengan cara
zabh, nahr, atau aqr terhadap binatang-binatang yang halal dimakan.
3.3 Hukum Penyembelihan
Hukumnya merupakan syarat yang mengharuskan binatang darat dimakan. Tidak ada
satu pun binatang yang boleh dimakan menjadi halal tanpa disembelih secara syarak.
Ini adalah berdasarkan firman Allah S.W.T. :
Maksudnya: Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak
disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya),
dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati
tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang
mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu
sembelih (sebelum habis nyawanya),
(Surah al-Maidah 5: 3)

50

Dalam ayat ini Allah S.W.T. mengaitkan hukum halal itu dengan syarat disembelih. Ia
juga berdasarkan sabda Nabi S.A.W.:
:
.
Maksudnya: Binatang yang kamu alirkan darahnya sambil menyebut nama Allah, maka
makanlah selagi ia bukan gigi dan kuku. Aku akan jelaskan kepada kamu tentangnya.
Adapun gigi kerana ia adalah tulang sementara kuku pula kerana ia adalah pisau
orang-orang Habsyah.
( Riwayat Rafi bin Khadij )
Hikmat penyembelihan pada keseluruhanya adalah bagi menjaga kesihatan manusia
dan khususnya bagi mengelakkan bencana yang mungkin menimpa tubuh badan
dengan cara memisahkan darah daripada daging binatang berkenaan kerana
menjadikan darah yang mengalir sebagai makanan adalah haram kerana ia membawa
bencana kepada manusia. Darah adalah tempat segala kuman dan virus. Selain itu,
darah mempunyai kumpulan-kumpulan jenis yang sesuai bagi sesuatu kehidupan,
dengan itu darah tidak boleh bercampur aduk. Darah dihukum sebagai najis untuk
mengelakkan keinginan terhadapnya.
Sebahagian ulama mengatakan, hikmat disyariatkan sembelihan dan mengalirkan
darah ini adalah bagi membezakan daging dan lemak yang halal dengan yang tidak
halal dan sebagai mengingatkan tentang sebab pengharaman bangkai adalah kerana
darahnya yang masih kekal.

51

3.3.1 Hukum Penyembelihan Ahli Kitab


Para ulama' berselisih pendapat tentang peyembelihan yang dilakukan oleh Ahli Kitab.
Pada prinsipnya penyembelihan ahli kitab adalah harus. Ini adalah pandangan fugaha
berdasarkan firman Allah S.W.T.:
Maksudnya: dan makanan (sembelihan) orang yang diberikan Kitab itu adalah halal
bagi kamu, dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka (tidak salah
kamu memberi makan kepada mereka).
(Surah al-Maidah 5 : 5)
Makanan mereka yang harus pula ialah yang mereka sendiri i'tiqad sebagai halal
mengikut agama mereka dan halal bagi Islam. Sembelihan itu halal bagi agama mereka
dan haram pula untuk orang Islam seperti daging babi. Sembelihan ahli kitab halal
walaupun tidak tahu mereka menyebut nama Allah ketika menyembelih ataupun
mereka mnyembelih untuk gereja atau perayaan mereka walaupun mereka ber i'tiqad
haram seperti unta ia tetap halal.
Menurut pendapat Imam Maliki, sembelihan mereka terhadap binatang yang diharam
untuk mereka adalah makruh untuk orang Islam seperti unta dan lemak semata-mata
iaitu berdasarkan dalam firman Allah S.W.T.:
Maksudnya: Dan Kami haramkan ke atas orang-orang Yahudi segala binatang yang
berkuku dan daripada lembu dan kambing pula Kami haramkan kepada mereka
lemaknya, kecuali (lemak) yang ada pada belakangnya atau yang menyelaputi
perkakas dalam perutnya, atau yang bercampur dengan tulang. Demikianlah Kami
balas mereka dengan sebab kederhakaan mereka dan sesungguhnya Kamilah yang
benar.
(Surah al-An'am 6: 146)

