Anda di halaman 1dari 3

JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM

Minggu Praktikum : Minggu 2

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 16 – 20 JUN 2019

Tajuk Jurnal : Pengurusan Bengkel RBT

1. Isu / Perkara Yang Difokuskan

Masalah yang dihadapi adalah berkaitan dengan masalah pengurusan bengkel RBT kerana
subjek ini memerlukan penggunaan bengkel terutamanya semasa melakukan kerja amali.
Masalah yang timbul adalah berkaitan persekitaran bengkel sangat tidak kondusif kerana
kekurangan alatan tangan asas, lantai yang licin dan keadaan yang tidak selesa. Ini
mengakibatkan aspek keselamatan dan keselesaan adalah rendah semasa menggunakan
bengkel. Terdapat juga masalah apabila ketika waktu RBT sepatutnya dijalankan di bengkel ada
guru lain yang menggunakan bengkel untuk sesi pembelajaran yang lain.

2. Analisis Isu / Perkara Yang Difokuskan

Hasil pemerhatian, saya dapati bahawa masalah ini berpunca daripada kerosakan dimana salah
satu kipas siling dalam bengkel tersebut telah rosak menyebabkan suasana bengkel agak panas
terutamanya pada waktu tengah hari. Keadaan lantai yang licin adalah disebabkan oleh habuk,
debu dan pasir yang ada pada lantai menyebabkan kadang-kala sedikit tergeincir pada bengkel
terutamanya apabila berlaku tumpahan minyak. Seterusnya, laci simpanan yang tidak terurus
menyebabkan banyak alatan tangan yang hilang. Ianya juga berkaitan dengan penggunaan
bengkel RBT yang tidak mengikut jadual menyebabkan murid sesuka hati masuk ke dalam
bengkel tanpa kebenaran guru.

3. Kajian Lampau

Menurut The National Education Assosiation (1996) sekolah selamat ialah sekolah yang
mempunyai iklim pembelajaran yang selamat serta tingkahlaku yang sihat serta dapat
mewujudkan hubungan yang positif antara guru dan pelajar di samping dapat membawa
penglibatan ibubapa dan masyarakat ke arah yang lebih bermakna.
4. Cadangan tindakan susulan

Berdasarkan analisis yang telah dibuat berkaitan dengan masalah yang telah difokuskan. Saya
telah mencadang beberapa langkah tindakan susulan antaranya adalah:

i. Guru yang terlibat menguruskan bengkel perlu bertindak lebih aktif dalam menjadikan
bengekl lebih kondusif dan selesa
ii. Penguatkuasaan terhadap peraturan yang lebih ketat dalam proses penggunaan bengkel
RBT dan dikhususkan untuk mata pelajaran RBT sahaja supaya ianya lebih terkawal
iii. Pihak sekolah perlu mengambil cakna dalam keperluan persekitaran bagi memastikan
aspek keselamatan dan keselesaan lebih terjamin.

5. Tempoh Masa Penyelesaian

1 Bulan

6. Tindakan susulan

Bagi mengatasi masalah ini, saya akan bertindak lebih aktif bagi menjadikan bengkel RBT lebih
kondusif dan selesa mengikut aspek-aspek yang perlu ada di dalam bengkel. Saya juga telah
berbincang bersama guru pembimbing merangkap Ketua Panitia Mata Pelajaran RBT tentang
masalah penggunaan bengkel dan beliau mengambil positif tentang apa yang dicadangkan dan
akan membawa isu ini ke dalam mesyuarat

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

23.6.2019 – 23.7.2019

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang telah
saya kenal pasti dan ianya dilihat telah memberi impak yang positif. Perkara ini dapat dilihat
melalui perjalanan penggunaan bengkel dan keadaan bengkel yang lebih kondusif

9. Kesimpulan

Secara kesimpulannya, saya mendapati bahawa masalah yang telah dihadapi dapat diselesaikan
dengan baik. Pendekatan yang telah digunakan dilihat mampu menarik perhatian guru dan
membuatkan guru memberi respon yang positif
Rujukan

Anon. 2007b. Kepimpinan sekolah jadi kunci kejayaan. Utusan Malaysia, 17 Januari: 3

SAHER, M. (2015). AMALAN PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP


(KHB) SEKOLAH MENENGAH HARIAN DAERAH BATU PAHAT. Retrieved from
http://eprints.uthm.edu.my/7067/1/MOHD_NAJIB_BIN_SAHER_24.pdf

Anda mungkin juga menyukai