Anda di halaman 1dari 1

SITUASI PENGGAMBARAN FOTOGRAFI

Situasi penggambaran yang saya ingin lakukan adalah situasi di kawasan sawah pagi yang
luas. Penggambaran dilakukan padaa waktu senja di mana matahari sedang terbenam. Saya
ingin mengambil gambar seseorang di kawasan sawah pagi tersebut dengan berlatar
belakangkan matahari terbenam. Suasana pencahayaan pada situasi penggambaran tersebut
adalah cahaya persekitarannya adalah redup kerana berada di waktu senja. Terdapat juga
suasana pencahayaan tambahan iaitu cahaya dari matahari yang hampir terbenam. Saya
memanipulasi pencahayaan matahari yang hampir terbenam tersebut supaya ianya terletak di
bahagian belakang individu yang menjadi model pada gambar saya. Tenik pencahayaan ini
adalah dipanggil sebagai teknik back light. Teknik ini bertujuan untuk menghasilkan bentuk
objek secara kesuluruhan. Saya akan meletakkan model di depan sinaran matahari tanpa
adanya sinar yang langsung mengenai mukanya. Selepas itu, arahkan titik fokus bahagian
muka model untuk mendapatkan fokus yang baik. Nilai exposure yang digunakan perlu
bersesuaian dengan objek utama. Saya memiih untuk menggelapkan sedikit gambar supaya
kelihatan lebih menarik dengan adanya sinar matahari yang terang.

Anda mungkin juga menyukai