Anda di halaman 1dari 2

PRAKTIKUM

JURNAL

Bilangan Jurnal : Kelapan MINGGU


: 29 JULAI 2019 - 2 OGOS 2019
Tarikh Peristiwa / Kejadian
8
Tajuk : Murid Kurang Tumpuan Ketika Guru Mengajar

1. ISU YANG DIFOKUSKAN :

JURNAL
Masalah kali ini berkaitan dengan murid-murid yang kurang memberikan tumpuan terhadap apa yang saya
ucapkan dihadapan kelas. Mereka kelihatan lebih senang bersembang dengan rakan di sebelah dan
membuat kerja sendiri. Terdapat beberapa orang murid yang bukan sahaja tidak memberi tumpuan,
malahan membuat bising ketika saya mengajar di hadapan.

2. ANALISIS ISU YANG DIFOKUSKAN (PUNCA DAN KESAN ISU) :


Apabila saya membuat refleksi terhadap pengajaran dan pembelajaran di kelas, saya dapati pengajaran
saya ada sedikit kelemahan dari segi penyampaian. Saya beranggapan ini sebagai punca murid tidak
memberi tumpuan. Saya perlu memperbaikinya dengan segera untuk kebaikan mereka. Selain itu, saya juga
berpendapat murid yang tidak memberi perhatian ketika sedang belajar sebenarnya mereka belum sedar
akan kepentingan memberi perhatian ketika sedang belajar. Saya beranggapan mereka masih boleh
dibimbing.

3. KAJIAN LAMPAU (LITERATURE REVIEW) TERHADAP ISU (PENGALAMAN ATAU KAJIAN LEPAS) :
Guru-guru merupakan orang yang berperanan penting dalam memastikan corak penyampaian sesuatu
mata pelajaran itu berkesan atau sebaliknya.

Namun begitu, pada masa kini didapati ramai pelajar semakin kurang tumpuan dan minat dalam mnegikuti
sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru di dalam kelas. Berdasarkan definisi yang
dikemukakan oleh James (1890) yang menyatakan tumpuan itu adalah terhad kerana manusia hanya
mampu tertumpu pada satu perkara dalam satu masa. Penumpuan juga mempunyai sifat terpilih kerana
manusia boleh memilih sesuatu tumpuan pada satu masa dan penumpuan juga sangat berkait rapat
dengan konsep kesedaran yang merupakan satu situasi dalam apa-apa jua masa. Penumpuan juga boleh
dijelaskan sebagai perhatian yang memberikan tumpuan terhadap mental dengan membiarkan rangsangan
lain mengganggu.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Abd. Karim (1994) menyatakan bahawa setiap guru
memainkan peranan yang penting dalam menarik minat murid untuk belajar dengan cara mempelbagaikan
kaedah pengajaran. Apabila murid-murid tidak berminat dalam sesuatu mata pelajaran tertentu, guru tidak
pula berusaha untuk menarik minat mereka. Faktor luaran seperti kepesatan kurikulum, kekurangan bahan
dan sumber lain, keadaan persekitaran luar bilik darjah dan sekolah serta masalah disiplin murid-murid
dijadikan sebagai penghalang kepada pengajaran dijalankan dengan berkesan. Selain itu, faktor dalaman
iaitu kurang minat dan motivasi dalam kalangan pelajar juga mengganggu kelancaran proses pdp berjalan
dengan baik.

4. CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH :


Bagi mengelakkan murid-murid membuat hal sendiri dan memberi tumpuan kepada apa yang saya
sampaikan, saya akan cuba merancang pembelajaran dan pengajaran yang menarik perhatian murid-murid
serta memeperbaiki cara penyampaian saya demi kebaikan mereka. Selain itu, saya juga akan memberi
peneguhan positif kepada murid yang mendengar arahan dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada saya
semasa proses pdp sedang dijalanlkan. Bagi murid yang berbual dengan rakan sebelahnya, saya akan
memisahkan tempat duduk mereka dan membiarkan mereka duduk berasingan dan berjauhan apabila
berkali-kali teguran sudah diberikan.

5. TEMPOH MASA PENYELESAIAN :


29 Julai 2019 - 2 Ogos 2019

http://praktikum.ipgmipoh.net/v6/
PRAKTIKUM

6. TINDAKAN SUSULAN :
Saya akan berusaha sebaik mungkin dengan penambahbaikan dari segi cara penyampaian saya semasa
proses pembelajaran dan pengajaran dijalankan kerana ia bukan sahaja dapat memotivasikan murid malah
saya sebagai guru akan berusaha sebaik mungkin agar sesi pengajaran dan pembelajaran ini akan
bertambah baik dari semasa ke semasa. Saya juga akan mencuba pelbagai kaedah yang lebih menarik
dalam menyampaikan pengajaran iaitu menerapkan teknik bermain dalam pdpc untuk menarik perhatian
murid memberikan tumpuan.

7. TARIKH TINDAKAN SUSULAN DILAKSANAKAN :


8 Julai 2019

8. KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN :


Masih terdapat segelintir murid yang masih tidak mahu memberikan tumpuan dan bercakap dengan rakan
sebelahnya. Namun, setelah memisahkan dan mengasingkan tempat duduk mereka, murid tersebut lebih
fokus ketika saya mengajar namun perlu diperhatikan dari semasa ke semasa. setelah mempelbagaikan
aktiviti pengajaran seperti aktiviti dalam kumpulan, kaedah bermain sambil belajar murid telah
menunjukkan perkembangan yang positif.

9. KESIMPULAN / REFLEKSI (KESAN TINDAKAN (PERLU) DAN HALANGAN (JIKA ADA) :


Guru merupakan penyumbang terbesar dalam menyampaikan ilmu pengetahuan. Prestasi murid dilihat
keberkesanan dalam pengajaran di kelas. Faktor penyebab berlakunya kurang tumpuan dalam kelas perlu
diatasi segera. Guru perlu memahami muridnya dengan baik serta lebih mengutamakan keberkesanan
pengajarannya dengan mengurangkan faktor penyebab kurang tumpuan dalam kelas. Sehubungan dengan
itu, guru dilihat memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah murid kurang memberikan
tumpuan dalam kelas. Peranan guru ini membantu sekolah dalam menghasilkan murid yang berkualiti dan
berdaya saing. Guru juga perlu menggunakan pengetahuan pedagoginya dengan baik agar proses
pengajaran dan pembelajaran lebih sempurna.

RUJUKAN

Abd Karim Desa. (1994). Keberkesanan Guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu Terhadap Pengajaran dan
Pembelajaran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

James, W. (1890). Principle of Psychology. New York: Holt.

Hassan Hj Mohd Ali. (1996). Strategi Belajar yang Berkesan. Kuala Lumpur: Utusan Publication Distributors.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

__________________________ __________________________
Tandatangan Tandatangan
Nama : LOO YEE FONG Nama : _____________________
Tarikh : 8/7/2019 Tarikh : _____________________

http://praktikum.ipgmipoh.net/v6/

Anda mungkin juga menyukai