Anda di halaman 1dari 10

Kajian Tindakan Pengajaran Bahasa Melayu

Ini merupakan kajian tindakan yang perlu saya laksanakan untuk tugasan saya
semester ini. Moga tugasan ini boleh kita kongsi bersama.
PENGHARGAAN
Saya berasa sangat bersyukur kepada Ilahi kerana dengan izin-Nya dapatlah
saya menyiapkan kajian tindakan yang bertajuk MENINGKATKAN KEMAHIRAN
MEMBINA AYAT DI DALAM DISIPLIN PENULISAN BAHASA MELAYU DI
KALANGAN MURID TAHUN 4 dapat disempurnakan dengan sebaiknya.
Saya memilih tajuk ini kerana beberapa sebab . Antara sebab utamanya
ialah ingin membetulkan perlakuan dalam aspek penulisan . Ini kerana ada antara
guru penyelidik yang masih belum dapat memberi penekanan sepenuhnya
berkaitan tentang pembentukan ayat yang betul.
Sepanjang proses pelaksanaannya , saya ingin merakamkan jutaan terima
kasih kepada guru besar yang banyak memberi input yang sangat berguna
berkaitan kajian tindakan ini . Selain itu ribuan terima kasih juga saya hulurkan
kepada guru panitia Bahasa Melayu yang selalu membimbing saya memantapkan
lagi proses menyediakan Laporan Kajian Tindakan ini.
Saya juga sangat terhutang budi dengan rakan-rakan sealiran saya yang
membantu saya membuat refleksi berkaitan pengajaran dan pembelajaran saya.
Dengan adanya bantuan mereka , saya dapat menyiapkan Kajian Tindakan ini
dengan jayanya.
Saya berharap dengan adanya kajian tindakan ini , dapatlah saya jadikan ia
sebagai panduan dan rujukan . Selain itu , ia juga boleh dijadikan rujukan dan
panduan untuk rakan-rakan seperjuangan saya.

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT DI DALAM DISIPLIN


PENULISAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MURID TAHUN 4

Oleh :
Puan Nor Azila binti Md. Nor
Sekolah Kebangsaan Taman Rasah Jaya

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji masalah membina ayat di kalangan
murid di Tahun 4 Bestari . Seramai 11 orang murid terlibat dalam kajian ini. Selain
itu , saya juga ingin meningkatkan pemahaman mereka dalam aspek membina ayat
yang betul dan lengkap . Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui aktiviti di dalam
kelas dan semakan latihan di dalam buku latihan . Saya dapati terdapat beberapa
kesilapan dalam pembinaan ayat iaitu dari segi morfologi dan sintaksis. Saya juga
mendapati bahawa murid kurang peka tentang penggunaan kata hubung ,
pengimbuhan dan tanda baca dalam pembinaan ayat . Untuk mengatasi masalah
ini , saya telah menyediakan formula yang mudah untuk murid ini memperbaiki
kemahiran membina ayat iaitu murid perlu hafal formula yang diberikan. Hasilnya
saya dapati , terdapat peningkatan dalam pembinaan ayat oleh anak-anak murid
saya ini. Saya juga berasa teruja untuk meneruskan aktiviti yang dijalankan dalam
pengajaran dan pembelajaran saya.

1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN:

Bahasa Melayu Penulisan terdiri daripada tiga item iaitu Bahagian A ,


bahagian B dan Bahagian C . Bahagian A membina ayat yang lengkap dan gramatis.
Kajian saya berkaitan dengan masalah Bahagian A .Masalah membina ayat yang
lengkap dalam penulisan terutama dalam penulisan bahagian A akan mengganggu
murid mendapat markah yang baik dalam penulisan Bahasa Melayu. Selain itu , jika
murid tidak dapat membina ayat dengan baik , menyebabkan murid juga tidak
mampu untuk membina sebuah karangan yang baik dalam penulisan bahagian B
dan C. Masalah membina bina ayat ini dikesan semasa saya menyemak latihan
murid di dalam buku latihan penulisan. Saya dapati murid gagal membina ayat
dengan baik. Struktur ayatnya tidak tersusun dengan betul. Murid gemar
menggunakan bahasa pasar semasa menulis ayat. Tanda bacan yang ditulis tidak
menepati ciri-ciri penulisan yang sebenar. Berdasarkan refleksi pengajaran saya ,
saya dapati murid belum boleh membina ayat secara gramatis dengan hanya
melalui aktiviti perbincangan dalam kelas dan perbincangan melalui kumpulan.
Melalui aktiviti pembentangan hasil kerja murid dalam pembinaan ayat juga tidak
banyak membantu murid saya . Jadi , melalui perbincangan saya dengan rakan
sealiran juga termasuk guru pemeriksa kertas Penulisan Bahasa Melayu , saya
disarankan menggunakan formula SPPA iaitu subjek + predikat + penerangan ayat (
siapa - buat - dimana -apa / bagaimana ) bagi mengatasi kelemahan murid ini.