52

Sementara itu jumhur pula mengharuskannya kerana ia tidak dinyatakan dalam syariat
Islam. Oleh itu, ia kekal harus mengikut asal.
Selain itu juga, mengikut pendapat ulama' Maliki dan Syafei dalam satu riwayat
daripada Imam Ahmad, semua sembelihan yang dibuat untuk gereja dan perayaan
mereka kerana ia mengandungi pengangungan terhadap keadaan syirik mereka. Selain
itu, penyembelih mungkin bermaksud dalam hatinya menyembelih untuk yang lain
daripada Allah dan tidak menyebut nama Allah semasa menyembelih. Ini adalah yang
benar.
Jika diketahui jelas bahawa penyembelih menyebut yang lain daripada Allah semasa
melakukan sembelihan, seperti seorang Nasrani yang menyebut nama al-Masih atau
Yahudi menyebut nama Uzair, maka jumhur berpendapat ia tidak halal dimakan
berasaskan firman Allah s.w.t.:
Maksudnya: Dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain daripada Allah.
(Surah al-Maidah 5: 3)
Serta firman Allah S.W.T.:
Maksudnya: Dan janganlah kamu makan dari (sembelihan binatang-binatang halal)
yang tidak disebutkan nama Allah ketika menyembelihnya.
(Surah al-An'am 6: 121)
Pendapat ini adalah yang lebih sahih kerana yang dimaksudkan dengan halal dengan
sembelihan mereka itu adalah yang mereka sembelih dengan mengikut syaratnya
seperti yang dilakukan oleh orang Islam.[26]
Kesimpulannya, mengikut pendapat mazhab Maliki, hukumya adalah makruh jika bukan
binatang haram. Manakala pendapat mazhab Syafei pula meletakkan syarat-syarat
untuk menghalalkan sembelihan ahli kitab.

53

3.4 Perbandingan Cara Penyembelihan


3.4.1 Bahagian sembelihan yang mesti diputuskan
Ulama berselisih pendapat bahawa penyembelihan yang dilakukan dengan memotong
dua urat darah, saluran mari dan saluran halkum adalah harus dimakan. Para fuqaha'
kemudian berbeza pendapat tentang had yang paling minima yang wajib dipotong iaitu:
3.4.1.1 Pendapat Mazhab Hanafi
Menurut pendapat Hanafi, wajib diputuskan tiga daripada empat, saluran halkum dan
mari dan urat darah. Oleh itu jika penyembelih meninggalkan salah satunya maka
sembelihan tersebut halal dimakan.
3.4.1.2 Pendapat Mazhab Maliki
Menurut pendapat Maliki, penyembelihan mestilah memotong halkum dan kedua-dua
urat darah. Bagi pendapatnya urat mari tidak perlu dipotong. Pendapatnya hampir
sama dengan pendapat Hanafi.
3.4.1.3 Pendapat Mazhab Syafei dan Hambali
Menurut pendapat mazhab Syafei dan Hanbali, penyembelihan mesti dengan
memotong seluruh saluran nyawa (halkum), saluran makanan (mari) kerana kehidupan
berakhir dengan tiada kedua-dua saluran ini dan sunat memutuskan kedua-dua urat
darah, iaitu dua urat yang berada dikiri kanan bahagian tengkuk, kerana tindakan ini
sebagai melakukan ihsan dalam penyembelihan dan juga bagi mengelak pertikaian.
Memutuskan halkum dan mari dikira sah dengan syarat mesti dilakukan sewaktu
binatang berkenaan masih hidup secara sempurna sewaktu pemotongan itu dilakukan
dengan cepat dan sekaligus, jika tidak maka disyaratkan ia wujud pada akhir
pemotongan. Dan jika tindakan memotong keduanya tidak dilakukan dengan cepat dan
binatang sembelihan itu pula tidak lagi hidup secara mantap bahkan sembelihan itu
selesai sewaktu binatang itu tidak bergerak, maka tidak halal dimakan kerana sudah
menjadi bangkai, dengan demikian sembelihan pada masa itu tidak bermakna lagi.

