Anda di halaman 1dari 3

JURNAL PRAKTIKUM FASA 2 (MINGGU 1)

Nama Pelajar : NOR HAFIZAH BINTI SHAFIEE


  Program : PISMP
  Pengkhususan / Opsyen : PISMP AMBILAN JUN 2018 / PENDIDIKAN JASMANI
  Sekolah : SK MERCHONG JAYA
  Fasa Praktikum :2
  Minggu Praktikum :1
  Tarikh : 02-07-2021
  Tajuk : TAHAP PENGLIBATAN MURID TERHADAP KELAS SECARA BERSEMUKA (google meet)
  Kategori : Interpersonal dan Intrapersonal

1. Isu Yang Difokuskan :

Saya menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran di kelas Tahun 4 Ibnu Khaldun, 5 Ibnu Khaldun, 5
Ibnu Sina dan 6 Ibnu Sina. Saya mendapati terdapat sebahagian murid tidak dapat menyertai kelas
secara bersemuka setiap kali dengan menggunakan platform Google Meet atas masalah peranti dan
capaian internet. Hal ini menyebabkan saya susah untuk mengenal pasti tahap penguasaan murid
tersebut. Oleh sebab itu, apabila saya menjalankan pdpr saya, mereka tidak dapat melibatkan diri dengan
baik dan aktif.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Punca penglibatan murid yang tidak tetap telah saya kenal pasti.Antara sebabnya adalah keluarga murid
yang bekerja sehingga malam. Ini menyebabkan mereka tidak mempunyai peranti untuk menghadiri
kelas. Selain itu, capaian internet yang tidak memuaskan turut memberi bebanan kepada murid untuk
menghadiri kelas dan menyiapkan tugasan. Segala perkara ini menyebabkan saya sukar untuk
melaksanakan perancangan pdpr saya dengan lancar serta mencapai objektif pelajaran.

3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Menurut Mohammad Aziz Shah (2011), kajian ini telah menjelaskan dapatan kajian bahawa guru perlu
memahami pelajarnya dengan baik. Guru merupakan penyumbang terbesar dalam menyampaikan ilmu
pengetahuan. Prestasi pelajar dilihat pada keberkesanan dalam pengajaran di kelas. Faktor penyebab
berlakunya kurang tumpuan dalam kelas perlu diatasi segera. Guru perlu lebih mengutamakan
keberkesanan pengajarannya dengan mengurangkan faktor penyebab kurang tumpuan dalam kelas.
Sehubungan dengan itu, guru dilihat memainkan peranan penting dalam mengatasi kurang tumpuan
JURNAL PRAKTIKUM FASA 2 (MINGGU 1)

dalam kelas dalam kalangan pelajar. Peranan guru ini membantu sekolah dalam menghasilkan pelajar
yang berkualiti dan berdaya saing. Guru juga perlu menggunakan pengetahuan pedagoginya dengan baik
agar proses pengajaran dan pembelajaran sempurna.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal pasti, saya
mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya ialah :-

i) Melaksanakan aktiviti yang senang dan menarik seperti belajar sambil bermain
ii) Melatih murid supaya tidak terlalu bergantung kepada buku teks atau guru

5. Tempoh Masa Penyelesaian :

1 Minggu

6. Tindakan Susulan :

Saya akan mengambil tindakan pembetulan iaitu melaksanakan aktiviti yang senang dan menggalakkan
penglibatan murid. Saya juga melaksanakan quiz menggunakan Quizizz kerana ianya memudahkan murid
dan menyeronokkan

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

07-07-2021

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Setelah melaksanakan beberapa idea dan cadangan yang perlu saya lakukan untuk mengatasi masalah
ini, saya dapat melihat bahawa aktiviti belajar sambil bermain (Quizizz) dapat menarik minat murid untuk
belajar dan melibatkan diri dalam PDPR. Ini kerana, kaedah pembelajaran ini (Quizizz) mudah untuk
digunakan dan diakses oleh murid serta berkonsepkan permainan video yang dapat menarik minat murid
untuk menggunakannya.
JURNAL PRAKTIKUM FASA 2 (MINGGU 1)

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Kesimpulannya, sebagai seorang guru kita perlulah mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang
dihadapi oleh murid. Dalam kes PDPR, guru seharusnya kreatif dalam memilih serta menggunakan
"sofware" yang ada supaya penyampaian dan aktiviti pembelajaran kita lebih menarik dan disukai oleh
murid

10. Rujukan :
hah, M.A., et. al. (2011). Faktor, Kesan Dan Strategi Menangani Permasalahan Kurang Tumpuan Pelajar
Sekolah Menengah Di Dalam Kelas: Suatu Kajian Kualitatif. Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Anda mungkin juga menyukai