Anda di halaman 1dari 7

JURNAL

Bilangan Jurnal :5 MINGGU


: 14.03.2021
Tarikh Peristiwa / Kejadian
5
Tajuk : KEADAAN KELAS YANG BISING

1. ISU YANG DIFOKUSKAN :

Saya menjalankan kelas bimbingan dalam tahun 3 UUM. Saya mendapati ketika saya
menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran ia adalah amat sukar untul mengawal
keadaan kelas yang bising. Saya mendapati murid mulai hilang tumpuan dan kacau rakan di
sebelah yang mewujudkan keadaan kucar kacir di dalam kelas.

2. ANALISIS ISU YANG DIFOKUSKAN (PUNCA DAN KESAN ISU) :

Punca keadaan kelas yang bising wujud daripada mentality murid yang sangat cepat menjadi
bosan dengan satu keadaan. Murid yang bermasalah ini juga tidak mendengar kata walaupun
kita suruh mereka untuk duduk dengan diam. Keadaan ini berlaku kerana bahan bantu
mengajar yang tidak dapat menarik minat semua murid di mana mereka cepat bosan dan
hilang perhatian.

3. KAJIAN LAMPAU (LITERATURE REVIEW) TERHADAP ISU (PENGALAMAN ATAU


KAJIAN LEPAS) :

Carl Rogers (1999), menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut
persepsi diri sendiri dan keadaan. Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang
positif maka dia berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin. Menurut Al-Ghazali
pula dari perspektif Islam, tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan
kemanusiaan.Tingkah laku normal dan tidak normal adalah berdasarkan kepada kekerapan
dan berlaku sepanjang masa dan mempunyai masalah psikologi

4. CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH :

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal
pasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya
ialah :-

i.) menghasilkan bahan bantu mengajar yang lebih menarik.


ii.) memperbanayakkan soalan untuk menarik perhatian.
iii.) menggunakan 'reward chart'.
iv.) selalu memastikan murid mengikuti pengajaran.
5. TEMPOH MASA PENYELESAIAN :

1 Minggu

6. TINDAKAN SUSULAN :

Saya akan mengambil tindakan pembetulan iaitu mendapatkan bahan bantu mengajar yang
dapat menarik perhatian murid yang berkaitan dengan pengajaran topik yang saya ingin ajar.
saya juga akan cuba memastikan murid sentiasa mengikuti sesi pengajaran dan
pembelajaran.

7. TARIKH TINDAKAN SUSULAN DILAKSANAKAN :

18.03.2021

8. KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN :

Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang telah
saya telah memberi impak yang kurang positif,tetapi telah berjaya mendapat perhatian murid
lebih daripada biasa untuk tidak membuat bising dan memberi tumpuan ketika sesi
pengajaran dan pembelajaran.

9. KESIMPULAN / REFLEKSI (KESAN TINDAKAN (PERLU) DAN HALANGAN (JIKA ADA)


:

Saya tidak begitu berpuas hati dengan keberkesanan tindakan saya.


Walaubagaimanapun,saya percaya tindakan saya ini akan lebih berkesan jika diberi masa
yang lebih. Saya juga percaya pendekatan yang saya pilih ini mampu menarik serta
mengekalkan minat pelajar terhadap pengajaran yang saya sampaikan

RUJUKAN

http://cikgusuepkhas.blogspot.com/2012/07/conyoh-pengurusan-tingkah-laku.html

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

__________________________ __________________________
Tandatangan Tandatangan
Nama : _____________________ Nama : _____________________
Tarikh : _____________________ Tarikh : _____________________
JURNAL

Bilangan Jurnal :6 MINGGU


Tarikh Peristiwa / Kejadian : 21.03.2021 6
Tajuk : Penglibatan Murid-Murid Dalam Aktiviti Kumpulan

1.ISU YANG DIFOKUSKAN:

Minggu ini,saya menghadapi cabaran sebagai seorang guru pelatih.Saya telah menghadapi
masalah di mana saya tidak dapat memastikan setiap ahli dalam kumpulan melibatkan diri dalam
aktiviti kumpulan semasa saya menjalankan sesi kelas bimbingan. Murid-murid sering mengusik
rakan-rakan di kumpulan sebelah dan termenung serta tidak memberi focus kepada kerja
kumpulan pada hari tersebut .Saya tidak dapat mencapai objektif pembelajaran kerana
penglibatkan sekumpulan murid sahaja .Saya menghadapi cabaran ini semasa saya menjalankan
aktiviti kumpulan dalam langkah kedua di tahun 3. Oleh itu ,hal ini menyebabkan sekumpulan
murid-murid sahaja berusaha menyelesaikan masalah dan murid-murid lain termenung dan tidak
melakukan sebarang kerja.