54

3.4.2 Tempat Untuk Dipotong


Para ulama tidak berselisih pendapat jika sembelihan dilakukan dengan memotong dua
biji halkum dan sebahagian dibahagian sebelah tubuhnya sementara sebahagian lagi di
sebelah kepala, maka sembelihan itu halal. Ulama juga berpendapat seperti berikut;
3.4.2.1 Pendapat Mazhab Syafei , Maliki dan Hambali
Jika biji halkum itu tidak dikerat dua, dan ia berada di bahagian sebelah tubuhnya,
maka tidak halal dimakan, kerana memotong halkum adalah syarat dalam sembelihan.
Oleh itu mestilah dipotong biji halkum tersebut. Apabila sembelihan yang dilakukan di
atas daripada bahagian halkum, maka kedudukan halkum tidak terjejas.
Kesimpulannya, penyembelihan mestilah menghasilkan dua bulatan daripada biji
halkum, satu di atas dan satu lagi di bawah, jika tidak maka binatang yang disembelih
itu tidak halal, kerana ia bukan dinamakan sembelih tetapi dinamakan kerat.
3.4.2.2 Pendapat mazhab Hanafi
Mazhab Hanafi berpendapat, cara sembelihannya adalah dengan tiga kali aksi potong
yang seiring dengan bacaan sehingga urat di leher haiwan itu putus sama sekali.
Adakalanya (darurat), diharuskan lebih dari tiga potongan supaya urat yang hendak di
potong sehingga putus itu dapat dipastikan. Mazhab Hanafi selalunya membenarkan
lebih dari tiga potongan dengan cara yang sama.
3.4.3 Penyembelihan Daripada Bahagian Atas Tengkuk
3.4.3.1 Pendapat Mazhab Maliki
Mengikut pendapat Maliki, binatang yang disembelih daripada bahagian atas tengkuk
tidak harus dimakan. Begitu juga yang disembelih di sudut kiri atau kanan lehernya
walaupun sampai kepada semua yang perlu dipotong dalam penyembelihan. Kerana
orang yang memotong urat-urat yang perlu diputuskan itu hanya dapat berbuat
demikian setelah ia memotong dahulu saraf tunjang yang mana ia merupakan sebab
yang boleh membunuh. Dengan demikian, maka binatang tersebut telah disembelih
selepas binatang itu mengalami dan mempunyai sebab kematiannya.
55

3.4.3.2 Pendapat Jumhur Fuqaha'


Mengikut pendapat jumhur fuqaha' pula, menyembelih binatang dari atas tengkuk atau
daripada sebelah tepi adalah makruh. Jika dilakukan juga demikian maka dikira
berdosa kerana mengazabkan binatang. Bagaimanapun jika pemotongan berlaku
dengan cepat dan pisau segera lantas ke tempat sembelihan sewaktu binatang masih
hidup segar semasa pisau memotong kebanyakan urat mengikut ulama' Hanafi atau
memotong halkum dan mari' mengikut pendapat ulama' Syafei dan Hambali. Maka
binatang tersebut halal dimakan. Jika tidak, maka ia tidak halal dimakan kerana telah
mati tanpa sembelihan.
3.4.4 Memutuskan Saraf Tunjang
Jika sekiranya seorang penyembelih terus memotong tanpa berhenti sehingga
memutuskan bahagian saraf tunjangnya atau memutuskan seluruh tengkuk, maka
mengikut pendapat jumhur iaitu:
3.4.4.1 Pendapat Jumhur Fuqaha'
Penyembelihan ini adalah Makruh kerana tindakan begitu akan menambah keseksaan.
Jika ia dilakukan juga tindaklah haram kerana memutuskan bahagian tersebut berlaku
setelah penyembelihan yang sempurna terlaksana.
3.4.4.2 Pendapat Mazhab Hambali
Mazhab ini menyatakan, jika kepala binatang sembelihan itu diceraikan semasa
menyembelihnya atau dengan dipenggal lehernya dengan pedang, ia tetap halal secara
mutlak.

56

3.4.5 Menyembelih Dengan Cepat


3.4.5.1 Pendapat Jumhur Fuqaha'
Mengikut pendapat jumhur fuqaha' adalah disyaratkan penyembelihan dilakukan dan
disempurnakan dengan cepat dan serta merta. Oleh yang demikian jika seseorang
penyembelih mengangkat tanganya sebelum selesai sembelihan kemudian dia berbalik
semula serta-merta, maka sembelihannya itu boleh dimakan. Sebaliknya jika diselangi
masa yang lama, maka sembelihan itu tidak harus dimakan, kerana sembelihannya
berlaku terhadap binatang yang telah pun mengalami kecederaan di tempat yang
membawa kepada kematiannya sebelum sembelihan diselesaikan dan merupakan
binatang yang pasti tidak akan hidup.
3.4.5.2 Pendapat Mazhab Hanafi
Mengikut pendapat mazhab Hanafi pula berpendapat bahawa memutuskan urat-urat
adalah sunat disegerakan dan makruh dilakukan dengan lambat.
3.5 Sembelihan Bentuk Moden dan Hukumnya
Penyembelihan bentuk moden ialah menggunakan berbagai cara untuk melemahkan
binatang yang hendak disembelih tanpa menyeksanya adalah tidak dilarang.
Berdasarkan itu, maka penggunaan bius yang tidak mematikan binatang sebelum ia
disembelih adalah halal mengikut Islam. Contohnya menggunakan karbon dioksida
sewaktu menyembelih binatang. Pada kebiasaannya binatang yang dikenakan cara
demikian dipercayai masih hidup secara normal sewaktu disembelih. Tindakan sebegini
tidak langsung menyeksa binatang.
Perbuatan melemahkan binatang dengan menggunakan senjata api atau dengan
memukulnya dengan bahan-bahan tumpul seperti batu, kayu, tongkat atau menendang
dengan kaki ataupun dengan menggunakan arus elektrik dan lain-lain bahan pelali yang
tidak membahayakan, kerana ia membawa kepda penyeksaan terhadap binatang yang
dilarang oleh syarak. Walau bagaimanapun penggunaan bahan tersebut tidaklah
menyebabkan binatang berkenaan haram dimakan setelah disembelih sekiranya
sewaktu disembelih itu ia masih hidup, walaupun ia akan mati selepas beberapa waktu
57

jika dibiarkan tanpa disembelih dan walaupun selepas menggunakan cara-cara yang
disebut bagi memudahkan penyembelihan dilakukan.
Adapun tindakan memukul yang boleh menjahanamkan sebahagian besar saraf otak,
maka mengikut pendapat ulama Maliki ia tidak harus dimakan kerana binatang tersebut
telah pun terbunuh. Termasuk dalam keadaan ini ialah telah berkecai otak. Walau
bagaimanapun jika pasti masih hidup maka masih boleh dimakan. Mengikut ulama
Syafei dan Hanbali pula jika binatang tersebut sewaktu disembelih masih mempunyai
hidup yang kuat, maka ia harus dimakan. Tandanya ialah ia masih mempunyai tindak
balas dan darah yang memancut kuat ataupun meronta dengan kuat. Begitu juga
pendapat ulama Hanafi, ia masih harus dimakan sekiranya penyembelih dapat segera
memutuskan semua urat.
Penyembelihan yang dilakukan ditempat-tempat sembelihan moden sekarang didapati
menggunakan alat-alat yang cukup tajam dan mampu memutuskan semua urat dengan
cepat, seperti apa yang difahamkan bahawa sembelihan dilakukan beberapa saat
selepas binatang berkenaan pengsan dibius.
Bagi ulama selain daripada ulama Maliki, tidak menjadi kesalahan menyembelih
daripada belakang tengkuk. Ia cuma makruh kerana menyeksa binatang. Sesuatu
binatang tidak halal dimakan sekiranya ianya disedut darah daripada tubuhnya dengan
alat kemudian disembelih sebelum dipastikan apakah ia masih hidup secara semulajadi
atau tidak.
Perkara ini jelas bahawa, tidak ada halangan untuk memakan daging sembelihan yang
diimport daripada negeri-negeri kristian, walaupun mereka tidak membaca Bismillah
sewaktu menyembelih, dengan syarat binatang berkenaan disembelih bukannya dicekik
dan dipenggal lehernya. Daging-daging yang diimport daripada negeri-negeri
penyembah berhala atau yang tidak beragama seperti Jepun, India dan negeri-negeri
Komunis adalah tidak halal dimakan. Sewaktu hendak memakan daging yang
disembelih oleh kalangan Nasrani (kristian), maka hendaklah bertakbir dahulu. Ini
adalah sebagai berpegang dengan pendapat Mazhab Maliki yang mengharuskan
sembelihan ahli kitab yang menyebut selain daripada nama Allah. Bagaimanapun
58

kalangan ulama Syafei dan Syiah tidak memberikan kelonggaran terhadap dagingdaging seperti ini dan mereka tetap tidak mengharuskannya.
Para penuntut yang sedang menuntut di negeri-negeri komunis wajiblah mengelakkan
diri daripada memakan makanan yang mengandungi daging. Mereka hendaklah
memakan bahan makanan yang berupa sayur-sayuran sahaja ataupun mereka
hendaklah menggunakan tin yang diimport daripada Eropah dan sebagainya. Dagingdaging yang haram tetap tidak halal khususnya daging babi walaupun di negeri mana
sekalipun mereka berada walaupun dengan dakwaan adanya darurat, kerana maksud
darurat yang sebenar belum terlaksana, nyawanya masih tetap boleh bertahan dan
tidak akan mati dengan memakan makanan-makanan lain yang diharuskan oleh
agama.
3.5.1 Kaedah Aliran Elektrik (Eletrical Stunning)
Penggunaan eletrical stunning dalam penyembelihan haiwan adalah harus. Merujuk
kepada Fatwa Kebangsaan bahawa:
Eletrical stunning ialah sejenis alat pelalian ke atas binatang seperti lembu dan
kambing. Alat ini menggunakan kuasa eletrik untuk memengsankan binatang sebelum
disembelih. Tujuan penggunaan kaedah ini seperti berikut:
a. Bagi mengelakkan binatang yang dipengsankan itu cedera atau mati akibat
menggunakan lain-lain jenis alat stunning sebelum disembelih.
b. Penggunaan alat ini akan mempercepatkan kerja penyembelihan dijalankan. Hal ini
akan meningkatkan pengeluaran daging halal untu pasaran negara Islam.
c. Bagi mengurangkan kecederaan ke atas mana-mana anggota binatang yang hendak
disembelih, hal ini bagi meningkatkan mutu daging yang dipasarkan.

59

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa telah berpegang kepada hujah seperti berikut:


1) Di antara tujuan penyembelihan yang dikehendaki oleh Islam ialah untuk mematikan
binatang dengan cara yang baik dan memberi rahmat kepada binatang kerana binatang
yang disembelih mengikut cara Islam ini akan dapat mengeluarkan banyak darah.
Darah tidak beku di dalam daging dan sistem pernafasannya terputus dengan serta
merta. Keadaan ini menjadikan binatang cepat mati.
2) Islam amat mengutamakan memberi rahmat kepada makhluk-makhluk lain
terutamanya kepada binatang, cara penyembelihan yang dianjurkan oleh Islam
sebenarnya telah menunjukkan kerahmatan atau kebajikan Islam ke atas binatang,
Rasulullah SAW sendiri telah menegaskan umatnya agar berlaku baik dan memberi
rahmat kepada binatang.
3) Penggunaan eletrical stunning ke atas binatang sebelum penyembelihan
mengakibatkan seekor binatang itu lali atau pengsan disebabkan terkena kejutan
eletrik. Binatang ini akan disembelih semasa ia pengsan dan bergerak sehingga mati.
Perbuatan sengaja memengsankan seekor binatang sebelum disembelih ini adalah
dikira berkait rapat dengan perkara yang berhubung dengan konsep ehsan di dalam
sembelihan dan ketentuan hayat mustaqirah di dalam sembelihan.
Jadi keputusan Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa Penggunaan Eletrical
Stunnning dalam penyembelihan lembu dan seumpamaya adalah harus.[33]

60

3.6 Isu-isu Semasa dalam Penyembelihan


3.6.1 Penjualan Bangkai Ayam
Dalam membincangkan isu halal haram sesuatu makanan, Penulis cuba untuk
mengetengahkan isu penyembelihan. Hal ini berikutan kes penjualan bangkai ayam
yang dijalankan secara berleluasa di dalam pasaran negara khasnya kepada umat
Islam oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang hanya memikirkan
keuntungan semata-mata.
Melalui petikan akhbar Metro edisi nasional yang diterbitkan pada 20 Februari 2008
yang lalu oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin ,wartawan telah melaporkan bahawa
Jakim telah menarik balik sijil pengesahan halal terhadap syarikat Dindings Poultry
Processing Sdn Bhd berikutan proses penyembelihan ayam di kilangnya meragukan.
Penyembelihan ayam sebanyak 2 kali setelah penyembelihan pertama tidak sempurna
dan ayam didapati mati sebelum disembelih. Ini adalah antara perkara yang dikesan
oleh pegawai penguatkuasa Jakim dan pegawai penguatkuasa Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) setelah
pemeriksaan mengejut di kilang pemprosesan ayam milik syarikat itu di kawasan
perindustrian kampung Aceh, Setiawan, Perak diadakan. Laporan tersebut juga
memberitahu pekerja di kilang itu mengaku menyembelih dua kali bagi menjimatkan
masa disebabkan terlalu banyak ayam yang perlu diproses. Di samping itu, proses
melalikan ayam juga dikendalikan oleh pekerja bukan Islam
Kesimpulannya, berdasarkan kepada sabda Rasulullah S.A.W.:

.
Maksudnya: sesngguhnya Allah telah mewajibkan ihsan ke atas setiap sesuatu. Jika
kamu ingin membunuh seseorang (kerana hukum hudud), maka bunuhlah dengan baik.
Jika kamu hendak menyembelih (binatang), maka sembelihlah dengan baik. Hendaklah
seorang di antara kamu mempertajamkan pisaunya dan janganlah kamu menakutnakuti binatang yang hendak disembelih (dengan senjata tajam).[35]
61

