Anda di halaman 1dari 9

NAMA GURU: DAPHNE SII WAN YIN

TAJUK KAJIAN: PENGGUNAAN MULTIMEDIA


UNTUK MEMBANTU MURID TAHUN SATU
MEMPELAJARI ASKARA BAHASA CINA DENGAN
MENARIK
MEMBUAT PEMERHATIAN
[Kitaran 1 (a)]

Perhatikan isu dalam bilik darjah dan perihalkan apa yang berlaku.

Contoh perkara yang diperhatikan:


Markah pencapaian akademik murid/Keadaan fizikal/mental murid/Prasarana/Sikap murid

Hasil pemerhatian saya semasa mengajar di kelas 1G bagi mata pelajaran Bahasa Cina.
Saya dapati bahawa terdapat beberapa orang murid yang tidak dapat menguasai kandungan buku teks dan
objektif sesi pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dicapaikan.
Hal ini dapat ditunjukkan melalui semakan bacaan mereka terhada aksara dalam buku teks dan hasil latihan
mereka dalam buku kerja. Kebanyakkan mereka tidak dapat membaca aksara dan menulis aksara selepas
PdP dijalankan dan memperoleh markah yang rendah dalam pentaksiran bilik darjah.

REFLEKSI
[Kitaran 1 (b) ]

Berdasarkan kepada pemerhatian/ data, imbas kembali / buat refleksi apa yang mungkin telah
menyebabkan berlakunya perkara yang diperhatikan semasa pemerhatian dilakukan.
Kenal pasti punca isu yang berlaku melalui refleksi kendiri ( berkitan diri guru sendiri yang
menyumbang kepada masalah ) dan fikirkan jalan penyelesaian.

Hasil daripada pemerhatian tingkah laku murid dan semakan latihan murid dalam kelas semasa saya
mengajar ialah murid mempunyai kesukaran untuk memberikan perhatian semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran berlangsung adalah disebabkan kanak-kanak berasa bosan dengan kaedah pengajaran yang
sama iaitu hanya menggunakan lembaran kerja, buku aktiviti dan belajar menggunakan papan putih sahaja.
Berikut analisis antara kesilapan yang dapat dikesan semasa murid menjawab soalan lembaran kerja.

i) Keliru antara intonasi aksara.

ii) Kesalahan penulisan.

iii) Tidak faham maksud aksara.

Masalah ini berlaku dalam kalangan murid adalah kerana mereka tidak menunjukkan minat dan tidak fokus

semasa guru mengajar serta menunjukkan prestasi yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Cina.

Masalah ini berlaku juga berpunca daripada saya kerana saya masih menjadikan bahan bercetak seperti

buku teks, buku kerja dan lembaran kerja sebagai pilihan utama bahan bantu mengajar dalam pengajaran

dan pembelajaran dalam kelas.

Daripada refleksi di atas, didapati bahawa murid tidak dapat menguasai kemahiran membaca, memahami,

menulis dan mengaplikasikan aksara Bahasa Cina kerana cara pengajaran saya yang tidak dapat menarik
minat murid.

Jika perkara/masalah ini tidak ditangani akan menjadi lebih teruk, murid akan gagal menguasai kemahiran
mengenali aksara Bahasa Cina dan terus ketinggalan pada peringkat seterusnya, serta mengalami kesukaran
untuk membaca. Murid juga akan terlepas peluang untuk mendapatkan markah kerana kemahiran ini
merupakan asas dalam kemahiran Bahasa Cina. Bagi mengatasi masalah ini, saya akan cuba untuk
menggunakan menggunakan teknologi iaitu multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi
menarik minat murid dan memudahkan penerimaan ilmu oleh murid.

MERANCANG
[Kitaran 1 (c)]

Berdasarkan refleksi, rancang apa yang perlu dilakukan untuk mendapatkan jalan penyelesaian (intervensi) . Apa
yang penting setiap aktiviti/ tindakan/intervensi yang akan dijalankan perlu dijelaskan pelaksanaannya dengan
terperinci.
Tetapkan objektif atau matlamat yang dihasratkan.
Tentukan cara/aktiviti/tindakan yang akan digunakan untuk mencapai objektif.
Tetapkan metodologi yang sesuai untuk mencapai objektif yang ditetapkan dan anlisis yang digunakan untuk
menentukan kejayaan.[Contoh metodologi pengumpulan data:Ujian, Rakaman, Soal selidik, Temu bual,
Dokumen,]
* Intervensi / aktiviti /yang dilaksanakan mesti bertujuan mencapai Objektif yang telah ditetapkan.