2.ANALISIS ISU YANG DIFOKUSKAN (PUNCA DAN KESAN ISU):

Pembelajaran koperatif telah menjadi salah satu pembaharuan dalam pergerakan reformasi
pendidikan.Asasnya ia menggalakkan pelajar belajar bersama-sama dengan berkesan melalui
pembentukan kumpulan yang homogeny seperti dalam pendidikan inklutif.Saya cuba mencari jalan
penyelesaian masalah ini dengan beberapa cara .Saya memperhatikan bahawa murid-murid
termenung kerana mereka tidak mempunyai tugasan kerana seorang murid sahaja menyelesaikan
soalan tersebut .Saya juga memperhatikan bahawa murid-murid memilih ahli kumpulan bersama
klik mereka dan tidak mempedulikan ahli-ahli yang lain.

3.KAJIAN LAMPAU (LITERATURE REIVIEW)TERHADAP ISU PENGALAMAN ATAU KAJIAN


LEPAS:

Menurut Mohamed (2012),pembelajaran koperatif merupakan pendekatan pembelajar yang


mempunyai kelebihan kerana mereka lebih berpeluang untuk memberikan idea ,berbincang dan
berinteraksi satu sama lain dan belajar melalui pengalaman mereka sendiri .Selain itu,setiap ahli
kumpulan bertanggungjawap sepenuhnya untuk memastikan tercapainya objektif pembelajaran
(katip,Abu Bakar.&malia,2005).Menurut Slavin (1995),pembelajaran koperatif dijalankan dengan
saling nmembantu dalam kumpulan bagi mencapai prestasi akademik serta memberi penghargaan
kepa setiap ahli kumpulan dan bersikap positif terhadap pelajaran.

4.CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH

Secara dasarnya ,pembelajaran ,koperatif melibatkan pelajar berkerjasama dalam mencapai satu-
satu objektif pembelajaran (Johnson&Johnson,1991).Oleh itu,saya bercadang untuk menangani
masalah penglibatkan murid dalam aktiviti kumpulan dengan beberapa teknik. Antaranya adalah
seperti berikut:-

i) Saya akan membentuk kumpulan yang baru pada setiap masa bagi mengelakkan
pelajar berkumpul sesame kawan mereka sahaja.
ii) Saya akan menstrukturkan tugasan supaya ahli kumpulan saling bergantung untuk
mencapai objektif yang ditentukan dan saya akan memastikan pembabitan setiap ahli
dalam kumpulan.
iii) Saya juga akan menjelaskan kepada pelajar apakah tingkah laku yang wajar dan tidak
wajar semasa pembelajaran kooperatif berlaku.Saya juga akan memberikan asa
kemahiran komunukasi misalnya bagaimana menyuarakan pendapat dan bagaimana
menghadapi percanggahan pendapat.
iv) Saya akan mengawasi interaksi yang berlaku semasa pelajar menjalankan aktiviti
kumpulan di dalam kelas supaya pembincangan yang berlaku adalah berkaitan dengan
tugasan .Saya juga akan memberikan giliran bagi setiap ahli dalam kumpulan untuk
memberikan jawapan supaya kuputusan tidak dimonopoli oleh ahli kumpulan tertentu
sahaja.

5.TEMPOH MASA SUSULAN:

3 hari

6.TINDAKAN SUSULAN:

Bagi mencapai objektif pengajaran , saya akan memastikan masalh penglibatan murid dalam
aktiviti kumpulan ini diamalkan dengan segera.Saya akan melaksanakan tindakan susulan ini dan
akan mengatasi masalah kawalan kelas ini dalam tempoh masa tiga hari supaya hasil
pembelajaran dicapai pada akhir pdpc.

7.TARIKH TINDAKAN SUSULAN DILAKSANAKAN :

24.03.2021

8.KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICANDANGKAN:

i) Saya telah menstukturkan tugasan supaya ahli kumpulan saling bergantung untuk mencapai
objektif yang ditentukan dan saya akan memastikan pembabitan setiap ahli dalam kumpulan.

ii) Saya telah mengawasi interaksi yang berlaku semasa pelajar menjalankan aktiviti kumpulan di
dalam kelas supaya perbincangkan yang berlaku adalah berkaitan dengan tugasan .saya juga
memberikan giliran bagi setiap jawapan supaya keputusan tidak monopoli oleh ahli kumpulan
tertentu sahaja.

9. KESIMPULAN/REFLEKSI (KESAN TINDAKAN (PERLU) DAN HALANGAN (JIKA ADA):

Saya berasa berpuas hati dengan perubahan yang berlaku dalam tingkah laku murid-murid.
Kesimpulannya , murid-murid dapat melahirkan kepimpinan dalam diri mereka sekiranya cadangan
di atas dijalankan secara berterusan.
RUJUKAN:

Katip,K,Abu Bakar,B,& Malia,F,F,(2005).Tinjauan Perlaksanaan Pembelajaran Di Kalangan Pelajar


Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Di Johor Bahuru ,Seminar Pendidikan 2005,7.

Mohamed ,N.B.(2012).Penglibatan Pelajaran Dalam Pembelajaran Koperatif Di Sekolah Menengah


Vokasional ,42.

Haliza hamzah & Joy Nesamalar Samuel ,(2009).Siri pendidikan guru prngurusan bilik darjah dan
tingah laku ,Selangor Darul Ehsan:Oxford Fajar Sdn.Bhd

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

__________________________ __________________________
Tandatangan Tandatangan
Nama : _____________________ Nama : _____________________
Tarikh : _____________________ Tarikh : _____________________
JURNAL

Bilangan Jurnal :7 MINGGU


: 04.04.2021
Tarikh Peristiwa / Kejadian
7
Tajuk : PENGURUSAN MASA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1. ISU YANG DIFOKUSKAN :


Berdasarkan sesi pengajaran yang dijalankan, saya mendapati saya masih tidak dapat bijak
menguruskan masa pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Saya telah mengalami kesuntukan
masa untuk menghabiskan aktiviti yang dirancangkan dan juga menyebabkan proses pnp saya tidak
dapat dijalankan dengan lancar.

2. ANALISIS ISU YANG DIFOKUSKAN (PUNCA DAN KESAN ISU) :


Selepas menganalisis isu yang difokuskan saya mendapati bahawa, saya menggunakan contoh yang
banyak semasa set induksi dan juga langkah 1. Seterusnya, saya juga memasukkan objektif yang
tidak berkaitan dalam satu sesi pnp, murid tidak dapat menguasai
sepenuhnya dalam masa yang singkat. Penglibatan guru banyak berbanding murid. Murid yang lemah
mengalami masalah penulisan kerana tidak dapat menulis huruf yang diingini.

3. KAJIAN LAMPAU (LITERATURE REVIEW) TERHADAP ISU (PENGALAMAN ATAU KAJIAN


LEPAS) :
Menurut Peter F.Drucker, dalam Ambasworkz, (2005) pengurusan masa berkaitan dengan teknik dan
cara seseorang guru itu mengurus, membahagi. dan mengatur masa hariannya supaya dapat
dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.selain itu, pengurusan masa yang cekap dapat menyesuaikan
diri dengan pelbagai tugas sebagai guru sewakyu proses PDP.

4. CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH :


Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal pasti;

i) Berbincang dengan guru pembimbing setelah merancang aktiviti pengajaran.


ii) Menyediakan tugasan perbincangan yang tidak memerlukan penulisan yang banyak seperti
berpadanan kata / soalan objektif / isi tempat kosong
iii)Menyediakan rancangan alternatif supaya dapat mengatasi masalah masa yang berlebihan atau
masa suntuk seperti menyediakan permainan kecil sekiranya aktiviti pnp mempunyai lebihan
masa / aktiviti individu yang lebih menjimatkan masa sekiranya mendapati kesuntukkan masa.
iv) Perkongisaan maklumat yang hanya berkaitan dengan pnp pada hari itu sahaja.

5. TEMPOH MASA PENYELESAIAN :


3 hari

6. TINDAKAN SUSULAN :
Saya akan merancang aktiviti pnp dengan awal dan berbincang dengan guru pembimbing supaya
dapat membuat pengubahsuaian yang sesuai dengan tahap pembelajaran murid. Saya juga akan
mengggunakan “timer” semasa aktiviti perbincangan kumpulan supaya dapat memberi peringatan
masa kepada diri sendiri dan juga setiap murid.
7. TARIKH TINDAKAN SUSULAN DILAKSANAKAN :
08.04.2021

8. KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN :


Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal pasti, saya
telah mengambil alternatif penyelesaian masalah tersebut. Antaranya ialah, saya telah menggunakan
contoh yang sedikit dahulu semasa set induksi. Hal ini adalah kerana saya menyedari bahawa saya
telah mengambil masa yang sedikit lebih dalam set induksi. Seterusnya, saya sentiasa berbincang
dengan guru pembimbing setelah merancang aktiviti pengajaran. Selain itu, saya telah menyediakan
tugasan perbincangan yang tidak memerlukan penulisan yang banyak seperti berpadanan kata /
soalan objektif yang akan mengambil masa yang terlalu banyak. Setelah saya mula memberi
penulisan sebegini, saya dapat menghabiskan kelas pada tepat masa

9. KESIMPULAN / REFLEKSI (KESAN TINDAKAN (PERLU) DAN HALANGAN (JIKA ADA) :


Kesimpulannya, saya berasa amat berpuas hati dengan tindakan yang telah saya ambil. Hal ini adalah
kerana cadangan yang dikemukakan telah amat membantu saya untuk melihat perkembangan dalam
diri saya untuk menghabiskan pDp pada tepat waktu.

RUJUKAN:
Jikan, H. (2004). Pengurusan masa guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan
teknik dan vokasional (elektif-sains pertanian) di sekolah-sekolah menengah daerah Johor
Bahru (Doctoral dissertation, Universiti Teknologi Malaysia).

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

__________________________ __________________________
Tandatangan Tandatangan
Nama : _____________________ Nama : _____________________
Tarikh : _____________________ Tarikh : _____________________

Anda mungkin juga menyukai