(Hadith Riwayat Muslim: 1955, Ahmad: 16664, 16679, Abu Daud: 2815, At-Tirmidzi:
1409 dan selain mereka itu)
Berdasarkan hadis di atas jelaslah Islam menekankan bentuk penyembelihan dan
mengambilkira cara pengambilan nyawa atau mematikan binatang. Hal ini adalah
sebagai melatih dan mendidik jiwa setiap muslim bersifat ihsan, berdisiplin dan penuh
tanggungjawab. Tetapi persolan yang timbul sampai sekarang ialah adakah ayam
daging masih haram?. Dalam persoalan ini, umat Islam perlulah menyediakan alternatif
dalam usaha membekalkan daging ayam yang halal dalam pasaran. Antara usaha yang
boleh dilakukan termasuklah menjalankan pembiakan ayam organik secara besarbesaran dan melaksanakan penguatkuasaan undang-undang terhadap proses
penyembelihan mengikut syarak. Hal ini bagi mengelakkan umat Islam tidak lagi
teraniaya dalam mendapatkan bekalan makanan yang halal.
Penulis ingin tegaskan di sini bahawa kebersihan makanan dari segi luaran mudah kita
lihat dan menjaganya tetapi kebersihan makanan dari segi hakikinya hanya hati yang
dapat merasainya dan akal memikirkannya. Sesungguhnya makanan yang halal, bersih
dan baik akan membentuk jiwa yang suci dan jasmani yang sihat. Sebaliknya, makanan
yang haram akan membentuk jiwa yang keji dan buruk.
3.6.2 Mencari daging halal
Melalui petikan akhbar Kosmo yang diterbitkan pada 31 Mac 2009 yang lalu oleh
Ahmad Syukran Zainuddin ,wartawan telah melaporkan satu kursus penyembelihan
halal anjuran Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH), Universiti Putra Malaysia (UPM)
baru-baru ini, telah membincangkan tentang isu halal yang masih melingkari industri ini,
terutamanya dalam aspek penyembelihan binatang seperti ayam.
Dalam kursus itu juga menyentuh tentang kenapa isu halal masih lagi menjadi
persoalan yang seakan tiada kesudahannya, ia mungkin timbul berikutan kelemahan
perundangan yang sedia ada. Apa yang pasti, hanya daging yang dibawa masuk
semuanya perlu halal dan jika diragui, ia tidak akan dibenarkan masuk ke dalam
pasaran.

62

Produk makanan yang diproses pun tidak dinyatakan secara jelas bahawa ia mesti
halal. Malah akta sedia ada pun tidak menyatakan semua produk makanan di Malaysia
halal. Begitu juga logo halal yang bersifat sukarela iaitu siapa yang mahu, mereka boleh
memohon.
Berbeza di Singapura, isu halal jarang sekali timbul kerana mereka memiliki Akta Halal
dan hanya mengaplikasikan satu logo halal sahaja. Sesiapa yang menggunakan logo
selain logo yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Singapura (MUIS) akan
dikenakan tindakan denda yang tegas. Ini menyebabkan tidak ada pihak yang berani
mencipta logo halal sendiri di Singapura. Tetapi di Malaysia, isunya tidak ada
perundangan yang jelas. Pernah juga timbul kes logo halal ditipu atau logo sudah tamat
tempoh.
Jumlah rumah sembelihan ayam yang banyak turut menyukarkan pihak berwajib untuk
memantau tahap status halal daging di negara ini. Semenanjung Malaysia sahaja,
dianggarkan terdapat 180,000 rumah sembelihan
Kesimpulannya, kebanyakan pengguna Islam tidak begitu prihatin. Sepatutnya mereka
lebih peka. Kalau was-was tidak perlu beli, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya,
contohnya sebelum ini ada syarikat menjual ayam yang jelas menyembelih tidak
mengikut syarak. Hanya seminggu lebih isu itu heboh diperkatakan, masyarakat Islam
membeli semula selepas terpengaruh dengan taktik pengilang yang licik.
Keadaan itu diburukkan lagi dengan hakikat penternak ayam bumiputera berdepan
dengan masalah kekangan modal. Kadangkala konsep penternakan itu sendiri ialah
dari ladang sehingga ke produk akhir, kerana lebih menekankan proses integrasi yang
bermula daripada makanan ternakan, infrastruktur dan penyembelihan. Secara tidak
langsung, penternak bumiputera terpinggir kerana tidak mampu dan hanya syarikat
gergasi bermodal besar yang boleh melakukannya.