2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPERIHATINAN


Saya memilih isu ini kerana berdasarkan tinjauan awal saya, saya dapati bahawa 11
orang murid ini tidak boleh menulis ayat dengan baik sedangkan bacaan dan lisan
yang dijalankan di dalam kelas tidak mempunyai banyak masalah. Cuma apabila
mereka mula menulis , mereka gagal menyusun struktur dengan baik selain
penggunaan kata yang kurang tepat. Oleh yang demikian , saya terpanggil untuk
membantu 11 orang murid ini memperbaiki kemahiran dalam pembinaan ayat agar
murid-murid ini tidak terus tercicir dalam aspek penulisan.

3 .0 OBJEKTIF KAJIAN
Selepas kajian tindakan ini dijalankan , diharapkan agar dapat mencapai
objektif tersebut:
3.1 ) Objektif Am

Meningkatkan kemahiran murid untuk membina ayat dengan lengkap dan


gramatis.
3.2 ) Objektif Khusus

Murid dapat memilih penggunaan kata yang sesuai untuk membina ayat.
Murid boleh membezakan penggunaan tanda baca dalam ayat.

Murid boleh menulis ayat yang lengkap serta gramatis berdasarkan kata
kerja / rangkaikata yang diberikan dengan baik.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan murid yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai 11 orang murid
Tahun 4 Bestari . 7 orang murid India dan 4 orang murid Melayu. Kumpulan sasaran
ini terdiri daripada 6 orang murid lelaki dan 5 orang murid perempuan.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN


5.1 Tinjauan Awal Masalah

Sebelum langkah-langkah seterusnya diambil dalam menjalankan kajian tindakan ,


tinjauan awal terhadap masalah yang dikenalpasti, Langkah-langkah telah dilakukan
berdasarkan pemerhatian , pemeriksaan buku latihan dan ujian pra.

i ) Pemerhatian :

Saya telah memerhatikan tingkahlaku murid melalui sesi pengajaran dan


pembelajaran di dalam kelas. Saya mendapati murid mempunyai masalah membina
ayat secara gramatis. Pada awalnya, saya merasakan murid belum biasa membina
ayat secara gramatis kerana mereka baru berada di tahap 2. Tetapi selepas
beberapa minggu , murid masih lagi belum menguasai cara untuk membina ayat
secara gramatis.

ii ) Pemeriksaan buku latihan.

Setiap kali selesai sesi pengajaran dan pembelajaran , murid akan menyerahkan
buku latihan kepada saya. Setelah disemak , saya dapati murid belum dapat
menguasai cara untuk membina ayat secara gramatis. Mereka membina ayat
selapis dan kadangkala ayat yang dibina tiada kaitan dengan gambar yang diberkan
,

iii) Ujian pra.


Satu ujian diagnostik telah dijalankan kepada murid-murid tahun 4. Ia bertujuan
menguji tahap penulisan murid. Saya dapati hasil daripada ujian tersebut , murid
tidak mahir untuk membina ayat dengan baik. Kemudian , murid telah diberi uiian
bulanan , namun 11 orang murid ini masih gagal membina ayat secara gramatis.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah


Hasil pemerhatian , pemeriksaan buku latihan dan ujian pra dapat dilihat melalui
jadual data yang di sediakan.

Senarai Rekod Pencapaian. (Jumlah markah = 10 M)


BIL

NAMA MURID

Ujian
Diagnos
tik

Ujian
bulan
Feb

Basker a/l Subramaniam

Danny Dave a/l Raman

Jaynishia a/p Bala

Justin a/l Fernendez

Kapil a/l Jaynesan

Kirthana a/p Vinod Kumar

Muhammad Isma bin Kamsan

Nurul Alina binti Yusof

Nurul Fatehah binti Fauzi

10

Sabrina a/p Ramandran

11

Zaidi bin Harun

Rajah 1 menunjukkan hasil ujian pra yang dijalankan kepada murid-murid. Data
tersebut dibuat sebelum pelaksanaan tindakan saya. Saya mendapati tahap
penguasaan murid dalam membina ayat gramatis masih lemah walau pun telah
menjalani dua kali latihan.