Objektif kajian :-

akan dapat meningkatkan kemahiran pengajaran Bahasa Cina saya dengan menggunakan multimedia untuk
membantu murid darjah 1 mempelajari literasi dengan menyeronokkan.

Murid dapat mengenal aksara Bahasa Cina dengan penulisan, bacaan serta penggunaan aksara dalam
ayat secara betul.
Murid dapat mengubah persepsi terhadap keupayaan diri, meningkatkan keyakinan diri dan rasa
tanggung jawab terhadap diri sendiri.
Guru berjaya meningkatkan keberkesanan penguasaan murid terhadap aksara Bahasa Cina.

Saya merancang mendapatkan data dengan menggunakan kaedah (metodologi) : :i. Pemerhatian ii. Analisis
dokumen.
ANALISIS DATA yang akan saya gunakan untuk menentukan kejayaan ialah perbandingan tingkah laku dan
keputusan ujian pra dan pasca yang dijalankan.

Saya memilih unit ketujuh daripada buku teks Bahasa Cina Tahun 1 untuk pengajaran literasi. Dalam setiap langkah,
saya telah menggunakan POWERPOINT untuk menunjukkan isi pengajaran saya. Saya telah melaksanakan kajian
tindakan saya seperti berikut :

Fasa 1 : Merancang
Langkah 1 : Saya membaca dan memahami teks.
Langkah 2 : Saya memikirkan cara mengajar dan menyediakan bahan pengajaran dengan Powerpoint.

Fasa 2 : Bertindak
Tindakan ini dibuat pada kelas 1G, bertarikh 11 Julai 7.30 hingga 9.00 pagi. Saya menggunakan Powerpoint
yang saya sediakan dan platform pembelajaran berasaskan permainan sebagai bahan PdP. Berikut merupakan
aktiviti PdP yang dijalankan.
Aktiviti 1 : Induksi
Aktiviti 2 : Membaca Teks dan Mengenal Askara
Aktiviti 3 : Belajar penulisan dan maksud askara berdasarkan teks
Aktiviti 4 : Menggunakan platform Quizziz sebagai pengukuhan
Aktiviti 5 : Buat Lembaran Kerja sebagai penilaian
Aktiviti 6: Kesimpulan

Fasa 3 : Pemerhatian
Saya membuat pemerhatian semasa aktiviti PdP dijalankan, adakah murid memberi tumpuan semasa pdpc
berlangsung, melibatkan diri dengan aktif, dan menguasai isi pembelajaran. Saya juga telah memerhatikan bilangan
jawapan betul dalam lembaran kerja murid, berbanding dengan ujian pra.

Fasa 4 : Refleksi
Saya menghuraikan analisis data bagi pemerhatian, serta ujian pra dan ujian pasca. Saya mencatatkan dapatan
kajian saya dan mencadangkan perancangan yang boleh dilaksanakan pada masa akan datang.

MELAKSANAKAN TINDAKAN
[Kitaran 1 (d) ]

Seramai 5 orang peserta kajian yang terlibat, terdiri daripada 3 orang kanak-kanak lelaki dan 2 perempuan yang
mempunyai kesukaran dalam memberikan tumpuan di dalam kelas. Tindakan ini bertempat di kelas 1G, bertarikh
11 Julai, jam 7.30 pagi sehingga 9.00 pagi.

Berdasarkan perancangan tindakan yang telah saya tetapkan , saya laksanakan aktiviti/intervensi seperti berikut :

Aktiviti 1 : Induksi

Langkah 1 : Gunakan animasi atau karton yang berkaitan dengan kandungan teks untuk menarik perhatian
murid.
Langkah 2 : Memperkenalkan askara yang perlu dipelajari dalam tajuk

Aktiviti 2 : Membaca Teks dan Mengenal Askara


Langkah 1 : Murid membaca teks sendiri dan membulatkan askara yang mereka tidak boleh baca.
Langkah 2: Saya membaca teks dan menyuruh murid Ikuti bunyi bacaan saya dan tunjuk pada askara dalam
teks.
Langkah 3: Saya menggunakan pembentangan untuk memaparkan aksara dan kemudian mengajar murid
membaca askara.
Langkah 4: Saya menggunakan permainan PPT untuk menyemak keadaan pembelajaran murid dengan
memanggil murid untuk membaca askara dengan betul.
Langkah 5: Saya akan menyuruh murid untuk membaca teks untuk menyemak sama ada teks dibaca dengan
betul dan fasih.

