Masalah beberapa orang pelajar kelas 3 Al-Karim tidak menyiapkan tugasan yang diberi.
Apabila guru memberikan tugasan dan diberi masa sehari untuk menyiapkannya, pelajar tidak
dapat menghantar mengikut masa yang ditetapkan. Sehinggakan ada pelajar yang langsung
tidak menghantar tugasan.
Setelah dibuat pemantauan, saya mendapati pelajar tersebut tidak dapat menyelesaikan
tugasan yang diberi kerana malu dan takut untuk bertanya dengan guru kerana terdapat
beberapa soalan yang mereka tidak faham. Terdapat juga mereka yang langsung tidak
berminat untuk belajar dan hanya berdiam diri ketika guru mengajar sehingga menyebabkan
mereka tidak dapat menyelesaikan apa-apa tugasan kerana mereka langsung tidak faham.
3. Kajian Lampau
Tamir (1985) telah menyenaraikan kesan pemberian kerja rumah kepada para pelajar. Antara
faedah yang ditemui dari amalan ini ialah para pelajar dapat menguasai isi pelajaran dengan
baik. Kerja rumah juga memberi peluang kepada para pelajar untuk belajar dari berbagai-bagai
sumber. Dengan cara ini, para pelajar akan memperbaiki kelemahan mereka di bilik darjah.
Berdasarkan analisis yang telah dibuat berkaitan dengan masalah yang telah difokuskan. Saya
telah mencadang beberapa langkah tindakan susulan antaranya adalah:
i. Guru telah melantik beberapa pelajar sebagai guru muda bagi membimbing pelajar yang
lemah.
ii. Saya perlu memastikan pelajar menyiapkan tugasan yang diberikan di dalam kelas.
iii. Dendaan perlu diberikan kepada pelajar yang tidak menyiapkan kerja sekolah supaya
menjadi pengajaran kepada pelajar lain.
2 Minggu
6. Tindakan susulan
Menurut pemerhatian yang saya lakukan saya dapati masalah ini boleh diatasi dengan cara
tindakan yang dilakukan oleh guru Guru perlu memberi latihan pengukuhan selepas tamat
pengajaran bagi mengenalpasti tahap kefahaman pelajar. Dendaan juga telah diberikan kepada
pelajar seperti berdiri semasa kelas dan sebagainya. Ianya dilihat memberikan kesan yang
positif kerana apabila guru memberikan tugasan, bilangan pelajar yang menghantar tugasan
semakin meningkat.
07.07.2019 – 18.07.2019
Teknik guru muda dapat mencungkil tahap keyakinan diri pelajar. Secara tidak langsung pelajar
yang lemah tidak berasa malu untuk bertanya apabila terdapat kemusykilan. Hal ini kerana guru
muda boleh membimbing mereka.
9. Kesimpulan
Saya berasa cukup terharu kerana pelajar yang lemah dapat diatasi dan pelajar yang
cemerlang dapat dicungkil bakat untuk menjadi guru muda kepada rakan mereka.
Rujukan
Tamir (1985). 'Kajian Dalam Keberkesanan Kerja Rumah'. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka Sdn. Bhd