5.3 Tindakan yang dijalankan.


Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah dilaksanakan
dalam tempoh tiga bulan melibatkan 11 orang murid khasnya dan 27 orang murid
amnya. Pengajaran dan pembelajaran ini dijalankan setiap hari Isnin kerana
mempunyai 2 waktu bekembar.
Saya telah melaksanakan pengajaran kaedah bina pelan maklumat
berdasarkan gambar yang diberi dan kaedah kata tanya. Saya telah menggunakan
kaedah ini semasa sesi pengajaran selama 60 minit. . Saya menggunakan 1 waktu
untuk murid memahami gambar , mencari maklumat atau kata kerja berkaitan

gambar , bulatkan gambar dan catatkan kata kerja yang sesuai dengan gambar.
Kaedah ini saya panggil Kaedah Bulat dan Tarik . Dalam kaedah ini ,murid perlu cari
fahamkan situasi gambar , kemudian perlu cari aktiviti yang terdapatkan dalam
gambar. Kemudian , setelah kenalpasti maklumat , murid perlu bulatkan gambar
dan catat maklumat berkaitan gambar. Contoh : membajak , mengubah dan
sebagainya. Pada waktu yang kedua , guru , membimbing murid membina ayat
menggunakan kata tanya ( siapa . buat apa , di mana , bila / bagaimana )
Saya telah melaksanakan beberapa langkah pengajaran dan pembelajaran
berkaitan kaedah ini. Saya sediakan Rancangan Pengajaran bagi aktiviti ini.
Set Induksi
: Beri penerangan tentang jenis gambar, kemudian bincang berkaitan
gambar yang ditunjukkan
Langkah 1

: Murid teliti keseluruhan gambar dan soal jawab berkaitan gambar

Langkah 2
: Murid mencari 5 kata kerja / aktiviti yang ada kaitan dengan
kehendak soalan . Kemudian bulatkan gambar tersebut serta catatkan pada gambar
aktiviti yang telah dikenalpasti.
Langkah 3
: Murid bina rangkaikata menggunakan kata tanya ( siapa , buat apa ,
di mana . bila / bagaimana )
Langkah 4
telah dibina.

: Latihan bina ayat gramatis perpandukan pelan maklumat yang

Penutup

: Menyemak ejaan , struktur ayat dan kosa kata yang digunakan.

Berdasarkan rancangan harian , saya memulakan pengajaran dengan


menyatakan jenis gambar yang akan murid temui. Bincangkan secara ringkas
sebagai pengenalan murid.
Seterusnya pada langkah yang pertama , saya meminta murid meneliti
keseluruhan gambar dan fahamkan situasi gambar. Kemudian, murid mencari 5
perbuatan / aktiviti yang ada kaitan dalam gambar. Bulatkan gambar tersebut dan
catatkan kata kerja yang sesuai dengan gambar.
Langkah seterusnya , saya telah meminta murid membina rangkaikata
berpandukan kata kerja ( siapa - buat apa - di mana - bila /bagaimana )

Contoh: soalan

: siapa di dalam gambar ?

jawapan

: Pak Kassim

soalan

: sedang buat apa ?

jawapan

: membanting padi.

soalan
jawapan
soalan
jawapan

: di mana ?
: di sawah padi / di bendang
: bila ?
: di musim menuai.

Langkah yang terakhir , saya telah memberi latihan untuk menulis ayat secara
gramatis kepada murid-murid. Kami juga membimbing murid ini secara individu dari
segi pemilihan kosa kata yang sesuai dan tepat agar ayat yang dibina lebih
gramatis.. Setelah siap membina 5 ayat , murid diminta menyemak ejaan , tanda
baca dan sebagainya.
Contoh ayat gramatis : Pak Kasim sedang membanting padi yang sudah masak di
bendang semasa musim menuai.
Saya telah melaksanakan kaedah ini setiap kali menjalankan sesi
pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan penulisan bahagian A mulai
penghujung Julai 2012 sehinggalah penghujung bulan Oktober 2012. Sepanjang
tempoh itu , saya telah mengadakan 3 kali siri ujian. Ujian ini dijalankan pada setiap
penghujung bulan dalam tempoh pelaksanaan kajian ini. Ia bertujuan untuk
mengkaji keberkesanan kaedah yang digunakan bagi mencapai objektif kajian
dalam penulisan Bahasa Melayu.

5.4 Dapatan Kajian


Saya telah mengumpul pengskoran markah murid hasil daripada 3 siri ujian yang
telah dijalankan. Markah-markah tersebut telah dicatatkan dalam jadual yang
disediakan. Jadual ini merupakan borang Analisa berkaitan dengan hasil ujian murid.

