Anda di halaman 1dari 4

MINGGU 3

1. Isu Yang Difokuskan :

semasa pengajaran, saya mendapati bahawa murid di bahagian belakang kelas tidak menumpukan
perhatian terhadap percakapan saya. Mereka kerap bersembang bersama rakan atau mengelamun ketika
berada di dalam kelas.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Punca daripada hal ini adalah mungkin disebabkan suara yang kurang kuat ketika di dalam kelas. Kesannya
hanya murid di hadapan yang boleh mendengar dengan jelas. Murid di belakang pula sudah tentunya tidak
akan menumpukan perhatian terhadap bunyi suara gurunya yang sayup-sayup kedengaran

3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Walaupun aspek lisan dan bahasa badan ini merupakan elemen penting dalam menjayakan tujuan
pengajaran, namun masih terdapat guru yang kurang berkemahiran dalam menguasai dan menggunakan
kedua-dua jenis komunikasi
ini di bilik darjah secara efektif. Hal yang demikian ini seterusnya menjadikan situasi bilik darjah suram dan
membosankan. Aspek komunikasi lisan yang dikaji ialah intonasi suara, kejelasan sebutan dan kelancaran
guru dalam menyampaikan pengajaran. Aspek komunikasi bukan lisan yang dilihat dalam kajian ini pula
ialah ekspresi muka, kontak mata dan sentuhan.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal pasti, saya
mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya ialah :-
i) menguatkan suara ketika sesi pdp
ii) menggunakan intonasi yang sesuai untuk menarik perhatian
iii) menitikberatkan sebutan yang jelas serta berhati-hati agar tidak tersasul.

5. Tempoh Masa Penyelesaian :

1 minggu

6. Tindakan Susulan :

saya akan mengambil tindakan susulan dengan berlatih menguatkan suara serta menitikberatkan aspek
kejelasan sebutan serta selari dengan bahasa badan.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

01-02-2023

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

apabila saya menggunakan cara komunikasi yang betul daripada nada suara dan bahasa tubuh, murid
semakin mudah dikawal ketika di dalam kelas. Malahan, ketika sesi penerangan isi pembelajaran juga murid
akan dapat sertai secara aktif seperti menjawab soalan, bertanya soalan, memberi respon dan sebagainya.
Ini menunjukkan bahawa penggunaan komunikasi yang betul amat memberi kesan kepada sesi pengajaran
dan pembelajaran terutama dalam mewujudkan komunikasi dua hala.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

kesimpulannya, penggunaan komunikasi yang betul akan dapat menarik perhatian murid. Hal ini
termasuklah daripada segi aspek kejelasan suara, neda suara, bahasa tubuh dan sebagainya. Justeru, amat
penting bagi guru untuk menguasai kemahiran komunikasi di dalam kelas bagi memastikan sesi pengajaran
dan pembelajaran berjalan dengan lancar.

Rujukan :

Ahmad, N. S., Amzah, F., & Aman, R. C. (2009). KEMAHIRAN KOMUNIKASI GURU PELATIH UNIVERSITI
SAINS MALAYSIA. Journal of Educators & Education/Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 24.
MINGGU 4

1. Isu Yang Difokuskan :

pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan pada minggu ini, murid didapati kurang bermotivasi dan
tidak bersemangat ketika sesi pengajaran dan pembelajaran terutamnaya ketika melakukan aktiviti di dalam kelas.
Terdapat murid yang pemalu serta tidak berkeyakinan. Terdapat juga murid yang sentiasa kelihatan letih dan
mengantuk di dalam kelas.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

punca motivasi murid yang berkurang di dalam kelas ialah kerana murid tidak lagi berasa berminat untuk belajar
pada akhir sesi persekolahan. Tambahan lagi, mereka juga telah memulangkan buku teks menyebabkan pemikiran
mereka telah menentukan bahawa akhir tahun bukan lagi untuk meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran
melainkan untuk bermain, bertemu rakan atau menghadiri program sekolah. Hal ini dikukuhkan lagi apabila terdapat
murid yang langsung tidak membawa sebarang alat tulis di sekolah.

Kesannya dalam isu ini ialah mereka tidak dapat menguasai pengajaran yang disampaikan secara sempurna, justeru,
menjejaskan minat mereka untuk terus mempelajari ilmu baru. Dengan erti kata lain, sesi pengajaran dan
pembelajaran adalah kurang berkesan.

3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

salah satu unsur utama yang mempengaruhi pengajaran yang berkesan, iaitu perancangan isi pelajaran serta
memberikan motivasi sama ada ganjaran atau dendaan dapat meningkatkan minat dan prestasi murid.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal pasti, saya
mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya ialah :-
i) Mewujudkan sistem ganjaran di dalam kelas
ii) melaksanakan aktiviti yang lebih menarik yang mampu mewujudkan persaingan antara murid

5. Tempoh Masa Penyelesaian :

1 minggu

6. Tindakan Susulan :

saya akan mengambil tindakan susulan dengan mewujudkan sistem ganjaran di dalam kelas dan melkasanakan
aktiviti menarik yang mewujudkan persaingan antara murid.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

08-02-2023

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Murid 4 Kreatif semakin bermotivasi dalam melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Mereka saling
membantu ketika aktiviti kumpulan dan berusaha menjawab soalan dengan betul ketika aktiviti dilaksanakan. Mereka
juga berlumba-lumba untuk menjadi yang terbaik.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Kesimpulannya, kesan daripada pelaksanaan sistem ganjaran yang dilakukan, murid semakin bermotivasi dan
bersemanat untuk menyertai pembelajaran secara aktif. Persaingan yang sihat juga mampu diwujudkan di samping
mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.
Rujukan :

Yee, T. P., Lintang, I. K. B., & Tang, T. M. KESAN TEKNIK PENEGUHAN TERHADAP MINAT DAN PRESTASI MURID
TAHUN TIGA DALAM SAINS DI KUCHING.

 
 

Anda mungkin juga menyukai