Aktiviti 3 : Belajar penulisan dan maksud askara berdasarkan teks

Saya menerangkan sepuluh askara dalam teks dari segi cara membaca, menulis dan maksud dengan
menggunakan pelbagai jenis bahan multimedia. Bahan multimedia yang saya gunakan termasuk animasi,
gambar, video dan sebagainya. Bahan multimedia dapat memberikan pengukuhan kepada kanak-kanak,
membantu memberikan kefahaman dan kemahiran tertentu kepada kanak-kanak. Kanak-kanak juga lebih
cepat belajar, dan tertarik sekiranya melibatkan multimedia interaktif yang mempunyai elemen yang menarik,
boleh digunakan secara fleksibel, boleh didengar, boleh dilihat, disentuh dan dijadikan untuk menyampaikan
maklumat kepada kanak-kanak secara ringkas, padat dan tepat.

Aktiviti 4 : Menggunakan platform pembelajaran berasasakan permainan sebagai pengukuhan


Proses ulangkaji merupakan antara bahagian terpenting dalam aktiviti pembelajaran, khususnya untuk
menguji tahap kefahaman murid. Penggunaan Quizizz sebagai medium perantara bukan sahaja mesra
pengajar dan murid, malahan fokus murid terhadap aktiviti ulangkaji di dalam kelas adalah lebih baik
berbanding kaedah ulangkaji konvensional yang kurang menghiburkan.

Aktiviti 5 : Buat lembaran kerja


Guru menerangkan cara menjawab lembaran kerja, dan murid menyiapkannya untuk menilai penguasaan
pelajar terhadap askara yang dipelajari.

Aktiviti 6 : Kesimpulan
Saya memilih beberapa orang murid untuk membaca teks.

MEMBUAT PEMERHATIAN
[Kitaran 2 (a) ]

Pemerhatian semula Guru mencatatkan perubahan yang berlaku selepas tindakan/intervensi dijalankan . Contoh:
hasil analisis perbandingan markah, tingkah laku (behaviour), sikap (attitude), disiplin, motivasi, gambar, video,
kaedah pengajaran sebelum dan selepas tindakan/ intervensi dilakukan sama ada objektif telah tercapai atau
tidak.

(Refleksi keseluruhan kajian)

i. Jika objektif telah tercapai, guru mencatatkan refleksi mengapa beliau berpuas hati dan kajian tindakan
tamat dan mencadangkan perancangan yang boleh dilaksanakan beliau sendiri pada masa akan datang.

Saya telah berjaya mencapai ketiga-tiga objektif dalam kajian tindakan ini dimana multimedia ini dapat
membantu dalam meningkatkan keberkesanan penggunaan bahan bantu mengajar dalam pembelajaran kanak-
kanak, dapat membantu dalam meningkatkan daya kefahaman dan tumpuan kanak-kanak semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan pencapaian kanak-kanak daripada tidak mengenal askara,
menulis askara, dan tidak dapat mengaplikasikan askara kepada berupaya untuk melakukan kesemua yang
dinyatakan dalam mata pelajaran. Pernyataan ini dapat dibukti melalui ujian pra dan ujian pasca.

Sehubungan dengan itu, guru perlu melakukan anjakan paradigma terhadap pendekatan PdPc selaras dengan
kehendak pendidikan era globalisasi dan liberalisasi dengan generasi masa kini dimana setiap informasi hanya
berada dihujung jari sahaja. Kehadiran multimedia interaktif menjadikan fungsi pendidik sebagai pemudah cara
serta meningkatkan kefahaman dan keberkesanan pembelajaran berpusatkan pelajar. Kesannya, kanak-kanak
dapat lebih tumpuan dan lebih memahami setiap apa yang diajar oleh guru. Kanak-kanak juga memperoleh
pengalaman secara langsung dengan penggunaan multimedia interaktif yang menarik, menyeronokkan dan
mempunyai pelbagai fungsi.

MEREFLEKSI
[Kitaran 2 (b)]
Berdasarkan kepada pemerhatian/ data, imbas kembali / buat refleksi apa yang mungkin telah menyebabkan
berlakunya perkara yang diperhatikan di K2(a).
Kenal pasti punca isu yang berlaku melalui refleksi kendiri dan fikirkan jalan penyelesaian.

MERANCANG
[Kitaran 2 (c)]
MELAKSANAKAN TINDAKAN
[Kitaran 2 (d)]

Lampiran 1 - Gambar penggunaan multimedia dalam kelas


Lampiran 2 – Perbandingan ujian pos dengan ujian pasca

Ujian Pos Ujian Pasca


Ujian Pos Ujian Pasca

Anda mungkin juga menyukai