Anda di halaman 1dari 2

PROGRAM : PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

PENGKHUSUSAN : BAHASA MELAYU (SK)

NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAANJELAWAT 2

MINGGU PRAKTIKUM : MINGGU 5

TARIKH : 19 MAC 2021

KATEGORI : INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL

TAJUK : MURID PASIF

1. Isu yang difokuskan:

Pada sesi pengajaran dan pembelajaran kali ini, saya telah mengenal pasti beberapa orang
murid yang pasif. Murid pasif yang dimaksudkan ialah murid yang tidak melaksanakan aktiviti
(kemahiran mendengar dan bertutur). Murid tersebut tidak memberi respon terhadap
pertanyaan guru.

2. Analisis isu yang difokuskan (Punca dan kesan isu):

Punca isu murid tersebut tidak diketahui. Menurut rakan kepada murid tersebut, murid tersebut
tidak berapa aktif dalam pembelajaran secara atas talian kerana PdPr sukar dikuasai oleh
murid. meskipun murid tersebut tidak mempunyai masalah percakapan. Perkara ini juga diakui
oleh beberapa orang guru yang turut mengajar murid dalam kelas yang sama. Isu ini
menyebabkan guru sukar untuk mengenal pasti tahap penguasaan murid tersebut terutama
aspek kemahiran mendengar dan bertutur..

3. Kajian lampau terhadap isu (Pengalaman atau kajian lepas):

Syariman, Mohd Hanafi & Mohd Mokhtar (2016) menjelaskan bahawa murid yang berkelakukan
pasif mempunyai beberapa sebab yang tertentu. Walaupun murid tersebut tidak mempunyai
masalah pertuturan, murid tersebut hendaklah diberi perhatian dan bimbingan.

4. Cadangan dan idea penyelesaian masalah:

Berdasarkan isu yang dikupas tadi, saya ada mencadangkan beberapa langkah penyelesaian
masalah terhadap isu tersebut:

i. Memberi bimbingan dan perhatian yang lebih kepada murid tersebut


ii. Mengajar murid membaca dengan mengikut bacaan guru secara personal
iii. Meminta rakan kepada murid tersebut untuk sentiasa berbual dengannya
iv. Merancangkan aktiviti didik hibur seperti nyanyian

5. Tempoh masa penyelesaian:

1 minggu

6. Tindakan susulan:

Guru memberi perhatian yang lebih kepada murid tersebut. Selain itu, guru mestilah cuba
mewujudkan satu hubungan yang baik dengan murid tersebut dengan selalu bertanya soalan
secara personal kepada murid. Hal ini dapat mewujudkan satu hubungan yang positif antara
murid dan guru. Seterusnya, guru perlu menganjurkan banyak aktiviti didik hibur.

7. Tarikh Tindakan susulan dilaksanakan:

26 Mac 2021

8. Keberkesanan langkah yang dicadangkan:

Sesi PdPr berjalan dengan lancar. Selain itu kawalan kelas juga sangat teratur. Murid
memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran
berlangsung.

9. Kesimpulan / refleksi:

Guru hendaklah sentiasa peka dan prihatin terhadap masalah dan perilaku murid. Selain itu,
guru hendaklah berusaha mencari penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi oleh murid.
Perkara ini unuk memastikan murid tersebut dapat melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran secara aktif.

Rujukan:

Syariman Jahari, Mohd Hanafi Mohd Yasin & Mohd Mokhtar Tahar. (2016). Penggunaan token
ekonomi dalam ubahsuai tingkah laku murid pasif (terlalu pendiam). Seminar Modifikasi
Tingkah Laku Murid Pendidikan Khas (Bermasalah Pembelajaran) Peringkat Negeri
Johor. JPN Negeri Johor.

Anda mungkin juga menyukai