JENIS UJIAN
BIL

NAMA MURID

Ujian 1

Ujian 2

Ujian 3

Basker a/l Subramaniam

Danny Dave a/l Raman

Jaynishia a/p Bala

10

Justin a/l Fernendez

10

Kapil a/l Jaynesan

Kirthana a/p Vinod Kumar

Muhammad Isma bin Kamsan

10

Nurul Alina binti Yusof

Nurul Fatehah binti Fauzi

10

10

Sabrina a/p Ramandran

11

Zaidi bin Harun

10

Berdasarkan jadual pengskoran ini , saya dapati ada peningkatan markah bagi
murid-murid tersebut. Seramai 10 orang iaitu 91% murid berada ditahap
cemerlang manakala hanya seorang murid sahaja iaitu 9 % berada di tahap baik. Ini
menunjukkan satu peningkatan yang amat ketara,
Saya juga menemubual dua orang murid berkaitan hasil pengajaran
-pembelajaran yang telah dijalankan.
Cikgu

: Fatehah , cikgu lihat , skor markah kamu sangat cemerlang dan


meningkat setelah belajari
melalui kaedah dan teknik ini.
Fatehah : Ya cikgu . Saya semakin faham bagaimana hendak membina ayat
dengan baik. Kaedah ini sangat membantu saya , cikgu!
Cikgu
rakan

: Kirthana , nampaknya skor awak pada tahap baik berbanding rakankamu yang berada di skor cemerlang. Awak masih ada masalah dengan
penggunaan kaedah ini ?

Kirthana : Tidak cikgu, Saya faham bagaimana untuk membina ayat dengan lebih
baik.
Cuma kosa kata saya sahaja yang masih lagi kurang.
Cikgu
: Tidak mengapa Kirthana , apa yang penting , kamu perlu banyak
membaca
untuk menambahkan kosa kata kamu.

5.5 Refleksi Kajian.


Berdasarkan kajian yang dilakukan ke atas murid , kaedah yang telah dilaksanakan
dalam pengajaran dan pembelajaran itu telah memberikan suatu impak yang

positif. Peningkatan skor markah murid ketara meningkat. Ini menunjukkan kaedah
yang dilaksanakan sangat bersesuaian danberkesan. Murid semakin yakin untuk
membina ayat yang gramatis. Daripada tinjauan yang dibuat , murid telah mengikut
kaedah yang dipelajari.Murid tidak lagi memerlukan masa yang lama untuk
mendapatkan maklumat dan membina ayat yang gramatis. Saya juga melihat murid
seronok apabila saya menyatakan bahawa hari ini saya akan membuat latihan
penulisan bahagian A. Tiada lagi rungutan yang kurang ebak didengari daripada
nmurid-murid saya.
Sebagai seorang guru , saya merasakan suatu kejayaan yang besar apabila
saya melihat peningkatan skor murid-murid saya yang lemah. Kajian dan strategi
serta kaedah yang diberikan sangat bersesuaian dengan murid . Pada pandangan
saya , murid ini mampu melakukan sesuatu perkara itu dengan baik asalkan mereka
mendapat panduan dan cara yang betul untuk membina ayat dengan baik. Saya
juga telah dapat membaiki kelemahan saya dalam pengajaran dan pembelajaran.

5.6 Cadangan Kajian Tindakan Seterusnya.


Secara keseluruhan , kajian ini berjaya mencapai objektif yang disasarkan.
Pencapaian murid semakin baik walaupun bukan 100%. Namun begitu , usaha
diteruskan agar murid mahir sehingga mereka boleh membina ayat dengan
gramatis semasa UPSR nanti. Saya juga akan menggunakan pendekatan ini untuk
membimbing murid dalam penulisan bahagian B. Ini kerana langkah dan caranya
sama iaitu untuk membina ayat dengan baik.
Sebagai kesimpulan , kajian tindakan yang saya lakukan ini sangat memberi
manfaat kepada murid untuk meningkatkan prestasi khususnya dan memberi
kelebihan kepada guru untuk memperbaiki pengajaran amnya. Saya berharap hasil
kajian saya ini boleh diguna pakai oleh rakan-rakan saya nanti.

Rujukan :
Abdul Rahman Abd Majid ( 2007 ) Guru Sebagai Penyelidik , Kuala Lumpur , PTS
Profesional Publishing Sdn Bhd.
Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia , Modul Kajian
Tindakan Teknologi Pendidikan
Bahagian Perancangan , Penyelidikan Dasar Pendidikan : Panduan Asas Menulis

Laporan Kajian Tindakan , Kementerian Pelajaran Malaysia


Sulaiman Masri , Abdullah Yusof , Mohd Rain Shaari (2006), Bahasa Melayu :
Dimensi
Pengajaran dan Pembelajaran ,Kuala Lumpur , Utusan Publication &
Distributor
Sdn Bhd.
Universiti Pendidikan Sultan Idris (2011) Pengajaran , Teknologi dn Penaksiran 2 KPD
3026.
http:// pengajaranbahasamelayu.blogspot.com
http:// mariasalamperpaduan .blogspot.com

Anda mungkin juga menyukai