Anda di halaman 1dari 4

PENULISAN JURNAL

ISU REFLEKSI
TIDAK MENYIAPKAN TUGASAN YANG DIBERIKAN OLEH GURU
Ahmad Nazirul Bin Azmi Solah
PDPP Pendidikan Islam

Masalah
Pada minggu keempat PDPr secara atas talian, Pada minggu ini, suka saya
ingin memfokuskan isu berkaitan sikap murid yang tidak menyiapkan tugasan yang
diberikan oleh guru. Saya dapati ketiga-tiga kelas yang diamanahkan kepada saya
dapati bahawa hanya sebilangan sahaja yang menghantar latihan pengukuhan yang
diberikan oleh saya manakala sejumlah yang lain tidak menhantar tugasan yang
diberikan.

Analisis Masalah
Isu tidak menghantar latihan ini bukan sahaja melibatkan ketika PDPr sahaja
malahan ia juga melibatkan ketika Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) ketika
bersemuka sahaja. Pada pendapat saya, isu murid yang tidak menyiapkan tugasan
yang diberikan oleh guru adalah disebabkan oleh kurang sikap tanggungjawab
dalam diri mereka. Masalah ini berlaku juga kerana disebabkan oleh kurangnya
dorongan ibu bapa atau penjaga dalam menggalakkan murid-murid untuk
menyiapkan latihan dan tugasan yang diberikan oleh guru. Perkara ini disebabkan
oleh ibu bapa yang sibuk bekerja dan mempunyai anak yang ramai tidak sempat
untuk memantau satu persatu latihan atau kerja rumah yang perlu disiapkan oleh
anak-anak mereka.

Selain itu, kadang kala tugasan atau aktiviti pelajaran ini akan menimbulkan
beberapa masalah kepada seseorang pelajar itu. Kemungkinan tugasan yang
diberikan ini akan menimbulkan rasa bosan kepada pelajar kerana bentuk tugasan
itu tidak menarik minat pelajar dan dengan itu mereka mula mencari sesuatu yang
lebih menarik serta menyeronokkan seperti membaca buku cerita, menonton
televisyen, keluar bersiar-siar dan sebagainya. Tugasan yang diberikan juga
mungkin akan menyebabkan pelajar rasa kecewa kerana ianya terlalu sukar
sehingga menyebabkan mereka mula menarik diri dan mengabaikannya (Mazulina
Saad, 2004). Menurut Fadzilah (2010), faktor murid tidak meminati sesuatu subjek
dan sikap mereka menjadi punca mereka gagal menyiapkan kerja rumah. Hal ini
menjadi kebiasaan pada diri murid dalam menyiapkan kerja rumah yang diberikan
oleh guru.

Kesan daripada isu ini, saya tidak akan dapat mengenalpasti tahap
kefahaman dan pencapaian murid terhadap isi pelajaran jika mereka tidak
melaksanakan tugasan yang diberi serta tidak dapat menjalankan pentaksiran
secara berterusan dengan jitu.

Cadangan
Untuk menangani masalah ini, saya telah mengenal pasti beberapa langkah
yang boleh diambil. Antara kaedah-kaedah yang dapat saya cadangkan ialah:

a. Kaedah 1:
Saya akan sentiasa menggalakkan dan mengingatkan murid agar menyiap dan
menghantar latihan yang diberikan.

b. Kaedah 2:
Saya akan memberi arahan dan tunjuk ajar kepada murid tentang latihan yang
diberikan kepada murid sebelum murid menjawabnya.

c. Kaedah 3
Saya akan menyediakan latihan yang mudah dan mengikut tahap dan aras kelas
yang ajar supaya dapat menguasai kemahiran asas sebelum kemahiran yang tinggi.

Kaeadah-kaedah yang dinyatakan di atas disokong oleh Butler (1987)


mencadangkan agar guru memeriksa buku latihan murid dengan segera, memberi
arahan yang mudah dan jelas kepada murid, pelbagaikan jenis latihan, jangan
memberi latihan terlalu banyak dan memastikan murid tahu akan kepentingan
latihan yang diberikan dalam pembelajaran keseluruhan mereka.
Tempoh
17-21 Mei 2021 (Seminggu)

Tindakan Susulan
Seterusnya, tindakan yang saya laksanakan ialah dengan sentiasa
menggalak dan mengingatkan murid tentang latihan yang diberikan. Saya juga akan
memberi arahan dan tunjuk ajar sebelum meminta murid untuk menjawab latihan
yang disediakan oleh saya mengikut tahap penguasaan dan aras murid yang saya
ajar agar ia mengikut aras murid. Hal ini akan meningkatkan kesedaran dalam diri
ibu bapa dan penjaga dalam mendorong dan menggalakkan murid dalam
melaksanakan latihan yang diberikan oleh guru.

Kesimpulan
Tuntasnya, isu murid tidak menyiapkan dan menhantar katihan atau kerja
rumah yang diberikan oleh guru memberi masalah kepada guru dalam mengenal
pasti kekuatan dan kelemahan yang dihadapi oleh murid. Seterusnya, guru tidak
dapat melaksanakan pengayaan bagi memperbaiki kelemahan yang dialami oleh
murid pada masa hadapan. Ini kerana dalam sistem pendidikan di Malaysia,
kemahiran berfikir yang diperlukan oleh pelajar adalah untuk memanipulasi idea dan
juga perasaan yang terkandung dalam teks adalah diberi keutamaan (Indramalar
1997a: (Nasyimah et al., 2016).

Oleh itu, sekiranya murid tidak melaksanakan latihan yang diberikan oleh
guru, maka kemahiran berfikir murid tidak dapat diaktifkan dan akhirnya murid tidak
dapat bersaing dengan rakan yang lain pada masa hadapan dan tidak dapat
menyelesaikan masalah yang bersifat Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) nanti.
Oleh hal yang demikian Falsafah Pendidikan Negara (FPN) tidak dapat
direalisasikan dan hasrat dalam kemenjadian murid dalam SKPMG2 tidak akan
dicapai secara mapan.
Rujukan
Mazulina Saad. (2004). Persepsi Pelajar Terhadap Amalan Kerja Rumah Sebagai Satu Strategi
Pembelajaran Di Sekolah Menengah [Web Log Post]. Diakses di laman sesawang
http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwp2/p_2004_5924_ 7fe
6c943c36745fd941324810b7dffbf.pdf

Fadzilah Ibrahim. (2010). Mengatasi masalah murid tidak menghantar dan menyiapkan kerja
rumah dalam kalangan murid tahun 5 Usaha Sekolah Kebangsaan Bukit Mahkota
melalui kaedah 'sticker'. Kajian Tindakan Isu-Isu Dalam Pendidikan Sekolah Rendah.

Butler, J.A. (1987). Homework.School Improvement Research Series. Office of Educational


Research Improvement (OERI), U.S. Department of Education.

Nasyimah Ismail & Zamri Mahamod. (2016). Sikap Dan Kesediaan Pelajar Sekolah
Menengah Terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Pembelajaran Komsas
Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu -JPBM (Malay Language
Education Journal -MyLEJ, Vol. 6, Bil. 2 (Nov. 2016): 59-67.
https://core.ac.uk/download/pdf/84306708.pdf

Anda mungkin juga menyukai