Anda di halaman 1dari 5

JURNAL PRAKTIKUM

Nama Pelajar : ADAM AFEEQ BIN MD NORAZI

No Kad Pengenalan : 020130101909

Program : PISMP

Pengkhususan / Opsyen : PENDIDIKAN JASMANI 1

Sekolah : SK KOMPLEKS UDA

Minggu Praktikum :3

Tarikh : 4/9/2023

Tajuk : MURID TIDAK MENYIAPKAN TUGASAN

Kategori : PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

Pensyarah Penyelia : DR. SHANKARALINGAM A/L RAMALINGAM

Guru Pembimbing : MUHAMMAD AMIRUL IQMAL BIN MOHAMMAD FADILL


1. Isu Yang Difokuskan :

Isu saya pada kali ini adalah murid tidak menyiapkan tugasan aktiviti latih tubi. Hal ini kerana,
isu ini merupakan salah satu proses yang amat ditekankan pengendalian PdPr. Tugasan
diberikan kepada murid bertujuan pengayaan dan pemulihan, maka sering kali latihan kerja
rumah akan diberikan kepada murid sebagai salah satu jenis pengukuhan bagi kemahiran yang
dipelajari dan turut dapat dijadikan kayu ukur bagi guru menilai tahap penguasaan dan
pencapaian seseorang murid dalam suatu topik baharu. Namun, didapati bahawa terdapat
segelintir murid yang tidak menghantarkan tugasan tepat dalam masa yang ditetapkan
walaupun telah diberikan banyak peluang.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Punca utama masalah ini berlaku adalah disebabkan oleh sikap sambil lewa dan amalan suka
bertangguh dalam kalangan murid semasa menyiapkan kerja rumah. Hal ini turut menyukarkan
guru untuk menilai tahap penguasaan murid terhadap suatu isi pelajaran baharu serta
menyulitkan proses untuk mengikuti perkembangan prestasi murid dari semasa ke semasa.
Punca seterusnya murid tersebut tidak menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru
berkemungkinan bahawa mereka masih kurang memahami isi pelajaran yang dipelajari pada
hari tersebut. Selain itu, soalan yang diberikan terlalu banyak sehingga murid tidak sempat
untuk menyiapkan tugasan tersebut. Hal ini berikutan atas faktor bebanan kerja rumah yang
diberikan oleh guru mata pelajaran yang lain. Perlakuan negatif tersebut akan menjejaskan
tahap penguasaan murid dalam sesuatu topik pelajaran.

3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Menurut Mok Soon Sang (2009), kepentingan serta tujuan bahan bantu mengajar
adalah supaya murid-murid memahami secara lebih mendalam dan realistik tentang tajuk yang
diajar serta mampu menguatkan daya ingatan murid terhadap isi- isi pengajaran. Murid akan
minat untuk menyiapkan tugasan yang diberikan apabila mereka memahami isi pelajaran yang
diajar mengunakan bahan bantu mengajar yang menarik.
4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Berdasarkan analisis yang saya telah lakukan terhadap isu yang telah saya kenal pasti. Antara
tindakan susulan yang wajar dilaksanakan ialah saya telah mengambil beberapa langkah bagi
mengatasi masalah ini termasuklah menilai semula kesesuaian latihan yang diberikan mengikut
tahap dan kemampuan murid. Saya turut menyenaraikan nama murid yang sering mencetuskan
masalah dan memberikan fokus yang lebih banyak terhadap golongan murid ini untuk
memastikan mereka menghantar tugasan dalam tempoh yang ditetapkan.

5. Tempoh Masa Penyelesaian :

1 Minggu

6. Tindakan Susulan :

Bagi melaksanakan apa yang telah saya rancangkan, saya perlu sentiasa mencatat nama
murid yang tidak menyiapkan kerja rumah setiap kali saya meminta mereka menghantar
tugasan untuk disemak. Jika saya dapati banyak antara mereka yang tidak menyiapkan kerja
rumah tersebut dan mendapati soalan itu agak susah bagi mereka, maka saya akan berbincang
dengan murid tersebut. Murid yang menyiapkan kerja rumah akan dipuji dan diberikan
penghargaan agar murid-murid lain terdorong untuk turut berbuat demikian. Hal ini demikian
kerana, murid di sekolah rendah sememangnya sangat suka akan pujian dan perhatian
daripada guru. Mereka pasti akan berusaha untuk mendapatkan perhatian guru. Jumlah kerja
rumah yang diberikan juga perlulah berpatutan iaitu tidak terlalu banyak kerana bimbang akan
membebankan murid. Kuantiti sememangnya tidak penting, yang penting adalah kualitiinya.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

12 September 2023
8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Langkah yang diutarakan ternyata dapat memberikan kesedaran kepada murid-murid untuk
menyiapkan kerja rumah. Kadar murid tidak menyiapkan tugasan yang diberikan adalah
berkurangan. Perubahan sikap dalam kalangan murid turut dapat diperhatikan dengan sangat
jelas sekali. Kualiti kerja murid agak memuaskan.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Keseluruhannya, tindakan yang diambil mendatangkan impak yang amat positif tidak kira dari
segi perubahan mentaliti atau dari aspek pembentukan amalan rutin dalam proses
pembelajaran. Walau bagaimanapun, saya sentiasa memastikan tugasan yang diberikan tidak
terlalu membebankan dan menepati sasaran objektif pelajaran dan penilaian yang dirancang.
Rujukan

Mok Soon Sang (2009): Psikologi Pendidikan dan Pedagogi : Murid Dan Alam Belajar
Penerbitan Multimedia sdn bhd

Abdullah Sani Yahaya. (2005). Mengurus Disiplin Pelajar. Kuala Lumpur: PTS Professional

Publishing Sdn Bhd

Mazulina. (2004). Persepsi pelajar terhadap amalan kerja rumah sebagai satu strategi
pembelajaran di sekolah menengah. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai