Anda di halaman 1dari 4

PENDAHULUAN (tak payah masukkan pun tak ape) --> Pj amat penting untuk dilaksanakan dalam kurikulum sekolah

rendah. --> melalui pji, pelbagai aspek dapat dikembangkan ke tahap yang lebih tinggi. --> aspek JERIS seseorang individu mungkin akan terjejas sekiranya mereka mengabaikan aspek pembangunan fizikal dan jasmani diri masing-masing. --> pj membantu membangunkan dan meningkatkan keupayaan fizikal dan kecergasan seseorang individu. --> melalui aktiviti p&p pj dapat membantu seseorang individu membangunkan kemahiran pergerakan asas. --> pj di sekolah rendah juga dapat membantu murid-murid meningkatkan kefahaman mengenai keselamatan diri, alatan dan tempat beraktiviti. --> Dalam aspek pembangunan emosi dan sahsiah, pj membantu murid meneroka kelemahan dan kelebihan diri mereka seterusnya memberi peluang dan ruang kepada mereka untuk mengenali dirinya. --> pj yang diajar di sekolah berdasarkan kepada kurikulum yang telah digubal mampu menyemai budaya bergiat cergas sepanjang hayat dalam diri setiap murid. --> Perkara yang sedemikian mampu mempengaruhi gaya hidup yang lebih baik dan sihat. Kepentingan dari segi pertumbuhan dan perkembangan fizikal. --> Dalam masa pertengahan dan akhir peringkat kanak-kanak, kemahiran motor kanak-kanak menjadi semakin halus dan lebih halus, berbanding peringkat awal kanak-kanak.

KEPENTINGAN DARI SEGI SOSIAL Perkembangan sosial merupakan satu proses perkembangan yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh sesuatu masyarakat serta budaya. --> Hal ini kerana perkembangan sosial melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial atau melakukan penyesuaian sosial mereka. --> Mereka juga mempelajari peraturan-peraturan sosial yang diamalkan oleh sesuatu kumpulan sosial. --> contohnya, mereka mempelajari cara pemaparan emosi yang sesuai, dan cara mentafsir tingkah laku dan pernyataan emosi orang lain dengan tepat. Proses sosialisasi ini pula ditentukan oleh konteks budaya. Tingkah laku social yang sesuai bagi sesuatu budaya mungkin dianggap tidak sesuai bagi budaya yang lain. Namun demikian, terdapat banyak tingkah laku social yang bersifat universal dan merentasi pelbagai kumpulan etnik dan budaya. Dalam lingkungan usia 5 tahun kanak-kanak mula menjalankan hubungan sosial semasa bermain dalam kumpulan serta saling bercakap antara satu sama lain (Garvey,1990;Howes,1992) Tingkah laku sosial mereka terdiri daripada: i.Meniru- Meniru sikap dan tingkah laku individu yang disukainya. ii.Bertanding- Cuba melakukan sesuatu yang lebih baik atau supaya dapat menang.

iii.berkawanS e n y u m , m e n d e k a t i , b e r c a k a p , b e r m a i n b e r s a m a , menunjukkan kemesraan pada kawan. iv.Bekerjasama- Melibatkan diri secara bantumembantu ke arah pencapaian matlamat bersama dalam aktiviti berkumpulan, dan bermain bersama tanpa menggangu atau merebut permainan orang lain. v.Bersimpati.- Menunjukkan perasaan kasihan apabila melihat orang lain dalam keadaan yang menyedihkan.

vi- Pengiktirafan sosial- Ingin menarik perhatian supaya diberi penghormatan oleh rakan sebaya.

KEPENTINGAN DARI SEGI EMOSI Dalam aspek pembangunan emosi dan sahsiah, pendidikan jasmani membantu murid meneroka kelemahan dan kelebihan diri mereka seterusnya memberi peluang dan ruang kepada mereka untuk mengenali dirinya. Pendidikan jasmani yang diajar di sekolah berdasarkan kepada kurikulum yang telah digubal mampu menyemai budaya bergiat cergas sepanjang hayat dalam diri setiap murid. Perkara yang sedemikian mampu mempengaruhi gaya hidup yang lebih baik dan sihat.

MENGHILANGKAN TEKANAN Aktiviti dalam pendidikan jasmani dapat menghilangkan tekanan akibat daripada aktiviti seharian kita. Aktiviti seperti berlari dapat melupakan sebentar tugasan dan masalah yang dihadapi ketika di dalam kelas. Mengikut Model ekologi Bronfenbrenner, manusia dapat dipengaruhi emosinya berdasarka nbeberapa peringkat persekitaran. Mikrosistem adalah lapisan persekitaran dalaman yang merujuk kepada aktiviti dan interaksi yang melibatkan hubungan secara langsung.

MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI Aktiviti yang menjurus kepada tahap kemahiran yang tinggi dapat meningkatkan keyakinan diri seseorang. -Keyakinan diri merujuk kepada tahap sejauh mana kita percaya akan kemampuan diri kita.

-Seseorang yang tampil dengan kesihatan yang baik & bentuk fizikal yang mantap akan lebih berkeyakinan apabila berada di depan khalayak ramai. PENGARUH MENTAL & FIZIKAL -Apabila mental dan fizikal seseorang berada dalam keadaan yang baik, maka emosi juga akan menjadi terkawal. -Tubuh yang sihat mempengaruhi mental yang sihat seterusnya menerbitkan emosi yang baik.

PENGARUH SOSIAL Bentuk perhubungan yang baik ketika melakukan aktiviti akan mempengaruhi kawalan emosi kita. Sekiranya persekitaran sosial yang tegang,sudah pasti emosi seseorang tidak akan berada dalam keadaan yang baik.

MEMENUHI KEHENDAK LAHIRIAH Fitrah manusia terutama kanak-kanak suka akan bermain terutama yang berbentuk hiburan & sosial. Oleh itu, melalui pendidikan jasmani dapat memenuhi tuntutan lahiriah manusia ini seterusnya menggalakkan perkembangan emosi yang positif Ekspresi perasaan naluri yang kuat sepertisayang, gembira, malu, sedih, takut dan sebagainya. Kehebatan dan kesensitifan perasaan selalunya diluahkan dari dalaman kepada tingkah laku tertentu atau cara kita menyampaikan perasaan. Perasaan perasaan yang kuat ini akan mempengaruhi tindak balas luaran sama ada pada perubahan tubuh fizikal terkawal seperti mimik muka dan tidak terkawal seperti badan berpeluh kerana ketakutan.

RUJUKAN http://2ppismpbcpjks1.blogspot.com/2011/03/kepentingan-pendidikan-jasmanidalam.html http://www.scribd.com/doc/59421171/Kepentingan-Pj-Fiz-Men-Emo-So-2

http://udienbudakpj-ipik.blogspot.com/2011/11/pjm-3110-kepentingan-pendidikanjasmani.html

Anda mungkin juga menyukai