Anda di halaman 1dari 3

JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM

Minggu Praktikum : Minggu 5

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 7 – 11 Julai 2019

Tajuk Jurnal : Masalah Kawalan Kelas

1. Isu / Perkara Yang Difokuskan

Masalah kawalan kelas di mana anak murid saya, suka bercakap, kurang memberi perhatian
semasa saya mengajar, suka mengadu, suka mengganggu kawan dan suka membuat bising.
Masalah kawalan kelas agak kurang memuaskan. Masalah yang saya hadapi sekarang adalah
saya sukar untuk mengawal kelas ketika membuat aktiviti pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas, terutamanya sewaktu membuat kerja dalam kumpulan.

2. Analisis Isu / Perkara Yang Difokuskan

Penggunaan bahan bantu mengajar yang tidak dapat menarik perhatian. Perkara ini
berkemungkinan disebabkan oleh guru belum mengetahui sepenuhnya lagi tentang perangai
dan cara murid di dalam kelas tersebut belajar. Gaya pengajaran guru yang kurang menarik
juga menjadikan punca berlakunya masalah ini Kesan daripada isu ini akan menyebabkan
mereka kurang memberikan tumpuan dan akan menyebabkan mereka tidak dapat menguasai
pengajaran yang dijalankan secara keseluruhannya.

3. Kajian Lampau

Clark and Lampert (1986), perancangan guru menentukan apa yang diajar di sekolah-sekolah.
Perancang yang baik melibatkan peruntukan penggunaan masa dan pemilihan kaedah
mengajar yang sesuai agar boleh menarik minat pelajar dan mewujudkan persekitaran
pembelajaran yang produktif.

4. Cadangan tindakan susulan

Berdasarkan analisis yang telah dibuat berkaitan dengan masalah yang telah difokuskan. Saya
telah mencadang beberapa langkah tindakan susulan antaranya adalah:

i. Memberi peneguhan yang positif kepada murid sekiranya ia berkelakuan baik


dan tidak mengganggu rakan-rakan yang lain.
ii. Mengadakan teknik pembelajaran yang menarik dan menggunakan pelbagai
bahan yang sesuai serta menggunakan teknik variasi rangsangan bagi menarik
minat mereka.
iii. Memberi mereka dendaan atas perbuatan yang mereka lakukan sebgai
pengajaran dan peringatan bagi mereka supaya tidak mengulangi kesalahan
tersebut.

5. Tempoh Masa Penyelesaian

3 Minggu

6. Tindakan susulan

Menurut pemerhatian yang saya lakukan saya dapati masalah ini boleh diatasi dengan cara
memberi nasihat kepada mereka secara individu dan memberi mereka dendaan jika tindakan
nasihat tidak berhasil. Kanak-kanak ini bersifat manja dan memerlukan perhatian serta
disayangi.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

14.7.2019 – 1.8.2019

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang telah
saya kenal pasti dan ianya dilihat telah memberi impak yang positif. Perkara ini dapat dilihat
melalui peningkatan bilangan murid yang memberi repon yang positif ketika sesi pengajaran
dan pembelajaran. Bagi aktiviti pula, saya juga akan merancang aktiviti yang menarik dan ianya
diubah tahap kesukaran aktivitinya berdasarkan tahap perkembangan dan pencapaian murid
dalam kelas tersebut.

9. Kesimpulan

Secara kesimpulannya, hasil daripada pemerhatian ke atas kes ini, ia dapat diatasi sekiranya
guru mempunyai sikap yang tegas terhadap kanak-kanak supaya mereka dapat memberi
perhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran di hadapan. Guru juga perlu menasihati murid
akibat tidak memberi tumpuan terhadap pengajaran. Selain itu, guru perlu sentiasa memerhati
setiap tingkah laku anak muridnya dan memahami kerenah kanak-kanak di sekolah.
Seseorang guru juga perlu mempunyai sikap yang penyayang dan penyabar bagi menghadapi
kerenah murid-murid yang mempunyai pelbagai ragam dan perangai.
Rujukan

Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. (2014). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku.

Selangor; Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Mustafa, D. S., & Ahmad , S. M. (2018). Budaya dan Pembelajaran. Selangor: Sasbadi Sdn.
Bhd.

Anda mungkin juga menyukai