63

Oleh itu, jika ada kerjasama yang positif antara masyarakat dengan agensi kerajaan,
masalah ini akan dapat diatasi dan kaedah untuk pastikan ayam itu halal atau
sebaliknya. Salah satunya ialah perbezaan di antara sembelihan yang dibaca Bismillah
dengan yang tidak dibaca.
3.7 Kesimpulan
Berdasarkan daripada pandangan jumhur ulama' iaitu Syafei, Maliki, Hambali dan
Hanafi yang telah dihuraikan dapat disimpul bahawa perbandingan yang berkaitan
dengan konsep penyembelihan binatang dan hukum serta caranya dapat dilihat melalui
ayat-ayat al-Quran serta Hadis dalam menentukan pandangan bagi setiap pendapat
masing-masing.
Selain itu, masyarakat Islam haruslah mengetahui serta mendalami malah mempelajari
ilmu Fiqh khususnya dalam bab penyembelihan binatang kerana untuk memastikan
setiap binatang yang disembelih sah dan halal dimakan mengikut hukum syarak agar
penyembelihan binatang yang akan dilakukan mendapat keberkatan dan rahmat dari
Allah s.w.t.
Oleh yang demikian, sebagai seorang Islam wajib bagi kita mengetahui hukum-hukum
atau pandangan fuqaha' yang berkaitan dengan konsep penyembelihan binatang serta
hikmahnya untuk membolehkan kita melaksanakan penyembelihan binatang dengan
sebaik-baiknya dan akan mendapat keberkatan dari pemakanan yang halal.

64

BIBLIOGRAFI
Al-Quran dan Terjemahan
Sheikh Abdullah Basmeih. 1980. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian AlQuran. Kuala Lumpur: Terbitan Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri.
Buku
Dr 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarbi. 2006. Fiqh Ad-Dalil. Terj. Ustazah Wafaa' Yusof Nor
Hasanuddin. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers.
Hj. Ahmad Mohd. Ali. Hj. Ali Ahmad. 2007. Fiqh Amali Nikmat dalam Beramal.
Selangor: Aras Mega (M) Snd.
H. Ahmad Fuad Said. 1995. Korban dan Akikah. Kuala Lumpur: Kinta Sdn.Bhd.
Jabatan Agama Islam. 1992. Penyembelihan Binatang Menurut Islam. Kuala Lumpur:
Perpustakaan Awam Islam.
Jabatan Mufti Kerajaan. Jabatan Perdana Menteri. 2002. Irsyad Hukum. Brunei
Darussalam: Borneo Snd. Bhd.
Lokman Ab. Rahman. 2002. Penyembelihan Halal, Hukum, Teknik dan Kawalan
Bakteria. Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Majlis Agama Islam
Melaka (MAIM).
Masni Sabar. Haji Abdullah Abdul Jalal. 1998. Pengetahuan Agama Islam ATM. Kuala
Lumpur: Kementerian Pertahanan Malaysia.
Wahbah al-Zuhaili. 1994. Fiqh dan Perundangan Islam. Terj. Syed Ahmad syed
Hussain. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

65

Home Page
Ahmad Syukran Zainuddin. 2009. http://www.kosmo.com.my. 30 Mac.
Ishak Suliaman (DR.). 2008. Http://drishak69.blogspot.com. 20 Ogos.
Jabatan Fatwa Kebangsaan. 2009. http://baheis.islam.gov.my. 10.50 p.m.
Muslim Aid Asia. 2009. http://muslimaidasia.com.: 2.00 a.m.
Muslim Al-Atsari. 2009. http://soaljawab.wordpress.com.: 2.00 a.m.

[1] Lokman Ab. Rahman. 2002. Penyembelihan Halal, Hukum, Teknik dan Kawalan
Bakteria. Kuala Lumpur:Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Majlis Agama Islam
Melaka (MAIM). Hlm. 1.
[2] Jabatan Mufti Kerajaan. Jabatan Perdana Menteri. 2002. Irsyad Hukum. Brunei
Darussalam: Borneo Snd. Bhd. Hlm. 165-166.
[3] Sheikh Abdullah Basmeih. 1980. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian AlQuran. Kuala Lumpur: Terbitan Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri.
hlm. 243.
[4] HR. Ibnu Majah. Perbahasan tentang buruan. Bab Binatang Buruan Ikan dan
Belalang. Hadith no. 2607.
[5] Hj. Ahmad Mohd. Ali. Hj. Ali Ahmad. 2007. Fiqh Amali Nikmat dalam Beramal.
Selangor: Aras Mega (M) Snd. Bhd. Hlm. 134.
[6] H. Ahmad Fuad Said. 1995. Korban dan Akikah. Kuala Lumpur: Kinta Sdn.Bhd. hlm.
38.
[7] Jabatan Agama Islam. 1992. Penyembelihan Binatang Menurut Islam. Kuala
Lumpur: Perpustakaan Awam Islam. Hlm. 20.

