Anda di halaman 1dari 3

Minggu Praktikum 1

Tarikh : 27.02.2020

Tajuk Jurnal : Murid Sangat Pasif Ketika Sesi Pengajaran dan Pembelajaran

1. Isu Yang Difokuskan :

Saya menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran di kelas Tahun 4 Saathanai


Saya mendapati ketika set induksi dijalankan, tumpuan adalah memuaskan, namun
saya mendapati murid sangat berpasif dan tidak kurang memberi respons. Terdapat
seramai hamper 12 orang murid telah dikenal pasti tidak memberi respons dan aktif
terhadap sesi pengajaran saya pada hari itu.

2. Analisa Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan)

Punca murid tidak dapat memberi respons dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
ialah penggunaan bahan bantu mengajar yang tidak dapat menarik perhatian. Selain
itu, gaya pengajaran yang digunakan kurang menarik serta pengajaran. Kesan
terhadap isu yang berlaku ini iaitu murid menjadi pendengar yang pasif akan
menyebabkan guru untuk tidak dapat tahap pemahaman murid dan pencapaian
objektif sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut. Tambahan pula, ia juga boleh
menyebabkan berasa cepat bosan terhadap pengajaran yang saya sampaikan.

3. Kajian Lampau Terhadap Isu ( Pengalaman atau Kajian Lepas )

Menurut Julie Gantcher melalui Anis (2012), pembelajaran secara “hands-on”


merupakan suatu aktiviti yang menyeronokkan dan jelas serta meningkatkan
perasaan ingin tahu, kompetensi serta kreativiti melalui aktiviti yang dijalankan
secara amali.

4.Cadangan dan Idea Penyelesaian

Berdasarkan kepada analisa yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya
kenal pasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah
tersebut, antaranya ialah :

i. merancang pelbagai aktiviti “hands-on” dalam pembelajaran kelas


ii. mengadakan aktiviti “energizer” untuk mengaktifkan minda mereka dan
menarik perhatian mereka

5. Tempoh Penyelesaian

1 Minggu

6. Tindakan Susulan

Saya akan mengambil tindakan pembetulan iaitu membuat bahan di mana ia dapat
menggalakkan mereka untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti “hands-on”.
Kemudian, saya juga akan mengadakan aktiviti “energizer” sebelum pembelajaran
bermula supaya dapat mendapat perhatian murid dan meningkatkan semangat
untuk belajar.

7. Tarikh Tindakan Susulan

24.02.2020

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan

Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cara penyelesaian yag


telah saya kenal pasti telah memberi impak yang positif, ini dapat dilihat melalui
penigkatan bilangan murid yang memberi respons dan jawapan ketika sesi
pengajaran dan pembelajaran. Selain iitu, didapati seramai 90% murid berada aktif
sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan )

Saya berasa puas hati dengan minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran
yang telah saya sampaikan dngan menggunakan bahan “hands on” yang telah saya
hasilkan. Pendekatan ini mampu menarik seerta memastikn murid melibatkan diri
secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Rujukan

Anis Afifah. (2012). Aktiviti Hands-on. Dimuat turun dari


http://www.scribd.com/doc/93406834/ Aktiviti-Hands-On

Anda mungkin juga menyukai