66

[8] Sheikh Abdullah Basmeih. 1980. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian AlQuran. Kuala Lumpur: Terbitan Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri.
hlm. 276.
[9] H. Ahmad Fuad Said. 1995. Korban dan Akikah. Kuala Lumpur: Kinta Sdn.Bhd. hlm.
39.
[10] Sheikh Abdullah Basmeih. 1980. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian
Al-Quran. Kuala Lumpur: Terbitan Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri.
hlm. 245.
[11] H. Ahmad Fuad Said. 1995. Korban dan Akikah. Kuala Lumpur: Kinta Sdn.Bhd.
hlm. 40.
[12] Masni Sabar. Haji Abdullah Abdul Jalal. 1998. Pengetahuan Agama Islam ATM.
Kuala Lumpur: Kementerian Pertahanan Malaysia. Hlm. 178.
[3] Lokman Ab. Rahman. 2002. Penyembelihan Halal, Hukum, Teknik dan Kawalan
Bakteria. Kuala Lumpur:Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Majlis Agama Islam
Melaka (MAIM). Hlm. 5.
[14] Masni Sabar. Haji Abdullah Abdul Jalal. 1998. Pengetahuan Agama Islam ATM.
Kuala Lumpur: Kementerian Pertahanan Malaysia. Hlm. 179.
[15] Ibid. Hlm. 179-180.
[16]Lokman Ab. Rahman. 2002. Op. Cit. Hlm. 6.
[17] Masni Sabar. Haji Abdullah Abdul Jalal. 1998. Op. Cit. Hlm. 180-182.
[18] http://soaljawab.wordpress.com/2007/12/08/menjual-kulit-binatang-korban/
[19] http://muslimaidasia.com/en/main/ibadah-akikah.html
[20] Masni Sabar. Haji Abdullah Abdul Jalal. 1998. Pengetahuan Agama Islam ATM.
Kuala Lumpur: Kementerian Pertahanan Malaysia. Hlm. 187.

67

[21] Lokman Ab. Rahman. 2002. Penyembelihan Halal, Hukum, Teknik dan Kawalan
Bakteria. Kuala Lumpur:Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Majlis Agama Islam
Melaka (MAIM). Hlm. 10.
[22] Hj. Ahmad Mohd. Ali. Hj. Ali Ahmad. 2007. Fiqh Amali Nikmat dalam Beramal.
Selangor: Aras Mega (M) Snd. Bhd. Hlm. 134.
[23] Wahbah al-Zuhaili. 1994. Fiqh dan Perundangan Islam. Terj. Syed Ahmad syed
Hussain. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 747.
[24] Hadith Riwayat al-Jamaah daripada Rafi bin Khadij. Nayl al-Autar. Jil. VIII. Hlm.
141.
[25] Wahbah al-Zuhaili. 1994. Op. Cit. Hlm. 748.
[26] Wahbah al-Zuhaili. 1994. Ibid. Hlm. 751-752.
[27] Wahbah al-Zuhaili. 1994. Ibid . Hlm. 755.
[28] Ibid . Hlm. 756.
[29] Ibid. Hlm. 757.
[30] Ibid. Hlm. 758.
[31] Wahbah al-Zuhaili. 1994. Ibid . Hlm. 758.
[32]Ibid. Hlm. 788-789.
[33]http://baheis.islam.gov.my. 10.50 p.m.
[34]Prof. Madya Dr Ishak Suliaman. 2008. Http://drishak69.blogspot.com. 20 Ogos.
[35] DR 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarbi. 2006. Fiqh Ad-Dalil. Terj. Ustazah Wafaa'yusof Nor
Hasanuddin. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers. Hlm. 379.
[36] Ahmad Syukran Zainuddin. 2009. http://www.kosmo.com.my. 30 Mac.

68

Anda mungkin juga menyukai